# Surah Al-Fath الفتح

> Surah Al-Fath (Kemenangan) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Fath diturunkan pada…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-fath/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-48 daripada 114 · Juzuk 26

29 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-111

Surah al-Fath diturunkan pada zaman Madinah dalam perjalanan pulang dari Hudaibiyah dan mempunyai 29 ayat. Surah ini mengkhabarkan Perjanjian Hudaibiyah sebagai kemenangan yang nyata; menerangkan penurunan ketenangan kepada orang beriman dan Bai'ah al-Ridwan.

## Surah Al-Fath dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحٗا مُّبِينٗا ﴿١﴾  
Rumi: Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

**2.** لِّيَغۡفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَيۡكَ وَيَهۡدِيَكَ صِرَٰطٗا مُّسۡتَقِيمٗا ﴿٢﴾  
Rumi: Liyaghfira lakallaahu maa taqaddama min dzambika wa maa ta'akhkhara wa yutimma ni'matahuu 'alaika wa yahdiyaka shiraatham mustaqiimaa.  
Terjemahan: Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

**3.** وَيَنصُرَكَ ٱللَّهُ نَصۡرًا عَزِيزًا ﴿٣﴾  
Rumi: Wa yanshurakallaahu nashran 'aziizaa.  
Terjemahan: Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

**4.** هُوَ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِيمَٰنٗا مَّعَ إِيمَٰنِهِمۡۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمٗا ﴿٤﴾  
Rumi: Huwal ladzii anzalas sakiinata fii quluubil mu'miniina liyazdaaduu iimaanam ma'a iimaanihim wa lillaahi junuudus samaawaati wal ardhi wa kaanallaahu 'aliiman hakiimaa.  
Terjemahan: (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

**5.** لِّيُدۡخِلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَيُكَفِّرَ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عِندَ ٱللَّهِ فَوۡزًا عَظِيمٗا ﴿٥﴾  
Rumi: Liyudkhilal mu'miniina wal mu'minaati jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru khaalidiina fiihaa wa yukaffira 'anhum sayyi'aatihim wa kaana dzaalika 'indallaahi fauzan 'azhiimaa.  
Terjemahan: (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);

**6.** وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱلۡمُنَٰفِقَٰتِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ وَٱلۡمُشۡرِكَٰتِ ٱلظَّآنِّينَ بِٱللَّهِ ظَنَّ ٱلسَّوۡءِۚ عَلَيۡهِمۡ دَآئِرَةُ ٱلسَّوۡءِۖ وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ وَلَعَنَهُمۡ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَهَنَّمَۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرٗا ﴿٦﴾  
Rumi: Wa yu'adzdzibal munaafiqiina wal munaafiqaati wal musyrikiina wal musyrikaatizh zhaanniina billaahi zhannas sau'i 'alaihim daa'iratus sau'i wa ghadhiballaahu 'alaihim wa la'anahum wa a'adda lahum jahannama wa saa'at mashiiraa.  
Terjemahan: Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

**7.** وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا ﴿٧﴾  
Rumi: Wa lillaahi junuudus samaawaati wal ardhi wa kaanallaahu 'aziizan hakiimaa.  
Terjemahan: Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

**8.** إِنَّآ أَرۡسَلۡنَٰكَ شَٰهِدٗا وَمُبَشِّرٗا وَنَذِيرٗا ﴿٨﴾  
Rumi: Innaa arsalnaaka syaahidaw wa mubasysyiraw wa nadziiraa.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

**9.** لِّتُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُعَزِّرُوهُ وَتُوَقِّرُوهُۚ وَتُسَبِّحُوهُ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلًا ﴿٩﴾  
Rumi: Litu'minuu billaahi wa rasuulihii wa tu'azziruuhu wa tuwaqqiruuhu wa tusabbihuuhu bukrataw wa ashiilaa.  
Terjemahan: (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

**10.** إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ﴿١٠﴾  
Rumi: Innal ladziina yubaayi'uunaka innamaa yubaayi'uunallaaha yadullaahi fauqa aidiihim faman nakatsa fa innamaa yankutsu 'alaa nafsihii wa man aufaa bimaa 'aahada 'alaihullaaha fasayu'tiihi ajran 'azhiimaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

