# Surah Al-'Ankabut العنكبوت

> Surah Al-'Ankabut (Labah-Labah) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-'Ankabut…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-ankabut/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-29 daripada 114 · Juzuk 20-21

69 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-85

Surah al-'Ankabut diturunkan di Makkah dan mempunyai 69 ayat. Surah ini menyatakan bahawa iman tidak terlepas daripada ujian; memberikan contoh perjuangan nabi-nabi terdahulu, mengumpamakan keadaan orang yang bergantung kepada selain Allah dengan sarang labah-labah, serta menyeru orang beriman bersabar dan teguh.

## Surah Al-'Ankabut dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** الٓمٓ ﴿١﴾  
Rumi: Alif laam miim.  
Terjemahan: Alif, Laam, Miim.

**2.** أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ ﴿٢﴾  
Rumi: Ahasiban naasu ay yutrakuu ay yaquuluu aamannaa wa hum laa yuftanuun.  
Terjemahan: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

**3.** وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَٰذِبِينَ ﴿٣﴾  
Rumi: Wa laqad fatannal ladziina min qablihim falaya'lamannallaahul ladziina shadaquu wa laya'lamannal kaadzibiin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

**4.** أَمۡ حَسِبَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن يَسۡبِقُونَاۚ سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ ﴿٤﴾  
Rumi: Am hasibal ladziina ya'maluunas sayyi'aati ay yasbiquunaa saa'a maa yahkumuun.  
Terjemahan: Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.

**5.** مَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَأٓتٖۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ﴿٥﴾  
Rumi: Man kaana yarjuu liqaa'allaahi fa inna ajalallaahi la'aatiw wa huwas samii'ul 'aliim.  
Terjemahan: Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

**6.** وَمَن جَٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٦﴾  
Rumi: Wa man jaahada fa innamaa yujaahidu linafsihii innallaaha laghaniyyun 'anil 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

**7.** وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِي كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ﴿٧﴾  
Rumi: Wal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati lanukaffiranna 'anhum sayyi'aatihim wa lanajziyannahum ahsanal ladzii kaanuu ya'maluun.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.

**8.** وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حُسۡنٗاۖ وَإِن جَٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَآۚ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿٨﴾  
Rumi: Wa washshainal insaana biwaalidaihi husnaw wa in jaahadaaka litusyrika bii maa laisa laka bihii 'ilmun falaa tuthi'humaa ilayya marji'ukum fa unabbi'ukum bimaa kuntum ta'maluun.  
Terjemahan: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

**9.** وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِي ٱلصَّٰلِحِينَ ﴿٩﴾  
Rumi: Wal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati lanudkhilannahum fish shaalihiin.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

**10.** وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ فَإِذَآ أُوذِيَ فِي ٱللَّهِ جَعَلَ فِتۡنَةَ ٱلنَّاسِ كَعَذَابِ ٱللَّهِۖ وَلَئِن جَآءَ نَصۡرٞ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمۡۚ أَوَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِأَعۡلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٠﴾  
Rumi: Wa minan naasi may yaquulu aamannaa billaahi fa idzaa uudziya fillaahi ja'ala fitnatan naasi ka'adzaabillaahi wa la'in jaa'a nashrum mir rabbika layaquulunna innaa kunnaa ma'akum awalaisallaahu bi'a'lama bimaa fii shuduuril 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu”. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?

**11.** وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ ﴿١١﴾  
Rumi: Wa laya'lamannallaahul ladziina aamanuu wa laya'lamannal munaafiqiin.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.

**12.** وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّبِعُواْ سَبِيلَنَا وَلۡنَحۡمِلۡ خَطَٰيَٰكُمۡ وَمَا هُم بِحَٰمِلِينَ مِنۡ خَطَٰيَٰهُم مِّن شَيۡءٍۖ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ ﴿١٢﴾  
Rumi: Wa qaalal ladziina kafaruu lil ladziina aamanut tabi'uu sabiilanaa walnahmil khathaayaakum wa maa hum bihaamiliina min khathaayaahum min syai'in innahum lakaadzibuun.  
Terjemahan: Dan berkata pula orang-orang yang kufur ingkar kepada orang-orang yang beriman: “Ikutlah jalan ugama kami, dan kami sedia menanggung kesalahan-kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah)”. Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang-orang yang bersalah itu sedikitpun, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.

