# Surah Az-Zukhruf الزخرف

> Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah al-Zukhruf…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-az-zukhruf/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-43 daripada 114 · Juzuk 25

89 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-63

Surah al-Zukhruf diturunkan di Makkah dan mempunyai 89 ayat. Surah ini mengkritik mereka yang mengikuti nenek moyang secara membuta tuli, menegaskan bahawa perhiasan dunia sementara dan menerangkan keesaan Allah melalui contoh nabi-nabi terdahulu.

## Surah Az-Zukhruf dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** حمٓ ﴿١﴾  
Rumi: Haa miim.  
Terjemahan: Haa, Miim.

**2.** وَٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡمُبِينِ ﴿٢﴾  
Rumi: Wal kitaabil mubiin.  
Terjemahan: Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.

**3.** إِنَّا جَعَلۡنَٰهُ قُرۡءَٰنًا عَرَبِيّٗا لَّعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ ﴿٣﴾  
Rumi: Innaa ja'alnaahu qur'aanan 'arabiyyal la'allakum ta'qiluun.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.

**4.** وَإِنَّهُۥ فِيٓ أُمِّ ٱلۡكِتَٰبِ لَدَيۡنَا لَعَلِيٌّ حَكِيمٌ ﴿٤﴾  
Rumi: Wa innahuu fii ummil kitaabi ladainaa la'aliyyun hakiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.

**5.** أَفَنَضۡرِبُ عَنكُمُ ٱلذِّكۡرَ صَفۡحًا أَن كُنتُمۡ قَوۡمٗا مُّسۡرِفِينَ ﴿٥﴾  
Rumi: Afanadhribu 'ankumudz dzikra shafhan an kuntum qaumam musrifiin.  
Terjemahan: Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu, kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya? (Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, sama ada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya).

**6.** وَكَمۡ أَرۡسَلۡنَا مِن نَّبِيّٖ فِي ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٦﴾  
Rumi: Wa kam arsalnaa min nabiyyin fil awwaliin.  
Terjemahan: Dan (ingatlah), berapa banyak nabi-nabi yang kami telah utuskan kepada umat-umat yang terdahulu zamannya.

**7.** وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن نَّبِيٍّ إِلَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ﴿٧﴾  
Rumi: Wa maa ya'tiihim min nabiyyin illaa kaanuu bihii yastahzi'uun.  
Terjemahan: Dan tidak ada seseorang Nabi pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.

**8.** فَأَهۡلَكۡنَآ أَشَدَّ مِنۡهُم بَطۡشٗا وَمَضَىٰ مَثَلُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٨﴾  
Rumi: Fa ahlaknaa asyadda minhum bathsyaw wa madhaa matsalul awwaliin.  
Terjemahan: Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan lebih kejam serangannya) daripada mereka; dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.

**9.** وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡعَلِيمُ ﴿٩﴾  
Rumi: Wa la'in sa'altahum man khalaqas samaawaati wal ardha layaquulunna khalaqahunnal 'aziizul 'aliim.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.

**10.** ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ مَهۡدٗا وَجَعَلَ لَكُمۡ فِيهَا سُبُلٗا لَّعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ﴿١٠﴾  
Rumi: Alladzii ja'ala lakumul ardha mahdaw wa ja'ala lakum fiihaa subulal la'allakum tahtaduun.  
Terjemahan: (Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu di bumi jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu mendapat petunjuk (ke arah yang dituju).

**11.** وَٱلَّذِي نَزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءَۢ بِقَدَرٖ فَأَنشَرۡنَا بِهِۦ بَلۡدَةٗ مَّيۡتٗاۚ كَذَٰلِكَ تُخۡرَجُونَ ﴿١١﴾  
Rumi: Wal ladzii nazzala minas samaa'i maa'am biqadarin fa ansyarnaa bihii baldatam maitan kadzaalika tukhrajuun.  
Terjemahan: Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

**12.** وَٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٰجَ كُلَّهَا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلۡفُلۡكِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ مَا تَرۡكَبُونَ ﴿١٢﴾  
Rumi: Wal ladzii khalaqal azwaaja kullahaa wa ja'ala lakum minal fulki wal an'aami maa tarkabuun.  
Terjemahan: Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya,

**13.** لِتَسۡتَوُۥاْ عَلَىٰ ظُهُورِهِۦ ثُمَّ تَذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ رَبِّكُمۡ إِذَا ٱسۡتَوَيۡتُمۡ عَلَيۡهِ وَتَقُولُواْ سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُۥ مُقۡرِنِينَ ﴿١٣﴾  
Rumi: Litastawuu 'alaa zhuhuurihii tsumma tadzkuruu ni'mata rabbikum idzas tawaitum 'alaihi wa taquuluu subhaanal ladzii sakhkhara lanaa haadzaa wa maa kunnaa lahuu muqriniin.  
Terjemahan: Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: “Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -

**14.** وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ﴿١٤﴾  
Rumi: Wa innaa ilaa rabbinaa lamunqalibuun.  
Terjemahan: “Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

**15.** وَجَعَلُواْ لَهُۥ مِنۡ عِبَادِهِۦ جُزۡءًاۚ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَكَفُورٞ مُّبِينٌ ﴿١٥﴾  
Rumi: Wa ja'aluu lahuu min 'ibaadihii juz'an innal insaana lakafuurum mubiin.  
Terjemahan: Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.

