# Surah Al-Mu'minun المؤمنون

> Surah Al-Mu'minun (Orang-Orang yang Beriman) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-muminun/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-23 daripada 114 · Juzuk 18

118 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-74

Surah al-Mu'minun diturunkan di Makkah dan mempunyai 118 ayat. Surah ini bermula dengan menyenaraikan sifat orang beriman yang berjaya; membincangkan tauhid dan kesedaran tanggungjawab melalui penciptaan manusia, perjuangan para nabi dan akhirat.

## Surah Al-Mu'minun dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ﴿١﴾  
Rumi: Qad aflahal mu'minuun.  
Terjemahan: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

**2.** ٱلَّذِينَ هُمۡ فِي صَلَاتِهِمۡ خَٰشِعُونَ ﴿٢﴾  
Rumi: Alladziina hum fii shalaatihim khaasyi'uun.  
Terjemahan: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

**3.** وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ ﴿٣﴾  
Rumi: Wal ladziina hum 'anil laghwi mu'ridhuun.  
Terjemahan: Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

**4.** وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَٰعِلُونَ ﴿٤﴾  
Rumi: Wal ladziina hum liz zakaati faa'iluun.  
Terjemahan: Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

**5.** وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ ﴿٥﴾  
Rumi: Wal ladziina hum lifuruujihim haafizhuun.  
Terjemahan: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

**6.** إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾  
Rumi: Illaa 'alaa azwaajihim au maa malakat aimaanuhum fa innahum ghairu maluumiin.  
Terjemahan: Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

**7.** فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ ﴿٧﴾  
Rumi: Famanib taghaa waraa'a dzaalika fa ulaa'ika humul 'aaduun.  
Terjemahan: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

**8.** وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ﴿٨﴾  
Rumi: Wal ladziina hum li'amaanaatihim wa 'ahdihim raa'uun.  
Terjemahan: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

**9.** وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ﴿٩﴾  
Rumi: Wal ladziina hum 'alaa shalawaatihim yuhaafizhuun.  
Terjemahan: Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

**10.** أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡوَٰرِثُونَ ﴿١٠﴾  
Rumi: Ulaa'ika humul waaritsuun.  
Terjemahan: Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

**11.** ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ﴿١١﴾  
Rumi: Alladziina yaritsuunal firdausa hum fiihaa khaaliduun.  
Terjemahan: Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

**12.** وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِن سُلَٰلَةٖ مِّن طِينٖ ﴿١٢﴾  
Rumi: Wa laqad khalaqnal insaana min sulaalatim min thiin.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

**13.** ثُمَّ جَعَلۡنَٰهُ نُطۡفَةٗ فِي قَرَارٖ مَّكِينٖ ﴿١٣﴾  
Rumi: Tsumma ja'alnaahu nuthfatan fii qaraarim makiin.  
Terjemahan: Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

**14.** ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةٗ فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةٗ فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَٰمٗا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَٰمَ لَحۡمٗا ثُمَّ أَنشَأۡنَٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَٰلِقِينَ ﴿١٤﴾  
Rumi: Tsumma khalaqnan nuthfata 'alaqatan fakhalaqnal 'alaqata mudhghatan fakhalaqnal mudhghata 'izhaaman fakasaunal 'izhaama lahman tsumma ansya'naahu khalqan aakhara fatabaarakallaahu ahsanul khaaliqiin.  
Terjemahan: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

**15.** ثُمَّ إِنَّكُم بَعۡدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ ﴿١٥﴾  
Rumi: Tsumma innakum ba'da dzaalika lamayyituun.  
Terjemahan: Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

**16.** ثُمَّ إِنَّكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ تُبۡعَثُونَ ﴿١٦﴾  
Rumi: Tsumma innakum yaumal qiyaamati tub'atsuun.  
Terjemahan: Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

**17.** وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعَ طَرَآئِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ ٱلۡخَلۡقِ غَٰفِلِينَ ﴿١٧﴾  
Rumi: Wa laqad khalaqnaa fauqakum sab'a tharaa'iqa wa maa kunnaa 'anil khalqi ghaafiliin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.

**18.** وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءَۢ بِقَدَرٖ فَأَسۡكَنَّٰهُ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابِۭ بِهِۦ لَقَٰدِرُونَ ﴿١٨﴾  
Rumi: Wa anzalnaa minas samaa'i maa'am biqadarin fa askannaahu fil ardhi wa innaa 'alaa dzahaabim bihii laqaadiruun.  
Terjemahan: Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.

**19.** فَأَنشَأۡنَا لَكُم بِهِۦ جَنَّٰتٖ مِّن نَّخِيلٖ وَأَعۡنَٰبٖ لَّكُمۡ فِيهَا فَوَٰكِهُ كَثِيرَةٞ وَمِنۡهَا تَأۡكُلُونَ ﴿١٩﴾  
Rumi: Fa ansya'naa lakum bihii jannaatim min nakhiiliw wa a'naabil lakum fiihaa fawaakihu katsiiratuw wa minhaa ta'kuluun.  
Terjemahan: Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

**20.** وَشَجَرَةٗ تَخۡرُجُ مِن طُورِ سَيۡنَآءَ تَنۢبُتُ بِٱلدُّهۡنِ وَصِبۡغٖ لِّلۡأٓكِلِينَ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Wa syajaratan takhruju min thuuri sainaa'a tambutu bid duhni wa shibghil lil aakiliin.  
Terjemahan: Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.

