# Surah An-Najm النجم

> Surah An-Najm (Bintang) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Najm diturunkan di Makkah…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-an-najm/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-53 daripada 114 · Juzuk 27

62 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-23

Surah al-Najm diturunkan di Makkah dan mempunyai 62 ayat. Surah ini menerangkan kebenaran wahyu yang diterima Nabi dan penglihatannya terhadap Jibril; menyatakan penyembahan berhala tidak berasas dan setiap orang bertanggungjawab atas amalannya sendiri.

## Surah An-Najm dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** وَٱلنَّجۡمِ إِذَا هَوَىٰ ﴿١﴾  
Rumi: Wan najmi idzaa hawaa.  
Terjemahan: Demi bintang semasa ia menjunam, -

**2.** مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمۡ وَمَا غَوَىٰ ﴿٢﴾  
Rumi: Maa dhalla shaahibukum wa maa ghawaa.  
Terjemahan: Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

**3.** وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ ﴿٣﴾  
Rumi: Wa maa yanthiqu 'anil hawaa.  
Terjemahan: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

**4.** إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ ﴿٤﴾  
Rumi: In huwa illaa wahyuy yuuhaa.  
Terjemahan: Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

**5.** عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلۡقُوَىٰ ﴿٥﴾  
Rumi: 'Allamahuu syadiidul quwaa.  
Terjemahan: wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -

**6.** ذُو مِرَّةٖ فَٱسۡتَوَىٰ ﴿٦﴾  
Rumi: Dzuu mirratin fastawaa.  
Terjemahan: Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -

**7.** وَهُوَ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡأَعۡلَىٰ ﴿٧﴾  
Rumi: Wa huwa bil ufuqil a'laa.  
Terjemahan: Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);

**8.** ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ ﴿٨﴾  
Rumi: Tsumma danaa fatadallaa.  
Terjemahan: Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

**9.** فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ ﴿٩﴾  
Rumi: Fakaana qaaba qausaini au adnaa.  
Terjemahan: Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

**10.** فَأَوۡحَىٰٓ إِلَىٰ عَبۡدِهِۦ مَآ أَوۡحَىٰ ﴿١٠﴾  
Rumi: Fa auhaa ilaa 'abdihii maa auhaa.  
Terjemahan: Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

**11.** مَا كَذَبَ ٱلۡفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ ﴿١١﴾  
Rumi: Maa kadzabal fu'aadu maa ra'aa.  
Terjemahan: Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

**12.** أَفَتُمَٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ ﴿١٢﴾  
Rumi: Afatumaaruunahuu 'alaa maa yaraa.  
Terjemahan: Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

**13.** وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ ﴿١٣﴾  
Rumi: Wa laqad ra'aahu nazlatan ukhraa.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

**14.** عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ ﴿١٤﴾  
Rumi: 'Inda sidratil muntahaa.  
Terjemahan: Di sisi “Sidratul-Muntaha”;

**15.** عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ ﴿١٥﴾  
Rumi: 'Indahaa jannatul ma'waa.  
Terjemahan: Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

**16.** إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ ﴿١٦﴾  
Rumi: Idz yaghsyas sidrata maa yaghsyaa.  
Terjemahan: (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

**17.** مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ ﴿١٧﴾  
Rumi: Maa zaaghal basharu wa maa thaghaa.  
Terjemahan: Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

**18.** لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ ﴿١٨﴾  
Rumi: Laqad ra'aa min aayaati rabbihil kubraa.  
Terjemahan: Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

**19.** أَفَرَءَيۡتُمُ ٱللَّٰتَ وَٱلۡعُزَّىٰ ﴿١٩﴾  
Rumi: Afara'aitumul laata wal 'uzzaa.  
Terjemahan: (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa “Al-Laat” dan “Al-Uzza” -

**20.** وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰٓ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Wa manaatats tsaalitsatal ukhraa.  
Terjemahan: Serta “Manaat” yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?

**21.** أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلۡأُنثَىٰ ﴿٢١﴾  
Rumi: Alakumudz dzakaru wa lahul untsaa.  
Terjemahan: Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?

**22.** تِلۡكَ إِذٗا قِسۡمَةٞ ضِيزَىٰٓ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Tilka idzan qismatun dhiizaa.  
Terjemahan: Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.

**23.** إِنۡ هِيَ إِلَّآ أَسۡمَآءٞ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلۡطَٰنٍۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ ﴿٢٣﴾  
Rumi: In hiya illaa asmaa'un sammaitumuuhaa antum wa aabaa'ukum maa anzalallaahu bihaa min sulthaanin iy yattabi'uuna illazh zhanna wa maa tahwal anfusu wa laqad jaa'ahum mir rabbihimul hudaa.  
Terjemahan: Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.

