# Surah Taha طه

> Surah Taha (Taha) dalam tulisan Arab dan rumi beserta terjemahan Melayu ayat demi ayat, dengan audio bacaan 9 qari. Surah Taha diturunkan di Makkah dan…

Sumber: https://yasinsurah.com/ms/surah-taha/  
Kemas kini terakhir: 2026-11-16T00:38:32+03:00

Surah ke-20 daripada 114 · Juzuk 16

135 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-45

Surah Taha diturunkan di Makkah dan mempunyai 135 ayat. Surah ini menyatakan bahawa al-Quran diturunkan sebagai nasihat kepada manusia, bukan untuk menyusahkan; menceritakan kisah Nabi Musa secara terperinci dan memberikan peringatan kepada manusia melalui ujian Nabi Adam.

## Surah Taha dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Bismillaahir rahmaanir rahiim  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

**1.** طه ﴿١﴾  
Rumi: Thaa haa.  
Terjemahan: Taa' Haa.

**2.** مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ ﴿٢﴾  
Rumi: Maa anzalnaa 'alaikal qur'aana litasyqaa.  
Terjemahan: Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

**3.** إِلَّا تَذۡكِرَةٗ لِّمَن يَخۡشَىٰ ﴿٣﴾  
Rumi: Illaa tadzkiratal limay yakhsyaa.  
Terjemahan: Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

**4.** تَنزِيلٗا مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلۡعُلَى ﴿٤﴾  
Rumi: Tanziilam mimman khalaqal ardha was samaawaatil 'ulaa.  
Terjemahan: (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

**5.** ٱلرَّحۡمَٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ ﴿٥﴾  
Rumi: Ar rahmaanu 'alal 'arsyis tawaa.  
Terjemahan: Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

**6.** لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ ﴿٦﴾  
Rumi: Lahuu maa fis samaawaati wa maa fil ardhi wa maa bainahumaa wa maa tahtats tsaraa.  
Terjemahan: Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

**7.** وَإِن تَجۡهَرۡ بِٱلۡقَوۡلِ فَإِنَّهُۥ يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ وَأَخۡفَى ﴿٧﴾  
Rumi: Wa in tajhar bil qauli fa innahuu ya'lamus sirra wa akhfaa.  
Terjemahan: Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

**8.** ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ ﴿٨﴾  
Rumi: Allaahu laa ilaaha illaa huwa lahul asmaa'ul husnaa.  
Terjemahan: Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

**9.** وَهَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ ﴿٩﴾  
Rumi: Wa hal ataaka hadiitsu muusaa.  
Terjemahan: Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

**10.** إِذۡ رَءَا نَارٗا فَقَالَ لِأَهۡلِهِ ٱمۡكُثُوٓاْ إِنِّيٓ ءَانَسۡتُ نَارٗا لَّعَلِّيٓ ءَاتِيكُم مِّنۡهَا بِقَبَسٍ أَوۡ أَجِدُ عَلَى ٱلنَّارِ هُدٗى ﴿١٠﴾  
Rumi: Idz ra'aa naaran faqaala li'ahlihim kutsuu innii aanastu naaral la'allii aatiikum minhaa biqabasin au ajidu 'alan naari hudaa.  
Terjemahan: Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: “Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.

**11.** فَلَمَّآ أَتَىٰهَا نُودِيَ يَٰمُوسَىٰٓ ﴿١١﴾  
Rumi: Falammaa ataahaa nuudiya yaa muusaa.  
Terjemahan: Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: “Wahai Musa!” -

**12.** إِنِّيٓ أَنَا۠ رَبُّكَ فَٱخۡلَعۡ نَعۡلَيۡكَ إِنَّكَ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوٗى ﴿١٢﴾  
Rumi: Innii ana rabbuka fakhla' na'laika innaka bil waadil muqaddasi thuwaa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.

**13.** وَأَنَا ٱخۡتَرۡتُكَ فَٱسۡتَمِعۡ لِمَا يُوحَىٰٓ ﴿١٣﴾  
Rumi: Wa anakh tartuka fastami' limaa yuuhaa.  
Terjemahan: “Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.

**14.** إِنَّنِيٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِي وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِيٓ ﴿١٤﴾  
Rumi: Innanii anallaahu laa ilaaha illaa ana fa'budnii wa aqimish shalaata lidzikrii.  
Terjemahan: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

**15.** إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ أَكَادُ أُخۡفِيهَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ ﴿١٥﴾  
Rumi: Innas saa'ata aatiyatun akaadu ukhfiihaa litujzaa kullu nafsim bimaa tas'aa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.

**16.** فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنۡهَا مَن لَّا يُؤۡمِنُ بِهَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ فَتَرۡدَىٰ ﴿١٦﴾  
Rumi: Falaa yashuddannaka 'anhaa mal laa yu'minu bihaa wattaba'a hawaahu fatardaa.  
Terjemahan: “Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.

**17.** وَمَا تِلۡكَ بِيَمِينِكَ يَٰمُوسَىٰ ﴿١٧﴾  
Rumi: Wa maa tilka biyamiinika yaa muusaa.  
Terjemahan: “Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?”

**18.** قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّؤُاْ عَلَيۡهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَـَٔارِبُ أُخۡرَىٰ ﴿١٨﴾  
Rumi: Qaala hiya 'ashaaya atawakka'u 'alaihaa wa ahusysyu bihaa 'alaa ghanamii wa liya fiihaa ma'aaribu ukhraa.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”.

**19.** قَالَ أَلۡقِهَا يَٰمُوسَىٰ ﴿١٩﴾  
Rumi: Qaala alqihaa yaa muusaa.  
Terjemahan: Allah Taala berfirman: “Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!”

**20.** فَأَلۡقَىٰهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٞ تَسۡعَىٰ ﴿٢٠﴾  
Rumi: Fa alqaahaa fa idzaa hiya hayyatun tas'aa.  
Terjemahan: Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.

**21.** قَالَ خُذۡهَا وَلَا تَخَفۡۖ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا ٱلۡأُولَىٰ ﴿٢١﴾  
Rumi: Qaala khudzhaa wa laa takhaf sanu'iiduhaa siiratahal uulaa.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.

**22.** وَٱضۡمُمۡ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ تَخۡرُجۡ بَيۡضَآءَ مِنۡ غَيۡرِ سُوٓءٍ ءَايَةً أُخۡرَىٰ ﴿٢٢﴾  
Rumi: Wadhmum yadaka ilaa janaahika takhruj baidhaa'a min ghairi suu'in aayatan ukhraa.  
Terjemahan: “Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.

**23.** لِنُرِيَكَ مِنۡ ءَايَٰتِنَا ٱلۡكُبۡرَى ﴿٢٣﴾  
Rumi: Linuriyaka min aayaatinal kubraa.  
Terjemahan: “(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.

**24.** ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ﴿٢٤﴾  
Rumi: Idzhab ilaa fir'auna innahuu thaghaa.  
Terjemahan: “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas”.