**11.** سَيَقُولُ لَكَ ٱلۡمُخَلَّفُونَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ شَغَلَتۡنَآ أَمۡوَٰلُنَا وَأَهۡلُونَا فَٱسۡتَغۡفِرۡ لَنَاۚ يَقُولُونَ بِأَلۡسِنَتِهِم مَّا لَيۡسَ فِي قُلُوبِهِمۡۚ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ لَكُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔا إِنۡ أَرَادَ بِكُمۡ ضَرًّا أَوۡ أَرَادَ بِكُمۡ نَفۡعَۢاۚ بَلۡ كَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرَۢا ﴿١١﴾  
Rumi: Sayaquulu lakal mukhallafuuna minal a'raabi syaghalatnaa amwaalunaa wa ahluunaa fastaghfir lanaa yaquuluuna bi'alsinatihim maa laisa fii quluubihim qul famay yamliku lakum minallaahi syai'an in araada bikum dharran au araada bikum naf'am bal kaanallaahu bimaa ta'maluuna khabiiraa.  
Terjemahan: Orang-orang “A'raab” (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): “Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami”. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: “Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Ia akan membalasnya).

**12.** بَلۡ ظَنَنتُمۡ أَن لَّن يَنقَلِبَ ٱلرَّسُولُ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِلَىٰٓ أَهۡلِيهِمۡ أَبَدٗا وَزُيِّنَ ذَٰلِكَ فِي قُلُوبِكُمۡ وَظَنَنتُمۡ ظَنَّ ٱلسَّوۡءِ وَكُنتُمۡ قَوۡمَۢا بُورٗا ﴿١٢﴾  
Rumi: Bal zhanantum al lay yanqalibar rasuulu wal mu'minuuna ilaa ahliihim abadaw wa zuyyina dzaalika fii quluubikum wa zhanantum zhannas sau'i wa kuntum qaumam buuraa.  
Terjemahan: “(Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada akan isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya; dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya); dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya); dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa”.

**13.** وَمَن لَّمۡ يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ فَإِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلۡكَٰفِرِينَ سَعِيرٗا ﴿١٣﴾  
Rumi: Wa mal lam yu'mim billaahi wa rasuulihii fa innaa a'tadnaa lil kaafiriina sa'iiraa.  
Terjemahan: Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api neraka yang menjulang-julang.

**14.** وَلِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa lillaahi mulkus samaawaati wal ardhi yaghfiru limay yasyaa'u wa yu'adzdzibu may yasyaa'u wa kaanallaahu ghafuurar rahiimaa.  
Terjemahan: Dan (ingatlah juga bahawa) kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah hak kepunyaan Allah, Ia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga berkuasa menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

**15.** سَيَقُولُ ٱلۡمُخَلَّفُونَ إِذَا ٱنطَلَقۡتُمۡ إِلَىٰ مَغَانِمَ لِتَأۡخُذُوهَا ذَرُونَا نَتَّبِعۡكُمۡۖ يُرِيدُونَ أَن يُبَدِّلُواْ كَلَٰمَ ٱللَّهِۚ قُل لَّن تَتَّبِعُونَا كَذَٰلِكُمۡ قَالَ ٱللَّهُ مِن قَبۡلُۖ فَسَيَقُولُونَ بَلۡ تَحۡسُدُونَنَاۚ بَلۡ كَانُواْ لَا يَفۡقَهُونَ إِلَّا قَلِيلٗا ﴿١٥﴾  
Rumi: Sayaquulul mukhallafuuna idzan thalaqtum ilaa maghaanima lita'khudzuuhaa dzaruunaa nattabi'kum yuriiduuna ay yubaddiluu kalaamallaahi qul lan tattabi'uunaa kadzaalikum qaalallaahu min qablu fasayaquuluuna bal tahsuduunanaa bal kaanuu laa yafqahuuna illaa qaliilaa.  
Terjemahan: Orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh serta) mendapat harta rampasan perang: Biarkanlah kami turut serta dengan kamu!” Mereka (dengan itu) hendak mengubah janji Allah (yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu). Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; demikianlah Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi”. Mereka akan berkata pula: “(Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu dengki kepada kami”, (apa yang mereka katakan itu tidaklah benar), bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja; (mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia semata-mata).

**16.** قُل لِّلۡمُخَلَّفِينَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ سَتُدۡعَوۡنَ إِلَىٰ قَوۡمٍ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ تُقَٰتِلُونَهُمۡ أَوۡ يُسۡلِمُونَۖ فَإِن تُطِيعُواْ يُؤۡتِكُمُ ٱللَّهُ أَجۡرًا حَسَنٗاۖ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ كَمَا تَوَلَّيۡتُم مِّن قَبۡلُ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا ﴿١٦﴾  
Rumi: Qul lil mukhallafiina minal a'raabi satud'auna ilaa qaumin ulii ba'sin syadiidin tuqaatiluunahum au yuslimuuna fa in tuthii'uu yu'tikumullaahu ajran hasanaw wa in tatawallau kamaa tawallaitum min qablu yu'adzdzibkum 'adzaaban aliimaa.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu) dari kalangan kaum-kaum Arab Badwi: “Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam (secara damai). Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya”.

