Surah ke-54 daripada 114 · Juzuk 27
Surah Al-Qamar القمر
55 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-37
Surah al-Qamar diturunkan di Makkah dan mempunyai 55 ayat. Surah ini menyatakan kiamat semakin dekat dan bulan terbelah; menyeru mengambil pengajaran daripada al-Quran melalui penceritaan kesudahan kaum yang mendustakan para nabi.
Surah Al-Qamar dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- 1
ٱقۡتَرَبَتِ ٱلسَّاعَةُ وَٱنشَقَّ ٱلۡقَمَرُ ﴿١﴾
Iqtarabatis saa'atu wansyaqqal qamar.
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
- 2
وَإِن يَرَوۡاْ ءَايَةٗ يُعۡرِضُواْ وَيَقُولُواْ سِحۡرٞ مُّسۡتَمِرّٞ ﴿٢﴾
Wa iy yarau aayatay yu'ridhuu wa yaquuluu sihrum mustamirr.
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
- 3
وَكَذَّبُواْ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡۚ وَكُلُّ أَمۡرٖ مُّسۡتَقِرّٞ ﴿٣﴾
Wa kadzdzabuu wattaba'uu ahwaa'ahum wa kullu amrim mustaqirr.
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
- 4
وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّنَ ٱلۡأَنۢبَآءِ مَا فِيهِ مُزۡدَجَرٌ ﴿٤﴾
Wa laqad jaa'ahum minal ambaa'i maa fiihi muzdajar.
Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
- 5
حِكۡمَةُۢ بَٰلِغَةٞۖ فَمَا تُغۡنِ ٱلنُّذُرُ ﴿٥﴾
Hikmatum baalighatun famaa tughnin nudzur.
(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
- 6
فَتَوَلَّ عَنۡهُمۡۘ يَوۡمَ يَدۡعُ ٱلدَّاعِ إِلَىٰ شَيۡءٖ نُّكُرٍ ﴿٦﴾
Fatawalla 'anhum, yauma yad'ud daa'i ilaa syai'in nukur.
Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
- 7
خُشَّعًا أَبۡصَٰرُهُمۡ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ كَأَنَّهُمۡ جَرَادٞ مُّنتَشِرٞ ﴿٧﴾
Khusysya'an abshaaruhum yakhrujuuna minal ajdaatsi ka'annahum jaraadum muntasyir.
(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.
- 8
مُّهۡطِعِينَ إِلَى ٱلدَّاعِۖ يَقُولُ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا يَوۡمٌ عَسِرٞ ﴿٨﴾
Muhthi'iina ilad daa'i yaquulul kaafiruuna haadzaa yaumun 'asir.
Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!
- 9
۞ كَذَّبَتۡ قَبۡلَهُمۡ قَوۡمُ نُوحٖ فَكَذَّبُواْ عَبۡدَنَا وَقَالُواْ مَجۡنُونٞ وَٱزۡدُجِرَ ﴿٩﴾
Kadzdzabat qablahum qaumu nuuhin fakadzdzabuu 'abdanaa wa qaaluu majnuunuw wazdujir.
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
- 10
فَدَعَا رَبَّهُۥٓ أَنِّي مَغۡلُوبٞ فَٱنتَصِرۡ ﴿١٠﴾
Fada'aa rabbahuu annii maghluubun fantashir.
Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
- 11
فَفَتَحۡنَآ أَبۡوَٰبَ ٱلسَّمَآءِ بِمَآءٖ مُّنۡهَمِرٖ ﴿١١﴾
Fafatahnaa abwaabas samaa'i bimaa'im munhamir.
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
- 12
وَفَجَّرۡنَا ٱلۡأَرۡضَ عُيُونٗا فَٱلۡتَقَى ٱلۡمَآءُ عَلَىٰٓ أَمۡرٖ قَدۡ قُدِرَ ﴿١٢﴾
Wa fajjarnal ardha 'uyuunan faltaqal maa'u 'alaa amrin qad qudir.
Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
- 13
وَحَمَلۡنَٰهُ عَلَىٰ ذَاتِ أَلۡوَٰحٖ وَدُسُرٖ ﴿١٣﴾
Wa hamalnaahu 'alaa dzaati alwaahiw wa dusur.
Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
- 14
تَجۡرِي بِأَعۡيُنِنَا جَزَآءٗ لِّمَن كَانَ كُفِرَ ﴿١٤﴾
Tajrii bi'a'yuninaa jazaa'al liman kaana kufir.
Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
- 15
وَلَقَد تَّرَكۡنَٰهَآ ءَايَةٗ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ ﴿١٥﴾
Wa laqat taraknaahaa aayatan fahal mim muddakir.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
- 16
فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ ﴿١٦﴾
Fakaifa kaana 'adzaabii wa nudzur.
Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
- 17
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ ﴿١٧﴾
Wa laqad yassarnal qur'aana lidz dzikri fahal mim muddakir.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
- 18
كَذَّبَتۡ عَادٞ فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ ﴿١٨﴾
Kadzdzabat 'aadun fakaifa kaana 'adzaabii wa nudzur.
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
- 19
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا صَرۡصَرٗا فِي يَوۡمِ نَحۡسٖ مُّسۡتَمِرّٖ ﴿١٩﴾
Innaa arsalnaa 'alaihim riihan sharsharan fii yaumi nahsim mustamirr.
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
- 20
تَنزِعُ ٱلنَّاسَ كَأَنَّهُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٖ مُّنقَعِرٖ ﴿٢٠﴾
Tanzi'un naasa ka'annahum a'jaazu nakhlim munqa'ir.
Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
- 21
فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ ﴿٢١﴾
Fakaifa kaana 'adzaabii wa nudzur.
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
- 22
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ ﴿٢٢﴾
Wa laqad yassarnal qur'aana lidz dzikri fahal mim muddakir.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
- 23
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِٱلنُّذُرِ ﴿٢٣﴾
Kadzdzabat tsamuudu bin nudzur.
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
- 24
فَقَالُوٓاْ أَبَشَرٗا مِّنَّا وَٰحِدٗا نَّتَّبِعُهُۥٓ إِنَّآ إِذٗا لَّفِي ضَلَٰلٖ وَسُعُرٍ ﴿٢٤﴾
Faqaaluu abasyaram minnaa waahidan nattabi'uhuu innaa idzal lafii dhalaaliw wa su'ur.
Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
- 25
أَءُلۡقِيَ ٱلذِّكۡرُ عَلَيۡهِ مِنۢ بَيۡنِنَا بَلۡ هُوَ كَذَّابٌ أَشِرٞ ﴿٢٥﴾
A'ulqiyadz dzikru 'alaihi mim baininaa bal huwa kadzdzaabun asyir.
Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
- 26
سَيَعۡلَمُونَ غَدٗا مَّنِ ٱلۡكَذَّابُ ٱلۡأَشِرُ ﴿٢٦﴾
Saya'lamuuna ghadam manil kadzdzaabul asyir.
Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
- 27
إِنَّا مُرۡسِلُواْ ٱلنَّاقَةِ فِتۡنَةٗ لَّهُمۡ فَٱرۡتَقِبۡهُمۡ وَٱصۡطَبِرۡ ﴿٢٧﴾
Innaa mursilun naaqati fitnatal lahum fartaqibhum washthabir.
Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
- 28
وَنَبِّئۡهُمۡ أَنَّ ٱلۡمَآءَ قِسۡمَةُۢ بَيۡنَهُمۡۖ كُلُّ شِرۡبٖ مُّحۡتَضَرٞ ﴿٢٨﴾
Wa nabbi'hum annal maa'a qismatum bainahum kullu syirbim muhtadhar.
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
- 29
فَنَادَوۡاْ صَاحِبَهُمۡ فَتَعَاطَىٰ فَعَقَرَ ﴿٢٩﴾
Fanaadau shaahibahum fata'aathaa fa'aqar.
(Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
- 30
فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ ﴿٣٠﴾
Fakaifa kaana 'adzaabii wa nudzur.
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
- 31
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ صَيۡحَةٗ وَٰحِدَةٗ فَكَانُواْ كَهَشِيمِ ٱلۡمُحۡتَظِرِ ﴿٣١﴾
Innaa arsalnaa 'alaihim shaihataw waahidatan fakaanuu kahasyiimil muhtazhir.