**25.** قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِي صَدۡرِي ﴿٢٥﴾  
Rumi: Qaala rabbisy rah lii shadrii.  
Terjemahan: Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;

**26.** وَيَسِّرۡ لِيٓ أَمۡرِي ﴿٢٦﴾  
Rumi: Wa yassir lii amrii.  
Terjemahan: “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

**27.** وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةٗ مِّن لِّسَانِي ﴿٢٧﴾  
Rumi: Wahlul 'uqdatam mil lisaanii.  
Terjemahan: “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

**28.** يَفۡقَهُواْ قَوۡلِي ﴿٢٨﴾  
Rumi: Yafqahuu qaulii.  
Terjemahan: “Supaya mereka faham perkataanku;

**29.** وَٱجۡعَل لِّي وَزِيرٗا مِّنۡ أَهۡلِي ﴿٢٩﴾  
Rumi: Waj'al lii waziiram min ahlii.  
Terjemahan: “Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.

**30.** هَٰرُونَ أَخِي ﴿٣٠﴾  
Rumi: Haaruuna akhii.  
Terjemahan: “Iaitu Harun saudaraku;

**31.** ٱشۡدُدۡ بِهِۦٓ أَزۡرِي ﴿٣١﴾  
Rumi: Usydud bihii azrii.  
Terjemahan: “Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,

**32.** وَأَشۡرِكۡهُ فِيٓ أَمۡرِي ﴿٣٢﴾  
Rumi: Wa asyrikhu fii amrii.  
Terjemahan: “Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,

**33.** كَيۡ نُسَبِّحَكَ كَثِيرٗا ﴿٣٣﴾  
Rumi: Kai nusabbihaka katsiiraa.  
Terjemahan: “Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,

**34.** وَنَذۡكُرَكَ كَثِيرًا ﴿٣٤﴾  
Rumi: Wa nadzkuraka katsiiraa.  
Terjemahan: “Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;

**35.** إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرٗا ﴿٣٥﴾  
Rumi: Innaka kunta binaa bashiiraa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami”.

**36.** قَالَ قَدۡ أُوتِيتَ سُؤۡلَكَ يَٰمُوسَىٰ ﴿٣٦﴾  
Rumi: Qaala qad uutiita su'laka yaa muusaa.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!

**37.** وَلَقَدۡ مَنَنَّا عَلَيۡكَ مَرَّةً أُخۡرَىٰٓ ﴿٣٧﴾  
Rumi: Wa laqad manannaa 'alaika marratan ukhraa.  
Terjemahan: “Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.

**38.** إِذۡ أَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰٓ أُمِّكَ مَا يُوحَىٰٓ ﴿٣٨﴾  
Rumi: Idz auhainaa ilaa ummika maa yuuhaa.  
Terjemahan: “Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

**39.** أَنِ ٱقۡذِفِيهِ فِي ٱلتَّابُوتِ فَٱقۡذِفِيهِ فِي ٱلۡيَمِّ فَلۡيُلۡقِهِ ٱلۡيَمُّ بِٱلسَّاحِلِ يَأۡخُذۡهُ عَدُوّٞ لِّي وَعَدُوّٞ لَّهُۥۚ وَأَلۡقَيۡتُ عَلَيۡكَ مَحَبَّةٗ مِّنِّي وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَيۡنِيٓ ﴿٣٩﴾  
Rumi: Aniq dzifiihi fit taabuuti faqdzifiihi fil yammi falyulqihil yammu bis saahili ya'khudzhu 'aduwwul lii wa 'aduwwul lahuu wa alqaitu 'alaika mahabbatam minnii wa litushna'a 'alaa 'ainii.  
Terjemahan: “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

**40.** إِذۡ تَمۡشِيٓ أُخۡتُكَ فَتَقُولُ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ مَن يَكۡفُلُهُۥۖ فَرَجَعۡنَٰكَ إِلَىٰٓ أُمِّكَ كَيۡ تَقَرَّ عَيۡنُهَا وَلَا تَحۡزَنَۚ وَقَتَلۡتَ نَفۡسٗا فَنَجَّيۡنَٰكَ مِنَ ٱلۡغَمِّ وَفَتَنَّٰكَ فُتُونٗاۚ فَلَبِثۡتَ سِنِينَ فِيٓ أَهۡلِ مَدۡيَنَ ثُمَّ جِئۡتَ عَلَىٰ قَدَرٖ يَٰمُوسَىٰ ﴿٤٠﴾  
Rumi: Idz tamsyii ukhtuka fataquulu hal adullukum 'alaa may yakfuluhuu faraja'naaka ilaa ummika kai taqarra 'ainuhaa wa laa tahzana wa qatalta nafsan fanajjainaaka minal ghammi wa fatannaaka futuunan falabitsta siniina fii ahli madyana tsumma ji'ta 'alaa qadariy yaa muusaa.  
Terjemahan: “Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: “Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!

**41.** وَٱصۡطَنَعۡتُكَ لِنَفۡسِي ﴿٤١﴾  
Rumi: Washthana'tuka linafsii.  
Terjemahan: “Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.

**42.** ٱذۡهَبۡ أَنتَ وَأَخُوكَ بِـَٔايَٰتِي وَلَا تَنِيَا فِي ذِكۡرِي ﴿٤٢﴾  
Rumi: Idzhab anta wa akhuuka bi'aayaatii wa laa taniyaa fii dzikrii.  
Terjemahan: “Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.

**43.** ٱذۡهَبَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ﴿٤٣﴾  
Rumi: Idzhabaa ilaa fir'auna innahuu thaghaa.  
Terjemahan: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

**44.** فَقُولَا لَهُۥ قَوۡلٗا لَّيِّنٗا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ ﴿٤٤﴾  
Rumi: Faquulaa lahuu qaulal layyinal la'allahuu yatadzakkaru au yakhsyaa.  
Terjemahan: “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.

**45.** قَالَا رَبَّنَآ إِنَّنَا نَخَافُ أَن يَفۡرُطَ عَلَيۡنَآ أَوۡ أَن يَطۡغَىٰ ﴿٤٥﴾  
Rumi: Qaalaa rabbanaa innanaa nakhaafu ay yafrutha 'alainaa au ay yathghaa.  
Terjemahan: Mereka berdua berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas”.

**46.** قَالَ لَا تَخَافَآۖ إِنَّنِي مَعَكُمَآ أَسۡمَعُ وَأَرَىٰ ﴿٤٦﴾  
Rumi: Qaala laa takhaafaa innanii ma'akumaa asma'u wa araa.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.

**47.** فَأۡتِيَاهُ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولَا رَبِّكَ فَأَرۡسِلۡ مَعَنَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ وَلَا تُعَذِّبۡهُمۡۖ قَدۡ جِئۡنَٰكَ بِـَٔايَةٖ مِّن رَّبِّكَۖ وَٱلسَّلَٰمُ عَلَىٰ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلۡهُدَىٰٓ ﴿٤٧﴾  
Rumi: Fa'tiyaahu faquulaa innaa rasuulaa rabbika fa arsil ma'anaa banii israa'iila wa laa tu'adzdzibhum qad ji'naaka bi'aayatim mir rabbika was salaamu 'alaa manit taba'al hudaa.  
Terjemahan: “Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: “Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk ugama Allah.

**48.** إِنَّا قَدۡ أُوحِيَ إِلَيۡنَآ أَنَّ ٱلۡعَذَابَ عَلَىٰ مَن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿٤٨﴾  
Rumi: Innaa qad uuhiya ilainaa annal 'adzaaba 'alaa man kadzdzaba wa tawallaa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya”.