**13.** وَلَيَحۡمِلُنَّ أَثۡقَالَهُمۡ وَأَثۡقَالٗا مَّعَ أَثۡقَالِهِمۡۖ وَلَيُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ عَمَّا كَانُواْ يَفۡتَرُونَ ﴿١٣﴾  
Rumi: Wa layahmilunna atsqaalahum wa atsqaalam ma'a atsqaalihim wa layus'alunna yaumal qiyaamati 'ammaa kaanuu yaftaruun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu.

**14.** وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِينَ عَامٗا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَٰلِمُونَ ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa laqad arsalnaa nuuhan ilaa qaumihii falabitsa fiihim alfa sanatin illaa khamsiina 'aaman fa akhadzahumuth thuufaanu wa hum zhaalimuun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).

**15.** فَأَنجَيۡنَٰهُ وَأَصۡحَٰبَ ٱلسَّفِينَةِ وَجَعَلۡنَٰهَآ ءَايَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٥﴾  
Rumi: Fa anjainaahu wa ashhaabas safiinati wa ja'alnaahaa aayatal lil 'aalamiin.  
Terjemahan: Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk.

**16.** وَإِبۡرَٰهِيمَ إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱتَّقُوهُۖ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ﴿١٦﴾  
Rumi: Wa ibraahiima idz qaala liqaumihi' budullaaha wattaquuhu dzaalikum khairul lakum in kuntum ta'lamuun.  
Terjemahan: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk).

**17.** إِنَّمَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَوۡثَٰنٗا وَتَخۡلُقُونَ إِفۡكًاۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَمۡلِكُونَ لَكُمۡ رِزۡقٗا فَٱبۡتَغُواْ عِندَ ٱللَّهِ ٱلرِّزۡقَ وَٱعۡبُدُوهُ وَٱشۡكُرُواْ لَهُۥٓۖ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ ﴿١٧﴾  
Rumi: Innamaa ta'buduuna min duunillaahi autsaanaw wa takhluquuna ifkan innal ladziina ta'buduuna min duunillaahi laa yamlikuuna lakum rizqan fabtaghuu 'indallaahir rizqa wa'buduuhu wasykuruu lahuu ilaihi turja'uun.  
Terjemahan: “Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.

**18.** وَإِن تُكَذِّبُواْ فَقَدۡ كَذَّبَ أُمَمٞ مِّن قَبۡلِكُمۡۖ وَمَا عَلَى ٱلرَّسُولِ إِلَّا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ ﴿١٨﴾  
Rumi: Wa in tukadzdzibuu faqad kadzdzaba umamum min qablikum wa maa 'alar rasuuli illal balaaghul mubiin.  
Terjemahan: “Dan jika kamu terus-menerus mendustakan (ajaran ugama Allah yang aku sampaikan kepada kamu), maka sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya); dan (ingatlah) tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata”.

**19.** أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ كَيۡفَ يُبۡدِئُ ٱللَّهُ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥٓۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٞ ﴿١٩﴾  
Rumi: Awalam yarau kaifa yubdi'ullaahul khalqa tsumma yu'iiduhuu inna dzaalika 'alallaahi yasiir.  
Terjemahan: Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.

**20.** قُلۡ سِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ بَدَأَ ٱلۡخَلۡقَۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأٓخِرَةَۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Qul siiruu fil ardhi fanzhuruu kaifa bada'al khalqa tsummallaahu yunsyi'un nasy'atal aakhirata innallaaha 'alaa kulli syai'in qadiir.  
Terjemahan: Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

**21.** يُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ وَيَرۡحَمُ مَن يَشَآءُۖ وَإِلَيۡهِ تُقۡلَبُونَ ﴿٢١﴾  
Rumi: Yu'adzdzibu may yasyaa'u wa yarhamu may yasyaa'u wa ilaihi tuqlabuun.  
Terjemahan: “Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (iaitu orang-orang yang ingkar), dan Ia juga yang memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya (iaitu orang-orang yang beriman); dan kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan (untuk menerima balasan).

**22.** وَمَآ أَنتُم بِمُعۡجِزِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِۖ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٖ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Wa maa antum bimu'jiziina fil ardhi wa laa fis samaa'i wa maa lakum min duunillaahi miw wa liyyiw wa laa nashiir.  
Terjemahan: “Dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan Allah) di bumi dan tidak juga di langit (sekalipun); dan kamu tidak akan mendapat sebarang pelindung dan penolong yang lain dari Allah”.