**21.** وَإِنَّ لَكُمۡ فِي ٱلۡأَنۡعَٰمِ لَعِبۡرَةٗۖ نُّسۡقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهَا وَلَكُمۡ فِيهَا مَنَٰفِعُ كَثِيرَةٞ وَمِنۡهَا تَأۡكُلُونَ ﴿٢١﴾  
Rumi: Wa inna lakum fil an'aami la'ibratan nusqiikum mimmaa fii buthuunihaa wa lakum fiihaa manaafi'u katsiiratuw wa minhaa ta'kuluun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

**22.** وَعَلَيۡهَا وَعَلَى ٱلۡفُلۡكِ تُحۡمَلُونَ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Wa 'alaihaa wa 'alal fulki tuhmaluun.  
Terjemahan: Dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal kamu diangkut.

**23.** وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Wa laqad arsalnaa nuuhan ilaa qaumihii faqaala yaa qaumi' budullaaha maa lakum min ilaahin ghairuhuu afalaa tattaquun.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?”.

**24.** فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَٰٓئِكَةٗ مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Faqaalal mala'ul ladziina kafaruu min qaumihii maa haadzaa illaa basyarum mitslukum yuriidu ay yatafadhdhala 'alaikum wa lau syaa'allaahu la'anzala malaa'ikatam maa sami'naa bihaadzaa fii aabaa'inal awwaliin.  
Terjemahan: Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri): “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.

**25.** إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٞ فَتَرَبَّصُواْ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٖ ﴿٢٥﴾  
Rumi: In huwa illaa rajulum bihii jinnatun fatarabbashuu bihii hattaa hiin.  
Terjemahan: “Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa”.

**26.** قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِي بِمَا كَذَّبُونِ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Qaala rabbin shurnii bimaa kadzdzabuun.  
Terjemahan: Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku”.

**27.** فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡهِ أَنِ ٱصۡنَعِ ٱلۡفُلۡكَ بِأَعۡيُنِنَا وَوَحۡيِنَا فَإِذَا جَآءَ أَمۡرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ فَٱسۡلُكۡ فِيهَا مِن كُلّٖ زَوۡجَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ وَأَهۡلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيۡهِ ٱلۡقَوۡلُ مِنۡهُمۡۖ وَلَا تُخَٰطِبۡنِي فِي ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ إِنَّهُم مُّغۡرَقُونَ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Fa auhainaa ilaihi anish na'il fulka bi'a'yuninaa wa wahyinaa fa idzaa jaa'a amrunaa wa faarat tannuuru fasluk fiihaa min kullin zaujainits naini wa ahlaka illaa man sabaqa 'alaihil qaulu minhum wa laa tukhaathibnii fil ladziina zhalamuu innahum mughraquun.  
Terjemahan: Lalu Kami wahyukan kepadanya: “Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.

**28.** فَإِذَا ٱسۡتَوَيۡتَ أَنتَ وَمَن مَّعَكَ عَلَى ٱلۡفُلۡكِ فَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي نَجَّىٰنَا مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Fa idzas tawaita anta wa mam ma'aka 'alal fulki faqulil hamdu lillaahil ladzii najjaanaa minal qaumizh zhaalimiin.  
Terjemahan: “Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ‘Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim’.

**29.** وَقُل رَّبِّ أَنزِلۡنِي مُنزَلٗا مُّبَارَكٗا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡمُنزِلِينَ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Wa qur rabbi anzilnii munzalam mubaarakaw wa anta khairul munziliin.  
Terjemahan: “Dan berdoalah dengan berkata: ‘Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat’”

**30.** إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ وَإِن كُنَّا لَمُبۡتَلِينَ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Inna fii dzaalika la'aayaatiw wa in kunnaa lamubtaliin.  
Terjemahan: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar); dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami).

**31.** ثُمَّ أَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ ﴿٣١﴾  
Rumi: Tsumma ansya'naa mim ba'dihim qarnan aakhariin.  
Terjemahan: Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.

**32.** فَأَرۡسَلۡنَا فِيهِمۡ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Fa arsalnaa fiihim rasuulam minhum ani' budullaaha maa lakum min ilaahin ghairuhuu afalaa tattaquun.  
Terjemahan: Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): “Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?”

**33.** وَقَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِهِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِلِقَآءِ ٱلۡأٓخِرَةِ وَأَتۡرَفۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يَأۡكُلُ مِمَّا تَأۡكُلُونَ مِنۡهُ وَيَشۡرَبُ مِمَّا تَشۡرَبُونَ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Wa qaalal mala'u min qaumihil ladziina kafaruu wa kadzdzabuu biliqaa'il aakhirati wa atrafnaahum fil hayaatid dunyaa maa haadzaa illaa basyarum mitslukum ya'kulu mimmaa ta'kuluuna minhu wa yasyrabu mimmaa tasyrabuun.  
Terjemahan: Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri) “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum.

**34.** وَلَئِنۡ أَطَعۡتُم بَشَرٗا مِّثۡلَكُمۡ إِنَّكُمۡ إِذٗا لَّخَٰسِرُونَ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wa la'in atha'tum basyaram mitslakum innakum idzal lakhaasiruun.  
Terjemahan: “Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi.