**49.** قَالَ فَمَن رَّبُّكُمَا يَٰمُوسَىٰ ﴿٤٩﴾  
Rumi: Qaala famar rabbukumaa yaa muusaa.  
Terjemahan: (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: “Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?”

**50.** قَالَ رَبُّنَا ٱلَّذِيٓ أَعۡطَىٰ كُلَّ شَيۡءٍ خَلۡقَهُۥ ثُمَّ هَدَىٰ ﴿٥٠﴾  
Rumi: Qaala rabbunal ladzii a'thaa kulla syai'in khalqahuu tsumma hadaa.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab: “Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya”.

**51.** قَالَ فَمَا بَالُ ٱلۡقُرُونِ ٱلۡأُولَىٰ ﴿٥١﴾  
Rumi: Qaala famaa baalul quruunil uulaa.  
Terjemahan: Firaun bertanya lagi: “Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?”

**52.** قَالَ عِلۡمُهَا عِندَ رَبِّي فِي كِتَٰبٖۖ لَّا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنسَى ﴿٥٢﴾  
Rumi: Qaala 'ilmuhaa 'inda rabbii fii kitaabil laa yadhillu rabbii wa laa yansaa.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab: “Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa”.

**53.** ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ مَهۡدٗا وَسَلَكَ لَكُمۡ فِيهَا سُبُلٗا وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦٓ أَزۡوَٰجٗا مِّن نَّبَاتٖ شَتَّىٰ ﴿٥٣﴾  
Rumi: Alladzii ja'ala lakumul ardha mahdaw wa salaka lakum fiihaa subulaw wa anzala minas samaa'i maa'an fa akhrajnaa bihii azwaajam min nabaatin syattaa.  
Terjemahan: (Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.

**54.** كُلُواْ وَٱرۡعَوۡاْ أَنۡعَٰمَكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلنُّهَىٰ ﴿٥٤﴾  
Rumi: Kuluu war'au an'aamakum inna fii dzaalika la'aayaatil li'ulin nuhaa.  
Terjemahan: Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.

**55.** ۞ مِنۡهَا خَلَقۡنَٰكُمۡ وَفِيهَا نُعِيدُكُمۡ وَمِنۡهَا نُخۡرِجُكُمۡ تَارَةً أُخۡرَىٰ ﴿٥٥﴾  
Rumi: Minhaa khalaqnaakum wa fiihaa nu'iidukum wa minhaa nukhrijukum taaratan ukhraa.  
Terjemahan: Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.

**56.** وَلَقَدۡ أَرَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا كُلَّهَا فَكَذَّبَ وَأَبَىٰ ﴿٥٦﴾  
Rumi: Wa laqad arainaahu aayaatinaa kullahaa fakadzdzaba wa abaa.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami; dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman.

**57.** قَالَ أَجِئۡتَنَا لِتُخۡرِجَنَا مِنۡ أَرۡضِنَا بِسِحۡرِكَ يَٰمُوسَىٰ ﴿٥٧﴾  
Rumi: Qaala aji'tanaa litukhrijanaa min ardhinaa bisihrika yaa muusaa.  
Terjemahan: Firaun berkata: “Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?

**58.** فَلَنَأۡتِيَنَّكَ بِسِحۡرٖ مِّثۡلِهِۦ فَٱجۡعَلۡ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكَ مَوۡعِدٗا لَّا نُخۡلِفُهُۥ نَحۡنُ وَلَآ أَنتَ مَكَانٗا سُوٗى ﴿٥٨﴾  
Rumi: Falana'tiyannaka bisihrim mitslihii faj'al bainanaa wa bainaka mau'idal laa nukhlifuhuu nahnu wa laa anta makaanan suwaa.  
Terjemahan: “Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak”.

**59.** قَالَ مَوۡعِدُكُمۡ يَوۡمُ ٱلزِّينَةِ وَأَن يُحۡشَرَ ٱلنَّاسُ ضُحٗى ﴿٥٩﴾  
Rumi: Qaala mau'idukum yaumuz ziinati wa ay yuhsyaran naasu dhuhaa.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab: “Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha”.

**60.** فَتَوَلَّىٰ فِرۡعَوۡنُ فَجَمَعَ كَيۡدَهُۥ ثُمَّ أَتَىٰ ﴿٦٠﴾  
Rumi: Fatawallaa fir'aunu fajama'a kaidahuu tsumma ataa.  
Terjemahan: Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Ia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan.

**61.** قَالَ لَهُم مُّوسَىٰ وَيۡلَكُمۡ لَا تَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبٗا فَيُسۡحِتَكُم بِعَذَابٖۖ وَقَدۡ خَابَ مَنِ ٱفۡتَرَىٰ ﴿٦١﴾  
Rumi: Qaala lahum muusaa wailakum laa taftaruu 'alallaahi kadziban fayushitakum bi'adzaabiw wa qad khaaba manif taraa.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata kepada mereka: “Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Ia akan membinasakan kamu dengan azab seksa; dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa”.

**62.** فَتَنَٰزَعُوٓاْ أَمۡرَهُم بَيۡنَهُمۡ وَأَسَرُّواْ ٱلنَّجۡوَىٰ ﴿٦٢﴾  
Rumi: Fatanaaza'uu amrahum bainahum wa asarrun najwaa.  
Terjemahan: Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka, dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan.

**63.** قَالُوٓاْ إِنۡ هَٰذَٰنِ لَسَٰحِرَٰنِ يُرِيدَانِ أَن يُخۡرِجَاكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِمَا وَيَذۡهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ ٱلۡمُثۡلَىٰ ﴿٦٣﴾  
Rumi: Qaaluu in haadzaani lasaahiraani yuriidaani ay yukhrijaakum min ardhikum bisihrihimaa wa yadzhabaa bithariiqatikumul mutslaa.  
Terjemahan: Mereka berkata: “Dua orang ini, sebenarnya dua ahli sihir yang bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka, dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama.

**64.** فَأَجۡمِعُواْ كَيۡدَكُمۡ ثُمَّ ٱئۡتُواْ صَفّٗاۚ وَقَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡيَوۡمَ مَنِ ٱسۡتَعۡلَىٰ ﴿٦٤﴾  
Rumi: Fa ajmi'uu kaidakum tsumma' tuu shaffaw wa qad aflahal yauma manis ta'laa.  
Terjemahan: “Oleh itu, satukanlah segala cara helah kamu, kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya; dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini”.

**65.** قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِمَّآ أَن تُلۡقِيَ وَإِمَّآ أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنۡ أَلۡقَىٰ ﴿٦٥﴾  
Rumi: Qaaluu yaa muusaa immaa an tulqiya wa immaa an nakuuna awwala man alqaa.  
Terjemahan: Mereka berkata: “Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?”

**66.** قَالَ بَلۡ أَلۡقُواْۖ فَإِذَا حِبَالُهُمۡ وَعِصِيُّهُمۡ يُخَيَّلُ إِلَيۡهِ مِن سِحۡرِهِمۡ أَنَّهَا تَسۡعَىٰ ﴿٦٦﴾  
Rumi: Qaala bal alquu fa idzaa hibaaluhum wa 'ishiyyuhum yukhayyalu ilaihi min sihrihim annahaa tas'aa.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab: “Bahkan kamulah campak dahulu”. Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.

