# Surah Al-Kahfi الكهف

> Surah Al-Kahfi (Gua) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Kahfi diturunkan di Makkah…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-kahfi/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-18 daripada 114 · Juzuk 15-16

110 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-69

Surah al-Kahfi diturunkan di Makkah dan mempunyai 110 ayat. Melalui kisah Ashabul Kahfi, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Khidir serta Zulqarnain, surah ini membincangkan iman, kehidupan dunia yang sementara serta kerendahan hati dalam menghadapi ilmu dan kuasa.

## Surah Al-Kahfi dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ ﴿١﴾  
Rumi: Al hamdu lillaahil ladzii anzala 'alaa 'abdihil kitaaba wa lam yaj'al lahuu 'iwajaa.  
Terjemahan: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

**2.** قَيِّمٗا لِّيُنذِرَ بَأۡسٗا شَدِيدٗا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنٗا ﴿٢﴾  
Rumi: Qayyimal liyundzira ba'san syadiidam mil ladunhu wa yubasysyiral mu'miniinal ladziina ya'maluunash shaalihaati anna lahum ajran hasanaa.  
Terjemahan: (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

**3.** مَّٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدٗا ﴿٣﴾  
Rumi: Maakitsiina fiihi abadaa.  
Terjemahan: Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

**4.** وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدٗا ﴿٤﴾  
Rumi: Wa yundziral ladziina qaalut takhadzallaahu waladaa.  
Terjemahan: Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: “Allah mempunyai anak”.

**5.** مَّا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٖ وَلَا لِأٓبَآئِهِمۡۚ كَبُرَتۡ كَلِمَةٗ تَخۡرُجُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبٗا ﴿٥﴾  
Rumi: Maa lahum bihii min 'ilmiw wa laa li'aabaa'ihim kaburat kalimatan takhruju min afwaahihim iy yaquuluuna illaa kadzibaa.  
Terjemahan: (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

**6.** فَلَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا ﴿٦﴾  
Rumi: Fala'allaka baakhi'un nafsaka 'alaa aatsaarihim il lam yu'minuu bihaadzal hadiitsi asafaa.  
Terjemahan: Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

**7.** إِنَّا جَعَلۡنَا مَا عَلَى ٱلۡأَرۡضِ زِينَةٗ لَّهَا لِنَبۡلُوَهُمۡ أَيُّهُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗا ﴿٧﴾  
Rumi: Innaa ja'alnaa maa 'alal ardhi ziinatal lahaa linabluwahum ayyuhum ahsanu 'amalaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

**8.** وَإِنَّا لَجَٰعِلُونَ مَا عَلَيۡهَا صَعِيدٗا جُرُزًا ﴿٨﴾  
Rumi: Wa innaa lajaa'iluuna maa 'alaihaa sha'iidan juruzaa.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

**9.** أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَٰتِنَا عَجَبًا ﴿٩﴾  
Rumi: Am hasibta anna ashhaabal kahfi war raqiimi kaanuu min aayaatinaa 'ajabaa.  
Terjemahan: Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

**10.** إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا ﴿١٠﴾  
Rumi: Idz awal fityatu ilal kahfi faqaaluu rabbanaa aatinaa mil ladunka rahmataw wa hayyi' lanaa min amrinaa rasyadaa.  
Terjemahan: (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

**11.** فَضَرَبۡنَا عَلَىٰٓ ءَاذَانِهِمۡ فِي ٱلۡكَهۡفِ سِنِينَ عَدَدٗا ﴿١١﴾  
Rumi: Fadharabnaa 'alaa aadzaanihim fil kahfi siniina 'adadaa.  
Terjemahan: Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.

**12.** ثُمَّ بَعَثۡنَٰهُمۡ لِنَعۡلَمَ أَيُّ ٱلۡحِزۡبَيۡنِ أَحۡصَىٰ لِمَا لَبِثُوٓاْ أَمَدٗا ﴿١٢﴾  
Rumi: Tsumma ba'atsnaahum lina'lama ayyul hizbaini ahshaa limaa labitsuu amadaa.  
Terjemahan: Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).

**13.** نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّهُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَٰهُمۡ هُدٗى ﴿١٣﴾  
Rumi: Nahnu naqushshu 'alaika naba'ahum bil haqqi innahum fityatun aamanuu birabbihim wa zidnaahum hudaa.  
Terjemahan: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

**14.** وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦٓ إِلَٰهٗاۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذٗا شَطَطًا ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa rabathnaa 'alaa quluubihim idz qaamuu faqaaluu rabbunaa rabbus samaawaati wal ardhi lan nad'uwa min duunihii ilaahal laqad qulnaa idzan syathathaa.  
Terjemahan: Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

**15.** هَٰٓؤُلَآءِ قَوۡمُنَا ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةٗۖ لَّوۡلَا يَأۡتُونَ عَلَيۡهِم بِسُلۡطَٰنِۭ بَيِّنٖۖ فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبٗا ﴿١٥﴾  
Rumi: Haa'ulaa'i qaumunat takhadzuu min duunihii aalihatal laulaa ya'tuuna 'alaihim bisulthaanim bayyinin faman azhlamu mimmanif taraa 'alallaahi kadzibaa.  
Terjemahan: (Mereka berkata pula sesama sendiri): “Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.

**16.** وَإِذِ ٱعۡتَزَلۡتُمُوهُمۡ وَمَا يَعۡبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ فَأۡوُۥٓاْ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ يَنشُرۡ لَكُمۡ رَبُّكُم مِّن رَّحۡمَتِهِۦ وَيُهَيِّئۡ لَكُم مِّنۡ أَمۡرِكُم مِّرۡفَقٗا ﴿١٦﴾  
Rumi: Wa idzi' tazaltumuuhum wa maa ya'buduuna illallaaha fa'wuu ilal kahfi yansyur lakum rabbukum mir rahmatihii wa yuhayyi' lakum min amrikum mirfaqaa.  
Terjemahan: Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna”.

**17.** ۞ وَتَرَى ٱلشَّمۡسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَٰوَرُ عَن كَهۡفِهِمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقۡرِضُهُمۡ ذَاتَ ٱلشِّمَالِ وَهُمۡ فِي فَجۡوَةٖ مِّنۡهُۚ ذَٰلِكَ مِنۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِۗ مَن يَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ وَلِيّٗا مُّرۡشِدٗا ﴿١٧﴾  
Rumi: Wa tarasy syamsa idzaa thala'at tazaawaru 'an kahfihim dzaatal yamiini wa idzaa gharabat taqridhuhum dzaatasy syimaali wa hum fii fajwatim minhu dzaalika min aayaatillaahi may yahdillaahu fahuwal muhtadi wa may yudhlil falan tajida lahuu waliyyam mursyidaa.  
Terjemahan: Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.