**17.** لَّيۡسَ عَلَى ٱلۡأَعۡمَىٰ حَرَجٞ وَلَا عَلَى ٱلۡأَعۡرَجِ حَرَجٞ وَلَا عَلَى ٱلۡمَرِيضِ حَرَجٞۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبۡهُ عَذَابًا أَلِيمٗا ﴿١٧﴾  
Rumi: Laisa 'alal a'maa harajuw wa laa 'alal a'raji harajuw wa laa 'alal mariidhi harajuw wa may yuthi'illaaha wa rasuulahuu yudkhilhu jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru wa may yatawalla yu'adzdzibhu 'adzaaban aliimaa.  
Terjemahan: Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

**18.** ۞ لَّقَدۡ رَضِيَ ٱللَّهُ عَنِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذۡ يُبَايِعُونَكَ تَحۡتَ ٱلشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمۡ فَأَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَثَٰبَهُمۡ فَتۡحٗا قَرِيبٗا ﴿١٨﴾  
Rumi: Laqad radhiyallaahu 'anil mu'miniina idz yubaayi'uunaka tahtasy syajarati fa'alima maa fii quluubihim fa anzalas sakiinata 'alaihim wa atsaabahum fathan qariibaa.  
Terjemahan: Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;

**19.** وَمَغَانِمَ كَثِيرَةٗ يَأۡخُذُونَهَاۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمٗا ﴿١٩﴾  
Rumi: Wa maghaanima katsiiratay ya'khudzuunahaa wa kaanallaahu 'aziizan hakiimaa.  
Terjemahan: Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

**20.** وَعَدَكُمُ ٱللَّهُ مَغَانِمَ كَثِيرَةٗ تَأۡخُذُونَهَا فَعَجَّلَ لَكُمۡ هَٰذِهِۦ وَكَفَّ أَيۡدِيَ ٱلنَّاسِ عَنكُمۡ وَلِتَكُونَ ءَايَةٗ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَيَهۡدِيَكُمۡ صِرَٰطٗا مُّسۡتَقِيمٗا ﴿٢٠﴾  
Rumi: Wa'adakumullaahu maghaanima katsiiratan ta'khudzuunahaa fa'ajjala lakum haadzihii wa kaffa aidiyan naasi 'ankum wa litakuuna aayatal lil mu'miniina wa yahdiyakum shiraatham mustaqiimaa.  
Terjemahan: (Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka): Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus.

**21.** وَأُخۡرَىٰ لَمۡ تَقۡدِرُواْ عَلَيۡهَا قَدۡ أَحَاطَ ٱللَّهُ بِهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٗا ﴿٢١﴾  
Rumi: Wa ukhraa lam taqdiruu 'alaihaa qad ahaathallaahu bihaa wa kaanallaahu 'alaa kulli syai'in qadiiraa.  
Terjemahan: Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaanNya (untuk kamu mendapatnya); dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

**22.** وَلَوۡ قَٰتَلَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوَلَّوُاْ ٱلۡأَدۡبَٰرَ ثُمَّ لَا يَجِدُونَ وَلِيّٗا وَلَا نَصِيرٗا ﴿٢٢﴾  
Rumi: Wa lau qaatalakumul ladziina kafaruu lawallawul adbaara tsumma laa yajiduuna wa liyyaw wa laa nashiiraa.  
Terjemahan: Dan sekiranya orang-orang kafir (dari penduduk Makkah) itu memerangi kamu (di Hudaibiyah), tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan; kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung atau memberikan pertolongan.

**23.** سُنَّةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلُۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبۡدِيلٗا ﴿٢٣﴾  
Rumi: Sunnatallaahil latii qad khalat min qablu wa lan tajida lisunnatillaahi tabdiilaa.  
Terjemahan: (Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) “Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.