**35.** أَيَعِدُكُمۡ أَنَّكُمۡ إِذَا مِتُّمۡ وَكُنتُمۡ تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَنَّكُم مُّخۡرَجُونَ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Aya'idukum annakum idzaa mittum wa kuntum turaabaw wa 'izhaaman annakum mukhrajuun.  
Terjemahan: “Patutkah ia menjanjikan kamu, bahawa sesungguhnya apabila kamu mati dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan (dari kubur hidup semula)?

**36.** ۞ هَيۡهَاتَ هَيۡهَاتَ لِمَا تُوعَدُونَ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Haihaata haihaata limaa tuu'aduun.  
Terjemahan: “Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan kepada kamu itu!

**37.** إِنۡ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنۡيَا نَمُوتُ وَنَحۡيَا وَمَا نَحۡنُ بِمَبۡعُوثِينَ ﴿٣٧﴾  
Rumi: In hiya illaa hayaatunad dunyaa namuutu wa nahyaa wa maa nahnu bimab'uutsiin.  
Terjemahan: “Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.

**38.** إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلٌ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبٗا وَمَا نَحۡنُ لَهُۥ بِمُؤۡمِنِينَ ﴿٣٨﴾  
Rumi: In huwa illaa rajulunif taraa 'alallaahi kadzibaw wa maa nahnu lahuu bimu'miniin.  
Terjemahan: “Tiadalah dia (Nabi Hud) itu selain dari seorang lelaki yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, dan kami tidak akan beriman kepadanya”.

**39.** قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِي بِمَا كَذَّبُونِ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Qaala rabbin shurnii bimaa kadzdzabuun.  
Terjemahan: Nabi Hud berdoa dengan berkata: “Wahai TuhanKu, belalah daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku”.

**40.** قَالَ عَمَّا قَلِيلٖ لَّيُصۡبِحُنَّ نَٰدِمِينَ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Qaala 'ammaa qaliilil layushbihunna naadimiin.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal”.

**41.** فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّيۡحَةُ بِٱلۡحَقِّ فَجَعَلۡنَٰهُمۡ غُثَآءٗۚ فَبُعۡدٗا لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿٤١﴾  
Rumi: Fa akhadzathumush shaihatu bil haqqi faja'alnaahum ghutsaa'an fabu'dal lil qaumizh zhaalimiin.  
Terjemahan: Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.

**42.** ثُمَّ أَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قُرُونًا ءَاخَرِينَ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Tsumma ansya'naa mim ba'dihim quruunan aakhariin.  
Terjemahan: Kemudian Kami ciptakan, sesudah mereka, umat-umat yang lain.

**43.** مَا تَسۡبِقُ مِنۡ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Maa tasbiqu min ummatin ajalahaa wa maa yasta'khiruun.  
Terjemahan: Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka pula tidak dapat melambatkannya.

**44.** ثُمَّ أَرۡسَلۡنَا رُسُلَنَا تَتۡرَاۖ كُلَّ مَا جَآءَ أُمَّةٗ رَّسُولُهَا كَذَّبُوهُۖ فَأَتۡبَعۡنَا بَعۡضَهُم بَعۡضٗا وَجَعَلۡنَٰهُمۡ أَحَادِيثَۚ فَبُعۡدٗا لِّقَوۡمٖ لَّا يُؤۡمِنُونَ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Tsumma arsalnaa rusulanaa tatraa kulla maa jaa'a ummatar rasuuluhaa kadzdzabuuhu fa atba'naa ba'dhahum ba'dhaw wa ja'alnaahum ahaadiitsa fabu'dal liqaumil laa yu'minuun.  
Terjemahan: Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu; dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.

**45.** ثُمَّ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ وَأَخَاهُ هَٰرُونَ بِـَٔايَٰتِنَا وَسُلۡطَٰنٖ مُّبِينٍ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Tsumma arsalnaa muusaa wa akhaahu haaruuna bi'aayaatinaa wa sulthaanim mubiin.  
Terjemahan: Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun, dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata,

**46.** إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَإِيْهِۦ فَٱسۡتَكۡبَرُواْ وَكَانُواْ قَوۡمًا عَالِينَ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Ilaa fir'auna wa mala'ihii fastakbaruu wa kaanuu qauman 'aaliin.  
Terjemahan: Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.

**47.** فَقَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ لِبَشَرَيۡنِ مِثۡلِنَا وَقَوۡمُهُمَا لَنَا عَٰبِدُونَ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Faqaaluu anu'minu libasyaraini mitslinaa wa qaumuhumaa lanaa 'aabiduun.  
Terjemahan: Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): “Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?”

**48.** فَكَذَّبُوهُمَا فَكَانُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡلَكِينَ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Fakadzdzabuuhumaa fakaanuu minal muhlakiin.  
Terjemahan: Oleh itu, merekapun mendustakan keduanya, lalu menjadilah mereka sebahagian dari orang-orang yang dibinasakan.

**49.** وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ لَعَلَّهُمۡ يَهۡتَدُونَ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Wa laqad aatainaa muusal kitaaba la'allahum yahtaduun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, supaya mereka beroleh hidayah petunjuk.

