# Surah Al-Anbiya' الأنبياء

> Surah Al-Anbiya' (Para Nabi) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Anbiya' diturunkan…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-anbiya/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-21 daripada 114 · Juzuk 17

112 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-73

Surah al-Anbiya' diturunkan di Makkah dan mempunyai 112 ayat. Surah ini mengingatkan bahawa hari perhitungan semakin dekat; membincangkan tauhid, kerasulan dan kepercayaan kepada akhirat dengan menyebut perjuangan serta doa banyak nabi.

## Surah Al-Anbiya' dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِي غَفۡلَةٖ مُّعۡرِضُونَ ﴿١﴾  
Rumi: Iqtaraba lin naasi hisaabuhum wa hum fii ghaflatim mu'ridhuun.  
Terjemahan: Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

**2.** مَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِكۡرٖ مِّن رَّبِّهِم مُّحۡدَثٍ إِلَّا ٱسۡتَمَعُوهُ وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ ﴿٢﴾  
Rumi: Maa ya'tiihim min dzikrim mir rabbihim muhdatsin illas tama'uuhu wa hum yal'abuun.  
Terjemahan: Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -

**3.** لَاهِيَةٗ قُلُوبُهُمۡۗ وَأَسَرُّواْ ٱلنَّجۡوَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ هَلۡ هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡۖ أَفَتَأۡتُونَ ٱلسِّحۡرَ وَأَنتُمۡ تُبۡصِرُونَ ﴿٣﴾  
Rumi: Laahiyatan quluubuhum wa asarrun najwal ladziina zhalamuu hal haadzaa illaa basyarum mitslukum afata'tuunas sihra wa antum tubshiruun.  
Terjemahan: Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: “Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?”

**4.** قَالَ رَبِّي يَعۡلَمُ ٱلۡقَوۡلَ فِي ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ﴿٤﴾  
Rumi: Qaala rabbii ya'lamul qaula fis samaa'i wal ardhi wa huwas samii'ul 'aliim.  
Terjemahan: (Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: “Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

**5.** بَلۡ قَالُوٓاْ أَضۡغَٰثُ أَحۡلَٰمِۭ بَلِ ٱفۡتَرَىٰهُ بَلۡ هُوَ شَاعِرٞ فَلۡيَأۡتِنَا بِـَٔايَةٖ كَمَآ أُرۡسِلَ ٱلۡأَوَّلُونَ ﴿٥﴾  
Rumi: Bal qaaluu adhghaatsu ahlaamim balif taraahu bal huwa syaa'irun falya'tinaa bi'aayatin kamaa ursilal awwaluun.  
Terjemahan: (Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu”.

**6.** مَآ ءَامَنَتۡ قَبۡلَهُم مِّن قَرۡيَةٍ أَهۡلَكۡنَٰهَآۖ أَفَهُمۡ يُؤۡمِنُونَ ﴿٦﴾  
Rumi: Maa aamanat qablahum min qaryatin ahlaknaahaa afahum yu'minuun.  
Terjemahan: Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?

**7.** وَمَآ أَرۡسَلۡنَا قَبۡلَكَ إِلَّا رِجَالٗا نُّوحِيٓ إِلَيۡهِمۡۖ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ﴿٧﴾  
Rumi: Wa maa arsalnaa qablaka illaa rijaalan nuuhii ilaihim fas'aluu ahladz dzikri in kuntum laa ta'lamuun.  
Terjemahan: Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri” jika kamu tidak mengetahui.

**8.** وَمَا جَعَلۡنَٰهُمۡ جَسَدٗا لَّا يَأۡكُلُونَ ٱلطَّعَامَ وَمَا كَانُواْ خَٰلِدِينَ ﴿٨﴾  
Rumi: Wa maa ja'alnaahum jasadal laa ya'kuluunath tha'aama wa maa kaanuu khaalidiin.  
Terjemahan: Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).

**9.** ثُمَّ صَدَقۡنَٰهُمُ ٱلۡوَعۡدَ فَأَنجَيۡنَٰهُمۡ وَمَن نَّشَآءُ وَأَهۡلَكۡنَا ٱلۡمُسۡرِفِينَ ﴿٩﴾  
Rumi: Tsumma shadaqnaahumul wa'da fa anjainaahum wa man nasyaa'u wa ahlaknal musrifiin.  
Terjemahan: Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.

**10.** لَقَدۡ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ كِتَٰبٗا فِيهِ ذِكۡرُكُمۡۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ﴿١٠﴾  
Rumi: Laqad anzalnaa ilaikum kitaaban fiihi dzikrukum afalaa ta'qiluun.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?

**11.** وَكَمۡ قَصَمۡنَا مِن قَرۡيَةٖ كَانَتۡ ظَالِمَةٗ وَأَنشَأۡنَا بَعۡدَهَا قَوۡمًا ءَاخَرِينَ ﴿١١﴾  
Rumi: Wa kam qashamnaa min qaryatin kaanat zhaalimataw wa ansya'naa ba'dahaa qauman aakhariin.  
Terjemahan: Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya.

**12.** فَلَمَّآ أَحَسُّواْ بَأۡسَنَآ إِذَا هُم مِّنۡهَا يَرۡكُضُونَ ﴿١٢﴾  
Rumi: Falammaa ahassuu ba'sanaa idzaa hum minhaa yarkudhuun.  
Terjemahan: Maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.

**13.** لَا تَرۡكُضُواْ وَٱرۡجِعُوٓاْ إِلَىٰ مَآ أُتۡرِفۡتُمۡ فِيهِ وَمَسَٰكِنِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تُسۡـَٔلُونَ ﴿١٣﴾  
Rumi: Laa tarkudhuu warji'uu ilaa maa utriftum fiihi wa masaakinikum la'allakum tus'aluun.  
Terjemahan: (Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku”.

**14.** قَالُواْ يَٰوَيۡلَنَآ إِنَّا كُنَّا ظَٰلِمِينَ ﴿١٤﴾  
Rumi: Qaaluu yaa wailanaa innaa kunnaa zhaalimiin.  
Terjemahan: (Akhirnya) mereka berkata: “Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!”

