# Surah Sad ص

> Surah Sad (Sad) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah Sad diturunkan di Makkah dan…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-sad/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-38 daripada 114 · Juzuk 23

88 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-38

Surah Sad diturunkan di Makkah dan mempunyai 88 ayat. Surah ini menjawab bantahan orang musyrik terhadap tauhid; menasihatkan kesabaran dan taubat melalui kisah Nabi Daud, Sulaiman dan Ayub.

## Surah Sad dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** صٓۚ وَٱلۡقُرۡءَانِ ذِي ٱلذِّكۡرِ ﴿١﴾  
Rumi: Shaad, wal qur'aani dzidz dzikr.  
Terjemahan: Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.

**2.** بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِي عِزَّةٖ وَشِقَاقٖ ﴿٢﴾  
Rumi: Balil ladziina kafaruu fii 'izzatiw wa syiqaaq.  
Terjemahan: (Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.

**3.** كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٖ فَنَادَواْ وَّلَاتَ حِينَ مَنَاصٖ ﴿٣﴾  
Rumi: Kam ahlaknaa min qablihim min qarnin fanaadau wa laata hiina manaash.  
Terjemahan: (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab.

**4.** وَعَجِبُوٓاْ أَن جَآءَهُم مُّنذِرٞ مِّنۡهُمۡۖ وَقَالَ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا سَٰحِرٞ كَذَّابٌ ﴿٤﴾  
Rumi: Wa 'ajibuu an jaa'ahum mundzirum minhum wa qaalal kaafiruuna haadzaa saahirun kadzdzaab.  
Terjemahan: Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: “Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.

**5.** أَجَعَلَ ٱلۡأٓلِهَةَ إِلَٰهٗا وَٰحِدًاۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيۡءٌ عُجَابٞ ﴿٥﴾  
Rumi: Aja'alal aalihata ilaahaw waahidan inna haadzaa lasyai'un 'ujaab.  
Terjemahan: “Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!”

**6.** وَٱنطَلَقَ ٱلۡمَلَأُ مِنۡهُمۡ أَنِ ٱمۡشُواْ وَٱصۡبِرُواْ عَلَىٰٓ ءَالِهَتِكُمۡۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيۡءٞ يُرَادُ ﴿٦﴾  
Rumi: Wanthalaqal mala'u minhum anim syuu washbiruu 'alaa aalihatikum inna haadzaa lasyai'uy yuraad.  
Terjemahan: Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): “Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki.

**7.** مَا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِي ٱلۡمِلَّةِ ٱلۡأٓخِرَةِ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا ٱخۡتِلَٰقٌ ﴿٧﴾  
Rumi: Maa sami'naa bihaadzaa fil millatil aakhirati in haadzaa illakh tilaaq.  
Terjemahan: “Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata”.

**8.** أَءُنزِلَ عَلَيۡهِ ٱلذِّكۡرُ مِنۢ بَيۡنِنَاۚ بَلۡ هُمۡ فِي شَكّٖ مِّن ذِكۡرِيۚ بَل لَّمَّا يَذُوقُواْ عَذَابِ ﴿٨﴾  
Rumi: A'unzila 'alaihidz dzikru mim baininaa bal hum fii syakkim min dzikrii bal lammaa yadzuuquu 'adzaab.  
Terjemahan: (Mereka berkata lagi): Patutkah wahyu peringatan itu diturunkan kepada Muhammad (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita?” (Mereka bukan sahaja ingkarkan kelayakan Nabi Muhammad menerima wahyu) bahkan mereka berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku wahyukan (kepada Nabi Muhammad) itu, bahkan mereka belum lagi merasai azab.

**9.** أَمۡ عِندَهُمۡ خَزَآئِنُ رَحۡمَةِ رَبِّكَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡوَهَّابِ ﴿٩﴾  
Rumi: Am 'indahum khazaa'inu rahmati rabbikal 'aziizil wahhaab.  
Terjemahan: Adakah di sisi mereka perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Kuasa, lagi Yang Maha Melimpah pemberianNya?.

**10.** أَمۡ لَهُم مُّلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَاۖ فَلۡيَرۡتَقُواْ فِي ٱلۡأَسۡبَٰبِ ﴿١٠﴾  
Rumi: Am lahum mulkus samaawaati wal ardhi wa maa bainahumaa falyartaquu fil asbaab.  
Terjemahan: Atau adakah mereka menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya?. (Kalau ada kekuasaan yang demikian) maka biarlah mereka naik mendaki langit menurut jalan-jalan yang membawa mereka ke situ (untuk mentadbirkan seluruh alam).