**50.** وَجَعَلۡنَا ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَأُمَّهُۥٓ ءَايَةٗ وَءَاوَيۡنَٰهُمَآ إِلَىٰ رَبۡوَةٖ ذَاتِ قَرَارٖ وَمَعِينٖ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Wa ja'alnab na maryama wa ummahuu aayataw wa aawainaahumaa ilaa rabwatin dzaati qaraariw wa ma'iin.  
Terjemahan: Dan Kami jadikan (Nabi lsa) ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat) dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman dan mata air yang mengalir.

**51.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلرُّسُلُ كُلُواْ مِنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَٱعۡمَلُواْ صَٰلِحًاۖ إِنِّي بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٞ ﴿٥١﴾  
Rumi: Yaa ayyuhar rusulu kuluu minath thayyibaati wa'maluu shaalihan innii bimaa ta'maluuna 'aliim.  
Terjemahan: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

**52.** وَإِنَّ هَٰذِهِۦٓ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَأَنَا۠ رَبُّكُمۡ فَٱتَّقُونِ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Wa inna haadzihii ummatukum ummataw waahidataw wa ana rabbukum fattaquun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.

**53.** فَتَقَطَّعُوٓاْ أَمۡرَهُم بَيۡنَهُمۡ زُبُرٗاۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡهِمۡ فَرِحُونَ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Fataqaththa'uu amrahum bainahum zuburan kullu hizbim bimaa ladaihim farihuun.  
Terjemahan: Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.

**54.** فَذَرۡهُمۡ فِي غَمۡرَتِهِمۡ حَتَّىٰ حِينٍ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Fadzarhum fii ghamratihim hattaa hiin.  
Terjemahan: Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.

**55.** أَيَحۡسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِۦ مِن مَّالٖ وَبَنِينَ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Ayahsabuuna annamaa numidduhum bihii mim maaliw wa baniin.  
Terjemahan: Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.

**56.** نُسَارِعُ لَهُمۡ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ بَل لَّا يَشۡعُرُونَ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Nusaari'u lahum fil khairaati bal laa yasy'uruun.  
Terjemahan: (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).

**57.** إِنَّ ٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ خَشۡيَةِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Innal ladziina hum min khasyyati rabbihim musyfiquun.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;

**58.** وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ يُؤۡمِنُونَ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Wal ladziina hum bi'aayaati rabbihim yu'minuun.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;

**59.** وَٱلَّذِينَ هُم بِرَبِّهِمۡ لَا يُشۡرِكُونَ ﴿٥٩﴾  
Rumi: Wal ladziina hum birabbihim laa yusyrikuun.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;

**60.** وَٱلَّذِينَ يُؤۡتُونَ مَآ ءَاتَواْ وَّقُلُوبُهُمۡ وَجِلَةٌ أَنَّهُمۡ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ رَٰجِعُونَ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Wal ladziina yu'tuuna maa aatau wa quluubuhum wajilatun annahum ilaa rabbihim raaji'uun.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;

**61.** أُوْلَٰٓئِكَ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَهُمۡ لَهَا سَٰبِقُونَ ﴿٦١﴾  
Rumi: Ulaa'ika yusaari'uuna fil khairaati wa hum lahaa saabiquun.  
Terjemahan: Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.

**62.** وَلَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ وَلَدَيۡنَا كِتَٰبٞ يَنطِقُ بِٱلۡحَقِّ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Wa laa nukallifu nafsan illaa wus'ahaa wa ladainaa kitaabuy yanthiqu bil haqqi wa hum laa yuzhlamuun.  
Terjemahan: Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.

**63.** بَلۡ قُلُوبُهُمۡ فِي غَمۡرَةٖ مِّنۡ هَٰذَا وَلَهُمۡ أَعۡمَٰلٞ مِّن دُونِ ذَٰلِكَ هُمۡ لَهَا عَٰمِلُونَ ﴿٦٣﴾  
Rumi: Bal quluubuhum fii ghamratim min haadzaa wa lahum a'maalum min duuni dzaalika hum lahaa 'aamiluun.  
Terjemahan: (Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya;

**64.** حَتَّىٰٓ إِذَآ أَخَذۡنَا مُتۡرَفِيهِم بِٱلۡعَذَابِ إِذَا هُمۡ يَجۡـَٔرُونَ ﴿٦٤﴾  
Rumi: Hattaa idzaa akhadznaa mutrafiihim bil 'adzaabi idzaa hum yaj'aruun.  
Terjemahan: Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.

**65.** لَا تَجۡـَٔرُواْ ٱلۡيَوۡمَۖ إِنَّكُم مِّنَّا لَا تُنصَرُونَ ﴿٦٥﴾  
Rumi: Laa taj'arul yauma innakum minnaa laa tunsharuun.  
Terjemahan: (Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.

**66.** قَدۡ كَانَتۡ ءَايَٰتِي تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَكُنتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَٰبِكُمۡ تَنكِصُونَ ﴿٦٦﴾  
Rumi: Qad kaanat aayaatii tutlaa 'alaikum fakuntum 'alaa a'qaabikum tankishuun.  
Terjemahan: “(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang -

**67.** مُسۡتَكۡبِرِينَ بِهِۦ سَٰمِرٗا تَهۡجُرُونَ ﴿٦٧﴾  
Rumi: Mustakbiriina bihii saamiran tahjuruun.  
Terjemahan: “Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari”.

