Surah ke-50 daripada 114 · Juzuk 26
Surah Qaf ق
45 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-34
Surah Qaf diturunkan di Makkah dan mempunyai 45 ayat. Dengan gaya yang berkesan, surah ini menerangkan kebangkitan selepas mati, pencatatan setiap kata manusia serta gambaran kematian, kiamat, syurga dan neraka.
Surah Qaf dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- 1
قٓۚ وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡمَجِيدِ ﴿١﴾
Qaaf, wal qur'aanil majiid.
Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).
- 2
بَلۡ عَجِبُوٓاْ أَن جَآءَهُم مُّنذِرٞ مِّنۡهُمۡ فَقَالَ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا شَيۡءٌ عَجِيبٌ ﴿٢﴾
Bal 'ajibuu an jaa'ahum mundzirum minhum faqaalal kaafiruuna haadzaa syai'un 'ajiib.
(Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: “Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
- 3
أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗاۖ ذَٰلِكَ رَجۡعُۢ بَعِيدٞ ﴿٣﴾
A'idzaa mitnaa wa kunnaa turaaban dzaalika raj'um ba'iid.
“Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)”.
- 4
قَدۡ عَلِمۡنَا مَا تَنقُصُ ٱلۡأَرۡضُ مِنۡهُمۡۖ وَعِندَنَا كِتَٰبٌ حَفِيظُۢ ﴿٤﴾
Qad 'alimnaa maa tanqushul ardhu minhum wa 'indanaa kitaabun hafiizh.
(Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catitan segala perkara yang berlaku).
- 5
بَلۡ كَذَّبُواْ بِٱلۡحَقِّ لَمَّا جَآءَهُمۡ فَهُمۡ فِيٓ أَمۡرٖ مَّرِيجٍ ﴿٥﴾
Bal kadzdzabuu bil haqqi lammaa jaa'ahum fahum fii amrim mariij.
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.
- 6
أَفَلَمۡ يَنظُرُوٓاْ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَوۡقَهُمۡ كَيۡفَ بَنَيۡنَٰهَا وَزَيَّنَّٰهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٖ ﴿٦﴾
Afalam yanzhuruu ilas samaa'i fauqahum kaifa banainaahaa wa zayyannaahaa wa maa lahaa min furuuj.
(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? -
- 7
وَٱلۡأَرۡضَ مَدَدۡنَٰهَا وَأَلۡقَيۡنَا فِيهَا رَوَٰسِيَ وَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجِۭ بَهِيجٖ ﴿٧﴾
Wal ardha madadnaahaa wa alqainaa fiihaa rawaasiya wa ambatnaa fiihaa min kulli zaujim bahiij.
Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?
- 8
تَبۡصِرَةٗ وَذِكۡرَىٰ لِكُلِّ عَبۡدٖ مُّنِيبٖ ﴿٨﴾
Tabshirataw wa dzikraa likulli 'abdim muniib.
(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).
- 9
وَنَزَّلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ مُّبَٰرَكٗا فَأَنۢبَتۡنَا بِهِۦ جَنَّٰتٖ وَحَبَّ ٱلۡحَصِيدِ ﴿٩﴾
Wa nazzalnaa minas samaa'i maa'am mubaarakan fa ambatnaa bihii jannaatiw wa habbal hashiid.
Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;
- 10
وَٱلنَّخۡلَ بَاسِقَٰتٖ لَّهَا طَلۡعٞ نَّضِيدٞ ﴿١٠﴾
Wan nakhla baasiqaatil lahaa thal'un nadhiid.
Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya;
- 11
رِّزۡقٗا لِّلۡعِبَادِۖ وَأَحۡيَيۡنَا بِهِۦ بَلۡدَةٗ مَّيۡتٗاۚ كَذَٰلِكَ ٱلۡخُرُوجُ ﴿١١﴾
Rizqal lil 'ibaadi wa ahyainaa bihii baldatam maitan kadzaalikal khuruuj.
(Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).
- 12
كَذَّبَتۡ قَبۡلَهُمۡ قَوۡمُ نُوحٖ وَأَصۡحَٰبُ ٱلرَّسِّ وَثَمُودُ ﴿١٢﴾
Kadzdzabat qablahum qaumu nuuhiw wa ashhaabur rassi wa tsamuud.
Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan “Ashaabur-Rassi” serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing,
- 13
وَعَادٞ وَفِرۡعَوۡنُ وَإِخۡوَٰنُ لُوطٖ ﴿١٣﴾
Wa 'aaduw wa fir'aunu wa ikhwaanu luuth.
Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut,
- 14
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡأَيۡكَةِ وَقَوۡمُ تُبَّعٖۚ كُلّٞ كَذَّبَ ٱلرُّسُلَ فَحَقَّ وَعِيدِ ﴿١٤﴾
Wa ashhaabul aikati wa qaumu tubba'in kullun kadzdzabar rusula fahaqqa wa 'iid.
Dan juga penduduk “Aikah”, serta kaum “Tubba' ”; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadanya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.
- 15
أَفَعَيِينَا بِٱلۡخَلۡقِ ٱلۡأَوَّلِۚ بَلۡ هُمۡ فِي لَبۡسٖ مِّنۡ خَلۡقٖ جَدِيدٖ ﴿١٥﴾
Afa'ayiinaa bil khalqil awwali bal hum fii labsim min khalqin jadiid.
(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baharu.
- 16
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُۥۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ ﴿١٦﴾
Wa laqad khalaqnal insaana wa na'lamu maa tuwaswisu bihii nafsuhuu wa nahnu aqrabu ilaihi min hablil wariid.
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
- 17
إِذۡ يَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّيَانِ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِيدٞ ﴿١٧﴾
Idz yatalaqqal mutalaqqiyaani 'anil yamiini wa 'anisy syimaali qa'iid.
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
- 18
مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ﴿١٨﴾
Maa yalfizhu min qaulin illaa ladaihi raqiibun 'atiid.
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
- 19
وَجَآءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَٰلِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِيدُ ﴿١٩﴾
Wa jaa'at sakratul mauti bil haqqi dzaalika maa kunta minhu tahiid.
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratulmuat” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!”
- 20
وَنُفِخَ فِي ٱلصُّورِۚ ذَٰلِكَ يَوۡمُ ٱلۡوَعِيدِ ﴿٢٠﴾
Wa nufikha fish shuuri dzaalika yaumul wa'iid.
Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
- 21
وَجَآءَتۡ كُلُّ نَفۡسٖ مَّعَهَا سَآئِقٞ وَشَهِيدٞ ﴿٢١﴾
Wa jaa'at kullu nafsim ma'ahaa saa'iquw wa syahiid.
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
- 22
لَّقَدۡ كُنتَ فِي غَفۡلَةٖ مِّنۡ هَٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٞ ﴿٢٢﴾
Laqad kunta fii ghaflatim min haadzaa fakasyafnaa 'anka ghithaa'aka fabasharukal yauma hadiid.
(Serta dikatakan kepadanya): “Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”.
- 23
وَقَالَ قَرِينُهُۥ هَٰذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ ﴿٢٣﴾
Wa qaala qariinuhuu haadzaa maa ladayya 'atiid.
Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: “Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)”.
- 24
أَلۡقِيَا فِي جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٖ ﴿٢٤﴾
Alqiyaa fii jahannama kulla kaffaarin 'aniid.
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): “Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; -
- 25
مَّنَّاعٖ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٖ مُّرِيبٍ ﴿٢٥﴾
Mannaa'il lil khairi mu'tadim muriib.
“Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum ugama, lagi yang meragukan kebenaran,
- 26
ٱلَّذِي جَعَلَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ فَأَلۡقِيَاهُ فِي ٱلۡعَذَابِ ٱلشَّدِيدِ ﴿٢٦﴾
Alladzii ja'ala ma'allaahi ilaahan aakhara fa alqiyaahu fil 'adzaabisy syadiid.
“Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya”.
- 27
۞ قَالَ قَرِينُهُۥ رَبَّنَا مَآ أَطۡغَيۡتُهُۥ وَلَٰكِن كَانَ فِي ضَلَٰلِۭ بَعِيدٖ ﴿٢٧﴾
Qaala qariinuhuu rabbanaa maa athghaituhuu wa laakin kaana fii dhalaalim ba'iid.
(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong”.
- 28
قَالَ لَا تَخۡتَصِمُواْ لَدَيَّ وَقَدۡ قَدَّمۡتُ إِلَيۡكُم بِٱلۡوَعِيدِ ﴿٢٨﴾
Qaala laa takhtashimuu ladayya wa qad qaddamtu ilaikum bil wa'iid.
Allah berfirman: “Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).
- 29
مَا يُبَدَّلُ ٱلۡقَوۡلُ لَدَيَّ وَمَآ أَنَا۠ بِظَلَّٰمٖ لِّلۡعَبِيدِ ﴿٢٩﴾
Maa yubaddalul qaulu ladayya wa maa ana bizhallaamil lil 'abiid.
“KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu”.
