# Surah Asy-Syura الشورى

> Surah Asy-Syura (Mesyuarat) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Syura diturunkan di…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-asy-syura/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-42 daripada 114 · Juzuk 25

53 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-62

Surah al-Syura diturunkan di Makkah dan mempunyai 53 ayat. Surah ini menerangkan sumber wahyu, kesatuan agama yang disampaikan semua nabi dan sifat asas orang beriman, khususnya musyawarah.

## Surah Asy-Syura dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** حمٓ ﴿١﴾  
Rumi: Haa miim.  
Terjemahan: Haa, Miim.

**2.** عٓسٓقٓ ﴿٢﴾  
Rumi: 'Ain siin qaaf.  
Terjemahan: Ain, Siin, Qaaf.

**3.** كَذَٰلِكَ يُوحِيٓ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ ٱللَّهُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٣﴾  
Rumi: Kadzaalika yuuhii ilaika wa ilal ladziina min qablikallaahul 'aziizul hakiim.  
Terjemahan: Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain - diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

**4.** لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ﴿٤﴾  
Rumi: Lahuu maa fis samaawaati wa maa fil ardhi wa huwal 'aliyyul 'azhiim.  
Terjemahan: Dia lah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Dia lah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

**5.** تَكَادُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ يَتَفَطَّرۡنَ مِن فَوۡقِهِنَّۚ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِمَن فِي ٱلۡأَرۡضِۗ أَلَآ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٥﴾  
Rumi: Takaadus samaawaatu yatafaththarna min fauqihinna wal malaa'ikatu yusabbihuuna bihamdi rabbihim wa yastaghfiruuna liman fil ardhi alaa innallaaha huwal ghafuurur rahiim.  
Terjemahan: Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

**6.** وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيۡهِمۡ وَمَآ أَنتَ عَلَيۡهِم بِوَكِيلٖ ﴿٦﴾  
Rumi: Wal ladziinat takhadzuu min duunihii auliyaa'allaahu hafiizhun 'alaihim wa maa anta 'alaihim biwakiil.  
Terjemahan: Dan (sebaliknya) orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung (yang disembah dan diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka (serta akan membalasnya); dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka.

**7.** وَكَذَٰلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ قُرۡءَانًا عَرَبِيّٗا لِّتُنذِرَ أُمَّ ٱلۡقُرَىٰ وَمَنۡ حَوۡلَهَا وَتُنذِرَ يَوۡمَ ٱلۡجَمۡعِ لَا رَيۡبَ فِيهِۚ فَرِيقٞ فِي ٱلۡجَنَّةِ وَفَرِيقٞ فِي ٱلسَّعِيرِ ﴿٧﴾  
Rumi: Wa kadzaalika auhainaa ilaika qur'aanan 'arabiyyal litundzira ummal quraa wa man haulahaa wa tundzira yaumal jam'i laa raiba fiihi fariiqun fil jannati wa fariiqun fis sa'iir.  
Terjemahan: Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “Ummul-Qura” dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.

**8.** وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَهُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن يُدۡخِلُ مَن يَشَآءُ فِي رَحۡمَتِهِۦۚ وَٱلظَّٰلِمُونَ مَا لَهُم مِّن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ ﴿٨﴾  
Rumi: Wa lau syaa'allaahu laja'alahum ummataw waahidataw wa laakiy yudkhilu may yasyaa'u fii rahmatihii wazh zhaalimuuna maa lahum miw wa liyyiw wa laa nashiir.  
Terjemahan: Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.

**9.** أَمِ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ أَوۡلِيَآءَۖ فَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡوَلِيُّ وَهُوَ يُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ﴿٩﴾  
Rumi: Amit takhadzuu min duunihii auliyaa'a fallaahu huwal waliyyu wa huwa yuhyil mautaa wa huwa 'alaa kulli syai'in qadiir.  
Terjemahan: Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja) kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan (ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

**10.** وَمَا ٱخۡتَلَفۡتُمۡ فِيهِ مِن شَيۡءٖ فَحُكۡمُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبِّي عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ ﴿١٠﴾  
Rumi: Wa makh talaftum fiihi min syai'in fahukmuhuu ilallaahi dzaalikumullaahu rabbii 'alaihi tawakkaltu wa ilaihi uniib.  
Terjemahan: Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): “Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”.

