# Surah Al-Furqan الفرقان

> Surah Al-Furqan (Pembeza) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Furqan diturunkan di…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-furqan/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-25 daripada 114 · Juzuk 18-19

77 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-42

Surah al-Furqan diturunkan di Makkah dan mempunyai 77 ayat. Surah ini membela al-Quran yang membezakan kebenaran daripada kebatilan dan kerasulan Nabi daripada bantahan orang kafir; menyenaraikan sifat indah orang beriman yang disebut "hamba-hamba al-Rahman".

## Surah Al-Furqan dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** تَبَارَكَ ٱلَّذِي نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَٰلَمِينَ نَذِيرًا ﴿١﴾  
Rumi: Tabaarakal ladzii nazzalal furqaana 'alaa 'abdihii liyakuuna lil 'aalamiina nadziiraa.  
Terjemahan: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

**2.** ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيۡءٖ فَقَدَّرَهُۥ تَقۡدِيرٗا ﴿٢﴾  
Rumi: Alladzii lahuu mulkus samaawaati wal ardhi wa lam yattakhidz wa ladaw wa lam yakul lahuu syariikun fil mulki wa khalaqa kulla syai'in faqaddarahuu taqdiiraa.  
Terjemahan: Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.

**3.** وَٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةٗ لَّا يَخۡلُقُونَ شَيۡـٔٗا وَهُمۡ يُخۡلَقُونَ وَلَا يَمۡلِكُونَ لِأَنفُسِهِمۡ ضَرّٗا وَلَا نَفۡعٗا وَلَا يَمۡلِكُونَ مَوۡتٗا وَلَا حَيَوٰةٗ وَلَا نُشُورٗا ﴿٣﴾  
Rumi: Wattakhadzuu min duunihii aalihatal laa yakhluquuna syai'aw wa hum yukhlaquuna wa laa yamlikuuna li'anfusihim dharraw wa laa naf'aw wa laa yamlikuuna mautaw wa laa hayaataw wa laa nusyuuraa.  
Terjemahan: Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati.

**4.** وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّآ إِفۡكٌ ٱفۡتَرَىٰهُ وَأَعَانَهُۥ عَلَيۡهِ قَوۡمٌ ءَاخَرُونَۖ فَقَدۡ جَآءُو ظُلۡمٗا وَزُورٗا ﴿٤﴾  
Rumi: Wa qaalal ladziina kafaruu in haadzaa illaa ifkunif taraahu wa a'aanahuu 'alaihi qaumun aakharuuna faqad jaa'uu zhulmaw wa zuuraa.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang kafir itu berkata: “(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain”. Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.

**5.** وَقَالُوٓاْ أَسَٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٱكۡتَتَبَهَا فَهِيَ تُمۡلَىٰ عَلَيۡهِ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلٗا ﴿٥﴾  
Rumi: Wa qaaluu asaathiirul awwaliinak tatabahaa fahiya tumlaa 'alaihi bukrataw wa ashiilaa.  
Terjemahan: Dan mereka berkata lagi: “Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)”.

**6.** قُلۡ أَنزَلَهُ ٱلَّذِي يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ إِنَّهُۥ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ﴿٦﴾  
Rumi: Qul anzalahul ladzii ya'lamus sirra fis samaawaati wal ardhi innahuu kaana ghafuurar rahiimaa.  
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

**7.** وَقَالُواْ مَالِ هَٰذَا ٱلرَّسُولِ يَأۡكُلُ ٱلطَّعَامَ وَيَمۡشِي فِي ٱلۡأَسۡوَاقِ لَوۡلَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مَلَكٞ فَيَكُونَ مَعَهُۥ نَذِيرًا ﴿٧﴾  
Rumi: Wa qaaluu maali haadzar rasuuli ya'kuluth tha'aama wa yamsyii fil aswaaqi laulaa unzila ilaihi malakun fayakuuna ma'ahuu nadziiraa.  
Terjemahan: Dan mereka pula berkata: “Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).

**8.** أَوۡ يُلۡقَىٰٓ إِلَيۡهِ كَنزٌ أَوۡ تَكُونُ لَهُۥ جَنَّةٞ يَأۡكُلُ مِنۡهَاۚ وَقَالَ ٱلظَّٰلِمُونَ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلٗا مَّسۡحُورًا ﴿٨﴾  
Rumi: Au yulqaa ilaihi kanzun au takuunu lahuu jannatuy ya'kulu minhaa wa qaalazh zhaalimuuna in tattabi'uuna illaa rajulam mashuuraa.  
Terjemahan: “Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai sebuah kebun untuk ia makan hasilnya”. Dan orang-orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang-orang yang beriman): “Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman”.

**9.** ٱنظُرۡ كَيۡفَ ضَرَبُواْ لَكَ ٱلۡأَمۡثَٰلَ فَضَلُّواْ فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ سَبِيلٗا ﴿٩﴾  
Rumi: Unzhur kaifa dharabuu lakal amtsaala fadhalluu falaa yastathii'uuna sabiilaa.  
Terjemahan: Lihatlah (Wahai Muhammad) bagaimana mereka membuat untukmu berbagai misal perbandingan (yang bukan-bukan), dengan sebab itu sesatlah mereka, sehingga mereka tidak mendapat jalan petunjuk.