**11.** جُندٞ مَّا هُنَالِكَ مَهۡزُومٞ مِّنَ ٱلۡأَحۡزَابِ ﴿١١﴾  
Rumi: Jundum maa hunaalika mahzuumum minal ahzaab.  
Terjemahan: (Sebenarnya mereka hanyalah) satu pasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran), yang pada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.

**12.** كَذَّبَتۡ قَبۡلَهُمۡ قَوۡمُ نُوحٖ وَعَادٞ وَفِرۡعَوۡنُ ذُو ٱلۡأَوۡتَادِ ﴿١٢﴾  
Rumi: Kadzdzabat qablahum qaumu nuuhiw wa 'aaduw wa fir'aunu dzul autaad.  
Terjemahan: Sebelum mereka itu, kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Firaun yang mempunyai kerajaan yang kuat, telah juga mendustakan Rasul masing-masing.

**13.** وَثَمُودُ وَقَوۡمُ لُوطٖ وَأَصۡحَٰبُ لۡـَٔيۡكَةِۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلۡأَحۡزَابُ ﴿١٣﴾  
Rumi: Wa tsamuudu wa qaumu luuthiw wa ashhaabul aikati ulaa'ikal ahzaab.  
Terjemahan: Dan juga Thamud (kaum Nabi Soleh), dan kaum Nabi Lut, serta penduduk Aikah; merekalah kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran).

**14.** إِن كُلٌّ إِلَّا كَذَّبَ ٱلرُّسُلَ فَحَقَّ عِقَابِ ﴿١٤﴾  
Rumi: In kullun illaa kadzdzabar rusula fahaqqa 'iqaab.  
Terjemahan: Tidak ada satupun dari kaum-kaum yang tersebut, melainkan telah mendustakan Rasul-rasul; maka berhaklah mereka ditimpa azab.

**15.** وَمَا يَنظُرُ هَٰٓؤُلَآءِ إِلَّا صَيۡحَةٗ وَٰحِدَةٗ مَّا لَهَا مِن فَوَاقٖ ﴿١٥﴾  
Rumi: Wa maa yanzhuru haa'ulaa'i illaa shaihataw waahidatam maa lahaa min fawaaq.  
Terjemahan: Dan orang-orang ini (yang menentang Nabi Muhammad), tidak menunggu melainkan satu jeritan suara yang tidak akan berulang lagi.

**16.** وَقَالُواْ رَبَّنَا عَجِّل لَّنَا قِطَّنَا قَبۡلَ يَوۡمِ ٱلۡحِسَابِ ﴿١٦﴾  
Rumi: Wa qaaluu rabbanaa 'ajjil lanaa qiththanaa qabla yaumil hisaab.  
Terjemahan: Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): “Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu)”.

**17.** ٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱذۡكُرۡ عَبۡدَنَا دَاوُۥدَ ذَا ٱلۡأَيۡدِۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ ﴿١٧﴾  
Rumi: Ishbir 'alaa maa yaquuluuna wadzkur 'abdanaa daawuuda dzal aidi innahuu awwaab.  
Terjemahan: Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan ugamanya); sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami).

**18.** إِنَّا سَخَّرۡنَا ٱلۡجِبَالَ مَعَهُۥ يُسَبِّحۡنَ بِٱلۡعَشِيِّ وَٱلۡإِشۡرَاقِ ﴿١٨﴾  
Rumi: Innaa sakhkharnal jibaala ma'ahuu yusabbihna bil 'asyiyyi wal isyraaq.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.

**19.** وَٱلطَّيۡرَ مَحۡشُورَةٗۖ كُلّٞ لَّهُۥٓ أَوَّابٞ ﴿١٩﴾  
Rumi: Wath thaira mahsyuuratan kullul lahuu awwaab.  
Terjemahan: Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.

**20.** وَشَدَدۡنَا مُلۡكَهُۥ وَءَاتَيۡنَٰهُ ٱلۡحِكۡمَةَ وَفَصۡلَ ٱلۡخِطَابِ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Wa syadadnaa mulkahuu wa aatainaahul hikmata wa fashlal khithaab.  
Terjemahan: Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepitahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).