**23.** وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَلِقَآئِهِۦٓ أُوْلَٰٓئِكَ يَئِسُواْ مِن رَّحۡمَتِي وَأُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Wal ladziina kafaruu bi'aayaatillaahi wa liqaa'ihii ulaa'ika ya'isuu mir rahmatii wa ulaa'ika lahum 'adzaabun aliim.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan denganNya, mereka tetaplah akan menjadi orang-orang yang putus asa dari rahmatKu; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

**24.** فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُواْ ٱقۡتُلُوهُ أَوۡ حَرِّقُوهُ فَأَنجَىٰهُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلنَّارِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Famaa kaana jawaaba qaumihii illaa an qaaluq tuluuhu au harriquuhu fa anjaahullaahu minan naari inna fii dzaalika la'aayaatil liqaumiy yu'minuun.  
Terjemahan: Kemudian, seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya melainkan dengan kata-kata (tentangan yang keras): “Bunuhlah dia atau bakarlah dia”. Maka Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api (yang disediakan oleh kaumnya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang (mahu) beriman.

**25.** وَقَالَ إِنَّمَا ٱتَّخَذۡتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ أَوۡثَٰنٗا مَّوَدَّةَ بَيۡنِكُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ ثُمَّ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ يَكۡفُرُ بَعۡضُكُم بِبَعۡضٖ وَيَلۡعَنُ بَعۡضُكُم بَعۡضٗا وَمَأۡوَىٰكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّٰصِرِينَ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Wa qaala innamat takhadztum min duunillaahi autsaanam mawaddata bainikum fil hayaatid dunyaa tsumma yaumal qiyaamati yakfuru ba'dhukum biba'dhiw wa yal'anu ba'dhukum ba'dhaw wa ma'waakumun naaru wa maa lakum min naashiriin.  
Terjemahan: Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): “Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain, dan setengah kamu pula akan melaknatkan setengahnya yang lain; dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan”.

**26.** ۞ فَـَٔامَنَ لَهُۥ لُوطٞۘ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَىٰ رَبِّيٓۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Fa aamana lahuu luuth, wa qaala innii muhaajirun ilaa rabbii innahuu huwal 'aziizul hakiim.  
Terjemahan: Setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: “Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

**27.** وَوَهَبۡنَا لَهُۥٓ إِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَجَعَلۡنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ ٱلنُّبُوَّةَ وَٱلۡكِتَٰبَ وَءَاتَيۡنَٰهُ أَجۡرَهُۥ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Wa wahabnaa lahuu ishaaqa wa ya'quuba wa ja'alnaa fii dzurriyyatihin nubuwwata wal kitaaba wa aatainaahu ajrahuu fid dunyaa wa innahuu fil aakhirati laminash shaalihiin.  
Terjemahan: Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya); dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang yang soleh.

**28.** وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ إِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلۡفَٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنۡ أَحَدٖ مِّنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Wa luuthan idz qaala liqaumihii innakum lata'tuunal faahisyata maa sabaqakum bihaa min ahadim minal 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.

**29.** أَئِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلرِّجَالَ وَتَقۡطَعُونَ ٱلسَّبِيلَ وَتَأۡتُونَ فِي نَادِيكُمُ ٱلۡمُنكَرَۖ فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُواْ ٱئۡتِنَا بِعَذَابِ ٱللَّهِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ﴿٢٩﴾  
Rumi: A'innakum lata'tuunar rijaala wa taqtha'uunas sabiila wa ta'tuuna fii naadiikumul munkara famaa kaana jawaaba qaumihii illaa an qaalu' tinaa bi'adzaabillaahi in kunta minash shaadiqiin.  
Terjemahan: “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?” Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.

**30.** قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِي عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Qaala rabbin shurnii 'alal qaumil mufsidiin.  
Terjemahan: Nabi Lut berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)”.

**31.** وَلَمَّا جَآءَتۡ رُسُلُنَآ إِبۡرَٰهِيمَ بِٱلۡبُشۡرَىٰ قَالُوٓاْ إِنَّا مُهۡلِكُوٓاْ أَهۡلِ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِۖ إِنَّ أَهۡلَهَا كَانُواْ ظَٰلِمِينَ ﴿٣١﴾  
Rumi: Wa lammaa jaa'at rusulunaa ibraahiima bil busyraa qaaluu innaa muhlikuu ahli haadzihil qaryati inna ahlahaa kaanuu zhaalimiin.  
Terjemahan: Dan ketika datang (malaikat) utusan kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang mengembirakan), mereka berkata: “Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini), sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim”.