**10.** تَبَارَكَ ٱلَّذِيٓ إِن شَآءَ جَعَلَ لَكَ خَيۡرٗا مِّن ذَٰلِكَ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَيَجۡعَل لَّكَ قُصُورَۢا ﴿١٠﴾  
Rumi: Tabaarakal ladzii in syaa'a ja'ala laka khairam min dzaalika jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru wa yaj'al laka qushuuraa.  
Terjemahan: Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).

**11.** بَلۡ كَذَّبُواْ بِٱلسَّاعَةِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لِمَن كَذَّبَ بِٱلسَّاعَةِ سَعِيرًا ﴿١١﴾  
Rumi: Bal kadzdzabuu bis saa'ati wa a'tadnaa liman kadzdzaba bis saa'ati sa'iiraa.  
Terjemahan: (Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang.

**12.** إِذَا رَأَتۡهُم مِّن مَّكَانِۭ بَعِيدٖ سَمِعُواْ لَهَا تَغَيُّظٗا وَزَفِيرٗا ﴿١٢﴾  
Rumi: Idzaa ra'athum mim makaanim ba'iidin sami'uu lahaa taghayyuzhaw wa zafiiraa.  
Terjemahan: Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.

**13.** وَإِذَآ أُلۡقُواْ مِنۡهَا مَكَانٗا ضَيِّقٗا مُّقَرَّنِينَ دَعَوۡاْ هُنَالِكَ ثُبُورٗا ﴿١٣﴾  
Rumi: Wa idzaa ulquu minhaa makaanan dhayyiqam muqarraniina da'au hunaalika tsubuuraa.  
Terjemahan: Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).

**14.** لَّا تَدۡعُواْ ٱلۡيَوۡمَ ثُبُورٗا وَٰحِدٗا وَٱدۡعُواْ ثُبُورٗا كَثِيرٗا ﴿١٤﴾  
Rumi: Laa tad'ul yauma tsubuuraw waahidaw wad'uu tsubuuran katsiiraa.  
Terjemahan: (Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya)”.

**15.** قُلۡ أَذَٰلِكَ خَيۡرٌ أَمۡ جَنَّةُ ٱلۡخُلۡدِ ٱلَّتِي وُعِدَ ٱلۡمُتَّقُونَۚ كَانَتۡ لَهُمۡ جَزَآءٗ وَمَصِيرٗا ﴿١٥﴾  
Rumi: Qul adzaalika khairun am jannatul khuldil latii wu'idal muttaquuna kaanat lahum jazaa'aw wa mashiiraa.  
Terjemahan: Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?” Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali.

**16.** لَّهُمۡ فِيهَا مَا يَشَآءُونَ خَٰلِدِينَۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ وَعۡدٗا مَّسۡـُٔولٗا ﴿١٦﴾  
Rumi: Lahum fiihaa maa yasyaa'uuna khaalidiina kaana 'alaa rabbika wa'dam mas'uulaa.  
Terjemahan: Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).

**17.** وَيَوۡمَ يَحۡشُرُهُمۡ وَمَا يَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَقُولُ ءَأَنتُمۡ أَضۡلَلۡتُمۡ عِبَادِي هَٰٓؤُلَآءِ أَمۡ هُمۡ ضَلُّواْ ٱلسَّبِيلَ ﴿١٧﴾  
Rumi: Wa yauma yahsyuruhum wa maa ya'buduuna min duunillaahi fayaquulu a'antum adhlaltum 'ibaadii haa'ulaa'i am hum dhallus sabiil.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan makhluk-makhluk yang mereka sembah yang lain dari Allah, lalu Ia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu): “Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan?”

**18.** قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ مَا كَانَ يَنۢبَغِي لَنَآ أَن نَّتَّخِذَ مِن دُونِكَ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ وَلَٰكِن مَّتَّعۡتَهُمۡ وَءَابَآءَهُمۡ حَتَّىٰ نَسُواْ ٱلذِّكۡرَ وَكَانُواْ قَوۡمَۢا بُورٗا ﴿١٨﴾  
Rumi: Qaaluu subhaanaka maa kaana yambaghii lanaa an nattakhidza min duunika min auliyaa'a wa laakim matta'tahum wa aabaa'ahum hattaa nasudz dzikra wa kaanuu qaumam buuraa.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran ugamaMu, dan menjadilah mereka kaum yang binasa”.

**19.** فَقَدۡ كَذَّبُوكُم بِمَا تَقُولُونَ فَمَا تَسۡتَطِيعُونَ صَرۡفٗا وَلَا نَصۡرٗاۚ وَمَن يَظۡلِم مِّنكُمۡ نُذِقۡهُ عَذَابٗا كَبِيرٗا ﴿١٩﴾  
Rumi: Faqad kadzdzabuukum bimaa taquuluuna famaa tastathii'uuna sharfaw wa laa nashraw wa may yazhlim minkum nudziqhu 'adzaaban kabiiraa.  
Terjemahan: Maka (dikatakan pula kepada golongan itu): “Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka yang menyesatkan kamu). Oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa atau beroleh sebarang pertolongan”. Dan sesiapa yang berlaku zalim di antara kamu (wahai umat manusia, dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan merasakannya azab seksa yang besar.

