# Surah Asy-Syu'ara' الشعراء

> Surah Asy-Syu'ara' (Para Penyair) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Syu'ara'…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-asy-syuara/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-26 daripada 114 · Juzuk 19

227 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-47

Surah al-Syu'ara' diturunkan di Makkah dan mempunyai 227 ayat. Dengan menceritakan perjuangan Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Lut dan Nabi Syu'aib bersama kaum mereka, surah ini menegaskan bahawa al-Quran berasal daripada Allah serta kesudahan kekufuran.

## Surah Asy-Syu'ara' dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** طسٓمٓ ﴿١﴾  
Rumi: Thaa siin miim.  
Terjemahan: Taa, Siin, Miim.

**2.** تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡمُبِينِ ﴿٢﴾  
Rumi: Tilka aayaatul kitaabil mubiin.  
Terjemahan: Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.

**3.** لَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ أَلَّا يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ ﴿٣﴾  
Rumi: La'allaka baakhi'un nafsaka allaa yakuunuu mu'miniin.  
Terjemahan: Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.

**4.** إِن نَّشَأۡ نُنَزِّلۡ عَلَيۡهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ءَايَةٗ فَظَلَّتۡ أَعۡنَٰقُهُمۡ لَهَا خَٰضِعِينَ ﴿٤﴾  
Rumi: In nasya' nunazzil 'alaihim minas samaa'i aayatan fazhallat a'naaquhum lahaa khaadhi'iin.  
Terjemahan: Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.

**5.** وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِكۡرٖ مِّنَ ٱلرَّحۡمَٰنِ مُحۡدَثٍ إِلَّا كَانُواْ عَنۡهُ مُعۡرِضِينَ ﴿٥﴾  
Rumi: Wa maa ya'tiihim min dzikrim minar rahmaani muhdatsin illaa kaanuu 'anhu mu'ridhiin.  
Terjemahan: Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.

**6.** فَقَدۡ كَذَّبُواْ فَسَيَأۡتِيهِمۡ أَنۢبَٰٓؤُاْ مَا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ﴿٦﴾  
Rumi: Faqad kadzdzabuu fasaya'tiihim ambaa'u maa kaanuu bihii yastahzi'uun.  
Terjemahan: Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.

**7.** أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَمۡ أَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٖ كَرِيمٍ ﴿٧﴾  
Rumi: Awalam yarau ilal ardhi kam ambatnaa fiihaa min kulli zaujin kariim.  
Terjemahan: Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?

**8.** إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ﴿٨﴾  
Rumi: Inna fii dzaalika la'aayataw wa maa kaana aktsaruhum mu'miniin.  
Terjemahan: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.

**9.** وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٩﴾  
Rumi: Wa inna rabbaka lahuwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

**10.** وَإِذۡ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئۡتِ ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿١٠﴾  
Rumi: Wa idz naadaa rabbuka muusaa ani' til qaumazh zhaalimiin.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: “Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -

**11.** قَوۡمَ فِرۡعَوۡنَۚ أَلَا يَتَّقُونَ ﴿١١﴾  
Rumi: Qauma fir'auna alaa yattaquun.  
Terjemahan: “Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?”

**12.** قَالَ رَبِّ إِنِّيٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ ﴿١٢﴾  
Rumi: Qaala rabbi innii akhaafu ay yukadzdzibuun.  
Terjemahan: Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.

**13.** وَيَضِيقُ صَدۡرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرۡسِلۡ إِلَىٰ هَٰرُونَ ﴿١٣﴾  
Rumi: Wa yadhiiqu shadrii wa laa yanthaliqu lisaanii fa arsil ilaa haaruun.  
Terjemahan: “Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).

**14.** وَلَهُمۡ عَلَيَّ ذَنۢبٞ فَأَخَافُ أَن يَقۡتُلُونِ ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa lahum 'alayya dzambun fa akhaafu ay yaqtuluun.  
Terjemahan: “Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku”.

**15.** قَالَ كَلَّاۖ فَٱذۡهَبَا بِـَٔايَٰتِنَآۖ إِنَّا مَعَكُم مُّسۡتَمِعُونَ ﴿١٥﴾  
Rumi: Qaala kallaa fadzhabaa bi'aayaatinaa innaa ma'akum mustami'uun.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.

**16.** فَأۡتِيَا فِرۡعَوۡنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٦﴾  
Rumi: Fa'tiyaa fir'auna faquulaa innaa rasuulu rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: “Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

**17.** أَنۡ أَرۡسِلۡ مَعَنَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ﴿١٧﴾  
Rumi: An arsil ma'anaa banii israa'iil.  
Terjemahan: “Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”.

**18.** قَالَ أَلَمۡ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدٗا وَلَبِثۡتَ فِينَا مِنۡ عُمُرِكَ سِنِينَ ﴿١٨﴾  
Rumi: Qaala alam nurabbika fiinaa wa liidaw wa labitsta fiinaa min 'umurika siniin.  
Terjemahan: Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?

**19.** وَفَعَلۡتَ فَعۡلَتَكَ ٱلَّتِي فَعَلۡتَ وَأَنتَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ﴿١٩﴾  
Rumi: Wa fa'alta fa'latakal latii fa'alta wa anta minal kaafiriin.  
Terjemahan: “Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?”

**20.** قَالَ فَعَلۡتُهَآ إِذٗا وَأَنَا۠ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Qaala fa'altuhaa idzaw wa ana minadh dhaalliin.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.

**21.** فَفَرَرۡتُ مِنكُمۡ لَمَّا خِفۡتُكُمۡ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكۡمٗا وَجَعَلَنِي مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿٢١﴾  
Rumi: Fafarartu minkum lammaa khiftukum fawahaba lii rabbii hukmaw wa ja'alanii minal mursaliin.  
Terjemahan: “Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.

**22.** وَتِلۡكَ نِعۡمَةٞ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنۡ عَبَّدتَّ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Wa tilka ni'matun tamunnuhaa 'alayya an 'abbatta banii israa'iil.  
Terjemahan: “Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.

**23.** قَالَ فِرۡعَوۡنُ وَمَا رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Qaala fir'aunu wa maa rabbul 'aalamiin.  
Terjemahan: Firaun berkata (dengan sombongnya): “Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?”

**24.** قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Qaala rabbus samaawaati wal ardhi wa maa bainahumaa in kuntum muuqiniin.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab. “Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya”.

**25.** قَالَ لِمَنۡ حَوۡلَهُۥٓ أَلَا تَسۡتَمِعُونَ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Qaala liman haulahuu alaa tastami'uun.  
Terjemahan: Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: “Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?”

**26.** قَالَ رَبُّكُمۡ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Qaala rabbukum wa rabbu aabaa'ikumul awwaliin.  
Terjemahan: Nabi Musa menegaskan lagi: “Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.”

