# Surah Al-Insan الانسان

> Surah Al-Insan (Manusia) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Insan mempunyai 31 ayat…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-insan/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-76 daripada 114 · Juzuk 29

31 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-98

Surah al-Insan mempunyai 31 ayat dan terdapat pandangan berbeza sama ada diturunkan di Makkah atau Madinah. Surah ini mengingatkan penciptaan dan ujian manusia; menerangkan nikmat syurga bagi orang baik yang memberi makan orang miskin, anak yatim dan tawanan demi keredaan Allah.

## Surah Al-Insan dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** هَلۡ أَتَىٰ عَلَى ٱلۡإِنسَٰنِ حِينٞ مِّنَ ٱلدَّهۡرِ لَمۡ يَكُن شَيۡـٔٗا مَّذۡكُورًا ﴿١﴾  
Rumi: Hal ataa 'alal insaani hiinum minad dahri lam yakun syai'am madzkuuraa.  
Terjemahan: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

**2.** إِنَّا خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجٖ نَّبۡتَلِيهِ فَجَعَلۡنَٰهُ سَمِيعَۢا بَصِيرًا ﴿٢﴾  
Rumi: Innaa khalaqnal insaana min nuthfatin amsyaajin nabtaliihi faja'alnaahu samii'am bashiiraa.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

**3.** إِنَّا هَدَيۡنَٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرٗا وَإِمَّا كَفُورًا ﴿٣﴾  
Rumi: Innaa hadainaahus sabiila immaa syaakiraw wa immaa kafuuraa.  
Terjemahan: Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

**4.** إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلۡكَٰفِرِينَ سَلَٰسِلَاْ وَأَغۡلَٰلٗا وَسَعِيرًا ﴿٤﴾  
Rumi: Innaa a'tadnaa lil kaafiriina salaasila wa aghlaalaw wa sa'iiraa.  
Terjemahan: (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.

**5.** إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ يَشۡرَبُونَ مِن كَأۡسٖ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا ﴿٥﴾  
Rumi: Innal abraara yasyrabuuna min ka'sin kaana mizaajuhaa kaafuuraa.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”, -

**6.** عَيۡنٗا يَشۡرَبُ بِهَا عِبَادُ ٱللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفۡجِيرٗا ﴿٦﴾  
Rumi: 'Ainay yasyrabu bihaa 'ibaadullaahi yufajjiruunahaa tafjiiraa.  
Terjemahan: Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

**7.** يُوفُونَ بِٱلنَّذۡرِ وَيَخَافُونَ يَوۡمٗا كَانَ شَرُّهُۥ مُسۡتَطِيرٗا ﴿٧﴾  
Rumi: Yuufuuna bin nadzri wa yakhaafuuna yauman kaana syarruhuu mustathiiraa.  
Terjemahan: (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

**8.** وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينٗا وَيَتِيمٗا وَأَسِيرًا ﴿٨﴾  
Rumi: Wa yuth'imuunath tha'aama 'alaa hubbihii miskiinaw wa yatiimaw wa asiiraa.  
Terjemahan: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

**9.** إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءٗ وَلَا شُكُورًا ﴿٩﴾  
Rumi: Innamaa nuth'imukum liwajhillaahi laa nuriidu minkum jazaa'aw wa laa syukuuraa.  
Terjemahan: (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

**10.** إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوۡمًا عَبُوسٗا قَمۡطَرِيرٗا ﴿١٠﴾  
Rumi: Innaa nakhaafu mir rabbinaa yauman 'abuusan qamthariiraa.  
Terjemahan: “Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut”.

**11.** فَوَقَىٰهُمُ ٱللَّهُ شَرَّ ذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمِ وَلَقَّىٰهُمۡ نَضۡرَةٗ وَسُرُورٗا ﴿١١﴾  
Rumi: Fawaqaahumullaahu syarra dzaalikal yaumi wa laqqaahum nadhrataw wa suruuraa.  
Terjemahan: Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).

**12.** وَجَزَىٰهُم بِمَا صَبَرُواْ جَنَّةٗ وَحَرِيرٗا ﴿١٢﴾  
Rumi: Wa jazaahum bimaa shabaruu jannataw wa hariiraa.  
Terjemahan: Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

**13.** مُّتَّكِـِٔينَ فِيهَا عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِۖ لَا يَرَوۡنَ فِيهَا شَمۡسٗا وَلَا زَمۡهَرِيرٗا ﴿١٣﴾  
Rumi: Muttaki'iina fiihaa 'alal araa'iki laa yarauna fiihaa syamsaw wa laa zamhariiraa.  
Terjemahan: Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

**14.** وَدَانِيَةً عَلَيۡهِمۡ ظِلَٰلُهَا وَذُلِّلَتۡ قُطُوفُهَا تَذۡلِيلٗا ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa daaniyatan 'alaihim zhilaaluhaa wa dzullilat quthuufuhaa tadzliilaa.  
Terjemahan: Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

