# Surah Al-Mursalat المرسلات

> Surah Al-Mursalat (Malaikat-Malaikat yang Diutus) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-al-mursalat/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-77 daripada 114 · Juzuk 29

50 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-33

Surah al-Mursalat diturunkan di Makkah dan mempunyai 50 ayat. Surah ini mengesahkan dengan sumpah bahawa kiamat pasti datang; menyenaraikan bukti kekuasaan Allah sambil berulang kali mengingatkan amaran "Celakalah pada hari itu bagi para pendusta!".

## Surah Al-Mursalat dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** وَٱلۡمُرۡسَلَٰتِ عُرۡفٗا ﴿١﴾  
Rumi: Wal mursalaati 'urfaa.  
Terjemahan: Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),

**2.** فَٱلۡعَٰصِفَٰتِ عَصۡفٗا ﴿٢﴾  
Rumi: Fal 'aashifaati 'ashfaa.  
Terjemahan: Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,

**3.** وَٱلنَّٰشِرَٰتِ نَشۡرٗا ﴿٣﴾  
Rumi: Wan naasyiraati nasyraa.  
Terjemahan: Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,

**4.** فَٱلۡفَٰرِقَٰتِ فَرۡقٗا ﴿٤﴾  
Rumi: Fal faariqaati farqaa.  
Terjemahan: Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,

**5.** فَٱلۡمُلۡقِيَٰتِ ذِكۡرًا ﴿٥﴾  
Rumi: Fal mulqiyaati dzikraa.  
Terjemahan: Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),

**6.** عُذۡرًا أَوۡ نُذۡرًا ﴿٦﴾  
Rumi: 'Udzran au nudzraa.  
Terjemahan: Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -

**7.** إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَٰقِعٞ ﴿٧﴾  
Rumi: Innamaa tuu'aduuna lawaaqi'.  
Terjemahan: (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.

**8.** فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتۡ ﴿٨﴾  
Rumi: Fa idzan nujuumu thumisat.  
Terjemahan: Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;

**9.** وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ فُرِجَتۡ ﴿٩﴾  
Rumi: Wa idzas samaa'u furijat.  
Terjemahan: Dan apabila langit terbelah;

**10.** وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ نُسِفَتۡ ﴿١٠﴾  
Rumi: Wa idzal jibaalu nusifat.  
Terjemahan: Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;

**11.** وَإِذَا ٱلرُّسُلُ أُقِّتَتۡ ﴿١١﴾  
Rumi: Wa idzar rusulu uqqitat.  
Terjemahan: Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).

**12.** لِأَيِّ يَوۡمٍ أُجِّلَتۡ ﴿١٢﴾  
Rumi: Li'ayyi yaumin ujjilat.  
Terjemahan: (Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?

**13.** لِيَوۡمِ ٱلۡفَصۡلِ ﴿١٣﴾  
Rumi: Liyaumil fashl.  
Terjemahan: (Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.

**14.** وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa maa adraaka maa yaumul fashl.  
Terjemahan: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?

**15.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿١٥﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!

**16.** أَلَمۡ نُهۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٦﴾  
Rumi: Alam nuhlikil awwaliin.  
Terjemahan: Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?

**17.** ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿١٧﴾  
Rumi: Tsumma nutbi'uhumul aakhiriin.  
Terjemahan: Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.

**18.** كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ﴿١٨﴾  
Rumi: Kadzaalika naf'alu bil mujrimiin.  
Terjemahan: Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.

**19.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿١٩﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!

**20.** أَلَمۡ نَخۡلُقكُّم مِّن مَّآءٖ مَّهِينٖ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Alam nakhlukkum mim maa'im mahiin.  
Terjemahan: Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?

**21.** فَجَعَلۡنَٰهُ فِي قَرَارٖ مَّكِينٍ ﴿٢١﴾  
Rumi: Faja'alnaahu fii qaraarim makiin.  
Terjemahan: Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,

**22.** إِلَىٰ قَدَرٖ مَّعۡلُومٖ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Ilaa qadarim ma'luum.  
Terjemahan: Hingga ke suatu masa yang termaklum?

**23.** فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَٰدِرُونَ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Faqadarnaa fani'mal qaadiruun.  
Terjemahan: Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!