**18.** وَتَحۡسَبُهُمۡ أَيۡقَاظٗا وَهُمۡ رُقُودٞۚ وَنُقَلِّبُهُمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِۖ وَكَلۡبُهُم بَٰسِطٞ ذِرَاعَيۡهِ بِٱلۡوَصِيدِۚ لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَيۡهِمۡ لَوَلَّيۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارٗا وَلَمُلِئۡتَ مِنۡهُمۡ رُعۡبٗا ﴿١٨﴾  
Rumi: Wa tahsabuhum aiqaazhaw wa hum ruquuduw wa nuqallibuhum dzaatal yamiini wa dzaatasy syimaali wa kalbuhum baasithun dziraa'aihi bil washiidi lawith thala'ta 'alaihim lawallaita minhum firaaraw wa lamuli'ta minhum ru'baa.  
Terjemahan: Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

**19.** وَكَذَٰلِكَ بَعَثۡنَٰهُمۡ لِيَتَسَآءَلُواْ بَيۡنَهُمۡۚ قَالَ قَآئِلٞ مِّنۡهُمۡ كَمۡ لَبِثۡتُمۡۖ قَالُواْ لَبِثۡنَا يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٖۚ قَالُواْ رَبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثۡتُمۡ فَٱبۡعَثُوٓاْ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمۡ هَٰذِهِۦٓ إِلَى ٱلۡمَدِينَةِ فَلۡيَنظُرۡ أَيُّهَآ أَزۡكَىٰ طَعَامٗا فَلۡيَأۡتِكُم بِرِزۡقٖ مِّنۡهُ وَلۡيَتَلَطَّفۡ وَلَا يُشۡعِرَنَّ بِكُمۡ أَحَدًا ﴿١٩﴾  
Rumi: Wa kadzaalika ba'atsnaahum liyatasaa'aluu bainahum qaala qaa'ilum minhum kam labitstum qaaluu labitsnaa yauman au ba'dha yaumin qaaluu rabbukum a'lamu bimaa labitstum fab'atsuu ahadakum biwariqikum haadzihii ilal madiinati falyanzhur ayyuhaa azkaa tha'aaman falya'tikum birizqim minhu walyatalaththaf wa laa yusy'iranna bikum ahadaa.  
Terjemahan: Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

**20.** إِنَّهُمۡ إِن يَظۡهَرُواْ عَلَيۡكُمۡ يَرۡجُمُوكُمۡ أَوۡ يُعِيدُوكُمۡ فِي مِلَّتِهِمۡ وَلَن تُفۡلِحُوٓاْ إِذًا أَبَدٗا ﴿٢٠﴾  
Rumi: Innahum iy yazhharuu 'alaikum yarjumuukum au yu'iiduukum fii millatihim wa lan tuflihuu idzan abadaa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya”.

**21.** وَكَذَٰلِكَ أَعۡثَرۡنَا عَلَيۡهِمۡ لِيَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ لَا رَيۡبَ فِيهَآ إِذۡ يَتَنَٰزَعُونَ بَيۡنَهُمۡ أَمۡرَهُمۡۖ فَقَالُواْ ٱبۡنُواْ عَلَيۡهِم بُنۡيَٰنٗاۖ رَّبُّهُمۡ أَعۡلَمُ بِهِمۡۚ قَالَ ٱلَّذِينَ غَلَبُواْ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِمۡ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيۡهِم مَّسۡجِدٗا ﴿٢١﴾  
Rumi: Wa kadzaalika a'tsarnaa 'alaihim liya'lamuu anna wa'dallaahi haqquw wa annas saa'ata laa raiba fiihaa idz yatanaaza'uuna bainahum amrahum faqaalub nuu 'alaihim bunyaanar rabbuhum a'lamu bihim qaalal ladziina ghalabuu 'alaa amrihim lanattakhidzanna 'alaihim masjidaa.  
Terjemahan: Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”.

**22.** سَيَقُولُونَ ثَلَٰثَةٞ رَّابِعُهُمۡ كَلۡبُهُمۡ وَيَقُولُونَ خَمۡسَةٞ سَادِسُهُمۡ كَلۡبُهُمۡ رَجۡمَۢا بِٱلۡغَيۡبِۖ وَيَقُولُونَ سَبۡعَةٞ وَثَامِنُهُمۡ كَلۡبُهُمۡۚ قُل رَّبِّيٓ أَعۡلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعۡلَمُهُمۡ إِلَّا قَلِيلٞۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمۡ إِلَّا مِرَآءٗ ظَٰهِرٗا وَلَا تَسۡتَفۡتِ فِيهِم مِّنۡهُمۡ أَحَدٗا ﴿٢٢﴾  
Rumi: Sayaquuluuna tsalaatsatur raabi'uhum kalbuhum wa yaquuluuna khamsatun saadisuhum kalbuhum rajmam bil ghaibi wa yaquuluuna sab'atuw wa tsaaminuhum kalbuhum qur rabbii a'lamu bi'iddatihim maa ya'lamuhum illaa qaliilun falaa tumaari fiihim illaa miraa'an zhaahiraw wa laa tastafti fiihim minhum ahadaa.  
Terjemahan: (Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata: “Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

**23.** وَلَا تَقُولَنَّ لِشَاْيۡءٍ إِنِّي فَاعِلٞ ذَٰلِكَ غَدًا ﴿٢٣﴾  
Rumi: Wa laa taquulanna lisyai'in innii faa'ilun dzaalika ghadaa.  
Terjemahan: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.

**24.** إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلۡ عَسَىٰٓ أَن يَهۡدِيَنِ رَبِّي لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَٰذَا رَشَدٗا ﴿٢٤﴾  
Rumi: Illaa ay yasyaa'allaahu wadzkur rabbaka idzaa nasiita wa qul 'asaa ay yahdiyani rabbii li'aqraba min haadzaa rasyadaa.  
Terjemahan: Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.

**25.** وَلَبِثُواْ فِي كَهۡفِهِمۡ ثَلَٰثَ مِاْئَةٖ سِنِينَ وَٱزۡدَادُواْ تِسۡعٗا ﴿٢٥﴾  
Rumi: Wa labitsuu fii kahfihim tsalaatsa mi'atin siniina wazdaaduu tis'aa.  
Terjemahan: Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

**26.** قُلِ ٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثُواْۖ لَهُۥ غَيۡبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ أَبۡصِرۡ بِهِۦ وَأَسۡمِعۡۚ مَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِيّٖ وَلَا يُشۡرِكُ فِي حُكۡمِهِۦٓ أَحَدٗا ﴿٢٦﴾  
Rumi: Qulillaahu a'lamu bimaa labitsuu lahuu ghaibus samaawaati wal ardhi abshir bihii wa asmi' maa lahum min duunihii miw wa liyyiw wa laa yusyriku fii hukmihii ahadaa.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.

**27.** وَٱتۡلُ مَآ أُوحِيَ إِلَيۡكَ مِن كِتَابِ رَبِّكَۖ لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَٰتِهِۦ وَلَن تَجِدَ مِن دُونِهِۦ مُلۡتَحَدٗا ﴿٢٧﴾  
Rumi: Watlu maa uuhiya ilaika min kitaabi rabbika laa mubaddila likalimaatihii wa lan tajida min duunihii multahadaa.  
Terjemahan: Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.