**15.** فَمَا زَالَت تِّلۡكَ دَعۡوَىٰهُمۡ حَتَّىٰ جَعَلۡنَٰهُمۡ حَصِيدًا خَٰمِدِينَ ﴿١٥﴾  
Rumi: Famaa zaalat tilka da'waahum hattaa ja'alnaahum hashiidan khaamidiin.  
Terjemahan: Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.

**16.** وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَآءَ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا لَٰعِبِينَ ﴿١٦﴾  
Rumi: Wa maa khalaqnas samaa'a wal ardha wa maa bainahumaa laa'ibiin.  
Terjemahan: Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.

**17.** لَوۡ أَرَدۡنَآ أَن نَّتَّخِذَ لَهۡوٗا لَّٱتَّخَذۡنَٰهُ مِن لَّدُنَّآ إِن كُنَّا فَٰعِلِينَ ﴿١٧﴾  
Rumi: Lau aradnaa an nattakhidza lahwal lattakhadznaahu mil ladunnaa in kunnaa faa'iliin.  
Terjemahan: Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya.

**18.** بَلۡ نَقۡذِفُ بِٱلۡحَقِّ عَلَى ٱلۡبَٰطِلِ فَيَدۡمَغُهُۥ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٞۚ وَلَكُمُ ٱلۡوَيۡلُ مِمَّا تَصِفُونَ ﴿١٨﴾  
Rumi: Bal naqdzifu bil haqqi 'alal baathili fayadmaghuhuu fa idzaa huwa zaahiquw wa lakumul wailu mimmaa tashifuun.  
Terjemahan: Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan (tetaplah) kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami).

**19.** وَلَهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَمَنۡ عِندَهُۥ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِهِۦ وَلَا يَسۡتَحۡسِرُونَ ﴿١٩﴾  
Rumi: Wa lahuu man fis samaawaati wal ardhi wa man 'indahuu laa yastakbiruuna 'an 'ibaadatihii wa laa yastahsiruun.  
Terjemahan: Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih.

**20.** يُسَبِّحُونَ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ لَا يَفۡتُرُونَ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Yusabbihuunal laila wan nahaara laa yafturuun.  
Terjemahan: Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.

**21.** أَمِ ٱتَّخَذُوٓاْ ءَالِهَةٗ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ هُمۡ يُنشِرُونَ ﴿٢١﴾  
Rumi: Amit takhadzuu aalihatam minal ardhi hum yunsyiruun.  
Terjemahan: Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?

**22.** لَوۡ كَانَ فِيهِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا ٱللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلۡعَرۡشِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Lau kaana fiihimaa aalihatun illallaahu lafasadataa fasubhaanallaahi rabbil 'arsyi 'ammaa yashifuun.  
Terjemahan: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

**23.** لَا يُسۡـَٔلُ عَمَّا يَفۡعَلُ وَهُمۡ يُسۡـَٔلُونَ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Laa yus'alu 'ammaa yaf'alu wa hum yus'aluun.  
Terjemahan: Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.

**24.** أَمِ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةٗۖ قُلۡ هَاتُواْ بُرۡهَٰنَكُمۡۖ هَٰذَا ذِكۡرُ مَن مَّعِيَ وَذِكۡرُ مَن قَبۡلِيۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٱلۡحَقَّۖ فَهُم مُّعۡرِضُونَ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Amit takhadzuu min duunihii aalihatan qul haatuu burhaanakum haadzaa dzikru mam ma'iya wa dzikru man qablii bal aktsaruhum laa ya'lamuunal haqqa fahum mu'ridhuun.  
Terjemahan: Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku”. (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.

**25.** وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِيٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدُونِ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Wa maa arsalnaa min qablika mir rasuulin illaa nuuhii ilaihi annahuu laa ilaaha illaa ana fa'buduun.  
Terjemahan: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”.

**26.** وَقَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱلرَّحۡمَٰنُ وَلَدٗاۗ سُبۡحَٰنَهُۥۚ بَلۡ عِبَادٞ مُّكۡرَمُونَ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Wa qaalut takhadzar rahmaanu waladan subhaanahuu bal 'ibaadum mukramuun.  
Terjemahan: Dan mereka (yang musyrik) berkata: “(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak”. Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.

**27.** لَا يَسۡبِقُونَهُۥ بِٱلۡقَوۡلِ وَهُم بِأَمۡرِهِۦ يَعۡمَلُونَ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Laa yasbiquunahuu bil qauli wa hum bi'amrihii ya'maluun.  
Terjemahan: Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.

**28.** يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ وَلَا يَشۡفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ٱرۡتَضَىٰ وَهُم مِّنۡ خَشۡيَتِهِۦ مُشۡفِقُونَ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Ya'lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum wa laa yasyfa'uuna illaa limanir tadhaa wa hum min khasyyatihii musyfiquun.  
Terjemahan: Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.

**29.** ۞ وَمَن يَقُلۡ مِنۡهُمۡ إِنِّيٓ إِلَٰهٞ مِّن دُونِهِۦ فَذَٰلِكَ نَجۡزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Wa may yaqul minhum innii ilaahum min duunihii fadzaalika najziihi jahannama kadzaalika najzizh zhaalimiin.  
Terjemahan: Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: “Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah”, maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

**30.** أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ كَانَتَا رَتۡقٗا فَفَتَقۡنَٰهُمَاۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَيۡءٍ حَيٍّۚ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Awalam yaral ladziina kafaruu annas samaawaati wal ardha kaanataa ratqan fafataqnaahumaa wa ja'alnaa minal maa'i kulla syai'in hayyin afalaa yu'minuun.  
Terjemahan: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

**31.** وَجَعَلۡنَا فِي ٱلۡأَرۡضِ رَوَٰسِيَ أَن تَمِيدَ بِهِمۡ وَجَعَلۡنَا فِيهَا فِجَاجٗا سُبُلٗا لَّعَلَّهُمۡ يَهۡتَدُونَ ﴿٣١﴾  
Rumi: Wa ja'alnaa fil ardhi rawaasiya an tamiida bihim wa ja'alnaa fiihaa fijaajan subulal la'allahum yahtaduun.  
Terjemahan: Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

**32.** وَجَعَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ سَقۡفٗا مَّحۡفُوظٗاۖ وَهُمۡ عَنۡ ءَايَٰتِهَا مُعۡرِضُونَ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Wa ja'alnas samaa'a saqfam mahfuuzhaw wa hum 'an aayaatihaa mu'ridhuun.  
Terjemahan: Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.

