# Surah Ad-Dukhan الدخان

> Surah Ad-Dukhan (Asap) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Dukhan diturunkan di…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-ad-dukhan/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-44 daripada 114 · Juzuk 25

59 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-64

Surah al-Dukhan diturunkan di Makkah dan mempunyai 59 ayat. Surah ini mengkhabarkan bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang diberkati; memberikan peringatan kepada orang kafir dengan asap yang akan datang dan kesudahan kaum terdahulu.

## Surah Ad-Dukhan dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** حمٓ ﴿١﴾  
Rumi: Haa miim.  
Terjemahan: Haa, Miim.

**2.** وَٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡمُبِينِ ﴿٢﴾  
Rumi: Wal kitaabil mubiin.  
Terjemahan: Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.

**3.** إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةٖ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾  
Rumi: Innaa anzalnaahu fii lailatim mubaarakatin innaa kunnaa mundziriin.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

**4.** فِيهَا يُفۡرَقُ كُلُّ أَمۡرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾  
Rumi: Fiihaa yufraqu kullu amrin hakiim.  
Terjemahan: (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

**5.** أَمۡرٗا مِّنۡ عِندِنَآۚ إِنَّا كُنَّا مُرۡسِلِينَ ﴿٥﴾  
Rumi: Amram min 'indinaa innaa kunnaa mursiliin.  
Terjemahan: Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.

**6.** رَحۡمَةٗ مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ﴿٦﴾  
Rumi: Rahmatam mir rabbika innahuu huwas samii'ul 'aliim.  
Terjemahan: (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).

**7.** رَبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ ﴿٧﴾  
Rumi: Rabbis samaawaati wal ardhi wa maa bainahumaa in kuntum muuqiniin.  
Terjemahan: Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).

**8.** لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحۡيِۦ وَيُمِيتُۖ رَبُّكُمۡ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٨﴾  
Rumi: Laa ilaaha illaa huwa yuhyii wa yumiitu rabbukum wa rabbu aabaa'ikumul awwaliin.  
Terjemahan: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

**9.** بَلۡ هُمۡ فِي شَكّٖ يَلۡعَبُونَ ﴿٩﴾  
Rumi: Bal hum fii syakkiy yal'abuun.  
Terjemahan: (Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.

**10.** فَٱرۡتَقِبۡ يَوۡمَ تَأۡتِي ٱلسَّمَآءُ بِدُخَانٖ مُّبِينٖ ﴿١٠﴾  
Rumi: Fartaqib yauma ta'tis samaa'u bidukhaanim mubiin.  
Terjemahan: Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),

**11.** يَغۡشَى ٱلنَّاسَۖ هَٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٞ ﴿١١﴾  
Rumi: Yaghsyan naasa haadzaa 'adzaabun aliim.  
Terjemahan: Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”.

**12.** رَّبَّنَا ٱكۡشِفۡ عَنَّا ٱلۡعَذَابَ إِنَّا مُؤۡمِنُونَ ﴿١٢﴾  
Rumi: Rabbanak syif 'annal 'adzaaba innaa mu'minuun.  
Terjemahan: (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”.

**13.** أَنَّىٰ لَهُمُ ٱلذِّكۡرَىٰ وَقَدۡ جَآءَهُمۡ رَسُولٞ مُّبِينٞ ﴿١٣﴾  
Rumi: Annaa lahumudz dzikraa wa qad jaa'ahum rasuulum mubiin.  
Terjemahan: Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!

**14.** ثُمَّ تَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ وَقَالُواْ مُعَلَّمٞ مَّجۡنُونٌ ﴿١٤﴾  
Rumi: Tsumma tawallau 'anhu wa qaaluu mu'allamum majnuun.  
Terjemahan: Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!”

**15.** إِنَّا كَاشِفُواْ ٱلۡعَذَابِ قَلِيلًاۚ إِنَّكُمۡ عَآئِدُونَ ﴿١٥﴾  
Rumi: Innaa kaasyiful 'adzaabi qaliilan innakum 'aa'iduun.  
Terjemahan: Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).

**16.** يَوۡمَ نَبۡطِشُ ٱلۡبَطۡشَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ إِنَّا مُنتَقِمُونَ ﴿١٦﴾  
Rumi: Yauma nabthisyul bathsyatal kubraa innaa muntaqimuun.  
Terjemahan: (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).

**17.** ۞ وَلَقَدۡ فَتَنَّا قَبۡلَهُمۡ قَوۡمَ فِرۡعَوۡنَ وَجَآءَهُمۡ رَسُولٞ كَرِيمٌ ﴿١٧﴾  
Rumi: Wa laqad fatannaa qablahum qauma fir'auna wa jaa'ahum rasuulun kariim.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -

**18.** أَنۡ أَدُّوٓاْ إِلَيَّ عِبَادَ ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ ﴿١٨﴾  
Rumi: An adduu ilayya 'ibaadallaahi innii lakum rasuulun amiin.  
Terjemahan: (Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.