- 30
يَوۡمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ ٱمۡتَلَأۡتِ وَتَقُولُ هَلۡ مِن مَّزِيدٖ ﴿٣٠﴾
Yauma naquulu lijahannama halim tala'ti wa taquulu hal mim maziid.
(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: “Adakah engkau sudah penuh?” Ia menjawab: “Adakah lagi sebarang tambahan?”
- 31
وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ غَيۡرَ بَعِيدٍ ﴿٣١﴾
Wa uzlifatil jannatu lil muttaqiina ghaira ba'iid.
Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
- 32
هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٖ ﴿٣٢﴾
Haadzaa maa tuu'aduuna likulli awwaabin hafiizh.
(Serta dikatakan kepada mereka): “Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);
- 33
مَّنۡ خَشِيَ ٱلرَّحۡمَٰنَ بِٱلۡغَيۡبِ وَجَآءَ بِقَلۡبٖ مُّنِيبٍ ﴿٣٣﴾
Man khasyiyar rahmaana bil ghaibi wa jaa'a biqalbim muniib.
“(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat”.
- 34
ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَٰمٖۖ ذَٰلِكَ يَوۡمُ ٱلۡخُلُودِ ﴿٣٤﴾
Udkhuluuhaa bisalaamin dzaalika yaumul khuluud.
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): “Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal”.
- 35
لَهُم مَّا يَشَآءُونَ فِيهَا وَلَدَيۡنَا مَزِيدٞ ﴿٣٥﴾
Lahum maa yasyaa'uuna fiihaa wa ladainaa maziid.
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
- 36
وَكَمۡ أَهۡلَكۡنَا قَبۡلَهُم مِّن قَرۡنٍ هُمۡ أَشَدُّ مِنۡهُم بَطۡشٗا فَنَقَّبُواْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ هَلۡ مِن مَّحِيصٍ ﴿٣٦﴾
Wa kam ahlaknaa qablahum min qarnin hum asyaddu minhum bathsyan fanaqqabuu fil bilaadi hal mim mahiish.
Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?
- 37
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكۡرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلۡبٌ أَوۡ أَلۡقَى ٱلسَّمۡعَ وَهُوَ شَهِيدٞ ﴿٣٧﴾
Inna fii dzaalika ladzikraa liman kaana lahuu qalbun au alqas sam'a wa huwa syahiid.
Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
- 38
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ وَمَا مَسَّنَا مِن لُّغُوبٖ ﴿٣٨﴾
Wa laqad khalaqnas samaawaati wal ardha wa maa bainahumaa fii sittati ayyaamiw wa maa massanaa mil lughuub.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
- 39
فَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ قَبۡلَ طُلُوعِ ٱلشَّمۡسِ وَقَبۡلَ ٱلۡغُرُوبِ ﴿٣٩﴾
Fashbir 'alaa maa yaquuluuna wa sabbih bihamdi rabbika qabla thuluu'isy syamsi wa qablal ghuruub.
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
- 40
وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَسَبِّحۡهُ وَأَدۡبَٰرَ ٱلسُّجُودِ ﴿٤٠﴾
Wa minal laili fasabbihhu wa adbaaras sujuud.
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.
- 41
وَٱسۡتَمِعۡ يَوۡمَ يُنَادِ ٱلۡمُنَادِ مِن مَّكَانٖ قَرِيبٖ ﴿٤١﴾
Wastami' yauma yunaadil munaadi mim makaanin qariib.
Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),
- 42
يَوۡمَ يَسۡمَعُونَ ٱلصَّيۡحَةَ بِٱلۡحَقِّۚ ذَٰلِكَ يَوۡمُ ٱلۡخُرُوجِ ﴿٤٢﴾
Yauma yasma'uunash shaihata bil haqqi dzaalika yaumul khuruuj.
Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.
- 43
إِنَّا نَحۡنُ نُحۡيِۦ وَنُمِيتُ وَإِلَيۡنَا ٱلۡمَصِيرُ ﴿٤٣﴾
Innaa nahnu nuhyii wa numiitu wa ilainal mashiir.
Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
- 44
يَوۡمَ تَشَقَّقُ ٱلۡأَرۡضُ عَنۡهُمۡ سِرَاعٗاۚ ذَٰلِكَ حَشۡرٌ عَلَيۡنَا يَسِيرٞ ﴿٤٤﴾
Yauma tasyaqqaqul ardhu 'anhum siraa'an dzaalika hasyrun 'alainaa yasiir.
Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.
- 45
نَّحۡنُ أَعۡلَمُ بِمَا يَقُولُونَۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيۡهِم بِجَبَّارٖۖ فَذَكِّرۡ بِٱلۡقُرۡءَانِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ ﴿٤٥﴾
Nahnu a'lamu bimaa yaquuluuna wa maa anta 'alaihim bijabbaarin fadzakkir bil qur'aani may yakhaafu wa'iid.
Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
Dengar bacaan Surah Qaf
Fakta ringkas
- Kedudukan dalam mushaf:
- 50 daripada 114
- Maksud nama:
- Qaf
- Bilangan ayat:
- 45
- Diturunkan di:
- Makkah
- Urutan penurunan:
- 34
- Juzuk:
- 26
Mengenai Surah Qaf
Nama surah diambil daripada huruf "Qaf" pada permulaan ayat pertama, yang termasuk huruf muqatta'ah. Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 45 ayat. Surah ini berada pada urutan 50 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 26; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-34.
Ayat 16 yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat kepada manusia daripada urat lehernya dan ayat 17-18 tentang dua malaikat yang mencatat setiap kata dari mulut manusia terdapat dalam surah ini. Sebahagian ulama mengatakan bahagian "mufassal", yang membentuk bahagian akhir mushaf dan terdiri daripada surah yang agak pendek, bermula dengan surah ini. Surah ini dikenali sebagai surah yang kerap dibaca Nabi dalam khutbah Jumaat.
Latar belakang penurunan Surah Qaf
Surah ini diturunkan pada tahun-tahun awal zaman Makkah ketika orang musyrik hairan dengan kemunculan pemberi peringatan daripada kalangan mereka dan mengingkari kebangkitan selepas mati dengan berkata, "Adakah setelah kami mati dan menjadi tanah, kami akan dibangkitkan semula? Itu suatu pengembalian yang jauh daripada akal". Oleh itu, tema utama surah ialah kemungkinan dan kepastian kebangkitan.
Tiada sebab penurunan khusus surah yang diketahui dan diterima secara meluas dalam sumber-sumber. Pembacaan surah ini dengan kerap oleh Nabi dalam khutbah dan solat di Madinah juga menunjukkan bahawa seruannya sentiasa diingatkan kepada orang beriman.
Kandungan Surah Qaf
Surah ini bermula dengan sumpah demi al-Quran yang mulia dan menyampaikan kehairanan orang musyrik tentang pemberi peringatan daripada kalangan mereka serta kebangkitan selepas mati. Ditegaskan bahawa Allah mengetahui apa yang bumi kurangkan daripada orang mati. Struktur langit, hamparan bumi, gunung, air berkat yang turun dari langit, kebun dan pohon kurma tinggi ditunjukkan sebagai bukti kebangkitan. Diingatkan kesudahan kaum pendusta seperti kaum Nuh, penduduk Rass, Thamud, 'Ad, Firaun, kaum Lut, penduduk Aikah dan kaum Tubba'.
Dinyatakan bahawa Allah menciptakan manusia, mengetahui bisikan jiwanya dan lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Digambarkan pencatatan perkataan, sakaratul maut, tiupan sangkakala dan setiap jiwa datang bersama pengiring serta saksi. Diterangkan neraka akan ditanya "Adakah engkau sudah penuh?" dan menjawab "Adakah lagi?". Dijelaskan bahawa syurga didekatkan kepada orang bertakwa. Surah menasihati Nabi supaya bersabar dan bertasbih, lalu berakhir dengan perintah menasihati mereka yang takut kepada ancaman Allah melalui al-Quran.
Kelebihan Surah Qaf
Dalam riwayat Muslim, Ummu Hisyam binti Harithah menceritakan beliau menghafal surah Qaf melalui bacaan Nabi setiap Jumaat ketika berkhutbah di mimbar. Menurut riwayat lain dalam Muslim, Nabi membaca surah Qaf dan al-Qamar (Iqtarabatis-sa'ah) dalam solat hari raya, dan pernah membaca surah ini dalam solat Subuh.
Riwayat sahih ini menunjukkan bahawa Nabi kerap membaca surah ini sebagai nasihat dalam khutbah dan solat.
Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.
Soalan lazim tentang Surah Qaf
Berapakah bilangan ayat Surah Qaf?
Surah Qaf mempunyai 45 ayat.
Apakah maksud Qaf?
Qaf bermaksud “Qaf”.
Adakah Surah Qaf Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Qaf ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-34.
Surah Qaf dalam juzuk berapa?
Surah Qaf terdapat dalam juzuk 26.
Surah Qaf ialah surah ke berapa dalam al-Quran?
Surah Qaf ialah surah ke-50 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Hujurat dan sebelum Surah Az-Zariyat.
Bolehkah saya mendengar Surah Qaf di sini?
Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Qaf oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.