**67.** فَأَوۡجَسَ فِي نَفۡسِهِۦ خِيفَةٗ مُّوسَىٰ ﴿٦٧﴾  
Rumi: Fa aujasa fii nafsihii khiifatam muusaa.  
Terjemahan: Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.

**68.** قُلۡنَا لَا تَخَفۡ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡأَعۡلَىٰ ﴿٦٨﴾  
Rumi: Qulnaa laa takhaf innaka antal a'laa.  
Terjemahan: Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.

**69.** وَأَلۡقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلۡقَفۡ مَا صَنَعُوٓاْۖ إِنَّمَا صَنَعُواْ كَيۡدُ سَٰحِرٖۖ وَلَا يُفۡلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَيۡثُ أَتَىٰ ﴿٦٩﴾  
Rumi: Wa alqi maa fii yamiinika talqaf maa shana'uu innamaa shana'uu kaidu saahiriw wa laa yuflihus saahiru haitsu ataa.  
Terjemahan: “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

**70.** فَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سُجَّدٗا قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ هَٰرُونَ وَمُوسَىٰ ﴿٧٠﴾  
Rumi: Fa ulqiyas saharatu sujjadan qaaluu aamannaa birabbi haaruuna wa muusaa.  
Terjemahan: (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa”.

**71.** قَالَ ءَامَنتُمۡ لَهُۥ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِي عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحۡرَۖ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَٰفٖ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمۡ فِي جُذُوعِ ٱلنَّخۡلِ وَلَتَعۡلَمُنَّ أَيُّنَآ أَشَدُّ عَذَابٗا وَأَبۡقَىٰ ﴿٧١﴾  
Rumi: Qaala aamantum lahuu qabla an aadzana lakum innahuu lakabiirukumul ladzii 'allamakumus sihra fala'uqaththi'anna aidiyakum wa arjulakum min khilaafiw wa la'ushallibannakum fii judzuu'in nakhli wa lata'lamunna ayyunaa asyaddu 'adzaabaw wa abqaa.  
Terjemahan: Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal”.

**72.** قَالُواْ لَن نُّؤۡثِرَكَ عَلَىٰ مَا جَآءَنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلَّذِي فَطَرَنَاۖ فَٱقۡضِ مَآ أَنتَ قَاضٍۖ إِنَّمَا تَقۡضِي هَٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَآ ﴿٧٢﴾  
Rumi: Qaaluu lan nu'tsiraka 'alaa maa jaa'anaa minal bayyinaati wal ladzii fatharanaa faqdhi maa anta qaadhin innamaa taqdhii haadzihil hayaatad dunyaa.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.

**73.** إِنَّآ ءَامَنَّا بِرَبِّنَا لِيَغۡفِرَ لَنَا خَطَٰيَٰنَا وَمَآ أَكۡرَهۡتَنَا عَلَيۡهِ مِنَ ٱلسِّحۡرِۗ وَٱللَّهُ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰٓ ﴿٧٣﴾  
Rumi: Innaa aamannaa birabbinaa liyaghfira lanaa khathaayaanaa wa maa akrahtanaa 'alaihi minas sihri wallaahu khairuw wa abqaa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya.

**74.** إِنَّهُۥ مَن يَأۡتِ رَبَّهُۥ مُجۡرِمٗا فَإِنَّ لَهُۥ جَهَنَّمَ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحۡيَىٰ ﴿٧٤﴾  
Rumi: Innahuu may ya'ti rabbahuu mujriman fa inna lahuu jahannama laa yamuutu fiihaa wa laa yahyaa.  
Terjemahan: “Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.

**75.** وَمَن يَأۡتِهِۦ مُؤۡمِنٗا قَدۡ عَمِلَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَأُوْلَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلدَّرَجَٰتُ ٱلۡعُلَىٰ ﴿٧٥﴾  
Rumi: Wa may ya'tihii mu'minan qad 'amilash shaalihaati fa ulaa'ika lahumud darajaatul 'ulaa.  
Terjemahan: “Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:

**76.** جَنَّٰتُ عَدۡنٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَذَٰلِكَ جَزَآءُ مَن تَزَكَّىٰ ﴿٧٦﴾  
Rumi: Jannaatu 'adnin tajrii min tahtihal anhaaru khaalidiina fiihaa wa dzaalika jazaa'u man tazakkaa.  
Terjemahan: “(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat”.

**77.** وَلَقَدۡ أَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَسۡرِ بِعِبَادِي فَٱضۡرِبۡ لَهُمۡ طَرِيقٗا فِي ٱلۡبَحۡرِ يَبَسٗا لَّا تَخَٰفُ دَرَكٗا وَلَا تَخۡشَىٰ ﴿٧٧﴾  
Rumi: Wa laqad auhainaa ilaa muusaa an asri bi'ibaadii fadhrib lahum thariiqan fil bahri yabasal laa takhaafu darakaw wa laa takhsyaa.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam”.

**78.** فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ بِجُنُودِهِۦ فَغَشِيَهُم مِّنَ ٱلۡيَمِّ مَا غَشِيَهُمۡ ﴿٧٨﴾  
Rumi: Fa atba'ahum fir'aunu bijunuudihii faghasyiyahum minal yammi maa ghasyiyahum.  
Terjemahan: Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.

**79.** وَأَضَلَّ فِرۡعَوۡنُ قَوۡمَهُۥ وَمَا هَدَىٰ ﴿٧٩﴾  
Rumi: Wa adhalla fir'aunu qaumahuu wa maa hadaa.  
Terjemahan: Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar.

**80.** يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ قَدۡ أَنجَيۡنَٰكُم مِّنۡ عَدُوِّكُمۡ وَوَٰعَدۡنَٰكُمۡ جَانِبَ ٱلطُّورِ ٱلۡأَيۡمَنَ وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَنَّ وَٱلسَّلۡوَىٰ ﴿٨٠﴾  
Rumi: Yaa banii israa'iila qad anjainaakum min 'aduwwikum wa waa'adnaakum jaanibath thuuril aimana wa nazzalnaa 'alaikumul manna was salwaa.  
Terjemahan: Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa”,

**81.** كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ وَلَا تَطۡغَوۡاْ فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيۡكُمۡ غَضَبِيۖ وَمَن يَحۡلِلۡ عَلَيۡهِ غَضَبِي فَقَدۡ هَوَىٰ ﴿٨١﴾  
Rumi: Kuluu min thayyibaati maa razaqnaakum wa laa tathghau fiihi fayahilla 'alaikum ghadhabii wa may yahlil 'alaihi ghadhabii faqad hawaa.  
Terjemahan: Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.

**82.** وَإِنِّي لَغَفَّارٞ لِّمَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا ثُمَّ ٱهۡتَدَىٰ ﴿٨٢﴾  
Rumi: Wa innii laghaffaarul liman taaba wa aamana wa 'amila shaalihan tsummah tadaa.  
Terjemahan: Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

**83.** ۞ وَمَآ أَعۡجَلَكَ عَن قَوۡمِكَ يَٰمُوسَىٰ ﴿٨٣﴾  
Rumi: Wa maa a'jalaka 'an qaumika yaa muusaa.  
Terjemahan: Dan apakah yang menyebabkan engkau segera datang ke mari lebih dahulu dari kaum engkau wahai Musa?.

