Surah Yasin

Surah ke-15 daripada 114 · Juzuk 14

Surah Al-Hijr الحجر

99 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-54

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Hijr diturunkan di Makkah dan mempunyai 99 ayat. Surah ini menyatakan bahawa al-Quran dipelihara Allah; memberikan peringatan kepada orang kafir melalui kisah Nabi Adam dan Iblis serta kesudahan kaum yang dibinasakan, dan menyeru Nabi supaya bersabar.

Surah Al-Hijr dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    الٓرۚ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ وَقُرۡءَانٖ مُّبِينٖ ﴿١﴾

    Alif laam raa, tilka aayaatul kitaabi wa qur'aanim mubiin.

    Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.

  2. 2

    رُّبَمَا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوۡ كَانُواْ مُسۡلِمِينَ ﴿٢﴾

    Rubamaa yawaddul ladziina kafaruu lau kaanuu muslimiin.

    Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.

  3. 3

    ذَرۡهُمۡ يَأۡكُلُواْ وَيَتَمَتَّعُواْ وَيُلۡهِهِمُ ٱلۡأَمَلُۖ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ﴿٣﴾

    Dzarhum ya'kuluu wa yatamatta'uu wa yulhihimul amalu fasaufa ya'lamuun.

    Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).

  4. 4

    وَمَآ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ إِلَّا وَلَهَا كِتَابٞ مَّعۡلُومٞ ﴿٤﴾

    Wa maa ahlaknaa min qaryatin illaa wa lahaa kitaabum ma'luum.

    Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.

  5. 5

    مَّا تَسۡبِقُ مِنۡ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ ﴿٥﴾

    Maa tasbiqu min ummatin ajalahaa wa maa yasta'khiruun.

    Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.

  6. 6

    وَقَالُواْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِي نُزِّلَ عَلَيۡهِ ٱلذِّكۡرُ إِنَّكَ لَمَجۡنُونٞ ﴿٦﴾

    Wa qaaluu yaa ayyuhal ladzii nuzzila 'alaihidz dzikru innaka lamajnuun.

    Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): “Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila”.

  7. 7

    لَّوۡمَا تَأۡتِينَا بِٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ﴿٧﴾

    Laumaa ta'tiinaa bil malaa'ikati in kunta minash shaadiqiin.

    “Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!”

  8. 8

    مَا نُنَزِّلُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَمَا كَانُوٓاْ إِذٗا مُّنظَرِينَ ﴿٨﴾

    Maa nunazzilul malaa'ikata illaa bil haqqi wa maa kaanuu idzam munzhariin.

    Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.

  9. 9

    إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ ﴿٩﴾

    Innaa nahnu nazzalnadz dzikra wa innaa lahuu lahaafizhuun.

    Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

  10. 10

    وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ فِي شِيَعِ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٠﴾

    Wa laqad arsalnaa min qablika fii syiya'il awwaliin.

    Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.

  11. 11

    وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ﴿١١﴾

    Wa maa ya'tiihim mir rasuulin illaa kaanuu bihii yastahzi'uun.

    Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.

  12. 12

    كَذَٰلِكَ نَسۡلُكُهُۥ فِي قُلُوبِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ﴿١٢﴾

    Kadzaalika naslukuhuu fii quluubil mujrimiin.

    (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).

  13. 13

    لَا يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَقَدۡ خَلَتۡ سُنَّةُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٣﴾

    Laa yu'minuuna bihii wa qad khalat sunnatul awwaliin.

    Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).

  14. 14

    وَلَوۡ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَابٗا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فَظَلُّواْ فِيهِ يَعۡرُجُونَ ﴿١٤﴾

    Wa lau fatahnaa 'alaihim baabam minas samaa'i fazhalluu fiihi ya'rujuun.

    Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):

  15. 15

    لَقَالُوٓاْ إِنَّمَا سُكِّرَتۡ أَبۡصَٰرُنَا بَلۡ نَحۡنُ قَوۡمٞ مَّسۡحُورُونَ ﴿١٥﴾

    Laqaaluu innamaa sukkirat abshaarunaa bal nahnu qaumum mashuuruun.

    Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”.

  16. 16

    وَلَقَدۡ جَعَلۡنَا فِي ٱلسَّمَآءِ بُرُوجٗا وَزَيَّنَّٰهَا لِلنَّٰظِرِينَ ﴿١٦﴾

    Wa laqad ja'alnaa fis samaa'i buruujaw wa zayyannaahaa lin naazhiriin.

    Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.

  17. 17

    وَحَفِظۡنَٰهَا مِن كُلِّ شَيۡطَٰنٖ رَّجِيمٍ ﴿١٧﴾

    Wa hafizhnaahaa min kulli syaithaanir rajiim.

    Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.

  18. 18

    إِلَّا مَنِ ٱسۡتَرَقَ ٱلسَّمۡعَ فَأَتۡبَعَهُۥ شِهَابٞ مُّبِينٞ ﴿١٨﴾

    Illaa manis taraqas sam'a fa atba'ahuu syihaabum mubiin.

    Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.

  19. 19

    وَٱلۡأَرۡضَ مَدَدۡنَٰهَا وَأَلۡقَيۡنَا فِيهَا رَوَٰسِيَ وَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ شَيۡءٖ مَّوۡزُونٖ ﴿١٩﴾

    Wal ardha madadnaahaa wa alqainaa fiihaa rawaasiya wa ambatnaa fiihaa min kulli syai'im mauzuun.

    Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.

  20. 20

    وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيهَا مَعَٰيِشَ وَمَن لَّسۡتُمۡ لَهُۥ بِرَٰزِقِينَ ﴿٢٠﴾

    Wa ja'alnaa lakum fiihaa ma'aayisya wa mal lastum lahuu biraaziqiin.

    Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.

  21. 21

    وَإِن مِّن شَيۡءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَآئِنُهُۥ وَمَا نُنَزِّلُهُۥٓ إِلَّا بِقَدَرٖ مَّعۡلُومٖ ﴿٢١﴾

    Wa im min syai'in illaa 'indanaa khazaa'inuhuu wa maa nunazziluhuu illaa biqadarim ma'luum.

    Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.

  22. 22

    وَأَرۡسَلۡنَا ٱلرِّيَٰحَ لَوَٰقِحَ فَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَسۡقَيۡنَٰكُمُوهُ وَمَآ أَنتُمۡ لَهُۥ بِخَٰزِنِينَ ﴿٢٢﴾

    Wa arsalnar riyaaha lawaaqiha fa anzalnaa minas samaa'i maa'an fa asqainaakumuuhu wa maa antum lahuu bikhaaziniin.

    Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.

  23. 23

    وَإِنَّا لَنَحۡنُ نُحۡيِۦ وَنُمِيتُ وَنَحۡنُ ٱلۡوَٰرِثُونَ ﴿٢٣﴾

    Wa innaa lanahnu nuhyii wa numiitu wa nahnul waaritsuun.

    Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.

  24. 24

    وَلَقَدۡ عَلِمۡنَا ٱلۡمُسۡتَقۡدِمِينَ مِنكُمۡ وَلَقَدۡ عَلِمۡنَا ٱلۡمُسۡتَـٔۡخِرِينَ ﴿٢٤﴾

    Wa laqad 'alimnal mustaqdimiina minkum wa laqad 'alimnal musta'khiriin.

    Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu, dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat.

  25. 25

    وَإِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَحۡشُرُهُمۡۚ إِنَّهُۥ حَكِيمٌ عَلِيمٞ ﴿٢٥﴾

    Wa inna rabbaka huwa yahsyuruhum innahuu hakiimun 'aliim.

    Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menghimpunkan mereka semuanya; sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

  26. 26

    وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِن صَلۡصَٰلٖ مِّنۡ حَمَإٖ مَّسۡنُونٖ ﴿٢٦﴾

    Wa laqad khalaqnal insaana min shalshaalim min hama'im masnuun.

    Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

  27. 27

    وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَٰهُ مِن قَبۡلُ مِن نَّارِ ٱلسَّمُومِ ﴿٢٧﴾

    Wal jaanna khalaqnaahu min qablu min naaris samuum.

    Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

  28. 28

    وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي خَٰلِقُۢ بَشَرٗا مِّن صَلۡصَٰلٖ مِّنۡ حَمَإٖ مَّسۡنُونٖ ﴿٢٨﴾

    Wa idz qaala rabbuka lil malaa'ikati innii khaaliqum basyaram min shalshaalim min hama'im masnuun.

    Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

  29. 29

    فَإِذَا سَوَّيۡتُهُۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُۥ سَٰجِدِينَ ﴿٢٩﴾

    Fa idzaa sawwaituhuu wa nafakhtu fiihi mir ruuhii faqa'uu lahuu saajidiin.

    “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

  30. 30

    فَسَجَدَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ كُلُّهُمۡ أَجۡمَعُونَ ﴿٣٠﴾

    Fasajadal malaa'ikatu kulluhum ajma'uun.

    (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -

  31. 31

    إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰٓ أَن يَكُونَ مَعَ ٱلسَّٰجِدِينَ ﴿٣١﴾

    Illaa ibliisa abaa ay yakuuna ma'as saajidiin.

    Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.

  32. 32

    قَالَ يَٰٓإِبۡلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ ٱلسَّٰجِدِينَ ﴿٣٢﴾

    Qaala yaa ibliisu maa laka allaa takuuna ma'as saajidiin.

    Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”.

  33. 33

    قَالَ لَمۡ أَكُن لِّأَسۡجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقۡتَهُۥ مِن صَلۡصَٰلٖ مِّنۡ حَمَإٖ مَّسۡنُونٖ ﴿٣٣﴾

    Qaala lam akul li'asjuda libasyarin khalaqtahuu min shalshaalim min hama'im masnuun.

    Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya”.

  34. 34

    قَالَ فَٱخۡرُجۡ مِنۡهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٞ ﴿٣٤﴾

    Qaala fakhruj minhaa fa innaka rajiim.

    Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.

  35. 35

    وَإِنَّ عَلَيۡكَ ٱللَّعۡنَةَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴿٣٥﴾

    Wa inna 'alaikal la'nata ilaa yaumid diin.

    “Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat”.

  36. 36

    قَالَ رَبِّ فَأَنظِرۡنِيٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ ﴿٣٦﴾

    Qaala rabbi fa anzhirnii ilaa yaumi yub'atsuun.

    Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”.

  37. 37

    قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ ﴿٣٧﴾

    Qaala fa innaka minal munzhariin.

    Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.

  38. 38

    إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡوَقۡتِ ٱلۡمَعۡلُومِ ﴿٣٨﴾

    Ilaa yaumil waqtil ma'luum.

    “Hingga ke hari - masa yang termaklum”.

  39. 39

    قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِيَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٣٩﴾

    Qaala rabbi bimaa aghwaitanii la'uzayyinanna lahum fil ardhi wa la'ughwiyannahum ajma'iin.

    Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

  40. 40

    إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡهُمُ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿٤٠﴾

    Illaa 'ibaadaka minhumul mukhlashiin.

    “Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.

  41. 41

    قَالَ هَٰذَا صِرَٰطٌ عَلَيَّ مُسۡتَقِيمٌ ﴿٤١﴾

    Qaala haadzaa shiraathun 'alayya mustaqiim.

    Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

  42. 42

    إِنَّ عِبَادِي لَيۡسَ لَكَ عَلَيۡهِمۡ سُلۡطَٰنٌ إِلَّا مَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ﴿٤٢﴾

    Inna 'ibaadii laisa laka 'alaihim sulthaanun illaa manit taba'aka minal ghaawiin.

