# Surah Al-Hujurat الحجرات

> Surah Al-Hujurat (Bilik-Bilik) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Hujurat diturunkan…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-hujurat/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-49 daripada 114 · Juzuk 26

18 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-106

Surah al-Hujurat diturunkan di Madinah dan mempunyai 18 ayat. Surah ini mengajarkan adab terhadap Nabi, penyelidikan berita, perdamaian dan persaudaraan orang beriman serta menjauhi tingkah laku yang merosakkan kehidupan masyarakat.

## Surah Al-Hujurat dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَيِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ ﴿١﴾  
Rumi: Yaa ayyuhal ladziina aamanuu laa tuqaddimuu baina yadayillaahi wa rasuulihii wattaqullaaha innallaaha samii'un 'aliim.  
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

**2.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٰتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِيِّ وَلَا تَجۡهَرُواْ لَهُۥ بِٱلۡقَوۡلِ كَجَهۡرِ بَعۡضِكُمۡ لِبَعۡضٍ أَن تَحۡبَطَ أَعۡمَٰلُكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ ﴿٢﴾  
Rumi: Yaa ayyuhal ladziina aamanuu laa tarfa'uu ashwaatakum fauqa shautin nabiyyi wa laa tajharuu lahuu bil qauli kajahri ba'dhikum liba'dhin an tahbatha a'maalukum wa antum laa tasy'uruun.  
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

**3.** إِنَّ ٱلَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصۡوَٰتَهُمۡ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱمۡتَحَنَ ٱللَّهُ قُلُوبَهُمۡ لِلتَّقۡوَىٰۚ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَأَجۡرٌ عَظِيمٌ ﴿٣﴾  
Rumi: Innal ladziina yaghudhdhuuna ashwaatahum 'inda rasuulillaahi ulaa'ikal ladziinam tahanallaahu quluubahum lit taqwaa lahum maghfiratuw wa ajrun 'azhiim.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

**4.** إِنَّ ٱلَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِن وَرَآءِ ٱلۡحُجُرَٰتِ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ ﴿٤﴾  
Rumi: Innal ladziina yunaaduunaka miw waraa'il hujuraati aktsaruhum laa ya'qiluun.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

**5.** وَلَوۡ أَنَّهُمۡ صَبَرُواْ حَتَّىٰ تَخۡرُجَ إِلَيۡهِمۡ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ﴿٥﴾  
Rumi: Wa lau annahum shabaruu hattaa takhruja ilaihim lakaana khairal lahum wallaahu ghafuurur rahiim.  
Terjemahan: Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

**6.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ ﴿٦﴾  
Rumi: Yaa ayyuhal ladziina aamanuu in jaa'akum faasiqum binaba'in fatabayyanuu an tushiibuu qaumam bijahaalatin fatushbihuu 'alaa maa fa'altum naadimiin.  
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

**7.** وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ فِيكُمۡ رَسُولَ ٱللَّهِۚ لَوۡ يُطِيعُكُمۡ فِي كَثِيرٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِ لَعَنِتُّمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡإِيمَٰنَ وَزَيَّنَهُۥ فِي قُلُوبِكُمۡ وَكَرَّهَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡكُفۡرَ وَٱلۡفُسُوقَ وَٱلۡعِصۡيَانَۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلرَّٰشِدُونَ ﴿٧﴾  
Rumi: Wa'lamuu anna fiikum rasuulallaahi lau yuthii'ukum fii katsiirim minal amri la'anittum wa laakinnallaaha habbaba ilaikumul iimaana wa zayyanahuu fii quluubikum wa karraha ilaikumul kufra wal fusuuqa wal 'ishyaana ulaa'ika humur raasyiduun.  
Terjemahan: Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

**8.** فَضۡلٗا مِّنَ ٱللَّهِ وَنِعۡمَةٗۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٞ ﴿٨﴾  
Rumi: Fadhlam minallaahi wa ni'mataw wallaahu 'aliimun hakiim.  
Terjemahan: (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

**9.** وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَٰتِلُواْ ٱلَّتِي تَبۡغِي حَتَّىٰ تَفِيٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ﴿٩﴾  
Rumi: Wa in thaa'ifataani minal mu'miniinaq tataluu fa ashlihuu bainahumaa fa im baghat ihdaahumaa 'alal ukhraa faqaatilul latii tabghii hattaa tafii'a ilaa amrillaahi fa in faa'at fa ashlihuu bainahumaa bil 'adli wa aqsithuu innallaaha yuhibbul muqsithiin.  
Terjemahan: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

