# Surah Al-Haqqah الحاقة

> Surah Al-Haqqah (Kebenaran yang Pasti) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Haqqah…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-haqqah/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-69 daripada 114 · Juzuk 29

52 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-78

Surah al-Haqqah diturunkan di Makkah dan mempunyai 52 ayat. Melalui gambaran yang berkesan, surah menerangkan kepastian kiamat, kesudahan kaum kafir terdahulu serta pemberian catatan amalan dari kanan atau kiri pada hari perhitungan.

## Surah Al-Haqqah dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** ٱلۡحَآقَّةُ ﴿١﴾  
Rumi: Al haaqqah.  
Terjemahan: Saat yang tetap berlaku itu -

**2.** مَا ٱلۡحَآقَّةُ ﴿٢﴾  
Rumi: Mal haaqqah.  
Terjemahan: Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?

**3.** وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡحَآقَّةُ ﴿٣﴾  
Rumi: Wa maa adraaka mal haaqqah.  
Terjemahan: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).

**4.** كَذَّبَتۡ ثَمُودُ وَعَادُۢ بِٱلۡقَارِعَةِ ﴿٤﴾  
Rumi: Kadzdzabat tsamuudu wa 'aadum bil qaari'ah.  
Terjemahan: Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.

**5.** فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهۡلِكُواْ بِٱلطَّاغِيَةِ ﴿٥﴾  
Rumi: Fa ammaa tsamuudu fa uhlikuu bith thaaghiyah.  
Terjemahan: Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.

**6.** وَأَمَّا عَادٞ فَأُهۡلِكُواْ بِرِيحٖ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٖ ﴿٦﴾  
Rumi: Wa ammaa 'aadun fa uhlikuu biriihin sharsharin 'aatiyah.  
Terjemahan: Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -

**7.** سَخَّرَهَا عَلَيۡهِمۡ سَبۡعَ لَيَالٖ وَثَمَٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومٗاۖ فَتَرَى ٱلۡقَوۡمَ فِيهَا صَرۡعَىٰ كَأَنَّهُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٍ خَاوِيَةٖ ﴿٧﴾  
Rumi: Sakhkharahaa 'alaihim sab'a layaaliw wa tsamaaniyata ayyaamin husuuman fataral qauma fiihaa shar'aa ka'annahum a'jaazu nakhlin khaawiyah.  
Terjemahan: Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.

**8.** فَهَلۡ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٖ ﴿٨﴾  
Rumi: Fahal taraa lahum mim baaqiyah.  
Terjemahan: Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?

**9.** وَجَآءَ فِرۡعَوۡنُ وَمَن قَبۡلَهُۥ وَٱلۡمُؤۡتَفِكَٰتُ بِٱلۡخَاطِئَةِ ﴿٩﴾  
Rumi: Wa jaa'a fir'aunu wa man qablahuu wal mu'tafikaatu bil khaathi'ah.  
Terjemahan: Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.

**10.** فَعَصَوۡاْ رَسُولَ رَبِّهِمۡ فَأَخَذَهُمۡ أَخۡذَةٗ رَّابِيَةً ﴿١٠﴾  
Rumi: Fa'ashau rasuula rabbihim fa akhadzahum akhdzatar raabiyah.  
Terjemahan: Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.

**11.** إِنَّا لَمَّا طَغَا ٱلۡمَآءُ حَمَلۡنَٰكُمۡ فِي ٱلۡجَارِيَةِ ﴿١١﴾  
Rumi: Innaa lammaa thaghal maa'u hamalnaakum fil jaariyah.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).

**12.** لِنَجۡعَلَهَا لَكُمۡ تَذۡكِرَةٗ وَتَعِيَهَآ أُذُنٞ وَٰعِيَةٞ ﴿١٢﴾  
Rumi: Linaj'alahaa lakum tadzkirataw wa ta'iyahaa udzunuw waa'iyah.  
Terjemahan: (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.

