# Doa Nabi Musa untuk kaumnya

> Doa Nabi Musa untuk kaumnya (Surah Al-A'raf, ayat 155-156): tulisan Arab, rumi dan terjemahan Melayu. Doa yang baginda panjatkan di tempat yang ditetapkan…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-musa-untuk-kaumnya/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-13T01:02:16+03:00

Doa yang baginda panjatkan di tempat yang ditetapkan bersama tujuh puluh orang pilihannya; separuh kedua ayat 156 ialah jawapan Allah.

## Surah Al-A'raf, ayat 155-156

**155.** وَٱخۡتَارَ مُوسَىٰ قَوۡمَهُۥ سَبۡعِينَ رَجُلٗا لِّمِيقَٰتِنَاۖ فَلَمَّآ أَخَذَتۡهُمُ ٱلرَّجۡفَةُ قَالَ رَبِّ لَوۡ شِئۡتَ أَهۡلَكۡتَهُم مِّن قَبۡلُ وَإِيَّٰيَۖ أَتُهۡلِكُنَا بِمَا فَعَلَ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَّآۖ إِنۡ هِيَ إِلَّا فِتۡنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَآءُ وَتَهۡدِي مَن تَشَآءُۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَاۖ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡغَٰفِرِينَ ﴿١٥٥﴾  
Rumi: Wakhtaara muusaa qaumahuu sab'iina rajulal limiiqaatinaa falammaa akhadzathumur rajfatu qaala rabbi lau syi'ta ahlaktahum min qablu wa iyyaaya atuhlikunaa bimaa fa'alas sufahaa'u minnaa in hiya illaa fitnatuka tudhillu bihaa man tasyaa'u wa tahdii man tasyaa'u anta waliyyunaa faghfir lanaa warhamnaa wa anta khairul ghaafiriin.  
Terjemahan: Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.

**156.** ۞ وَٱكۡتُبۡ لَنَا فِي هَٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ إِنَّا هُدۡنَآ إِلَيۡكَۚ قَالَ عَذَابِيٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنۡ أَشَآءُۖ وَرَحۡمَتِي وَسِعَتۡ كُلَّ شَيۡءٖۚ فَسَأَكۡتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤۡمِنُونَ ﴿١٥٦﴾  
Rumi: Waktub lanaa fii haadzihid dunyaa hasanataw wa fil aakhirati innaa hudnaa ilaika qaala 'adzaabii ushiibu bihii man asyaa'u wa rahmatii wasi'at kulla syai'in fasa'aktubuhaa lil ladziina yattaquuna wa yu'tuunaz zakaata wal ladziina hum bi'aayaatinaa yu'minuun.  
Terjemahan: “Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”. Allah berfirman: “AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

[Baca dalam Surah Al-A'raf](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-araf/#ayat-155)

## Doa lain: Doa para nabi

- [Doa Nabi Ibrahim untuk Makkah Surah Al-Baqarah, ayat 126](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-ibrahim-untuk-makkah/)
- [Rabbana Taqabbal Minna Surah Al-Baqarah, ayat 127-129](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbana-taqabbal-minna/)
- [Doa Nabi Zakaria memohon zuriat Surah Ali-'Imran, ayat 38](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-zakaria-memohon-zuriat/)
- [Doa Nabi Isa memohon hidangan Surah Al-Ma'idah, ayat 114](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-isa-memohon-hidangan/)
- [Permohonan Nabi Isa untuk umatnya Surah Al-Ma'idah, ayat 118](https://yasinsurah.com/ms/doa/permohonan-nabi-isa-untuk-umatnya/)
- [Doa taubat Nabi Adam Surah Al-A'raf, ayat 23](https://yasinsurah.com/ms/doa/taubat-nabi-adam/)
- [Doa Nabi Syuaib Surah Al-A'raf, ayat 89](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-syuaib/)
- [Doa Nabi Musa untuk dirinya dan saudaranya Surah Al-A'raf, ayat 151](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-musa-untuk-dirinya-dan-saudaranya/)

- [Semua doa](https://yasinsurah.com/ms/doa/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