**24.** أَمۡ لِلۡإِنسَٰنِ مَا تَمَنَّىٰ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Am lil insaani maa tamannaa.  
Terjemahan: Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).

**25.** فَلِلَّهِ ٱلۡأٓخِرَةُ وَٱلۡأُولَىٰ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Falillaahil aakhiratu wal uulaa.  
Terjemahan: Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.

**26.** ۞ وَكَم مِّن مَّلَكٖ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ لَا تُغۡنِي شَفَٰعَتُهُمۡ شَيۡـًٔا إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ أَن يَأۡذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرۡضَىٰٓ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Wa kam mim malakin fis samaawaati laa tughnii syafaa'atuhum syai'an illaa mim ba'di ay ya'dzanallaahu limay yasyaa'u wa yardhaa.  
Terjemahan: (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.

**27.** إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِ لَيُسَمُّونَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ تَسۡمِيَةَ ٱلۡأُنثَىٰ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Innal ladziina laa yu'minuuna bil aakhirati layusammuunal malaa'ikata tasmiyatal untsaa.  
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,

**28.** وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِي مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡـٔٗا ﴿٢٨﴾  
Rumi: Wa maa lahum bihii min 'ilmin iy yattabi'uuna illazh zhanna wa innazh zhanna laa yughnii minal haqqi syai'aa.  
Terjemahan: Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

**29.** فَأَعۡرِضۡ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكۡرِنَا وَلَمۡ يُرِدۡ إِلَّا ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ﴿٢٩﴾  
Rumi: Fa a'ridh 'am man tawallaa 'an dzikrinaa wa lam yurid illal hayaatad dunyaa.  
Terjemahan: Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.

**30.** ذَٰلِكَ مَبۡلَغُهُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱهۡتَدَىٰ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Dzaalika mablaghuhum minal 'ilmi inna rabbaka huwa a'lamu biman dhalla 'an sabiilihii wa huwa a'lamu bimanih tadaa.  
Terjemahan: (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.

**31.** وَلِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيَجۡزِيَ ٱلَّذِينَ أَسَٰٓـُٔواْ بِمَا عَمِلُواْ وَيَجۡزِيَ ٱلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ بِٱلۡحُسۡنَى ﴿٣١﴾  
Rumi: Wa lillaahi maa fis samaawaati wa maa fil ardhi liyajziyal ladziina asaa'uu bimaa 'amiluu wa yajziyal ladziina ahsanuu bil husnaa.  
Terjemahan: Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

**32.** ٱلَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَٰٓئِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلۡمَغۡفِرَةِۚ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةٞ فِي بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡۖ فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Alladziina yajtanibuuna kabaa'iral itsmi wal fawaahisya illal lamama inna rabbaka waasi'ul maghfirati huwa a'lamu bikum idz ansya'akum minal ardhi wa idz antum ajinnatun fii buthuuni ummahaatikum falaa tuzakkuu anfusakum huwa a'lamu bimanit taqaa.  
Terjemahan: (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

**33.** أَفَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي تَوَلَّىٰ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Afara'aital ladzii tawallaa.  
Terjemahan: Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?

**34.** وَأَعۡطَىٰ قَلِيلٗا وَأَكۡدَىٰٓ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wa a'thaa qaliilaw wa akdaa.  
Terjemahan: Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?

**35.** أَعِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلۡغَيۡبِ فَهُوَ يَرَىٰٓ ﴿٣٥﴾  
Rumi: A'indahuu 'ilmul ghaibi fahuwa yaraa.  
Terjemahan: Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?

**36.** أَمۡ لَمۡ يُنَبَّأۡ بِمَا فِي صُحُفِ مُوسَىٰ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Am lam yunabba' bimaa fii shuhufi muusaa.  
Terjemahan: Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -

**37.** وَإِبۡرَٰهِيمَ ٱلَّذِي وَفَّىٰٓ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Wa ibraahiimal ladzii waffaa.  
Terjemahan: Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?