**15.** وَيُطَافُ عَلَيۡهِم بِـَٔانِيَةٖ مِّن فِضَّةٖ وَأَكۡوَابٖ كَانَتۡ قَوَارِيرَا۠ ﴿١٥﴾  
Rumi: Wa yuthaafu 'alaihim bi'aaniyatim min fidhdhatiw wa akwaabin kaanat qawaariiraa.  
Terjemahan: Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -

**16.** قَوَارِيرَاْ مِن فِضَّةٖ قَدَّرُوهَا تَقۡدِيرٗا ﴿١٦﴾  
Rumi: Qawaariira min fidhdhatin qaddaruuhaa taqdiiraa.  
Terjemahan: (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

**17.** وَيُسۡقَوۡنَ فِيهَا كَأۡسٗا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلًا ﴿١٧﴾  
Rumi: Wa yusqauna fiihaa ka'san kaana mizaajuhaa zanjabiilaa.  
Terjemahan: Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”,

**18.** عَيۡنٗا فِيهَا تُسَمَّىٰ سَلۡسَبِيلٗا ﴿١٨﴾  
Rumi: 'Ainan fiihaa tusammaa salsabiilaa.  
Terjemahan: Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.

**19.** ۞ وَيَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٞ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيۡتَهُمۡ حَسِبۡتَهُمۡ لُؤۡلُؤٗا مَّنثُورٗا ﴿١٩﴾  
Rumi: Wa yathuufu 'alaihim wildaanum mukhalladuuna idzaa ra'aitahum hasibtahum lu'lu'am mantsuuraa.  
Terjemahan: Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

**20.** وَإِذَا رَأَيۡتَ ثَمَّ رَأَيۡتَ نَعِيمٗا وَمُلۡكٗا كَبِيرًا ﴿٢٠﴾  
Rumi: Wa idzaa ra'aita tsamma ra'aita na'iimaw wa mulkan kabiiraa.  
Terjemahan: Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).

**21.** عَٰلِيَهُمۡ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضۡرٞ وَإِسۡتَبۡرَقٞۖ وَحُلُّوٓاْ أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٖ وَسَقَىٰهُمۡ رَبُّهُمۡ شَرَابٗا طَهُورًا ﴿٢١﴾  
Rumi: 'Aaliyahum tsiyaabu sundusin khudhruw wa istabraquw wa hulluu asaawira min fidhdhatiw wa saqaahum rabbuhum syaraaban thahuuraa.  
Terjemahan: Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

**22.** إِنَّ هَٰذَا كَانَ لَكُمۡ جَزَآءٗ وَكَانَ سَعۡيُكُم مَّشۡكُورًا ﴿٢٢﴾  
Rumi: Inna haadzaa kaana lakum jazaa'aw wa kaana sa'yukum masykuuraa.  
Terjemahan: (Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.

**23.** إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ تَنزِيلٗا ﴿٢٣﴾  
Rumi: Innaa nahnu nazzalnaa 'alaikal qur'aana tanziilaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.

**24.** فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعۡ مِنۡهُمۡ ءَاثِمًا أَوۡ كَفُورٗا ﴿٢٤﴾  
Rumi: Fashbir lihukmi rabbika wa laa tuthi' minhum aatsiman au kafuuraa.  
Terjemahan: Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

**25.** وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلٗا ﴿٢٥﴾  
Rumi: Wadzkuris ma rabbika bukrataw wa ashiilaa.  
Terjemahan: Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

**26.** وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَٱسۡجُدۡ لَهُۥ وَسَبِّحۡهُ لَيۡلٗا طَوِيلًا ﴿٢٦﴾  
Rumi: Wa minal laili fasjud lahuu wa sabbihhu lailan thawiilaa.  
Terjemahan: Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

**27.** إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمۡ يَوۡمٗا ثَقِيلٗا ﴿٢٧﴾  
Rumi: Inna haa'ulaa'i yuhibbuunal 'aajilata wa yadzaruuna waraa'ahum yauman tsaqiilaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).

**28.** نَّحۡنُ خَلَقۡنَٰهُمۡ وَشَدَدۡنَآ أَسۡرَهُمۡۖ وَإِذَا شِئۡنَا بَدَّلۡنَآ أَمۡثَٰلَهُمۡ تَبۡدِيلًا ﴿٢٨﴾  
Rumi: Nahnu khalaqnaahum wa syadadnaa asrahum wa idzaa syi'naa baddalnaa amtsaalahum tabdiilaa.  
Terjemahan: Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.