    “Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

  43. 43

    وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوۡعِدُهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٤٣﴾

    Wa inna jahannama lamau'iduhum ajma'iin.

    “Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).

  44. 44

    لَهَا سَبۡعَةُ أَبۡوَٰبٖ لِّكُلِّ بَابٖ مِّنۡهُمۡ جُزۡءٞ مَّقۡسُومٌ ﴿٤٤﴾

    Lahaa sab'atu abwaabil likulli baabim minhum juz'um maqsuum.

    “Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)”.

  45. 45

    إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي جَنَّٰتٖ وَعُيُونٍ ﴿٤٥﴾

    Innal muttaqiina fii jannaatiw wa 'uyuun.

    Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.

  46. 46

    ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَٰمٍ ءَامِنِينَ ﴿٤٦﴾

    Udkhuluuhaa bisalaamin aaminiin.

    (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): “Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman”.

  47. 47

    وَنَزَعۡنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ إِخۡوَٰنًا عَلَىٰ سُرُرٖ مُّتَقَٰبِلِينَ ﴿٤٧﴾

    Wa naza'naa maa fii shuduurihim min ghillin ikhwaanan 'alaa sururim mutaqaabiliin.

    Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

  48. 48

    لَا يَمَسُّهُمۡ فِيهَا نَصَبٞ وَمَا هُم مِّنۡهَا بِمُخۡرَجِينَ ﴿٤٨﴾

    Laa yamassuhum fiihaa nashabuw wa maa hum minhaa bimukhrajiin.

    Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.

  49. 49

    ۞ نَبِّئۡ عِبَادِيٓ أَنِّيٓ أَنَا ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٤٩﴾

    Nabbi' 'ibaadii annii anal ghafuurur rahiim.

    Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).

  50. 50

    وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ ٱلۡعَذَابُ ٱلۡأَلِيمُ ﴿٥٠﴾

    Wa anna 'adzaabii huwal 'adzaabul aliim.

    Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).

  51. 51

    وَنَبِّئۡهُمۡ عَن ضَيۡفِ إِبۡرَٰهِيمَ ﴿٥١﴾

    Wa nabbi'hum 'an dhaifi ibraahiim.

    Dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.

  52. 52

    إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَٰمٗا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ ﴿٥٢﴾

    Idz dakhaluu 'alaihi faqaaluu salaaman qaala innaa minkum wajiluun.

    Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Selamat sejahtera kepadamu!” Ia berkata: “Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu”.

  53. 53

    قَالُواْ لَا تَوۡجَلۡ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَٰمٍ عَلِيمٖ ﴿٥٣﴾

    Qaaluu laa taujal innaa nubasysyiruka bighulaamin 'aliim.

    Mereka menjawab: “Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu”.

  54. 54

    قَالَ أَبَشَّرۡتُمُونِي عَلَىٰٓ أَن مَّسَّنِيَ ٱلۡكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ ﴿٥٤﴾

    Qaala abasysyartumuunii 'alaa am massaniyal kibaru fabima tubasysyiruun.

    Nabi Ibrahim berkata: “Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?”

  55. 55

    قَالُواْ بَشَّرۡنَٰكَ بِٱلۡحَقِّ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡقَٰنِطِينَ ﴿٥٥﴾

    Qaaluu basysyarnaaka bil haqqi falaa takum minal qaanithiin.

    Mereka menjawab: “Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa”.

  56. 56

    قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ ﴿٥٦﴾

    Qaala wa may yaqnathu mir rahmati rabbihii illadh dhaalluun.

    Nabi Ibrahim berkata: “Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”.

  57. 57

    قَالَ فَمَا خَطۡبُكُمۡ أَيُّهَا ٱلۡمُرۡسَلُونَ ﴿٥٧﴾

    Qaala famaa khathbukum ayyuhal mursaluun.

