Surah Yasin

Ketika bangun dari majlis

Diucapkan ketika bangun dari sesuatu majlis. Menurut hadis, ucapan ini menjadi kafarah bagi kesalahan yang dilakukan dalam majlis tersebut.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhaanakallaahumma wa bihamdik, asyhadu al laa ilaaha illaa ant, astaghfiruka wa atuubu ilaik.

Maha Suci Engkau, ya Allah, dan dengan memuji-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

Sumber: Tirmizi, Kitab Da'awat (3433, hasan sahih gharib); riwayat Abu Hurairah. Abu Daud, Kitab Adab (4859); riwayat Abu Barzah al-Aslami

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.