**68.** أَفَلَمۡ يَدَّبَّرُواْ ٱلۡقَوۡلَ أَمۡ جَآءَهُم مَّا لَمۡ يَأۡتِ ءَابَآءَهُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٦٨﴾  
Rumi: Afalam yaddabbarul qaula am jaa'ahum maa lam ya'ti aabaa'ahumul awwaliin.  
Terjemahan: Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?

**69.** أَمۡ لَمۡ يَعۡرِفُواْ رَسُولَهُمۡ فَهُمۡ لَهُۥ مُنكِرُونَ ﴿٦٩﴾  
Rumi: Am lam ya'rifuu rasuulahum fahum lahuu munkiruun.  
Terjemahan: Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?

**70.** أَمۡ يَقُولُونَ بِهِۦ جِنَّةُۢۚ بَلۡ جَآءَهُم بِٱلۡحَقِّ وَأَكۡثَرُهُمۡ لِلۡحَقِّ كَٰرِهُونَ ﴿٧٠﴾  
Rumi: Am yaquuluuna bihii jinnatum bal jaa'ahum bil haqqi wa aktsaruhum lil haqqi kaarihuun.  
Terjemahan: Atau kerana mereka mengatakan: “Dia kena penyakit gila?” (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.

**71.** وَلَوِ ٱتَّبَعَ ٱلۡحَقُّ أَهۡوَآءَهُمۡ لَفَسَدَتِ ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهِنَّۚ بَلۡ أَتَيۡنَٰهُم بِذِكۡرِهِمۡ فَهُمۡ عَن ذِكۡرِهِم مُّعۡرِضُونَ ﴿٧١﴾  
Rumi: Wa lawit taba'al haqqu ahwaa'ahum lafasadatis samaawaatu wal ardhu wa man fiihinna bal atainaahum bidzikrihim fahum 'an dzikrihim mu'ridhuun.  
Terjemahan: Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

**72.** أَمۡ تَسۡـَٔلُهُمۡ خَرۡجٗا فَخَرَاجُ رَبِّكَ خَيۡرٞۖ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرَّٰزِقِينَ ﴿٧٢﴾  
Rumi: Am tas'aluhum kharjan fakharaaju rabbika khairuw wa huwa khairur raaziqiin.  
Terjemahan: Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.

**73.** وَإِنَّكَ لَتَدۡعُوهُمۡ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ﴿٧٣﴾  
Rumi: Wa innaka latad'uuhum ilaa shiraathim mustaqiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;

**74.** وَإِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِ عَنِ ٱلصِّرَٰطِ لَنَٰكِبُونَ ﴿٧٤﴾  
Rumi: Wa innal ladziina laa yu'minuuna bil aakhirati 'anish shiraathi lanaakibuun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.

**75.** ۞ وَلَوۡ رَحِمۡنَٰهُمۡ وَكَشَفۡنَا مَا بِهِم مِّن ضُرّٖ لَّلَجُّواْ فِي طُغۡيَٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ ﴿٧٥﴾  
Rumi: Wa lau rahimnaahum wa kasyafnaa maa bihim min dhurril lalajjuu fii thughyaanihim ya'mahuun.  
Terjemahan: Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.

**76.** وَلَقَدۡ أَخَذۡنَٰهُم بِٱلۡعَذَابِ فَمَا ٱسۡتَكَانُواْ لِرَبِّهِمۡ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ ﴿٧٦﴾  
Rumi: Wa laqad akhadznaahum bil 'adzaabi famas takaanuu lirabbihim wa maa yatadharra'uun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat);

**77.** حَتَّىٰٓ إِذَا فَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَابٗا ذَا عَذَابٖ شَدِيدٍ إِذَا هُمۡ فِيهِ مُبۡلِسُونَ ﴿٧٧﴾  
Rumi: Hattaa idzaa fatahnaa 'alaihim baaban dzaa 'adzaabin syadiidin idzaa hum fiihi mublisuun.  
Terjemahan: Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya - dari mendapat sebarang kebaikan.

**78.** وَهُوَ ٱلَّذِيٓ أَنشَأَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ ﴿٧٨﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii ansya'a lakumus sam'a wal abshaara wal af'idata qaliilam maa tasykuruun.  
Terjemahan: Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

**79.** وَهُوَ ٱلَّذِي ذَرَأَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ ﴿٧٩﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii dzara'akum fil ardhi wa ilaihi tuhsyaruun.  
Terjemahan: Dan Dia lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

**80.** وَهُوَ ٱلَّذِي يُحۡيِۦ وَيُمِيتُ وَلَهُ ٱخۡتِلَٰفُ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ﴿٨٠﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii yuhyii wa yumiitu wa lahukh tilaaful laili wan nahaari afalaa ta'qiluun.  
Terjemahan: Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?

**81.** بَلۡ قَالُواْ مِثۡلَ مَا قَالَ ٱلۡأَوَّلُونَ ﴿٨١﴾  
Rumi: Bal qaaluu mitsla maa qaalal awwaluun.  
Terjemahan: (Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar);

**82.** قَالُوٓاْ أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ﴿٨٢﴾  
Rumi: Qaaluu a'idzaa mitnaa wa kunnaa turaabaw wa 'izhaaman a'innaa lamab'uutsuun.  
Terjemahan: Mereka berkata: “Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)?