**16.** أَمِ ٱتَّخَذَ مِمَّا يَخۡلُقُ بَنَاتٖ وَأَصۡفَىٰكُم بِٱلۡبَنِينَ ﴿١٦﴾  
Rumi: Amit takhadza mimmaa yakhluqu banaatiw wa ashfaakum bil baniin.  
Terjemahan: Patutkah tuhan mengambil dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya menjadi anak-anak perempuannya, dan Ia mengutamakan kamu dengan anak-anak lelaki?

**17.** وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِمَا ضَرَبَ لِلرَّحۡمَٰنِ مَثَلٗا ظَلَّ وَجۡهُهُۥ مُسۡوَدّٗا وَهُوَ كَظِيمٌ ﴿١٧﴾  
Rumi: Wa idzaa busysyira ahaduhum bimaa dharaba lir rahmaani matsalan zhalla wajhuhuu muswaddaw wa huwa kazhiim.  
Terjemahan: Padahal apabila diberitahu kepada salah seorang dari mereka dengan (berita bahawa ia beroleh anak perempuan seperti) yang dijadikannya sekutu yang sejenis dengan Allah Yang Maha Pemurah, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.

**18.** أَوَمَن يُنَشَّؤُاْ فِي ٱلۡحِلۡيَةِ وَهُوَ فِي ٱلۡخِصَامِ غَيۡرُ مُبِينٖ ﴿١٨﴾  
Rumi: Awamay yunasysya'u fil hilyati wa huwa fil khishaami ghairu mubiin.  
Terjemahan: Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan, sedang ia semasa berbantah dan bertikam lidah tidak dapat memberikan alasan yang jelas?

**19.** وَجَعَلُواْ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ ٱلَّذِينَ هُمۡ عِبَٰدُ ٱلرَّحۡمَٰنِ إِنَٰثًاۚ أَشَهِدُواْ خَلۡقَهُمۡۚ سَتُكۡتَبُ شَهَٰدَتُهُمۡ وَيُسۡـَٔلُونَ ﴿١٩﴾  
Rumi: Wa ja'alul malaa'ikatal ladziina hum 'ibaadur rahmaani inaatsan asyahiduu khalqahum satuktabu syahaadatuhum wa yus'aluun.  
Terjemahan: Dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).

**20.** وَقَالُواْ لَوۡ شَآءَ ٱلرَّحۡمَٰنُ مَا عَبَدۡنَٰهُمۗ مَّا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنۡ عِلۡمٍۖ إِنۡ هُمۡ إِلَّا يَخۡرُصُونَ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Wa qaaluu lau syaa'ar rahmaanu maa 'abadnaahum maa lahum bidzaalika min 'ilmin in hum illaa yakhrushuun.  
Terjemahan: Dan mereka berkata: “Kalaulah Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyembah malaikat itu”. (Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun mengenai kata-kata mereka (yang demikian), mereka hanyalah orang-orang yang berdusta!

**21.** أَمۡ ءَاتَيۡنَٰهُمۡ كِتَٰبٗا مِّن قَبۡلِهِۦ فَهُم بِهِۦ مُسۡتَمۡسِكُونَ ﴿٢١﴾  
Rumi: Am aatainaahum kitaabam min qablihii fahum bihii mustamsikuun.  
Terjemahan: Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?

**22.** بَلۡ قَالُوٓاْ إِنَّا وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا عَلَىٰٓ أُمَّةٖ وَإِنَّا عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِم مُّهۡتَدُونَ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Bal qaaluu innaa wajadnaa aabaa'anaa 'alaa ummatiw wa innaa 'alaa aatsaarihim muhtaduun.  
Terjemahan: (Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja”.

**23.** وَكَذَٰلِكَ مَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ فِي قَرۡيَةٖ مِّن نَّذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتۡرَفُوهَآ إِنَّا وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا عَلَىٰٓ أُمَّةٖ وَإِنَّا عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِم مُّقۡتَدُونَ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Wa kadzaalika maa arsalnaa min qablika fii qaryatim min nadziirin illaa qaala mutrafuuhaa innaa wajadnaa aabaa'anaa 'alaa ummatiw wa innaa 'alaa aatsaarihim muqtaduun.  
Terjemahan: Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: “Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja”.