**21.** ۞ وَهَلۡ أَتَىٰكَ نَبَؤُاْ ٱلۡخَصۡمِ إِذۡ تَسَوَّرُواْ ٱلۡمِحۡرَابَ ﴿٢١﴾  
Rumi: Wa hal ataaka naba'ul khashmi idz tasawwarul mihraab.  
Terjemahan: Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;

**22.** إِذۡ دَخَلُواْ عَلَىٰ دَاوُۥدَ فَفَزِعَ مِنۡهُمۡۖ قَالُواْ لَا تَخَفۡۖ خَصۡمَانِ بَغَىٰ بَعۡضُنَا عَلَىٰ بَعۡضٖ فَٱحۡكُم بَيۡنَنَا بِٱلۡحَقِّ وَلَا تُشۡطِطۡ وَٱهۡدِنَآ إِلَىٰ سَوَآءِ ٱلصِّرَٰطِ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Idz dakhaluu 'alaa daawuuda fafazi'a minhum qaaluu laa takhaf khashmaani baghaa ba'dhunaa 'alaa ba'dhin fahkum bainanaa bil haqqi wa laa tusythith wahdinaa ilaa sawaa'ish shiraath.  
Terjemahan: Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: “Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

**23.** إِنَّ هَٰذَآ أَخِي لَهُۥ تِسۡعٞ وَتِسۡعُونَ نَعۡجَةٗ وَلِيَ نَعۡجَةٞ وَٰحِدَةٞ فَقَالَ أَكۡفِلۡنِيهَا وَعَزَّنِي فِي ٱلۡخِطَابِ ﴿٢٣﴾  
Rumi: Inna haadzaa akhii lahuu tis'uw wa tis'uuna na'jataw wa liya na'jatuw waahidatun faqaala akfilniihaa wa 'azzanii fil khithaab.  
Terjemahan: “Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ‘Serahkanlah yang seekor itu kepadaku’, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”.

**24.** قَالَ لَقَدۡ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعۡجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِۦۖ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡخُلَطَآءِ لَيَبۡغِي بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَقَلِيلٞ مَّا هُمۡۗ وَظَنَّ دَاوُۥدُ أَنَّمَا فَتَنَّٰهُ فَٱسۡتَغۡفَرَ رَبَّهُۥ وَخَرَّۤ رَاكِعٗاۤ وَأَنَابَ۩ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Qaala laqad zhalamaka bisu'aali na'jatika ilaa ni'aajihii wa inna katsiiram minal khulathaa'i layabghii ba'dhuhum 'alaa ba'dhin illal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati wa qaliilum maa hum wa zhanna daawuudu annamaa fatannaahu fastaghfara rabbahuu wa kharra raaki'aw wa anaab.  
Terjemahan: Nabi Daud berkata: “Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

**25.** فَغَفَرۡنَا لَهُۥ ذَٰلِكَۖ وَإِنَّ لَهُۥ عِندَنَا لَزُلۡفَىٰ وَحُسۡنَ مَـَٔابٖ ﴿٢٥﴾  
Rumi: Faghafarnaa lahuu dzaalika wa inna lahuu 'indanaa lazulfaa wa husna ma'aab.  
Terjemahan: Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).

**26.** يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱحۡكُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلۡهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدُۢ بِمَا نَسُواْ يَوۡمَ ٱلۡحِسَابِ ﴿٢٦﴾  
Rumi: Yaa daawuudu innaa ja'alnaaka khaliifatan fil ardhi fahkum bainan naasi bil haqqi wa laa tattabi'il hawaa fayudhillaka 'an sabiilillaahi innal ladziina yadhilluuna 'an sabiilillaahi lahum 'adzaabun syadiidum bimaa nasuu yaumal hisaab.  
Terjemahan: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

**27.** وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَآءَ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا بَٰطِلٗاۚ ذَٰلِكَ ظَنُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْۚ فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنَ ٱلنَّارِ ﴿٢٧﴾  
Rumi: Wa maa khalaqnas samaa'a wal ardha wa maa bainahumaa baathilan dzaalika zhannul ladziina kafaruu fawailul lil ladziina kafaruu minan naar.  
Terjemahan: Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.

**28.** أَمۡ نَجۡعَلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَٱلۡمُفۡسِدِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ نَجۡعَلُ ٱلۡمُتَّقِينَ كَٱلۡفُجَّارِ ﴿٢٨﴾  
Rumi: Am naj'alul ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati kal mufsidiina fil ardhi am naj'alul muttaqiina kal fujjaar.  
Terjemahan: Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?

**29.** كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ﴿٢٩﴾  
Rumi: Kitaabun anzalnaahu ilaika mubaarakul liyaddabbaruu aayaatihii wa liyatadzakkara ulul albaab.  
Terjemahan: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

**30.** وَوَهَبۡنَا لِدَاوُۥدَ سُلَيۡمَٰنَۚ نِعۡمَ ٱلۡعَبۡدُ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ ﴿٣٠﴾  
Rumi: Wa wahabnaa lidaawuuda sulaimaana ni'mal 'abdu innahuu awwaab.  
Terjemahan: Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat).