**10.** إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ﴿١٠﴾  
Rumi: Innamal mu'minuuna ikhwatun fa ashlihuu baina akhawaikum wattaqullaaha la'allakum turhamuun.  
Terjemahan: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

**11.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ﴿١١﴾  
Rumi: Yaa ayyuhal ladziina aamanuu laa yaskhar qaumum min qaumin 'asaa ay yakuunuu khairam minhum wa laa nisaa'um min nisaa'in 'asaa ay yakunna khairam minhunna wa laa talmizuu anfusakum wa laa tanaabazuu bil alqaabi bi'sal smul fusuuqu ba'dal iimaani wa mal lam yatub fa ulaa'ika humuzh zhaalimuun.  
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

**12.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ﴿١٢﴾  
Rumi: Yaa ayyuhal ladziina aamanuj tanibuu katsiiram minazh zhanni inna ba'dhazh zhanni itsmuw wa laa tajassasuu wa laa yaghtab ba'dhukum ba'dhan ayuhibbu ahadukum ay ya'kula lahma akhiihi maitan fakarihtumuuhu wattaqullaaha innallaaha tawwaabur rahiim.  
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

**13.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ﴿١٣﴾  
Rumi: Yaa ayyuhan naasu innaa khalaqnaakum min dzakariw wa untsaa wa ja'alnaakum syu'uubaw wa qabaa'ila lita'aarafuu inna akramakum 'indallaahi atqaakum innallaaha 'aliimun khabiir.  
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

**14.** ۞ قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَٰنُ فِي قُلُوبِكُمۡۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَٰلِكُمۡ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ ﴿١٤﴾  
Rumi: Qaalatil a'raabu aamannaa qul lam tu'minuu wa laakin quuluu aslamnaa wa lammaa yadkhulil iimaanu fii quluubikum wa in tuthii'ullaaha wa rasuulahuu laa yalitkum min a'maalikum syai'an innallaaha ghafuurur rahiim.  
Terjemahan: Orang-orang “A'raab” berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ‘kami telah Islam’. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

**15.** إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَٰهَدُواْ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلصَّٰدِقُونَ ﴿١٥﴾  
Rumi: Innamal mu'minuunal ladziina aamanuu billaahi wa rasuulihii tsumma lam yartaabuu wa jaahaduu bi'amwaalihim wa anfusihim fii sabiilillaahi ulaa'ika humush shaadiquun.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

**16.** قُلۡ أَتُعَلِّمُونَ ٱللَّهَ بِدِينِكُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ ﴿١٦﴾  
Rumi: Qul atu'allimuunallaaha bidiinikum wallaahu ya'lamu maa fis samaawaati wa maa fil ardhi wallaahu bikulli syai'in 'aliim.  
Terjemahan: Katakanlah (kepada orang-orang “A'raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ‘kami telah beriman’)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

**17.** يَمُنُّونَ عَلَيۡكَ أَنۡ أَسۡلَمُواْۖ قُل لَّا تَمُنُّواْ عَلَيَّ إِسۡلَٰمَكُمۖ بَلِ ٱللَّهُ يَمُنُّ عَلَيۡكُمۡ أَنۡ هَدَىٰكُمۡ لِلۡإِيمَٰنِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿١٧﴾  
Rumi: Yamunnuuna 'alaika an aslamuu qul laa tamunnuu 'alayya islaamakum balillaahu yamunnu 'alaikum an hadaakum lil iimaani in kuntum shaadiqiin.  
Terjemahan: Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

**18.** إِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ﴿١٨﴾  
Rumi: Innallaaha ya'lamu ghaibas samaawaati wal ardhi wallaahu bashiirum bimaa ta'maluun.  
Terjemahan: “Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 49 daripada 114
- **Maksud nama:** Bilik-Bilik
- **Bilangan ayat:** 18
- **Diturunkan di:** Madinah
- **Urutan penurunan:** 106
- **Juzuk:** 26

## Mengenai Surah Al-Hujurat

Nama surah diambil daripada perkataan "hujurat" dalam ayat keempat yang bermaksud "bilik-bilik". Perkataan ini merujuk kepada bilik kediaman isteri-isteri Nabi di sisi Masjid Nabawi; ayat menjelaskan bahawa kebanyakan mereka yang memanggil Nabi dari belakang bilik-bilik tidak menggunakan akal.

