# Qulillahumma Malikal Mulk

> Qulillahumma Malikal Mulk (Surah Ali-'Imran, ayat 26-27): tulisan Arab, rumi dan terjemahan Melayu.

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/doa/qulillahumma-malikal-mulk/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-13T01:02:16+03:00

## Surah Ali-'Imran, ayat 26-27

**26.** قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Qulillaahumma maalikal mulki tu'til mulka man tasyaa'u wa tanzi'ul mulka mimman tasyaa'u wa tu'izzu man tasyaa'u wa tudzillu man tasyaa'u biyadikal khairu innaka 'alaa kulli syai'in qadiir.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

**27.** تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Tuulijul laila fin nahaari wa tuulijun nahaara fil laili wa tukhrijul hayya minal mayyiti wa tukhrijul mayyita minal hayyi wa tarzuqu man tasyaa'u bighairi hisaab.  
Terjemahan: “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

[Baca dalam Surah Ali-'Imran](https://yasinsurah.com/ms/surah-ali-imran/#ayat-26)

## Doa lain: Ayat yang dibaca sebagai doa

- [Al-Fatihah Surah Al-Fatihah, ayat 1-7](https://yasinsurah.com/ms/doa/al-fatihah/)
- [Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un Surah Al-Baqarah, ayat 156](https://yasinsurah.com/ms/doa/inna-lillahi-wa-inna-ilaihi-rajiun/)
- [Ayat Kursi Surah Al-Baqarah, ayat 255](https://yasinsurah.com/ms/doa/ayat-kursi/)
- [Amanar Rasul Surah Al-Baqarah, ayat 285-286](https://yasinsurah.com/ms/doa/amanar-rasul/)
- [Syahidallahu Surah Ali-'Imran, ayat 18-19](https://yasinsurah.com/ms/doa/syahidallahu/)
- [Hasbunallah wa Ni'mal Wakil Surah Ali-'Imran, ayat 173](https://yasinsurah.com/ms/doa/hasbunallah-wa-nimal-wakil/)
- [Inni Wajjahtu Surah Al-An'am, ayat 79](https://yasinsurah.com/ms/doa/inni-wajjahtu/)
- [Inna Solati wa Nusuki Surah Al-An'am, ayat 162-163](https://yasinsurah.com/ms/doa/inna-solati-wa-nusuki/)

- [Semua doa](https://yasinsurah.com/ms/doa/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
