# Surah At-Talaq الطلاق

> Surah At-Talaq (Talak) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Talaq diturunkan di…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-at-talaq/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-65 daripada 114 · Juzuk 28

12 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-99

Surah al-Talaq diturunkan di Madinah dan mempunyai 12 ayat. Surah ini menyatakan hukum kehidupan keluarga seperti perceraian, idah, nafkah dan penyusuan bersama nasihat bertakwa serta bertawakal kepada Allah.

## Surah At-Talaq dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحۡصُواْ ٱلۡعِدَّةَۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ رَبَّكُمۡۖ لَا تُخۡرِجُوهُنَّ مِنۢ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخۡرُجۡنَ إِلَّآ أَن يَأۡتِينَ بِفَٰحِشَةٖ مُّبَيِّنَةٖۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهُۥۚ لَا تَدۡرِي لَعَلَّ ٱللَّهَ يُحۡدِثُ بَعۡدَ ذَٰلِكَ أَمۡرٗا ﴿١﴾  
Rumi: Yaa ayyuhan nabiyyu idzaa thallaqtumun nisaa'a fathalliquuhunna li'iddatihinna wa ahshul 'iddata wattaqullaaha rabbakum laa tukhrijuuhunna mim buyuutihinna wa laa yakhrujna illaa ay ya'tiina bifaahisyatim mubayyinatiw wa tilka huduudullaahi wa may yata'adda huduudallaahi faqad zhalama nafsahuu laa tadrii la'allallaaha yuhditsu ba'da dzaalika amraa.  
Terjemahan: Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

**2.** فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖ وَأَشۡهِدُواْ ذَوَيۡ عَدۡلٖ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا ﴿٢﴾  
Rumi: Fa idzaa balaghna ajalahunna fa amsikuuhunna bima'ruufin au faariquuhunna bima'ruufiw wa asyhiduu dzawai 'adlim minkum wa aqiimusy syahaadata lillaahi dzaalikum yuu'azhu bihii man kaana yu'minu billaahi wal yaumil aakhiri wa may yattaqillaaha yaj'al lahuu makhrajaa.  
Terjemahan: Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

**3.** وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا ﴿٣﴾  
Rumi: Wa yarzuqhu min haitsu laa yahtasibu wa may yatawakkal 'alallaahi fahuwa hasbuhuu innallaaha baalighu amrihii qad ja'alallaahu likulli syai'in qadraa.  
Terjemahan: Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

**4.** وَٱلَّٰٓـِٔي يَئِسۡنَ مِنَ ٱلۡمَحِيضِ مِن نِّسَآئِكُمۡ إِنِ ٱرۡتَبۡتُمۡ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَٰثَةُ أَشۡهُرٖ وَٱلَّٰٓـِٔي لَمۡ يَحِضۡنَۚ وَأُوْلَٰتُ ٱلۡأَحۡمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعۡنَ حَمۡلَهُنَّۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مِنۡ أَمۡرِهِۦ يُسۡرٗا ﴿٤﴾  
Rumi: Wal laa'ii ya'isna minal mahiidhi min nisaa'ikum inir tabtum fa'iddatuhunna tsalaatsatu asyhuriw wal laa'ii lam yahidhna wa ulaatul ahmaali ajaluhunna ay yadha'na hamlahunna wa may yattaqillaaha yaj'al lahuu min amrihii yusraa.  
Terjemahan: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

**5.** ذَٰلِكَ أَمۡرُ ٱللَّهِ أَنزَلَهُۥٓ إِلَيۡكُمۡۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُعۡظِمۡ لَهُۥٓ أَجۡرًا ﴿٥﴾  
Rumi: Dzaalika amrullaahi anzalahuu ilaikum wa may yattaqillaaha yukaffir 'anhu sayyi'aatihii wa yu'zhim lahuu ajraa.  
Terjemahan: Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.

**6.** أَسۡكِنُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ سَكَنتُم مِّن وُجۡدِكُمۡ وَلَا تُضَآرُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُواْ عَلَيۡهِنَّۚ وَإِن كُنَّ أُوْلَٰتِ حَمۡلٖ فَأَنفِقُواْ عَلَيۡهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعۡنَ حَمۡلَهُنَّۚ فَإِنۡ أَرۡضَعۡنَ لَكُمۡ فَـَٔاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ وَأۡتَمِرُواْ بَيۡنَكُم بِمَعۡرُوفٖۖ وَإِن تَعَاسَرۡتُمۡ فَسَتُرۡضِعُ لَهُۥٓ أُخۡرَىٰ ﴿٦﴾  
Rumi: Askinuuhunna min haitsu sakantum miw wujdikum wa laa tudhaarruuhunna litudhayyiquu 'alaihinna wa in kunna ulaati hamlin fa anfiquu 'alaihinna hattaa yadha'na hamlahunna fa in ardha'na lakum fa aatuuhunna ujuurahunna wa'tamiruu bainakum bima'ruufiw wa in ta'aasartum fasaturdhi'u lahuu ukhraa.  
Terjemahan: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