**38.** أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٞ وِزۡرَ أُخۡرَىٰ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Allaa taziru waaziratuw wizra ukhraa.  
Terjemahan: (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);

**39.** وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Wa al laisa lil insaani illaa maa sa'aa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

**40.** وَأَنَّ سَعۡيَهُۥ سَوۡفَ يُرَىٰ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Wa anna sa'yahuu saufa yuraa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);

**41.** ثُمَّ يُجۡزَىٰهُ ٱلۡجَزَآءَ ٱلۡأَوۡفَىٰ ﴿٤١﴾  
Rumi: Tsumma yujzaahul jazaa'al aufaa.  
Terjemahan: Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

**42.** وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلۡمُنتَهَىٰ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Wa anna ilaa rabbikal muntahaa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

**43.** وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Wa annahuu huwa adhhaka wa abkaa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

**44.** وَأَنَّهُۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحۡيَا ﴿٤٤﴾  
Rumi: Wa annahuu huwa amaata wa ahyaa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;

**45.** وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Wa annahuu khalaqaz zaujainidz dzakara wal untsaa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -

**46.** مِن نُّطۡفَةٍ إِذَا تُمۡنَىٰ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Min nuthfatin idzaa tumnaa.  
Terjemahan: Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);

**47.** وَأَنَّ عَلَيۡهِ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Wa anna 'alaihin nasy'atal ukhraa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);

**48.** وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغۡنَىٰ وَأَقۡنَىٰ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wa annahuu huwa aghnaa wa aqnaa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;

**49.** وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعۡرَىٰ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Wa annahuu huwa rabbusy syi'raa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) “Bintang Syikra;

**50.** وَأَنَّهُۥٓ أَهۡلَكَ عَادًا ٱلۡأُولَىٰ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Wa annahuu ahlaka 'aadanil uulaa.  
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum “Aad” yang pertama (kaum Nabi Hud), -

**51.** وَثَمُودَاْ فَمَآ أَبۡقَىٰ ﴿٥١﴾  
Rumi: Wa tsamuuda famaa abqaa.  
Terjemahan: Dan kaum “Thamud” (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.

**52.** وَقَوۡمَ نُوحٖ مِّن قَبۡلُۖ إِنَّهُمۡ كَانُواْ هُمۡ أَظۡلَمَ وَأَطۡغَىٰ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Wa qauma nuuhim min qablu innahum kaanuu hum azhlama wa athghaa.  
Terjemahan: Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.

**53.** وَٱلۡمُؤۡتَفِكَةَ أَهۡوَىٰ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Wal mu'tafikata ahwaa.  
Terjemahan: Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;

**54.** فَغَشَّىٰهَا مَا غَشَّىٰ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Faghasysyaahaa maa ghasysyaa.  
Terjemahan: Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.

**55.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbika tatamaaraa.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?

**56.** هَٰذَا نَذِيرٞ مِّنَ ٱلنُّذُرِ ٱلۡأُولَىٰٓ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Haadzaa nadziirum minan nudzuril uulaa.  
Terjemahan: (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!

**57.** أَزِفَتِ ٱلۡأٓزِفَةُ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Azifatil aazifah.  
Terjemahan: Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);

**58.** لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ كَاشِفَةٌ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Laisa lahaa min duunillaahi kaasyifah.  
Terjemahan: Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara “hari kiamat” itu.

**59.** أَفَمِنۡ هَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ تَعۡجَبُونَ ﴿٥٩﴾  
Rumi: Afamin haadzal hadiitsi ta'jabuun.  
Terjemahan: Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?

**60.** وَتَضۡحَكُونَ وَلَا تَبۡكُونَ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Wa tadhhakuuna wa laa tabkuun.  
Terjemahan: Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?

**61.** وَأَنتُمۡ سَٰمِدُونَ ﴿٦١﴾  
Rumi: Wa antum saamiduun.  
Terjemahan: Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?

**62.** فَٱسۡجُدُواْۤ لِلَّهِۤ وَٱعۡبُدُواْ۩ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Fasjuduu lillaahi wa'buduu.  
Terjemahan: Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 53 daripada 114
- **Maksud nama:** Bintang
- **Bilangan ayat:** 62
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 23
- **Juzuk:** 27

## Mengenai Surah An-Najm

Nama surah diambil daripada perkataan "najm" (bintang) dalam sumpah ayat pertama, "Demi bintang ketika terbenam". Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 62 ayat. Surah ini berada pada urutan 53 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 27; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-23.

Ayat terakhir mengandungi sujud tilawah. Menurut riwayat al-Bukhari, Abdullah bin Mas'ud mengatakan al-Najm ialah surah pertama yang mengandungi ayat sajdah dan Nabi membacanya lalu bersujud. Menurut majoriti ahli tafsir, ayat 1-18 menerangkan penglihatan Nabi terhadap Jibril dalam bentuk asalnya; Sidratul Muntaha yang dikaitkan dengan Mikraj juga disebut dalam ayat ini.

