# Wa Man Yattaqillah

> Wa Man Yattaqillah (Surah At-Talaq, ayat 2-3): tulisan Arab, rumi dan terjemahan Melayu. Dibaca untuk memohon jalan keluar dan rezeki; bahagian yang dibaca…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/doa/wa-man-yattaqillah/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-13T01:02:16+03:00

Dibaca untuk memohon jalan keluar dan rezeki; bahagian yang dibaca bermula di hujung ayat 2.

## Surah At-Talaq, ayat 2-3

**2.** فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖ وَأَشۡهِدُواْ ذَوَيۡ عَدۡلٖ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا ﴿٢﴾  
Rumi: Fa idzaa balaghna ajalahunna fa amsikuuhunna bima'ruufin au faariquuhunna bima'ruufiw wa asyhiduu dzawai 'adlim minkum wa aqiimusy syahaadata lillaahi dzaalikum yuu'azhu bihii man kaana yu'minu billaahi wal yaumil aakhiri wa may yattaqillaaha yaj'al lahuu makhrajaa.  
Terjemahan: Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

**3.** وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا ﴿٣﴾  
Rumi: Wa yarzuqhu min haitsu laa yahtasibu wa may yatawakkal 'alallaahi fahuwa hasbuhuu innallaaha baalighu amrihii qad ja'alallaahu likulli syai'in qadraa.  
Terjemahan: Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

[Baca dalam Surah At-Talaq](https://yasinsurah.com/ms/surah-at-talaq/#ayat-2)

## Doa lain: Ayat yang dibaca sebagai doa

- [Al-Fatihah Surah Al-Fatihah, ayat 1-7](https://yasinsurah.com/ms/doa/al-fatihah/)
- [Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un Surah Al-Baqarah, ayat 156](https://yasinsurah.com/ms/doa/inna-lillahi-wa-inna-ilaihi-rajiun/)
- [Ayat Kursi Surah Al-Baqarah, ayat 255](https://yasinsurah.com/ms/doa/ayat-kursi/)
- [Amanar Rasul Surah Al-Baqarah, ayat 285-286](https://yasinsurah.com/ms/doa/amanar-rasul/)
- [Syahidallahu Surah Ali-'Imran, ayat 18-19](https://yasinsurah.com/ms/doa/syahidallahu/)
- [Qulillahumma Malikal Mulk Surah Ali-'Imran, ayat 26-27](https://yasinsurah.com/ms/doa/qulillahumma-malikal-mulk/)
- [Hasbunallah wa Ni'mal Wakil Surah Ali-'Imran, ayat 173](https://yasinsurah.com/ms/doa/hasbunallah-wa-nimal-wakil/)
- [Inni Wajjahtu Surah Al-An'am, ayat 79](https://yasinsurah.com/ms/doa/inni-wajjahtu/)

- [Semua doa](https://yasinsurah.com/ms/doa/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