**84.** قَالَ هُمۡ أُوْلَآءِ عَلَىٰٓ أَثَرِي وَعَجِلۡتُ إِلَيۡكَ رَبِّ لِتَرۡضَىٰ ﴿٨٤﴾  
Rumi: Qaala hum ulaa'i 'alaa atsarii wa 'ajiltu ilaika rabbi litardhaa.  
Terjemahan: Nabi Musa menjawab: “Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini; dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku”.

**85.** قَالَ فَإِنَّا قَدۡ فَتَنَّا قَوۡمَكَ مِنۢ بَعۡدِكَ وَأَضَلَّهُمُ ٱلسَّامِرِيُّ ﴿٨٥﴾  
Rumi: Qaala fa innaa qad fatannaa qaumaka mim ba'dika wa adhallahumus saamiriyy.  
Terjemahan: (Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: “Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri”

**86.** فَرَجَعَ مُوسَىٰٓ إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ غَضۡبَٰنَ أَسِفٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَلَمۡ يَعِدۡكُمۡ رَبُّكُمۡ وَعۡدًا حَسَنًاۚ أَفَطَالَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡعَهۡدُ أَمۡ أَرَدتُّمۡ أَن يَحِلَّ عَلَيۡكُمۡ غَضَبٞ مِّن رَّبِّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُم مَّوۡعِدِي ﴿٨٦﴾  
Rumi: Faraja'a muusaa ilaa qaumihii ghadhbaana asifan qaala yaa qaumi alam ya'idkum rabbukum wa'dan hasanan afathaala 'alaikumul 'ahdu am arattum ay yahilla 'alaikum ghadhabum mir rabbikum fa akhlaftum mau'idii.  
Terjemahan: Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata: “Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?”

**87.** قَالُواْ مَآ أَخۡلَفۡنَا مَوۡعِدَكَ بِمَلۡكِنَا وَلَٰكِنَّا حُمِّلۡنَآ أَوۡزَارٗا مِّن زِينَةِ ٱلۡقَوۡمِ فَقَذَفۡنَٰهَا فَكَذَٰلِكَ أَلۡقَى ٱلسَّامِرِيُّ ﴿٨٧﴾  
Rumi: Qaaluu maa akhlafnaa mau'idaka bimalkinaa wa laakinnaa hummilnaa auzaaram min ziinatil qaumi faqadzafnaahaa fakadzaalika alqas saamiriyy.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga “Samiri” mencampakkan apa yang dibawanya.

**88.** فَأَخۡرَجَ لَهُمۡ عِجۡلٗا جَسَدٗا لَّهُۥ خُوَارٞ فَقَالُواْ هَٰذَآ إِلَٰهُكُمۡ وَإِلَٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِيَ ﴿٨٨﴾  
Rumi: Fa akhraja lahum 'ijlan jasadal lahuu khuwaarun faqaaluu haadzaa ilaahukum wa ilaahu muusaa fanasiy.  
Terjemahan: “Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: “Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!”

**89.** أَفَلَا يَرَوۡنَ أَلَّا يَرۡجِعُ إِلَيۡهِمۡ قَوۡلٗا وَلَا يَمۡلِكُ لَهُمۡ ضَرّٗا وَلَا نَفۡعٗا ﴿٨٩﴾  
Rumi: Afalaa yarauna allaa yarji'u ilaihim qaulaw wa laa yamliku lahum dharraw wa laa naf'aa.  
Terjemahan: Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?

**90.** وَلَقَدۡ قَالَ لَهُمۡ هَٰرُونُ مِن قَبۡلُ يَٰقَوۡمِ إِنَّمَا فُتِنتُم بِهِۦۖ وَإِنَّ رَبَّكُمُ ٱلرَّحۡمَٰنُ فَٱتَّبِعُونِي وَأَطِيعُوٓاْ أَمۡرِي ﴿٩٠﴾  
Rumi: Wa laqad qaala lahum haaruunu min qablu yaa qaumi innamaa futintum bihii wa inna rabbakumur rahmaanu fattabi'uunii wa athii'uu amrii.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: “Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku”.

**91.** قَالُواْ لَن نَّبۡرَحَ عَلَيۡهِ عَٰكِفِينَ حَتَّىٰ يَرۡجِعَ إِلَيۡنَا مُوسَىٰ ﴿٩١﴾  
Rumi: Qaaluu lan nabraha 'alaihi 'aakifiina hattaa yarji'a ilainaa muusaa.  
Terjemahan: Mereka menjawab: “Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami”.

**92.** قَالَ يَٰهَٰرُونُ مَا مَنَعَكَ إِذۡ رَأَيۡتَهُمۡ ضَلُّوٓاْ ﴿٩٢﴾  
Rumi: Qaala yaa haaruunu maa mana'aka idz ra'aitahum dhalluu.  
Terjemahan: (Sekembalinya), Nabi Musa berkata: “Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat,

**93.** أَلَّا تَتَّبِعَنِۖ أَفَعَصَيۡتَ أَمۡرِي ﴿٩٣﴾  
Rumi: Allaa tattabi'ani afa'ashaita amrii.  
Terjemahan: “Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?”

**94.** قَالَ يَبۡنَؤُمَّ لَا تَأۡخُذۡ بِلِحۡيَتِي وَلَا بِرَأۡسِيٓۖ إِنِّي خَشِيتُ أَن تَقُولَ فَرَّقۡتَ بَيۡنَ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ وَلَمۡ تَرۡقُبۡ قَوۡلِي ﴿٩٤﴾  
Rumi: Qaala yabna'umma laa ta'khudz bilihyatii wa laa bira'sii innii khasyiitu an taquula farraqta baina banii israa'iila wa lam tarqub qaulii.  
Terjemahan: Nabi Harun menjawab: “Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ‘Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!’”

**95.** قَالَ فَمَا خَطۡبُكَ يَٰسَٰمِرِيُّ ﴿٩٥﴾  
Rumi: Qaala famaa khathbuka yaa saamiriyy.  
Terjemahan: (Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: “Apa pula halmu, wahai Samiri?”

**96.** قَالَ بَصُرۡتُ بِمَا لَمۡ يَبۡصُرُواْ بِهِۦ فَقَبَضۡتُ قَبۡضَةٗ مِّنۡ أَثَرِ ٱلرَّسُولِ فَنَبَذۡتُهَا وَكَذَٰلِكَ سَوَّلَتۡ لِي نَفۡسِي ﴿٩٦﴾  
Rumi: Qaala bashurtu bimaa lam yabshuruu bihii faqabadhtu qabdhatam min atsarir rasuuli fanabadztuhaa wa kadzaalika sawwalat lii nafsii.  
Terjemahan: Ia menjawab: “Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku”.