**20.** وَمَآ أَرۡسَلۡنَا قَبۡلَكَ مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّآ إِنَّهُمۡ لَيَأۡكُلُونَ ٱلطَّعَامَ وَيَمۡشُونَ فِي ٱلۡأَسۡوَاقِۗ وَجَعَلۡنَا بَعۡضَكُمۡ لِبَعۡضٖ فِتۡنَةً أَتَصۡبِرُونَۗ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرٗا ﴿٢٠﴾  
Rumi: Wa maa arsalnaa qablaka minal mursaliina illaa innahum laya'kuluunath tha'aama wa yamsyuuna fil aswaaqi wa ja'alnaa ba'dhakum liba'dhin fitnatan atashbiruuna wa kaana rabbuka bashiiraa.  
Terjemahan: Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

**21.** ۞ وَقَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَوۡ نَرَىٰ رَبَّنَاۗ لَقَدِ ٱسۡتَكۡبَرُواْ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ وَعَتَوۡ عُتُوّٗا كَبِيرٗا ﴿٢١﴾  
Rumi: Wa qaalal ladziina laa yarjuuna liqaa'anaa laulaa unzila 'alainal malaa'ikatu au naraa rabbanaa laqadis takbaruu fii anfusihim wa 'atau 'utuwwan kabiiraa.  
Terjemahan: Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: “Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau kita dapat melihat Tuhan kita?” Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.

**22.** يَوۡمَ يَرَوۡنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ لَا بُشۡرَىٰ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُجۡرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجۡرٗا مَّحۡجُورٗا ﴿٢٢﴾  
Rumi: Yauma yaraunal malaa'ikata laa busyraa yauma'idzil lil mujrimiina wa yaquuluuna hijram mahjuuraa.  
Terjemahan: (Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: “Semoga kita jauh - dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)”.

**23.** وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا ﴿٢٣﴾  
Rumi: Wa qadimnaa ilaa maa 'amiluu min 'amalin faja'alnaahu habaa'am mantsuuraa.  
Terjemahan: Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

**24.** أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِ يَوۡمَئِذٍ خَيۡرٞ مُّسۡتَقَرّٗا وَأَحۡسَنُ مَقِيلٗا ﴿٢٤﴾  
Rumi: Ashhaabul jannati yauma'idzin khairum mustaqarraw wa ahsanu maqiilaa.  
Terjemahan: Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya, dan lebih elok tempat rehatnya.

**25.** وَيَوۡمَ تَشَقَّقُ ٱلسَّمَآءُ بِٱلۡغَمَٰمِ وَنُزِّلَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ تَنزِيلًا ﴿٢٥﴾  
Rumi: Wa yauma tasyaqqaqus samaa'u bil ghamaami wa nuzzilal malaa'ikatu tanziilaa.  
Terjemahan: Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat), dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.

**26.** ٱلۡمُلۡكُ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡحَقُّ لِلرَّحۡمَٰنِۚ وَكَانَ يَوۡمًا عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ عَسِيرٗا ﴿٢٦﴾  
Rumi: Al mulku yauma'idzinil haqqu lir rahmaani wa kaana yauman 'alal kaafiriina 'asiiraa.  
Terjemahan: Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya, dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.

**27.** وَيَوۡمَ يَعَضُّ ٱلظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيۡهِ يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي ٱتَّخَذۡتُ مَعَ ٱلرَّسُولِ سَبِيلٗا ﴿٢٧﴾  
Rumi: Wa yauma ya'adhdhuzh zhaalimu 'alaa yadaihi yaquulu yaa laitanit takhadztu ma'ar rasuuli sabiilaa.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?

**28.** يَٰوَيۡلَتَىٰ لَيۡتَنِي لَمۡ أَتَّخِذۡ فُلَانًا خَلِيلٗا ﴿٢٨﴾  
Rumi: Yaa wailataa laitanii lam attakhidz fulaanan khaliilaa.  
Terjemahan: “Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!

**29.** لَّقَدۡ أَضَلَّنِي عَنِ ٱلذِّكۡرِ بَعۡدَ إِذۡ جَآءَنِيۗ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لِلۡإِنسَٰنِ خَذُولٗا ﴿٢٩﴾  
Rumi: Laqad adhallanii 'anidz dzikri ba'da idz jaa'anii wa kaanasy syaithaanu lil insaani khadzuulaa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)”.

**30.** وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا ﴿٣٠﴾  
Rumi: Wa qaalar rasuulu yaa rabbi inna qaumit takhadzuu haadzal qur'aana mahjuuraa.  
Terjemahan: Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

**31.** وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوّٗا مِّنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيٗا وَنَصِيرٗا ﴿٣١﴾  
Rumi: Wa kadzaalika ja'alnaa likulli nabiyyin 'aduwwam minal mujrimiina wa kafaa birabbika haadiyaw wa nashiiraa.  
Terjemahan: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka).