**13.** فَإِذَا نُفِخَ فِي ٱلصُّورِ نَفۡخَةٞ وَٰحِدَةٞ ﴿١٣﴾  
Rumi: Fa idzaa nufikha fish shuuri nafkhatuw waahidah.  
Terjemahan: Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -

**14.** وَحُمِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةٗ وَٰحِدَةٗ ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa humilatil ardhu wal jibaalu fadukkataa dakkataw waahidah.  
Terjemahan: Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -

**15.** فَيَوۡمَئِذٖ وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ﴿١٥﴾  
Rumi: Fayauma'idziw waqa'atil waaqi'ah.  
Terjemahan: Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -

**16.** وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِيَ يَوۡمَئِذٖ وَاهِيَةٞ ﴿١٦﴾  
Rumi: Wansyaqqatis samaa'u fahiya yauma'idziw waahiyah.  
Terjemahan: Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),

**17.** وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآئِهَاۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَئِذٖ ثَمَٰنِيَةٞ ﴿١٧﴾  
Rumi: Wal malaku 'alaa arjaa'ihaa wa yahmilu 'arsya rabbika fauqahum yauma'idzin tsamaaniyah.  
Terjemahan: Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

**18.** يَوۡمَئِذٖ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٞ ﴿١٨﴾  
Rumi: Yauma'idzin tu'radhuuna laa takhfaa minkum khaafiyah.  
Terjemahan: Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.

**19.** فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ ﴿١٩﴾  
Rumi: Fa ammaa man uutiya kitaabahuu biyamiinihii fayaquulu haa'umuq ra'uu kitaabiyah.  
Terjemahan: Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ‘Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

**20.** إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Innii zhanantu annii mulaaqin hisaabiyah.  
Terjemahan: “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”

**21.** فَهُوَ فِي عِيشَةٖ رَّاضِيَةٖ ﴿٢١﴾  
Rumi: Fahuwa fii 'iisyatir raadhiyah.  
Terjemahan: Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -

**22.** فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Fii jannatin 'aaliyah.  
Terjemahan: Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -

**23.** قُطُوفُهَا دَانِيَةٞ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Quthuufuhaa daaniyah.  
Terjemahan: Buah-buahannya dekat untuk dipetik.

**24.** كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِي ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Kuluu wasyrabuu hanii'am bimaa aslaftum fil ayyaamil khaaliyah.  
Terjemahan: (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!”

**25.** وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Wa ammaa man uutiya kitaabahuu bisyimaalihii fayaquulu yaa laitanii lam uuta kitaabiyah.  
Terjemahan: Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -

**26.** وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Wa lam adri maa hisaabiyah.  
Terjemahan: “Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

**27.** يَٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Yaa laitahaa kaanatil qaadhiyah.  
Terjemahan: “Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -

**28.** مَآ أَغۡنَىٰ عَنِّي مَالِيَهۡۜ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Maa aghnaa 'annii maaliyah.  
Terjemahan: “Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -

**29.** هَلَكَ عَنِّي سُلۡطَٰنِيَهۡ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Halaka 'annii sulthaaniyah.  
Terjemahan: Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku”.

**30.** خُذُوهُ فَغُلُّوهُ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Khudzuuhu faghulluuh.  
Terjemahan: (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): “Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -

**31.** ثُمَّ ٱلۡجَحِيمَ صَلُّوهُ ﴿٣١﴾  
Rumi: Tsummal jahiima shalluuh.  
Terjemahan: “Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -

**32.** ثُمَّ فِي سِلۡسِلَةٖ ذَرۡعُهَا سَبۡعُونَ ذِرَاعٗا فَٱسۡلُكُوهُ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Tsumma fii silsilatin dzar'uhaa sab'uuna dziraa'an faslukuuh.  
Terjemahan: “Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

**33.** إِنَّهُۥ كَانَ لَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Innahuu kaana laa yu'minu billaahil 'azhiim.  
Terjemahan: “Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,

**34.** وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wa laa yahudhdhu 'alaa tha'aamil miskiin.  
Terjemahan: “Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