**33.** وَهُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَۖ كُلّٞ فِي فَلَكٖ يَسۡبَحُونَ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii khalaqal laila wan nahaara wasy syamsa wal qamara kullun fii falakiy yasbahuun.  
Terjemahan: Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

**34.** وَمَا جَعَلۡنَا لِبَشَرٖ مِّن قَبۡلِكَ ٱلۡخُلۡدَۖ أَفَإِيْن مِّتَّ فَهُمُ ٱلۡخَٰلِدُونَ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wa maa ja'alnaa libasyarim min qablikal khulda afa'im mitta fahumul khaaliduun.  
Terjemahan: Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

**35.** كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةٗۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Kullu nafsin dzaa'iqatul mauti wa nabluukum bisy syarri wal khairi fitnataw wa ilainaa turja'uun.  
Terjemahan: Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

**36.** وَإِذَا رَءَاكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِن يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا أَهَٰذَا ٱلَّذِي يَذۡكُرُ ءَالِهَتَكُمۡ وَهُم بِذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ هُمۡ كَٰفِرُونَ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Wa idzaa ra'aakal ladziina kafaruu iy yattakhidzuunaka illaa huzuwan ahaadzal ladzii yadzkuru aalihatakum wa hum bidzikrir rahmaani hum kaafiruun.  
Terjemahan: Dan apabila orang-orang kafir itu melihatmu, mereka hanyalah menjadikan perkara yang engkau sampaikan itu sebagai ejek-ejekan sahaja, sambil berkata sesama sendiri: “Inikah dia orangnya yang mencaci tuhan-tuhan kamu?” (Mereka berkata demikian) sedang mereka sendiri kufur ingkar kepada Al-Quran yang mengandungi peringatan Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.

**37.** خُلِقَ ٱلۡإِنسَٰنُ مِنۡ عَجَلٖۚ سَأُوْرِيكُمۡ ءَايَٰتِي فَلَا تَسۡتَعۡجِلُونِ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Khuliqal insaanu min 'ajalin sa'uriikum aayaatii falaa tasta'jiluun.  
Terjemahan: Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya).

**38.** وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Wa yaquuluuna mataa haadzal wa'du in kuntum shaadiqiin.  
Terjemahan: Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: “Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?”.

**39.** لَوۡ يَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ حِينَ لَا يَكُفُّونَ عَن وُجُوهِهِمُ ٱلنَّارَ وَلَا عَن ظُهُورِهِمۡ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Lau ya'lamul ladziina kafaruu hiina laa yakuffuuna 'aw wujuuhihimun naara wa laa 'an zhuhuurihim wa laa hum yunsharuun.  
Terjemahan: Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian).

**40.** بَلۡ تَأۡتِيهِم بَغۡتَةٗ فَتَبۡهَتُهُمۡ فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ رَدَّهَا وَلَا هُمۡ يُنظَرُونَ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Bal ta'tiihim baghtatan fatabhatuhum falaa yastathii'uuna raddahaa wa laa hum yunzharuun.  
Terjemahan: (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat.

**41.** وَلَقَدِ ٱسۡتُهۡزِئَ بِرُسُلٖ مِّن قَبۡلِكَ فَحَاقَ بِٱلَّذِينَ سَخِرُواْ مِنۡهُم مَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ﴿٤١﴾  
Rumi: Wa laqadis tuhzi'a birusulim min qablika fahaaqa bil ladziina sakhiruu minhum maa kaanuu bihii yastahzi'uun.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

**42.** قُلۡ مَن يَكۡلَؤُكُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ مِنَ ٱلرَّحۡمَٰنِۚ بَلۡ هُمۡ عَن ذِكۡرِ رَبِّهِم مُّعۡرِضُونَ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Qul may yakla'ukum bil laili wan nahaari minar rahmaani bal hum 'an dzikri rabbihim mu'ridhuun.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah?” (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.

**43.** أَمۡ لَهُمۡ ءَالِهَةٞ تَمۡنَعُهُم مِّن دُونِنَاۚ لَا يَسۡتَطِيعُونَ نَصۡرَ أَنفُسِهِمۡ وَلَا هُم مِّنَّا يُصۡحَبُونَ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Am lahum aalihatun tamna'uhum min duuninaa laa yastathii'uuna nashra anfusihim wa laa hum minnaa yushhabuun.  
Terjemahan: Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri, dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.

**44.** بَلۡ مَتَّعۡنَا هَٰٓؤُلَآءِ وَءَابَآءَهُمۡ حَتَّىٰ طَالَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡعُمُرُۗ أَفَلَا يَرَوۡنَ أَنَّا نَأۡتِي ٱلۡأَرۡضَ نَنقُصُهَا مِنۡ أَطۡرَافِهَآۚ أَفَهُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Bal matta'naa haa'ulaa'i wa aabaa'ahum hattaa thaala 'alaihimul 'umuru afalaa yarauna annaa na'til ardha nanqushuhaa min athraafihaa afahumul ghaalibuun.  
Terjemahan: (Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?

**45.** قُلۡ إِنَّمَآ أُنذِرُكُم بِٱلۡوَحۡيِۚ وَلَا يَسۡمَعُ ٱلصُّمُّ ٱلدُّعَآءَ إِذَا مَا يُنذَرُونَ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Qul innamaa undzirukum bil wahyi wa laa yasma'ush shummud du'aa'a idzaa maa yundzaruun.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku); dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat).

**46.** وَلَئِن مَّسَّتۡهُمۡ نَفۡحَةٞ مِّنۡ عَذَابِ رَبِّكَ لَيَقُولُنَّ يَٰوَيۡلَنَآ إِنَّا كُنَّا ظَٰلِمِينَ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Wa la'im massathum nafhatum min 'adzaabi rabbika layaquulunna yaa wailanaa innaa kunnaa zhaalimiin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!”

