Surah Yasin

Al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas

Dibaca tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang; menurut hadis, surah-surah ini memadai untuk melindungi daripada segala sesuatu. Ketika hendak tidur, surah-surah ini dibaca, ditiup ke telapak tangan, lalu badan disapu dengannya; ini dilakukan tiga kali. Juga dibaca selepas setiap solat; bilangannya tidak disebutkan.

Surah Al-Ikhlas, ayat 1-4

  1. 1

    قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾

    Qul huwallaahu ahad.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

  2. 2

    ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴿٢﴾

    Allaahush shamad.

    “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

  3. 3

    لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴿٣﴾

    Lam yalid wa lam yuulad.

    “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

  4. 4

    وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ﴿٤﴾

    Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad.

    “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Baca dalam Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Falaq, ayat 1-5

  1. 1

    قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ﴿١﴾

    Qul a'uudzu birabbil falaq.

    Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

  2. 2

    مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾

    Min syarri maa khalaq.

    “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

  3. 3

    وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾

    Wa min syarri ghaasiqin idzaa waqab.

    “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

  4. 4

    وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ﴿٤﴾

    Wa min syarrin naffaatsaati fil 'uqad.

    “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

  5. 5

    وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ﴿٥﴾

    Wa min syarri haasidin idzaa hasad.

    “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Baca dalam Surah Al-Falaq

Surah An-Nas, ayat 1-6

  1. 1

    قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ﴿١﴾

    Qul a'uudzu birabbin naas.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

  2. 2

    مَلِكِ ٱلنَّاسِ ﴿٢﴾

    Malikin naas.

    “Yang Menguasai sekalian manusia,

  3. 3

    إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ﴿٣﴾

    Ilaahin naas.

    “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

  4. 4

    مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ﴿٤﴾

    Min syarril waswaasil khannaas.

    “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -

  5. 5

    ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ﴿٥﴾

    Alladzii yuwaswisu fii shuduurin naas.

    “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

  6. 6

    مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ﴿٦﴾

    Minal jinnati wan naas.

    “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Baca dalam Surah An-Nas

Dibaca 3 kali.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.