**35.** فَلَيۡسَ لَهُ ٱلۡيَوۡمَ هَٰهُنَا حَمِيمٞ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Falaisa lahul yauma haahunaa hamiim.  
Terjemahan: “Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -

**36.** وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنۡ غِسۡلِينٖ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Wa laa tha'aamun illaa min ghisliin.  
Terjemahan: “Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,

**37.** لَّا يَأۡكُلُهُۥٓ إِلَّا ٱلۡخَٰطِـُٔونَ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Laa ya'kuluhuu illal khaathi'uun.  
Terjemahan: “Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah”.

**38.** فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَا تُبۡصِرُونَ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Falaa uqsimu bimaa tubshiruun.  
Terjemahan: Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -

**39.** وَمَا لَا تُبۡصِرُونَ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Wa maa laa tubshiruun.  
Terjemahan: Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -

**40.** إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٖ كَرِيمٖ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Innahuu laqaulu rasuulin kariim.  
Terjemahan: Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.

**41.** وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَاعِرٖۚ قَلِيلٗا مَّا تُؤۡمِنُونَ ﴿٤١﴾  
Rumi: Wa maa huwa biqauli syaa'irin qaliilam maa tu'minuun.  
Terjemahan: Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.

**42.** وَلَا بِقَوۡلِ كَاهِنٖۚ قَلِيلٗا مَّا تَذَكَّرُونَ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Wa laa biqauli kaahinin qaliilam maa tadzakkaruun.  
Terjemahan: Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.

**43.** تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Tanziilum mir rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

**44.** وَلَوۡ تَقَوَّلَ عَلَيۡنَا بَعۡضَ ٱلۡأَقَاوِيلِ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Wa lau taqawwala 'alainaa ba'dhal aqaawiil.  
Terjemahan: Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -

**45.** لَأَخَذۡنَا مِنۡهُ بِٱلۡيَمِينِ ﴿٤٥﴾  
Rumi: La'akhadznaa minhu bil yamiin.  
Terjemahan: Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -

**46.** ثُمَّ لَقَطَعۡنَا مِنۡهُ ٱلۡوَتِينَ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Tsumma laqatha'naa minhul watiin.  
Terjemahan: Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);

**47.** فَمَا مِنكُم مِّنۡ أَحَدٍ عَنۡهُ حَٰجِزِينَ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Famaa minkum min ahadin 'anhu haajiziin.  
Terjemahan: Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.

**48.** وَإِنَّهُۥ لَتَذۡكِرَةٞ لِّلۡمُتَّقِينَ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wa innahuu latadzkiratul lil muttaqiin.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.

**49.** وَإِنَّا لَنَعۡلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Wa innaa lana'lamu anna minkum mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).

**50.** وَإِنَّهُۥ لَحَسۡرَةٌ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Wa innahuu lahasratun 'alal kaafiriin.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).

**51.** وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلۡيَقِينِ ﴿٥١﴾  
Rumi: Wa innahuu lahaqqul yaqiin.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).

**52.** فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Fasabbih bismi rabbikal 'azhiim.  
Terjemahan: Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 69 daripada 114
- **Maksud nama:** Kebenaran yang Pasti
- **Bilangan ayat:** 52
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 78
- **Juzuk:** 29

## Mengenai Surah Al-Haqqah

Nama surah diambil daripada perkataan "al-Haqqah" yang diulang dalam tiga ayat pertama. Perkataan ini bermaksud yang pasti berlaku dan akan menampakkan hakikat segala sesuatu; dalam al-Quran digunakan sebagai salah satu nama kiamat.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 52 ayat. Surah ini yang ke-69 dalam susunan mushaf, ke-78 menurut susunan penurunan yang lazim dan terdapat dalam juz 29.