**24.** وَهُوَ ٱلَّذِي كَفَّ أَيۡدِيَهُمۡ عَنكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ عَنۡهُم بِبَطۡنِ مَكَّةَ مِنۢ بَعۡدِ أَنۡ أَظۡفَرَكُمۡ عَلَيۡهِمۡۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ﴿٢٤﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii kaffa aidiyahum 'ankum wa aidiyakum 'anhum bibathni makkata mim ba'di an azhfarakum 'alaihim wa kaanallaahu bimaa ta'maluuna bashiiraa.  
Terjemahan: Dan Dia lah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

**25.** هُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَصَدُّوكُمۡ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ وَٱلۡهَدۡيَ مَعۡكُوفًا أَن يَبۡلُغَ مَحِلَّهُۥۚ وَلَوۡلَا رِجَالٞ مُّؤۡمِنُونَ وَنِسَآءٞ مُّؤۡمِنَٰتٞ لَّمۡ تَعۡلَمُوهُمۡ أَن تَطَـُٔوهُمۡ فَتُصِيبَكُم مِّنۡهُم مَّعَرَّةُۢ بِغَيۡرِ عِلۡمٖۖ لِّيُدۡخِلَ ٱللَّهُ فِي رَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ لَوۡ تَزَيَّلُواْ لَعَذَّبۡنَا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿٢٥﴾  
Rumi: Humul ladziina kafaruu wa shadduukum 'anil masjidil haraami wal hadya ma'kuufan ay yablugha mahillahuu wa laulaa rijaalum mu'minuuna wa nisaa'um mu'minaatul lam ta'lamuuhum an tatha'uuhum fatushiibakum minhum ma'arratum bighairi 'ilmil liyudkhilallaahu fii rahmatihii may yasyaa'u lau tazayyaluu la'adzdzabnal ladziina kafaruu minhum 'adzaaban aliimaa.  
Terjemahan: Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haraam (Makkah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa): tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya. Dan kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu, pada hal kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, - (tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu). (Tetapi tidak diizinkan) kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya. Kalaulah mereka (penduduk Makkah - yang beriman dan yang musyrik) itu berpisahan (di antara satu puak dengan yang lain), tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir dari mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi sakitnya.

**26.** إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ كَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِهَا وَأَهۡلَهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٗا ﴿٢٦﴾  
Rumi: Idz ja'alal ladziina kafaruu fii quluubihimul hamiyyata hamiyyatal jaahiliyyati fa anzalallaahu sakiinatahuu 'alaa rasuulihii wa 'alal mu'miniina wa alzamahum kalimatat taqwaa wa kaanuu ahaqqa bihaa wa ahlahaa wa kaanallaahu bikulli syai'in 'aliimaa.  
Terjemahan: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada “Kalimah Taqwa”, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan “kalimah Taqwa” itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

**27.** لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتۡحٗا قَرِيبًا ﴿٢٧﴾  
Rumi: Laqad shadaqallaahu rasuulahur ru'yaa bil haqqi latadkhulunnal masjidal haraama in syaa'allaahu aaminiina muhalliqiina ru'uusakum wa muqashshiriina laa takhaafuuna fa'alima maa lam ta'lamuu faja'ala min duuni dzaalika fathan qariibaa.  
Terjemahan: Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya).

**28.** هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدٗا ﴿٢٨﴾  
Rumi: Huwal ladzii arsala rasuulahuu bil hudaa wa diinil haqqi liyuzhhirahuu 'alad diini kullihii wa kafaa billaahi syahiidaa.  
Terjemahan: (Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

**29.** مُّحَمَّدٞ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَهُمۡۖ تَرَىٰهُمۡ رُكَّعٗا سُجَّدٗا يَبۡتَغُونَ فَضۡلٗا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٰنٗاۖ سِيمَاهُمۡ فِي وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمۡ فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِۚ وَمَثَلُهُمۡ فِي ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُۥ فَـَٔازَرَهُۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ ٱلۡكُفَّارَۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِنۡهُم مَّغۡفِرَةٗ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا ﴿٢٩﴾  
Rumi: Muhammadur rasuulullaahi wal ladziina ma'ahuu asyiddaa'u 'alal kuffaari ruhamaa'u bainahum taraahum rukka'an sujjaday yabtaghuuna fadhlam minallaahi wa ridhwaanan siimaahum fii wujuuhihim min atsaris sujuudi dzaalika matsaluhum fit tauraati wa matsaluhum fil injiili kazar'in akhraja syath'ahuu fa aazarahuu fastaghlazha fastawaa 'alaa suuqihii yu'jibuz zurraa'a liyaghiizha bihimul kuffaara wa 'adallaahul ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati minhum maghfirataw wa ajran 'azhiimaa.  
Terjemahan: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 48 daripada 114
- **Maksud nama:** Kemenangan
- **Bilangan ayat:** 29
- **Diturunkan di:** Madinah
- **Urutan penurunan:** 111
- **Juzuk:** 26

## Mengenai Surah Al-Fath

Nama surah diambil daripada perkataan "fath" dalam ungkapan ayat pertama, "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata". Menurut kebanyakan ulama, yang dimaksudkan ialah Perjanjian Hudaibiyah dan kemenangan-kemenangan selepasnya.