**19.** وَأَن لَّا تَعۡلُواْ عَلَى ٱللَّهِۖ إِنِّيٓ ءَاتِيكُم بِسُلۡطَٰنٖ مُّبِينٖ ﴿١٩﴾  
Rumi: Wa al laa ta'luu 'alallaahi innii aatiikum bisulthaanim mubiin.  
Terjemahan: “Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.

**20.** وَإِنِّي عُذۡتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمۡ أَن تَرۡجُمُونِ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Wa innii 'udztu birabbii wa rabbikum an tarjumuun.  
Terjemahan: “Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

**21.** وَإِن لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ لِي فَٱعۡتَزِلُونِ ﴿٢١﴾  
Rumi: Wa il lam tu'minuu lii fa'taziluun.  
Terjemahan: “Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku).”

**22.** فَدَعَا رَبَّهُۥٓ أَنَّ هَٰٓؤُلَآءِ قَوۡمٞ مُّجۡرِمُونَ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Fada'aa rabbahuu anna haa'ulaa'i qaumum mujrimuun.  
Terjemahan: (Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: “Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)”.

**23.** فَأَسۡرِ بِعِبَادِي لَيۡلًا إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Fa asri bi'ibaadii lailan innakum muttaba'uun.  
Terjemahan: Lalu (diperintahkan kepadanya): “Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).

**24.** وَٱتۡرُكِ ٱلۡبَحۡرَ رَهۡوًاۖ إِنَّهُمۡ جُندٞ مُّغۡرَقُونَ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Watrukil bahra rahwan innahum jundum mughraquun.  
Terjemahan: “Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)”.

**25.** كَمۡ تَرَكُواْ مِن جَنَّٰتٖ وَعُيُونٖ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Kam tarakuu min jannaatiw wa 'uyuun.  
Terjemahan: Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,

**26.** وَزُرُوعٖ وَمَقَامٖ كَرِيمٖ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Wa zuruu'iw wa maqaamin kariim.  
Terjemahan: Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,

**27.** وَنَعۡمَةٖ كَانُواْ فِيهَا فَٰكِهِينَ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Wa na'matin kaanuu fiihaa faakihiin.  
Terjemahan: Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.

**28.** كَذَٰلِكَۖ وَأَوۡرَثۡنَٰهَا قَوۡمًا ءَاخَرِينَ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Kadzaalika wa auratsnaahaa qauman aakhariin.  
Terjemahan: Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).

**29.** فَمَا بَكَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلسَّمَآءُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَا كَانُواْ مُنظَرِينَ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Famaa bakat 'alaihimus samaa'u wal ardhu wa maa kaanuu munzhariin.  
Terjemahan: Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.

**30.** وَلَقَدۡ نَجَّيۡنَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ مِنَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡمُهِينِ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Wa laqad najjainaa banii israa'iila minal 'adzaabil muhiin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, -

**31.** مِن فِرۡعَوۡنَۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَالِيٗا مِّنَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ ﴿٣١﴾  
Rumi: Min fir'auna innahuu kaana 'aaliyam minal musrifiin.  
Terjemahan: Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).

**32.** وَلَقَدِ ٱخۡتَرۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ عِلۡمٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Wa laqadikh tarnaahum 'alaa 'ilmin 'alal 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),

**33.** وَءَاتَيۡنَٰهُم مِّنَ ٱلۡأٓيَٰتِ مَا فِيهِ بَلَٰٓؤٞاْ مُّبِينٌ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Wa aatainaahum minal aayaati maa fiihi balaa'um mubiin.  
Terjemahan: Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka).

**34.** إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَيَقُولُونَ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Inna haa'ulaa'i layaquuluun.  
Terjemahan: (Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): “Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu - wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu):

**35.** إِنۡ هِيَ إِلَّا مَوۡتَتُنَا ٱلۡأُولَىٰ وَمَا نَحۡنُ بِمُنشَرِينَ ﴿٣٥﴾  
Rumi: In hiya illaa mautatunal uulaa wa maa nahnu bimunsyariin.  
Terjemahan: “Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia), dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu);

**36.** فَأۡتُواْ بِـَٔابَآئِنَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Fa'tuu bi'aabaa'inaa in kuntum shaadiqiin.  
Terjemahan: “(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!”

**37.** أَهُمۡ خَيۡرٌ أَمۡ قَوۡمُ تُبَّعٖ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ أَهۡلَكۡنَٰهُمۡۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ مُجۡرِمِينَ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Ahum khairun am qaumu tubba'iw wal ladziina min qablihim ahlaknaahum innahum kaanuu mujrimiin.  
Terjemahan: (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum “Tubba'” dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.

