# Surah Ar-Rahman الرحمن

> Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Rahman…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-ar-rahman/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-55 daripada 114 · Juzuk 27

78 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-97

Surah al-Rahman mempunyai 78 ayat dan diperselisihkan sama ada diturunkan di Makkah atau Madinah. Surah ini mengingatkan nikmat Allah yang tidak terhitung kepada manusia dan jin melalui soalan berulang, "Maka nikmat Tuhan kamu berdua yang manakah dapat kamu dustakan?".

## Surah Ar-Rahman dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** ٱلرَّحۡمَٰنُ ﴿١﴾  
Rumi: Ar rahmaan.  
Terjemahan: (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

**2.** عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ ﴿٢﴾  
Rumi: 'Allamal qur'aan.  
Terjemahan: Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

**3.** خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ ﴿٣﴾  
Rumi: Khalaqal insaan.  
Terjemahan: Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

**4.** عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ ﴿٤﴾  
Rumi: 'Allamahul bayaan.  
Terjemahan: Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

**5.** ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٖ ﴿٥﴾  
Rumi: Asy syamsu wal qamaru bihusbaan.  
Terjemahan: Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

**6.** وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ ﴿٦﴾  
Rumi: Wan najmu wasy syajaru yasjudaan.  
Terjemahan: Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

**7.** وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ ﴿٧﴾  
Rumi: Was samaa'a rafa'ahaa wa wadha'al miizaan.  
Terjemahan: Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

**8.** أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِي ٱلۡمِيزَانِ ﴿٨﴾  
Rumi: Allaa tathghau fil miizaan.  
Terjemahan: Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

**9.** وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ ﴿٩﴾  
Rumi: Wa aqiimul wazna bil qisthi wa laa tukhsirul miizaan.  
Terjemahan: Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

**10.** وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ ﴿١٠﴾  
Rumi: Wal ardha wadha'ahaa lil anaam.  
Terjemahan: Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

**11.** فِيهَا فَٰكِهَةٞ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ ﴿١١﴾  
Rumi: Fiihaa faakihatuw wan nakhlu dzaatul akmaam.  
Terjemahan: Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

**12.** وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ ﴿١٢﴾  
Rumi: Wal habbu dzul 'ashfi war raihaan.  
Terjemahan: Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

**13.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٣﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

**14.** خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِن صَلۡصَٰلٖ كَٱلۡفَخَّارِ ﴿١٤﴾  
Rumi: Khalaqal insaana min shalshaalin kal fakhkhaar.  
Terjemahan: Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

**15.** وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٖ مِّن نَّارٖ ﴿١٥﴾  
Rumi: Wa khalaqal jaanna mim maarijim min naar.  
Terjemahan: Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

**16.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٦﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**17.** رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَيۡنِ ﴿١٧﴾  
Rumi: Rabbul masyriqaini wa rabbul maghribain.  
Terjemahan: (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

**18.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٨﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**19.** مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ ﴿١٩﴾  
Rumi: Marajal bahraini yaltaqiyaan.  
Terjemahan: Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

**20.** بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٞ لَّا يَبۡغِيَانِ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Bainahumaa barzakhul laa yabghiyaan.  
Terjemahan: Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

**21.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢١﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**22.** يَخۡرُجُ مِنۡهُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Yakhruju minhumal lu'lu'u wal marjaan.  
Terjemahan: Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

**23.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**24.** وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔاتُ فِي ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَٰمِ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Wa lahul jawaaril munsya'aatu fil bahri kal a'laam.  
Terjemahan: Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

**25.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**26.** كُلُّ مَنۡ عَلَيۡهَا فَانٖ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Kullu man 'alaihaa faan.  
Terjemahan: Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

**27.** وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Wa yabqaa wajhu rabbika dzul jalaali wal ikraam.  
Terjemahan: Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

**28.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**29.** يَسۡـَٔلُهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِي شَأۡنٖ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Yas'aluhuu man fis samaawaati wal ardhi kulla yaumin huwa fii sya'n.  
Terjemahan: Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

**30.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

**31.** سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ ﴿٣١﴾  
Rumi: Sanafrughu lakum ayyuhats tsaqalaan.  
Terjemahan: Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

**32.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**33.** يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَٰنٖ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Yaa ma'syaral jinni wal insi inis tatha'tum an tanfudzuu min aqthaaris samaawaati wal ardhi fanfudzuu laa tanfudzuuna illaa bisulthaan.  
Terjemahan: Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

**34.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**35.** يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٞ مِّن نَّارٖ وَنُحَاسٞ فَلَا تَنتَصِرَانِ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Yursalu 'alaikumaa syuwaazhum min naariw wa nuhaasun falaa tantashiraan.  
Terjemahan: Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

**36.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**37.** فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةٗ كَٱلدِّهَانِ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Fa idzan syaqqatis samaa'u fakaanat wardatan kad dihaan.  
Terjemahan: Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