**27.** قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِيٓ أُرۡسِلَ إِلَيۡكُمۡ لَمَجۡنُونٞ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Qaala inna rasuulakumul ladzii ursila ilaikum lamajnuun.  
Terjemahan: Firaun berkata (kepada orang-orangnya): “Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?”

**28.** قَالَ رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Qaala rabbul masyriqi wal maghribi wa maa bainahumaa in kuntum ta'qiluun.  
Terjemahan: Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: “Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!”

**29.** قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذۡتَ إِلَٰهًا غَيۡرِي لَأَجۡعَلَنَّكَ مِنَ ٱلۡمَسۡجُونِينَ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Qaala la'init takhadzta ilaahan ghairii la'aj'alannaka minal masjuuniin.  
Terjemahan: Firaun berkata: “Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan”.

**30.** قَالَ أَوَلَوۡ جِئۡتُكَ بِشَيۡءٖ مُّبِينٖ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Qaala awalau ji'tuka bisyai'im mubiin.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab: “Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?”

**31.** قَالَ فَأۡتِ بِهِۦٓ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ﴿٣١﴾  
Rumi: Qaala fa'ti bihii in kunta minash shaadiqiin.  
Terjemahan: Firaun berkata: “Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.

**32.** فَأَلۡقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعۡبَانٞ مُّبِينٞ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Fa alqaa 'ashaahu fa idzaa hiya tsu'baanum mubiin.  
Terjemahan: Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

**33.** وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِيَ بَيۡضَآءُ لِلنَّٰظِرِينَ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Wa naza'a yadahuu fa idzaa hiya baidhaa'u lin naazhiriin.  
Terjemahan: Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

**34.** قَالَ لِلۡمَلَإِ حَوۡلَهُۥٓ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٌ عَلِيمٞ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Qaala lil mala'i haulahuu inna haadzaa lasaahirun 'aliim.  
Terjemahan: Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: “Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

**35.** يُرِيدُ أَن يُخۡرِجَكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِۦ فَمَاذَا تَأۡمُرُونَ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Yuriidu ay yukhrijakum min ardhikum bisihrihii famaadzaa ta'muruun.  
Terjemahan: “Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?”

**36.** قَالُوٓاْ أَرۡجِهۡ وَأَخَاهُ وَٱبۡعَثۡ فِي ٱلۡمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Qaaluu arjih wa akhaahu wab'ats fil madaa'ini haasyiriin.  
Terjemahan: Mereka berkata: “Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),

**37.** يَأۡتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٖ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Ya'tuuka bikulli sahhaarin 'aliim.  
Terjemahan: “Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir”.

**38.** فَجُمِعَ ٱلسَّحَرَةُ لِمِيقَٰتِ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Fajumi'as saharatu limiiqaati yaumim ma'luum.  
Terjemahan: Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.

**39.** وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلۡ أَنتُم مُّجۡتَمِعُونَ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Wa qiila lin naasi hal antum mujtami'uun.  
Terjemahan: Dan dikatakan kepada orang ramai: “Berkumpulah kamu semuanya;.

**40.** لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُواْ هُمُ ٱلۡغَٰلِبِينَ ﴿٤٠﴾  
Rumi: La'allanaa nattabi'us saharata in kaanuu humul ghaalibiin.  
Terjemahan: “Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang”.

**41.** فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُواْ لِفِرۡعَوۡنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَٰلِبِينَ ﴿٤١﴾  
Rumi: Falammaa jaa'as saharatu qaaluu lifir'auna a'inna lanaa la'ajran in kunnaa nahnul ghaalibiin.  
Terjemahan: Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: “Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?”

**42.** قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ إِذٗا لَّمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Qaala na'am wa innakum idzal laminal muqarrabiin.  
Terjemahan: Firaun menjawab: “Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku”.

**43.** قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواْ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Qaala lahum muusaa alquu maa antum mulquun.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata kepada mereka: “Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan”.

**44.** فَأَلۡقَوۡاْ حِبَالَهُمۡ وَعِصِيَّهُمۡ وَقَالُواْ بِعِزَّةِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡغَٰلِبُونَ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Fa alqau hibaalahum wa 'ishiyyahum wa qaaluu bi'izzati fir'auna innaa lanahnul ghaalibuun.  
Terjemahan: Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: “Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang”.

**45.** فَأَلۡقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Fa alqaa muusaa 'ashaahu fa idzaa hiya talqafu maa ya'fikuun.  
Terjemahan: Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

**46.** فَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Fa ulqiyas saharatu saajidiin.  
Terjemahan: Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,

**47.** قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Qaaluu aamannaa birabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,

**48.** رَبِّ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Rabbi muusaa wa haaruun.  
Terjemahan: “Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun”.

**49.** قَالَ ءَامَنتُمۡ لَهُۥ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِي عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحۡرَ فَلَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَٰفٖ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Qaala aamantum lahuu qabla an aadzana lakum innahuu lakabiirukumul ladzii 'allamakumus sihra falasaufa ta'lamuuna la'uqaththi'anna aidiyakum wa arjulakum min khilaafiw wa la'ushallibannakum ajma'iin.  
Terjemahan: Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya”.

**50.** قَالُواْ لَا ضَيۡرَۖ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Qaaluu laa dhaira innaa ilaa rabbinaa munqalibuun.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.

**51.** إِنَّا نَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَٰيَٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٥١﴾  
Rumi: Innaa nathma'u ay yaghfira lanaa rabbunaa khathaayaanaa an kunnaa awwalal mu'miniin.  
Terjemahan: “Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)”.

**52.** ۞ وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَسۡرِ بِعِبَادِيٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Wa auhainaa ilaa muusaa an asri bi'ibaadii innakum muttaba'uun.  
Terjemahan: (Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)”.

**53.** فَأَرۡسَلَ فِرۡعَوۡنُ فِي ٱلۡمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Fa arsala fir'aunu fil madaa'ini haasyiriin.  
Terjemahan: (Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),

**54.** إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَشِرۡذِمَةٞ قَلِيلُونَ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Inna haa'ulaa'i lasyirdzimatun qaliiluun.  
Terjemahan: (Sambil berkata kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,

**55.** وَإِنَّهُمۡ لَنَا لَغَآئِظُونَ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Wa innahum lanaa laghaa'izhuun.  
Terjemahan: “Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.

**56.** وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَٰذِرُونَ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Wa innaa lajamii'un haadziruun.  
Terjemahan: “Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga”.