**32.** وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوۡلَا نُزِّلَ عَلَيۡهِ ٱلۡقُرۡءَانُ جُمۡلَةٗ وَٰحِدَةٗۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِۦ فُؤَادَكَۖ وَرَتَّلۡنَٰهُ تَرۡتِيلٗا ﴿٣٢﴾  
Rumi: Wa qaalal ladziina kafaruu laulaa nuzzila 'alaihil qur'aanu jumlataw waahidatan kadzaalika linutsabbita bihii fu'aadaka wa rattalnaahu tartiilaa.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?” Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

**33.** وَلَا يَأۡتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئۡنَٰكَ بِٱلۡحَقِّ وَأَحۡسَنَ تَفۡسِيرًا ﴿٣٣﴾  
Rumi: Wa laa ya'tuunaka bimatsalin illaa ji'naaka bil haqqi wa ahsana tafsiiraa.  
Terjemahan: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

**34.** ٱلَّذِينَ يُحۡشَرُونَ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ إِلَىٰ جَهَنَّمَ أُوْلَٰٓئِكَ شَرّٞ مَّكَانٗا وَأَضَلُّ سَبِيلٗا ﴿٣٤﴾  
Rumi: Alladziina yuhsyaruuna 'alaa wujuuhihim ilaa jahannama ulaa'ika syarrum makaanaw wa adhallu sabiilaa.  
Terjemahan: Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya.

**35.** وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَجَعَلۡنَا مَعَهُۥٓ أَخَاهُ هَٰرُونَ وَزِيرٗا ﴿٣٥﴾  
Rumi: Wa laqad aatainaa muusal kitaaba wa ja'alnaa ma'ahuu akhaahu haaruuna waziiraa.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa, dan Kami lantik saudaranya Nabi Harun, sebagai menteri bersamanya.

**36.** فَقُلۡنَا ٱذۡهَبَآ إِلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا فَدَمَّرۡنَٰهُمۡ تَدۡمِيرٗا ﴿٣٦﴾  
Rumi: Faqulnadz habaa ilal qaumil ladziina kadzdzabuu bi'aayaatinaa fadammarnaahum tadmiiraa.  
Terjemahan: Lalu Kami perintahkan: “Pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami”; maka (kesudahannya) Kami binasakan kaum itu sehancur-hancurnya.

**37.** وَقَوۡمَ نُوحٖ لَّمَّا كَذَّبُواْ ٱلرُّسُلَ أَغۡرَقۡنَٰهُمۡ وَجَعَلۡنَٰهُمۡ لِلنَّاسِ ءَايَةٗۖ وَأَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ عَذَابًا أَلِيمٗا ﴿٣٧﴾  
Rumi: Wa qauma nuuhil lammaa kadzdzabur rusula aghraqnaahum wa ja'alnaahum lin naasi aayataw wa a'tadnaa lizh zhaalimiina 'adzaaban aliimaa.  
Terjemahan: Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

**38.** وَعَادٗا وَثَمُودَاْ وَأَصۡحَٰبَ ٱلرَّسِّ وَقُرُونَۢا بَيۡنَ ذَٰلِكَ كَثِيرٗا ﴿٣٨﴾  
Rumi: Wa 'aadaw wa tsamuuda wa ashhaabar rassi wa quruunam baina dzaalika katsiiraa.  
Terjemahan: Dan (demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud serta Ashaabur-Rassyi dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu.

**39.** وَكُلّٗا ضَرَبۡنَا لَهُ ٱلۡأَمۡثَٰلَۖ وَكُلّٗا تَبَّرۡنَا تَتۡبِيرٗا ﴿٣٩﴾  
Rumi: Wa kullan dharabnaa lahul amtsaala wa kullan tabbarnaa tatbiiraa.  
Terjemahan: Dan masing-masing, telah Kami berikan kepadanya contoh tauladan yang mendatangkan iktibar, dan masing-masing telah Kami hancurkan sehancur-hancurnya.

**40.** وَلَقَدۡ أَتَوۡاْ عَلَى ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِيٓ أُمۡطِرَتۡ مَطَرَ ٱلسَّوۡءِۚ أَفَلَمۡ يَكُونُواْ يَرَوۡنَهَاۚ بَلۡ كَانُواْ لَا يَرۡجُونَ نُشُورٗا ﴿٤٠﴾  
Rumi: Wa laqad atau 'alal qaryatil latii umthirat matharas sau'i afalam yakuunuu yaraunahaa bal kaanuu laa yarjuuna nusyuuraa.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) telah melalui bandar yang telah dihujani (dengan) azab yang buruk, maka (mengapa mereka masih berdegil), tidakkah mereka selalu dapat menyaksikannya? (Mereka tidak fikirkan yang demikian itu satu balasan kufur) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak ingatkan adanya kebangkitan hidup semula (untuk menerima balasan).