**24.** ۞ قَٰلَ أَوَلَوۡ جِئۡتُكُم بِأَهۡدَىٰ مِمَّا وَجَدتُّمۡ عَلَيۡهِ ءَابَآءَكُمۡۖ قَالُوٓاْ إِنَّا بِمَآ أُرۡسِلۡتُم بِهِۦ كَٰفِرُونَ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Qaala awalau ji'tukum bi'ahdaa mimmaa wajattum 'alaihi aabaa'akum qaaluu innaa bimaa ursiltum bihii kaafiruun.  
Terjemahan: Rasul itu berkata: “Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu ugama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan ugama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”.

**25.** فَٱنتَقَمۡنَا مِنۡهُمۡۖ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Fantaqamnaa minhum fanzhur kaifa kaana 'aaqibatul mukadzdzibiin.  
Terjemahan: Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.

**26.** وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦٓ إِنَّنِي بَرَآءٞ مِّمَّا تَعۡبُدُونَ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Wa idz qaala ibraahiimu li'abiihi wa qaumihii innanii baraa'um mimmaa ta'buduun.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah -

**27.** إِلَّا ٱلَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُۥ سَيَهۡدِينِ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Illal ladzii fatharanii fa innahuu sayahdiin.  
Terjemahan: “Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku”.

**28.** وَجَعَلَهَا كَلِمَةَۢ بَاقِيَةٗ فِي عَقِبِهِۦ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Wa ja'alahaa kalimatam baaqiyatan fii 'aqibihii la'allahum yarji'uun.  
Terjemahan: Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).

**29.** بَلۡ مَتَّعۡتُ هَٰٓؤُلَآءِ وَءَابَآءَهُمۡ حَتَّىٰ جَآءَهُمُ ٱلۡحَقُّ وَرَسُولٞ مُّبِينٞ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Bal matta'tu haa'ulaa'i wa aabaa'ahum hattaa jaa'ahumul haqqu wa rasuulum mubiin.  
Terjemahan: (Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup, sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.

**30.** وَلَمَّا جَآءَهُمُ ٱلۡحَقُّ قَالُواْ هَٰذَا سِحۡرٞ وَإِنَّا بِهِۦ كَٰفِرُونَ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Wa lammaa jaa'ahumul haqqu qaaluu haadzaa sihruw wa innaa bihii kaafiruun.  
Terjemahan: Dan ketika kebenaran (Al-Quran) itu disampaikan kepada mereka, berkatalah mereka: “Sesungguhnya ini adalah sihir, dan sesungguhnya kami tetap mengingkarinya”.

**31.** وَقَالُواْ لَوۡلَا نُزِّلَ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانُ عَلَىٰ رَجُلٖ مِّنَ ٱلۡقَرۡيَتَيۡنِ عَظِيمٍ ﴿٣١﴾  
Rumi: Wa qaaluu laulaa nuzzila haadzal qur'aanu 'alaa rajulim minal qaryataini 'azhiim.  
Terjemahan: Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: “(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?”

**32.** أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٖ دَرَجَٰتٖ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضٗا سُخۡرِيّٗاۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Ahum yaqsimuuna rahmata rabbika nahnu qasamnaa bainahum ma'iisyatahum fil hayaatid dunyaa wa rafa'naa ba'dhahum fauqa ba'dhin darajaatil liyattakhidza ba'dhuhum ba'dhan sukhriyyaw wa rahmatu rabbika khairum mimmaa yajma'uun.  
Terjemahan: (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.

**33.** وَلَوۡلَآ أَن يَكُونَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ لَّجَعَلۡنَا لِمَن يَكۡفُرُ بِٱلرَّحۡمَٰنِ لِبُيُوتِهِمۡ سُقُفٗا مِّن فِضَّةٖ وَمَعَارِجَ عَلَيۡهَا يَظۡهَرُونَ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Wa laulaa ay yakuunan naasu ummataw waahidatal laja'alnaa limay yakfuru bir rahmaani libuyuutihim suqufam min fidhdhatiw wa ma'aarija 'alaihaa yazhharuun.  
Terjemahan: Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),

**34.** وَلِبُيُوتِهِمۡ أَبۡوَٰبٗا وَسُرُرًا عَلَيۡهَا يَتَّكِـُٔونَ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wa libuyuutihim abwaabaw wa sururan 'alaihaa yattaki'uun.  
Terjemahan: Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),

**35.** وَزُخۡرُفٗاۚ وَإِن كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَٱلۡأٓخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلۡمُتَّقِينَ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Wa zukhrufaw wa in kullu dzaalika lammaa mataa'ul hayaatid dunyaa wal aakhiratu 'inda rabbika lil muttaqiin.  
Terjemahan: Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.