**57.** فَأَخۡرَجۡنَٰهُم مِّن جَنَّٰتٖ وَعُيُونٖ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Fa akhrajnaahum min jannaatiw wa 'uyuun.  
Terjemahan: Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,

**58.** وَكُنُوزٖ وَمَقَامٖ كَرِيمٖ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Wa kunuuziw wa maqaamin kariim.  
Terjemahan: Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.

**59.** كَذَٰلِكَۖ وَأَوۡرَثۡنَٰهَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ﴿٥٩﴾  
Rumi: Kadzaalika wa auratsnaahaa banii israa'iil.  
Terjemahan: Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.

**60.** فَأَتۡبَعُوهُم مُّشۡرِقِينَ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Fa atba'uuhum musyriqiin.  
Terjemahan: Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.

**61.** فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ ﴿٦١﴾  
Rumi: Falammaa taraa'al jam'aani qaala ashhaabu muusaa innaa lamudrakuun.  
Terjemahan: Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”.

**62.** قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهۡدِينِ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Qaala kallaa inna ma'iya rabbii sayahdiin.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”.

**63.** فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقٖ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٦٣﴾  
Rumi: Fa auhainaa ilaa muusaa anidh rib bi'ashaakal bahra fanfalaqa fakaana kullu firqin kath thaudil 'azhiim.  
Terjemahan: Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Pukullah laut itu dengan tongkatmu”. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

**64.** وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ ٱلۡأٓخَرِينَ ﴿٦٤﴾  
Rumi: Wa azlafnaa tsammal aakhariin.  
Terjemahan: Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.

**65.** وَأَنجَيۡنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ ﴿٦٥﴾  
Rumi: Wa anjainaa muusaa wa mam ma'ahuu ajma'iin.  
Terjemahan: Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.

**66.** ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ ﴿٦٦﴾  
Rumi: Tsumma aghraqnal aakhariin.  
Terjemahan: Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

**67.** إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ﴿٦٧﴾  
Rumi: Inna fii dzaalika la'aayataw wa maa kaana aktsaruhum mu'miniin.  
Terjemahan: Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.

**68.** وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٦٨﴾  
Rumi: Wa inna rabbaka lahuwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

**69.** وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ إِبۡرَٰهِيمَ ﴿٦٩﴾  
Rumi: Watlu 'alaihim naba'a ibraahiim.  
Terjemahan: Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

**70.** إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَا تَعۡبُدُونَ ﴿٧٠﴾  
Rumi: Idz qaala li'abiihi wa qaumihii maa ta'buduun.  
Terjemahan: Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apa yang kamu sembah?”

**71.** قَالُواْ نَعۡبُدُ أَصۡنَامٗا فَنَظَلُّ لَهَا عَٰكِفِينَ ﴿٧١﴾  
Rumi: Qaaluu na'budu ashnaaman fanazhallu lahaa 'aakifiin.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya”.

**72.** قَالَ هَلۡ يَسۡمَعُونَكُمۡ إِذۡ تَدۡعُونَ ﴿٧٢﴾  
Rumi: Qaala hal yasma'uunakum idz tad'uun.  
Terjemahan: Nabi Ibrahim bertanya: “Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?

**73.** أَوۡ يَنفَعُونَكُمۡ أَوۡ يَضُرُّونَ ﴿٧٣﴾  
Rumi: Au yanfa'uunakum au yadhurruun.  
Terjemahan: “Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?”

**74.** قَالُواْ بَلۡ وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا كَذَٰلِكَ يَفۡعَلُونَ ﴿٧٤﴾  
Rumi: Qaaluu bal wajadnaa aabaa'anaa kadzaalika yaf'aluun.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian”.

**75.** قَالَ أَفَرَءَيۡتُم مَّا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ ﴿٧٥﴾  
Rumi: Qaala afara'aitum maa kuntum ta'buduun.  
Terjemahan: Nabi Ibrahim berkata: “Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -

**76.** أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُمُ ٱلۡأَقۡدَمُونَ ﴿٧٦﴾  
Rumi: Antum wa aabaa'ukumul aqdamuun.  
Terjemahan: “(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?

**77.** فَإِنَّهُمۡ عَدُوّٞ لِّيٓ إِلَّا رَبَّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٧٧﴾  
Rumi: Fa innahum 'aduwwul lii illaa rabbal 'aalamiin.  
Terjemahan: “(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;

**78.** ٱلَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهۡدِينِ ﴿٧٨﴾  
Rumi: Alladzii khalaqanii fahuwa yahdiin.  
Terjemahan: “Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

**79.** وَٱلَّذِي هُوَ يُطۡعِمُنِي وَيَسۡقِينِ ﴿٧٩﴾  
Rumi: Wal ladzii huwa yuth'imunii wa yasqiin.  
Terjemahan: “Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

**80.** وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ ﴿٨٠﴾  
Rumi: Wa idzaa maridhtu fahuwa yasyfiin.  
Terjemahan: “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

**81.** وَٱلَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحۡيِينِ ﴿٨١﴾  
Rumi: Wal ladzii yumiitunii tsumma yuhyiin.  
Terjemahan: “Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

**82.** وَٱلَّذِيٓ أَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لِي خَطِيٓـَٔتِي يَوۡمَ ٱلدِّينِ ﴿٨٢﴾  
Rumi: Wal ladzii athma'u ay yaghfira lii khathii'atii yaumad diin.  
Terjemahan: “Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

**83.** رَبِّ هَبۡ لِي حُكۡمٗا وَأَلۡحِقۡنِي بِٱلصَّٰلِحِينَ ﴿٨٣﴾  
Rumi: Rabbi hab lii hukmaw wa alhiqnii bish shaalihiin.  
Terjemahan: “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

**84.** وَٱجۡعَل لِّي لِسَانَ صِدۡقٖ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿٨٤﴾  
Rumi: Waj'al lii lisaana shidqin fil aakhiriin.  
Terjemahan: “Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

**85.** وَٱجۡعَلۡنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٨٥﴾  
Rumi: Waj'alnii miw waratsati jannatin na'iim.  
Terjemahan: “Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

**86.** وَٱغۡفِرۡ لِأَبِيٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٨٦﴾  
Rumi: Waghfir li'abii innahuu kaana minadh dhaalliin.  
Terjemahan: “Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;

**87.** وَلَا تُخۡزِنِي يَوۡمَ يُبۡعَثُونَ ﴿٨٧﴾  
Rumi: Wa laa tukhzinii yauma yub'atsuun.  
Terjemahan: “Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

**88.** يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾  
Rumi: Yauma laa yanfa'u maaluw wa laa banuun.  
Terjemahan: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

**89.** إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ ﴿٨٩﴾  
Rumi: Illaa man atallaaha biqalbin saliim.  
Terjemahan: “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

**90.** وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ ﴿٩٠﴾  
Rumi: Wa uzlifatil jannatu lil muttaqiin.  
Terjemahan: “Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,

**91.** وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ ﴿٩١﴾  
Rumi: Wa burrizatil jahiimu lil ghaawiin.  
Terjemahan: “Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;

**92.** وَقِيلَ لَهُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ ﴿٩٢﴾  
Rumi: Wa qiila lahum aina maa kuntum ta'buduun.  
Terjemahan: “Serta dikatakan kepada mereka: ‘Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -

**93.** مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلۡ يَنصُرُونَكُمۡ أَوۡ يَنتَصِرُونَ ﴿٩٣﴾  
Rumi: Min duunillaahi hal yanshuruunakum au yantashiruun.  
Terjemahan: ‘Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri?’