**83.** لَقَدۡ وُعِدۡنَا نَحۡنُ وَءَابَآؤُنَا هَٰذَا مِن قَبۡلُ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّآ أَسَٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٨٣﴾  
Rumi: Laqad wu'idnaa nahnu wa aabaa'unaa haadzaa min qablu in haadzaa illaa asaathiirul awwaliin.  
Terjemahan: “Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala.”

**84.** قُل لِّمَنِ ٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهَآ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ﴿٨٤﴾  
Rumi: Qul limanil ardhu wa man fiihaa in kuntum ta'lamuun.  
Terjemahan: Tanyakanlah (wahai Muhammad): “Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?”

**85.** سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٨٥﴾  
Rumi: Sayaquuluuna lillaahi qul afalaa tadzakkaruun.  
Terjemahan: Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?”

**86.** قُلۡ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلسَّبۡعِ وَرَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٨٦﴾  
Rumi: Qul mar rabbus samaawaatis sab'i wa rabbul 'arsyil 'azhiim.  
Terjemahan: Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?”

**87.** سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ أَفَلَا تَتَّقُونَ ﴿٨٧﴾  
Rumi: Sayaquuluuna lillaahi qul afalaa tattaquun.  
Terjemahan: Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?”

**88.** قُلۡ مَنۢ بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيۡءٖ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيۡهِ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ﴿٨٨﴾  
Rumi: Qul mam biyadihii malakuutu kulli syai'iw wa huwa yujiiru wa laa yujaaru 'alaihi in kuntum ta'lamuun.  
Terjemahan: Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!”

**89.** سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ فَأَنَّىٰ تُسۡحَرُونَ ﴿٨٩﴾  
Rumi: Sayaquuluuna lillaahi qul fa annaa tusharuun.  
Terjemahan: Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. Katakanlah: “Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?”

**90.** بَلۡ أَتَيۡنَٰهُم بِٱلۡحَقِّ وَإِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ ﴿٩٠﴾  
Rumi: Bal atainaahum bil haqqi wa innahum lakaadzibuun.  
Terjemahan: (Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.

**91.** مَا ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ مِن وَلَدٖ وَمَا كَانَ مَعَهُۥ مِنۡ إِلَٰهٍۚ إِذٗا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلَٰهِۭ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖۚ سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴿٩١﴾  
Rumi: Mat takhadzallaahu miw wa ladiw wa maa kaana ma'ahuu min ilaahin idzal ladzahaba kullu ilaahim bimaa khalaqa wa la'alaa ba'dhuhum 'alaa ba'dhin subhaanallaahi 'ammaa yashifuun.  
Terjemahan: Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

**92.** عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ﴿٩٢﴾  
Rumi: 'Aalimil ghaibi wasy syahaadati fata'aalaa 'ammaa yusyrikuun.  
Terjemahan: (Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.

**93.** قُل رَّبِّ إِمَّا تُرِيَنِّي مَا يُوعَدُونَ ﴿٩٣﴾  
Rumi: Qur rabbi immaa turiyannii maa yuu'aduun.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -

**94.** رَبِّ فَلَا تَجۡعَلۡنِي فِي ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿٩٤﴾  
Rumi: Rabbi falaa taj'alnii fil qaumizh zhaalimiin.  
Terjemahan: “Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu”.

**95.** وَإِنَّا عَلَىٰٓ أَن نُّرِيَكَ مَا نَعِدُهُمۡ لَقَٰدِرُونَ ﴿٩٥﴾  
Rumi: Wa innaa 'alaa an nuriyaka maa na'iduhum laqaadiruun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.

**96.** ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ ٱلسَّيِّئَةَۚ نَحۡنُ أَعۡلَمُ بِمَا يَصِفُونَ ﴿٩٦﴾  
Rumi: Idfa' bil latii hiya ahsanus sayyi'ata nahnu a'lamu bimaa yashifuun.  
Terjemahan: Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.

**97.** وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ ﴿٩٧﴾  
Rumi: Wa qur rabbi a'uudzu bika min hamazaatisy syayaathiin.  
Terjemahan: Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan

**98.** وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ ﴿٩٨﴾  
Rumi: Wa a'uudzu bika rabbi ay yahdhuruun.  
Terjemahan: “Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.

**99.** حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُونِ ﴿٩٩﴾  
Rumi: Hattaa idzaa jaa'a ahadahumul mautu qaala rabbir ji'uun.  
Terjemahan: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

**100.** لَعَلِّيٓ أَعۡمَلُ صَٰلِحٗا فِيمَا تَرَكۡتُۚ كَلَّآۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآئِلُهَاۖ وَمِن وَرَآئِهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ ﴿١٠٠﴾  
Rumi: La'allii a'malu shaalihan fiimaa taraktu kallaa innahaa kalimatun huwa qaa'iluhaa wa miw waraa'ihim barzakhun ilaa yaumi yub'atsuun.  
Terjemahan: “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

**101.** فَإِذَا نُفِخَ فِي ٱلصُّورِ فَلَآ أَنسَابَ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَئِذٖ وَلَا يَتَسَآءَلُونَ ﴿١٠١﴾  
Rumi: Fa idzaa nufikha fish shuuri falaa ansaaba bainahum yauma'idziw wa laa yatasaa'aluun.  
Terjemahan: Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.