    Nabi Ibrahim bertanya pula: “Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?”

  58. 58

    قَالُوٓاْ إِنَّآ أُرۡسِلۡنَآ إِلَىٰ قَوۡمٖ مُّجۡرِمِينَ ﴿٥٨﴾

    Qaaluu innaa ursilnaa ilaa qaumim mujrimiin.

    Mereka menjawab: “Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka)”.

  59. 59

    إِلَّآ ءَالَ لُوطٍ إِنَّا لَمُنَجُّوهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٥٩﴾

    Illaa aala luuthin innaa lamunajjuuhum ajma'iin.

    “Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, -

  60. 60

    إِلَّا ٱمۡرَأَتَهُۥ قَدَّرۡنَآ إِنَّهَا لَمِنَ ٱلۡغَٰبِرِينَ ﴿٦٠﴾

    Illam ra'atahuu qaddarnaa innahaa laminal ghaabiriin.

    “Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)”.

  61. 61

    فَلَمَّا جَآءَ ءَالَ لُوطٍ ٱلۡمُرۡسَلُونَ ﴿٦١﴾

    Falammaa jaa'a aala luuthinil mursaluun.

    Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,

  62. 62

    قَالَ إِنَّكُمۡ قَوۡمٞ مُّنكَرُونَ ﴿٦٢﴾

    Qaala innakum qaumum munkaruun.

    Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”.

  63. 63

    قَالُواْ بَلۡ جِئۡنَٰكَ بِمَا كَانُواْ فِيهِ يَمۡتَرُونَ ﴿٦٣﴾

    Qaaluu bal ji'naaka bimaa kaanuu fiihi yamtaruun.

    Mereka menjawab: “(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.

  64. 64

    وَأَتَيۡنَٰكَ بِٱلۡحَقِّ وَإِنَّا لَصَٰدِقُونَ ﴿٦٤﴾

    Wa atainaaka bil haqqi wa innaa lashaadiquun.

    “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar”.

  65. 65

    فَأَسۡرِ بِأَهۡلِكَ بِقِطۡعٖ مِّنَ ٱلَّيۡلِ وَٱتَّبِعۡ أَدۡبَٰرَهُمۡ وَلَا يَلۡتَفِتۡ مِنكُمۡ أَحَدٞ وَٱمۡضُواْ حَيۡثُ تُؤۡمَرُونَ ﴿٦٥﴾

    Fa asri bi'ahlika biqith'im minal laili wattabi' adbaarahum wa laa yaltafit minkum ahaduw wamdhuu haitsu tu'maruun.

    “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”.

  66. 66

    وَقَضَيۡنَآ إِلَيۡهِ ذَٰلِكَ ٱلۡأَمۡرَ أَنَّ دَابِرَ هَٰٓؤُلَآءِ مَقۡطُوعٞ مُّصۡبِحِينَ ﴿٦٦﴾

    Wa qadhainaa ilaihi dzaalikal amra anna daabira haa'ulaa'i maqthuu'um mushbihiin.

    Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.

  67. 67

    وَجَآءَ أَهۡلُ ٱلۡمَدِينَةِ يَسۡتَبۡشِرُونَ ﴿٦٧﴾

    Wa jaa'a ahlul madiinati yastabsyiruun.

    Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.

  68. 68

    قَالَ إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ ضَيۡفِي فَلَا تَفۡضَحُونِ ﴿٦٨﴾

    Qaala inna haa'ulaa'i dhaifii falaa tafdhahuun.

    Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku”.

  69. 69

    وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُخۡزُونِ ﴿٦٩﴾

    Wattaqullaaha wa laa tukhzuun.

    “Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku”.

  70. 70

    قَالُوٓاْ أَوَلَمۡ نَنۡهَكَ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٧٠﴾

    Qaaluu awalam nanhaka 'anil 'aalamiin.

    Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?”