**94.** فَكُبۡكِبُواْ فِيهَا هُمۡ وَٱلۡغَاوُۥنَ ﴿٩٤﴾  
Rumi: Fakubkibuu fiihaa hum wal ghaawuun.  
Terjemahan: “Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,

**95.** وَجُنُودُ إِبۡلِيسَ أَجۡمَعُونَ ﴿٩٥﴾  
Rumi: Wa junuudu ibliisa ajma'uun.  
Terjemahan: “Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.

**96.** قَالُواْ وَهُمۡ فِيهَا يَخۡتَصِمُونَ ﴿٩٦﴾  
Rumi: Qaaluu wa hum fiihaa yakhtashimuun.  
Terjemahan: “Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:

**97.** تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ ﴿٩٧﴾  
Rumi: Tallaahi in kunnaa lafii dhalaalim mubiin.  
Terjemahan: “Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,

**98.** إِذۡ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٩٨﴾  
Rumi: Idz nusawwiikum birabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: “' Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;

**99.** وَمَآ أَضَلَّنَآ إِلَّا ٱلۡمُجۡرِمُونَ ﴿٩٩﴾  
Rumi: Wa maa adhallanaa illal mujrimuun.  
Terjemahan: “' Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.

**100.** فَمَا لَنَا مِن شَٰفِعِينَ ﴿١٠٠﴾  
Rumi: Famaa lanaa min syaafi'iin.  
Terjemahan: “Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,

**101.** وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٖ ﴿١٠١﴾  
Rumi: Wa laa shadiiqin hamiim.  
Terjemahan: “Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

**102.** فَلَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةٗ فَنَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿١٠٢﴾  
Rumi: Falau anna lanaa karratan fanakuuna minal mu'miniin.  
Terjemahan: “‘Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman.’”

**103.** إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ﴿١٠٣﴾  
Rumi: Inna fii dzaalika la'aayataw wa maa kaana aktsaruhum mu'miniin.  
Terjemahan: Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

**104.** وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿١٠٤﴾  
Rumi: Wa inna rabbaka lahuwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

**105.** كَذَّبَتۡ قَوۡمُ نُوحٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٠٥﴾  
Rumi: Kadzdzabat qaumu nuuhinil mursaliin.  
Terjemahan: (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)

**106.** إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿١٠٦﴾  
Rumi: Idz qaala lahum akhuuhum nuuhun alaa tattaquun.  
Terjemahan: Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

**107.** إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ ﴿١٠٧﴾  
Rumi: Innii lakum rasuulun amiin.  
Terjemahan: “Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

**108.** فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿١٠٨﴾  
Rumi: Fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

**109.** وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٠٩﴾  
Rumi: Wa maa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

**110.** فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿١١٠﴾  
Rumi: Fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: “Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku”.

**111.** ۞ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلۡأَرۡذَلُونَ ﴿١١١﴾  
Rumi: Qaaluu anu'minu laka wattaba'akal ardzaluun.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?”

**112.** قَالَ وَمَا عِلۡمِي بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ﴿١١٢﴾  
Rumi: Qaala wa maa 'ilmii bimaa kaanuu ya'maluun.  
Terjemahan: Nabi Nuh berkata: “Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?

**113.** إِنۡ حِسَابُهُمۡ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّيۖ لَوۡ تَشۡعُرُونَ ﴿١١٣﴾  
Rumi: In hisaabuhum illaa 'alaa rabbii lau tasy'uruun.  
Terjemahan: “Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).

**114.** وَمَآ أَنَا۠ بِطَارِدِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿١١٤﴾  
Rumi: Wa maa ana bithaaridil mu'miniin.  
Terjemahan: “Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).

**115.** إِنۡ أَنَا۠ إِلَّا نَذِيرٞ مُّبِينٞ ﴿١١٥﴾  
Rumi: In ana illaa nadziirum mubiin.  
Terjemahan: “Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)”.

**116.** قَالُواْ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمَرۡجُومِينَ ﴿١١٦﴾  
Rumi: Qaaluu la'il lam tantahi yaa nuuhu latakuunanna minal marjuumiin.  
Terjemahan: Mereka (mengugut dengan) berkata: “Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!”

**117.** قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوۡمِي كَذَّبُونِ ﴿١١٧﴾  
Rumi: Qaala rabbi inna qaumii kadzdzabuun.  
Terjemahan: Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.

**118.** فَٱفۡتَحۡ بَيۡنِي وَبَيۡنَهُمۡ فَتۡحٗا وَنَجِّنِي وَمَن مَّعِيَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿١١٨﴾  
Rumi: Faftah bainii wa bainahum fathaw wa najjinii wa mam ma'iya minal mu'miniin.  
Terjemahan: “Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku”

**119.** فَأَنجَيۡنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِي ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ ﴿١١٩﴾  
Rumi: Fa anjainaahu wa mam ma'ahuu fil fulkil masyhuun.  
Terjemahan: Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).

**120.** ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا بَعۡدُ ٱلۡبَاقِينَ ﴿١٢٠﴾  
Rumi: Tsumma aghraqnaa ba'dul baaqiin.  
Terjemahan: Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).

**121.** إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ﴿١٢١﴾  
Rumi: Inna fii dzaalika la'aayataw wa maa kaana aktsaruhum mu'miniin.  
Terjemahan: Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

**122.** وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿١٢٢﴾  
Rumi: Wa inna rabbaka lahuwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

**123.** كَذَّبَتۡ عَادٌ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٢٣﴾  
Rumi: Kadzdzabat 'aadunil mursaliin.  
Terjemahan: (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

**124.** إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿١٢٤﴾  
Rumi: Idz qaala lahum akhuuhum huudun alaa tattaquun.  
Terjemahan: Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

**125.** إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ ﴿١٢٥﴾  
Rumi: Innii lakum rasuulun amiin.  
Terjemahan: “Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

**126.** فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿١٢٦﴾  
Rumi: Fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

**127.** وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٢٧﴾  
Rumi: Wa maa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

**128.** أَتَبۡنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةٗ تَعۡبَثُونَ ﴿١٢٨﴾  
Rumi: Atabnuuna bikulli rii'in aayatan ta'batsuun.  
Terjemahan: “Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.