**7.** لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٖ يُسۡرٗا ﴿٧﴾  
Rumi: Liyunfiq dzuu sa'atim min sa'atihii wa man qudira 'alaihi rizquhuu falyunfiq mimmaa aataahullaahu laa yukallifullaahu nafsan illaa maa aataahaa sayaj'alullaahu ba'da 'usriy yusraa.  
Terjemahan: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

**8.** وَكَأَيِّن مِّن قَرۡيَةٍ عَتَتۡ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهِۦ فَحَاسَبۡنَٰهَا حِسَابٗا شَدِيدٗا وَعَذَّبۡنَٰهَا عَذَابٗا نُّكۡرٗا ﴿٨﴾  
Rumi: Wa ka'ayyim min qaryatin 'atat 'an amri rabbihaa wa rusulihii fahaasabnaahaa hisaaban syadiidaw wa 'adzdzabnaahaa 'adzaaban nukraa.  
Terjemahan: Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.

**9.** فَذَاقَتۡ وَبَالَ أَمۡرِهَا وَكَانَ عَٰقِبَةُ أَمۡرِهَا خُسۡرًا ﴿٩﴾  
Rumi: Fadzaaqat wa baala amrihaa wa kaana 'aaqibatu amrihaa khusraa.  
Terjemahan: Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.

**10.** أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُمۡ عَذَابٗا شَدِيدٗاۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۚ قَدۡ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكُمۡ ذِكۡرٗا ﴿١٠﴾  
Rumi: A'addallaahu lahum 'adzaaban syadiidan fattaqullaaha yaa ulil albaabil ladziina aamanuu qad anzalallaahu ilaikum dzikraa.  
Terjemahan: Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan -

**11.** رَّسُولٗا يَتۡلُواْ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ مُبَيِّنَٰتٖ لِّيُخۡرِجَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَٰلِحٗا يُدۡخِلۡهُ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۖ قَدۡ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ لَهُۥ رِزۡقًا ﴿١١﴾  
Rumi: Rasuulay yatluu 'alaikum aayaatillaahi mubayyinaatil liyukhrijal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati minazh zhulumaati ilan nuuri wa may yu'mim billaahi wa ya'mal shaalihay yudkhilhu jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru khaalidiina fiihaa abadan qad ahsanallaahu lahuu rizqaa.  
Terjemahan: (Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

**12.** ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖ وَمِنَ ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّۖ يَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَيۡنَهُنَّ لِتَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عِلۡمَۢا ﴿١٢﴾  
Rumi: Allaahul ladzii khalaqa sab'a samaawaatiw wa minal ardhi mitslahunna yatanazzalul amru bainahunna lita'lamuu annallaaha 'alaa kulli syai'in qadiiruw wa annallaaha qad ahaatha bikulli syai'in 'ilmaa.  
Terjemahan: Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 65 daripada 114
- **Maksud nama:** Talak
- **Bilangan ayat:** 12
- **Diturunkan di:** Madinah
- **Urutan penurunan:** 99
- **Juzuk:** 28

## Mengenai Surah At-Talaq

Surah ini dinamakan "talaq" yang bermaksud "perceraian" kerana ayat pertama menyatakan hukum menceraikan wanita dan sebahagian besar surah membincangkannya.

Surah ini diturunkan di Madinah dan mempunyai 12 ayat. Surah ini yang ke-65 dalam susunan mushaf, ke-99 menurut susunan penurunan yang lazim dan terdapat dalam juz 28.

Dalam kata-kata riwayat al-Bukhari, Abdullah bin Mas'ud menyebut surah ini "surah al-Nisa' yang pendek" berbanding surah al-Nisa'. Hukum kehidupan keluarganya melengkapi ayat berkaitan dalam al-Baqarah dan al-Nisa'. Ungkapan dalam ayat kedua dan ketiga yang bermaksud "Sesiapa bertakwa kepada Allah, Allah memberikan jalan keluar dan rezeki dari arah yang tidak disangka" antara ayat yang sangat digemari serta kerap dibaca umat Islam.