Surah ini mempunyai 29 ayat. Surah ini berada pada urutan 48 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 26; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-111. Walaupun diturunkan semasa perjalanan antara Makkah dan Madinah, surah ini dianggap Madaniyyah kerana diturunkan selepas hijrah. Ayat terakhir yang menggambarkan Nabi Muhammad dan para sahabatnya sebagai kuat terhadap orang kafir, saling berkasih sayang dan mempunyai tanda sujud pada wajah mereka antara ayat surah ini yang paling terkenal.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Fath

Surah ini diturunkan pada tahun keenam hijrah selepas peristiwa Nabi menuju Makkah bersama para sahabat dengan niat umrah, tetapi dihalang Quraisy di Hudaibiyah. Ketika itu tersebar berita bahawa Uthman dibunuh dan umat Islam berbai'ah kepada Nabi di bawah sebatang pokok (Bai'ah al-Ridwan). Syarat perjanjian yang dibuat selepas itu pada pandangan awal kelihatan merugikan umat Islam dan menyedihkan sebahagian sahabat.

Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim, surah diturunkan dalam perjalanan pulang dari Hudaibiyah ke Madinah. Dengan itu dikhabarkan bahawa perjanjian sebenarnya kemenangan yang nyata; penyebaran pesat Islam pada tahun-tahun berikutnya dan pembukaan Makkah pada tahun kelapan hijrah membenarkan khabar gembira ini.

## Kandungan Surah Al-Fath

Surah ini bermula dengan khabar kemenangan yang nyata; dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa Nabi yang lalu dan akan datang, menyempurnakan nikmat-Nya dan akan memberikan kemenangan yang kuat. Diterangkan ketenangan diturunkan dalam hati orang beriman untuk menambah iman mereka.

Dijelaskan bahawa bai'ah di bawah pokok sebenarnya kepada Allah, tangan Allah di atas tangan mereka dan Dia reda terhadap orang beriman tersebut. Didedahkan alasan orang Badwi yang tidak menyertai ekspedisi; dinyatakan bahawa orang buta, tempang dan sakit yang tidak dapat berperang diberikan keuzuran. Orang beriman dijanjikan harta rampasan yang akan diperoleh. Dijelaskan hikmah penahanan tangan kedua-dua pihak daripada satu sama lain di lembah Makkah. Dikhabarkan bahawa mimpi Nabi yang menunjukkan mereka memasuki Masjidil Haram dengan aman akan menjadi kenyataan. Surah berakhir dengan menerangkan bahawa Nabi Muhammad dan mereka yang bersamanya kuat terhadap orang kafir, saling berkasih sayang, rukuk dan sujud mencari kurnia Allah; tanda sujud pada wajah mereka dan perumpamaan mereka dalam Taurat serta Injil.

## Kelebihan Surah Al-Fath

Menurut riwayat al-Bukhari daripada Umar, pada malam surah ini diturunkan Nabi bersabda, "Malam ini diturunkan kepadaku satu surah yang lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang disinari matahari", lalu membaca ayat pertama. Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik juga menerangkan bahawa surah diturunkan ketika orang beriman bersedih dalam perjalanan pulang dari Hudaibiyah dan menggembirakan mereka.

Al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan daripada Abdullah bin Mughaffal bahawa pada hari pembukaan Makkah Nabi membaca surah al-Fath dengan indah, mengalunkan suaranya, di atas untanya.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah Al-Fath

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Fath?

Surah Al-Fath mempunyai 29 ayat.

### Apakah maksud Al-Fath?

Al-Fath bermaksud “Kemenangan”.

### Adakah Surah Al-Fath Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Fath ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-111.

### Surah Al-Fath dalam juzuk berapa?

Surah Al-Fath terdapat dalam juzuk 26.

### Surah Al-Fath ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Fath ialah surah ke-48 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Muhammad dan sebelum Surah Al-Hujurat.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Fath di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Fath oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 47. Muhammad](https://yasinsurah.com/ms/surah-muhammad/)
- [Surah seterusnya 49. Al-Hujurat](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-hujurat/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