**11.** فَاطِرُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَٰمِ أَزۡوَٰجٗا يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡءٞۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ ﴿١١﴾  
Rumi: Faathirus samaawaati wal ardhi ja'ala lakum min anfusikum azwaajaw wa minal an'aami azwaajay yadzra'ukum fiihi laisa kamitslihii syai'uw wa huwas samii'ul bashiir.  
Terjemahan: Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

**12.** لَهُۥ مَقَالِيدُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ ﴿١٢﴾  
Rumi: Lahuu maqaaliidus samaawaati wal ardhi yabsuthur rizqa limay yasyaa'u wa yaqdiru innahuu bikulli syai'in 'aliim.  
Terjemahan: Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

**13.** ۞ شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحٗا وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ كَبُرَ عَلَى ٱلۡمُشۡرِكِينَ مَا تَدۡعُوهُمۡ إِلَيۡهِۚ ٱللَّهُ يَجۡتَبِيٓ إِلَيۡهِ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِيٓ إِلَيۡهِ مَن يُنِيبُ ﴿١٣﴾  
Rumi: Syara'a lakum minad diini maa washshaa bihii nuuhaw wal ladzii auhainaa ilaika wa maa washshainaa bihii ibraahiima wa muusaa wa 'iisaa an aqiimud diina wa laa tatafarraquu fiihi kabura 'alal musyrikiina maa tad'uuhum ilaihillaahu yajtabii ilaihi may yasyaa'u wa yahdii ilaihi may yuniib.  
Terjemahan: Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

**14.** وَمَا تَفَرَّقُوٓاْ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةٞ سَبَقَتۡ مِن رَّبِّكَ إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمّٗى لَّقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُورِثُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ لَفِي شَكّٖ مِّنۡهُ مُرِيبٖ ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa maa tafarraquu illaa mim ba'di maa jaa'ahumul 'ilmu baghyam bainahum wa laulaa kalimatun sabaqat mir rabbika ilaa ajalim musammal laqudhiya bainahum wa innal ladziina uuritsul kitaaba mim ba'dihim lafii syakkim minhu muriib.  
Terjemahan: Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

**15.** فَلِذَٰلِكَ فَٱدۡعُۖ وَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡۖ وَقُلۡ ءَامَنتُ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِن كِتَٰبٖۖ وَأُمِرۡتُ لِأَعۡدِلَ بَيۡنَكُمُۖ ٱللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمۡۖ لَنَآ أَعۡمَٰلُنَا وَلَكُمۡ أَعۡمَٰلُكُمۡۖ لَا حُجَّةَ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمُۖ ٱللَّهُ يَجۡمَعُ بَيۡنَنَاۖ وَإِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ ﴿١٥﴾  
Rumi: Falidzaalika fad'u wastaqim kamaa umirta wa laa tattabi' ahwaa'ahum wa qul aamantu bimaa anzalallaahu min kitaabiw wa umirtu li'a'dila bainakumullaahu rabbunaa wa rabbukum lanaa a'maalunaa wa lakum a'maalukum laa hujjata bainanaa wa bainakumullaahu yajma'u bainanaa wa ilaihil mashiir.  
Terjemahan: Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)”.

**16.** وَٱلَّذِينَ يُحَآجُّونَ فِي ٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ مَا ٱسۡتُجِيبَ لَهُۥ حُجَّتُهُمۡ دَاحِضَةٌ عِندَ رَبِّهِمۡ وَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٞ وَلَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدٌ ﴿١٦﴾  
Rumi: Wal ladziina yuhaajjuuna fillaahi mim ba'di mas tujiiba lahuu hujjatuhum daahidhatun 'inda rabbihim wa 'alaihim ghadhabuw wa lahum 'adzaabun syadiid.  
Terjemahan: Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.

**17.** ٱللَّهُ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ وَٱلۡمِيزَانَۗ وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ قَرِيبٞ ﴿١٧﴾  
Rumi: Allaahul ladzii anzalal kitaaba bil haqqi wal miizaana wa maa yudriika la'allas saa'ata qariib.  
Terjemahan: Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).