  71. 71

    قَالَ هَٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِيٓ إِن كُنتُمۡ فَٰعِلِينَ ﴿٧١﴾

    Qaala haa'ulaa'i banaatii in kuntum faa'iliin.

    Nabi Lut berkata: “Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).

  72. 72

    لَعَمۡرُكَ إِنَّهُمۡ لَفِي سَكۡرَتِهِمۡ يَعۡمَهُونَ ﴿٧٢﴾

    La'amruka innahum lafii sakratihim ya'mahuun.

    Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.

  73. 73

    فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّيۡحَةُ مُشۡرِقِينَ ﴿٧٣﴾

    Fa akhadzathumush shaihatu musyriqiin.

    Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.

  74. 74

    فَجَعَلۡنَا عَٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِمۡ حِجَارَةٗ مِّن سِجِّيلٍ ﴿٧٤﴾

    Faja'alnaa 'aaliyahaa saafilahaa wa amtharnaa 'alaihim hijaaratam min sijjiil.

    Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

  75. 75

    إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡمُتَوَسِّمِينَ ﴿٧٥﴾

    Inna fii dzaalika la'aayaatil lil mutawassimiin.

    Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.

  76. 76

    وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٖ مُّقِيمٍ ﴿٧٦﴾

    Wa innahaa labisabiilim muqiim.

    Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).

  77. 77

    إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٧٧﴾

    Inna fii dzaalika la'aayatal lil mu'miniin.

    Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.

  78. 78

    وَإِن كَانَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡأَيۡكَةِ لَظَٰلِمِينَ ﴿٧٨﴾

    Wa in kaana ashhaabul aikati lazhaalimiin.

    Dan sebenarnya penduduk kampung “Aikah” adalah orang-orang yang berlaku zalim.

  79. 79

    فَٱنتَقَمۡنَا مِنۡهُمۡ وَإِنَّهُمَا لَبِإِمَامٖ مُّبِينٖ ﴿٧٩﴾

    Fantaqamnaa minhum wa innahumaa labi'imaamim mubiin.

    Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).

  80. 80

    وَلَقَدۡ كَذَّبَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡحِجۡرِ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿٨٠﴾

    Wa laqad kadzdzaba ashhaabul hijril mursaliin.

    Dan demi sesungguhnya penduduk “Al-Hijr” telah mendustakan Rasul-rasul.

  81. 81

    وَءَاتَيۡنَٰهُمۡ ءَايَٰتِنَا فَكَانُواْ عَنۡهَا مُعۡرِضِينَ ﴿٨١﴾

    Wa aatainaahum aayaatinaa fakaanuu 'anhaa mu'ridhiin.

    Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran ugama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).

  82. 82

    وَكَانُواْ يَنۡحِتُونَ مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتًا ءَامِنِينَ ﴿٨٢﴾

    Wa kaanuu yanhituuna minal jibaali buyuutan aaminiin.

    Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).

  83. 83

    فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّيۡحَةُ مُصۡبِحِينَ ﴿٨٣﴾

    Fa akhadzathumush shaihatu mushbihiin.

    Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.

  84. 84

    فَمَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُم مَّا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ﴿٨٤﴾

    Famaa aghnaa 'anhum maa kaanuu yaksibuun.

    Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.

  85. 85

    وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَآ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۗ وَإِنَّ ٱلسَّاعَةَ لَأٓتِيَةٞۖ فَٱصۡفَحِ ٱلصَّفۡحَ ٱلۡجَمِيلَ ﴿٨٥﴾

    Wa maa khalaqnas samaawaati wal ardha wa maa bainahumaa illaa bil haqqi wa innas saa'ata la'aatiyatun fashfahish shafhal jamiil.

    Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.

  86. 86

    إِنَّ رَبَّكَ هُوَ ٱلۡخَلَّٰقُ ٱلۡعَلِيمُ ﴿٨٦﴾

    Inna rabbaka huwal khallaaqul 'aliim.

    Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Yang Maha Mengetahui (akan hal mereka).