**97.** قَالَ فَٱذۡهَبۡ فَإِنَّ لَكَ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَۖ وَإِنَّ لَكَ مَوۡعِدٗا لَّن تُخۡلَفَهُۥۖ وَٱنظُرۡ إِلَىٰٓ إِلَٰهِكَ ٱلَّذِي ظَلۡتَ عَلَيۡهِ عَاكِفٗاۖ لَّنُحَرِّقَنَّهُۥ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُۥ فِي ٱلۡيَمِّ نَسۡفًا ﴿٩٧﴾  
Rumi: Qaala fadzhab fa inna laka fil hayaati an taquula laa misaasa wa inna laka mau'idal lan tukhlafahuu wanzhur ilaa ilaahikal ladzii zhalta 'alaihi 'aakifal lanuharriqannahuu tsumma lanansifannahuu fil yammi nasfaa.  
Terjemahan: Nabi Musa berkata kepada Samiri: “Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ‘Jangan sentuh daku’, dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.

**98.** إِنَّمَآ إِلَٰهُكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ وَسِعَ كُلَّ شَيۡءٍ عِلۡمٗا ﴿٩٨﴾  
Rumi: Innamaa ilaahukumullaahul ladzii laa ilaaha illaa huwa wasi'a kulla syai'in 'ilmaa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu”.

**99.** كَذَٰلِكَ نَقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ مَا قَدۡ سَبَقَۚ وَقَدۡ ءَاتَيۡنَٰكَ مِن لَّدُنَّا ذِكۡرٗا ﴿٩٩﴾  
Rumi: Kadzaalika naqushshu 'alaika min ambaa'i maa qad sabaqa wa qad aatainaaka mil ladunnaa dzikraa.  
Terjemahan: Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan.

**100.** مَّنۡ أَعۡرَضَ عَنۡهُ فَإِنَّهُۥ يَحۡمِلُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وِزۡرًا ﴿١٠٠﴾  
Rumi: Man a'radha 'anhu fa innahuu yahmilu yaumal qiyaamati wizraa.  
Terjemahan: Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat.

**101.** خَٰلِدِينَ فِيهِۖ وَسَآءَ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ حِمۡلٗا ﴿١٠١﴾  
Rumi: Khaalidiina fiihi wa saa'a lahum yaumal qiyaamati himlaa.  
Terjemahan: Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat,

**102.** يَوۡمَ يُنفَخُ فِي ٱلصُّورِۚ وَنَحۡشُرُ ٱلۡمُجۡرِمِينَ يَوۡمَئِذٖ زُرۡقٗا ﴿١٠٢﴾  
Rumi: Yauma yunfakhu fish shuuri wa nahsyurul mujrimiina yauma'idzin zurqaa.  
Terjemahan: (Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.

**103.** يَتَخَٰفَتُونَ بَيۡنَهُمۡ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا عَشۡرٗا ﴿١٠٣﴾  
Rumi: Yatakhaafatuuna bainahum il labitstum illaa 'asyraa.  
Terjemahan: Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: “Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja”.

**104.** نَّحۡنُ أَعۡلَمُ بِمَا يَقُولُونَ إِذۡ يَقُولُ أَمۡثَلُهُمۡ طَرِيقَةً إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا يَوۡمٗا ﴿١٠٤﴾  
Rumi: Nahnu a'lamu bimaa yaquuluuna idz yaquulu amtsaluhum thariiqatan il labitstum illaa yaumaa.  
Terjemahan: (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: “Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat”.

**105.** وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡجِبَالِ فَقُلۡ يَنسِفُهَا رَبِّي نَسۡفٗا ﴿١٠٥﴾  
Rumi: Wa yas'aluunaka 'anil jibaali faqul yansifuhaa rabbii nasfaa.  
Terjemahan: Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: “Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.

**106.** فَيَذَرُهَا قَاعٗا صَفۡصَفٗا ﴿١٠٦﴾  
Rumi: Fayadzaruhaa qaa'an shafshafaa.  
Terjemahan: “Lalu Ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin”.

**107.** لَّا تَرَىٰ فِيهَا عِوَجٗا وَلَآ أَمۡتٗا ﴿١٠٧﴾  
Rumi: Laa taraa fiihaa 'iwajaw wa laa amtaa.  
Terjemahan: Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.

**108.** يَوۡمَئِذٖ يَتَّبِعُونَ ٱلدَّاعِيَ لَا عِوَجَ لَهُۥۖ وَخَشَعَتِ ٱلۡأَصۡوَاتُ لِلرَّحۡمَٰنِ فَلَا تَسۡمَعُ إِلَّا هَمۡسٗا ﴿١٠٨﴾  
Rumi: Yauma'idziy yattabi'uunad daa'iya laa 'iwaja lahuu wa khasya'atil ashwaatu lir rahmaani falaa tasma'u illaa hamsaa.  
Terjemahan: Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

**109.** يَوۡمَئِذٖ لَّا تَنفَعُ ٱلشَّفَٰعَةُ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وَرَضِيَ لَهُۥ قَوۡلٗا ﴿١٠٩﴾  
Rumi: Yauma'idzil laa tanfa'usy syafaa'atu illaa man adzina lahur rahmaanu wa radhiya lahuu qaulaa.  
Terjemahan: Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya.

**110.** يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ وَلَا يُحِيطُونَ بِهِۦ عِلۡمٗا ﴿١١٠﴾  
Rumi: Ya'lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum wa laa yuhiithuuna bihii 'ilmaa.  
Terjemahan: Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi.

**111.** ۞ وَعَنَتِ ٱلۡوُجُوهُ لِلۡحَيِّ ٱلۡقَيُّومِۖ وَقَدۡ خَابَ مَنۡ حَمَلَ ظُلۡمٗا ﴿١١١﴾  
Rumi: Wa 'anatil wujuuhu lil hayyil qayyuumi wa qad khaaba man hamala zhulmaa.  
Terjemahan: Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.

**112.** وَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَا يَخَافُ ظُلۡمٗا وَلَا هَضۡمٗا ﴿١١٢﴾  
Rumi: Wa may ya'mal minash shaalihaati wa huwa mu'minun falaa yakhaafu zhulmaw wa laa hadhmaa.  
Terjemahan: Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.

**113.** وَكَذَٰلِكَ أَنزَلۡنَٰهُ قُرۡءَانًا عَرَبِيّٗا وَصَرَّفۡنَا فِيهِ مِنَ ٱلۡوَعِيدِ لَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ أَوۡ يُحۡدِثُ لَهُمۡ ذِكۡرٗا ﴿١١٣﴾  
Rumi: Wa kadzaalika anzalnaahu qur'aanan 'arabiyyaw wa sharrafnaa fiihi minal wa'iidi la'allahum yattaquuna au yuhditsu lahum dzikraa.  
Terjemahan: Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.

**114.** فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۗ وَلَا تَعۡجَلۡ بِٱلۡقُرۡءَانِ مِن قَبۡلِ أَن يُقۡضَىٰٓ إِلَيۡكَ وَحۡيُهُۥۖ وَقُل رَّبِّ زِدۡنِي عِلۡمٗا ﴿١١٤﴾  
Rumi: Fata'aalallaahul malikul haqqu wa laa ta'jal bil qur'aani min qabli ay yuqdhaa ilaika wahyuhuu wa qur rabbi zidnii 'ilmaa.  
Terjemahan: Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”.