**41.** وَإِذَا رَأَوۡكَ إِن يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا أَهَٰذَا ٱلَّذِي بَعَثَ ٱللَّهُ رَسُولًا ﴿٤١﴾  
Rumi: Wa idzaa ra'auka iy yattakhidzuunaka illaa huzuwan ahaadzal ladzii ba'atsallaahu rasuulaa.  
Terjemahan: Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu ejek-ejekan (sambil mereka berkata): “Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai RasulNya?

**42.** إِن كَادَ لَيُضِلُّنَا عَنۡ ءَالِهَتِنَا لَوۡلَآ أَن صَبَرۡنَا عَلَيۡهَاۚ وَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ حِينَ يَرَوۡنَ ٱلۡعَذَابَ مَنۡ أَضَلُّ سَبِيلًا ﴿٤٢﴾  
Rumi: In kaada layudhillunaa 'an aalihatinaa laulaa an shabarnaa 'alaihaa wa saufa ya'lamuuna hiina yaraunal 'adzaaba man adhallu sabiilaa.  
Terjemahan: “Sebenarnya ia hampir-hampir dapat menyesatkan kami dari tuhan-tuhan kami, jika tidaklah kerana kami tetap teguh menyembahnya”. Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa: siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya.

**43.** أَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيۡهِ وَكِيلًا ﴿٤٣﴾  
Rumi: Ara'aita manit takhadza ilaahahuu hawaahu afa'anta takuunu 'alaihi wakiilaa.  
Terjemahan: Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

**44.** أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَكۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلًا ﴿٤٤﴾  
Rumi: Am tahsabu anna aktsarahum yasma'uuna au ya'qiluuna in hum illaa kal an'aami bal hum adhallu sabiilaa.  
Terjemahan: Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

**45.** أَلَمۡ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيۡفَ مَدَّ ٱلظِّلَّ وَلَوۡ شَآءَ لَجَعَلَهُۥ سَاكِنٗا ثُمَّ جَعَلۡنَا ٱلشَّمۡسَ عَلَيۡهِ دَلِيلٗا ﴿٤٥﴾  
Rumi: Alam tara ilaa rabbika kaifa maddazh zhilla wa lau syaa'a laja'alahuu saakinan tsumma ja'alnasy syamsa 'alaihi daliilaa.  
Terjemahan: Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;

**46.** ثُمَّ قَبَضۡنَٰهُ إِلَيۡنَا قَبۡضٗا يَسِيرٗا ﴿٤٦﴾  
Rumi: Tsumma qabadhnaahu ilainaa qabdhay yasiiraa.  
Terjemahan: Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur.

**47.** وَهُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ لِبَاسٗا وَٱلنَّوۡمَ سُبَاتٗا وَجَعَلَ ٱلنَّهَارَ نُشُورٗا ﴿٤٧﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii ja'ala lakumul laila libaasaw wan nauma subaataw wa ja'alan nahaara nusyuuraa.  
Terjemahan: Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.

**48.** وَهُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ ٱلرِّيَٰحَ بُشۡرَۢا بَيۡنَ يَدَيۡ رَحۡمَتِهِۦۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ طَهُورٗا ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii arsalar riyaaha busyram baina yadai rahmatihii wa anzalnaa minas samaa'i maa'an thahuuraa.  
Terjemahan: Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,

**49.** لِّنُحۡـِۧيَ بِهِۦ بَلۡدَةٗ مَّيۡتٗا وَنُسۡقِيَهُۥ مِمَّا خَلَقۡنَآ أَنۡعَٰمٗا وَأَنَاسِيَّ كَثِيرٗا ﴿٤٩﴾  
Rumi: Linuhya bihii baldatam maitaw wa nusqiyahuu mimmaa khalaqnaa an'aamaw wa anaasiyya katsiiraa.  
Terjemahan: Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

**50.** وَلَقَدۡ صَرَّفۡنَٰهُ بَيۡنَهُمۡ لِيَذَّكَّرُواْ فَأَبَىٰٓ أَكۡثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا كُفُورٗا ﴿٥٠﴾  
Rumi: Wa laqad sharrafnaahu bainahum liyadzdzakkaruu fa abaa aktsarun naasi illaa kufuuraa.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.

**51.** وَلَوۡ شِئۡنَا لَبَعَثۡنَا فِي كُلِّ قَرۡيَةٖ نَّذِيرٗا ﴿٥١﴾  
Rumi: Wa lau syi'naa laba'atsnaa fii kulli qaryatin nadziiraa.  
Terjemahan: Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran.