**36.** وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Wa may ya'syu 'an dzikrir rahmaani nuqayyidh lahuu syaithaanan fahuwa lahuu qariin.  
Terjemahan: Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

**37.** وَإِنَّهُمۡ لَيَصُدُّونَهُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّهُم مُّهۡتَدُونَ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Wa innahum layashudduunahum 'anis sabiili wa yahsabuuna annahum muhtaduun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

**38.** حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَنَا قَالَ يَٰلَيۡتَ بَيۡنِي وَبَيۡنَكَ بُعۡدَ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ فَبِئۡسَ ٱلۡقَرِينُ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Hattaa idzaa jaa'anaa qaala yaa laita bainii wa bainaka bu'dal masyriqaini fabi'sal qariin.  
Terjemahan: Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman”.

**39.** وَلَن يَنفَعَكُمُ ٱلۡيَوۡمَ إِذ ظَّلَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ فِي ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Wa lay yanfa'akumul yauma izh zhalamtum annakum fil 'adzaabi musytarikuun.  
Terjemahan: (Lalu dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab”.

**40.** أَفَأَنتَ تُسۡمِعُ ٱلصُّمَّ أَوۡ تَهۡدِي ٱلۡعُمۡيَ وَمَن كَانَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Afa'anta tusmi'ush shumma au tahdil 'umya wa man kaana fii dhalaalim mubiin.  
Terjemahan: Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?

**41.** فَإِمَّا نَذۡهَبَنَّ بِكَ فَإِنَّا مِنۡهُم مُّنتَقِمُونَ ﴿٤١﴾  
Rumi: Fa immaa nadzhabanna bika fa innaa minhum muntaqimuun.  
Terjemahan: Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.

**42.** أَوۡ نُرِيَنَّكَ ٱلَّذِي وَعَدۡنَٰهُمۡ فَإِنَّا عَلَيۡهِم مُّقۡتَدِرُونَ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Au nuriyannakal ladzii wa'adnaahum fa innaa 'alaihim muqtadiruun.  
Terjemahan: Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.

**43.** فَٱسۡتَمۡسِكۡ بِٱلَّذِيٓ أُوحِيَ إِلَيۡكَۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Fastamsik bil ladzii uuhiya ilaika innaka 'alaa shiraathim mustaqiim.  
Terjemahan: Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.

**44.** وَإِنَّهُۥ لَذِكۡرٞ لَّكَ وَلِقَوۡمِكَۖ وَسَوۡفَ تُسۡـَٔلُونَ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Wa innahuu ladzikrul laka wa liqaumika wa saufa tus'aluun.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).

**45.** وَسۡـَٔلۡ مَنۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رُّسُلِنَآ أَجَعَلۡنَا مِن دُونِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ءَالِهَةٗ يُعۡبَدُونَ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Was'al man arsalnaa min qablika mir rusulinaa aja'alnaa min duunir rahmaani aalihatay yu'baduun.  
Terjemahan: Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.

**46.** وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَإِيْهِۦ فَقَالَ إِنِّي رَسُولُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Wa laqad arsalnaa muusaa bi'aayaatinaa ilaa fir'auna wa mala'ihii faqaala innii rasuulu rabbil 'aalamiin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Musa dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami, kepada Firaun dan kaumnya, lalu ia berkata: “Sesungguhnya aku ini ialah Rasul dari Tuhan sekalian alam”.

**47.** فَلَمَّا جَآءَهُم بِـَٔايَٰتِنَآ إِذَا هُم مِّنۡهَا يَضۡحَكُونَ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Falammaa jaa'ahum bi'aayaatinaa idzaa hum minhaa yadhhakuun.  
Terjemahan: Maka apabila ia datang kepada mereka dengan membawa tanda-tanda kekuasaan Kami, mereka dengan serta-merta mencemuh dan menggelakkan (apa yang dibawanya) itu.

**48.** وَمَا نُرِيهِم مِّنۡ ءَايَةٍ إِلَّا هِيَ أَكۡبَرُ مِنۡ أُخۡتِهَاۖ وَأَخَذۡنَٰهُم بِٱلۡعَذَابِ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wa maa nuriihim min aayatin illaa hiya akbaru min ukhtihaa wa akhadznaahum bil 'adzaabi la'allahum yarji'uun.  
Terjemahan: Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kebenaran Nabi Musa melainkan tanda itu adalah lebih terang dari yang terdahulu daripadanya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka kembali (bertaubat).

**49.** وَقَالُواْ يَٰٓأَيُّهَ ٱلسَّاحِرُ ٱدۡعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِندَكَ إِنَّنَا لَمُهۡتَدُونَ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Wa qaaluu yaa ayyuhas saahirud 'u lanaa rabbaka bimaa 'ahida 'indaka innanaa lamuhtaduun.  
Terjemahan: Dan (apabila bala bencana itu menimpa mereka), mereka merayu kepada Nabi Musa dengan berkata: “Wahai orang yang bijak pandai, pohonkanlah kepada Tuhanmu keselamatan untuk kami dengan (kemuliaan) pangkat Nabi yang diberikan kepadamu; sesungguhnya kami (sesudah itu) akan patuh beriman”.