**47.** وَنَضَعُ ٱلۡمَوَٰزِينَ ٱلۡقِسۡطَ لِيَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسٞ شَيۡـٔٗاۖ وَإِن كَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةٖ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَيۡنَا بِهَاۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَٰسِبِينَ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Wa nadha'ul mawaaziinal qistha liyaumil qiyaamati falaa tuzhlamu nafsun syai'aw wa in kaana mitsqaala habbatim min khardalin atainaa bihaa wa kafaa binaa haasibiin.  
Terjemahan: Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

**48.** وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ٱلۡفُرۡقَانَ وَضِيَآءٗ وَذِكۡرٗا لِّلۡمُتَّقِينَ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wa laqad aatainaa muusaa wa haaruunal furqaana wa dhiyaa'aw wa dzikral lil muttaqiin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.

**49.** ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ وَهُم مِّنَ ٱلسَّاعَةِ مُشۡفِقُونَ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Alladziina yakhsyauna rabbahum bil ghaibi wa hum minas saa'ati musyfiquun.  
Terjemahan: Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.

**50.** وَهَٰذَا ذِكۡرٞ مُّبَارَكٌ أَنزَلۡنَٰهُۚ أَفَأَنتُمۡ لَهُۥ مُنكِرُونَ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Wa haadzaa dzikrum mubaarakun anzalnaahu afa'antum lahuu munkiruun.  
Terjemahan: Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?

**51.** ۞ وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ إِبۡرَٰهِيمَ رُشۡدَهُۥ مِن قَبۡلُ وَكُنَّا بِهِۦ عَٰلِمِينَ ﴿٥١﴾  
Rumi: Wa laqad aatainaa ibraahiima rusydahuu min qablu wa kunnaa bihii 'aalimiin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.

**52.** إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَا هَٰذِهِ ٱلتَّمَاثِيلُ ٱلَّتِيٓ أَنتُمۡ لَهَا عَٰكِفُونَ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Idz qaala li'abiihi wa qaumihii maa haadzihit tamaatsiilul latii antum lahaa 'aakifuun.  
Terjemahan: Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?”

**53.** قَالُواْ وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا لَهَا عَٰبِدِينَ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Qaaluu wajadnaa aabaa'anaa lahaa 'aabidiin.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya”.

**54.** قَالَ لَقَدۡ كُنتُمۡ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُمۡ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Qaala laqad kuntum antum wa aabaa'ukum fii dhalaalim mubiin.  
Terjemahan: Ia berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”.

**55.** قَالُوٓاْ أَجِئۡتَنَا بِٱلۡحَقِّ أَمۡ أَنتَ مِنَ ٱللَّٰعِبِينَ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Qaaluu aji'tanaa bil haqqi am anta minal laa'ibiin.  
Terjemahan: Mereka bertanya: “Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?”

**56.** قَالَ بَل رَّبُّكُمۡ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلَّذِي فَطَرَهُنَّ وَأَنَا۠ عَلَىٰ ذَٰلِكُم مِّنَ ٱلشَّٰهِدِينَ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Qaala bar rabbukum rabbus samaawaati wal ardhil ladzii fatharahunna wa ana 'alaa dzaalikum minasy syaahidiin.  
Terjemahan: Ia menjawab: “(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.

**57.** وَتَٱللَّهِ لَأَكِيدَنَّ أَصۡنَٰمَكُم بَعۡدَ أَن تُوَلُّواْ مُدۡبِرِينَ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Wa tallaahi la'akiidanna ashnaamakum ba'da an tuwalluu mudbiriin.  
Terjemahan: “Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)”.

**58.** فَجَعَلَهُمۡ جُذَٰذًا إِلَّا كَبِيرٗا لَّهُمۡ لَعَلَّهُمۡ إِلَيۡهِ يَرۡجِعُونَ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Faja'alahum judzaadzan illaa kabiiral lahum la'allahum ilaihi yarji'uun.  
Terjemahan: Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.

**59.** قَالُواْ مَن فَعَلَ هَٰذَا بِـَٔالِهَتِنَآ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿٥٩﴾  
Rumi: Qaaluu man fa'ala haadzaa bi'aalihatinaa innahuu laminazh zhaalimiin.  
Terjemahan: (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: “Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim”.

**60.** قَالُواْ سَمِعۡنَا فَتٗى يَذۡكُرُهُمۡ يُقَالُ لَهُۥٓ إِبۡرَٰهِيمُ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Qaaluu sami'naa fatay yadzkuruhum yuqaalu lahuu ibraahiim.  
Terjemahan: (Setengah dari) mereka berkata: “Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya”.

**61.** قَالُواْ فَأۡتُواْ بِهِۦ عَلَىٰٓ أَعۡيُنِ ٱلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡهَدُونَ ﴿٦١﴾  
Rumi: Qaaluu fa'tuu bihii 'alaa a'yunin naasi la'allahum yasyhaduun.  
Terjemahan: (Ketua-ketua) mereka berkata: “Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).

**62.** قَالُوٓاْ ءَأَنتَ فَعَلۡتَ هَٰذَا بِـَٔالِهَتِنَا يَٰٓإِبۡرَٰهِيمُ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Qaaluu a'anta fa'alta haadzaa bi'aalihatinaa yaa ibraahiim.  
Terjemahan: (Setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: “Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?”

**63.** قَالَ بَلۡ فَعَلَهُۥ كَبِيرُهُمۡ هَٰذَا فَسۡـَٔلُوهُمۡ إِن كَانُواْ يَنطِقُونَ ﴿٦٣﴾  
Rumi: Qaala bal fa'alahuu kabiiruhum haadzaa fas'aluuhum in kaanuu yanthiquun.  
Terjemahan: Ia menjawab: “(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata”.

**64.** فَرَجَعُوٓاْ إِلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ فَقَالُوٓاْ إِنَّكُمۡ أَنتُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ﴿٦٤﴾  
Rumi: Faraja'uu ilaa anfusihim faqaaluu innakum antumuzh zhaalimuun.  
Terjemahan: Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim”.