**52.** فَلَا تُطِعِ ٱلۡكَٰفِرِينَ وَجَٰهِدۡهُم بِهِۦ جِهَادٗا كَبِيرٗا ﴿٥٢﴾  
Rumi: Falaa tuthi'il kaafiriina wa jaahidhum bihii jihaadan kabiiraa.  
Terjemahan: Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

**53.** ۞ وَهُوَ ٱلَّذِي مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ هَٰذَا عَذۡبٞ فُرَاتٞ وَهَٰذَا مِلۡحٌ أُجَاجٞ وَجَعَلَ بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٗا وَحِجۡرٗا مَّحۡجُورٗا ﴿٥٣﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii marajal bahraini haadzaa 'adzbun furaatuw wa haadzaa milhun ujaajuw wa ja'ala bainahumaa barzakhaw wa hijram mahjuuraa.  
Terjemahan: Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

**54.** وَهُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ مِنَ ٱلۡمَآءِ بَشَرٗا فَجَعَلَهُۥ نَسَبٗا وَصِهۡرٗاۗ وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرٗا ﴿٥٤﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii khalaqa minal maa'i basyaran faja'alahuu nasabaw wa shihraw wa kaana rabbuka qadiiraa.  
Terjemahan: Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

**55.** وَيَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُهُمۡ وَلَا يَضُرُّهُمۡۗ وَكَانَ ٱلۡكَافِرُ عَلَىٰ رَبِّهِۦ ظَهِيرٗا ﴿٥٥﴾  
Rumi: Wa ya'buduuna min duunillaahi maa laa yanfa'uhum wa laa yadhurruhum wa kaanal kaafiru 'alaa rabbihii zhahiiraa.  
Terjemahan: Dan mereka (yang musyrik) menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak memberi manfaat kepada mereka (yang menyembahnya) dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada mereka (yang tidak menyembahnya); dan orang yang kafir selalu menjadi pembantu (bagi golongannya yang kafir) untuk menderhaka kepada tuhannya.

**56.** وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا مُبَشِّرٗا وَنَذِيرٗا ﴿٥٦﴾  
Rumi: Wa maa arsalnaaka illaa mubasysyiraw wa nadziiraa.  
Terjemahan: Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

**57.** قُلۡ مَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ إِلَّا مَن شَآءَ أَن يَتَّخِذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلٗا ﴿٥٧﴾  
Rumi: Qul maa as'alukum 'alaihi min ajrin illaa man syaa'a ay yattakhidza ilaa rabbihii sabiilaa.  
Terjemahan: Katakanlah: “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah”.

**58.** وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡحَيِّ ٱلَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِهِۦۚ وَكَفَىٰ بِهِۦ بِذُنُوبِ عِبَادِهِۦ خَبِيرًا ﴿٥٨﴾  
Rumi: Wa tawakkal 'alal hayyil ladzii laa yamuutu wa sabbih bihamdihii wa kafaa bihii bidzunuubi 'ibaadihii khabiiraa.  
Terjemahan: Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;

**59.** ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ ٱلرَّحۡمَٰنُ فَسۡـَٔلۡ بِهِۦ خَبِيرٗا ﴿٥٩﴾  
Rumi: Alladzii khalaqas samaawaati wal ardha wa maa bainahumaa fii sittati ayyaamin tsummas tawaa 'alal 'arsyir rahmaanu fas'al bihii khabiiraa.  
Terjemahan: Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.

**60.** وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱسۡجُدُواْۤ لِلرَّحۡمَٰنِ قَالُواْ وَمَا ٱلرَّحۡمَٰنُ أَنَسۡجُدُ لِمَا تَأۡمُرُنَا وَزَادَهُمۡ نُفُورٗا۩ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Wa idzaa qiila lahumus juduu lir rahmaani qaaluu wa mar rahmaanu anasjudu limaa ta'murunaa wa zaadahum nufuuraa.  
Terjemahan: Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): “Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!” Mereka bertanya: “Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?” Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.

**61.** تَبَارَكَ ٱلَّذِي جَعَلَ فِي ٱلسَّمَآءِ بُرُوجٗا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَٰجٗا وَقَمَرٗا مُّنِيرٗا ﴿٦١﴾  
Rumi: Tabaarakal ladzii ja'ala fis samaa'i buruujaw wa ja'ala fiihaa siraajaw wa qamaram muniiraa.  
Terjemahan: Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.

**62.** وَهُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ خِلۡفَةٗ لِّمَنۡ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوۡ أَرَادَ شُكُورٗا ﴿٦٢﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii ja'alal laila wan nahaara khilfatal liman araada ay yadzdzakkara au araada syukuuraa.  
Terjemahan: Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).

**63.** وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا ﴿٦٣﴾  
Rumi: Wa 'ibaadur rahmaanil ladziina yamsyuuna 'alal ardhi haunaw wa idzaa khaathabahumul jaahiluuna qaaluu salaamaa.  
Terjemahan: Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

**64.** وَٱلَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمۡ سُجَّدٗا وَقِيَٰمٗا ﴿٦٤﴾  
Rumi: Wal ladziina yabiituuna lirabbihim sujjadaw wa qiyaamaa.  
Terjemahan: Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

**65.** وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱصۡرِفۡ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا ﴿٦٥﴾  
Rumi: Wal ladziina yaquuluuna rabbanash rif 'annaa 'adzaaba jahannama inna 'adzaabahaa kaana gharaamaa.  
Terjemahan: Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan

**66.** إِنَّهَا سَآءَتۡ مُسۡتَقَرّٗا وَمُقَامٗا ﴿٦٦﴾  
Rumi: Innahaa saa'at mustaqarraw wa muqaamaa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk”;

**67.** وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُواْ لَمۡ يُسۡرِفُواْ وَلَمۡ يَقۡتُرُواْ وَكَانَ بَيۡنَ ذَٰلِكَ قَوَامٗا ﴿٦٧﴾  
Rumi: Wal ladziina idzaa anfaquu lam yusrifuu wa lam yaqturuu wa kaana baina dzaalika qawaamaa.  
Terjemahan: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

**68.** وَٱلَّذِينَ لَا يَدۡعُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ وَلَا يَقۡتُلُونَ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِي حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَلَا يَزۡنُونَۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ يَلۡقَ أَثَامٗا ﴿٦٨﴾  
Rumi: Wal ladziina laa yad'uuna ma'allaahi ilaahan aakhara wa laa yaqtuluunan nafsal latii harramallaahu illaa bil haqqi wa laa yaznuuna wa may yaf'al dzaalika yalqa atsaamaa.  
Terjemahan: Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

**69.** يُضَٰعَفۡ لَهُ ٱلۡعَذَابُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَيَخۡلُدۡ فِيهِۦ مُهَانًا ﴿٦٩﴾  
Rumi: Yudhaa'af lahul 'adzaabu yaumal qiyaamati wa yakhlud fiihii muhaanaa.  
Terjemahan: Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -

**70.** إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلٗا صَٰلِحٗا فَأُوْلَٰٓئِكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمۡ حَسَنَٰتٖۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ﴿٧٠﴾  
Rumi: Illaa man taaba wa aamana wa 'amila 'amalan shaalihan fa ulaa'ika yubaddilullaahu sayyi'aatihim hasanaatiw wa kaanallaahu ghafuurar rahiimaa.  
Terjemahan: Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

**71.** وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَإِنَّهُۥ يَتُوبُ إِلَى ٱللَّهِ مَتَابٗا ﴿٧١﴾  
Rumi: Wa man taaba wa 'amila shaalihan fa innahuu yatuubu ilallaahi mataabaa.  
Terjemahan: Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

**72.** وَٱلَّذِينَ لَا يَشۡهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّواْ بِٱللَّغۡوِ مَرُّواْ كِرَامٗا ﴿٧٢﴾  
Rumi: Wal ladziina laa yasyhaduunaz zuura wa idzaa marruu bil laghwi marruu kiraamaa.  
Terjemahan: Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

**73.** وَٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ لَمۡ يَخِرُّواْ عَلَيۡهَا صُمّٗا وَعُمۡيَانٗا ﴿٧٣﴾  
Rumi: Wal ladziina idzaa dzukkiruu bi'aayaati rabbihim lam yakhirruu 'alaihaa shummaw wa 'umyaanaa.  
Terjemahan: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

**74.** وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا ﴿٧٤﴾  
Rumi: Wal ladziina yaquuluuna rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrata a'yuniw waj'alnaa lil muttaqiina imaamaa.  
Terjemahan: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

**75.** أُوْلَٰٓئِكَ يُجۡزَوۡنَ ٱلۡغُرۡفَةَ بِمَا صَبَرُواْ وَيُلَقَّوۡنَ فِيهَا تَحِيَّةٗ وَسَلَٰمًا ﴿٧٥﴾  
Rumi: Ulaa'ika yujzaunal ghurfata bimaa shabaruu wa yulaqqauna fiihaa tahiyyataw wa salaamaa.  
Terjemahan: Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

**76.** خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ حَسُنَتۡ مُسۡتَقَرّٗا وَمُقَامٗا ﴿٧٦﴾  
Rumi: Khaalidiina fiihaa hasunat mustaqarraw wa muqaamaa.  
Terjemahan: Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

**77.** قُلۡ مَا يَعۡبَؤُاْ بِكُمۡ رَبِّي لَوۡلَا دُعَآؤُكُمۡۖ فَقَدۡ كَذَّبۡتُمۡ فَسَوۡفَ يَكُونُ لِزَامَۢا ﴿٧٧﴾  
Rumi: Qul maa ya'ba'u bikum rabbii laulaa du'aa'ukum faqad kadzdzabtum fasaufa yakuunu lizaamaa.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): “Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu”.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 25 daripada 114
- **Maksud nama:** Pembeza
- **Bilangan ayat:** 77
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 42
- **Juzuk:** 18-19: ayat 1-20 dalam juzuk 18, ayat 21-77 dalam juzuk 19

## Mengenai Surah Al-Furqan

Furqan bermaksud "yang membezakan kebenaran daripada kebatilan" dan merupakan salah satu nama al-Quran. Nama surah diambil daripada ayat pertama yang bermaksud "Maha Agung Allah yang menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya agar menjadi pemberi peringatan kepada sekalian alam". Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 77 ayat. Surah ini ialah surah kedua puluh lima dalam mushaf; berada pada urutan 42 dalam susunan penurunan yang lazim.

