# Syahidallahu

> Syahidallahu (Surah Ali-'Imran, ayat 18-19): tulisan Arab, rumi dan terjemahan Melayu.

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/doa/syahidallahu/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-13T01:02:16+03:00

## Surah Ali-'Imran, ayat 18-19

**18.** شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿١٨﴾  
Rumi: Syahidallaahu annahuu laa ilaaha illaa huwa wal malaa'ikatu wa ulul 'ilmi qaa'imam bil qisthi laa ilaaha illaa huwal 'aziizul hakiim.  
Terjemahan: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

**19.** إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ ﴿١٩﴾  
Rumi: Innad diina 'indallaahil islaamu wa makh talafal ladziina uutul kitaaba illaa mim ba'di maa jaa'ahumul 'ilmu baghyam bainahum wa may yakfur bi'aayaatillaahi fa innallaaha sarii'ul hisaab.  
Terjemahan: Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

[Baca dalam Surah Ali-'Imran](https://yasinsurah.com/ms/surah-ali-imran/#ayat-18)

## Doa lain: Ayat yang dibaca sebagai doa

- [Al-Fatihah Surah Al-Fatihah, ayat 1-7](https://yasinsurah.com/ms/doa/al-fatihah/)
- [Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un Surah Al-Baqarah, ayat 156](https://yasinsurah.com/ms/doa/inna-lillahi-wa-inna-ilaihi-rajiun/)
- [Ayat Kursi Surah Al-Baqarah, ayat 255](https://yasinsurah.com/ms/doa/ayat-kursi/)
- [Amanar Rasul Surah Al-Baqarah, ayat 285-286](https://yasinsurah.com/ms/doa/amanar-rasul/)
- [Qulillahumma Malikal Mulk Surah Ali-'Imran, ayat 26-27](https://yasinsurah.com/ms/doa/qulillahumma-malikal-mulk/)
- [Hasbunallah wa Ni'mal Wakil Surah Ali-'Imran, ayat 173](https://yasinsurah.com/ms/doa/hasbunallah-wa-nimal-wakil/)
- [Inni Wajjahtu Surah Al-An'am, ayat 79](https://yasinsurah.com/ms/doa/inni-wajjahtu/)
- [Inna Solati wa Nusuki Surah Al-An'am, ayat 162-163](https://yasinsurah.com/ms/doa/inna-solati-wa-nusuki/)

- [Semua doa](https://yasinsurah.com/ms/doa/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