## Latar belakang penurunan Surah An-Najm

Surah ini diturunkan pada tahun-tahun awal zaman Makkah. Menurut riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas, Nabi membaca surah ini dan bersujud pada akhirnya, lalu orang Islam dan musyrik yang hadir turut bersujud. Riwayat Ibn Mas'ud menerangkan bahawa hanya seorang lelaki tua yang hadir tidak bersujud, tetapi mengambil segenggam kerikil atau tanah dan meletakkannya pada dahi sambil berkata, "Ini mencukupi bagiku".

Sumber sirah meriwayatkan bahawa selepas peristiwa ini tersebar khabar dalam kalangan umat Islam di Habsyah bahawa penduduk Makkah memeluk Islam, lalu sebahagian muhajirin kembali. Maklumat ini mencadangkan bahawa surah diturunkan sekitar tahun kelima kenabian.

## Kandungan Surah An-Najm

Surah ini bermula dengan sumpah demi bintang ketika terbenam dan menyatakan bahawa Nabi tidak sesat, tidak berbicara menurut hawa nafsu, dan kata-katanya ialah wahyu yang diberikan kepadanya. Diterangkan wahyu diajarkan kepadanya oleh malaikat yang sangat kuat, dan Nabi melihatnya di ufuk serta sekali lagi di sisi Sidratul Muntaha.

Kemudian dinyatakan bahawa al-Lat, al-'Uzza dan Manat yang disembah orang musyrik hanyalah nama yang mereka dan nenek moyang berikan. Ditegaskan bahawa syafaat malaikat hanya untuk orang yang diizinkan Allah dan sangkaan tidak bererti sedikit pun terhadap kebenaran. Dijelaskan bahawa pengampunan Allah luas bagi mereka yang menjauhi dosa besar dan perbuatan keji selain kesalahan kecil. Disenaraikan prinsip dalam suhuf Nabi Musa dan Nabi Ibrahim: tiada siapa memikul beban dosa orang lain, manusia hanya mendapat balasan usahanya, tempat kembali terakhir kepada Tuhan; Dialah yang membuat tertawa dan menangis, mematikan dan menghidupkan. Kebinasaan kaum 'Ad, Thamud dan Nuh diingatkan. Surah menarik perhatian kepada kiamat yang semakin dekat dan menyeru supaya bersujud serta beribadah kepada Allah.

## Kelebihan Surah An-Najm

Surah al-Najm lebih dikenali kerana Nabi membacanya dan bersujud di Makkah daripada kerana janji pahala tertentu. Menurut riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas, apabila baginda bersujud, kaum Muslimin, kaum musyrikin, jin dan manusia pun bersujud bersama baginda.

Berbeza daripada lelaki tua yang disebut Ibn Mas'ud sebagai satu-satunya orang yang tidak bersujud, dalam sebuah riwayat yang dinukilkan al-Nasa'i, al-Muthalib bin Abi Wada'ah, yang ketika itu belum memeluk Islam, menceritakan sendiri bahawa dia juga tidak bersujud; al-Albani menilai sanadnya hasan. Menurut riwayat Ahmad bin Hanbal, selepas itu al-Muthalib sentiasa bersujud jika mendengar seseorang membaca surah ini; Syu'aib al-Arna'ut menilai riwayat ini sahih dengan riwayat-riwayat penguatnya.

Dalam al-Bukhari dan Muslim disebut juga bahawa Nabi tidak bersujud ketika mendengar surah ini dibacakan oleh Zaid bin Thabit. Riwayat-riwayat yang berbeza ini merupakan salah satu sebab perbezaan penilaian mazhab-mazhab tentang hukum sujud dalam surah al-Najm.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah An-Najm

### Berapakah bilangan ayat Surah An-Najm?

Surah An-Najm mempunyai 62 ayat.

### Apakah maksud An-Najm?

An-Najm bermaksud “Bintang”.

### Adakah Surah An-Najm Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah An-Najm ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-23.

### Surah An-Najm dalam juzuk berapa?

Surah An-Najm terdapat dalam juzuk 27.

### Surah An-Najm ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah An-Najm ialah surah ke-53 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah At-Tur dan sebelum Surah Al-Qamar.

### Bolehkah saya mendengar Surah An-Najm di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah An-Najm oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 52. At-Tur](https://yasinsurah.com/ms/surah-at-tur/)
- [Surah seterusnya 54. Al-Qamar](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-qamar/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