**38.** وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا لَٰعِبِينَ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Wa maa khalaqnas samaawaati wal ardha wa maa bainahumaa laa'ibiin.  
Terjemahan: Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;

**39.** مَا خَلَقۡنَٰهُمَآ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Maa khalaqnaahumaa illaa bil haqqi wa laakinna aktsarahum laa ya'lamuun.  
Terjemahan: Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

**40.** إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ مِيقَٰتُهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Inna yaumal fashli miiqaatuhum ajma'iin.  
Terjemahan: Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, -

**41.** يَوۡمَ لَا يُغۡنِي مَوۡلًى عَن مَّوۡلٗى شَيۡـٔٗا وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ ﴿٤١﴾  
Rumi: Yauma laa yughnii maulan 'am maulan syai'aw wa laa hum yunsharuun.  
Terjemahan: Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),

**42.** إِلَّا مَن رَّحِمَ ٱللَّهُۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Illaa mar rahimallaahu innahuu huwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

**43.** إِنَّ شَجَرَتَ ٱلزَّقُّومِ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Inna syajarataz zaqquum.  
Terjemahan: (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -

**44.** طَعَامُ ٱلۡأَثِيمِ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Tha'aamul atsiim.  
Terjemahan: (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).

**45.** كَٱلۡمُهۡلِ يَغۡلِي فِي ٱلۡبُطُونِ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Kal muhli yaghlii fil buthuun.  
Terjemahan: (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, -

**46.** كَغَلۡيِ ٱلۡحَمِيمِ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Kaghalyil hamiim.  
Terjemahan: Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.

**47.** خُذُوهُ فَٱعۡتِلُوهُ إِلَىٰ سَوَآءِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Khudzuuhu fa'tiluuhu ilaa sawaa'il jahiim.  
Terjemahan: (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): “Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.

**48.** ثُمَّ صُبُّواْ فَوۡقَ رَأۡسِهِۦ مِنۡ عَذَابِ ٱلۡحَمِيمِ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Tsumma shubbuu fauqa ra'sihii min 'adzaabil hamiim.  
Terjemahan: “Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak”.

**49.** ذُقۡ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡكَرِيمُ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Dzuq innaka antal 'aziizul kariim.  
Terjemahan: (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): “Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)”

**50.** إِنَّ هَٰذَا مَا كُنتُم بِهِۦ تَمۡتَرُونَ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Inna haadzaa maa kuntum bihii tamtaruun.  
Terjemahan: (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): “Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!”

**51.** إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٖ ﴿٥١﴾  
Rumi: Innal muttaqiina fii maqaamin amiin.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -

**52.** فِي جَنَّٰتٖ وَعُيُونٖ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Fii jannaatiw wa 'uyuun.  
Terjemahan: Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,

**53.** يَلۡبَسُونَ مِن سُندُسٖ وَإِسۡتَبۡرَقٖ مُّتَقَٰبِلِينَ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Yalbasuuna min sundusiw wa istabraqim mutaqaabiliin.  
Terjemahan: Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).

**54.** كَذَٰلِكَ وَزَوَّجۡنَٰهُم بِحُورٍ عِينٖ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Kadzaalika wa zawwajnaahum bihuurin 'iin.  
Terjemahan: Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

**55.** يَدۡعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَٰكِهَةٍ ءَامِنِينَ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Yad'uuna fiihaa bikulli faakihatin aaminiin.  
Terjemahan: Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.

**56.** لَا يَذُوقُونَ فِيهَا ٱلۡمَوۡتَ إِلَّا ٱلۡمَوۡتَةَ ٱلۡأُولَىٰۖ وَوَقَىٰهُمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Laa yadzuuquuna fiihal mauta illal mautatal uulaa wa waqaahum 'adzaabal jahiim.  
Terjemahan: Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;

**57.** فَضۡلٗا مِّن رَّبِّكَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Fadhlam mir rabbika dzaalika huwal fauzul 'azhiim.  
Terjemahan: (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.

**58.** فَإِنَّمَا يَسَّرۡنَٰهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Fa innamaa yassarnaahu bilisaanika la'allahum yatadzakkaruun.  
Terjemahan: Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).