**31.** إِذۡ عُرِضَ عَلَيۡهِ بِٱلۡعَشِيِّ ٱلصَّٰفِنَٰتُ ٱلۡجِيَادُ ﴿٣١﴾  
Rumi: Idz 'uridha 'alaihi bil 'asyiyyish shaafinaatul jiyaad.  
Terjemahan: (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.

**32.** فَقَالَ إِنِّيٓ أَحۡبَبۡتُ حُبَّ ٱلۡخَيۡرِ عَن ذِكۡرِ رَبِّي حَتَّىٰ تَوَارَتۡ بِٱلۡحِجَابِ ﴿٣٢﴾  
Rumi: Faqaala innii ahbabtu hubbal khairi 'an dzikri rabbii hattaa tawaarat bil hijaab.  
Terjemahan: (Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: “Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam”.

**33.** رُدُّوهَا عَلَيَّۖ فَطَفِقَ مَسۡحَۢا بِٱلسُّوقِ وَٱلۡأَعۡنَاقِ ﴿٣٣﴾  
Rumi: Rudduuhaa 'alayya fathafiqa masham bis suuqi wal a'naaq.  
Terjemahan: (Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): “Bawa balik kuda itu kepadaku”; maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor).

**34.** وَلَقَدۡ فَتَنَّا سُلَيۡمَٰنَ وَأَلۡقَيۡنَا عَلَىٰ كُرۡسِيِّهِۦ جَسَدٗا ثُمَّ أَنَابَ ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wa laqad fatannaa sulaimaana wa alqainaa 'alaa kursiyyihii jasadan tsumma anaab.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): -

**35.** قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِي وَهَبۡ لِي مُلۡكٗا لَّا يَنۢبَغِي لِأَحَدٖ مِّنۢ بَعۡدِيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ ﴿٣٥﴾  
Rumi: Qaala rabbigh fir lii wa hab lii mulkal laa yambaghii li'ahadim mim ba'dii innaka antal wahhaab.  
Terjemahan: Katanya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya”.

**36.** فَسَخَّرۡنَا لَهُ ٱلرِّيحَ تَجۡرِي بِأَمۡرِهِۦ رُخَآءً حَيۡثُ أَصَابَ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Fasakhkharnaa lahur riiha tajrii bi'amrihii rukhaa'an haitsu ashaab.  
Terjemahan: Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;

**37.** وَٱلشَّيَٰطِينَ كُلَّ بَنَّآءٖ وَغَوَّاصٖ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Wasy syayaathiina kulla bannaa'iw wa ghawwaash.  
Terjemahan: Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).

**38.** وَءَاخَرِينَ مُقَرَّنِينَ فِي ٱلۡأَصۡفَادِ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Wa aakhariina muqarraniina fil ashfaad.  
Terjemahan: Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.

**39.** هَٰذَا عَطَآؤُنَا فَٱمۡنُنۡ أَوۡ أَمۡسِكۡ بِغَيۡرِ حِسَابٖ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Haadzaa 'athaa'unaa famnun au amsik bighairi hisaab.  
Terjemahan: (Serta Kami katakan kepadanya): “Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu)”.

**40.** وَإِنَّ لَهُۥ عِندَنَا لَزُلۡفَىٰ وَحُسۡنَ مَـَٔابٖ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Wa inna lahuu 'indanaa lazulfaa wa husna ma'aab.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).

**41.** وَٱذۡكُرۡ عَبۡدَنَآ أَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلشَّيۡطَٰنُ بِنُصۡبٖ وَعَذَابٍ ﴿٤١﴾  
Rumi: Wadzkur 'abdanaa ayyuuba idz naadaa rabbahuu annii massaniyasy syaithaanu binushbiw wa 'adzaab.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)”.

**42.** ٱرۡكُضۡ بِرِجۡلِكَۖ هَٰذَا مُغۡتَسَلُۢ بَارِدٞ وَشَرَابٞ ﴿٤٢﴾  
Rumi: Urkudh birijlika haadzaa mughtasalum baariduw wa syaraab.  
Terjemahan: (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu” (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”.