**65.** ثُمَّ نُكِسُواْ عَلَىٰ رُءُوسِهِمۡ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَا هَٰٓؤُلَآءِ يَنطِقُونَ ﴿٦٥﴾  
Rumi: Tsumma nukisuu 'alaa ru'uusihim laqad 'alimta maa haa'ulaa'i yanthiquun.  
Terjemahan: Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: “Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?”

**66.** قَالَ أَفَتَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكُمۡ شَيۡـٔٗا وَلَا يَضُرُّكُمۡ ﴿٦٦﴾  
Rumi: Qaala afata'buduuna min duunillaahi maa laa yanfa'ukum syai'aw wa laa yadhurrukum.  
Terjemahan: Nabi Ibrahim berkata: “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?

**67.** أُفّٖ لَّكُمۡ وَلِمَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ﴿٦٧﴾  
Rumi: Uffil lakum wa limaa ta'buduuna min duunillaahi afalaa ta'qiluun.  
Terjemahan: “Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?”

**68.** قَالُواْ حَرِّقُوهُ وَٱنصُرُوٓاْ ءَالِهَتَكُمۡ إِن كُنتُمۡ فَٰعِلِينَ ﴿٦٨﴾  
Rumi: Qaaluu harriquuhu wanshuruu aalihatakum in kuntum faa'iliin.  
Terjemahan: (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!”

**69.** قُلۡنَا يَٰنَارُ كُونِي بَرۡدٗا وَسَلَٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ ﴿٦٩﴾  
Rumi: Qulnaa yaa naaru kuunii bardaw wa salaaman 'alaa ibraahiim.  
Terjemahan: Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!”.

**70.** وَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدٗا فَجَعَلۡنَٰهُمُ ٱلۡأَخۡسَرِينَ ﴿٧٠﴾  
Rumi: Wa araaduu bihii kaidan faja'alnaahumul akhsariin.  
Terjemahan: Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).

**71.** وَنَجَّيۡنَٰهُ وَلُوطًا إِلَى ٱلۡأَرۡضِ ٱلَّتِي بَٰرَكۡنَا فِيهَا لِلۡعَٰلَمِينَ ﴿٧١﴾  
Rumi: Wa najjainaahu wa luuthan ilal ardhil latii baaraknaa fiihaa lil 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.

**72.** وَوَهَبۡنَا لَهُۥٓ إِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ نَافِلَةٗۖ وَكُلّٗا جَعَلۡنَا صَٰلِحِينَ ﴿٧٢﴾  
Rumi: Wa wahabnaa lahuu ishaaqa wa ya'quuba naafilataw wa kullan ja'alnaa shaalihiin.  
Terjemahan: Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.

**73.** وَجَعَلۡنَٰهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡهِمۡ فِعۡلَ ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءَ ٱلزَّكَوٰةِۖ وَكَانُواْ لَنَا عَٰبِدِينَ ﴿٧٣﴾  
Rumi: Wa ja'alnaahum a'immatay yahduuna bi'amrinaa wa auhainaa ilaihim fi'lal khairaati wa iqaamash shalaati wa iitaa'az zakaati wa kaanuu lanaa 'aabidiin.  
Terjemahan: Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

**74.** وَلُوطًا ءَاتَيۡنَٰهُ حُكۡمٗا وَعِلۡمٗا وَنَجَّيۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِي كَانَت تَّعۡمَلُ ٱلۡخَبَٰٓئِثَۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَوۡمَ سَوۡءٖ فَٰسِقِينَ ﴿٧٤﴾  
Rumi: Wa luuthan aatainaahu hukmaw wa 'ilmaw wa najjainaahu minal qaryatil latii kaanat ta'malul khabaa'itsa innahum kaanuu qauma sau'in faasiqiin.  
Terjemahan: Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.

**75.** وَأَدۡخَلۡنَٰهُ فِي رَحۡمَتِنَآۖ إِنَّهُۥ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ ﴿٧٥﴾  
Rumi: Wa adkhalnaahu fii rahmatinaa innahuu minash shaalihiin.  
Terjemahan: Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh.

**76.** وَنُوحًا إِذۡ نَادَىٰ مِن قَبۡلُ فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ فَنَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥ مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٧٦﴾  
Rumi: Wa nuuhan idz naadaa min qablu fastajabnaa lahuu fanajjainaahu wa ahlahuu minal karbil 'azhiim.  
Terjemahan: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.

**77.** وَنَصَرۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَآۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَوۡمَ سَوۡءٖ فَأَغۡرَقۡنَٰهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٧٧﴾  
Rumi: Wa nasharnaahu minal qaumil ladziina kadzdzabuu bi'aayaatinaa innahum kaanuu qauma sau'in fa aghraqnaahum ajma'iin.  
Terjemahan: Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).

**78.** وَدَاوُۥدَ وَسُلَيۡمَٰنَ إِذۡ يَحۡكُمَانِ فِي ٱلۡحَرۡثِ إِذۡ نَفَشَتۡ فِيهِ غَنَمُ ٱلۡقَوۡمِ وَكُنَّا لِحُكۡمِهِمۡ شَٰهِدِينَ ﴿٧٨﴾  
Rumi: Wa daawuuda wa sulaimaana idz yahkumaani fil hartsi idz nafasyat fiihi ghanamul qaumi wa kunnaa lihukmihim syaahidiin.  
Terjemahan: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.

**79.** فَفَهَّمۡنَٰهَا سُلَيۡمَٰنَۚ وَكُلًّا ءَاتَيۡنَا حُكۡمٗا وَعِلۡمٗاۚ وَسَخَّرۡنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلۡجِبَالَ يُسَبِّحۡنَ وَٱلطَّيۡرَۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ ﴿٧٩﴾  
Rumi: Fafahhamnaahaa sulaimaana wa kullan aatainaa hukmaw wa 'ilmaw wa sakhkharnaa ma'a daawuudal jibaala yusabbihna wath thaira wa kunnaa faa'iliin.  
Terjemahan: Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

**80.** وَعَلَّمۡنَٰهُ صَنۡعَةَ لَبُوسٖ لَّكُمۡ لِتُحۡصِنَكُم مِّنۢ بَأۡسِكُمۡۖ فَهَلۡ أَنتُمۡ شَٰكِرُونَ ﴿٨٠﴾  
Rumi: Wa 'allamnaahu shan'ata labuusil lakum lituhshinakum mim ba'sikum fahal antum syaakiruun.  
Terjemahan: Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?