**129.** وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمۡ تَخۡلُدُونَ ﴿١٢٩﴾  
Rumi: Wa tattakhidzuuna mashaani'a la'allakum takhluduun.  
Terjemahan: “Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?

**130.** وَإِذَا بَطَشۡتُم بَطَشۡتُمۡ جَبَّارِينَ ﴿١٣٠﴾  
Rumi: Wa idzaa bathasytum bathasytum jabbaariin.  
Terjemahan: “Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?

**131.** فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿١٣١﴾  
Rumi: Fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

**132.** وَٱتَّقُواْ ٱلَّذِيٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعۡلَمُونَ ﴿١٣٢﴾  
Rumi: Wattaqul ladzii amaddakum bimaa ta'lamuun.  
Terjemahan: “Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.

**133.** أَمَدَّكُم بِأَنۡعَٰمٖ وَبَنِينَ ﴿١٣٣﴾  
Rumi: Amaddakum bi'an'aamiw wa baniin.  
Terjemahan: “Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),

**134.** وَجَنَّٰتٖ وَعُيُونٍ ﴿١٣٤﴾  
Rumi: Wa jannaatiw wa 'uyuun.  
Terjemahan: “Dan taman-taman (yang indah permai) serta mataair-mataair (yang mengalir).

**135.** إِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٖ ﴿١٣٥﴾  
Rumi: Innii akhaafu 'alaikum 'adzaaba yaumin 'azhiim.  
Terjemahan: “Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)”.

**136.** قَالُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡنَآ أَوَعَظۡتَ أَمۡ لَمۡ تَكُن مِّنَ ٱلۡوَٰعِظِينَ ﴿١٣٦﴾  
Rumi: Qaaluu sawaa'un 'alainaa awa'azhta am lam takum minal waa'izhiin.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.

**137.** إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٣٧﴾  
Rumi: In haadzaa illaa khuluqul awwaliin.  
Terjemahan: “Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,

**138.** وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ ﴿١٣٨﴾  
Rumi: Wa maa nahnu bimu'adzdzabiin.  
Terjemahan: “Dan kami pula tidak akan diseksa”.

**139.** فَكَذَّبُوهُ فَأَهۡلَكۡنَٰهُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ﴿١٣٩﴾  
Rumi: Fakadzdzabuuhu fa ahlaknaahum inna fii dzaalika la'aayataw wa maa kaana aktsaruhum mu'miniin.  
Terjemahan: Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

**140.** وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿١٤٠﴾  
Rumi: Wa inna rabbaka lahuwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

**141.** كَذَّبَتۡ ثَمُودُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٤١﴾  
Rumi: Kadzdzabat tsamuudul mursaliin.  
Terjemahan: (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),

**142.** إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ صَٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿١٤٢﴾  
Rumi: Idz qaala lahum akhuuhum shaalihun alaa tattaquun.  
Terjemahan: Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

**143.** إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ ﴿١٤٣﴾  
Rumi: Innii lakum rasuulun amiin.  
Terjemahan: “Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

**144.** فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿١٤٤﴾  
Rumi: Fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

**145.** وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٤٥﴾  
Rumi: Wa maa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

**146.** أَتُتۡرَكُونَ فِي مَا هَٰهُنَآ ءَامِنِينَ ﴿١٤٦﴾  
Rumi: Atutrakuuna fii maa haahunaa aaminiin.  
Terjemahan: “Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -

**147.** فِي جَنَّٰتٖ وَعُيُونٖ ﴿١٤٧﴾  
Rumi: Fii jannaatiw wa 'uyuun.  
Terjemahan: “Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan mataair-mataair (yang mengalir),

**148.** وَزُرُوعٖ وَنَخۡلٖ طَلۡعُهَا هَضِيمٞ ﴿١٤٨﴾  
Rumi: Wa zuruu'iw wa nakhlin thal'uhaa hadhiim.  
Terjemahan: “Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?

**149.** وَتَنۡحِتُونَ مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتٗا فَٰرِهِينَ ﴿١٤٩﴾  
Rumi: Wa tanhituuna minal jibaali buyuutan faarihiin.  
Terjemahan: “Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?

**150.** فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿١٥٠﴾  
Rumi: Fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;

**151.** وَلَا تُطِيعُوٓاْ أَمۡرَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ ﴿١٥١﴾  
Rumi: Wa laa tuthii'uu amral musrifiin.  
Terjemahan: “Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -

**152.** ٱلَّذِينَ يُفۡسِدُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا يُصۡلِحُونَ ﴿١٥٢﴾  
Rumi: Alladziina yufsiduuna fil ardhi wa laa yushlihuun.  
Terjemahan: “Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan”.

**153.** قَالُوٓاْ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ ﴿١٥٣﴾  
Rumi: Qaaluu innamaa anta minal musahhariin.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!

**154.** مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُنَا فَأۡتِ بِـَٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ﴿١٥٤﴾  
Rumi: Maa anta illaa basyarum mitslunaa fa'ti bi'aayatin in kunta minash shaadiqiin.  
Terjemahan: “Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.

**155.** قَالَ هَٰذِهِۦ نَاقَةٞ لَّهَا شِرۡبٞ وَلَكُمۡ شِرۡبُ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ ﴿١٥٥﴾  
Rumi: Qaala haadzihii naaqatul lahaa syirbuw wa lakum syirbu yaumim ma'luum.  
Terjemahan: Nabi Soleh berkata: “Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.

**156.** وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٖ فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَظِيمٖ ﴿١٥٦﴾  
Rumi: Wa laa tamassuuhaa bisuu'in faya'khudzakum 'adzaabu yaumin 'azhiim.  
Terjemahan: “Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)”.

**157.** فَعَقَرُوهَا فَأَصۡبَحُواْ نَٰدِمِينَ ﴿١٥٧﴾  
Rumi: Fa'aqaruuhaa fa ashbahuu naadimiin.  
Terjemahan: Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

**158.** فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ﴿١٥٨﴾  
Rumi: Fa akhadzahumul 'adzaabu inna fii dzaalika la'aayataw wa maa kaana aktsaruhum mu'miniin.  
Terjemahan: Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

**159.** وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿١٥٩﴾  
Rumi: Wa inna rabbaka lahuwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

**160.** كَذَّبَتۡ قَوۡمُ لُوطٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٦٠﴾  
Rumi: Kadzdzabat qaumu luuthinil mursaliin.  
Terjemahan: (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

**161.** إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿١٦١﴾  
Rumi: Idz qaala lahum akhuuhum luuthun alaa tattaquun.  
Terjemahan: Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

**162.** إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ ﴿١٦٢﴾  
Rumi: Innii lakum rasuulun amiin.  
Terjemahan: “Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

**163.** فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿١٦٣﴾  
Rumi: Fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

**164.** وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٦٤﴾  
Rumi: Wa maa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

**165.** أَتَأۡتُونَ ٱلذُّكۡرَانَ مِنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٦٥﴾  
Rumi: Ata'tuunadz dzukraana minal 'aalamiin.  
Terjemahan: “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

**166.** وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمۡ رَبُّكُم مِّنۡ أَزۡوَٰجِكُمۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ عَادُونَ ﴿١٦٦﴾  
Rumi: Wa tadzaruuna maa khalaqa lakum rabbukum min azwaajikum bal antum qaumun 'aaduun.  
Terjemahan: “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!”