**28.** وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡهُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطٗا ﴿٢٨﴾  
Rumi: Washbir nafsaka ma'al ladziina yad'uuna rabbahum bil ghadaati wal 'asyiyyi yuriiduuna wajhahuu wa laa ta'du 'ainaaka 'anhum turiidu ziinatal hayaatid dunyaa wa laa tuthi' man aghfalnaa qalbahuu 'an dzikrinaa wattaba'a hawaahu wa kaana amruhuu furuthaa.  
Terjemahan: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

**29.** وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَاۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٖ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِي ٱلۡوُجُوهَۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا ﴿٢٩﴾  
Rumi: Wa qulil haqqu mir rabbikum faman syaa'a falyu'miw wa man syaa'a falyakfur innaa a'tadnaa lizh zhaalimiina naaran ahaatha bihim suraadiquhaa wa iy yastaghiitsuu yughaatsuu bimaa'in kal muhli yasywil wujuuha bi'sasy syaraabu wa saa'at murtafaqaa.  
Terjemahan: Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

**30.** إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجۡرَ مَنۡ أَحۡسَنَ عَمَلًا ﴿٣٠﴾  
Rumi: Innal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati innaa laa nudhii'u ajra man ahsana 'amalaa.  
Terjemahan: Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

**31.** أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ جَنَّٰتُ عَدۡنٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهِمُ ٱلۡأَنۡهَٰرُ يُحَلَّوۡنَ فِيهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٖ وَيَلۡبَسُونَ ثِيَابًا خُضۡرٗا مِّن سُندُسٖ وَإِسۡتَبۡرَقٖ مُّتَّكِـِٔينَ فِيهَا عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِۚ نِعۡمَ ٱلثَّوَابُ وَحَسُنَتۡ مُرۡتَفَقٗا ﴿٣١﴾  
Rumi: Ulaa'ika lahum jannaatu 'adnin tajrii min tahtihimul anhaaru yuhallauna fiihaa min asaawira min dzahabiw wa yalbasuuna tsiyaaban khudhram min sundusiw wa istabraqim muttaki'iina fiihaa 'alal araa'iki ni'mats tsawaabu wa hasunat murtafaqaa.  
Terjemahan: Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

**32.** ۞ وَٱضۡرِبۡ لَهُم مَّثَلٗا رَّجُلَيۡنِ جَعَلۡنَا لِأَحَدِهِمَا جَنَّتَيۡنِ مِنۡ أَعۡنَٰبٖ وَحَفَفۡنَٰهُمَا بِنَخۡلٖ وَجَعَلۡنَا بَيۡنَهُمَا زَرۡعٗا ﴿٣٢﴾  
Rumi: Wadhrib lahum matsalar rajulaini ja'alnaa li'ahadihimaa jannataini min a'naabiw wa hafafnaahumaa binakhliw wa ja'alnaa bainahumaa zar'aa.  
Terjemahan: Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

**33.** كِلۡتَا ٱلۡجَنَّتَيۡنِ ءَاتَتۡ أُكُلَهَا وَلَمۡ تَظۡلِم مِّنۡهُ شَيۡـٔٗاۚ وَفَجَّرۡنَا خِلَٰلَهُمَا نَهَرٗا ﴿٣٣﴾  
Rumi: Kiltal jannataini aatat ukulahaa wa lam tazhlim minhu syai'aw wa fajjarnaa khilaalahumaa naharaa.  
Terjemahan: Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

**34.** وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٞ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكۡثَرُ مِنكَ مَالٗا وَأَعَزُّ نَفَرٗا ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wa kaana lahuu tsamarun faqaala lishaahibihii wa huwa yuhaawiruhuu ana aktsaru minka maalaw wa a'azzu nafaraa.  
Terjemahan: Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: “Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai”.

**35.** وَدَخَلَ جَنَّتَهُۥ وَهُوَ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ قَالَ مَآ أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَٰذِهِۦٓ أَبَدٗا ﴿٣٥﴾  
Rumi: Wa dakhala jannatahuu wa huwa zhaalimul linafsihii qaala maa azhunnu an tabiida haadzihii abadaa.  
Terjemahan: Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: “Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

**36.** وَمَآ أَظُنُّ ٱلسَّاعَةَ قَآئِمَةٗ وَلَئِن رُّدِدتُّ إِلَىٰ رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهَا مُنقَلَبٗا ﴿٣٦﴾  
Rumi: Wa maa azhunnus saa'ata qaa'imataw wa la'ir rudittu ilaa rabbii la'ajidanna khairam minhaa munqalabaa.  
Terjemahan: Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

**37.** قَالَ لَهُۥ صَاحِبُهُۥ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَكَفَرۡتَ بِٱلَّذِي خَلَقَكَ مِن تُرَابٖ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٖ ثُمَّ سَوَّىٰكَ رَجُلٗا ﴿٣٧﴾  
Rumi: Qaala lahuu shaahibuhuu wa huwa yuhaawiruhuu akafarta bil ladzii khalaqaka min turaabin tsumma min nuthfatin tsumma sawwaaka rajulaa.  
Terjemahan: berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

**38.** لَّٰكِنَّا۠ هُوَ ٱللَّهُ رَبِّي وَلَآ أُشۡرِكُ بِرَبِّيٓ أَحَدٗا ﴿٣٨﴾  
Rumi: Laakinna huwallaahu rabbii wa laa usyriku birabbii ahadaa.  
Terjemahan: Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

**39.** وَلَوۡلَآ إِذۡ دَخَلۡتَ جَنَّتَكَ قُلۡتَ مَا شَآءَ ٱللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ إِن تَرَنِ أَنَا۠ أَقَلَّ مِنكَ مَالٗا وَوَلَدٗا ﴿٣٩﴾  
Rumi: Wa laulaa idz dakhalta jannataka qulta maa syaa'allaahu laa quwwata illaa billaahi in tarani ana aqalla minka maalaw wa waladaa.  
Terjemahan: Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

**40.** فَعَسَىٰ رَبِّيٓ أَن يُؤۡتِيَنِ خَيۡرٗا مِّن جَنَّتِكَ وَيُرۡسِلَ عَلَيۡهَا حُسۡبَانٗا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فَتُصۡبِحَ صَعِيدٗا زَلَقًا ﴿٤٠﴾  
Rumi: Fa'asaa rabbii ay yu'tiyani khairam min jannatika wa yursila 'alaihaa husbaanam minas samaa'i fatushbiha sha'iidan zalaqaa.  
Terjemahan: Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

**41.** أَوۡ يُصۡبِحَ مَآؤُهَا غَوۡرٗا فَلَن تَسۡتَطِيعَ لَهُۥ طَلَبٗا ﴿٤١﴾  
Rumi: Au yushbiha maa'uhaa ghauran falan tastathii'a lahuu thalabaa.  
Terjemahan: Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi”.

**42.** وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِۦ فَأَصۡبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيۡهِ عَلَىٰ مَآ أَنفَقَ فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُشۡرِكۡ بِرَبِّيٓ أَحَدٗا ﴿٤٢﴾  
Rumi: Wa uhiitha bitsamarihii fa ashbaha yuqallibu kaffaihi 'alaa maa anfaqa fiihaa wa hiya khaawiyatun 'alaa 'uruusyihaa wa yaquulu yaa laitanii lam usyrik birabbii ahadaa.  
Terjemahan: Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!”