**115.** وَلَقَدۡ عَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبۡلُ فَنَسِيَ وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُۥ عَزۡمٗا ﴿١١٥﴾  
Rumi: Wa laqad 'ahidnaa ilaa aadama min qablu fanasiya wa lam najid lahuu 'azmaa.  
Terjemahan: Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

**116.** وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ ﴿١١٦﴾  
Rumi: Wa idz qulnaa lil malaa'ikatis juduu li'aadama fasajaduu illaa ibliisa abaa.  
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.

**117.** فَقُلۡنَا يَٰٓـَٔادَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوّٞ لَّكَ وَلِزَوۡجِكَ فَلَا يُخۡرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلۡجَنَّةِ فَتَشۡقَىٰٓ ﴿١١٧﴾  
Rumi: Faqulnaa yaa aadamu inna haadzaa 'aduwwul laka wa lizaujika falaa yukhrijannakumaa minal jannati fatasyqaa.  
Terjemahan: Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

**118.** إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعۡرَىٰ ﴿١١٨﴾  
Rumi: Inna laka allaa tajuu'a fiihaa wa laa ta'raa.  
Terjemahan: “Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.

**119.** وَأَنَّكَ لَا تَظۡمَؤُاْ فِيهَا وَلَا تَضۡحَىٰ ﴿١١٩﴾  
Rumi: Wa annaka laa tazhma'u fiihaa wa laa tadhhaa.  
Terjemahan: “Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari”.

**120.** فَوَسۡوَسَ إِلَيۡهِ ٱلشَّيۡطَٰنُ قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ هَلۡ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ ٱلۡخُلۡدِ وَمُلۡكٖ لَّا يَبۡلَىٰ ﴿١٢٠﴾  
Rumi: Fawaswasa ilaihisy syaithaanu qaala yaa aadamu hal adulluka 'alaa syajaratil khuldi wa mulkil laa yablaa.  
Terjemahan: Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”

**121.** فَأَكَلَا مِنۡهَا فَبَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٰتُهُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡهِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۚ وَعَصَىٰٓ ءَادَمُ رَبَّهُۥ فَغَوَىٰ ﴿١٢١﴾  
Rumi: Fa akalaa minhaa fabadat lahumaa sau'aatuhumaa wa thafiqaa yakhshifaani 'alaihimaa miw waraqil jannati wa 'ashaa aadamu rabbahuu faghawaa.  
Terjemahan: Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).

**122.** ثُمَّ ٱجۡتَبَٰهُ رَبُّهُۥ فَتَابَ عَلَيۡهِ وَهَدَىٰ ﴿١٢٢﴾  
Rumi: Tsummaj tabaahu rabbuhuu fataaba 'alaihi wa hadaa.  
Terjemahan: Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

**123.** قَالَ ٱهۡبِطَا مِنۡهَا جَمِيعَۢاۖ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوّٞۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدٗى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشۡقَىٰ ﴿١٢٣﴾  
Rumi: Qaalah bithaa minhaa jamii'am ba'dhukum liba'dhin 'aduwwun fa immaa ya'tiyannakum minnii hudan famanit taba'a hudaaya falaa yadhillu wa laa yasyqaa.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

**124.** وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ ﴿١٢٤﴾  
Rumi: Wa man a'radha 'an dzikrii fa inna lahuu ma'iisyatan dhankaw wa nahsyuruhuu yaumal qiyaamati a'maa.  
Terjemahan: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

**125.** قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِيٓ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِيرٗا ﴿١٢٥﴾  
Rumi: Qaala rabbi lima hasyartanii a'maa wa qad kuntu bashiiraa.  
Terjemahan: Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”

**126.** قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتۡكَ ءَايَٰتُنَا فَنَسِيتَهَاۖ وَكَذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمَ تُنسَىٰ ﴿١٢٦﴾  
Rumi: Qaala kadzaalika atatka aayaatunaa fanasiitahaa wa kadzaalikal yauma tunsaa.  
Terjemahan: Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.

**127.** وَكَذَٰلِكَ نَجۡزِي مَنۡ أَسۡرَفَ وَلَمۡ يُؤۡمِنۢ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦۚ وَلَعَذَابُ ٱلۡأٓخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبۡقَىٰٓ ﴿١٢٧﴾  
Rumi: Wa kadzaalika najzii man asrafa wa lam yu'mim bi'aayaati rabbihii wa la'adzaabul aakhirati asyaddu wa abqaa.  
Terjemahan: Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

**128.** أَفَلَمۡ يَهۡدِ لَهُمۡ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا قَبۡلَهُم مِّنَ ٱلۡقُرُونِ يَمۡشُونَ فِي مَسَٰكِنِهِمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلنُّهَىٰ ﴿١٢٨﴾  
Rumi: Afalam yahdi lahum kam ahlaknaa qablahum minal quruuni yamsyuuna fii masaakinihim inna fii dzaalika la'aayaatil li'ulin nuhaa.  
Terjemahan: Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran.

**129.** وَلَوۡلَا كَلِمَةٞ سَبَقَتۡ مِن رَّبِّكَ لَكَانَ لِزَامٗا وَأَجَلٞ مُّسَمّٗى ﴿١٢٩﴾  
Rumi: Wa laulaa kalimatun sabaqat mir rabbika lakaana lizaamaw wa ajalum musammaa.  
Terjemahan: Dan jika tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah Tuhanmu (wahai Muhammad), dan satu tempoh yang ditentukan nescaya balasan jenayah mereka sudah semestinya berlaku.

**130.** فَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ قَبۡلَ طُلُوعِ ٱلشَّمۡسِ وَقَبۡلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنۡ ءَانَآيِٕ ٱلَّيۡلِ فَسَبِّحۡ وَأَطۡرَافَ ٱلنَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرۡضَىٰ ﴿١٣٠﴾  
Rumi: Fashbir 'alaa maa yaquuluuna wa sabbih bihamdi rabbika qabla thuluu'isy syamsi wa qabla ghuruubihaa wa min aanaa'il laili fasabbih wa athraafan nahaari la'allaka tardhaa.  
Terjemahan: Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

**131.** وَلَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦٓ أَزۡوَٰجٗا مِّنۡهُمۡ زَهۡرَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا لِنَفۡتِنَهُمۡ فِيهِۚ وَرِزۡقُ رَبِّكَ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰ ﴿١٣١﴾  
Rumi: Wa laa tamuddanna 'ainaika ilaa maa matta'naa bihii azwaajam minhum zahratal hayaatid dunyaa linaftinahum fiihi wa rizqu rabbika khairuw wa abqaa.  
Terjemahan: Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

**132.** وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡهَاۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقٗاۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَۗ وَٱلۡعَٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ ﴿١٣٢﴾  
Rumi: Wa'mur ahlaka bish shalaati washthabir 'alaihaa laa nas'aluka rizqan nahnu narzuquka wal 'aaqibatu lit taqwaa.  
Terjemahan: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

**133.** وَقَالُواْ لَوۡلَا يَأۡتِينَا بِـَٔايَةٖ مِّن رَّبِّهِۦٓۚ أَوَلَمۡ تَأۡتِهِم بَيِّنَةُ مَا فِي ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ ﴿١٣٣﴾  
Rumi: Wa qaaluu laulaa ya'tiinaa bi'aayatim mir rabbihii awalam ta'tihim bayyinatu maa fish shuhufil uulaa.  
Terjemahan: Dan mereka yang kafir berkata: “Mengapa ia tidak membawa kepada kami satu tanda mukjizat dari Tuhannya yang membuktikan kebenarannya?” Bukankah telah datang kepada mereka berbagai-bagai keterangan dan khasnya Al-Quran yang menjadi kenyataan yang menerangkan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab yang dahulu?