**38.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**39.** فَيَوۡمَئِذٖ لَّا يُسۡـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٞ وَلَا جَآنّٞ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Fayauma'idzil laa yus'alu 'an dzambihii insuw wa laa jaann.  
Terjemahan: Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

**40.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**41.** يُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِيمَٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِٱلنَّوَٰصِي وَٱلۡأَقۡدَامِ ﴿٤١﴾  
Rumi: Yu'raful mujrimuuna bisiimaahum fayu'khadzu bin nawaashii wal aqdaam.  
Terjemahan: Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

**42.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**43.** هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Haadzihii jahannamul latii yukadzdzibu bihal mujrimuun.  
Terjemahan: (Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya”.

**44.** يَطُوفُونَ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَ حَمِيمٍ ءَانٖ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Yathuufuuna bainahaa wa baina hamiimin aan.  
Terjemahan: Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

**45.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**46.** وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Wa liman khaafa maqaama rabbihii jannataan.  
Terjemahan: Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

**47.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**48.** ذَوَاتَآ أَفۡنَانٖ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Dzawaataa afnaan.  
Terjemahan: (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

**49.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**50.** فِيهِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Fiihimaa 'ainaani tajriyaan.  
Terjemahan: Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

**51.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥١﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

**52.** فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةٖ زَوۡجَانِ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Fiihimaa min kulli faakihatin zaujaan.  
Terjemahan: Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

**53.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**54.** مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآئِنُهَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقٖۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانٖ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Muttaki'iina 'alaa furusyim bathaa'inuhaa min istabraqiw wa janal jannataini daan.  
Terjemahan: Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

**55.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**56.** فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٞ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنّٞ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Fiihinna qaashiraatuth tharfi lam yathmitshunna insun qablahum wa laa jaann.  
Terjemahan: Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

**57.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**58.** كَأَنَّهُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Ka'annahunnal yaaquutu wal marjaan.  
Terjemahan: Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

**59.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٩﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**60.** هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَٰنُ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Hal jazaa'ul ihsaani illal ihsaan.  
Terjemahan: Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

**61.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦١﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**62.** وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Wa min duunihimaa jannataan.  
Terjemahan: Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

**63.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٣﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**64.** مُدۡهَآمَّتَانِ ﴿٦٤﴾  
Rumi: Mudhaammataan.  
Terjemahan: Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

**65.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٥﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**66.** فِيهِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ ﴿٦٦﴾  
Rumi: Fiihimaa 'ainaani nadhdhaakhataan.  
Terjemahan: Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

**67.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٧﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**68.** فِيهِمَا فَٰكِهَةٞ وَنَخۡلٞ وَرُمَّانٞ ﴿٦٨﴾  
Rumi: Fiihimaa faakihatuw wa nakhluw wa rummaan.  
Terjemahan: Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

**69.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٩﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**70.** فِيهِنَّ خَيۡرَٰتٌ حِسَانٞ ﴿٧٠﴾  
Rumi: Fiihinna khairaatun hisaan.  
Terjemahan: Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

**71.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧١﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**72.** حُورٞ مَّقۡصُورَٰتٞ فِي ٱلۡخِيَامِ ﴿٧٢﴾  
Rumi: Huurum maqshuuraatun fil khiyaam.  
Terjemahan: Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

**73.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٣﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**74.** لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٞ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنّٞ ﴿٧٤﴾  
Rumi: Lam yathmitshunna insun qablahum wa laa jaann.  
Terjemahan: (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

**75.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٥﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**76.** مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرٖ وَعَبۡقَرِيٍّ حِسَانٖ ﴿٧٦﴾  
Rumi: Muttaki'iina 'alaa rafrafin khudhriw wa 'abqariyyin hisaan.  
Terjemahan: Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

**77.** فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٧﴾  
Rumi: Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadzdzibaan.  
Terjemahan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

**78.** تَبَٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِي ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ ﴿٧٨﴾  
Rumi: Tabaarakas mu rabbika dzil jalaali wal ikraam.  
Terjemahan: Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 55 daripada 114
- **Maksud nama:** Yang Maha Pemurah
- **Bilangan ayat:** 78
- **Diturunkan di:** Madinah
- **Urutan penurunan:** 97
- **Juzuk:** 27

## Mengenai Surah Ar-Rahman

Nama surah diambil daripada perkataan "al-Rahman" yang membentuk ayat pertama dan merupakan salah satu nama Allah; nama ini bermaksud Yang rahmat-Nya meliputi semua makhluk. Surah ini mempunyai 78 ayat. Surah ini berada pada urutan 55 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 27; menurut susunan yang digunakan di sini, urutan penurunannya ialah 97.