**43.** وَلَمۡ تَكُن لَّهُۥ فِئَةٞ يَنصُرُونَهُۥ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَمَا كَانَ مُنتَصِرًا ﴿٤٣﴾  
Rumi: Wa lam takul lahuu fi'atuy yanshuruunahuu min duunillaahi wa maa kaana muntashiraa.  
Terjemahan: Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

**44.** هُنَالِكَ ٱلۡوَلَٰيَةُ لِلَّهِ ٱلۡحَقِّۚ هُوَ خَيۡرٞ ثَوَابٗا وَخَيۡرٌ عُقۡبٗا ﴿٤٤﴾  
Rumi: Hunaalikal walaayatu lillaahil haqqi huwa khairun tsawaabaw wa khairun 'uqbaa.  
Terjemahan: Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

**45.** وَٱضۡرِبۡ لَهُم مَّثَلَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا كَمَآءٍ أَنزَلۡنَٰهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ فَٱخۡتَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ ٱلۡأَرۡضِ فَأَصۡبَحَ هَشِيمٗا تَذۡرُوهُ ٱلرِّيَٰحُۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ مُّقۡتَدِرًا ﴿٤٥﴾  
Rumi: Wadhrib lahum matsalal hayaatid dunyaa kamaa'in anzalnaahu minas samaa'i fakhtalatha bihii nabaatul ardhi fa ashbaha hasyiiman tadzruuhur riyaahu wa kaanallaahu 'alaa kulli syai'im muqtadiraa.  
Terjemahan: Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

**46.** ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱلۡبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابٗا وَخَيۡرٌ أَمَلٗا ﴿٤٦﴾  
Rumi: Al maalu wal banuuna ziinatul hayaatid dunyaa wal baaqiyaatush shaalihaatu khairun 'inda rabbika tsawaabaw wa khairun amalaa.  
Terjemahan: Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

**47.** وَيَوۡمَ نُسَيِّرُ ٱلۡجِبَالَ وَتَرَى ٱلۡأَرۡضَ بَارِزَةٗ وَحَشَرۡنَٰهُمۡ فَلَمۡ نُغَادِرۡ مِنۡهُمۡ أَحَدٗا ﴿٤٧﴾  
Rumi: Wa yauma nusayyirul jibaala wa taral ardha baarizataw wa hasyarnaahum falam nughaadir minhum ahadaa.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.

**48.** وَعُرِضُواْ عَلَىٰ رَبِّكَ صَفّٗا لَّقَدۡ جِئۡتُمُونَا كَمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةِۭۚ بَلۡ زَعَمۡتُمۡ أَلَّن نَّجۡعَلَ لَكُم مَّوۡعِدٗا ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wa 'uridhuu 'alaa rabbika shaffal laqad ji'tumuunaa kamaa khalaqnaakum awwala marratim bal za'amtum allan naj'ala lakum mau'idaa.  
Terjemahan: Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): “Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)”.

**49.** وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ﴿٤٩﴾  
Rumi: Wa wudhi'al kitaabu fataral mujrimiina musyfiqiina mimmaa fiihi wa yaquuluuna yaa wailatanaa maali haadzal kitaabi laa yughaadiru shaghiirataw wa laa kabiiratan illaa ahshaahaa wa wajaduu maa 'amiluu haadhiraw wa laa yazhlimu rabbuka ahadaa.  
Terjemahan: Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

**50.** وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلۡجِنِّ فَفَسَقَ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّهِۦٓۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّيَّتَهُۥٓ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِي وَهُمۡ لَكُمۡ عَدُوُّۢۚ بِئۡسَ لِلظَّٰلِمِينَ بَدَلٗا ﴿٥٠﴾  
Rumi: Wa idz qulnaa lil malaa'ikatis juduu li'aadama fasajaduu illaa ibliisa kaana minal jinni fafasaqa 'an amri rabbihii afatattakhidzuunahuu wa dzurriyyatahuu auliyaa'a min duunii wa hum lakum 'aduwwum bi'sa lizh zhaalimiina badalaa.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

**51.** ۞ مَّآ أَشۡهَدتُّهُمۡ خَلۡقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَا خَلۡقَ أَنفُسِهِمۡ وَمَا كُنتُ مُتَّخِذَ ٱلۡمُضِلِّينَ عَضُدٗا ﴿٥١﴾  
Rumi: Maa asyhattuhum khalqas samaawaati wal ardhi wa laa khalqa anfusihim wa maa kuntu muttakhidzal mudhilliina 'adhudaa.  
Terjemahan: Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.

**52.** وَيَوۡمَ يَقُولُ نَادُواْ شُرَكَآءِيَ ٱلَّذِينَ زَعَمۡتُمۡ فَدَعَوۡهُمۡ فَلَمۡ يَسۡتَجِيبُواْ لَهُمۡ وَجَعَلۡنَا بَيۡنَهُم مَّوۡبِقٗا ﴿٥٢﴾  
Rumi: Wa yauma yaquulu naaduu syurakaa'iyal ladziina za'amtum fada'auhum falam yastajiibuu lahum wa ja'alnaa bainahum maubiqaa.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: “Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.

**53.** وَرَءَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ ٱلنَّارَ فَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مُّوَاقِعُوهَا وَلَمۡ يَجِدُواْ عَنۡهَا مَصۡرِفٗا ﴿٥٣﴾  
Rumi: Wa ra'al mujrimuunan naara fazhannuu annahum muwaaqi'uuhaa wa lam yajiduu 'anhaa mashrifaa.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.

**54.** وَلَقَدۡ صَرَّفۡنَا فِي هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٖۚ وَكَانَ ٱلۡإِنسَٰنُ أَكۡثَرَ شَيۡءٖ جَدَلٗا ﴿٥٤﴾  
Rumi: Wa laqad sharrafnaa fii haadzal qur'aani lin naasi min kulli matsaliw wa kaanal insaanu aktsara syai'in jadalaa.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.

**55.** وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤۡمِنُوٓاْ إِذۡ جَآءَهُمُ ٱلۡهُدَىٰ وَيَسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّهُمۡ إِلَّآ أَن تَأۡتِيَهُمۡ سُنَّةُ ٱلۡأَوَّلِينَ أَوۡ يَأۡتِيَهُمُ ٱلۡعَذَابُ قُبُلٗا ﴿٥٥﴾  
Rumi: Wa maa mana'an naasa ay yu'minuu idz jaa'ahumul hudaa wa yastaghfiruu rabbahum illaa an ta'tiyahum sunnatul awwaliina au ya'tiyahumul 'adzaabu qubulaa.  
Terjemahan: Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.

**56.** وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَۚ وَيُجَٰدِلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِٱلۡبَٰطِلِ لِيُدۡحِضُواْ بِهِ ٱلۡحَقَّۖ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَمَآ أُنذِرُواْ هُزُوٗا ﴿٥٦﴾  
Rumi: Wa maa nursilul mursaliina illaa mubasysyiriina wa mundziriina wa yujaadilul ladziina kafaruu bil baathili liyudhidhuu bihil haqqa wattakhadzuu aayaatii wa maa undziruu huzuwaa.  
Terjemahan: Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.