**32.** قَالَ إِنَّ فِيهَا لُوطٗاۚ قَالُواْ نَحۡنُ أَعۡلَمُ بِمَن فِيهَاۖ لَنُنَجِّيَنَّهُۥ وَأَهۡلَهُۥٓ إِلَّا ٱمۡرَأَتَهُۥ كَانَتۡ مِنَ ٱلۡغَٰبِرِينَ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Qaala inna fiihaa luuthan qaaluu nahnu a'lamu biman fiihaa lanunajjiyannahuu wa ahlahuu illam ra'atahuu kaanat minal ghaabiriin.  
Terjemahan: Nabi Ibrahim berkata: “Sebenarnya Lut ada di bandar itu”. Mereka menjawab: “Kami mengetahui akan orang-orang yang tinggal di situ. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) - kecuali isterinya, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan”.

**33.** وَلَمَّآ أَن جَآءَتۡ رُسُلُنَا لُوطٗا سِيٓءَ بِهِمۡ وَضَاقَ بِهِمۡ ذَرۡعٗاۖ وَقَالُواْ لَا تَخَفۡ وَلَا تَحۡزَنۡ إِنَّا مُنَجُّوكَ وَأَهۡلَكَ إِلَّا ٱمۡرَأَتَكَ كَانَتۡ مِنَ ٱلۡغَٰبِرِينَ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Wa lammaa an jaa'at rusulunaa luuthan sii'a bihim wa dhaaqa bihim dzar'aw wa qaaluu laa takhaf wa laa tahzan innaa munajjuuka wa ahlaka illam ra'ataka kaanat minal ghaabiriin.  
Terjemahan: Dan ketika datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya); dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan itu berkata: “Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu (serta pengikut-pengikutmu) - kecuali isterimu, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan.

**34.** إِنَّا مُنزِلُونَ عَلَىٰٓ أَهۡلِ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ رِجۡزٗا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Innaa munziluuna 'alaa ahli haadzihil qaryati rijzam minas samaa'i bimaa kaanuu yafsuquun.  
Terjemahan: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”.

**35.** وَلَقَد تَّرَكۡنَا مِنۡهَآ ءَايَةَۢ بَيِّنَةٗ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Wa laqat taraknaa minhaa aayatam bayyinatal liqaumiy ya'qiluun.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya.

**36.** وَإِلَىٰ مَدۡيَنَ أَخَاهُمۡ شُعَيۡبٗا فَقَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱرۡجُواْ ٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَلَا تَعۡثَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Wa ilaa madyana akhaahum syu'aiban faqaala yaa qaumi' budullaaha warjul yaumal aakhira wa laa ta'tsau fil ardhi mufsidiin.  
Terjemahan: Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syuaib; lalu ia berkata: “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi”.

**37.** فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلرَّجۡفَةُ فَأَصۡبَحُواْ فِي دَارِهِمۡ جَٰثِمِينَ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Fakadzdzabuuhu fa akhadzathumur rajfatu fa ashbahuu fii daarihim jaatsimiin.  
Terjemahan: Maka mereka mendustakannya, lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi, serta menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

**38.** وَعَادٗا وَثَمُودَاْ وَقَد تَّبَيَّنَ لَكُم مِّن مَّسَٰكِنِهِمۡۖ وَزَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَعۡمَٰلَهُمۡ فَصَدَّهُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَكَانُواْ مُسۡتَبۡصِرِينَ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Wa 'aadaw wa tsamuuda wa qat tabayyana lakum mim masaakinihim wa zayyana lahumusy syaithaanu a'maalahum fashaddahum 'anis sabiili wa kaanuu mustabshiriin.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh); dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka; dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah).

**39.** وَقَٰرُونَ وَفِرۡعَوۡنَ وَهَٰمَٰنَۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مُّوسَىٰ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ فَٱسۡتَكۡبَرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَمَا كَانُواْ سَٰبِقِينَ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Wa qaaruuna wa fir'auna wa haamaana wa laqad jaa'ahum muusaa bil bayyinaati fastakbaruu fil ardhi wa maa kaanuu saabiqiin.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Haman. Dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah).