  87. 87

    وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَٰكَ سَبۡعٗا مِّنَ ٱلۡمَثَانِي وَٱلۡقُرۡءَانَ ٱلۡعَظِيمَ ﴿٨٧﴾

    Wa laqad aatainaaka sab'am minal matsaanii wal qur'aanal 'azhiim.

    Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.

  88. 88

    لَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦٓ أَزۡوَٰجٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٨٨﴾

    Laa tamuddanna 'ainaika ilaa maa matta'naa bihii azwaajam minhum wa laa tahzan 'alaihim wakhfidh janaahaka lil mu'miniin.

    Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).

  89. 89

    وَقُلۡ إِنِّيٓ أَنَا ٱلنَّذِيرُ ٱلۡمُبِينُ ﴿٨٩﴾

    Wa qul innii anan nadziirul mubiin.

    Dan katakanlah: “Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (tentang turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)”.

  90. 90

    كَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَى ٱلۡمُقۡتَسِمِينَ ﴿٩٠﴾

    Kamaa anzalnaa 'alal muqtasimiin.

    (Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -

  91. 91

    ٱلَّذِينَ جَعَلُواْ ٱلۡقُرۡءَانَ عِضِينَ ﴿٩١﴾

    Alladziina ja'alul qur'aana 'idhiin.

    (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).

  92. 92

    فَوَرَبِّكَ لَنَسۡـَٔلَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ ﴿٩٢﴾

    Fawarabbika lanas'alannahum ajma'iin.

    Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), -

  93. 93

    عَمَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ﴿٩٣﴾

    'Ammaa kaanuu ya'maluun.

    Mengenai apa yang mereka telah lakukan.

  94. 94

    فَٱصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ﴿٩٤﴾

    Fashda' bimaa tu'maru wa a'ridh 'anil musyrikiin.

    Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

  95. 95

    إِنَّا كَفَيۡنَٰكَ ٱلۡمُسۡتَهۡزِءِينَ ﴿٩٥﴾

    Innaa kafainaakal mustahzi'iin.

    Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -

  96. 96

    ٱلَّذِينَ يَجۡعَلُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ﴿٩٦﴾

    Alladziina yaj'aluuna ma'allaahi ilaahan aakhara fasaufa ya'lamuun.

    (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).

  97. 97

    وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدۡرُكَ بِمَا يَقُولُونَ ﴿٩٧﴾

    Wa laqad na'lamu annaka yadhiiqu shadruka bimaa yaquuluun.

    Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

  98. 98

    فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ ﴿٩٨﴾

    Fasabbih bihamdi rabbika wa kum minas saajidiin.

    Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

  99. 99

    وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأۡتِيَكَ ٱلۡيَقِينُ ﴿٩٩﴾

    Wa'bud rabbaka hattaa ya'tiyakal yaqiin.

    Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Dengar bacaan Surah Al-Hijr

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
15 daripada 114
Maksud nama:
Bukit Batu
Bilangan ayat:
99
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
54
Juzuk:
14

Mengenai Surah Al-Hijr

Hijr ialah nama tempat kediaman kaum Thamud di utara wilayah Hijaz, antara Madinah dengan Tabuk. Nama surah diambil daripada ayat 80 yang menyatakan bahawa penduduk Hijr mendustakan para rasul. Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 99 ayat. Surah ini ialah surah kelima belas dalam mushaf; berada pada urutan 54 dalam susunan penurunan yang lazim.

Surah ini bermula dengan huruf "Alif Lam Ra". Ayat 9 yang menyatakan bahawa Allah menurunkan al-Quran dan Allah juga akan memeliharanya terdapat dalam surah ini. Ayat 87 pula mengingatkan bahawa Nabi diberikan "tujuh ayat yang diulang-ulang" dan al-Quran yang agung; kebanyakan ulama mengatakan bahawa "tujuh ayat yang diulang-ulang" bermaksud surah al-Fatihah.