Para ulama berbeza pendapat sama ada surah ini Makkiyyah atau Madaniyyah. Ramai mengatakan ia diturunkan di Makkah berdasarkan gaya dan sebahagian riwayat, manakala sebahagian menganggapnya Madaniyyah; dalam pengelasan yang digunakan di sini, surah ini disenaraikan sebagai Madaniyyah. Surah ini dikenali dengan ayat "Fa bi ayyi ala'i rabbikuma tukadhdhiban" yang diulang 31 kali. Berdasarkan satu riwayat daif, surah ini juga disebut "pengantin al-Quran" ('Arus al-Quran).

## Latar belakang penurunan Surah Ar-Rahman

Oleh sebab terdapat pandangan berbeza tentang zaman penurunan surah, suasana penurunannya juga dinilai dengan cara berbeza. Ulama yang menganggapnya Makkiyyah menggunakan peristiwa dalam sumber sirah sebagai dalil: menurut riwayat, Abdullah bin Mas'ud antara orang pertama selepas Nabi yang membaca al-Quran secara terbuka di hadapan orang musyrik di Makkah; beliau membaca awal surah ini dengan suara keras di sisi Kaabah lalu diserang orang musyrik.

Satu riwayat al-Tirmizi pula menyebut Nabi membaca surah ini kepada jin pada "malam jin"; ini juga dianggap sebahagian ulama sebagai petunjuk penurunan di Makkah. Seruan kepada manusia dan jin bersama-sama dalam surah ini menarik perhatian.

## Kandungan Surah Ar-Rahman

Surah ini bermula dengan menyatakan bahawa Allah Yang Maha Pemurah mengajarkan al-Quran, menciptakan manusia dan mengajarnya bayan, yakni menyatakan fikirannya. Diterangkan matahari dan bulan bergerak menurut perhitungan, tumbuhan dan pohon tunduk kepada Allah, langit ditinggikan dan timbangan ditetapkan, serta diperintahkan tidak berlaku zalim dalam sukatan.

Kemudian disenaraikan nikmat seperti buah, bijirin dan tumbuhan harum di bumi, penciptaan manusia daripada tanah liat kering dan jin daripada api tanpa asap, dua timur dan dua barat, dua laut dengan penghalang antara keduanya, mutiara dan marjan serta kapal yang belayar di laut. Dinyatakan bahawa segala yang ada di bumi akan binasa dan hanya Zat Tuhan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan kekal. Manusia dan jin diingatkan tidak dapat melampaui batas langit dan bumi tanpa kekuatan yang diberikan Allah. Selepas menggambarkan keadaan orang berdosa pada hari kiamat, diterangkan dengan luas dua syurga bagi mereka yang takut berdiri di hadapan Tuhan, serta dua syurga lain selain kedua-duanya. Di antara ayat, soalan "Maka nikmat Tuhan kamu berdua yang manakah dapat kamu dustakan?" kerap diulang. Surah berakhir dengan menyatakan keagungan nama Tuhan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

## Kelebihan Surah Ar-Rahman

Menurut riwayat al-Tirmizi daripada Jabir bin Abdullah, Nabi membaca surah al-Rahman kepada para sahabat; apabila mereka diam, baginda mengatakan telah membacanya kepada jin pada malam jin dan mereka memberikan jawapan lebih baik. Menurut riwayat, pada setiap ayat "Maka nikmat Tuhan kamu berdua yang manakah dapat kamu dustakan?", jin berkata, "Ya Tuhan kami, tiada satu pun nikmat-Mu yang kami dustakan; segala pujian milik-Mu". Al-Tirmizi menyifatkan riwayat ini gharib dan menyampaikan kritikan terhadap sanadnya. Terdapat penilaian berbeza tentang kesahihannya; al-Albani menerimanya sebagai hasan li ghairihi berdasarkan riwayat sokongan.

Riwayat al-Baihaqi yang bermaksud "Segala sesuatu mempunyai pengantin, dan pengantin al-Quran ialah al-Rahman" pula dianggap daif oleh para ulama hadis.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah Ar-Rahman

### Berapakah bilangan ayat Surah Ar-Rahman?

Surah Ar-Rahman mempunyai 78 ayat.

### Apakah maksud Ar-Rahman?

Ar-Rahman bermaksud “Yang Maha Pemurah”.

### Adakah Surah Ar-Rahman Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Ar-Rahman ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-97.

### Surah Ar-Rahman dalam juzuk berapa?

Surah Ar-Rahman terdapat dalam juzuk 27.

### Surah Ar-Rahman ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Ar-Rahman ialah surah ke-55 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Qamar dan sebelum Surah Al-Waqi'ah.

### Bolehkah saya mendengar Surah Ar-Rahman di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Ar-Rahman oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 54. Al-Qamar](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-qamar/)
- [Surah seterusnya 56. Al-Waqi'ah](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-waqiah/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