**40.** فَكُلًّا أَخَذۡنَا بِذَنۢبِهِۦۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِ حَاصِبٗا وَمِنۡهُم مَّنۡ أَخَذَتۡهُ ٱلصَّيۡحَةُ وَمِنۡهُم مَّنۡ خَسَفۡنَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ وَمِنۡهُم مَّنۡ أَغۡرَقۡنَاۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيَظۡلِمَهُمۡ وَلَٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Fakullan akhadznaa bidzambihii faminhum man arsalnaa 'alaihi haashibaw wa minhum man akhadzathush shaihatu wa minhum man khasafnaa bihil ardha wa minhum man aghraqnaa wa maa kaanallaahu liyazhlimahum wa laakin kaanuu anfusahum yazhlimuun.  
Terjemahan: Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

**41.** مَثَلُ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَوۡلِيَآءَ كَمَثَلِ ٱلۡعَنكَبُوتِ ٱتَّخَذَتۡ بَيۡتٗاۖ وَإِنَّ أَوۡهَنَ ٱلۡبُيُوتِ لَبَيۡتُ ٱلۡعَنكَبُوتِۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ ﴿٤١﴾  
Rumi: Matsalul ladziinat takhadzuu min duunillaahi auliyaa'a kamatsalil 'ankabuutit takhadzat baitaw wa inna auhanal buyuuti labaitul 'ankabuuti lau kaanuu ya'lamuun.  
Terjemahan: Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

**42.** إِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا يَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ مِن شَيۡءٖۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Innallaaha ya'lamu maa yad'uuna min duunihii min syai'iw wa huwal 'aziizul hakiim.  
Terjemahan: Sesungguhnya Allah mengetahui (kepalsuan) apa jua yang mereka sembah yang lain daripadaNya, dan Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

**43.** وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَٰلُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِۖ وَمَا يَعۡقِلُهَآ إِلَّا ٱلۡعَٰلِمُونَ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Wa tilkal amtsaalu nadhribuhaa lin naasi wa maa ya'qiluhaa illal 'aalimuun.  
Terjemahan: Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.

**44.** خَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Khalaqallaahus samaawaati wal ardha bil haqqi inna fii dzaalika la'aayatal lil mu'miniin.  
Terjemahan: Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmat; sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

**45.** ٱتۡلُ مَآ أُوحِيَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Utlu maa uuhiya ilaika minal kitaabi wa aqimish shalaata innash shalaata tanhaa 'anil fahsyaa'i wal munkari wa ladzikrullaahi akbaru wallaahu ya'lamu maa tashna'uun.  
Terjemahan: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

**46.** ۞ وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Wa laa tujaadiluu ahlal kitaabi illaa bil latii hiya ahsanu illal ladziina zhalamuu minhum wa quuluu aamannaa bil ladzii unzila ilainaa wa unzila ilaikum wa ilaahunaa wa ilaahukum waahiduw wa nahnu lahuu muslimuun.  
Terjemahan: Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

**47.** وَكَذَٰلِكَ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَۚ فَٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦۖ وَمِنۡ هَٰٓؤُلَآءِ مَن يُؤۡمِنُ بِهِۦۚ وَمَا يَجۡحَدُ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَّا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Wa kadzaalika anzalnaa ilaikal kitaaba fal ladziina aatainaahumul kitaaba yu'minuuna bihii wa min haa'ulaa'i may yu'minu bihii wa maa yajhadu bi'aayaatinaa illal kaafiruun.  
Terjemahan: Dan (sebagaimana Kami telah menurunkan Kitab-kitab ugama kepada Rasul-rasul yang telah lalu) demikianlah Kami turunkan pula kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Al-Quran ini. Maka orang-orang yang Kami berikan Kitab (Taurat dan Injil) ada yang beriman kepada Al-Quran, dan juga sebahagian dari orang-orang (Makkah) beriman kepadanya; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang berdegil dalam kekufurannya.

**48.** وَمَا كُنتَ تَتۡلُواْ مِن قَبۡلِهِۦ مِن كِتَٰبٖ وَلَا تَخُطُّهُۥ بِيَمِينِكَۖ إِذٗا لَّٱرۡتَابَ ٱلۡمُبۡطِلُونَ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wa maa kunta tatluu min qablihii min kitaabiw wa laa takhuththuhuu biyamiinika idzal lartaabal mubthiluun.  
Terjemahan: Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).

**49.** بَلۡ هُوَ ءَايَٰتُۢ بَيِّنَٰتٞ فِي صُدُورِ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَۚ وَمَا يَجۡحَدُ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَّا ٱلظَّٰلِمُونَ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Bal huwa aayaatum bayyinaatun fii shuduuril ladziina uutul 'ilma wa maa yajhadu bi'aayaatinaa illazh zhaalimuun.  
Terjemahan: (Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.

**50.** وَقَالُواْ لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡهِ ءَايَٰتٞ مِّن رَّبِّهِۦۚ قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡأٓيَٰتُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٞ مُّبِينٌ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Wa qaaluu laulaa unzila 'alaihi aayaatum mir rabbihii qul innamal aayaatu 'indallaahi wa innamaa ana nadziirum mubiin.  
Terjemahan: Dan mereka berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?” Jawablah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata”.