**43.** وَوَهَبۡنَا لَهُۥٓ أَهۡلَهُۥ وَمِثۡلَهُم مَّعَهُمۡ رَحۡمَةٗ مِّنَّا وَذِكۡرَىٰ لِأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Wa wahabnaa lahuu ahlahuu wa mitslahum ma'ahum rahmatam minnaa wa dzikraa li'ulil albaab.  
Terjemahan: Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

**44.** وَخُذۡ بِيَدِكَ ضِغۡثٗا فَٱضۡرِب بِّهِۦ وَلَا تَحۡنَثۡۗ إِنَّا وَجَدۡنَٰهُ صَابِرٗاۚ نِّعۡمَ ٱلۡعَبۡدُ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٞ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Wa khudz biyadika dhightsan fadhrib bihii wa laa tahnats innaa wajadnaahu shaabiran ni'mal 'abdu innahuu awwaab.  
Terjemahan: Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): “Ambilah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu”. Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).

**45.** وَٱذۡكُرۡ عِبَٰدَنَآ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ أُوْلِي ٱلۡأَيۡدِي وَٱلۡأَبۡصَٰرِ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Wadzkur 'ibaadanaa ibraahiima wa ishaaqa wa ya'quuba ulil aidii wal abshaar.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami ugamanya).

**46.** إِنَّآ أَخۡلَصۡنَٰهُم بِخَالِصَةٖ ذِكۡرَى ٱلدَّارِ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Innaa akhlashnaahum bikhaalishatin dzikrad daar.  
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.

**47.** وَإِنَّهُمۡ عِندَنَا لَمِنَ ٱلۡمُصۡطَفَيۡنَ ٱلۡأَخۡيَارِ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Wa innahum 'indanaa laminal mushthafainal akhyaar.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya.

**48.** وَٱذۡكُرۡ إِسۡمَٰعِيلَ وَٱلۡيَسَعَ وَذَا ٱلۡكِفۡلِۖ وَكُلّٞ مِّنَ ٱلۡأَخۡيَارِ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Wadzkur ismaa'iila wal yasa'a wa dzal kifli wa kullum minal akhyaar.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.

**49.** هَٰذَا ذِكۡرٞۚ وَإِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ لَحُسۡنَ مَـَٔابٖ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Haadzaa dzikruw wa inna lil muttaqiina lahusna ma'aab.  
Terjemahan: (Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), -

**50.** جَنَّٰتِ عَدۡنٖ مُّفَتَّحَةٗ لَّهُمُ ٱلۡأَبۡوَٰبُ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Jannaati 'adnim mufattahatal lahumul abwaab.  
Terjemahan: Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;

**51.** مُتَّكِـِٔينَ فِيهَا يَدۡعُونَ فِيهَا بِفَٰكِهَةٖ كَثِيرَةٖ وَشَرَابٖ ﴿٥١﴾  
Rumi: Muttaki'iina fiihaa yad'uuna fiihaa bifaakihatin katsiiratiw wa syaraab.  
Terjemahan: (Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.

**52.** ۞ وَعِندَهُمۡ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ أَتۡرَابٌ ﴿٥٢﴾  
Rumi: Wa 'indahum qaashiraatuth tharfi atraab.  
Terjemahan: Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.

**53.** هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِيَوۡمِ ٱلۡحِسَابِ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Haadzaa maa tuu'aduuna liyaumil hisaab.  
Terjemahan: Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!

**54.** إِنَّ هَٰذَا لَرِزۡقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Inna haadzaa larizqunaa maa lahuu min nafaad.  
Terjemahan: Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

**55.** هَٰذَاۚ وَإِنَّ لِلطَّٰغِينَ لَشَرَّ مَـَٔابٖ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Haadzaa wa inna lith thaaghiina lasyarra ma'aab.  
Terjemahan: Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertaqwa). Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali, -

**56.** جَهَنَّمَ يَصۡلَوۡنَهَا فَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Jahannama yashlaunahaa fabi'sal mihaad.  
Terjemahan: Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam;

**57.** هَٰذَا فَلۡيَذُوقُوهُ حَمِيمٞ وَغَسَّاقٞ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Haadzaa falyadzuuquuhu hamiimuw wa ghassaaq.  
Terjemahan: Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);

**58.** وَءَاخَرُ مِن شَكۡلِهِۦٓ أَزۡوَٰجٌ ﴿٥٨﴾  
Rumi: Wa aakharu min syaklihii azwaaj.  
Terjemahan: Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi.

**59.** هَٰذَا فَوۡجٞ مُّقۡتَحِمٞ مَّعَكُمۡ لَا مَرۡحَبَۢا بِهِمۡۚ إِنَّهُمۡ صَالُواْ ٱلنَّارِ ﴿٥٩﴾  
Rumi: Haadzaa faujum muqtahimum ma'akum laa marhabam bihim innahum shaalun naar.  
Terjemahan: (Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): “Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu”. (Ketua-ketua itu berkata): “Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka”.