**50.** فَلَمَّا كَشَفۡنَا عَنۡهُمُ ٱلۡعَذَابَ إِذَا هُمۡ يَنكُثُونَ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Falammaa kasyafnaa 'anhumul 'adzaaba idzaa hum yankutsuun.  
Terjemahan: Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, mereka terus mencabuli janjinya.

**51.** وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِي قَوۡمِهِۦ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِي مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَٰرُ تَجۡرِي مِن تَحۡتِيٓۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ﴿٥١﴾  
Rumi: Wa naadaa fir'aunu fii qaumihii qaala yaa qaumi alaisa lii mulku mishra wa haadzihil anhaaru tajrii min tahtii afalaa tubshiruun.  
Terjemahan: Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?

**52.** أَمۡ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي هُوَ مَهِينٞ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Am ana khairum min haadzal ladzii huwa mahiinuw wa laa yakaadu yubiin.  
Terjemahan: “Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

**53.** فَلَوۡلَآ أُلۡقِيَ عَلَيۡهِ أَسۡوِرَةٞ مِّن ذَهَبٍ أَوۡ جَآءَ مَعَهُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ مُقۡتَرِنِينَ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Falaulaa ulqiya 'alaihi aswiratum min dzahabin au jaa'a ma'ahul malaa'ikatu muqtariniin.  
Terjemahan: “(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”

**54.** فَٱسۡتَخَفَّ قَوۡمَهُۥ فَأَطَاعُوهُۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَوۡمٗا فَٰسِقِينَ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Fastakhaffa qaumahuu fa athaa'uuhu innahum kaanuu qauman faasiqiin.  
Terjemahan: (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.

**55.** فَلَمَّآ ءَاسَفُونَا ٱنتَقَمۡنَا مِنۡهُمۡ فَأَغۡرَقۡنَٰهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Falammaa aasafuunan taqamnaa minhum fa aghraqnaahum ajma'iin.  
Terjemahan: Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).

**56.** فَجَعَلۡنَٰهُمۡ سَلَفٗا وَمَثَلٗا لِّلۡأٓخِرِينَ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Faja'alnaahum salafaw wa matsalal lil aakhiriin.  
Terjemahan: Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.

**57.** ۞ وَلَمَّا ضُرِبَ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ مَثَلًا إِذَا قَوۡمُكَ مِنۡهُ يَصِدُّونَ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Wa lammaa dhuribab nu maryama matsalan idzaa qaumuka minhu yashidduun.  
Terjemahan: Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).

**58.** وَقَالُوٓاْ ءَأَٰلِهَتُنَا خَيۡرٌ أَمۡ هُوَۚ مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلَۢاۚ بَلۡ هُمۡ قَوۡمٌ خَصِمُونَ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Wa qaaluu a'aalihatunaa khairun am huwa maa dharabuuhu laka illaa jadalam bal hum qaumun khashimuun.  
Terjemahan: Dan mereka berkata lagi: “Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa?” Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.

**59.** إِنۡ هُوَ إِلَّا عَبۡدٌ أَنۡعَمۡنَا عَلَيۡهِ وَجَعَلۡنَٰهُ مَثَلٗا لِّبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ﴿٥٩﴾  
Rumi: In huwa illaa 'abdun an'amnaa 'alaihi wa ja'alnaahu matsalal libanii israa'iil.  
Terjemahan: Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil.

**60.** وَلَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَا مِنكُم مَّلَٰٓئِكَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَخۡلُفُونَ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Wa lau nasyaa'u laja'alnaa minkum malaa'ikatan fil ardhi yakhlufuun.  
Terjemahan: Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi.

**61.** وَإِنَّهُۥ لَعِلۡمٞ لِّلسَّاعَةِ فَلَا تَمۡتَرُنَّ بِهَا وَٱتَّبِعُونِۚ هَٰذَا صِرَٰطٞ مُّسۡتَقِيمٞ ﴿٦١﴾  
Rumi: Wa innahuu la'ilmul lis saa'ati falaa tamtarunna bihaa wattabi'uuni haadzaa shiraathum mustaqiim.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.

**62.** وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Wa laa yashuddannakumusy syaithaanu innahuu lakum 'aduwwum mubiin.  
Terjemahan: Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

**63.** وَلَمَّا جَآءَ عِيسَىٰ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ قَالَ قَدۡ جِئۡتُكُم بِٱلۡحِكۡمَةِ وَلِأُبَيِّنَ لَكُم بَعۡضَ ٱلَّذِي تَخۡتَلِفُونَ فِيهِۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿٦٣﴾  
Rumi: Wa lammaa jaa'a 'iisaa bil bayyinaati qaala qad ji'tukum bil hikmati wa li'ubayyina lakum ba'dhal ladzii takhtalifuuna fiihi fattaqullaaha wa athii'uun.  
Terjemahan: Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

**64.** إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ رَبِّي وَرَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُوهُۚ هَٰذَا صِرَٰطٞ مُّسۡتَقِيمٞ ﴿٦٤﴾  
Rumi: Innallaaha huwa rabbii wa rabbukum fa'buduuhu haadzaa shiraathum mustaqiim.  
Terjemahan: “Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus”.