**18.** يَسۡتَعۡجِلُ بِهَا ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِهَاۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مُشۡفِقُونَ مِنۡهَا وَيَعۡلَمُونَ أَنَّهَا ٱلۡحَقُّۗ أَلَآ إِنَّ ٱلَّذِينَ يُمَارُونَ فِي ٱلسَّاعَةِ لَفِي ضَلَٰلِۭ بَعِيدٍ ﴿١٨﴾  
Rumi: Yasta'jilu bihal ladziina laa yu'minuuna bihaa wal ladziina aamanuu musyfiquuna minhaa wa ya'lamuuna annahal haqqu alaa innal ladziina yumaaruuna fis saa'ati lafii dhalaalim ba'iid.  
Terjemahan: Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.

**19.** ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡعَزِيزُ ﴿١٩﴾  
Rumi: Allaahu lathiifum bi'ibaadihii yarzuqu may yasyaa'u wa huwal qawiyyul 'aziiz.  
Terjemahan: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

**20.** مَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلۡأٓخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِي حَرۡثِهِۦۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Man kaana yuriidu hartsal aakhirati nazid lahuu fii hartsihii wa man kaana yuriidu hartsad dunyaa nu'tihii minhaa wa maa lahuu fil aakhirati min nashiib.  
Terjemahan: Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

**21.** أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ﴿٢١﴾  
Rumi: Am lahum syurakaa'u syara'uu lahum minad diini maa lam ya'dzam bihillaahu wa laulaa kalimatul fashli laqudhiya bainahum wa innazh zhaalimiina lahum 'adzaabun aliim.  
Terjemahan: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

**22.** تَرَى ٱلظَّٰلِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا كَسَبُواْ وَهُوَ وَاقِعُۢ بِهِمۡۗ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فِي رَوۡضَاتِ ٱلۡجَنَّاتِۖ لَهُم مَّا يَشَآءُونَ عِندَ رَبِّهِمۡۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Tarazh zhaalimiina musyfiqiina mimmaa kasabuu wa huwa waaqi'um bihim wal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati fii raudhaatil jannaati lahum maa yasyaa'uuna 'inda rabbihim dzaalika huwal fadhlul kabiir.  
Terjemahan: (Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.

**23.** ذَٰلِكَ ٱلَّذِي يُبَشِّرُ ٱللَّهُ عِبَادَهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِۗ قُل لَّآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ أَجۡرًا إِلَّا ٱلۡمَوَدَّةَ فِي ٱلۡقُرۡبَىٰۗ وَمَن يَقۡتَرِفۡ حَسَنَةٗ نَّزِدۡ لَهُۥ فِيهَا حُسۡنًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ شَكُورٌ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Dzaalikal ladzii yubasysyirullaahu 'ibaadahul ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati qul laa as'alukum 'alaihi ajran illal mawaddata fil qurbaa wa may yaqtarif hasanatan nazid lahuu fiihaa husnan innallaaha ghafuurun syakuur.  
Terjemahan: (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)”. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

**24.** أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبٗاۖ فَإِن يَشَإِ ٱللَّهُ يَخۡتِمۡ عَلَىٰ قَلۡبِكَۗ وَيَمۡحُ ٱللَّهُ ٱلۡبَٰطِلَ وَيُحِقُّ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَٰتِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Am yaquuluunaf taraa 'alallaahi kadziban fa iy yasya'illaahu yakhtim 'alaa qalbika wa yamhullaahul baathila wa yuhiqqul haqqa bikalimaatihii innahuu 'aliimum bidzaatish shuduur.  
Terjemahan: (Orang-orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka mengatakan: “Ia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah” (Sebenarnya tidak patut mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa - jika Ia menghendaki - menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian, bahkan Ia memberi kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan adalah benar belaka). Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyuNya dan keputusanNya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

**25.** وَهُوَ ٱلَّذِي يَقۡبَلُ ٱلتَّوۡبَةَ عَنۡ عِبَادِهِۦ وَيَعۡفُواْ عَنِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ وَيَعۡلَمُ مَا تَفۡعَلُونَ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii yaqbalut taubata 'an 'ibaadihii wa ya'fuu 'anis sayyi'aati wa ya'lamu maa taf'aluun.  
Terjemahan: Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.

**26.** وَيَسۡتَجِيبُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَيَزِيدُهُم مِّن فَضۡلِهِۦۚ وَٱلۡكَٰفِرُونَ لَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدٞ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Wa yastajiibul ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati wa yaziiduhum min fadhlihii wal kaafiruuna lahum 'adzaabun syadiid.  
Terjemahan: Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.

**27.** ۞ وَلَوۡ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزۡقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٖ مَّا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرُۢ بَصِيرٞ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Wa lau basathallaahur rizqa li'ibaadihii labaghau fil ardhi wa laakiy yunazzilu biqadarim maa yasyaa'u innahuu bi'ibaadihii khabiirum bashiir.  
Terjemahan: Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.

**28.** وَهُوَ ٱلَّذِي يُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ مِنۢ بَعۡدِ مَا قَنَطُواْ وَيَنشُرُ رَحۡمَتَهُۥۚ وَهُوَ ٱلۡوَلِيُّ ٱلۡحَمِيدُ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii yunazzilul ghaitsa mim ba'di maa qanathuu wa yansyuru rahmatahuu wa huwal waliyyul hamiid.  
Terjemahan: Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.

**29.** وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَآبَّةٖۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمۡعِهِمۡ إِذَا يَشَآءُ قَدِيرٞ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Wa min aayaatihii khalqus samaawaati wal ardhi wa maa batstsa fiihimaa min daabbatiw wa huwa 'alaa jam'ihim idzaa yasyaa'u qadiir.  
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

**30.** وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٖ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Wa maa ashaabakum mim mushiibatin fabimaa kasabat aidiikum wa ya'fuu 'an katsiir.  
Terjemahan: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

**31.** وَمَآ أَنتُم بِمُعۡجِزِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٖ ﴿٣١﴾  
Rumi: Wa maa antum bimu'jiziina fil ardhi wa maa lakum min duunillaahi miw wa liyyiw wa laa nashiir.  
Terjemahan: Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.

**32.** وَمِنۡ ءَايَٰتِهِ ٱلۡجَوَارِ فِي ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَٰمِ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Wa min aayaatihil jawaari fil bahri kal a'laam.  
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.

**33.** إِن يَشَأۡ يُسۡكِنِ ٱلرِّيحَ فَيَظۡلَلۡنَ رَوَاكِدَ عَلَىٰ ظَهۡرِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّكُلِّ صَبَّارٖ شَكُورٍ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Iy yasya' yuskinir riiha fayazhlalna rawaakida 'alaa zhahrihii inna fii dzaalika la'aayaatil likulli shabbaarin syakuur.  
Terjemahan: Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.

**34.** أَوۡ يُوبِقۡهُنَّ بِمَا كَسَبُواْ وَيَعۡفُ عَن كَثِيرٖ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Au yuubiqhunna bimaa kasabuu wa ya'fu 'an katsiir.  
Terjemahan: Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.

**35.** وَيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ يُجَٰدِلُونَ فِيٓ ءَايَٰتِنَا مَا لَهُم مِّن مَّحِيصٖ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Wa ya'lamal ladziina yujaadiluuna fii aayaatinaa maa lahum mim mahiish.  
Terjemahan: (Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).

**36.** فَمَآ أُوتِيتُم مِّن شَيۡءٖ فَمَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Famaa uutiitum min syai'in famataa'ul hayaatid dunyaa wa maa 'indallaahi khairuw wa abqaa lil ladziina aamanuu wa 'alaa rabbihim yatawakkaluun.  
Terjemahan: Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

**37.** وَٱلَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَٰٓئِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡفَوَٰحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُواْ هُمۡ يَغۡفِرُونَ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Wal ladziina yajtanibuuna kabaa'iral itsmi wal fawaahisya wa idzaa maa ghadhibuu hum yaghfiruun.  
Terjemahan: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;