**81.** وَلِسُلَيۡمَٰنَ ٱلرِّيحَ عَاصِفَةٗ تَجۡرِي بِأَمۡرِهِۦٓ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ ٱلَّتِي بَٰرَكۡنَا فِيهَاۚ وَكُنَّا بِكُلِّ شَيۡءٍ عَٰلِمِينَ ﴿٨١﴾  
Rumi: Wa lisulaimaanar riiha 'aashifatan tajrii bi'amrihii ilal ardhil latii baaraknaa fiihaa wa kunnaa bikulli syai'in 'aalimiin.  
Terjemahan: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

**82.** وَمِنَ ٱلشَّيَٰطِينِ مَن يَغُوصُونَ لَهُۥ وَيَعۡمَلُونَ عَمَلٗا دُونَ ذَٰلِكَۖ وَكُنَّا لَهُمۡ حَٰفِظِينَ ﴿٨٢﴾  
Rumi: Wa minasy syayaathiini may yaghuushuuna lahuu wa ya'maluuna 'amalan duuna dzaalika wa kunnaa lahum haafizhiin.  
Terjemahan: Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya).

**83.** ۞ وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ ﴿٨٣﴾  
Rumi: Wa ayyuuba idz naadaa rabbahuu annii massaniyadh dhurru wa anta arhamur raahimiin.  
Terjemahan: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.

**84.** فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرّٖۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ أَهۡلَهُۥ وَمِثۡلَهُم مَّعَهُمۡ رَحۡمَةٗ مِّنۡ عِندِنَا وَذِكۡرَىٰ لِلۡعَٰبِدِينَ ﴿٨٤﴾  
Rumi: Fastajabnaa lahuu fakasyafnaa maa bihii min dhurriw wa aatainaahu ahlahuu wa mitslahum ma'ahum rahmatam min 'indinaa wa dzikraa lil 'aabidiin.  
Terjemahan: Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).

**85.** وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِدۡرِيسَ وَذَا ٱلۡكِفۡلِۖ كُلّٞ مِّنَ ٱلصَّٰبِرِينَ ﴿٨٥﴾  
Rumi: Wa ismaa'iila wa idriisa wa dzal kifli kullum minash shaabiriin.  
Terjemahan: Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar.

**86.** وَأَدۡخَلۡنَٰهُمۡ فِي رَحۡمَتِنَآۖ إِنَّهُم مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ ﴿٨٦﴾  
Rumi: Wa adkhalnaahum fii rahmatinaa innahum minash shaalihiin.  
Terjemahan: Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh.

**87.** وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿٨٧﴾  
Rumi: Wa dzan nuuni idz dzahaba mughaadhiban fazhanna al lan naqdira 'alaihi fanaadaa fizh zhulumaati al laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin.  
Terjemahan: Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

**88.** فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَنَجَّيۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٰلِكَ نُـۨجِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٨٨﴾  
Rumi: Fastajabnaa lahuu wa najjainaahu minal ghammi wa kadzaalika nunjil mu'miniin.  
Terjemahan: Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

**89.** وَزَكَرِيَّآ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِي فَرۡدٗا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡوَٰرِثِينَ ﴿٨٩﴾  
Rumi: Wa zakariyyaa idz naadaa rabbahuu rabbi laa tadzarnii fardaw wa anta khairul waaritsiin.  
Terjemahan: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

**90.** فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَوَهَبۡنَا لَهُۥ يَحۡيَىٰ وَأَصۡلَحۡنَا لَهُۥ زَوۡجَهُۥٓۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَيَدۡعُونَنَا رَغَبٗا وَرَهَبٗاۖ وَكَانُواْ لَنَا خَٰشِعِينَ ﴿٩٠﴾  
Rumi: Fastajabnaa lahuu wa wahabnaa lahuu yahyaa wa ashlahnaa lahuu zaujahuu innahum kaanuu yusaari'uuna fil khairaati wa yad'uunanaa raghabaw wa rahabaw wa kaanuu lanaa khaasyi'iin.  
Terjemahan: Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

**91.** وَٱلَّتِيٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهَا مِن رُّوحِنَا وَجَعَلۡنَٰهَا وَٱبۡنَهَآ ءَايَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ﴿٩١﴾  
Rumi: Wal latii ahshanat farjahaa fanafakhnaa fiihaa mir ruuhinaa wa ja'alnaahaa wabnahaa aayatal lil 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.

**92.** إِنَّ هَٰذِهِۦٓ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَأَنَا۠ رَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُونِ ﴿٩٢﴾  
Rumi: Inna haadzihii ummatukum ummataw waahidataw wa ana rabbukum fa'buduun.  
Terjemahan: Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.

**93.** وَتَقَطَّعُوٓاْ أَمۡرَهُم بَيۡنَهُمۡۖ كُلٌّ إِلَيۡنَا رَٰجِعُونَ ﴿٩٣﴾  
Rumi: Wa taqaththa'uu amrahum bainahum kullun ilainaa raaji'uun.  
Terjemahan: (Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).

**94.** فَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَا كُفۡرَانَ لِسَعۡيِهِۦ وَإِنَّا لَهُۥ كَٰتِبُونَ ﴿٩٤﴾  
Rumi: Famay ya'mal minash shaalihaati wa huwa mu'minun falaa kufraana lisa'yihii wa innaa lahuu kaatibuun.  
Terjemahan: Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.

**95.** وَحَرَٰمٌ عَلَىٰ قَرۡيَةٍ أَهۡلَكۡنَٰهَآ أَنَّهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ ﴿٩٥﴾  
Rumi: Wa haraamun 'alaa qaryatin ahlaknaahaa annahum laa yarji'uun.  
Terjemahan: Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak).