Walaupun sebahagian ulama mengatakan beberapa ayat diturunkan di Madinah, umumnya diterima bahawa surah ini Makkiyyah. Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim, Umar mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah ini dengan bacaan yang berbeza daripada yang diketahuinya; apabila beliau mengemukakan perkara itu kepada Nabi, disampaikan hadis terkenal yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan menurut tujuh huruf.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Furqan

Surah al-Furqan diturunkan pada pertengahan zaman Makkah ketika bantahan orang musyrik terhadap Nabi dan al-Quran semakin kuat. Orang musyrik menyifatkan al-Quran sebagai dongeng orang dahulu yang direka dengan bantuan orang lain, merendahkan baginda dengan berkata, "Rasul apakah ini yang makan makanan dan berjalan di pasar; bukankah sepatutnya malaikat diturunkan kepadanya atau perbendaharaan diberikan kepadanya?", serta bertanya mengapa al-Quran tidak diturunkan sekali gus.

Tiada peristiwa tertentu yang diriwayatkan berkaitan penurunan surah. Surah menjawab setiap bantahan ini; menghiburkan Nabi dengan mengingatkan bahawa nabi-nabi terdahulu juga manusia yang makan makanan dan berjalan di pasar.

## Kandungan Surah Al-Furqan

Surah ini bermula dengan mengagungkan Allah, Pemilik kerajaan langit dan bumi, yang tidak mempunyai anak atau sekutu; mengkritik mereka yang meninggalkan-Nya dan menyembah berhala yang tidak mampu menciptakan apa-apa. Dijawab dakwaan orang musyrik tentang al-Quran dan Nabi; digambarkan orang zalim menggigit tangannya pada hari kiamat sambil berkata, "Alangkah baiknya jika aku mengikuti jalan bersama Rasul". Dinyatakan bahawa al-Quran diturunkan berperingkat untuk meneguhkan hati.

Kesudahan Nabi Musa, Nabi Nuh, 'Ad, Thamud dan penduduk Rass diingatkan secara ringkas. Mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan diberikan peringatan. Bayang-bayang yang memanjang dan memendek, malam dan siang, angin dan hujan, serta dua laut tawar dan masin yang tidak bercampur dikemukakan sebagai bukti kekuasaan Allah.

Bahagian terakhir memperkenalkan "hamba-hamba al-Rahman": orang beriman yang berjalan dengan tenang di bumi, menjawab orang jahil dengan salam, menghabiskan malam dalam ibadah, tidak membazir atau kedekut ketika berbelanja, tidak menyekutukan Allah, tidak membunuh tanpa hak, tidak berzina, tidak memberikan kesaksian palsu dan berdoa untuk pasangan serta anak-anak. Dikhabarkan bahawa keburukan mereka yang bertaubat akan ditukar menjadi kebaikan. Surah berakhir dengan menyatakan bahawa tanpa doa para hamba, Allah tidak akan memberikan nilai kepada mereka.

## Kelebihan Surah Al-Furqan

Tiada riwayat sahih yang khusus tentang kelebihan surah al-Furqan yang diketahui. Satu riwayat yang dipercayai berkaitan surah ini ialah tentang turunnya ayat 68. Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas'ud, Nabi ditanya tentang dosa yang paling besar; baginda menyebut menyekutukan Allah, membunuh anak kerana takut tidak mendapat rezeki, dan berzina dengan isteri jiran. Kemudian turun ayat yang membenarkan kata-kata ini dan memberitahu bahawa hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah menjauhi ketiga-tiga dosa tersebut.

Salah satu ayat sajdah ialah ayat 60, yang menceritakan reaksi orang kafir apabila diajak sujud kepada Yang Maha Pemurah. Doa hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah dalam ayat 74, "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata", kerap dibaca dalam kalangan masyarakat sebagai doa memohon pasangan dan anak yang baik. Bacaan ini bersandar pada makna ayat, bukan pada hadis yang khusus.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Al-Furqan

- [Rabbanasrif 'Anna 'Azaba Jahannam Surah Al-Furqan, ayat 65-66](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbanasrif-anna-azaba-jahannam/)
- [Doa untuk pasangan dan anak-anak Surah Al-Furqan, ayat 74](https://yasinsurah.com/ms/doa/untuk-pasangan-dan-anak-anak/)

## Soalan lazim tentang Surah Al-Furqan

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Furqan?

Surah Al-Furqan mempunyai 77 ayat.

### Apakah maksud Al-Furqan?

Al-Furqan bermaksud “Pembeza”.

### Adakah Surah Al-Furqan Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Furqan ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-42.

### Surah Al-Furqan dalam juzuk berapa?

Surah Al-Furqan bermula dalam juzuk 18 dan berakhir dalam juzuk 19.

### Surah Al-Furqan ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Furqan ialah surah ke-25 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah An-Nur dan sebelum Surah Asy-Syu'ara'.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Furqan di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Furqan oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 24. An-Nur](https://yasinsurah.com/ms/surah-an-nur/)
- [Surah seterusnya 26. Asy-Syu'ara'](https://yasinsurah.com/ms/surah-asy-syuara/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