**38.** وَٱلَّذِينَ ٱسۡتَجَابُواْ لِرَبِّهِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمۡرُهُمۡ شُورَىٰ بَيۡنَهُمۡ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Wal ladziinas tajaabuu lirabbihim wa aqaamush shalaata wa amruhum syuuraa bainahum wa mimmaa razaqnaahum yunfiquun.  
Terjemahan: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

**39.** وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَابَهُمُ ٱلۡبَغۡيُ هُمۡ يَنتَصِرُونَ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Wal ladziina idzaa ashaabahumul baghyu hum yantashiruun.  
Terjemahan: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

**40.** وَجَزَٰٓؤُاْ سَيِّئَةٖ سَيِّئَةٞ مِّثۡلُهَاۖ فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Wa jazaa'u sayyi'atin sayyi'atum mitsluhaa faman 'afaa wa ashlaha fa ajruhuu 'alallaahi innahuu laa yuhibbuzh zhaalimiin.  
Terjemahan: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

**41.** وَلَمَنِ ٱنتَصَرَ بَعۡدَ ظُلۡمِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ مَا عَلَيۡهِم مِّن سَبِيلٍ ﴿٤١﴾  
Rumi: Wa lamanin tashara ba'da zhulmihii fa ulaa'ika maa 'alaihim min sabiil.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

**42.** إِنَّمَا ٱلسَّبِيلُ عَلَى ٱلَّذِينَ يَظۡلِمُونَ ٱلنَّاسَ وَيَبۡغُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Innamas sabiilu 'alal ladziina yazhlimuunan naasa wa yabghuuna fil ardhi bighairil haqqi ulaa'ika lahum 'adzaabun aliim.  
Terjemahan: Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

**43.** وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Wa laman shabara wa ghafara inna dzaalika lamin 'azmil umuur.  
Terjemahan: Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

**44.** وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن وَلِيّٖ مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَتَرَى ٱلظَّٰلِمِينَ لَمَّا رَأَوُاْ ٱلۡعَذَابَ يَقُولُونَ هَلۡ إِلَىٰ مَرَدّٖ مِّن سَبِيلٖ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Wa may yudhlilillaahu famaa lahuu miw waliyyim mim ba'dihii wa tarazh zhaalimiina lammaa ra'awul 'adzaaba yaquuluuna hal ilaa maraddim min sabiil.  
Terjemahan: Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: “Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?”

**45.** وَتَرَىٰهُمۡ يُعۡرَضُونَ عَلَيۡهَا خَٰشِعِينَ مِنَ ٱلذُّلِّ يَنظُرُونَ مِن طَرۡفٍ خَفِيّٖۗ وَقَالَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ وَأَهۡلِيهِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ أَلَآ إِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ فِي عَذَابٖ مُّقِيمٖ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Wa taraahum yu'radhuuna 'alaihaa khaasyi'iina minadz dzulli yanzhuruuna min tharfin khafiyyiw wa qaalal ladziina aamanuu innal khaasiriinal ladziina khasiruu anfusahum wa ahliihim yaumal qiyaamati alaa innazh zhaalimiina fii 'adzaabim muqiim.  
Terjemahan: Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal”.

**46.** وَمَا كَانَ لَهُم مِّنۡ أَوۡلِيَآءَ يَنصُرُونَهُم مِّن دُونِ ٱللَّهِۗ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن سَبِيلٍ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Wa maa kaana lahum min auliyaa'a yanshuruunahum min duunillaahi wa may yudhlilillaahu famaa lahuu min sabiil.  
Terjemahan: Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong - yang lain dari Allah - yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk).

**47.** ٱسۡتَجِيبُواْ لِرَبِّكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ يَوۡمٞ لَّا مَرَدَّ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِۚ مَا لَكُم مِّن مَّلۡجَإٖ يَوۡمَئِذٖ وَمَا لَكُم مِّن نَّكِيرٖ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Istajiibuu lirabbikum min qabli ay ya'tiya yaumul laa maradda lahuu minallaahi maa lakum mim malja'iy yauma'idziw wa maa lakum min nakiir.  
Terjemahan: Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).