**65.** فَٱخۡتَلَفَ ٱلۡأَحۡزَابُ مِنۢ بَيۡنِهِمۡۖ فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡ عَذَابِ يَوۡمٍ أَلِيمٍ ﴿٦٥﴾  
Rumi: Fakhtalafal ahzaabu mim bainihim fawailul lil ladziina zhalamuu min 'adzaabi yaumin aliim.  
Terjemahan: Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.

**66.** هَلۡ يَنظُرُونَ إِلَّا ٱلسَّاعَةَ أَن تَأۡتِيَهُم بَغۡتَةٗ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ ﴿٦٦﴾  
Rumi: Hal yanzhuruuna illas saa'ata an ta'tiyahum baghtataw wa hum laa yasy'uruun.  
Terjemahan: (Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.

**67.** ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَئِذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ ﴿٦٧﴾  
Rumi: Al akhillaa'u yauma'idzim ba'dhuhum liba'dhin 'aduwwun illal muttaqiin.  
Terjemahan: Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

**68.** يَٰعِبَادِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَ وَلَآ أَنتُمۡ تَحۡزَنُونَ ﴿٦٨﴾  
Rumi: Yaa 'ibaadi laa khaufun 'alaikumul yauma wa laa antum tahzanuun.  
Terjemahan: (Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita”.

**69.** ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَكَانُواْ مُسۡلِمِينَ ﴿٦٩﴾  
Rumi: Alladziina aamanuu bi'aayaatinaa wa kaanuu muslimiin.  
Terjemahan: (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,

**70.** ٱدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ أَنتُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ تُحۡبَرُونَ ﴿٧٠﴾  
Rumi: Udkhulul jannata antum wa azwaajukum tuhbaruun.  
Terjemahan: (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”.

**71.** يُطَافُ عَلَيۡهِم بِصِحَافٖ مِّن ذَهَبٖ وَأَكۡوَابٖۖ وَفِيهَا مَا تَشۡتَهِيهِ ٱلۡأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلۡأَعۡيُنُۖ وَأَنتُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ﴿٧١﴾  
Rumi: Yuthaafu 'alaihim bishihaafim min dzahabiw wa akwaabiw wa fiihaa maa tasytahiihil anfusu wa taladzdzul a'yunu wa antum fiihaa khaaliduun.  
Terjemahan: Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”.

**72.** وَتِلۡكَ ٱلۡجَنَّةُ ٱلَّتِيٓ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿٧٢﴾  
Rumi: Wa tilkal jannatul latii uuritstumuuhaa bimaa kuntum ta'maluun.  
Terjemahan: Dan (dikatakan lagi kepada mereka): “Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan”.

**73.** لَكُمۡ فِيهَا فَٰكِهَةٞ كَثِيرَةٞ مِّنۡهَا تَأۡكُلُونَ ﴿٧٣﴾  
Rumi: Lakum fiihaa faakihatun katsiiratum minhaa ta'kuluun.  
Terjemahan: “Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya”.

**74.** إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِينَ فِي عَذَابِ جَهَنَّمَ خَٰلِدُونَ ﴿٧٤﴾  
Rumi: Innal mujrimiina fii 'adzaabi jahannama khaaliduun.  
Terjemahan: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam.

**75.** لَا يُفَتَّرُ عَنۡهُمۡ وَهُمۡ فِيهِ مُبۡلِسُونَ ﴿٧٥﴾  
Rumi: Laa yufattaru 'anhum wa hum fiihi mublisuun.  
Terjemahan: Tidak diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan),

**76.** وَمَا ظَلَمۡنَٰهُمۡ وَلَٰكِن كَانُواْ هُمُ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿٧٦﴾  
Rumi: Wa maa zhalamnaahum wa laakin kaanuu humuzh zhaalimiin.  
Terjemahan: Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

**77.** وَنَادَوۡاْ يَٰمَٰلِكُ لِيَقۡضِ عَلَيۡنَا رَبُّكَۖ قَالَ إِنَّكُم مَّٰكِثُونَ ﴿٧٧﴾  
Rumi: Wa naadau yaa maaliku liyaqdhi 'alainaa rabbuka qaala innakum maakitsuun.  
Terjemahan: Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): “Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!” Maalik menjawab: “Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!”

