# Afahasibtum

> Afahasibtum (Surah Al-Mu'minun, ayat 115-118): tulisan Arab, rumi dan terjemahan Melayu. Ayat-ayat terakhir surah al-Mukminun; ayat terakhirnya ialah doa…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/doa/afahasibtum/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-13T01:02:16+03:00

Ayat-ayat terakhir surah al-Mukminun; ayat terakhirnya ialah doa Rabbighfir warham.

## Surah Al-Mu'minun, ayat 115-118

**115.** أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ﴿١١٥﴾  
Rumi: Afahasibtum annamaa khalaqnaakum 'abatsaw wa annakum ilainaa laa turja'uun.  
Terjemahan: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

**116.** فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ﴿١١٦﴾  
Rumi: Fata'aalallaahul malikul haqqu laa ilaaha illaa huwa rabbul 'arsyil kariim.  
Terjemahan: Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

**117.** وَمَن يَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرۡهَٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴿١١٧﴾  
Rumi: Wa may yad'u ma'allaahi ilaahan aakhara laa burhaana lahuu bihii fa innamaa hisaabuhuu 'inda rabbihii innahuu laa yuflihul kaafiruun.  
Terjemahan: Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

**118.** وَقُل رَّبِّ ٱغۡفِرۡ وَٱرۡحَمۡ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٰحِمِينَ ﴿١١٨﴾  
Rumi: Wa qur rabbigh fir warham wa anta khairur raahimiin.  
Terjemahan: Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”

[Baca dalam Surah Al-Mu'minun](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-muminun/#ayat-115)

## Doa lain: Ayat yang dibaca sebagai doa

- [Al-Fatihah Surah Al-Fatihah, ayat 1-7](https://yasinsurah.com/ms/doa/al-fatihah/)
- [Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un Surah Al-Baqarah, ayat 156](https://yasinsurah.com/ms/doa/inna-lillahi-wa-inna-ilaihi-rajiun/)
- [Ayat Kursi Surah Al-Baqarah, ayat 255](https://yasinsurah.com/ms/doa/ayat-kursi/)
- [Amanar Rasul Surah Al-Baqarah, ayat 285-286](https://yasinsurah.com/ms/doa/amanar-rasul/)
- [Syahidallahu Surah Ali-'Imran, ayat 18-19](https://yasinsurah.com/ms/doa/syahidallahu/)
- [Qulillahumma Malikal Mulk Surah Ali-'Imran, ayat 26-27](https://yasinsurah.com/ms/doa/qulillahumma-malikal-mulk/)
- [Hasbunallah wa Ni'mal Wakil Surah Ali-'Imran, ayat 173](https://yasinsurah.com/ms/doa/hasbunallah-wa-nimal-wakil/)
- [Inni Wajjahtu Surah Al-An'am, ayat 79](https://yasinsurah.com/ms/doa/inni-wajjahtu/)

- [Semua doa](https://yasinsurah.com/ms/doa/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