**57.** وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَكِنَّةً أَن يَفۡقَهُوهُ وَفِيٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٗاۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن يَهۡتَدُوٓاْ إِذًا أَبَدٗا ﴿٥٧﴾  
Rumi: Wa man azhlamu mimman dzukkira bi'aayaati rabbihii fa a'radha 'anhaa wa nasiya maa qaddamat yadaahu innaa ja'alnaa 'alaa quluubihim akinnatan ay yafqahuuhu wa fii aadzaanihim waqraw wa in tad'uhum ilal hudaa falay yahtaduu idzan abadaa.  
Terjemahan: Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

**58.** وَرَبُّكَ ٱلۡغَفُورُ ذُو ٱلرَّحۡمَةِۖ لَوۡ يُؤَاخِذُهُم بِمَا كَسَبُواْ لَعَجَّلَ لَهُمُ ٱلۡعَذَابَۚ بَل لَّهُم مَّوۡعِدٞ لَّن يَجِدُواْ مِن دُونِهِۦ مَوۡئِلٗا ﴿٥٨﴾  
Rumi: Wa rabbukal ghafuuru dzur rahmati lau yu'aakhidzuhum bimaa kasabuu la'ajjala lahumul 'adzaaba bal lahum mau'idul lay yajiduu min duunihii mau'ilaa.  
Terjemahan: Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.

**59.** وَتِلۡكَ ٱلۡقُرَىٰٓ أَهۡلَكۡنَٰهُمۡ لَمَّا ظَلَمُواْ وَجَعَلۡنَا لِمَهۡلِكِهِم مَّوۡعِدٗا ﴿٥٩﴾  
Rumi: Wa tilkal quraa ahlaknaahum lammaa zhalamuu wa ja'alnaa limahlikihim mau'idaa.  
Terjemahan: Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.

**60.** وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَآ أَبۡرَحُ حَتَّىٰٓ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ أَوۡ أَمۡضِيَ حُقُبٗا ﴿٦٠﴾  
Rumi: Wa idz qaala muusaa lifataahu laa abrahu hattaa ablugha majma'al bahraini au amdhiya huqubaa.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”.

**61.** فَلَمَّا بَلَغَا مَجۡمَعَ بَيۡنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَٱتَّخَذَ سَبِيلَهُۥ فِي ٱلۡبَحۡرِ سَرَبٗا ﴿٦١﴾  
Rumi: Falammaa balaghaa majma'a bainihimaa nasiyaa huutahumaa fattakhadza sabiilahuu fil bahri sarabaa.  
Terjemahan: Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.

**62.** فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَىٰهُ ءَاتِنَا غَدَآءَنَا لَقَدۡ لَقِينَا مِن سَفَرِنَا هَٰذَا نَصَبٗا ﴿٦٢﴾  
Rumi: Falammaa jaawazaa qaala lifataahu aatinaa ghadaa'anaa laqad laqiinaa min safarinaa haadzaa nashabaa.  
Terjemahan: Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: “Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini”.

**63.** قَالَ أَرَءَيۡتَ إِذۡ أَوَيۡنَآ إِلَى ٱلصَّخۡرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ ٱلۡحُوتَ وَمَآ أَنسَىٰنِيهُ إِلَّا ٱلشَّيۡطَٰنُ أَنۡ أَذۡكُرَهُۥۚ وَٱتَّخَذَ سَبِيلَهُۥ فِي ٱلۡبَحۡرِ عَجَبٗا ﴿٦٣﴾  
Rumi: Qaala ara'aita idz awainaa ilash shakhrati fa innii nasiitul huuta wa maa ansaaniihu illasy syaithaanu an adzkurahuu wattakhadza sabiilahuu fil bahri 'ajabaa.  
Terjemahan: Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan”.

**64.** قَالَ ذَٰلِكَ مَا كُنَّا نَبۡغِۚ فَٱرۡتَدَّا عَلَىٰٓ ءَاثَارِهِمَا قَصَصٗا ﴿٦٤﴾  
Rumi: Qaala dzaalika maa kunnaa nabghi fartaddaa 'alaa aatsaarihimaa qashashaa.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata: “Itulah yang kita kehendaki”; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

**65.** فَوَجَدَا عَبۡدٗا مِّنۡ عِبَادِنَآ ءَاتَيۡنَٰهُ رَحۡمَةٗ مِّنۡ عِندِنَا وَعَلَّمۡنَٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمٗا ﴿٦٥﴾  
Rumi: Fawajadaa 'abdam min 'ibaadinaa aatainaahu rahmatam min 'indinaa wa 'allamnaahu mil ladunnaa 'ilmaa.  
Terjemahan: Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

**66.** قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدٗا ﴿٦٦﴾  
Rumi: Qaala lahuu muusaa hal attabi'uka 'alaa an tu'allimani mimmaa 'ullimta rusydaa.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?”

**67.** قَالَ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِيَ صَبۡرٗا ﴿٦٧﴾  
Rumi: Qaala innaka lan tastathii'a ma'iya shabraa.  
Terjemahan: Ia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

**68.** وَكَيۡفَ تَصۡبِرُ عَلَىٰ مَا لَمۡ تُحِطۡ بِهِۦ خُبۡرٗا ﴿٦٨﴾  
Rumi: Wa kaifa tashbiru 'alaa maa lam tuhith bihii khubraa.  
Terjemahan: Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

**69.** قَالَ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ صَابِرٗا وَلَآ أَعۡصِي لَكَ أَمۡرٗا ﴿٦٩﴾  
Rumi: Qaala satajidunii in syaa'allaahu shaabiraw wa laa a'shii laka amraa.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”.

**70.** قَالَ فَإِنِ ٱتَّبَعۡتَنِي فَلَا تَسۡـَٔلۡنِي عَن شَيۡءٍ حَتَّىٰٓ أُحۡدِثَ لَكَ مِنۡهُ ذِكۡرٗا ﴿٧٠﴾  
Rumi: Qaala fa init taba'tanii falaa tas'alnii 'an syai'in hattaa uhditsa laka minhu dzikraa.  
Terjemahan: Ia menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”.

**71.** فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا رَكِبَا فِي ٱلسَّفِينَةِ خَرَقَهَاۖ قَالَ أَخَرَقۡتَهَا لِتُغۡرِقَ أَهۡلَهَا لَقَدۡ جِئۡتَ شَيۡـًٔا إِمۡرٗا ﴿٧١﴾  
Rumi: Fanthalaqaa hattaa idzaa rakibaa fis safiinati kharaqahaa qaala akharaqtahaa litughriqa ahlahaa laqad ji'ta syai'an imraa.  
Terjemahan: Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.

**72.** قَالَ أَلَمۡ أَقُلۡ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِيَ صَبۡرٗا ﴿٧٢﴾  
Rumi: Qaala alam aqul innaka lan tastathii'a ma'iya shabraa.  
Terjemahan: Ia menjawab: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”

**73.** قَالَ لَا تُؤَاخِذۡنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرۡهِقۡنِي مِنۡ أَمۡرِي عُسۡرٗا ﴿٧٣﴾  
Rumi: Qaala laa tu'aakhidznii bimaa nasiitu wa laa turhiqnii min amrii 'usraa.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata: “Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)”.