**96.** حَتَّىٰٓ إِذَا فُتِحَتۡ يَأۡجُوجُ وَمَأۡجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٖ يَنسِلُونَ ﴿٩٦﴾  
Rumi: Hattaa idzaa futihat ya'juuju wa ma'juuju wa hum min kulli hadabiy yansiluun.  
Terjemahan: (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

**97.** وَٱقۡتَرَبَ ٱلۡوَعۡدُ ٱلۡحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَٰخِصَةٌ أَبۡصَٰرُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَٰوَيۡلَنَا قَدۡ كُنَّا فِي غَفۡلَةٖ مِّنۡ هَٰذَا بَلۡ كُنَّا ظَٰلِمِينَ ﴿٩٧﴾  
Rumi: Waqtarabal wa'dul haqqu fa idzaa hiya syaakhishatun abshaarul ladziina kafaruu yaa wailanaa qad kunnaa fii ghaflatim min haadzaa bal kunnaa zhaalimiin.  
Terjemahan: Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

**98.** إِنَّكُمۡ وَمَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنتُمۡ لَهَا وَٰرِدُونَ ﴿٩٨﴾  
Rumi: Innakum wa maa ta'buduuna min duunillaahi hashabu jahannama antum lahaa waariduun.  
Terjemahan: Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam neraka Jahannam; kamu (sudah tetap) akan memasukinya.

**99.** لَوۡ كَانَ هَٰٓؤُلَآءِ ءَالِهَةٗ مَّا وَرَدُوهَاۖ وَكُلّٞ فِيهَا خَٰلِدُونَ ﴿٩٩﴾  
Rumi: Lau kaana haa'ulaa'i aalihatam maa waraduuhaa wa kullun fiihaa khaaliduun.  
Terjemahan: Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam neraka; dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah dan yang disembah) akan kekal dalam neraka selama-lamanya.

**100.** لَهُمۡ فِيهَا زَفِيرٞ وَهُمۡ فِيهَا لَا يَسۡمَعُونَ ﴿١٠٠﴾  
Rumi: Lahum fiihaa zafiiruw wa hum fiihaa laa yasma'uun.  
Terjemahan: Mereka mendayu-dayu (kesakitan) di dalam neraka, dan mereka pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu yang menyenangkan.

**101.** إِنَّ ٱلَّذِينَ سَبَقَتۡ لَهُم مِّنَّا ٱلۡحُسۡنَىٰٓ أُوْلَٰٓئِكَ عَنۡهَا مُبۡعَدُونَ ﴿١٠١﴾  
Rumi: Innal ladziina sabaqat lahum minnal husnaa ulaa'ika 'anhaa mub'aduun.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kami, mereka dijauhkan dari neraka itu.

**102.** لَا يَسۡمَعُونَ حَسِيسَهَاۖ وَهُمۡ فِي مَا ٱشۡتَهَتۡ أَنفُسُهُمۡ خَٰلِدُونَ ﴿١٠٢﴾  
Rumi: Laa yasma'uuna hasiisahaa wa hum fii masy tahat anfusuhum khaaliduun.  
Terjemahan: Mereka tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

**103.** لَا يَحۡزُنُهُمُ ٱلۡفَزَعُ ٱلۡأَكۡبَرُ وَتَتَلَقَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ هَٰذَا يَوۡمُكُمُ ٱلَّذِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ ﴿١٠٣﴾  
Rumi: Laa yahzunuhumul faza'ul akbaru wa tatalaqqaahumul malaa'ikatu haadzaa yaumukumul ladzii kuntum tuu'aduun.  
Terjemahan: Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada hari kiamat) itu tidak merunsingkan mereka, dan (sebaliknya) mereka disambut oleh malaikat-malaikat dengan berkata: “Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamu (di dunia) dahulu”.

**104.** يَوۡمَ نَطۡوِي ٱلسَّمَآءَ كَطَيِّ ٱلسِّجِلِّ لِلۡكُتُبِۚ كَمَا بَدَأۡنَآ أَوَّلَ خَلۡقٖ نُّعِيدُهُۥۚ وَعۡدًا عَلَيۡنَآۚ إِنَّا كُنَّا فَٰعِلِينَ ﴿١٠٤﴾  
Rumi: Yauma nathwis samaa'a kathayyis sijilli lil kutubi kamaa bada'naa awwala khalqin nu'iiduhuu wa'dan 'alainaa innaa kunnaa faa'iliin.  
Terjemahan: (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

**105.** وَلَقَدۡ كَتَبۡنَا فِي ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ ٱلصَّٰلِحُونَ ﴿١٠٥﴾  
Rumi: Wa laqad katabnaa fiz zabuuri mim ba'didz dzikri annal ardha yaritsuhaa 'ibaadiyash shaalihuun.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”.

**106.** إِنَّ فِي هَٰذَا لَبَلَٰغٗا لِّقَوۡمٍ عَٰبِدِينَ ﴿١٠٦﴾  
Rumi: Inna fii haadzaa labalaaghal liqaumin 'aabidiin.  
Terjemahan: Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu).

**107.** وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٠٧﴾  
Rumi: Wa maa arsalnaaka illaa rahmatal lil 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

**108.** قُلۡ إِنَّمَا يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّسۡلِمُونَ ﴿١٠٨﴾  
Rumi: Qul innamaa yuuhaa ilayya annamaa ilaahukum ilaahuw waahidun fahal antum muslimuun.  
Terjemahan: Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”

**109.** فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ ءَاذَنتُكُمۡ عَلَىٰ سَوَآءٖۖ وَإِنۡ أَدۡرِيٓ أَقَرِيبٌ أَم بَعِيدٞ مَّا تُوعَدُونَ ﴿١٠٩﴾  
Rumi: Fa in tawallau faqul aadzantukum 'alaa sawaa'iw wa in adrii aqariibun am ba'iidum maa tuu'aduun.  
Terjemahan: Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: “Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh.