**102.** فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ﴿١٠٢﴾  
Rumi: Faman tsaqulat mawaaziinuhuu fa ulaa'ika humul muflihuun.  
Terjemahan: Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

**103.** وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ فِي جَهَنَّمَ خَٰلِدُونَ ﴿١٠٣﴾  
Rumi: Wa man khaffat mawaaziinuhuu fa ulaa'ikal ladziina khasiruu anfusahum fii jahannama khaaliduun.  
Terjemahan: Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -

**104.** تَلۡفَحُ وُجُوهَهُمُ ٱلنَّارُ وَهُمۡ فِيهَا كَٰلِحُونَ ﴿١٠٤﴾  
Rumi: Talfahu wujuuhahumun naaru wa hum fiihaa kaalihuun.  
Terjemahan: Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.

**105.** أَلَمۡ تَكُنۡ ءَايَٰتِي تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَكُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ ﴿١٠٥﴾  
Rumi: Alam takun aayaatii tutlaa 'alaikum fakuntum bihaa tukadzdzibuun.  
Terjemahan: (Sambil dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?”

**106.** قَالُواْ رَبَّنَا غَلَبَتۡ عَلَيۡنَا شِقۡوَتُنَا وَكُنَّا قَوۡمٗا ضَآلِّينَ ﴿١٠٦﴾  
Rumi: Qaaluu rabbanaa ghalabat 'alainaa syiqwatunaa wa kunnaa qauman dhaalliin.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.

**107.** رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡهَا فَإِنۡ عُدۡنَا فَإِنَّا ظَٰلِمُونَ ﴿١٠٧﴾  
Rumi: Rabbanaa akhrijnaa minhaa fa in 'udnaa fa innaa zhaalimuun.  
Terjemahan: “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.”

**108.** قَالَ ٱخۡسَـُٔواْ فِيهَا وَلَا تُكَلِّمُونِ ﴿١٠٨﴾  
Rumi: Qaalakh sa'uu fiihaa wa laa tukallimuun.  
Terjemahan: (Allah) berfirman: “Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!

**109.** إِنَّهُۥ كَانَ فَرِيقٞ مِّنۡ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٰحِمِينَ ﴿١٠٩﴾  
Rumi: Innahuu kaana fariiqum min 'ibaadii yaquuluuna rabbanaa aamannaa faghfir lanaa warhamnaa wa anta khairur raahimiin.  
Terjemahan: “Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ‘Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat’.

**110.** فَٱتَّخَذۡتُمُوهُمۡ سِخۡرِيًّا حَتَّىٰٓ أَنسَوۡكُمۡ ذِكۡرِي وَكُنتُم مِّنۡهُمۡ تَضۡحَكُونَ ﴿١١٠﴾  
Rumi: Fattakhadztumuuhum sikhriyyan hattaa ansaukum dzikrii wa kuntum minhum tadhhakuun.  
Terjemahan: “Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.

**111.** إِنِّي جَزَيۡتُهُمُ ٱلۡيَوۡمَ بِمَا صَبَرُوٓاْ أَنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ ﴿١١١﴾  
Rumi: Innii jazaituhumul yauma bimaa shabaruu annahum humul faa'izuun.  
Terjemahan: “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”.

**112.** قَٰلَ كَمۡ لَبِثۡتُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ عَدَدَ سِنِينَ ﴿١١٢﴾  
Rumi: Qaala kam labitstum fil ardhi 'adada siniin.  
Terjemahan: Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”

**113.** قَالُواْ لَبِثۡنَا يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٖ فَسۡـَٔلِ ٱلۡعَآدِّينَ ﴿١١٣﴾  
Rumi: Qaaluu labitsnaa yauman au ba'dha yaumin fas'alil 'aaddiin.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung

**114.** قَٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِيلٗاۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ﴿١١٤﴾  
Rumi: Qaala il labitstum illaa qaliilal lau annakum kuntum ta'lamuun.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

**115.** أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ﴿١١٥﴾  
Rumi: Afahasibtum annamaa khalaqnaakum 'abatsaw wa annakum ilainaa laa turja'uun.  
Terjemahan: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

**116.** فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ﴿١١٦﴾  
Rumi: Fata'aalallaahul malikul haqqu laa ilaaha illaa huwa rabbul 'arsyil kariim.  
Terjemahan: Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

**117.** وَمَن يَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرۡهَٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴿١١٧﴾  
Rumi: Wa may yad'u ma'allaahi ilaahan aakhara laa burhaana lahuu bihii fa innamaa hisaabuhuu 'inda rabbihii innahuu laa yuflihul kaafiruun.  
Terjemahan: Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

**118.** وَقُل رَّبِّ ٱغۡفِرۡ وَٱرۡحَمۡ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٰحِمِينَ ﴿١١٨﴾  
Rumi: Wa qur rabbigh fir warham wa anta khairur raahimiin.  
Terjemahan: Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 23 daripada 114
- **Maksud nama:** Orang-Orang yang Beriman
- **Bilangan ayat:** 118
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 74
- **Juzuk:** 18

## Mengenai Surah Al-Mu'minun

Mu'minun bermaksud "orang yang beriman". Nama surah diambil daripada ayat pertama yang bermaksud "Sesungguhnya orang beriman telah berjaya" dan ayat-ayat seterusnya yang menyenaraikan sifat orang beriman. Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 118 ayat. Surah ini ialah surah kedua puluh tiga dalam mushaf; berada pada urutan 74 dalam susunan penurunan yang lazim.

