# Amanar Rasul

> Amanar Rasul (Surah Al-Baqarah, ayat 285-286): tulisan Arab, rumi dan terjemahan Melayu. Dua ayat terakhir surah al-Baqarah; ayat 286 diakhiri dengan…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/doa/amanar-rasul/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-13T01:02:16+03:00

Dua ayat terakhir surah al-Baqarah; ayat 286 diakhiri dengan doa-doa Rabbana la tu'akhizna.

## Surah Al-Baqarah, ayat 285-286

**285.** ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾  
Rumi: Aamanar rasuulu bimaa unzila ilaihi mir rabbihii wal mu'minuuna kullun aamana billaahi wa malaa'ikatihii wa kutubihii wa rusulihii laa nufarriqu baina ahadim mir rusulihii wa qaaluu sami'naa wa atha'naa ghufraanaka rabbanaa wa ilaikal mashiir.  
Terjemahan: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

**286.** لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ ﴿٢٨٦﴾  
Rumi: Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus'ahaa lahaa maa kasabat wa 'alaihaa mak tasabat rabbanaa laa tu'aakhidznaa in nasiinaa au akhtha'naa rabbanaa wa laa tahmil 'alainaa ishran kamaa hamaltahuu 'alal ladziina min qablinaa rabbanaa wa laa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bihii wa'fu 'annaa waghfir lanaa warhamnaa anta maulaanaa fanshurnaa 'alal qaumil kaafiriin.  
Terjemahan: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

[Baca dalam Surah Al-Baqarah](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-baqarah/#ayat-285)

## Doa lain: Doa harian

- [Ayat Kursi Surah Al-Baqarah, ayat 255](https://yasinsurah.com/ms/doa/ayat-kursi/)
- [Al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas Surah Al-Ikhlas, ayat 1-4; Surah Al-Falaq, ayat 1-5; Surah An-Nas, ayat 1-6](https://yasinsurah.com/ms/doa/al-ikhlas-al-falaq-dan-al-nas/)
- [Ketika bangun tidur Diucapkan ketika bangun daripada tidur.](https://yasinsurah.com/ms/doa/ketika-bangun-tidur/)
- [Sebelum tidur: Bismikallahumma Diucapkan ketika berbaring di tempat tidur sebelum tidur.](https://yasinsurah.com/ms/doa/sebelum-tidur-bismikallahumma/)
- [Sebelum tidur: Allahumma Aslamtu Dibaca selepas berwuduk dan berbaring di atas rusuk kanan, dan dijadikan kata-kata…](https://yasinsurah.com/ms/doa/sebelum-tidur-allahumma-aslamtu/)
- [Sebelum tidur: Qini 'Azabaka Apabila hendak tidur, Rasulullah meletakkan tangan kanan baginda di bawah pipi dan…](https://yasinsurah.com/ms/doa/sebelum-tidur-qini-azabaka/)
- [Sebelum makan Diucapkan ketika mula makan. Orang yang terlupa pada awalnya mengucapkan “Bismillahi…](https://yasinsurah.com/ms/doa/sebelum-makan/)
- [Selepas makan Diucapkan selepas selesai makan. Menurut hadis, dosa-dosa yang lalu bagi orang yang…](https://yasinsurah.com/ms/doa/selepas-makan/)

- [Semua doa](https://yasinsurah.com/ms/doa/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
