Hasbunallah wa Ni'mal Wakil
Diucapkan ketika takut dan dalam bahaya. Nabi Ibrahim mengucapkannya ketika dicampakkan ke dalam api, dan Rasulullah mengucapkannya ketika diberitahu bahawa musuh telah berkumpul.
Surah Ali-'Imran, ayat 173
- 173
ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِيمَٰنٗا وَقَالُواْ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِيلُ ﴿١٧٣﴾
Alladziina qaala lahumun naasu innan naasa qad jama'uu lakum fakhsyauhum fazaadahum iimaanaw wa qaaluu hasbunallaahu wa ni'mal wakiil.
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.