**24.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!

**25.** أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ كِفَاتًا ﴿٢٥﴾  
Rumi: Alam naj'alil ardha kifaataa.  
Terjemahan: Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -

**26.** أَحۡيَآءٗ وَأَمۡوَٰتٗا ﴿٢٦﴾  
Rumi: Ahyaa'aw wa amwaataa.  
Terjemahan: Yang hidup dan yang mati?

**27.** وَجَعَلۡنَا فِيهَا رَوَٰسِيَ شَٰمِخَٰتٖ وَأَسۡقَيۡنَٰكُم مَّآءٗ فُرَاتٗا ﴿٢٧﴾  
Rumi: Wa ja'alnaa fiihaa rawaasiya syaamikhaatiw wa asqainaakum maa'an furaataa.  
Terjemahan: Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?

**28.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!

**29.** ٱنطَلِقُوٓاْ إِلَىٰ مَا كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Inthaliquu ilaa maa kuntum bihii tukadzdzibuun.  
Terjemahan: (Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): “Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.

**30.** ٱنطَلِقُوٓاْ إِلَىٰ ظِلّٖ ذِي ثَلَٰثِ شُعَبٖ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Inthaliquu ilaa zhillin dzii tsalaatsi syu'ab.  
Terjemahan: “Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -

**31.** لَّا ظَلِيلٖ وَلَا يُغۡنِي مِنَ ٱللَّهَبِ ﴿٣١﴾  
Rumi: Laa zhaliiliw wa laa yughnii minal lahab.  
Terjemahan: “Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.

**32.** إِنَّهَا تَرۡمِي بِشَرَرٖ كَٱلۡقَصۡرِ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Innahaa tarmii bisyararin kal qashr.  
Terjemahan: “Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,

**33.** كَأَنَّهُۥ جِمَٰلَتٞ صُفۡرٞ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Ka'annahuu jimaalatun shufr.  
Terjemahan: “(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning”.

**34.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).

**35.** هَٰذَا يَوۡمُ لَا يَنطِقُونَ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Haadzaa yaumu laa yanthiquun.  
Terjemahan: Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),

**36.** وَلَا يُؤۡذَنُ لَهُمۡ فَيَعۡتَذِرُونَ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Wa laa yu'dzanu lahum faya'tadziruun.  
Terjemahan: Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.

**37.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!

**38.** هَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِۖ جَمَعۡنَٰكُمۡ وَٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Haadzaa yaumul fashli jama'naakum wal awwaliin.  
Terjemahan: Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).

**39.** فَإِن كَانَ لَكُمۡ كَيۡدٞ فَكِيدُونِ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Fa in kaana lakum kaidun fakiiduun.  
Terjemahan: Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.

**40.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!

**41.** إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي ظِلَٰلٖ وَعُيُونٖ ﴿٤١﴾  
Rumi: Innal muttaqiina fii zhilaaliw wa 'uyuun.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -

**42.** وَفَوَٰكِهَ مِمَّا يَشۡتَهُونَ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Wa fawaakiha mimmaa yasytahuun.  
Terjemahan: Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.

**43.** كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Kuluu wasyrabuu hanii'am bimaa kuntum ta'maluun.  
Terjemahan: (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”

**44.** إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Innaa kadzaalika najzil muhsiniin.  
Terjemahan: Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

**45.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!

**46.** كُلُواْ وَتَمَتَّعُواْ قَلِيلًا إِنَّكُم مُّجۡرِمُونَ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Kuluu wa tamatta'uu qaliilan innakum mujrimuun.  
Terjemahan: Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.

**47.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -

**48.** وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرۡكَعُواْ لَا يَرۡكَعُونَ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wa idzaa qiila lahumur ka'uu laa yarka'uun.  
Terjemahan: Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Taatlah dan kerjakanlah sembahyang”, mereka enggan mengerjakannya.

**49.** وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Wailuy yauma'idzil lil mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!

**50.** فَبِأَيِّ حَدِيثِۭ بَعۡدَهُۥ يُؤۡمِنُونَ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Fabi'ayyi hadiitsim ba'dahuu yu'minuun.  
Terjemahan: (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 77 daripada 114
- **Maksud nama:** Malaikat-Malaikat yang Diutus
- **Bilangan ayat:** 50
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 33
- **Juzuk:** 29

## Mengenai Surah Al-Mursalat

Nama surah diambil daripada perkataan "al-mursalat" yang dijadikan sumpah dalam ayat pertama. Perkataan ini bermaksud "yang diutus berturut-turut"; ahli tafsir mengatakan ini merujuk kepada angin atau malaikat yang membawa perintah Allah. Diriwayatkan bahawa berdasarkan satu perkataan dalam ayat yang sama, surah juga disebut "surah 'Urf".