**78.** لَقَدۡ جِئۡنَٰكُم بِٱلۡحَقِّ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَكُمۡ لِلۡحَقِّ كَٰرِهُونَ ﴿٧٨﴾  
Rumi: Laqad ji'naakum bil haqqi wa laakinna aktsarakum lil haqqi kaarihuun.  
Terjemahan: (Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): “Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu”.

**79.** أَمۡ أَبۡرَمُوٓاْ أَمۡرٗا فَإِنَّا مُبۡرِمُونَ ﴿٧٩﴾  
Rumi: Am abramuu amran fa innaa mubrimuun.  
Terjemahan: Bahkan mereka (yang kafir) itu telah mengambil keputusan menjalankan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami), maka Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).

**80.** أَمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّا لَا نَسۡمَعُ سِرَّهُمۡ وَنَجۡوَىٰهُمۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيۡهِمۡ يَكۡتُبُونَ ﴿٨٠﴾  
Rumi: Am yahsabuuna annaa laa nasma'u sirrahum wa najwaahum balaa wa rusulunaa ladaihim yaktubuun.  
Terjemahan: Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.

**81.** قُلۡ إِن كَانَ لِلرَّحۡمَٰنِ وَلَدٞ فَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلۡعَٰبِدِينَ ﴿٨١﴾  
Rumi: Qul in kaana lir rahmaani waladun fa ana awwalul 'aabidiin.  
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): “Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!”

**82.** سُبۡحَٰنَ رَبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبِّ ٱلۡعَرۡشِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴿٨٢﴾  
Rumi: Subhaana rabbis samaawaati wal ardhi rabbil 'arsyi 'ammaa yashifuun.  
Terjemahan: Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, - tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.

**83.** فَذَرۡهُمۡ يَخُوضُواْ وَيَلۡعَبُواْ حَتَّىٰ يُلَٰقُواْ يَوۡمَهُمُ ٱلَّذِي يُوعَدُونَ ﴿٨٣﴾  
Rumi: Fadzarhum yakhuudhuu wa yal'abuu hattaa yulaaquu yaumahumul ladzii yuu'aduun.  
Terjemahan: Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).

**84.** وَهُوَ ٱلَّذِي فِي ٱلسَّمَآءِ إِلَٰهٞ وَفِي ٱلۡأَرۡضِ إِلَٰهٞۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡعَلِيمُ ﴿٨٤﴾  
Rumi: Wa huwal ladzii fis samaa'i ilaahuw wa fil ardhi ilaahuw wa huwal hakiimul 'aliim.  
Terjemahan: Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

**85.** وَتَبَارَكَ ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَعِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ ﴿٨٥﴾  
Rumi: Wa tabaarakal ladzii lahuu mulkus samaawaati wal ardhi wa maa bainahumaa wa 'indahuu 'ilmus saa'ati wa ilaihi turja'uun.  
Terjemahan: Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat; dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.

**86.** وَلَا يَمۡلِكُ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِهِ ٱلشَّفَٰعَةَ إِلَّا مَن شَهِدَ بِٱلۡحَقِّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ﴿٨٦﴾  
Rumi: Wa laa yamlikul ladziina yad'uuna min duunihisy syafaa'ata illaa man syahida bil haqqi wa hum ya'lamuun.  
Terjemahan: Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).

**87.** وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَهُمۡ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ ﴿٨٧﴾  
Rumi: Wa la'in sa'altahum man khalaqahum layaquulunnallaahu fa annaa yu'fakuun.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

**88.** وَقِيلِهِۦ يَٰرَبِّ إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ قَوۡمٞ لَّا يُؤۡمِنُونَ ﴿٨٨﴾  
Rumi: Wa qiilihii yaa rabbi inna haa'ulaa'i qaumul laa yu'minuun.  
Terjemahan: Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!”

**89.** فَٱصۡفَحۡ عَنۡهُمۡ وَقُلۡ سَلَٰمٞۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ﴿٨٩﴾  
Rumi: Fashfah 'anhum wa qul salaamun fasaufa ya'lamuun.  
Terjemahan: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ‘Selamat tinggallah!’ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!”

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 43 daripada 114
- **Maksud nama:** Perhiasan Emas
- **Bilangan ayat:** 89
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 63
- **Juzuk:** 25

## Mengenai Surah Az-Zukhruf

Nama surah diambil daripada perkataan "zukhruf" dalam ayat 35 yang bermaksud "emas, perhiasan". Bahagian ini menyatakan bahawa walaupun rumah orang kafir dibuat daripada perak dan perhiasan mereka daripada emas, semuanya hanyalah manfaat sementara kehidupan dunia, sedangkan akhirat milik orang bertakwa.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 89 ayat. Surah ini berada pada urutan 43 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 25; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-63 dan yang keempat dalam surah Hawamim. Doa "Subhanalladhi sakhkhara lana hadha..." yang dibaca ketika menaiki tunggangan atau kenderaan diambil daripada ayat 13-14 surah ini.