**48.** فَإِنۡ أَعۡرَضُواْ فَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ عَلَيۡهِمۡ حَفِيظًاۖ إِنۡ عَلَيۡكَ إِلَّا ٱلۡبَلَٰغُۗ وَإِنَّآ إِذَآ أَذَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِنَّا رَحۡمَةٗ فَرِحَ بِهَاۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡ فَإِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ كَفُورٞ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Fa in a'radhuu famaa arsalnaaka 'alaihim hafiizhan in 'alaika illal balaaghu wa innaa idzaa adzaqnal insaana minnaa rahmatan fariha bihaa wa in tushibhum sayyi'atum bimaa qaddamat aidiihim fa innal insaana kafuur.  
Terjemahan: Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

**49.** لِّلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُۚ يَهَبُ لِمَن يَشَآءُ إِنَٰثٗا وَيَهَبُ لِمَن يَشَآءُ ٱلذُّكُورَ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Llillaahi mulkus samaawaati wal ardhi yakhluqu maa yasyaa'u yahabu limay yasyaa'u inaatsaw wa yahabu limay yasyaa'udz dzukuur.  
Terjemahan: Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

**50.** أَوۡ يُزَوِّجُهُمۡ ذُكۡرَانٗا وَإِنَٰثٗاۖ وَيَجۡعَلُ مَن يَشَآءُ عَقِيمًاۚ إِنَّهُۥ عَلِيمٞ قَدِيرٞ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Au yuzawwijuhum dzukraanaw wa inaatsaw wa yaj'alu may yasyaa'u 'aqiiman innahuu 'aliimun qadiir.  
Terjemahan: Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

**51.** ۞ وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحۡيًا أَوۡ مِن وَرَآيِٕ حِجَابٍ أَوۡ يُرۡسِلَ رَسُولٗا فَيُوحِيَ بِإِذۡنِهِۦ مَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ عَلِيٌّ حَكِيمٞ ﴿٥١﴾  
Rumi: Wa maa kaana libasyarin ay yukallimahullaahu illaa wahyan au miw waraa'i hijaabin au yursila rasuulan fayuuhiya bi'idznihii maa yasyaa'u innahuu 'aliyyun hakiim.  
Terjemahan: Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

**52.** وَكَذَٰلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحٗا مِّنۡ أَمۡرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدۡرِي مَا ٱلۡكِتَٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَٰنُ وَلَٰكِن جَعَلۡنَٰهُ نُورٗا نَّهۡدِي بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهۡدِيٓ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Wa kadzaalika auhainaa ilaika ruuham min amrinaa maa kunta tadrii mal kitaabu wa lal iimaanu wa laakin ja'alnaahu nuuran nahdii bihii man nasyaa'u min 'ibaadinaa wa innaka latahdii ilaa shiraathim mustaqiim.  
Terjemahan: Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

**53.** صِرَٰطِ ٱللَّهِ ٱلَّذِي لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ أَلَآ إِلَى ٱللَّهِ تَصِيرُ ٱلۡأُمُورُ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Shiraathillaahil ladzii lahuu maa fis samaawaati wa maa fil ardhi alaa ilallaahi tashiirul umuur.  
Terjemahan: Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 42 daripada 114
- **Maksud nama:** Mesyuarat
- **Bilangan ayat:** 53
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 62
- **Juzuk:** 25

## Mengenai Surah Asy-Syura

Nama surah diambil daripada ungkapan "urusan mereka diputuskan dengan perundingan (syura) sesama mereka" dalam ayat 38, yang disebut sebagai salah satu sifat orang beriman. Berdasarkan huruf awalnya, surah ini juga disebut "Ha Mim 'Ain Sin Qaf".

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 53 ayat. Surah ini berada pada urutan 42 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 25; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-62 dan yang ketiga dalam surah Hawamim. Sebahagian ulama mengatakan beberapa ayat diturunkan di Madinah. Ayat 11 yang bermaksud "Tiada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya" dianggap salah satu ayat asas tentang sifat Allah.

## Latar belakang penurunan Surah Asy-Syura

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik menolak wahyu dan akidah tauhid, sedangkan umat Islam sedikit dan berada di bawah tekanan. Penyebutan musyawarah sebagai salah satu sifat asas orang beriman ketika umat Islam belum mempunyai sistem pemerintahan menarik perhatian.

