# Surah Al-Mumtahanah الممتحنة

> Surah Al-Mumtahanah (Wanita yang Diuji) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-mumtahanah/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-60 daripada 114 · Juzuk 28

13 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-91

Surah al-Mumtahanah diturunkan di Madinah dan mempunyai 13 ayat. Surah ini menasihatkan orang beriman agar tidak menjadikan musuh Islam sebagai teman kepercayaan; menggalakkan kebaikan dan keadilan terhadap mereka yang tidak memerangi, serta menyatakan hukum wanita beriman yang berhijrah.

## Surah Al-Mumtahanah dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمۡ أَوۡلِيَآءَ تُلۡقُونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَقَدۡ كَفَرُواْ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلۡحَقِّ يُخۡرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمۡ أَن تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ رَبِّكُمۡ إِن كُنتُمۡ خَرَجۡتُمۡ جِهَٰدٗا فِي سَبِيلِي وَٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِيۚ تُسِرُّونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعۡلَمُ بِمَآ أَخۡفَيۡتُمۡ وَمَآ أَعۡلَنتُمۡۚ وَمَن يَفۡعَلۡهُ مِنكُمۡ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ ﴿١﴾  
Rumi: Yaa ayyuhal ladziina aamanuu laa tattakhidzuu 'aduwwii wa 'aduwwakum auliyaa'a tulquuna ilaihim bil mawaddati wa qad kafaruu bimaa jaa'akum minal haqqi yukhrijuunar rasuula wa iyyaakum an tu'minuu billaahi rabbikum in kuntum kharajtum jihaadan fii sabiilii wabtighaa'a mardhaatii tusirruuna ilaihim bil mawaddati wa ana a'lamu bimaa akhfaitum wa maa a'lantum wa may yaf'alhu minkum faqad dhalla sawaa'as sabiil.  
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

**2.** إِن يَثۡقَفُوكُمۡ يَكُونُواْ لَكُمۡ أَعۡدَآءٗ وَيَبۡسُطُوٓاْ إِلَيۡكُمۡ أَيۡدِيَهُمۡ وَأَلۡسِنَتَهُم بِٱلسُّوٓءِ وَوَدُّواْ لَوۡ تَكۡفُرُونَ ﴿٢﴾  
Rumi: Iy yatsqafuukum yakuunuu lakum a'daa'aw wa yabsuthuu ilaikum aidiyahum wa alsinatahum bis suu'i wa wadduu lau takfuruun.  
Terjemahan: Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

**3.** لَن تَنفَعَكُمۡ أَرۡحَامُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُكُمۡۚ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ يَفۡصِلُ بَيۡنَكُمۡۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ﴿٣﴾  
Rumi: Lan tanfa'akum arhaamukum wa laa aulaadukum yaumal qiyaamati yafshilu bainakum wallaahu bimaa ta'maluuna bashiir.  
Terjemahan: Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.

**4.** قَدۡ كَانَتۡ لَكُمۡ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ فِيٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ إِذۡ قَالُواْ لِقَوۡمِهِمۡ إِنَّا بُرَءَٰٓؤُاْ مِنكُمۡ وَمِمَّا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ كَفَرۡنَا بِكُمۡ وَبَدَا بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٰوَةُ وَٱلۡبَغۡضَآءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَحۡدَهُۥٓ إِلَّا قَوۡلَ إِبۡرَٰهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسۡتَغۡفِرَنَّ لَكَ وَمَآ أَمۡلِكُ لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن شَيۡءٖۖ رَّبَّنَا عَلَيۡكَ تَوَكَّلۡنَا وَإِلَيۡكَ أَنَبۡنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ ﴿٤﴾  
Rumi: Qad kaanat lakum uswatun hasanatun fii ibraahiima wal ladziina ma'ahuu idz qaaluu liqaumihim innaa bura'aa'u minkum wa mimmaa ta'buduuna min duunillaahi kafarnaa bikum wa badaa bainanaa wa bainakumul 'adaawatu wal baghdhaa'u abadan hattaa tu'minuu billaahi wahdahuu illaa qaula ibraahiima li'abiihi la'astaghfiranna laka wa maa amliku laka minallaahi min syai'ir rabbanaa 'alaika tawakkalnaa wa ilaika anabnaa wa ilaikal mashiir.  
Terjemahan: Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata”, tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): “Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu”. (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

**5.** رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةٗ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ وَٱغۡفِرۡ لَنَا رَبَّنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٥﴾  
Rumi: Rabbanaa laa taj'alnaa fitnatal lil ladziina kafaruu waghfir lanaa rabbanaa innaka antal 'aziizul hakiim.  
Terjemahan: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

**6.** لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِيهِمۡ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ ﴿٦﴾  
Rumi: Laqad kaana lakum fiihim uswatun hasanatul liman kaana yarjullaaha wal yaumal aakhira wa may yatawalla fa innallaaha huwal ghaniyyul hamiid.  
Terjemahan: Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

**7.** ۞ عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ﴿٧﴾  
Rumi: 'Asallaahu ay yaj'ala bainakum wa bainal ladziina 'aadaitum minhum mawaddataw wallaahu qadiiruw wallaahu ghafuurur rahiim.  
Terjemahan: Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