**51.** أَوَلَمۡ يَكۡفِهِمۡ أَنَّآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ يُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحۡمَةٗ وَذِكۡرَىٰ لِقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ ﴿٥١﴾  
Rumi: Awalam yakfihim annaa anzalnaa 'alaikal kitaaba yutlaa 'alaihim inna fii dzaalika larahmataw wa dzikraa liqaumiy yu'minuun.  
Terjemahan: (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.

**52.** قُلۡ كَفَىٰ بِٱللَّهِ بَيۡنِي وَبَيۡنَكُمۡ شَهِيدٗاۖ يَعۡلَمُ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱلۡبَٰطِلِ وَكَفَرُواْ بِٱللَّهِ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Qul kafaa billaahi bainii wa bainakum syahiiday ya'lamu maa fis samaawaati wal ardhi wal ladziina aamanuu bil baathili wa kafaruu billaahi ulaa'ika humul khaasiruun.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara yang berbangkit) antaraku dengan kamu; Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi.

**53.** وَيَسۡتَعۡجِلُونَكَ بِٱلۡعَذَابِ وَلَوۡلَآ أَجَلٞ مُّسَمّٗى لَّجَآءَهُمُ ٱلۡعَذَابُۚ وَلَيَأۡتِيَنَّهُم بَغۡتَةٗ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Wa yasta'jiluunaka bil 'adzaabi wa laulaa ajalum musammal lajaa'ahumul 'adzaabu wa laya'tiyannahum baghtataw wa hum laa yasy'uruun.  
Terjemahan: Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab (yang dijanjikan); dan kalau tidaklah kerana adanya tempoh yang telah ditetapkan, tentulah azab itu akan datang menimpa mereka; dan azab itu tetap akan datang menimpa mereka secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya.

**54.** يَسۡتَعۡجِلُونَكَ بِٱلۡعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةُۢ بِٱلۡكَٰفِرِينَ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Yasta'jiluunaka bil 'adzaabi wa inna jahannama lamuhiithatum bil kaafiriin.  
Terjemahan: Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal sesungguhnya neraka Jahannam tetap akan meliputi orang-orang yang kafir -

**55.** يَوۡمَ يَغۡشَىٰهُمُ ٱلۡعَذَابُ مِن فَوۡقِهِمۡ وَمِن تَحۡتِ أَرۡجُلِهِمۡ وَيَقُولُ ذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Yauma yaghsyaahumul 'adzaabu min fauqihim wa min tahti arjulihim wa yaquulu dzuuquu maa kuntum ta'maluun.  
Terjemahan: Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka dan dari bawah kaki mereka; dan (malaikat yang melakukannya) akan berkata kepada mereka: “Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan”.

**56.** يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ أَرۡضِي وَٰسِعَةٞ فَإِيَّٰيَ فَٱعۡبُدُونِ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Yaa 'ibaadiyal ladziina aamanuu inna ardhii waasi'atun fa iyyaaya fa'buduun.  
Terjemahan: Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

**57.** كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Kullu nafsin dzaa'iqatul mauti tsumma ilainaa turja'uun.  
Terjemahan: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

**58.** وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ غُرَفٗا تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ نِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَٰمِلِينَ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Wal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati lanubawwi'annahum minal jannati ghurafan tajrii min tahtihal anhaaru khaalidiina fiihaa ni'ma ajrul 'aamiliin.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh -

**59.** ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٥٩﴾  
Rumi: Alladziina shabaruu wa 'alaa rabbihim yatawakkaluun.  
Terjemahan: (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.

**60.** وَكَأَيِّن مِّن دَآبَّةٖ لَّا تَحۡمِلُ رِزۡقَهَا ٱللَّهُ يَرۡزُقُهَا وَإِيَّاكُمۡۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Wa ka'ayyim min daabbatil laa tahmilu rizqahallaahu yarzuquhaa wa iyyaakum wa huwas samii'ul 'aliim.  
Terjemahan: Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

**61.** وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ ﴿٦١﴾  
Rumi: Wa la'in sa'altahum man khalaqas samaawaati wal ardha wa sakhkharasy syamsa wal qamara layaquulunnallaahu fa annaa yu'fakuun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

**62.** ٱللَّهُ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُ لَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Allaahu yabsuthur rizqa limay yasyaa'u min 'ibaadihii wa yaqdiru lahuu innallaaha bikulli syai'in 'aliim.  
Terjemahan: Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