Tiada sebab penurunan khusus surah yang diketahui dan diterima secara meluas dalam sumber-sumber. Walaupun terdapat riwayat bahawa beberapa ayat diturunkan di Madinah, kebanyakan ulama menerima bahawa seluruh surah Makkiyyah.

## Kandungan Surah Asy-Syura

Surah ini bermula dengan menyatakan bahawa Allah memberikan wahyu kepada Nabi dan mereka sebelumnya; diterangkan malaikat bertasbih memuji Tuhan dan memohon keampunan bagi penghuni bumi. Dijelaskan bahawa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberikan peringatan kepada Makkah dan sekitarnya.

Ditegaskan bahawa agama yang diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa juga diwahyukan kepada Nabi, agama perlu ditegakkan dengan lurus dan perpecahan di dalamnya dielakkan. Dinyatakan bahawa rezeki diluaskan dan disempitkan menurut kehendak Allah, musibah yang menimpa manusia berpunca daripada perbuatan sendiri dan Allah mengampunkan banyak kesalahan. Kemudian disenaraikan sifat orang beriman: bertawakal kepada Tuhan, menjauhi dosa besar dan perbuatan keji, memaafkan ketika marah, mendirikan solat, mengurus urusan dengan musyawarah, berinfak dan menuntut hak apabila dizalimi. Dijelaskan bahawa pahala orang yang memaafkan dan mendamaikan ditanggung Allah. Surah menerangkan bahawa Allah berbicara dengan manusia melalui wahyu, dari sebalik tabir atau dengan menghantar utusan, lalu berakhir dengan menyatakan bahawa al-Quran diwahyukan sebagai roh dan cahaya.

## Kelebihan Surah Asy-Syura

Tiada riwayat sahih tentang kelebihan surah al-Syura yang diketahui. Surah ini menonjol kerana ayat 38, yang memberitahu bahawa orang beriman menjalankan urusan mereka dengan bermesyuarat. Dalam Sahih-nya, al-Bukhari menamakan salah satu babnya tentang mesyuarat dengan ayat ini dan menukilkan di bawah tajuk itu riwayat tentang Nabi yang bermesyuarat dengan Ali dan Usamah bin Zaid dalam peristiwa fitnah (ifk). Dalam al-Adab al-Mufrad karya al-Bukhari disebut bahawa Hasan al-Basri berkata, "Sesuatu kaum yang bermesyuarat pasti dipandu kepada pilihan yang terbaik", lalu membaca ayat ini; Ibn Hajar menyatakan bahawa kata-kata ini, yang dalam sesetengah kitab disebut sebagai hadis, sebenarnya milik Hasan.

Riwayat yang dinukilkan Ahmad bin Hanbal daripada Ali, yang menyebut ayat 30 sebagai ayat paling utama dalam Kitab Allah, dinilai daif oleh al-Haitsami dan Syu'aib al-Arna'ut. Adapun riwayat tafsir yang memberitahu bahawa para malaikat akan memohonkan rahmat bagi pembacanya adalah palsu, sebagaimana yang dicatat juga oleh al-Tarablusi.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Soalan lazim tentang Surah Asy-Syura

### Berapakah bilangan ayat Surah Asy-Syura?

Surah Asy-Syura mempunyai 53 ayat.

### Apakah maksud Asy-Syura?

Asy-Syura bermaksud “Mesyuarat”.

### Adakah Surah Asy-Syura Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Asy-Syura ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-62.

### Surah Asy-Syura dalam juzuk berapa?

Surah Asy-Syura terdapat dalam juzuk 25.

### Surah Asy-Syura ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Asy-Syura ialah surah ke-42 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Fussilat dan sebelum Surah Az-Zukhruf.

### Bolehkah saya mendengar Surah Asy-Syura di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Asy-Syura oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 41. Fussilat](https://yasinsurah.com/ms/surah-fussilat/)
- [Surah seterusnya 43. Az-Zukhruf](https://yasinsurah.com/ms/surah-az-zukhruf/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