**8.** لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ﴿٨﴾  
Rumi: Laa yanhaakumullaahu 'anil ladziina lam yuqaatiluukum fid diini wa lam yukhrijuukum min diyaarikum an tabarruuhum wa tuqsithuu ilaihim innallaaha yuhibbul muqsithiin.  
Terjemahan: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

**9.** إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ﴿٩﴾  
Rumi: Innamaa yanhaakumullaahu 'anil ladziina qaataluukum fid diini wa akhrajuukum min diyaarikum wa zhaaharuu 'alaa ikhraajikum an tawallauhum wa may yatawallahum fa ulaa'ika humuzh zhaalimuun.  
Terjemahan: Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

**10.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا جَآءَكُمُ ٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ مُهَٰجِرَٰتٖ فَٱمۡتَحِنُوهُنَّۖ ٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِإِيمَٰنِهِنَّۖ فَإِنۡ عَلِمۡتُمُوهُنَّ مُؤۡمِنَٰتٖ فَلَا تَرۡجِعُوهُنَّ إِلَى ٱلۡكُفَّارِۖ لَا هُنَّ حِلّٞ لَّهُمۡ وَلَا هُمۡ يَحِلُّونَ لَهُنَّۖ وَءَاتُوهُم مَّآ أَنفَقُواْۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ أَن تَنكِحُوهُنَّ إِذَآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّۚ وَلَا تُمۡسِكُواْ بِعِصَمِ ٱلۡكَوَافِرِ وَسۡـَٔلُواْ مَآ أَنفَقۡتُمۡ وَلۡيَسۡـَٔلُواْ مَآ أَنفَقُواْۚ ذَٰلِكُمۡ حُكۡمُ ٱللَّهِ يَحۡكُمُ بَيۡنَكُمۡۖ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٞ ﴿١٠﴾  
Rumi: Yaa ayyuhal ladziina aamanuu idzaa jaa'akumul mu'minaatu muhaajiraatin famtahinuuhunnallaahu a'lamu bi'iimaanihinna fa in 'alimtumuuhunna mu'minaatin falaa tarji'uuhunna ilal kuffaari laa hunna hillul lahum wa laa hum yahilluuna lahunna wa aatuuhum maa anfaquu wa laa junaaha 'alaikum an tankihuuhunna idzaa aataitumuuhunna ujuurahunna wa laa tumsikuu bi'ishamil kawaafiri was'aluu maa anfaqtum walyas'aluu maa anfaquu dzaalikum hukmullaahi yahkumu bainakum wallaahu 'aliimun hakiim.  
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

**11.** وَإِن فَاتَكُمۡ شَيۡءٞ مِّنۡ أَزۡوَٰجِكُمۡ إِلَى ٱلۡكُفَّارِ فَعَاقَبۡتُمۡ فَـَٔاتُواْ ٱلَّذِينَ ذَهَبَتۡ أَزۡوَٰجُهُم مِّثۡلَ مَآ أَنفَقُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِيٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ ﴿١١﴾  
Rumi: Wa in faatakum syai'um min azwaajikum ilal kuffaari fa'aaqabtum fa aatul ladziina dzahabat azwaajuhum mitsla maa anfaquu wattaqullaahal ladzii antum bihii mu'minuun.  
Terjemahan: Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti maskahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.

**12.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡـٔٗا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَٰنٖ يَفۡتَرِينَهُۥ بَيۡنَ أَيۡدِيهِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِي مَعۡرُوفٖ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ﴿١٢﴾  
Rumi: Yaa ayyuhan nabiyyu idzaa jaa'akal mu'minaatu yubaayi'naka 'alaa al laa yusyrikna billaahi syai'aw wa laa yasriqna wa laa yazniina wa laa yaqtulna aulaadahunna wa laa ya'tiina bibuhtaaniy yaftariinahuu baina aidiihinna wa arjulihinna wa laa ya'shiinaka fii ma'ruufin fabaayi'hunna wastaghfir lahunnallaaha innallaaha ghafuurur rahiim.  
Terjemahan: Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

**13.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَوَلَّوۡاْ قَوۡمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ قَدۡ يَئِسُواْ مِنَ ٱلۡأٓخِرَةِ كَمَا يَئِسَ ٱلۡكُفَّارُ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡقُبُورِ ﴿١٣﴾  
Rumi: Yaa ayyuhal ladziina aamanuu laa tatawallau qauman ghadhiballaahu 'alaihim qad ya'isuu minal aakhirati kamaa ya'isal kuffaaru min ashhaabil qubuur.  
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 60 daripada 114
- **Maksud nama:** Wanita yang Diuji
- **Bilangan ayat:** 13
- **Diturunkan di:** Madinah
- **Urutan penurunan:** 91
- **Juzuk:** 28

## Mengenai Surah Al-Mumtahanah

Nama surah diambil daripada ungkapan dalam ayat kesepuluh yang memerintahkan "pengujian" wanita beriman yang datang berhijrah. Perkataan ini dibaca dalam dua bentuk: "Mumtahanah" (wanita yang diuji) dan "Mumtahinah" (yang menguji).