**63.** وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ مِنۢ بَعۡدِ مَوۡتِهَا لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ ﴿٦٣﴾  
Rumi: Wa la'in sa'altahum man nazzala minas samaa'i maa'an fa ahyaa bihil ardha mim ba'di mautihaa layaquulunnallaahu qulil hamdu lillaahi bal aktsaruhum laa ya'qiluun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

**64.** وَمَا هَٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٞ وَلَعِبٞۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَ لَهِيَ ٱلۡحَيَوَانُۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ ﴿٦٤﴾  
Rumi: Wa maa haadzihil hayaatud dunyaa illaa lahwuw wa la'ibuw wa innad daaral aakhirata lahiyal hayawaanu lau kaanuu ya'lamuun.  
Terjemahan: Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

**65.** فَإِذَا رَكِبُواْ فِي ٱلۡفُلۡكِ دَعَوُاْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ فَلَمَّا نَجَّىٰهُمۡ إِلَى ٱلۡبَرِّ إِذَا هُمۡ يُشۡرِكُونَ ﴿٦٥﴾  
Rumi: Fa idzaa rakibuu fil fulki da'awullaaha mukhlishiina lahud diina falammaa najjaahum ilal barri idzaa hum yusyrikuun.  
Terjemahan: Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

**66.** لِيَكۡفُرُواْ بِمَآ ءَاتَيۡنَٰهُمۡ وَلِيَتَمَتَّعُواْۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ﴿٦٦﴾  
Rumi: Liyakfuruu bimaa aatainaahum wa liyatamatta'uu fasaufa ya'lamuun.  
Terjemahan: (Akibat syirik itu) menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya, dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.

**67.** أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّا جَعَلۡنَا حَرَمًا ءَامِنٗا وَيُتَخَطَّفُ ٱلنَّاسُ مِنۡ حَوۡلِهِمۡۚ أَفَبِٱلۡبَٰطِلِ يُؤۡمِنُونَ وَبِنِعۡمَةِ ٱللَّهِ يَكۡفُرُونَ ﴿٦٧﴾  
Rumi: Awalam yarau annaa ja'alnaa haraman aaminaw wa yutakhaththafun naasu min haulihim afabil baathili yu'minuuna wa bini'matillaahi yakfuruun.  
Terjemahan: Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Makkah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman; sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh)? Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah, dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah?

**68.** وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِٱلۡحَقِّ لَمَّا جَآءَهُۥٓۚ أَلَيۡسَ فِي جَهَنَّمَ مَثۡوٗى لِّلۡكَٰفِرِينَ ﴿٦٨﴾  
Rumi: Wa man azhlamu mimmanif taraa 'alallaahi kadziban au kadzdzaba bil haqqi lammaa jaa'ahuu alaisa fii jahannama matswal lil kaafiriin.  
Terjemahan: Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?

**69.** وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿٦٩﴾  
Rumi: Wal ladziina jaahaduu fiinaa lanahdiyannahum subulanaa wa innallaaha lama'al muhsiniin.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 29 daripada 114
- **Maksud nama:** Labah-Labah
- **Bilangan ayat:** 69
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 85
- **Juzuk:** 20-21: ayat 1-45 dalam juzuk 20, ayat 46-69 dalam juzuk 21

## Mengenai Surah Al-'Ankabut

'Ankabut bermaksud "labah-labah". Nama surah diambil daripada ayat 41 yang mengumpamakan orang yang mengambil pelindung selain Allah dengan labah-labah yang membina rumah, dan menyatakan bahawa rumah paling lemah ialah rumah labah-labah. Surah ini mempunyai 69 ayat dan merupakan surah kedua puluh sembilan dalam mushaf. Surah ini berada pada urutan 85 dalam susunan penurunan yang lazim dan dianggap antara surah terakhir yang diturunkan di Makkah.

Menurut majoriti ulama, surah ini Makkiyyah. Namun sebahagian ulama mengatakan sebelas ayat pertama yang menyebut orang munafik diturunkan di Madinah, manakala sebilangan kecil menganggap seluruh surah Madaniyyah. Surah ini bermula dengan huruf "Alif Lam Mim".

## Latar belakang penurunan Surah Al-'Ankabut

Surah al-'Ankabut diturunkan pada tahun-tahun terakhir zaman Makkah, ketika umat Islam menghadapi tekanan dan penyeksaan berat kerana kepercayaan mereka dan sebahagian memikirkan untuk meninggalkan tanah air. Surah mempersiapkan orang beriman dengan menyatakan bahawa iman bukan sekadar kata-kata tetapi akan diuji melalui kesusahan; ayat 56 mengisyaratkan hijrah dengan mengingatkan bahawa bumi Allah luas.