**60.** قَالُواْ بَلۡ أَنتُمۡ لَا مَرۡحَبَۢا بِكُمۡۖ أَنتُمۡ قَدَّمۡتُمُوهُ لَنَاۖ فَبِئۡسَ ٱلۡقَرَارُ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Qaaluu bal antum laa marhabam bikum antum qaddamtumuuhu lanaa fabi'sal qaraar.  
Terjemahan: pengikut-pengikut mereka menjawab: “Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penetapan”.

**61.** قَالُواْ رَبَّنَا مَن قَدَّمَ لَنَا هَٰذَا فَزِدۡهُ عَذَابٗا ضِعۡفٗا فِي ٱلنَّارِ ﴿٦١﴾  
Rumi: Qaaluu rabbanaa man qaddama lanaa haadzaa fazidhu 'adzaaban dhi'fan fin naar.  
Terjemahan: Mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka”.

**62.** وَقَالُواْ مَا لَنَا لَا نَرَىٰ رِجَالٗا كُنَّا نَعُدُّهُم مِّنَ ٱلۡأَشۡرَارِ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Wa qaaluu maa lanaa laa naraa rijaalan kunnaa na'udduhum minal asyraar.  
Terjemahan: Dan penduduk neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: “Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?

**63.** أَتَّخَذۡنَٰهُمۡ سِخۡرِيًّا أَمۡ زَاغَتۡ عَنۡهُمُ ٱلۡأَبۡصَٰرُ ﴿٦٣﴾  
Rumi: Attakhadznaahum sikhriyyan am zaaghat 'anhumul abshaar.  
Terjemahan: “Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?

**64.** إِنَّ ذَٰلِكَ لَحَقّٞ تَخَاصُمُ أَهۡلِ ٱلنَّارِ ﴿٦٤﴾  
Rumi: Inna dzaalika lahaqqun takhaashumu ahlin naar.  
Terjemahan: Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk neraka sesama sendiri.

**65.** قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ مُنذِرٞۖ وَمَا مِنۡ إِلَٰهٍ إِلَّا ٱللَّهُ ٱلۡوَٰحِدُ ٱلۡقَهَّارُ ﴿٦٥﴾  
Rumi: Qul innamaa ana mundziruw wa maa min ilaahin illallaahul waahidul qahhaar.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya, -

**66.** رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفَّٰرُ ﴿٦٦﴾  
Rumi: Rabbus samaawaati wal ardhi wa maa bainahumal 'aziizul ghaffaar.  
Terjemahan: “Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)”.

**67.** قُلۡ هُوَ نَبَؤٌاْ عَظِيمٌ ﴿٦٧﴾  
Rumi: Qul huwa naba'un 'azhiim.  
Terjemahan: Katakanlah lagi: “Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).

**68.** أَنتُمۡ عَنۡهُ مُعۡرِضُونَ ﴿٦٨﴾  
Rumi: Antum 'anhu mu'ridhuun.  
Terjemahan: “Yang kamu terus mengingkarinya.

**69.** مَا كَانَ لِيَ مِنۡ عِلۡمِۭ بِٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰٓ إِذۡ يَخۡتَصِمُونَ ﴿٦٩﴾  
Rumi: Maa kaana liya min 'ilmim bil mala'il a'laa idz yakhtashimuun.  
Terjemahan: “Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan kepadaku).

**70.** إِن يُوحَىٰٓ إِلَيَّ إِلَّآ أَنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٞ مُّبِينٌ ﴿٧٠﴾  
Rumi: Iy yuuhaa ilayya illaa annamaa ana nadziirum mubiin.  
Terjemahan: “Tiadalah diwahyukan kepadaku melainkan kerana sesungguhnya aku seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (bukan seorang pembohong, atau ahli sihir, atau gila)”.

**71.** إِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي خَٰلِقُۢ بَشَرٗا مِّن طِينٖ ﴿٧١﴾  
Rumi: Idz qaala rabbuka lil malaa'ikati innii khaaliqum basyaram min thiin.  
Terjemahan: (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;

**72.** فَإِذَا سَوَّيۡتُهُۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُۥ سَٰجِدِينَ ﴿٧٢﴾  
Rumi: Fa idzaa sawwaituhuu wa nafakhtu fiihi mir ruuhii faqa'uu lahuu saajidiin.  
Terjemahan: “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”.

