# Rabbi Hab Li Hukman

> Rabbi Hab Li Hukman (Surah Asy-Syu'ara', ayat 83-89): tulisan Arab, rumi dan terjemahan Melayu. Doa Nabi Ibrahim memohon hikmah, nama yang baik dan hati…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbi-hab-li-hukman/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-13T01:02:16+03:00

Doa Nabi Ibrahim memohon hikmah, nama yang baik dan hati yang sejahtera.

## Surah Asy-Syu'ara', ayat 83-89

**83.** رَبِّ هَبۡ لِي حُكۡمٗا وَأَلۡحِقۡنِي بِٱلصَّٰلِحِينَ ﴿٨٣﴾  
Rumi: Rabbi hab lii hukmaw wa alhiqnii bish shaalihiin.  
Terjemahan: “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

**84.** وَٱجۡعَل لِّي لِسَانَ صِدۡقٖ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿٨٤﴾  
Rumi: Waj'al lii lisaana shidqin fil aakhiriin.  
Terjemahan: “Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

**85.** وَٱجۡعَلۡنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٨٥﴾  
Rumi: Waj'alnii miw waratsati jannatin na'iim.  
Terjemahan: “Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

**86.** وَٱغۡفِرۡ لِأَبِيٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٨٦﴾  
Rumi: Waghfir li'abii innahuu kaana minadh dhaalliin.  
Terjemahan: “Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;

**87.** وَلَا تُخۡزِنِي يَوۡمَ يُبۡعَثُونَ ﴿٨٧﴾  
Rumi: Wa laa tukhzinii yauma yub'atsuun.  
Terjemahan: “Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

**88.** يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾  
Rumi: Yauma laa yanfa'u maaluw wa laa banuun.  
Terjemahan: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

**89.** إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ ﴿٨٩﴾  
Rumi: Illaa man atallaaha biqalbin saliim.  
Terjemahan: “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

[Baca dalam Surah Asy-Syu'ara'](https://yasinsurah.com/ms/surah-asy-syuara/#ayat-83)

## Doa lain: Doa para nabi

- [Doa Nabi Ibrahim untuk Makkah Surah Al-Baqarah, ayat 126](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-ibrahim-untuk-makkah/)
- [Rabbana Taqabbal Minna Surah Al-Baqarah, ayat 127-129](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbana-taqabbal-minna/)
- [Doa Nabi Zakaria memohon zuriat Surah Ali-'Imran, ayat 38](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-zakaria-memohon-zuriat/)
- [Doa Nabi Isa memohon hidangan Surah Al-Ma'idah, ayat 114](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-isa-memohon-hidangan/)
- [Permohonan Nabi Isa untuk umatnya Surah Al-Ma'idah, ayat 118](https://yasinsurah.com/ms/doa/permohonan-nabi-isa-untuk-umatnya/)
- [Doa taubat Nabi Adam Surah Al-A'raf, ayat 23](https://yasinsurah.com/ms/doa/taubat-nabi-adam/)
- [Doa Nabi Syuaib Surah Al-A'raf, ayat 89](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-syuaib/)
- [Doa Nabi Musa untuk dirinya dan saudaranya Surah Al-A'raf, ayat 151](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-musa-untuk-dirinya-dan-saudaranya/)

- [Semua doa](https://yasinsurah.com/ms/doa/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