**29.** إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذۡكِرَةٞۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلٗا ﴿٢٩﴾  
Rumi: Inna haadzihii tadzkiratun faman syaa'at takhadza ilaa rabbihii sabiilaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

**30.** وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا ﴿٣٠﴾  
Rumi: Wa maa tasyaa'uuna illaa ay yasyaa'allaahu innallaaha kaana 'aliiman hakiimaa.  
Terjemahan: Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

**31.** يُدۡخِلُ مَن يَشَآءُ فِي رَحۡمَتِهِۦۚ وَٱلظَّٰلِمِينَ أَعَدَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمَۢا ﴿٣١﴾  
Rumi: Yudkhilu may yasyaa'u fii rahmatihii wazh zhaalimiina a'adda lahum 'adzaaban aliimaa.  
Terjemahan: Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 76 daripada 114
- **Maksud nama:** Manusia
- **Bilangan ayat:** 31
- **Diturunkan di:** Madinah
- **Urutan penurunan:** 98
- **Juzuk:** 29

## Mengenai Surah Al-Insan

Nama surah diambil daripada perkataan "insan" dalam ayat pertama: "Bukankah telah berlalu atas manusia suatu masa yang panjang ketika dia belum menjadi sesuatu yang layak disebut?". Berdasarkan perkataan "dahr" (masa) dalam ayat yang sama, surah disebut "surah al-Dahr", dan berdasarkan kata-kata awal "surah Hal ata".

Surah ini mempunyai 31 ayat. Surah ini yang ke-76 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 29. Ulama berbeza pendapat tentang tempat penurunan: sebahagian mengatakan Makkah, sebahagian Madinah dan sebahagian satu bahagian Makkiyyah serta satu bahagian Madaniyyah. Dalam susunan yang digunakan di sini, surah dianggap Madaniyyah dan disenaraikan sebagai surah ke-98 dalam susunan penurunan.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Insan

Perbezaan pendapat tentang tempat dan masa penurunan surah berkaitan gaya serta kandungan ayat. Ada yang menganggapnya Makkiyyah kerana ayat berirama tentang nikmat akhirat dan penciptaan, manakala ada yang menganggap pemberian makan kepada tawanan dalam ayat kelapan sebagai petunjuk zaman Madinah.

Walaupun sumber menyebut beberapa riwayat bahawa surah diturunkan berhubung peristiwa tertentu, kekuatannya diperselisihkan ulama hadis. Oleh itu, surah dibaca dalam konteks umum ayat sebagai nasihat yang menyeru manusia memikirkan tujuan penciptaan dan berbuat baik tanpa mengharapkan balasan.

## Kandungan Surah Al-Insan

Surah ini bermula dengan mengingatkan suatu masa panjang telah berlalu atas manusia ketika belum menjadi sesuatu yang layak disebut. Dinyatakan Allah menciptakan manusia daripada setitis air bercampur untuk mengujinya, menjadikannya mendengar dan melihat serta menunjukkan jalan; manusia pula sama ada bersyukur atau ingkar. Dikhabarkan rantai, belenggu dan api menyala disediakan bagi orang kafir.

Kemudian diterangkan orang baik menunaikan nazar, takut hari yang keburukannya meliputi semua tempat dan, walaupun menyukai makanan itu, memberikannya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan. Mereka berkata "Kami memberi kamu makan hanya demi keredaan Allah; kami tidak mengharapkan balasan atau ucapan terima kasih daripada kamu". Sebagai balasan, digambarkan teduhan, buah, bekas perak, minuman bercampur halia, mata air Salsabil dan pakaian sutera di syurga.

Bahagian terakhir menasihati Nabi bersabar terhadap keputusan Tuhan, mengingati nama-Nya pagi dan petang serta bersujud dan bertasbih pada malam. Dinyatakan manusia tidak dapat berkehendak kecuali Allah menghendaki.

## Kelebihan Surah Al-Insan

Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Nabi membaca surah al-Sajdah pada rakaat pertama solat Subuh Jumaat dan surah ini yang bermula dengan "Hal ata 'alal-insan" pada rakaat kedua. Amalan yang sama juga diriwayatkan Muslim daripada Ibn Abbas.

Berdasarkan riwayat ini, ulama menganggap pembacaan kedua-dua surah dalam solat Subuh Jumaat sebagai sunat. Sebahagian ulama menarik perhatian kepada keselarasan peringatan penciptaan manusia, kebangkitan dan akhirat dalam kedua-dua surah dengan Jumaat, yang dikhabarkan sebagai hari Nabi Adam diciptakan dan kiamat akan berlaku.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah Al-Insan

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Insan?

Surah Al-Insan mempunyai 31 ayat.

### Apakah maksud Al-Insan?

Al-Insan bermaksud “Manusia”.

### Adakah Surah Al-Insan Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Insan ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-98.

### Surah Al-Insan dalam juzuk berapa?

Surah Al-Insan terdapat dalam juzuk 29.

### Surah Al-Insan ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Insan ialah surah ke-76 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Qiyamah dan sebelum Surah Al-Mursalat.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Insan di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Insan oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 75. Al-Qiyamah](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-qiyamah/)
- [Surah seterusnya 77. Al-Mursalat](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-mursalat/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