## Latar belakang penurunan Surah Az-Zukhruf

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik berpegang teguh pada agama nenek moyang dan menolak penyampaian Nabi atas alasan tersebut. Orang musyrik mendakwa bahawa kenabian sepatutnya diberikan kepada seorang kaya dan berkedudukan dari Makkah atau Taif (ayat 31). Sumber tafsir meriwayatkan tafsiran bahawa "orang besar dari dua kota" merujuk kepada orang seperti al-Walid bin al-Mughirah dan Urwah bin Mas'ud.

Sumber tafsir juga meriwayatkan berkaitan ayat 57 bahawa apabila ayat yang menyatakan berhala dan penyembahnya menjadi bahan bakar neraka diturunkan, orang musyrik mencetuskan perdebatan dengan menjadikan Nabi Isa sebagai contoh.

## Kandungan Surah Az-Zukhruf

Surah ini bersumpah demi Kitab yang jelas, menyatakan bahawa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab agar difahami dan mempunyai kedudukan tinggi dalam kitab induk (Umm al-Kitab) di sisi Allah. Ditolak anggapan orang musyrik yang mengakui Allah menciptakan langit dan bumi tetapi menganggap malaikat perempuan serta menisbahkan anak kepada Allah.

Menjawab mereka yang mengikuti nenek moyang secara membuta tuli, Nabi Ibrahim yang menyatakan berlepas diri daripada sembahan bapa dan kaumnya ditampilkan sebagai teladan. Dakwaan bahawa kenabian sepatutnya diberikan kepada seorang kaya dijawab dengan bahawa Allah membahagikan rezeki dan darjat; diingatkan bahawa emas dan perak hanyalah perhiasan dunia. Dinyatakan bahawa orang yang berpaling daripada mengingati al-Rahman akan dijadikan syaitan sebagai teman. Diceritakan kisah Nabi Musa dan Firaun yang menganggap dirinya lebih tinggi. Dijelaskan bahawa Nabi Isa ialah hamba yang dikurniakan nikmat dan contoh bagi Bani Israel. Digambarkan pada hari kiamat teman-teman selain orang bertakwa saling bermusuhan, orang beriman masuk syurga bersama pasangan dengan gembira dan orang berdosa menyeru penjaga neraka, Malik. Surah menyatakan bahawa Allah satu-satunya Tuhan di langit dan bumi, lalu berakhir dengan menasihatkan Nabi agar tidak mengendahkan orang kafir dan berkata "Salam".

## Kelebihan Surah Az-Zukhruf

Tiada riwayat sahih yang menyebut pahala khusus bagi pembacaan surah al-Zukhruf yang diketahui; namun telah sabit dalam riwayat-riwayat sahih bahawa Nabi membaca sebahagian ayat surah ini sebagai doa dan di atas mimbar. Menurut riwayat Muslim daripada Abdullah bin Umar, apabila Nabi hendak bermusafir dan menaiki untanya, baginda bertakbir tiga kali, lalu membaca doa daripada ayat 13 dan 14 surah ini, yang bermaksud "Maha Suci Dzat yang telah menundukkan ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami." Dalam riwayat yang dinilai al-Tirmizi "hasan sahih", Ali juga membaca doa ini ketika menaiki kenderaannya dan menyatakan bahawa Nabi pun melakukan perkara yang sama.

Dalam al-Bukhari dan Muslim, Ya'la bin Umayyah menceritakan bahawa dia mendengar Nabi di atas mimbar membaca ayat 77 surah ini, iaitu seruan penghuni neraka kepada penjaga neraka, "Wahai Malik!"

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Az-Zukhruf

- [Doa menaiki kenderaan Surah Az-Zukhruf, ayat 13-14](https://yasinsurah.com/ms/doa/menaiki-kenderaan/)

## Soalan lazim tentang Surah Az-Zukhruf

### Berapakah bilangan ayat Surah Az-Zukhruf?

Surah Az-Zukhruf mempunyai 89 ayat.

### Apakah maksud Az-Zukhruf?

Az-Zukhruf bermaksud “Perhiasan Emas”.

### Adakah Surah Az-Zukhruf Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Az-Zukhruf ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-63.

### Surah Az-Zukhruf dalam juzuk berapa?

Surah Az-Zukhruf terdapat dalam juzuk 25.

### Surah Az-Zukhruf ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Az-Zukhruf ialah surah ke-43 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Asy-Syura dan sebelum Surah Ad-Dukhan.

### Bolehkah saya mendengar Surah Az-Zukhruf di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Az-Zukhruf oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 42. Asy-Syura](https://yasinsurah.com/ms/surah-asy-syura/)
- [Surah seterusnya 44. Ad-Dukhan](https://yasinsurah.com/ms/surah-ad-dukhan/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