**59.** فَٱرۡتَقِبۡ إِنَّهُم مُّرۡتَقِبُونَ ﴿٥٩﴾  
Rumi: Fartaqib innahum murtaqibuun.  
Terjemahan: (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 44 daripada 114
- **Maksud nama:** Asap
- **Bilangan ayat:** 59
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 64
- **Juzuk:** 25

## Mengenai Surah Ad-Dukhan

Nama surah diambil daripada perkataan "dukhan" dalam ayat 10 yang bermaksud "asap"; ayat ini menyebut hari ketika langit mendatangkan asap yang nyata.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 59 ayat. Surah ini berada pada urutan 44 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 25; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-64 dan yang kelima dalam surah Hawamim. Menurut majoriti besar ulama, "malam yang diberkati" (ayat 3) ketika al-Quran diturunkan ialah malam al-Qadar; ada juga yang mengatakan malam Nisfu Syaaban. Melalui kebinasaan Firaun dan tenteranya serta kebun dan istana yang ditinggalkan, surah menerangkan dengan bahasa yang berkesan sifat sementara nikmat dunia.

## Latar belakang penurunan Surah Ad-Dukhan

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah, pada tahun-tahun ketika Quraisy menentang dakwah Nabi dengan degil. Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, Abdullah bin Mas'ud menceritakan bahawa apabila Quraisy berkeras dalam kekufuran, Nabi berdoa untuk tahun-tahun kebuluran seperti zaman Nabi Yusuf; lalu berlaku kebuluran begitu teruk sehingga manusia melihat antara langit dan bumi seperti asap kerana kelaparan. Menurut Ibn Mas'ud, asap dalam ayat 10 merujuk kepada peristiwa ini. Menurut riwayat, Nabi diminta berdoa memohon hujan, tetapi apabila kebuluran berakhir, orang musyrik kembali kepada keadaan lama.

Sebahagian sahabat dan ahli tafsir lain pula mentafsirkan asap ini sebagai salah satu tanda besar sebelum kiamat.

## Kandungan Surah Ad-Dukhan

Surah ini bermula dengan sumpah demi Kitab yang jelas dan menyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang diberkati, ketika setiap urusan yang berhikmah dipisahkan. Ditegaskan bahawa tiada tuhan selain Allah, Tuhan langit, bumi dan segala yang ada antara keduanya.

Kemudian diterangkan orang kafir diberikan peringatan tentang hari ketika langit mendatangkan asap yang nyata dan menyelubungi manusia; dikhabarkan bahawa setelah azab diangkat mereka akan kembali kufur. Diceritakan Nabi Musa diutus kepada Firaun dan kaumnya, penyelamatan Bani Israel, Firaun dan tenteranya tenggelam, serta kebun, mata air dan kediaman yang ditinggalkan diwarisi orang lain; dijelaskan bahawa langit dan bumi tidak menangisi mereka. Mereka yang mengingkari kebangkitan diingatkan kebinasaan kaum Tubba' dan kaum terdahulu. Dinyatakan bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi untuk permainan. Dibandingkan pohon zaqum yang menjadi makanan orang berdosa dengan kehidupan syurga yang aman bagi orang bertakwa. Surah menjelaskan bahawa al-Quran dipermudah dalam bahasa Nabi agar nasihat diambil, lalu berakhir dengan menasihati baginda supaya menunggu.

## Kelebihan Surah Ad-Dukhan

Beberapa riwayat tentang kelebihan surah al-Dukhan terdapat dalam al-Tirmizi. Menurut salah satunya, Nabi menyatakan bahawa tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan hingga pagi bagi orang yang membaca Ha Mim al-Dukhan pada suatu malam. Riwayat lain mengkhabarkan bahawa orang yang membaca surah ini pada malam Jumaat diampunkan.

Namun al-Tirmizi menyatakan kedua-dua riwayat ini gharib dan mencatat bahawa terdapat seorang perawi daif dalam setiap sanad; para ulama hadis juga menganggap riwayat-riwayat ini daif. Oleh itu, ganjaran khusus tersebut tidak boleh disampaikan seperti maklumat yang ditetapkan oleh hadis sahih. Hadis sahih tentang kelebihan umum membaca al-Quran juga terpakai kepada surah ini.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah Ad-Dukhan

### Berapakah bilangan ayat Surah Ad-Dukhan?

Surah Ad-Dukhan mempunyai 59 ayat.

### Apakah maksud Ad-Dukhan?

Ad-Dukhan bermaksud “Asap”.

### Adakah Surah Ad-Dukhan Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Ad-Dukhan ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-64.

### Surah Ad-Dukhan dalam juzuk berapa?

Surah Ad-Dukhan terdapat dalam juzuk 25.

### Surah Ad-Dukhan ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Ad-Dukhan ialah surah ke-44 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Az-Zukhruf dan sebelum Surah Al-Jathiyah.

### Bolehkah saya mendengar Surah Ad-Dukhan di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Ad-Dukhan oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 43. Az-Zukhruf](https://yasinsurah.com/ms/surah-az-zukhruf/)
- [Surah seterusnya 45. Al-Jathiyah](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-jathiyah/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