**167.** قَالُواْ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُخۡرَجِينَ ﴿١٦٧﴾  
Rumi: Qaaluu la'il lam tantahi yaa luuthu latakuunanna minal mukhrajiin.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”

**168.** قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلۡقَالِينَ ﴿١٦٨﴾  
Rumi: Qaala innii li'amalikum minal qaaliin.  
Terjemahan: Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.

**169.** رَبِّ نَجِّنِي وَأَهۡلِي مِمَّا يَعۡمَلُونَ ﴿١٦٩﴾  
Rumi: Rabbi najjinii wa ahlii mimmaa ya'maluun.  
Terjemahan: (Nabi Lut berdoa): “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.”

**170.** فَنَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ ﴿١٧٠﴾  
Rumi: Fanajjainaahu wa ahlahuu ajma'iin.  
Terjemahan: Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya

**171.** إِلَّا عَجُوزٗا فِي ٱلۡغَٰبِرِينَ ﴿١٧١﴾  
Rumi: Illaa 'ajuuzan fil ghaabiriin.  
Terjemahan: Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

**172.** ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ ﴿١٧٢﴾  
Rumi: Tsumma dammarnal aakhariin.  
Terjemahan: Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

**173.** وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرٗاۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلۡمُنذَرِينَ ﴿١٧٣﴾  
Rumi: Wa amtharnaa 'alaihim matharan fasaa'a matharul mundzariin.  
Terjemahan: Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

**174.** إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ﴿١٧٤﴾  
Rumi: Inna fii dzaalika la'aayataw wa maa kaana aktsaruhum mu'miniin.  
Terjemahan: Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

**175.** وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿١٧٥﴾  
Rumi: Wa inna rabbaka lahuwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

**176.** كَذَّبَ أَصۡحَٰبُ لۡـَٔيۡكَةِ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٧٦﴾  
Rumi: Kadzdzaba ashhaabul aikatil mursaliin.  
Terjemahan: (Demikian juga) penduduk “Aikah” telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

**177.** إِذۡ قَالَ لَهُمۡ شُعَيۡبٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿١٧٧﴾  
Rumi: Idz qaala lahum syu'aibun alaa tattaquun.  
Terjemahan: Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

**178.** إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ ﴿١٧٨﴾  
Rumi: Innii lakum rasuulun amiin.  
Terjemahan: “Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

**179.** فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿١٧٩﴾  
Rumi: Fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

**180.** وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٨٠﴾  
Rumi: Wa maa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

**181.** ۞ أَوۡفُواْ ٱلۡكَيۡلَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُخۡسِرِينَ ﴿١٨١﴾  
Rumi: Auful kaila wa laa takuunuu minal mukhsiriin.  
Terjemahan: “Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.

**182.** وَزِنُواْ بِٱلۡقِسۡطَاسِ ٱلۡمُسۡتَقِيمِ ﴿١٨٢﴾  
Rumi: Wazinuu bil qisthaasil mustaqiim.  
Terjemahan: “Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.

**183.** وَلَا تَبۡخَسُواْ ٱلنَّاسَ أَشۡيَآءَهُمۡ وَلَا تَعۡثَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ ﴿١٨٣﴾  
Rumi: Wa laa tabkhasun naasa asyyaa'ahum wa laa ta'tsau fil ardhi mufsidiin.  
Terjemahan: “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.

**184.** وَٱتَّقُواْ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلۡجِبِلَّةَ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٨٤﴾  
Rumi: Wattaqul ladzii khalaqakum wal jibillatal awwaliin.  
Terjemahan: “Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu”.

**185.** قَالُوٓاْ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ ﴿١٨٥﴾  
Rumi: Qaaluu innamaa anta minal musahhariin.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.

**186.** وَمَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ ٱلۡكَٰذِبِينَ ﴿١٨٦﴾  
Rumi: Wa maa anta illaa basyarum mitslunaa wa in nazhunnuka laminal kaadzibiin.  
Terjemahan: “Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.

**187.** فَأَسۡقِطۡ عَلَيۡنَا كِسَفٗا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ﴿١٨٧﴾  
Rumi: Fa asqith 'alainaa kisafam minas samaa'i in kunta minash shaadiqiin.  
Terjemahan: Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!”

**188.** قَالَ رَبِّيٓ أَعۡلَمُ بِمَا تَعۡمَلُونَ ﴿١٨٨﴾  
Rumi: Qaala rabbii a'lamu bimaa ta'maluun.  
Terjemahan: Nabi Syuaib berkata: “Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan”.

**189.** فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمۡ عَذَابُ يَوۡمِ ٱلظُّلَّةِۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ ﴿١٨٩﴾  
Rumi: Fakadzdzabuuhu fa akhadzahum 'adzaabu yaumizh zhullati innahuu kaana 'adzaaba yaumin 'azhiim.  
Terjemahan: Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).

**190.** إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ﴿١٩٠﴾  
Rumi: Inna fii dzaalika la'aayataw wa maa kaana aktsaruhum mu'miniin.  
Terjemahan: Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

**191.** وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿١٩١﴾  
Rumi: Wa inna rabbaka lahuwal 'aziizur rahiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

**192.** وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٩٢﴾  
Rumi: Wa innahuu latanziilu rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

**193.** نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ ﴿١٩٣﴾  
Rumi: Nazala bihir ruuhul amiin.  
Terjemahan: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

**194.** عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ ﴿١٩٤﴾  
Rumi: 'Alaa qalbika litakuuna minal mundziriin.  
Terjemahan: Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

**195.** بِلِسَانٍ عَرَبِيّٖ مُّبِينٖ ﴿١٩٥﴾  
Rumi: Bilisaanin 'arabiyyim mubiin.  
Terjemahan: (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

**196.** وَإِنَّهُۥ لَفِي زُبُرِ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٩٦﴾  
Rumi: Wa innahuu lafii zuburil awwaliin.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.