**73.** فَسَجَدَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ كُلُّهُمۡ أَجۡمَعُونَ ﴿٧٣﴾  
Rumi: Fasajadal malaa'ikatu kulluhum ajma'uun.  
Terjemahan: (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -

**74.** إِلَّآ إِبۡلِيسَ ٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ﴿٧٤﴾  
Rumi: Illaa ibliisas takbara wa kaana minal kaafiriin.  
Terjemahan: Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir.

**75.** قَالَ يَٰٓإِبۡلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسۡجُدَ لِمَا خَلَقۡتُ بِيَدَيَّۖ أَسۡتَكۡبَرۡتَ أَمۡ كُنتَ مِنَ ٱلۡعَالِينَ ﴿٧٥﴾  
Rumi: Qaala yaa ibliisu maa mana'aka an tasjuda limaa khalaqtu biyadayya astakbarta am kunta minal 'aaliin.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?”

**76.** قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ ﴿٧٦﴾  
Rumi: Qaala ana khairum minhu khalaqtanii min naariw wa khalaqtahuu min thiin.  
Terjemahan: Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

**77.** قَالَ فَٱخۡرُجۡ مِنۡهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٞ ﴿٧٧﴾  
Rumi: Qaala fakhruj minhaa fa innaka rajiim.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.

**78.** وَإِنَّ عَلَيۡكَ لَعۡنَتِيٓ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴿٧٨﴾  
Rumi: Wa inna 'alaika la'natii ilaa yaumid diin.  
Terjemahan: “Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!”

**79.** قَالَ رَبِّ فَأَنظِرۡنِيٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ ﴿٧٩﴾  
Rumi: Qaala rabbi fa anzhirnii ilaa yaumi yub'atsuun.  
Terjemahan: Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.

**80.** قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ ﴿٨٠﴾  
Rumi: Qaala fa innaka minal munzhariin.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh -

**81.** إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡوَقۡتِ ٱلۡمَعۡلُومِ ﴿٨١﴾  
Rumi: Ilaa yaumil waqtil ma'luum.  
Terjemahan: “Hingga ke hari masa yang termaklum”.

**82.** قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغۡوِيَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٨٢﴾  
Rumi: Qaala fabi'izzatika la'ughwiyannahum ajma'iin.  
Terjemahan: Iblis berkata: “Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

**83.** إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡهُمُ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿٨٣﴾  
Rumi: Illaa 'ibaadaka minhumul mukhlashiin.  
Terjemahan: “Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan”.

**84.** قَالَ فَٱلۡحَقُّ وَٱلۡحَقَّ أَقُولُ ﴿٨٤﴾  
Rumi: Qaala fal haqqu wal haqqa aquul.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -

**85.** لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكَ وَمِمَّن تَبِعَكَ مِنۡهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٨٥﴾  
Rumi: La'amla'anna jahannama minka wa mimman tabi'aka minhum ajma'iin.  
Terjemahan: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya”.

**86.** قُلۡ مَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٖ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُتَكَلِّفِينَ ﴿٨٦﴾  
Rumi: Qul maa as'alukum 'alaihi min ajriw wa maa ana minal mutakallifiin.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada”.

**87.** إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٞ لِّلۡعَٰلَمِينَ ﴿٨٧﴾  
Rumi: In huwa illaa dzikrul lil 'aalamiin.  
Terjemahan: Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.

**88.** وَلَتَعۡلَمُنَّ نَبَأَهُۥ بَعۡدَ حِينِۭ ﴿٨٨﴾  
Rumi: Wa lata'lamunna naba'ahuu ba'da hiin.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 38 daripada 114
- **Maksud nama:** Sad
- **Bilangan ayat:** 88
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 38
- **Juzuk:** 23

## Mengenai Surah Sad

Nama surah diambil daripada huruf "Sad" pada permulaan ayat pertama yang termasuk huruf muqatta'ah. Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 88 ayat. Surah ini berada pada urutan 38 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 23; menurut susunan penurunan juga surah yang ke-38.

Ayat 24 yang menceritakan taubat Nabi Daud mengandungi sujud tilawah. Dalam riwayat al-Bukhari, Ibn Abbas mengatakan sujud ini bukan antara sujud yang diperintahkan secara tegas, tetapi beliau melihat Nabi bersujud di sini; menurut mazhab Hanafi, sujud tilawah dilakukan pada ayat ini. Penciptaan Nabi Adam dan keengganan Iblis bersujud kerana sombong juga diceritakan dalam surah.