Menurut riwayat Muslim, ketika Sa'd bin Abu Waqqas memeluk Islam, ibunya bersumpah tidak akan makan dan minum sehingga anaknya meninggalkan agamanya. Diriwayatkan bahawa ayat yang menyuruh berbuat baik kepada ibu bapa tetapi melarang ketaatan jika mereka memaksa kepada syirik diturunkan berhubung peristiwa ini. Hukum ini terdapat pada ayat 8 surah; ungkapan serupa juga terdapat dalam surah Luqman.

## Kandungan Surah Al-'Ankabut

Surah ini bermula dengan menyatakan kesilapan manusia yang menyangka mereka akan dibiarkan tanpa ujian hanya dengan berkata "Kami beriman", dan mengingatkan bahawa umat terdahulu juga diuji. Diperintahkan berbuat baik kepada ibu bapa, tetapi dinyatakan mereka tidak boleh ditaati jika memaksa kepada syirik. Dibincangkan sikap orang yang meninggalkan iman ketika kesusahan dan orang munafik.

Diceritakan secara ringkas Nabi Nuh tinggal lama dalam kalangan kaumnya, Nabi Ibrahim menyeru kaumnya meninggalkan penyembahan berhala dan diselamatkan daripada api, kebinasaan kaum Nabi Lut, Nabi Syu'aib dengan penduduk Madyan, kaum 'Ad dan Thamud serta kesudahan Qarun, Firaun dan Haman. Keadaan mereka yang bergantung kepada selain Allah diterangkan melalui perumpamaan sarang labah-labah.

Diperintahkan membaca al-Quran dan mendirikan solat; dinyatakan bahawa solat mencegah kekejian dan kemungkaran. Diminta berbahas dengan Ahli Kitab dengan cara terbaik. Dijelaskan bahawa sebelum wahyu, Nabi tidak membaca kitab atau menulis. Ditegaskan bahawa setiap jiwa akan merasai mati, kehidupan dunia ialah permainan dan hiburan, manakala kehidupan sebenar ialah negeri akhirat. Surah berakhir dengan khabar gembira bahawa mereka yang berusaha di jalan Allah akan ditunjukkan jalan-jalan-Nya.

## Kelebihan Surah Al-'Ankabut

Tiada riwayat sahih tentang kelebihan surah al-Ankabut. Surah ini lebih kerap disebut kerana ayat 45, yang memberitahu bahawa solat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dalam tafsir ayat ini, Ibn Kathir menyebut hadis yang diriwayatkan Ahmad bin Hanbal daripada Abu Hurairah: kepada Nabi diceritakan tentang seorang lelaki yang bersolat pada waktu malam lalu mencuri pada waktu paginya, dan baginda bersabda, "Solat yang kamu sebutkan itu akan mencegahnya daripada perkara tersebut." Al-Albani dan Syu'aib al-Arna'ut menilai sanad hadis ini sahih.

Ungkapan yang tersebar sebagai sabda Nabi, "Sesiapa yang solatnya tidak mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar, dia tidak bertambah dekat kepada Allah malah bertambah jauh", tidak sabit dinisbahkan kepada baginda; al-Albani menilai riwayat ini batil. Al-Qurthubi menukilkan ungkapan ini sebagai kata-kata Ibn Mas'ud, Ibn Abbas, Hasan al-Basri dan al-A'masy sendiri.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Al-'Ankabut

- [Doa Nabi Lut memohon pertolongan Surah Al-'Ankabut, ayat 30](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-lut-memohon-pertolongan/)

## Soalan lazim tentang Surah Al-'Ankabut

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-'Ankabut?

Surah Al-'Ankabut mempunyai 69 ayat.

### Apakah maksud Al-'Ankabut?

Al-'Ankabut bermaksud “Labah-Labah”.

### Adakah Surah Al-'Ankabut Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-'Ankabut ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-85.

### Surah Al-'Ankabut dalam juzuk berapa?

Surah Al-'Ankabut bermula dalam juzuk 20 dan berakhir dalam juzuk 21.

### Surah Al-'Ankabut ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-'Ankabut ialah surah ke-29 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Qasas dan sebelum Surah Ar-Rum.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-'Ankabut di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-'Ankabut oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 28. Al-Qasas](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-qasas/)
- [Surah seterusnya 30. Ar-Rum](https://yasinsurah.com/ms/surah-ar-rum/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