Surah ini diturunkan di Madinah dan mempunyai 18 ayat. Surah ini berada pada urutan 49 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 26; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-106. Ayat 13 yang menyatakan manusia diciptakan sebagai pelbagai bangsa dan kabilah untuk saling mengenali, dan yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa, terdapat dalam surah ini.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Hujurat

Surah ini diturunkan sekitar tahun kesembilan hijrah, pada "tahun delegasi" ketika kabilah Arab datang berombongan ke Madinah menyatakan kesetiaan kepada Nabi. Menurut riwayat dalam sumber-sumber, sebahagian anggota rombongan Bani Tamim memanggil Nabi dengan suara keras dari luar bilik baginda; ayat 4-5 diturunkan berkaitan peristiwa ini.

Menurut riwayat al-Bukhari, Abu Bakar dan Umar berbeza pendapat tentang siapa yang akan dilantik mengetuai rombongan itu, suara mereka meninggi dan ayat awal surah diturunkan berhubung hal ini. Sumber tafsir juga meriwayatkan bahawa ayat 6 yang menyuruh menyelidik berita berkaitan berita salah yang dibawa al-Walid bin Uqbah, yang diutus mengutip zakat kabilah Bani Mustaliq.

## Kandungan Surah Al-Hujurat

Surah ini bermula dengan menasihati orang beriman agar tidak mendahului Allah dan Rasul-Nya, tidak meninggikan suara di hadapan Nabi dan tidak bercakap keras dengan baginda seperti sesama mereka. Dijelaskan bahawa hati mereka yang merendahkan suara di sisi baginda telah diuji untuk ketakwaan.

Kemudian diperintahkan menyelidik berita yang dibawa orang fasik supaya tidak mencederakan sesuatu kaum tanpa mengetahui lalu menyesal. Jika dua kumpulan orang beriman bertempur, diminta mendamaikan mereka dengan adil dan dinyatakan bahawa orang beriman bersaudara. Dilarang sesuatu kaum memperolok kaum lain, saling mencela dan memanggil dengan gelaran buruk. Diperintahkan menjauhi kebanyakan sangkaan, tidak mencari kesalahan dan tidak mengumpat; mengumpat diumpamakan memakan daging saudara yang telah mati. Dinyatakan bahawa manusia diciptakan daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, serta dibahagikan kepada bangsa dan kabilah untuk saling mengenali. Orang Badwi yang berkata "Kami beriman" diingatkan bahawa iman belum masuk ke hati mereka. Surah berakhir dengan menyatakan bahawa orang beriman sebenar yakin tanpa ragu kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa, dan pemberian hidayah iman ialah kurnia Allah.

## Kelebihan Surah Al-Hujurat

Tiada riwayat sahih yang menyebut pahala khusus bagi surah al-Hujurat yang diketahui. Permulaan surah-surah mufassal diperselisihkan: Ibn Kathir menganggap surah Qaf sebagai pendapat yang benar, manakala menurut satu pendapat mufassal bermula dari al-Hujurat. Dalam hadis yang diriwayatkan Ahmad bin Hanbal daripada Wathilah bin al-Asqa', selepas menyebut surah-surah yang diberikan kepadanya sebagai ganti Taurat, Zabur dan Injil, Nabi bersabda, "Aku diutamakan dengan mufassal." Syu'aib al-Arna'ut menilai sanadnya hasan, manakala al-Albani menilai hadis ini sahih.

Pengaruh surah ini terhadap para sahabat diketahui melalui riwayat-riwayat sahih. Menurut al-Bukhari, selepas turun ayat kedua, Umar bercakap kepada Nabi dengan suara yang begitu perlahan sehingga Nabi perlu bertanya semula apa yang dikatakannya. Dalam al-Bukhari dan Muslim dinukilkan bahawa Nabi menyampaikan khabar gembira kepada Thabit bin Qais, yang takut amalnya menjadi sia-sia kerana telah meninggikan suaranya lalu mengurung diri di rumah, bahawa dia termasuk penghuni syurga.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah Al-Hujurat

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Hujurat?

Surah Al-Hujurat mempunyai 18 ayat.

### Apakah maksud Al-Hujurat?

Al-Hujurat bermaksud “Bilik-Bilik”.

### Adakah Surah Al-Hujurat Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Hujurat ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-106.

### Surah Al-Hujurat dalam juzuk berapa?

Surah Al-Hujurat terdapat dalam juzuk 26.

### Surah Al-Hujurat ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Hujurat ialah surah ke-49 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Fath dan sebelum Surah Qaf.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Hujurat di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Hujurat oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 48. Al-Fath](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-fath/)
- [Surah seterusnya 50. Qaf](https://yasinsurah.com/ms/surah-qaf/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