Dengan ayat pendek dan berirama, surah ini contoh kuat surah Makkiyyah yang menggambarkan akhirat dengan jelas. Surah juga dikenali dengan ayat yang jelas menyatakan al-Quran bukan kata-kata penyair atau tukang tilik, tetapi diturunkan oleh Tuhan sekalian alam.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Haqqah

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik mengingkari kiamat dan kebangkitan serta menuduh Nabi sebagai penyair dan tukang tilik.

Menurut riwayat dalam Musnad Ahmad bin Hanbal, sebelum memeluk Islam Umar mendengar Nabi membaca surah ini di sisi Kaabah; ketika berfikir "Ini seorang penyair", beliau mendengar ayat bahawa al-Quran bukan kata-kata penyair, dan ketika berfikir "Tukang tilik", beliau mendengar ayat bahawa ia bukan kata-kata tukang tilik, lalu timbul kecenderungan kepada Islam dalam hatinya. Namun dinyatakan terdapat keterputusan dalam sanad riwayat; oleh itu disampaikan dengan berhati-hati.

Tiada maklumat lain bahawa surah diturunkan berhubung peristiwa tertentu.

## Kandungan Surah Al-Haqqah

Surah ini bermula dengan mengingatkan kiamat yang pasti berlaku dan menerangkan kebinasaan kaum Thamud dan 'Ad yang mendustakannya, Firaun serta negeri yang diterbalikkan. Diingatkan bahawa ketika banjir besar manusia dibawa dalam bahtera.

Kemudian digambarkan satu tiupan sangkakala menyebabkan bumi dan gunung diangkat lalu saling dihentam, langit terbelah dan lapan malaikat memikul Arasy Tuhan pada hari itu. Orang yang diberikan catatan amalan dari kanan berkata dengan gembira "Ambillah, bacalah kitabku!", manakala yang diberikan dari kiri menyatakan penyesalan, "Alangkah baiknya jika kitabku tidak diberikan kepadaku". Dijelaskan bahawa orang ini tidak beriman kepada Allah Yang Maha Agung dan tidak menggalakkan memberi makan orang miskin.

Bahagian terakhir menyatakan al-Quran ialah perkataan yang dibawa utusan mulia, bukan perkataan penyair atau tukang tilik. Ditegaskan bahawa jika Nabi mereka-reka perkataan atas nama Allah, urat lehernya akan dipotong. Surah berakhir dengan perintah bertasbih dengan nama Tuhan Yang Maha Agung.

## Kelebihan Surah Al-Haqqah

Tiada riwayat sahih yang khusus tentang kelebihan surah al-Haqqah yang diketahui. Mengenai riwayat dalam Musnad Ahmad bin Hanbal bahawa Umar mendengar surah ini sebelum memeluk Islam dan terkesan olehnya, Ibn Kathir menilai sanadnya baik, tetapi menyebut bahawa Syuraih bin Ubaid tidak sempat bertemu zaman Umar, sehingga sanadnya terputus.

Dalam riwayat Abu Dawud daripada Abdullah bin Mas'ud diceritakan bahawa Nabi membaca surah-surah yang setara secara berpasangan dalam satu rakaat, dan al-Qamar disebut bersama al-Haqqah. Abu Dawud menyatakan bahawa pasangan ini ialah susunan Ibn Mas'ud; al-Albani juga menilai pokok hadis ini sahih, manakala bahagian yang memuatkan senarai surah daif.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah Al-Haqqah

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Haqqah?

Surah Al-Haqqah mempunyai 52 ayat.

### Apakah maksud Al-Haqqah?

Al-Haqqah bermaksud “Kebenaran yang Pasti”.

### Adakah Surah Al-Haqqah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Haqqah ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-78.

### Surah Al-Haqqah dalam juzuk berapa?

Surah Al-Haqqah terdapat dalam juzuk 29.

### Surah Al-Haqqah ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Haqqah ialah surah ke-69 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Qalam dan sebelum Surah Al-Ma'arij.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Haqqah di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Haqqah oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 68. Al-Qalam](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-qalam/)
- [Surah seterusnya 70. Al-Ma'arij](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-maarij/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