**197.** أَوَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ ءَايَةً أَن يَعۡلَمَهُۥ عُلَمَٰٓؤُاْ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ﴿١٩٧﴾  
Rumi: Awalam yakul lahum aayatan ay ya'lamahuu 'ulamaa'u banii israa'iil.  
Terjemahan: (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

**198.** وَلَوۡ نَزَّلۡنَٰهُ عَلَىٰ بَعۡضِ ٱلۡأَعۡجَمِينَ ﴿١٩٨﴾  
Rumi: Wa lau nazzalnaahu 'alaa ba'dhil a'jamiin.  
Terjemahan: Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,

**199.** فَقَرَأَهُۥ عَلَيۡهِم مَّا كَانُواْ بِهِۦ مُؤۡمِنِينَ ﴿١٩٩﴾  
Rumi: Faqara'ahuu 'alaihim maa kaanuu bihii mu'miniin.  
Terjemahan: Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.

**200.** كَذَٰلِكَ سَلَكۡنَٰهُ فِي قُلُوبِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ﴿٢٠٠﴾  
Rumi: Kadzaalika salaknaahu fii quluubil mujrimiin.  
Terjemahan: Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.

**201.** لَا يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ ﴿٢٠١﴾  
Rumi: Laa yu'minuuna bihii hattaa yarawul 'adzaabal aliim.  
Terjemahan: Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,

**202.** فَيَأۡتِيَهُم بَغۡتَةٗ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ ﴿٢٠٢﴾  
Rumi: Faya'tiyahum baghtataw wa hum laa yasy'uruun.  
Terjemahan: Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

**203.** فَيَقُولُواْ هَلۡ نَحۡنُ مُنظَرُونَ ﴿٢٠٣﴾  
Rumi: Fayaquuluu hal nahnu munzharuun.  
Terjemahan: Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): “Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?”

**204.** أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ ﴿٢٠٤﴾  
Rumi: Afabi'adzaabinaa yasta'jiluun.  
Terjemahan: (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

**205.** أَفَرَءَيۡتَ إِن مَّتَّعۡنَٰهُمۡ سِنِينَ ﴿٢٠٥﴾  
Rumi: Afara'aita im matta'naahum siniin.  
Terjemahan: Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

**206.** ثُمَّ جَآءَهُم مَّا كَانُواْ يُوعَدُونَ ﴿٢٠٦﴾  
Rumi: Tsumma jaa'ahum maa kaanuu yuu'aduun.  
Terjemahan: Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,

**207.** مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُم مَّا كَانُواْ يُمَتَّعُونَ ﴿٢٠٧﴾  
Rumi: Maa aghnaa 'anhum maa kaanuu yumatta'uun.  
Terjemahan: (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

**208.** وَمَآ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ ﴿٢٠٨﴾  
Rumi: Wa maa ahlaknaa min qaryatin illaa lahaa mundziruun.  
Terjemahan: Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.

**209.** ذِكۡرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَٰلِمِينَ ﴿٢٠٩﴾  
Rumi: Dzikraa wa maa kunnaa zhaalimiin.  
Terjemahan: Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.

**210.** وَمَا تَنَزَّلَتۡ بِهِ ٱلشَّيَٰطِينُ ﴿٢١٠﴾  
Rumi: Wa maa tanazzalat bihisy syayaathiin.  
Terjemahan: Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

**211.** وَمَا يَنۢبَغِي لَهُمۡ وَمَا يَسۡتَطِيعُونَ ﴿٢١١﴾  
Rumi: Wa maa yambaghii lahum wa maa yastathii'uun.  
Terjemahan: Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

**212.** إِنَّهُمۡ عَنِ ٱلسَّمۡعِ لَمَعۡزُولُونَ ﴿٢١٢﴾  
Rumi: Innahum 'anis sam'i lama'zuuluun.  
Terjemahan: Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

**213.** فَلَا تَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُعَذَّبِينَ ﴿٢١٣﴾  
Rumi: Falaa tad'u ma'allaahi ilaahan aakhara fatakuuna minal mu'adzdzabiin.  
Terjemahan: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

**214.** وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ ﴿٢١٤﴾  
Rumi: Wa andzir 'asyiiratakal aqrabiin.  
Terjemahan: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

**215.** وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٢١٥﴾  
Rumi: Wakhfidh janaahaka limanit taba'aka minal mu'miniin.  
Terjemahan: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

**216.** فَإِنۡ عَصَوۡكَ فَقُلۡ إِنِّي بَرِيٓءٞ مِّمَّا تَعۡمَلُونَ ﴿٢١٦﴾  
Rumi: Fa in 'ashauka faqul innii barii'um mimmaa ta'maluun.  
Terjemahan: Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!”

**217.** وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ ﴿٢١٧﴾  
Rumi: Wa tawakkal 'alal 'aziizir rahiim.  
Terjemahan: Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

**218.** ٱلَّذِي يَرَىٰكَ حِينَ تَقُومُ ﴿٢١٨﴾  
Rumi: Alladzii yaraaka hiina taquum.  
Terjemahan: Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

**219.** وَتَقَلُّبَكَ فِي ٱلسَّٰجِدِينَ ﴿٢١٩﴾  
Rumi: Wa taqallubaka fis saajidiin.  
Terjemahan: Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.

**220.** إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ﴿٢٢٠﴾  
Rumi: Innahuu huwas samii'ul 'aliim.  
Terjemahan: Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

**221.** هَلۡ أُنَبِّئُكُمۡ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَٰطِينُ ﴿٢٢١﴾  
Rumi: Hal unabbi'ukum 'alaa man tanazzalusy syayaathiin.  
Terjemahan: Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

**222.** تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٖ ﴿٢٢٢﴾  
Rumi: Tanazzalu 'alaa kulli affaakin atsiim.  
Terjemahan: Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

**223.** يُلۡقُونَ ٱلسَّمۡعَ وَأَكۡثَرُهُمۡ كَٰذِبُونَ ﴿٢٢٣﴾  
Rumi: Yulquunas sam'a wa aktsaruhum kaadzibuun.  
Terjemahan: Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

**224.** وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُۥنَ ﴿٢٢٤﴾  
Rumi: Wasy syu'araa'u yattabi'uhumul ghaawuun.  
Terjemahan: Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

**225.** أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِي كُلِّ وَادٖ يَهِيمُونَ ﴿٢٢٥﴾  
Rumi: Alam tara annahum fii kulli waadiy yahiimuun.  
Terjemahan: Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

**226.** وَأَنَّهُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ ﴿٢٢٦﴾  
Rumi: Wa annahum yaquuluuna maa laa yaf'aluun.  
Terjemahan: Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