**74.** فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا لَقِيَا غُلَٰمٗا فَقَتَلَهُۥ قَالَ أَقَتَلۡتَ نَفۡسٗا زَكِيَّةَۢ بِغَيۡرِ نَفۡسٖ لَّقَدۡ جِئۡتَ شَيۡـٔٗا نُّكۡرٗا ﴿٧٤﴾  
Rumi: Fanthalaqaa hattaa idzaa laqiyaa ghulaaman faqatalahuu qaala aqatalta nafsan zakiyyatam bighairi nafsil laqad ji'ta syai'an nukraa.  
Terjemahan: Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!”

**75.** ۞ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِيَ صَبۡرٗا ﴿٧٥﴾  
Rumi: Qaala alam aqul laka innaka lan tastathii'a ma'iya shabraa.  
Terjemahan: Ia menjawab: “Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”

**76.** قَالَ إِن سَأَلۡتُكَ عَن شَيۡءِۭ بَعۡدَهَا فَلَا تُصَٰحِبۡنِيۖ قَدۡ بَلَغۡتَ مِن لَّدُنِّي عُذۡرٗا ﴿٧٦﴾  
Rumi: Qaala in sa'altuka 'an syai'im ba'dahaa falaa tushaahibnii qad balaghta mil ladunnii 'udzraa.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku”.

**77.** فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَيَآ أَهۡلَ قَرۡيَةٍ ٱسۡتَطۡعَمَآ أَهۡلَهَا فَأَبَوۡاْ أَن يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارٗا يُرِيدُ أَن يَنقَضَّ فَأَقَامَهُۥۖ قَالَ لَوۡ شِئۡتَ لَتَّخَذۡتَ عَلَيۡهِ أَجۡرٗا ﴿٧٧﴾  
Rumi: Fanthalaqaa hattaa idzaa atayaa ahla qaryatinis tath'amaa ahlahaa fa abau ay yudhayyifuuhumaa fawajadaa fiihaa jidaaray yuriidu ay yanqadhdha fa aqaamahuu qaala lau syi'ta lattakhadzta 'alaihi ajraa.  
Terjemahan: Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!”

**78.** قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيۡنِي وَبَيۡنِكَۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأۡوِيلِ مَا لَمۡ تَسۡتَطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرًا ﴿٧٨﴾  
Rumi: Qaala haadzaa firaaqu bainii wa bainika sa'unabbi'uka bita'wiili maa lam tastathi' 'alaihi shabraa.  
Terjemahan: Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

**79.** أَمَّا ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتۡ لِمَسَٰكِينَ يَعۡمَلُونَ فِي ٱلۡبَحۡرِ فَأَرَدتُّ أَنۡ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٞ يَأۡخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصۡبٗا ﴿٧٩﴾  
Rumi: Ammas safiinatu fakaanat limasaakiina ya'maluuna fil bahri fa arattu an a'iibahaa wa kaana waraa'ahum malikuy ya'khudzu kulla safiinatin ghashbaa.  
Terjemahan: Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

**80.** وَأَمَّا ٱلۡغُلَٰمُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤۡمِنَيۡنِ فَخَشِينَآ أَن يُرۡهِقَهُمَا طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗا ﴿٨٠﴾  
Rumi: Wa ammal ghulaamu fakaana abawaahu mu'minaini fakhasyiinaa ay yurhiqahumaa thughyaanaw wa kufraa.  
Terjemahan: Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

**81.** فَأَرَدۡنَآ أَن يُبۡدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيۡرٗا مِّنۡهُ زَكَوٰةٗ وَأَقۡرَبَ رُحۡمٗا ﴿٨١﴾  
Rumi: Fa aradnaa ay yubdilahumaa rabbuhumaa khairam minhu zakaataw wa aqraba ruhmaa.  
Terjemahan: Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

**82.** وَأَمَّا ٱلۡجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَٰمَيۡنِ يَتِيمَيۡنِ فِي ٱلۡمَدِينَةِ وَكَانَ تَحۡتَهُۥ كَنزٞ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَٰلِحٗا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبۡلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسۡتَخۡرِجَا كَنزَهُمَا رَحۡمَةٗ مِّن رَّبِّكَۚ وَمَا فَعَلۡتُهُۥ عَنۡ أَمۡرِيۚ ذَٰلِكَ تَأۡوِيلُ مَا لَمۡ تَسۡطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرٗا ﴿٨٢﴾  
Rumi: Wa ammal jidaaru fakaana lighulaamaini yatiimaini fil madiinati wa kaana tahtahuu kanzul lahumaa wa kaana abuuhumaa shaalihan fa araada rabbuka ay yablughaa asyuddahumaa wa yastakhrijaa kanzahumaa rahmatam mir rabbika wa maa fa'altuhuu 'an amrii dzaalika ta'wiilu maa lam tasthi' 'alaihi shabraa.  
Terjemahan: Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.

**83.** وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَن ذِي ٱلۡقَرۡنَيۡنِۖ قُلۡ سَأَتۡلُواْ عَلَيۡكُم مِّنۡهُ ذِكۡرًا ﴿٨٣﴾  
Rumi: Wa yas'aluunaka 'an dzil qarnaini qul sa'atluu 'alaikum minhu dzikraa.  
Terjemahan: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:

**84.** إِنَّا مَكَّنَّا لَهُۥ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَءَاتَيۡنَٰهُ مِن كُلِّ شَيۡءٖ سَبَبٗا ﴿٨٤﴾  
Rumi: Innaa makkannaa lahuu fil ardhi wa aatainaahu min kulli syai'in sababaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

**85.** فَأَتۡبَعَ سَبَبًا ﴿٨٥﴾  
Rumi: Fa atba'a sababaa.  
Terjemahan: Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

**86.** حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ مَغۡرِبَ ٱلشَّمۡسِ وَجَدَهَا تَغۡرُبُ فِي عَيۡنٍ حَمِئَةٖ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوۡمٗاۖ قُلۡنَا يَٰذَا ٱلۡقَرۡنَيۡنِ إِمَّآ أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّآ أَن تَتَّخِذَ فِيهِمۡ حُسۡنٗا ﴿٨٦﴾  
Rumi: Hattaa idzaa balagha maghribasy syamsi wajadahaa taghrubu fii 'ainin hami'atiw wa wajada 'indahaa qauman qulnaa yaa dzal qarnaini immaa an tu'adzdziba wa immaa an tattakhidza fiihim husnaa.  
Terjemahan: Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.