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 50 ayat. Surah ini yang ke-77 dalam susunan mushaf, ke-33 menurut susunan penurunan yang lazim dan surah terakhir juz 29.

Ayat yang bermaksud "Celakalah pada hari itu bagi para pendusta!" diulang sepuluh kali. Pengulangan ini memberikan peringatan kepada orang kafir selepas setiap bukti dan gambaran, serta irama kuat yang tersendiri kepada surah.

## Latar belakang penurunan Surah Al-Mursalat

Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas'ud, surah ini diturunkan ketika sahabat bersama Nabi dalam gua di Mina; ketika Nabi membaca, mereka mempelajarinya terus daripada mulut baginda. Ketika itu seekor ular muncul, sahabat berlari untuk membunuhnya tetapi ular melarikan diri. Lalu Nabi bersabda, "Kamu dilindungi daripada keburukannya, dan ia dilindungi daripada keburukan kamu".

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik berkeras mengingkari kebangkitan dan hari perhitungan, serta mengingatkan kebinasaan kaum terdahulu dan kekuasaan dalam penciptaan.

## Kandungan Surah Al-Mursalat

Dengan sumpah demi yang diutus berturut-turut, yang bertiup kuat, yang menyebarkan, yang memisahkan dan yang menyampaikan peringatan, surah menyatakan apa yang dijanjikan pasti berlaku. Digambarkan hari pemisahan ketika bintang dihapuskan, langit terbelah, gunung dihamburkan dan waktu ditetapkan bagi kesaksian para rasul.

Diingatkan orang kafir terdahulu dibinasakan, manusia diciptakan daripada air hina lalu dijaga dalam rahim untuk tempoh tertentu, bumi dijadikan tempat menghimpunkan yang hidup dan mati, gunung kukuh ditempatkan serta air tawar diberikan untuk diminum. Selepas setiap bukti, peringatan kepada pendusta diulang.

Dinyatakan orang kafir akan dihantar kepada asap tiga cabang yang tidak memberikan teduhan serta api yang melemparkan percikan sebesar istana, dan pada hari itu tidak dapat berbicara atau meminta maaf. Orang bertakwa pula dikhabarkan dimuliakan dalam teduhan dan mata air dengan buah yang diinginkan. Mereka yang tidak tunduk apabila disuruh "Rukuklah" dikecam, dan surah berakhir dengan soalan perkataan manakah selepas al-Quran yang akan mereka percayai.

## Kelebihan Surah Al-Mursalat

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Ummu al-Fadl, isteri Abbas, mendengar Nabi membaca surah ini dalam solat Maghrib dan itulah bacaan terakhir yang didengarnya daripada baginda.

Menurut riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas, apabila Abu Bakar berkata "Wahai Rasulullah, rambutmu telah beruban", Nabi bersabda "Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, 'Amma yatasa'alun dan Idhasy-syamsu kuwwirat telah membuatku tua".

Al-Tirmizi menyifatkan riwayat ini "hasan gharib". Oleh sebab hadis diriwayatkan dengan sanad dan lafaz berbeza, kesahihannya diperselisihkan ulama hadis; sebahagian menilainya daif dengan menarik perhatian kepada perselisihan sanad, manakala sebahagian menerimanya.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah Al-Mursalat

### Berapakah bilangan ayat Surah Al-Mursalat?

Surah Al-Mursalat mempunyai 50 ayat.

### Apakah maksud Al-Mursalat?

Al-Mursalat bermaksud “Malaikat-Malaikat yang Diutus”.

### Adakah Surah Al-Mursalat Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Mursalat ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-33.

### Surah Al-Mursalat dalam juzuk berapa?

Surah Al-Mursalat terdapat dalam juzuk 29.

### Surah Al-Mursalat ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Mursalat ialah surah ke-77 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Insan dan sebelum Surah An-Naba'.

### Bolehkah saya mendengar Surah Al-Mursalat di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Mursalat oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 76. Al-Insan](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-insan/)
- [Surah seterusnya 78. An-Naba'](https://yasinsurah.com/ms/surah-an-naba/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