## Latar belakang penurunan Surah Sad

Menurut riwayat yang turut disampaikan al-Tirmizi dan terdapat dalam sumber sirah serta tafsir, apabila Abu Talib sakit, pembesar Quraisy datang kepadanya mengadu bahawa Nabi mencela tuhan-tuhan mereka. Nabi mengatakan baginda meminta satu kalimah sahaja yang jika mereka ucapkan akan menjadikan mereka mengatasi orang Arab dan bukan Arab, iaitu "La ilaha illallah"; mereka bangun dan pergi sambil berkata, "Adakah dia menjadikan tuhan-tuhan itu satu tuhan?". Menurut riwayat, ayat awal surah diturunkan berhubung peristiwa ini.

Riwayat ini menunjukkan bahawa surah diturunkan pada zaman Makkah ketika perlindungan bapa saudara Nabi, Abu Talib, masih berlangsung.

## Kandungan Surah Sad

Surah ini bermula dengan sumpah demi al-Quran yang penuh peringatan dan menyatakan orang kafir berada dalam kesombongan serta pertentangan. Diceritakan kehairanan orang musyrik tentang kedatangan seorang pemberi peringatan daripada kalangan mereka, tuduhan bahawa baginda ahli sihir dan pendusta serta bantahan mereka terhadap penyatuan tuhan-tuhan menjadi satu Tuhan. Kaum pendusta terdahulu diingatkan.

Kemudian Nabi dinasihati bersabar dan Nabi Daud disebut: gunung dan burung bertasbih bersamanya, pemberian kerajaan dan hikmah, kisah dua pihak yang bersengketa, taubatnya dan perintah berhukum dengan adil antara manusia. Kemudian diceritakan ujian Nabi Sulaiman, taubatnya dan kerajaan unik yang diberikan kepadanya; kesabaran Nabi Ayub menghadapi penyakit dan kesembuhannya. Ibrahim, Ishak, Yaakub, Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli disebut dengan pujian. Dibandingkan nikmat orang bertakwa di syurga dengan pertengkaran orang yang melampaui batas di neraka. Surah meneruskan kisah penciptaan Nabi Adam, sujud malaikat dan keengganan Iblis bersujud serta permintaannya untuk ditangguhkan bagi menyesatkan manusia, lalu berakhir dengan menyatakan bahawa al-Quran ialah peringatan bagi sekalian alam.

## Kelebihan Surah Sad

Tiada kelebihan bacaan sahih yang khusus bagi surah Sad diketahui; surah ini lebih dikenali sebagai surah yang di dalamnya Nabi bersujud. Menurut riwayat Abu Dawud daripada Abu Sa'id al-Khudri, pada suatu hari Nabi membaca surah Sad di atas mimbar; apabila sampai pada ayat sujud, baginda turun lalu sujud, dan jemaah pun bersujud bersama baginda. Pada hari lain, apabila sampai pada tempat yang sama, baginda melihat jemaah bersiap untuk sujud, lalu bersabda, "Ini ialah taubat seorang nabi", dan tetap turun lalu sujud. Al-Albani menilai riwayat ini sahih.

Menurut riwayat al-Bukhari, apabila Mujahid menanyakan dasar sujud ini, Ibn Abbas membaca ayat 84 dan 90 surah al-An'am dan mengingatkan bahawa Nabi Daud termasuk dalam kalangan para nabi yang jalannya dijadikan contoh bagi Nabi; dia menyatakan bahawa Nabi bersujud kerana Daud bersujud.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Sad

- [Doa Nabi Sulaiman Surah Sad, ayat 35](https://yasinsurah.com/ms/doa/nabi-sulaiman/)
- [Seruan Nabi Ayub Surah Sad, ayat 41](https://yasinsurah.com/ms/doa/seruan-nabi-ayub/)

## Soalan lazim tentang Surah Sad

### Berapakah bilangan ayat Surah Sad?

Surah Sad mempunyai 88 ayat.

### Apakah maksud Sad?

Sad bermaksud “Sad”.

### Adakah Surah Sad Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Sad ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-38.

### Surah Sad dalam juzuk berapa?

Surah Sad terdapat dalam juzuk 23.

### Surah Sad ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Sad ialah surah ke-38 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah As-Saffat dan sebelum Surah Az-Zumar.

### Bolehkah saya mendengar Surah Sad di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Sad oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 37. As-Saffat](https://yasinsurah.com/ms/surah-as-saffat/)
- [Surah seterusnya 39. Az-Zumar](https://yasinsurah.com/ms/surah-az-zumar/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