**134.** وَلَوۡ أَنَّآ أَهۡلَكۡنَٰهُم بِعَذَابٖ مِّن قَبۡلِهِۦ لَقَالُواْ رَبَّنَا لَوۡلَآ أَرۡسَلۡتَ إِلَيۡنَا رَسُولٗا فَنَتَّبِعَ ءَايَٰتِكَ مِن قَبۡلِ أَن نَّذِلَّ وَنَخۡزَىٰ ﴿١٣٤﴾  
Rumi: Wa lau annaa ahlaknaahum bi'adzaabim min qablihii laqaaluu rabbanaa laulaa arsalta ilainaa rasuulan fanattabi'a aayaatika min qabli an nadzilla wa nakhzaa.  
Terjemahan: Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa Al-Quran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: “Wahai Tuhan Kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia), dan mendapat malu (dengan azab di akhirat)?”

**135.** قُلۡ كُلّٞ مُّتَرَبِّصٞ فَتَرَبَّصُواْۖ فَسَتَعۡلَمُونَ مَنۡ أَصۡحَٰبُ ٱلصِّرَٰطِ ٱلسَّوِيِّ وَمَنِ ٱهۡتَدَىٰ ﴿١٣٥﴾  
Rumi: Qul kullum mutarabbishun fatarabbashuu fasata'lamuuna man ashhaabush shiraathis sawiyyi wa manih tadaa.  
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kamu! Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat petunjuk”.

## Fakta ringkas

- **Kedudukan dalam mushaf:** 20 daripada 114
- **Maksud nama:** Taha
- **Bilangan ayat:** 135
- **Diturunkan di:** Makkah
- **Urutan penurunan:** 45
- **Juzuk:** 16

## Mengenai Surah Taha

Nama surah diambil daripada huruf "Ta Ha" pada permulaannya. Huruf ini termasuk huruf muqatta'ah yang terdapat pada awal sesetengah surah dan maknanya diketahui Allah; sebahagian ahli tafsir mengatakan ia bermaksud "Wahai manusia" atau salah satu nama Nabi. Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 135 ayat. Surah ini ialah surah kedua puluh dalam mushaf; berada pada urutan 45 dalam susunan penurunan yang lazim, sejurus selepas surah Maryam.

Menurut pandangan umum, surah ini Makkiyyah. Surah ini antara yang menceritakan kisah Nabi Musa dengan paling luas. Doa "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku" (114) yang diajarkan kepada Nabi juga terdapat dalam surah ini.

## Latar belakang penurunan Surah Taha

Surah Taha diturunkan pada tahun-tahun awal zaman Makkah. Menurut riwayat terkenal dalam sumber sirah, sebelum memeluk Islam, Umar memasuki rumah adik perempuannya Fatimah dan suaminya Sa'id bin Zaid dalam keadaan marah; setelah membaca ayat-ayat awal surah Taha yang sedang dibaca di situ, hatinya menjadi lembut lalu beliau menemui Nabi dan memeluk Islam. Perincian riwayat ini berbeza antara sumber.

Sanad-sanad riwayat sirah terkenal yang menceritakan Umar memeluk Islam setelah membaca surah Taha adalah daif; tarikh penurunan surah yang pasti tidak dapat ditentukan daripadanya. Ketika itu umat Islam sedikit dan berada di bawah tekanan; penceritaan perjuangan Nabi Musa menghadapi Firaun dalam surah menjadi sumber penghiburan mereka.

## Kandungan Surah Taha

Surah ini bermula dengan menyatakan bahawa al-Quran diturunkan sebagai nasihat kepada mereka yang takut kepada Allah, bukan untuk menyusahkan Nabi, dan memperkenalkan Allah yang mempunyai nama-nama paling indah.

Sebahagian besar surah dikhususkan kepada Nabi Musa: baginda melihat api di lembah Tuwa dan menerima firman Allah, mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya, doa agar saudaranya Nabi Harun dijadikan pembantu, ibunya meletakkannya dalam peti di air ketika bayi, pengutusannya menyampaikan dakwah kepada Firaun dengan kata-kata lembut, ahli sihir beriman dan tidak tunduk kepada ancaman Firaun, penyeberangan Bani Israel melalui laut dan penyembahan anak lembu buatan Samiri.

Kemudian digambarkan hari kiamat, gunung berterbangan dan semua wajah tunduk di hadapan Allah. Nabi dinasihati berdoa "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku". Diceritakan kelupaan Nabi Adam, bisikan syaitan dan penerimaan taubatnya; dinyatakan bahawa orang yang berpaling daripada mengingati Allah akan menjalani kehidupan yang sempit. Surah berakhir dengan nasihat supaya bersabar, bertasbih kepada Allah pada waktu tertentu dan menyuruh keluarga mendirikan solat.

## Kelebihan Surah Taha

Tiada riwayat sahih yang tersebar luas tentang kelebihan khusus surah Taha. Menurut riwayat al-Bukhari, Abdullah bin Mas'ud memasukkan surah Bani Israel (al-Isra'), al-Kahfi, Maryam, Taha dan al-Anbiya' antara surah pilihan zaman awal, dan menyatakan bahawa surah-surah ini antara yang dipelajari serta dihafalnya pada zaman awal.

Riwayat sirah tentang surah ini menjadi sebab Umar memeluk Islam juga sering disebut bersama surah ini. Namun riwayat dalam al-Darimi bahawa Allah membaca Taha dan Yasin sebelum menciptakan langit dan bumi dinilai oleh para ulama hadis sebagai sangat daif, bahkan palsu.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

## Doa daripada Surah Taha

- [Rabbisyrah Li Sadri Surah Taha, ayat 25-28](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbisyrah-li-sadri/)
- [Rabbi Zidni 'Ilma Surah Taha, ayat 114](https://yasinsurah.com/ms/doa/rabbi-zidni-ilma/)

## Soalan lazim tentang Surah Taha

### Berapakah bilangan ayat Surah Taha?

Surah Taha mempunyai 135 ayat.

### Apakah maksud Taha?

Taha bermaksud “Taha”.

### Adakah Surah Taha Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Taha ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-45.

### Surah Taha dalam juzuk berapa?

Surah Taha terdapat dalam juzuk 16.

### Surah Taha ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Taha ialah surah ke-20 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Maryam dan sebelum Surah Al-Anbiya'.

### Bolehkah saya mendengar Surah Taha di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Taha oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

- [Surah sebelumnya 19. Maryam](https://yasinsurah.com/ms/surah-maryam/)
- [Surah seterusnya 21. Al-Anbiya'](https://yasinsurah.com/ms/surah-al-anbiya/)

## Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.

[App Store](https://apps.apple.com/my/app/id6443493408) [Google Play](https://play.google.com/store/apps/details?id=tr.gen.suresi.yasin&hl=ms)