**87.** قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوۡفَ نُعَذِّبُهُۥ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِۦ فَيُعَذِّبُهُۥ عَذَابٗا نُّكۡرٗا ﴿٨٧﴾  
Rumi: Qaala ammaa man zhalama fasaufa nu'adzdzibuhuu tsumma yuraddu ilaa rabbihii fayu'adzdzibuhuu 'adzaaban nukraa.  
Terjemahan: Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

**88.** وَأَمَّا مَنۡ ءَامَنَ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُۥ جَزَآءً ٱلۡحُسۡنَىٰۖ وَسَنَقُولُ لَهُۥ مِنۡ أَمۡرِنَا يُسۡرٗا ﴿٨٨﴾  
Rumi: Wa ammaa man aamana wa 'amila shaalihan falahuu jazaa'anil husnaa wa sanaquulu lahuu min amrinaa yusraa.  
Terjemahan: Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.

**89.** ثُمَّ أَتۡبَعَ سَبَبًا ﴿٨٩﴾  
Rumi: Tsumma atba'a sababaa.  
Terjemahan: Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

**90.** حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ مَطۡلِعَ ٱلشَّمۡسِ وَجَدَهَا تَطۡلُعُ عَلَىٰ قَوۡمٖ لَّمۡ نَجۡعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتۡرٗا ﴿٩٠﴾  
Rumi: Hattaa idzaa balagha mathli'asy syamsi wajadahaa tathlu'u 'alaa qaumil lam naj'al lahum min duunihaa sitraa.  
Terjemahan: Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

**91.** كَذَٰلِكَۖ وَقَدۡ أَحَطۡنَا بِمَا لَدَيۡهِ خُبۡرٗا ﴿٩١﴾  
Rumi: Kadzaalika wa qad ahathnaa bimaa ladaihi khubraa.  
Terjemahan: Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

**92.** ثُمَّ أَتۡبَعَ سَبَبًا ﴿٩٢﴾  
Rumi: Tsumma atba'a sababaa.  
Terjemahan: kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

**93.** حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ بَيۡنَ ٱلسَّدَّيۡنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوۡمٗا لَّا يَكَادُونَ يَفۡقَهُونَ قَوۡلٗا ﴿٩٣﴾  
Rumi: Hattaa idzaa balagha bainas saddaini wajada min duunihimaa qaumal laa yakaaduuna yafqahuuna qaulaa.  
Terjemahan: Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

**94.** قَالُواْ يَٰذَا ٱلۡقَرۡنَيۡنِ إِنَّ يَأۡجُوجَ وَمَأۡجُوجَ مُفۡسِدُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَهَلۡ نَجۡعَلُ لَكَ خَرۡجًا عَلَىٰٓ أَن تَجۡعَلَ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَهُمۡ سَدّٗا ﴿٩٤﴾  
Rumi: Qaaluu yaa dzal qarnaini inna ya'juuja wa ma'juuja mufsiduuna fil ardhi fahal naj'alu laka kharjan 'alaa an taj'ala bainanaa wa bainahum saddaa.  
Terjemahan: Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

**95.** قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيۡرٞ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجۡعَلۡ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَهُمۡ رَدۡمًا ﴿٩٥﴾  
Rumi: Qaala maa makkannii fiihi rabbii khairun fa a'iinuunii biquwwatin aj'al bainakum wa bainahum radmaa.  
Terjemahan: Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

**96.** ءَاتُونِي زُبَرَ ٱلۡحَدِيدِۖ حَتَّىٰٓ إِذَا سَاوَىٰ بَيۡنَ ٱلصَّدَفَيۡنِ قَالَ ٱنفُخُواْۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَعَلَهُۥ نَارٗا قَالَ ءَاتُونِيٓ أُفۡرِغۡ عَلَيۡهِ قِطۡرٗا ﴿٩٦﴾  
Rumi: Aatuunii zubaral hadiidi hattaa idzaa saawaa bainash shadafaini qaalan fukhuu hattaa idzaa ja'alahuu naaran qaala aatuunii ufrigh 'alaihi qithraa.  
Terjemahan: Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

**97.** فَمَا ٱسۡطَٰعُوٓاْ أَن يَظۡهَرُوهُ وَمَا ٱسۡتَطَٰعُواْ لَهُۥ نَقۡبٗا ﴿٩٧﴾  
Rumi: Famas thaa'uu ay yazhharuuhu wa mas tathaa'uu lahuu naqbaa.  
Terjemahan: Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

**98.** قَالَ هَٰذَا رَحۡمَةٞ مِّن رَّبِّيۖ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ رَبِّي جَعَلَهُۥ دَكَّآءَۖ وَكَانَ وَعۡدُ رَبِّي حَقّٗا ﴿٩٨﴾  
Rumi: Qaala haadzaa rahmatum mir rabbii fa idzaa jaa'a wa'du rabbii ja'alahuu dakkaa'a wa kaana wa'du rabbii haqqaa.  
Terjemahan: (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

**99.** ۞ وَتَرَكۡنَا بَعۡضَهُمۡ يَوۡمَئِذٖ يَمُوجُ فِي بَعۡضٖۖ وَنُفِخَ فِي ٱلصُّورِ فَجَمَعۡنَٰهُمۡ جَمۡعٗا ﴿٩٩﴾  
Rumi: Wa taraknaa ba'dhahum yauma'idziy yamuuju fii ba'dhiw wa nufikha fish shuuri fajama'naahum jam'aa.  
Terjemahan: Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

**100.** وَعَرَضۡنَا جَهَنَّمَ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡكَٰفِرِينَ عَرۡضًا ﴿١٠٠﴾  
Rumi: Wa 'aradhnaa jahannama yauma'idzil lil kaafiriina 'ardhaa.  
Terjemahan: Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

**101.** ٱلَّذِينَ كَانَتۡ أَعۡيُنُهُمۡ فِي غِطَآءٍ عَن ذِكۡرِي وَكَانُواْ لَا يَسۡتَطِيعُونَ سَمۡعًا ﴿١٠١﴾  
Rumi: Alladziina kaanat a'yunuhum fii ghithaa'in 'an dzikrii wa kaanuu laa yastathii'uuna sam'aa.  
Terjemahan: (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

**102.** أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَن يَتَّخِذُواْ عِبَادِي مِن دُونِيٓ أَوۡلِيَآءَۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا جَهَنَّمَ لِلۡكَٰفِرِينَ نُزُلٗا ﴿١٠٢﴾  
Rumi: Afahasibal ladziina kafaruu ay yattakhidzuu 'ibaadii min duunii auliyaa'a innaa a'tadnaa jahannama lil kaafiriina nuzulaa.  
Terjemahan: Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

**103.** قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا ﴿١٠٣﴾  
Rumi: Qul hal nunabbi'ukum bil akhsariina a'maalaa.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

**104.** ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا ﴿١٠٤﴾  
Rumi: Alladziina dhalla sa'yuhum fil hayaatid dunyaa wa hum yahsabuuna annahum yuhsinuuna shun'aa.  
Terjemahan: (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

**105.** أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَزۡنٗا ﴿١٠٥﴾  
Rumi: Ulaa'ikal ladziina kafaruu bi'aayaati rabbihim wa liqaa'ihii fahabithat a'maaluhum falaa nuqiimu lahum yaumal qiyaamati waznaa.  
Terjemahan: Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

**106.** ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمۡ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَرُسُلِي هُزُوًا ﴿١٠٦﴾  
Rumi: Dzaalika jazaa'uhum jahannamu bimaa kafaruu wattakhadzuu aayaatii wa rusulii huzuwaa.  
Terjemahan: (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