Latar belakang penurunan Surah Al-Hijr

Surah al-Hijr diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik secara terang-terangan memperolok al-Quran dan Nabi. Orang kafir berkata kepada baginda, "Wahai orang yang diturunkan kepadanya al-Zikr! Sesungguhnya engkau gila", dan meminta baginda mendatangkan malaikat jika berkata benar.

Tiada peristiwa tertentu yang diriwayatkan sebagai sebab penurunan surah. Ayat-ayatnya menghiburkan Nabi menghadapi ejekan ini; menyatakan bahawa Allah mencukupi bagi baginda menghadapi para pengejek, dan memerintahkan baginda menyampaikan secara terang-terangan apa yang diperintahkan. Sebahagian ahli tafsir mengaitkan ayat 94 yang bermaksud "Sampaikan secara terang-terangan apa yang diperintahkan kepadamu" dengan dakwah Islam secara terbuka.

Kandungan Surah Al-Hijr

Surah ini bermula dengan menyatakan bahawa suatu hari orang kafir akan berharap mereka menjadi Muslim dan menyentuh ejekan mereka. Ditegaskan bahawa Allah yang menurunkan dan akan memelihara al-Quran. Gugusan bintang di langit, langit yang dijaga, angin, hujan dan perbendaharaan segala sesuatu di sisi Allah disebut sebagai bukti kekuasaan-Nya.

Diceritakan penciptaan manusia daripada tanah liat kering, sujud malaikat, keengganan Iblis bersujud kerana sombong dan sumpahnya untuk menyesatkan manusia; namun dinyatakan bahawa dia tidak berkuasa sedikit pun atas hamba Allah yang ikhlas. Digambarkan tujuh pintu neraka dan keadaan orang bertakwa di syurga.

Diceritakan secara ringkas malaikat yang menjadi tetamu Nabi Ibrahim, kebinasaan kaum Nabi Lut, serta kesudahan penduduk Aikah dan Hijr. Surah mengingatkan "tujuh ayat yang diulang-ulang" yang diberikan kepada Nabi; lalu berakhir dengan perintah agar baginda bersikap belas kasihan kepada orang beriman, meneruskan penyampaian dakwah dan beribadah kepada Tuhannya sehingga datang kematian yang pasti.

Kelebihan Surah Al-Hijr

Walaupun tiada riwayat sahih tentang kelebihan surah al-Hijr yang diketahui, dua ayat surah ini dijelaskan dengan hadis-hadis sahih. Menurut riwayat al-Bukhari daripada Abu Sa'id bin al-Mu'alla, Nabi memberitahu bahawa "tujuh ayat yang diulang-ulang" dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadanya, sebagaimana disebut dalam ayat 87, ialah surah al-Fatihah.

Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar, dalam Perang Tabuk, ketika melalui negeri penduduk al-Hijr yang disebut dalam surah ini, iaitu kaum Thamud, Nabi berkata kepada para sahabat supaya mereka memasuki negeri orang yang telah ditimpa azab itu hanya sambil menangis, dan jika tidak dapat menangis maka janganlah memasukinya langsung, supaya tidak ditimpa apa yang menimpa mereka. Al-Bukhari memuatkan hadis ini dalam tafsir ayat 80, yang memberitahu bahawa penduduk al-Hijr mendustakan para rasul.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Al-Hijr

Berapakah bilangan ayat Surah Al-Hijr?

Surah Al-Hijr mempunyai 99 ayat.

Apakah maksud Al-Hijr?

Al-Hijr bermaksud “Bukit Batu”.

Adakah Surah Al-Hijr Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Hijr ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-54.

Surah Al-Hijr dalam juzuk berapa?

Surah Al-Hijr terdapat dalam juzuk 14.

Surah Al-Hijr ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Hijr ialah surah ke-15 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Ibrahim dan sebelum Surah An-Nahl.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Hijr di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Hijr oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.