## Latar belakang penurunan Surah At-Talaq

Surah ini diturunkan pada zaman Madinah dalam proses pengaturan hukum kehidupan keluarga secara terperinci.

Sumber-sumber menyebut ayat pertama bersama peristiwa Abdullah bin Umar menceraikan isterinya ketika haid. Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi meminta Abdullah bin Umar kembali kepada isterinya dan mengajarkan perceraian perlu dilakukan pada waktu suci dengan memperhatikan idah. Sebahagian ahli tafsir mengatakan ayat diturunkan berhubung peristiwa ini, manakala sebahagian menjelaskan peristiwa ialah contoh pelaksanaan hukum ayat.

Surah menasihatkan supaya keadilan, kebaikan dan batas yang ditetapkan Allah dipelihara walaupun dalam keadaan sukar seperti perceraian.

## Kandungan Surah At-Talaq

Surah ini bermula dengan seruan kepada Nabi dan memerintahkan perceraian dilakukan dengan memperhatikan idah, idah dihitung dengan teliti dan wanita tidak diusir dari rumah sepanjang tempoh itu kecuali berlaku kekejian yang nyata. Diingatkan bahawa ini batas yang ditetapkan Allah. Ketika tempoh idah hampir tamat, diminta kembali kepada perkahwinan dengan baik sebelum tamat tempoh atau menyempurnakan perpisahan dengan baik, serta menghadirkan dua saksi adil.

Dinyatakan orang yang bertakwa kepada Allah diberikan jalan keluar dan rezeki dari arah yang tidak disangka, dan Allah mencukupi bagi yang bertawakal kepada-Nya. Dijelaskan idah wanita yang putus haid dan belum haid ialah tiga bulan, manakala idah wanita hamil berakhir dengan bersalin. Diperintahkan menyediakan tempat tinggal dan nafkah kepada wanita yang diceraikan setakat kemampuan serta memberikan bayaran kepada ibu yang menyusukan anak; dikhabarkan Allah akan memberikan kemudahan selepas kesukaran.

Bahagian terakhir mengingatkan kesudahan kaum yang menentang perintah Tuhan dan menyatakan Allah menciptakan tujuh lapis langit serta bumi yang seumpamanya.

## Kelebihan Surah At-Talaq

Walaupun tiada hadis sahih tentang kelebihan surah al-Talaq, terdapat sebuah riwayat terkenal tentang penekanan takwa di hujung ayat kedua. Menurut riwayat Ahmad bin Hanbal dan Ibn Majah daripada Abu Zar, Nabi bersabda bahawa baginda mengetahui sebuah ayat yang mencukupi bagi seluruh manusia jika mereka berpegang padanya, lalu membaca ayat, "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan membukakan baginya jalan keluar." Namun, oleh sebab perawi Abu al-Salil tidak sempat bertemu Abu Zar, terdapat keterputusan dalam sanad; al-Bushiri menunjukkan hal ini, dan al-Albani juga menilai hadis ini daif.

Dalam tafsir-tafsir juga diceritakan bahawa ayat ini turun tentang Auf bin Malik al-Asyja'i yang anaknya ditawan; namun kisah ini datang melalui jalur-jalur yang mursal dan daif, dan al-Zahabi menilai salah satu jalurnya dalam al-Hakim munkar. Adapun riwayat tafsir yang mengatakan bahawa pembaca surah al-Talaq akan wafat di atas sunnah Nabi dinyatakan palsu oleh para pengkritik hadis seperti al-Tarablusi.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah At-Talaq

- [Wa Man Yattaqillah Surah At-Talaq, ayat 2-3](https://yasinsurah.com/ms/doa/wa-man-yattaqillah/)

## Soalan lazim tentang Surah At-Talaq

### Berapakah bilangan ayat Surah At-Talaq?

Surah At-Talaq mempunyai 12 ayat.

### Apakah maksud At-Talaq?

At-Talaq bermaksud “Talak”.

### Adakah Surah At-Talaq Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah At-Talaq ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-99.

### Surah At-Talaq dalam juzuk berapa?

Surah At-Talaq terdapat dalam juzuk 28.

### Surah At-Talaq ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah At-Talaq ialah surah ke-65 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah At-Taghabun dan sebelum Surah At-Tahrim.

### Bolehkah saya mendengar Surah At-Talaq di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah At-Talaq oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 64. At-Taghabun](https://yasinsurah.com/ms/surah-at-taghabun/)
- [Surah seterusnya 66. At-Tahrim](https://yasinsurah.com/ms/surah-at-tahrim/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
