Doa untuk ibu dan bapa
Dipanjatkan untuk ibu dan bapa, semasa hidup mahupun selepas meninggal dunia. Doa Rabbanaghfirli juga dibaca dalam solat untuk ibu bapa.
Surah Al-Isra', ayat 24
- 24
وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا ﴿٢٤﴾
Wakhfidh lahumaa janaahadz dzulli minar rahmati wa qur rabbir hamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Surah Ibrahim, ayat 41
- 41
رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ ﴿٤١﴾
Rabbanagh fir lii wa liwaalidayya wa lil mu'miniina yauma yaquumul hisaab.
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.