Juz kelapan belas mushaf bermula dengan surah ini. Ayat 12-14 yang menerangkan peringkat penciptaan manusia dalam rahim dan ayat 97-98 yang mengajarkan permohonan perlindungan Allah daripada hasutan syaitan terdapat dalam surah ini. Ayat awal mengkhabarkan kejayaan orang beriman, manakala menjelang akhir dinyatakan bahawa orang kafir tidak akan berjaya.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Mu'minun

Surah al-Mu'minun diturunkan menjelang penghujung zaman Makkah. Ketika itu orang musyrik dengan sombong menolak penyampaian Nabi, menganggap kebangkitan selepas mati sesuatu yang amat tidak mungkin dan menuduh baginda gila. Surah menjawab sikap ini; mengingatkan bahawa kaum terdahulu juga mendustakan nabi mereka dengan dakwaan serupa.

Sebahagian sumber tafsir meriwayatkan bahawa kesusahan yang menimpa orang kafir dalam ayat 75-76 ialah kebuluran di Makkah. Tiada sebab penurunan tertentu yang diketahui bagi keseluruhan surah.

## Kandungan Surah Al-Mu'minun

Surah ini bermula dengan khabar gembira bahawa orang beriman yang khusyuk dalam solat, berpaling daripada perkataan dan perbuatan sia-sia, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri, memelihara amanah dan janji serta menjaga solat mereka telah berjaya dan akan mewarisi syurga Firdaus. Kemudian diterangkan penciptaan manusia daripada tanah liat dan perkembangannya secara berperingkat dalam rahim, kematian dan kebangkitan; langit, hujan, tumbuhan, haiwan dan kapal diingatkan sebagai nikmat Allah.

Diceritakan pendustaan terhadap Nabi Nuh dan nabi-nabi selepasnya, Nabi Musa dan Nabi Harun; dinyatakan bahawa Maryam dan puteranya dijadikan tanda pengajaran. Dinyatakan bahawa para nabi diperintahkan memakan yang baik dan beramal soleh. Dipuji orang beriman yang berlumba dalam kebaikan dan takut kepada Tuhan mereka, serta dikritik kesombongan orang kafir.

Percanggahan orang musyrik ditunjukkan melalui soalan tentang Allah sebagai Pemilik langit dan bumi. Digambarkan orang yang ingin kembali ke dunia ketika kematian, alam barzakh, tiupan sangkakala dan penimbangan amalan. Surah berakhir dengan doa memohon keampunan dan rahmat sambil mengingatkan bahawa manusia tidak diciptakan sia-sia.

## Kelebihan Surah Al-Mu'minun

Terdapat riwayat yang diketahui tentang ayat awal surah al-Mu'minun. Menurut riwayat al-Tirmizi dan Ahmad bin Hanbal daripada Umar, selepas menerima wahyu, Nabi mengatakan bahawa sepuluh ayat diturunkan kepada baginda dan orang yang menunaikannya akan masuk syurga, lalu membaca sepuluh ayat pertama surah ini. Namun para ulama hadis menilai riwayat ini daif kerana kelemahan sanadnya.

Kedaifan riwayat tidak mengurangkan nilai sifat yang disebut dalam ayat-ayat tersebut; ayat-ayat ini sentiasa ditonjolkan sebagai gambaran ringkas kehidupan ibadah dan akhlak orang beriman.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Al-Mu'minun

- [Doa Nabi Nuh memohon pertolongan Surah Al-Mu'minun, ayat 26](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-nuh-memohon-pertolongan/)
- [Rabbi Anzilni Munzalan Mubarakan Surah Al-Mu'minun, ayat 29](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbi-anzilni-munzalan-mubarakan/)
- [Doa agar dijauhkan daripada orang yang zalim Surah Al-Mu'minun, ayat 93-94](https://yasinsurah.com/ms/doa/agar-dijauhkan-daripada-orang-yang-zalim/)
- [Doa memohon perlindungan Allah daripada syaitan Surah Al-Mu'minun, ayat 97-98](https://yasinsurah.com/ms/doa/memohon-perlindungan-allah-daripada-syaitan/)
- [Rabbana Amanna Faghfir Lana Surah Al-Mu'minun, ayat 109](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbana-amanna-faghfir-lana/)
- [Afahasibtum Surah Al-Mu'minun, ayat 115-118](https://yasinsurah.com/ms/doa/afahasibtum/)

## Soalan lazim tentang Surah Al-Mu'minun

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Mu'minun?

Surah Al-Mu'minun mempunyai 118 ayat.

### Apakah maksud Al-Mu'minun?

Al-Mu'minun bermaksud “Orang-Orang yang Beriman”.

### Adakah Surah Al-Mu'minun Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Mu'minun ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-74.

### Surah Al-Mu'minun dalam juzuk berapa?

Surah Al-Mu'minun terdapat dalam juzuk 18.

### Surah Al-Mu'minun ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Mu'minun ialah surah ke-23 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Hajj dan sebelum Surah An-Nur.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Mu'minun di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Mu'minun oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 22. Al-Hajj](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-hajj/)
- [Surah seterusnya 24. An-Nur](https://yasinsurah.com/ms/surah-an-nur/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