**107.** إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُلًا ﴿١٠٧﴾  
Rumi: Innal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati kaanat lahum jannaatul firdausi nuzulaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

**108.** خَٰلِدِينَ فِيهَا لَا يَبۡغُونَ عَنۡهَا حِوَلٗا ﴿١٠٨﴾  
Rumi: Khaalidiina fiihaa laa yabghuuna 'anhaa hiwalaa.  
Terjemahan: Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

**109.** قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادٗا لِّكَلِمَٰتِ رَبِّي لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَٰتُ رَبِّي وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدٗا ﴿١٠٩﴾  
Rumi: Qul lau kaanal bahru midaadal likalimaati rabbii lanafidal bahru qabla an tanfada kalimaatu rabbii wa lau ji'naa bimitslihii madadaa.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

**110.** قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا ﴿١١٠﴾  
Rumi: Qul innamaa ana basyarum mitslukum yuuhaa ilayya annamaa ilaahukum ilaahuw waahidun faman kaana yarjuu liqaa'a rabbihii falya'mal 'amalan shaalihaw wa laa yusyrik bi'ibaadati rabbihii ahadaa.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 18 daripada 114
- **Maksud nama:** Gua
- **Bilangan ayat:** 110
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 69
- **Juzuk:** 15-16: ayat 1-74 dalam juzuk 15, ayat 75-110 dalam juzuk 16

## Mengenai Surah Al-Kahfi

Kahfi bermaksud "gua". Nama surah diambil daripada ayat-ayat (9-26) yang menceritakan pemuda-pemuda, yakni Ashabul Kahfi, yang berlindung dalam sebuah gua untuk menjaga iman mereka dan ditidurkan Allah selama bertahun-tahun. Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 110 ayat. Surah ini ialah surah kelapan belas dalam mushaf; berada pada urutan 69 dalam susunan penurunan yang lazim.

Walaupun sebahagian ulama mengatakan beberapa ayat diturunkan di Madinah, menurut pandangan umum surah ini Makkiyyah. Surah ini mengandungi empat kisah: Ashabul Kahfi, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Khidir serta Zulqarnain. Sebahagian ahli tafsir mentafsirkan kisah-kisah ini sebagai contoh ujian manusia berkaitan kepercayaan, harta, ilmu dan kuasa.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Kahfi

Surah al-Kahfi diturunkan antara pertengahan dan penghujung zaman Makkah, ketika orang musyrik berusaha menguji kenabian Nabi. Menurut riwayat daripada Ibn Ishaq dalam sumber sirah dan tafsir, orang Quraisy merujuk kepada ulama Yahudi di Madinah lalu bertanya kepada Nabi tentang pemuda-pemuda yang hilang pada zaman dahulu, seseorang yang sampai ke timur dan barat bumi, serta roh.

Menurut riwayat yang sama, Nabi mengatakan akan memberikan jawapan keesokan hari, tetapi kerana tidak mengucapkan "insya-Allah", wahyu tertangguh beberapa waktu, kemudian surah ini diturunkan. Ayat 23-24 menasihatkan supaya mengucapkan "insya-Allah" untuk sesuatu yang akan dilakukan pada masa hadapan. Penceritaan ini tersebar luas dalam sumber tafsir dan sirah; namun kerana sanadnya dinilai daif, ia tidak boleh dianggap sebagai sebab penurunan surah yang pasti.

## Kandungan Surah Al-Kahfi

Surah ini bermula dengan pujian kepada Allah yang menurunkan kepada hamba-Nya kitab tanpa kebengkokan dan memberikan peringatan kepada mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak. Kemudian diceritakan pemuda-pemuda yang berlindung dalam gua demi menjaga iman mereka, ditidurkan selama bertahun-tahun lalu dibangunkan; dinasihatkan supaya mengucapkan "insya-Allah" untuk perbuatan pada masa hadapan.

Kemusnahan kebun seorang lelaki yang memiliki dua kebun kurniaan Allah, menjadi angkuh dan mengingkari akhirat menunjukkan bahawa harta dan anak ialah perhiasan kehidupan dunia, sedangkan yang kekal ialah amal soleh. Kehidupan dunia diumpamakan sebagai tumbuhan yang menghijau kerana hujan lalu kering. Gambaran kiamat dan keengganan Iblis bersujud diingatkan.

Pengalaman perjalanan Nabi Musa dengan seorang hamba soleh yang dikurniakan ilmu daripada Allah (Khidir) menerangkan bahawa hikmah Allah melampaui pengetahuan manusia. Kemudian disampaikan pemerintahan adil Zulqarnain yang sampai ke timur dan barat serta pembinaannya sebuah benteng menghadapi Yakjuj dan Makjuj. Surah berakhir dengan perintah agar mereka yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhan melakukan amal soleh dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa-apa pun.

## Kelebihan Surah Al-Kahfi

Riwayat tentang kelebihan surah al-Kahfi terdapat dalam sumber sahih. Menurut riwayat Muslim daripada Abu al-Darda', Nabi menyatakan bahawa orang yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi dilindungi daripada fitnah Dajal; sebahagian riwayat menyebut sepuluh ayat terakhir.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa ketika seorang sahabat membaca surah al-Kahfi pada malam hari, awan menaunginya, dan Nabi mengatakan bahawa itu ialah sakinah (ketenangan dan rahmat) yang turun kerana pembacaan al-Quran.

Riwayat yang menyatakan bahawa orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat diberikan cahaya antara dua Jumaat terdapat dalam al-Hakim dan al-Baihaqi. Dalam al-Darimi pula, sebagai kata-kata Abu Sa'id al-Khudri, disebut cahaya yang menerangi antara pembacanya pada malam Jumaat dengan Kaabah. Sebahagian jalur riwayat ini datang sebagai kata-kata Abu Sa'id al-Khudri; sebahagian besar ulama hadis menilai riwayat ini boleh diterima.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Al-Kahfi

- [Doa Ashabul Kahfi Surah Al-Kahfi, ayat 10](https://yasinsurah.com/ms/doa/ashabul-kahfi/)
- [Menangkis 'ain: Masya-Allah Surah Al-Kahfi, ayat 39](https://yasinsurah.com/ms/doa/menangkis-ain-masya-allah/)

## Soalan lazim tentang Surah Al-Kahfi

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Kahfi?

Surah Al-Kahfi mempunyai 110 ayat.

### Apakah maksud Al-Kahfi?

Al-Kahfi bermaksud “Gua”.

### Adakah Surah Al-Kahfi Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Kahfi ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-69.

### Surah Al-Kahfi dalam juzuk berapa?

Surah Al-Kahfi bermula dalam juzuk 15 dan berakhir dalam juzuk 16.

### Surah Al-Kahfi ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Kahfi ialah surah ke-18 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Isra' dan sebelum Surah Maryam.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Kahfi di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Kahfi oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 17. Al-Isra'](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-isra/)
- [Surah seterusnya 19. Maryam](https://yasinsurah.com/ms/surah-maryam/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