**110.** إِنَّهُۥ يَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ وَيَعۡلَمُ مَا تَكۡتُمُونَ ﴿١١٠﴾  
Rumi: Innahuu ya'lamul jahra minal qauli wa ya'lamu maa taktumuun.  
Terjemahan: Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).

**111.** وَإِنۡ أَدۡرِي لَعَلَّهُۥ فِتۡنَةٞ لَّكُمۡ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٖ ﴿١١١﴾  
Rumi: Wa in adrii la'allahuu fitnatul lakum wa mataa'un ilaa hiin.  
Terjemahan: “Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu”.

**112.** قَٰلَ رَبِّ ٱحۡكُم بِٱلۡحَقِّۗ وَرَبُّنَا ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلۡمُسۡتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ ﴿١١٢﴾  
Rumi: Qaala rabbih kum bil haqqi wa rabbunar rahmaanul musta'aanu 'alaa maa tashifuun.  
Terjemahan: (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 21 daripada 114
- **Maksud nama:** Para Nabi
- **Bilangan ayat:** 112
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 73
- **Juzuk:** 17

## Mengenai Surah Al-Anbiya'

Anbiya' bermaksud "para nabi". Nama ini diberikan kerana banyak nabi disebut dan bahagian kisah mereka disampaikan dalam surah. Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 112 ayat. Surah ini ialah surah kedua puluh satu dalam mushaf; berada pada urutan 73 dalam susunan penurunan yang lazim.

Juz ketujuh belas mushaf bermula dengan surah ini. Ayat 107 yang menyatakan bahawa Nabi diutus sebagai rahmat kepada sekalian alam dan doa Nabi Yunus dalam perut ikan, "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin" (87), terdapat dalam surah ini. Ayat 30 menyatakan bahawa langit dan bumi yang asalnya bercantum dipisahkan, dan setiap makhluk hidup diciptakan daripada air.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Anbiya'

Surah al-Anbiya' diturunkan menjelang penghujung zaman Makkah. Orang musyrik tidak menerima kenabian Nabi dengan mengatakan baginda manusia seperti mereka, menyifatkan al-Quran sebagai mimpi bercampur-campur, rekaan atau syair, serta menuntut mukjizat seperti yang diberikan kepada nabi-nabi terdahulu. Mereka juga tidak mengendahkan peringatan bahawa hari perhitungan semakin dekat.

Tiada peristiwa tertentu yang diriwayatkan sebagai sebab penurunan surah. Surah menjawab bantahan ini dengan mengingatkan bahawa nabi-nabi terdahulu juga manusia, semuanya membawa seruan tauhid yang sama dan mendapat pertolongan ketika berlindung kepada Allah dalam kesusahan. Penceritaan ini menjadi penghiburan bagi orang beriman yang berada di bawah tekanan.

## Kandungan Surah Al-Anbiya'

Surah ini bermula dengan menyatakan bahawa ketika hari perhitungan manusia semakin dekat, mereka berpaling dalam kelalaian. Menjawab dakwaan orang musyrik tentang Nabi, diingatkan bahawa nabi-nabi terdahulu juga manusia. Dinyatakan bahawa langit dan bumi tidak diciptakan untuk permainan, dipisahkan setelah bercantum, setiap makhluk hidup diciptakan daripada air dan setiap jiwa akan merasai mati. Dikhabarkan bahawa timbangan keadilan akan didirikan pada hari kiamat.

Kemudian diceritakan Nabi Ibrahim memecahkan berhala, dilemparkan ke dalam api, dan api dijadikan sejuk serta selamat baginya. Disebut Nabi Lut, Nabi Nuh, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, Nabi Ayub yang merayu kepada Tuhan dalam kesusahan, Nabi Ismail, Nabi Idris, Nabi Zulkifli, Nabi Yunus yang berdoa dalam perut ikan, Nabi Zakaria dan Maryam; dijelaskan bahawa mereka berlumba dalam kebaikan dan berdoa kepada Tuhan dengan harapan serta ketakutan.

Ditegaskan bahawa semua nabi ialah satu umat. Digambarkan pelepasan Yakjuj dan Makjuj serta keadaan kiamat; dinyatakan bahawa hamba-hamba soleh akan mewarisi bumi. Surah berakhir dengan mengingatkan bahawa Nabi diutus sebagai rahmat kepada sekalian alam dan memohon pertolongan Allah.

## Kelebihan Surah Al-Anbiya'

Tiada riwayat sahih yang tersebar luas tentang kelebihan khusus surah al-Anbiya'. Menurut riwayat al-Bukhari, Abdullah bin Mas'ud memasukkan surah Bani Israel (al-Isra'), al-Kahfi, Maryam, Taha dan al-Anbiya' antara surah pilihan zaman awal, dan menyatakan bahawa surah-surah ini antara yang dipelajari serta dihafalnya pada zaman awal. Kata-kata ini penting kerana menunjukkan nilai surah-surah tersebut di sisi para sahabat.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Al-Anbiya'

- [Doa Nabi Ayub Surah Al-Anbiya', ayat 83](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-ayub/)
- [Doa Nabi Yunus Surah Al-Anbiya', ayat 87](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-yunus/)
- [Rabbi La Tazarni Fardan Surah Al-Anbiya', ayat 89](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbi-la-tazarni-fardan/)
- [Rabbihkum bil Haqq Surah Al-Anbiya', ayat 112](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbihkum-bil-haqq/)

## Soalan lazim tentang Surah Al-Anbiya'

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Anbiya'?

Surah Al-Anbiya' mempunyai 112 ayat.

### Apakah maksud Al-Anbiya'?

Al-Anbiya' bermaksud “Para Nabi”.

### Adakah Surah Al-Anbiya' Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Anbiya' ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-73.

### Surah Al-Anbiya' dalam juzuk berapa?

Surah Al-Anbiya' terdapat dalam juzuk 17.

### Surah Al-Anbiya' ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Anbiya' ialah surah ke-21 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Taha dan sebelum Surah Al-Hajj.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Anbiya' di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Anbiya' oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 20. Taha](https://yasinsurah.com/ms/surah-taha/)
- [Surah seterusnya 22. Al-Hajj](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-hajj/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
