# Ayat-ayat terakhir surah al-Isra'

> Ayat-ayat terakhir surah al-Isra' (Surah Al-Isra', ayat 110-111): tulisan Arab, rumi dan terjemahan Melayu.

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/doa/ayat-ayat-terakhir-surah-al-isra/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-13T01:02:16+03:00

## Surah Al-Isra', ayat 110-111

**110.** قُلِ ٱدۡعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُواْ ٱلرَّحۡمَٰنَۖ أَيّٗا مَّا تَدۡعُواْ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَلَا تَجۡهَرۡ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتۡ بِهَا وَٱبۡتَغِ بَيۡنَ ذَٰلِكَ سَبِيلٗا ﴿١١٠﴾  
Rumi: Qulid 'ullaaha awid 'ur rahmaana ayyam maa tad'uu falahul asmaa'ul husnaa wa laa tajhar bishalaatika wa laa tukhaafit bihaa wabtaghi baina dzaalika sabiilaa.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

**111.** وَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلِيّٞ مِّنَ ٱلذُّلِّۖ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرَۢا ﴿١١١﴾  
Rumi: Wa qulil hamdu lillaahil ladzii lam yattakhidz wa ladaw wa lam yakul lahuu syariikun fil mulki wa lam yakul lahuu wa liyyum minadz dzulli wa kabbirhu takbiiraa.  
Terjemahan: Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”

[Baca dalam Surah Al-Isra'](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-isra/#ayat-110)

## Doa lain: Ayat yang dibaca sebagai doa

- [Al-Fatihah Surah Al-Fatihah, ayat 1-7](https://yasinsurah.com/ms/doa/al-fatihah/)
- [Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un Surah Al-Baqarah, ayat 156](https://yasinsurah.com/ms/doa/inna-lillahi-wa-inna-ilaihi-rajiun/)
- [Ayat Kursi Surah Al-Baqarah, ayat 255](https://yasinsurah.com/ms/doa/ayat-kursi/)
- [Amanar Rasul Surah Al-Baqarah, ayat 285-286](https://yasinsurah.com/ms/doa/amanar-rasul/)
- [Syahidallahu Surah Ali-'Imran, ayat 18-19](https://yasinsurah.com/ms/doa/syahidallahu/)
- [Qulillahumma Malikal Mulk Surah Ali-'Imran, ayat 26-27](https://yasinsurah.com/ms/doa/qulillahumma-malikal-mulk/)
- [Hasbunallah wa Ni'mal Wakil Surah Ali-'Imran, ayat 173](https://yasinsurah.com/ms/doa/hasbunallah-wa-nimal-wakil/)
- [Inni Wajjahtu Surah Al-An'am, ayat 79](https://yasinsurah.com/ms/doa/inni-wajjahtu/)

- [Semua doa](https://yasinsurah.com/ms/doa/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