**227.** إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَذَكَرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرٗا وَٱنتَصَرُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُواْۗ وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَيَّ مُنقَلَبٖ يَنقَلِبُونَ ﴿٢٢٧﴾  
Rumi: Illal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati wa dzakarullaaha katsiiraw wantasharuu mim ba'di maa zhulimuu wa saya'lamul ladziina zhalamuu ayya munqalabiy yanqalibuun.  
Terjemahan: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 26 daripada 114
- **Maksud nama:** Para Penyair
- **Bilangan ayat:** 227
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 47
- **Juzuk:** 19

## Mengenai Surah Asy-Syu'ara'

Syu'ara' bermaksud "para penyair". Nama surah diambil daripada ayat 224-227 yang membincangkan keadaan penyair; ayat-ayat ini menarik perhatian kepada perbezaan wahyu dan syair serta mengecualikan penyair yang beriman dan beramal soleh. Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 227 ayat. Surah ini ialah surah kedua puluh enam dalam mushaf; berada pada urutan 47 dalam susunan penurunan yang lazim. Dari segi bilangan ayat, surah ini yang terpanjang selepas al-Baqarah.

Surah ini bermula dengan huruf "Ta Sin Mim". Sebahagian ulama mengatakan ayat-ayat terakhir diturunkan di Madinah tentang penyair Muslim; namun menurut pandangan umum surah ini Makkiyyah. Ungkapan "Sesungguhnya Tuhanmu Maha Perkasa lagi Maha Penyayang" yang diulang pada akhir setiap kisah memberikan irama tersendiri kepada surah.

## Latar belakang penurunan Surah Asy-Syu'ara'

Surah al-Syu'ara' diturunkan pada pertengahan zaman Makkah ketika orang musyrik berusaha menyifatkan al-Quran sebagai syair dan Nabi sebagai penyair atau tukang tilik. Nabi sangat bersedih kerana kaumnya tidak beriman; pada awal surah, kesedihan ini disentuh dan baginda dihiburkan.

Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas, apabila ayat 214 yang bermaksud "Berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat" diturunkan, Nabi naik ke Bukit Safa, memanggil kabilah-kabilah Quraisy satu persatu dan memberikan peringatan tentang azab Allah. Peristiwa ini dianggap langkah penting dalam menyampaikan dakwah Islam daripada lingkungan terdekat kepada golongan yang lebih luas.

## Kandungan Surah Asy-Syu'ara'

Surah ini bermula dengan mengingatkan ayat-ayat kitab yang jelas dan menghiburkan Nabi agar tidak bersedih sehingga membinasakan diri kerana orang kafir tidak beriman. Tumbuhan yang baik yang ditumbuhkan di bumi ditunjukkan sebagai pengajaran.

Kemudian tujuh kisah diceritakan berturut-turut: Nabi Musa diutus kepada Firaun, ahli sihir beriman dan laut terbelah lalu Bani Israel terselamat; Nabi Ibrahim menerangkan tauhid kepada kaumnya yang menyembah berhala dan kepentingan menghadap Allah dengan hati yang bersih (qalb salim); Nabi Nuh dan bahtera; Nabi Hud dan kaum 'Ad yang sombong; Nabi Soleh dan kaum Thamud yang menyembelih unta betina; Nabi Lut dan perbuatan keji kaumnya; Nabi Syu'aib dan penduduk Aikah yang menipu sukatan. Dari Nabi Nuh hingga Nabi Syu'aib, setiap nabi menyeru kaumnya, "Sesungguhnya aku seorang rasul yang dipercayai yang diutus kepada kamu; bertakwalah kepada Allah dan taatilah aku".

Bahagian terakhir menyatakan bahawa al-Quran diturunkan oleh Ruh al-Amin dalam bahasa Arab yang jelas dan bukan dibawa oleh syaitan. Nabi diperintahkan memberikan peringatan kepada kerabat terdekat dan merendah hati terhadap orang beriman. Surah berakhir dengan mengingatkan keadaan penyair dan kesudahan orang zalim.

## Kelebihan Surah Asy-Syu'ara'

Tiada hadis sahih yang secara khusus memuji surah al-Syu'ara' yang diketahui. Menurut hadis yang diriwayatkan Ahmad bin Hanbal daripada Wathilah bin al-Asqa', Nabi memberitahu bahawa kepadanya diberikan tujuh surah panjang sebagai ganti Taurat, dan surah yang berjumlah lebih seratus ayat (al-mi'un) sebagai ganti Zabur. Al-Albani dan Syu'aib al-Arna'ut menilai hadis ini hasan; al-Syu'ara' termasuk dalam kalangan surah al-mi'un.

Menurut riwayat Ahmad bin Hanbal daripada Ma'dikarib, sekumpulan orang meminta Abdullah bin Mas'ud membacakan al-Syu'ara', yang disebut "Tha Sin Mim yang berjumlah dua ratus ayat"; dia menyuruh mereka pergi kepada Khabbab bin al-Aratt, yang menerima surah itu terus daripada Nabi, dan Khabbab pun membacakannya kepada mereka. Ahmad Syakir menilai sanad riwayat ini sahih, manakala Syu'aib al-Arna'ut menilainya daif.

Ibn Kathir mencatat bahawa dalam tafsir yang dinukilkan daripada Imam Malik, surah ini diberi nama "al-Jami'ah".

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Asy-Syu'ara'

- [Rabbi Hab Li Hukman Surah Asy-Syu'ara', ayat 83-89](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbi-hab-li-hukman/)
- [Doa Nabi Nuh memohon keselamatan Surah Asy-Syu'ara', ayat 117-118](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-nuh-memohon-keselamatan/)
- [Doa Nabi Lut untuk keluarganya Surah Asy-Syu'ara', ayat 169](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-lut-untuk-keluarganya/)

## Soalan lazim tentang Surah Asy-Syu'ara'

### Berapakah bilangan ayat Surah Asy-Syu'ara'?

Surah Asy-Syu'ara' mempunyai 227 ayat.

### Apakah maksud Asy-Syu'ara'?

Asy-Syu'ara' bermaksud “Para Penyair”.

### Adakah Surah Asy-Syu'ara' Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Asy-Syu'ara' ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-47.

### Surah Asy-Syu'ara' dalam juzuk berapa?

Surah Asy-Syu'ara' terdapat dalam juzuk 19.

### Surah Asy-Syu'ara' ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Asy-Syu'ara' ialah surah ke-26 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Furqan dan sebelum Surah An-Naml.

### Bolehkah saya mendengar Surah Asy-Syu'ara' di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Asy-Syu'ara' oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 25. Al-Furqan](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-furqan/)
- [Surah seterusnya 27. An-Naml](https://yasinsurah.com/ms/surah-an-naml/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