Surah ini diturunkan di Madinah dan mempunyai 13 ayat. Surah ini yang ke-60 dalam susunan mushaf, ke-91 menurut susunan penurunan yang lazim dan terdapat dalam juz 28.

Surah menetapkan ukuran hubungan umat Islam dengan orang kafir pada tempoh genting antara Perjanjian Hudaibiyah dan pembukaan Makkah. Surah melarang persahabatan dengan mereka yang bermusuhan, dan jelas menyatakan tidak dilarang berbuat baik serta berlaku adil terhadap mereka yang tidak memerangi kerana agama dan tidak mengusir umat Islam dari negeri mereka.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Mumtahanah

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ali bahawa ayat awal surah diturunkan berhubung peristiwa ketika persiapan pembukaan Makkah. Menurutnya, Hatib bin Abu Balta'ah, seorang peserta Badar, menghantar surat kepada Quraisy yang memberitahu persiapan ekspedisi untuk melindungi kerabatnya yang tinggal di Makkah; Nabi mengetahuinya dan memerintahkan surat dipintas dalam perjalanan. Penjelasan ikhlas Hatib diterima, tetapi ayat menyatakan hubungan kepercayaan seperti ini tidak sesuai bagi orang beriman.

Ayat kesepuluh pula diturunkan tentang wanita beriman yang meninggalkan Makkah dan berlindung di Madinah selepas Perjanjian Hudaibiyah. Ayat ini memerintahkan iman mereka diuji dan, jika didapati beriman, mereka tidak dipulangkan kepada orang kafir.

## Kandungan Surah Al-Mumtahanah

Surah ini bermula dengan melarang mengambil musuh Allah dan orang beriman sebagai sahabat serta memberikan kasih kepada mereka; diingatkan bahawa apabila mendapat peluang mereka akan memusuhi orang beriman, dan pada hari kiamat kekeluargaan serta anak tidak bermanfaat.

Kemudian keteguhan Nabi Ibrahim dan mereka yang bersamanya berlepas diri daripada kaum penyembah berhala ditampilkan sebagai teladan baik bagi orang beriman. Dijelaskan bahawa Allah boleh menukar permusuhan dengan mereka yang dimusuhi menjadi kasih. Diterangkan bahawa kebaikan dan keadilan terhadap mereka yang tidak memerangi kerana agama serta tidak mengusir dari negeri tidak dilarang; yang dilarang ialah persahabatan dengan mereka yang memerangi orang beriman.

Dinyatakan hukum pengujian iman wanita beriman yang berhijrah, tidak memulangkan mereka kepada suami kafir serta hukum mahar. Disenaraikan tanggungjawab wanita yang berbai'ah kepada Nabi. Surah berakhir dengan peringatan agar tidak bersahabat dengan kaum yang dimurkai Allah.

## Kelebihan Surah Al-Mumtahanah

Ayat kedua belas surah al-Mumtahanah berkait langsung dengan amalan baiah Nabi. Menurut riwayat al-Bukhari daripada Aisyah, Nabi menguji perempuan-perempuan beriman yang berhijrah dengan ayat ini; kepada yang menerima syarat-syarat dalam ayat itu, baginda berkata, "Aku telah membaiahmu"; baginda menerima baiah ini hanya dengan kata-kata, tanpa tangan baginda menyentuh tangan seorang perempuan pun. Juga dalam al-Bukhari, Ummu Athiyyah menceritakan bahawa semasa baiah Nabi membacakan ayat ini kepada mereka dan melarang meratapi mayat. Ubadah bin al-Samit juga menukilkan bahawa Nabi mengambil janji daripada lelaki atas dasar yang sama dan membaca "ayat para perempuan".

Adapun riwayat dalam sesetengah tafsir yang memberitahu bahawa pada hari kiamat kaum mukminin dan mukminat akan menjadi pemberi syafaat bagi pembaca surah ini tidak sahih; al-Tarablusi menyebutnya dalam karyanya yang menghimpunkan riwayat-riwayat yang sangat daif dan palsu.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Al-Mumtahanah

- [Rabbana 'Alaika Tawakkalna Surah Al-Mumtahanah, ayat 4-5](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbana-alaika-tawakkalna/)

## Soalan lazim tentang Surah Al-Mumtahanah

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Mumtahanah?

Surah Al-Mumtahanah mempunyai 13 ayat.

### Apakah maksud Al-Mumtahanah?

Al-Mumtahanah bermaksud “Wanita yang Diuji”.

### Adakah Surah Al-Mumtahanah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Mumtahanah ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-91.

### Surah Al-Mumtahanah dalam juzuk berapa?

Surah Al-Mumtahanah terdapat dalam juzuk 28.

### Surah Al-Mumtahanah ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Mumtahanah ialah surah ke-60 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Hasyr dan sebelum Surah As-Saff.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Mumtahanah di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Mumtahanah oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 59. Al-Hasyr](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-hasyr/)
- [Surah seterusnya 61. As-Saff](https://yasinsurah.com/ms/surah-as-saff/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