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
- 32
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ ﴿٣٢﴾
Wa laqad yassarnal qur'aana lidz dzikri fahal mim muddakir.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
- 33
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ لُوطِۭ بِٱلنُّذُرِ ﴿٣٣﴾
Kadzdzabat qaumu luuthim bin nudzur.
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
- 34
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ حَاصِبًا إِلَّآ ءَالَ لُوطٖۖ نَّجَّيۡنَٰهُم بِسَحَرٖ ﴿٣٤﴾
Innaa arsalnaa 'alaihim haashiban illaa aala luuthin najjainaahum bisahar.
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
- 35
نِّعۡمَةٗ مِّنۡ عِندِنَاۚ كَذَٰلِكَ نَجۡزِي مَن شَكَرَ ﴿٣٥﴾
Ni'matam min 'indinaa kadzaalika najzii man syakar.
Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
- 36
وَلَقَدۡ أَنذَرَهُم بَطۡشَتَنَا فَتَمَارَوۡاْ بِٱلنُّذُرِ ﴿٣٦﴾
Wa laqad andzarahum bathsyatanaa fatamaarau bin nudzur.
Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
- 37
وَلَقَدۡ رَٰوَدُوهُ عَن ضَيۡفِهِۦ فَطَمَسۡنَآ أَعۡيُنَهُمۡ فَذُوقُواْ عَذَابِي وَنُذُرِ ﴿٣٧﴾
Wa laqad raawaduuhu 'an dhaifihii fathamasnaa a'yunahum fadzuuquu 'adzaabii wa nudzur.
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
- 38
وَلَقَدۡ صَبَّحَهُم بُكۡرَةً عَذَابٞ مُّسۡتَقِرّٞ ﴿٣٨﴾
Wa laqad shabbahahum bukratan 'adzaabum mustaqirr.
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
- 39
فَذُوقُواْ عَذَابِي وَنُذُرِ ﴿٣٩﴾
Fadzuuquu 'adzaabii wa nudzur.
Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
- 40
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ ﴿٤٠﴾
Wa laqad yassarnal qur'aana lidz dzikri fahal mim muddakir.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
- 41
وَلَقَدۡ جَآءَ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ ٱلنُّذُرُ ﴿٤١﴾
Wa laqad jaa'a aala fir'aunan nudzur.
Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
- 42
كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا كُلِّهَا فَأَخَذۡنَٰهُمۡ أَخۡذَ عَزِيزٖ مُّقۡتَدِرٍ ﴿٤٢﴾
Kadzdzabuu bi'aayaatinaa kullihaa fa akhadznaahum akhdza 'aziizim muqtadir.
Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
- 43
أَكُفَّارُكُمۡ خَيۡرٞ مِّنۡ أُوْلَٰٓئِكُمۡ أَمۡ لَكُم بَرَآءَةٞ فِي ٱلزُّبُرِ ﴿٤٣﴾
Akuffaarukum khairum min ulaa'ikum am lakum baraa'atun fiz zubur.
Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
- 44
أَمۡ يَقُولُونَ نَحۡنُ جَمِيعٞ مُّنتَصِرٞ ﴿٤٤﴾
Am yaquuluuna nahnu jamii'um muntashir.
(Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
- 45
سَيُهۡزَمُ ٱلۡجَمۡعُ وَيُوَلُّونَ ٱلدُّبُرَ ﴿٤٥﴾
Sayuhzamul jam'u wa yuwalluunad dubur.
Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
- 46
بَلِ ٱلسَّاعَةُ مَوۡعِدُهُمۡ وَٱلسَّاعَةُ أَدۡهَىٰ وَأَمَرُّ ﴿٤٦﴾
Balis saa'atu mau'iduhum was saa'atu adhaa wa amarr.
(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
- 47
إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِينَ فِي ضَلَٰلٖ وَسُعُرٖ ﴿٤٧﴾
Innal mujrimiina fii dhalaaliw wa su'ur.
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
- 48
يَوۡمَ يُسۡحَبُونَ فِي ٱلنَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ ذُوقُواْ مَسَّ سَقَرَ ﴿٤٨﴾
Yauma yushabuuna fin naari 'alaa wujuuhihim dzuuquu massa saqar.
Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.
- 49
إِنَّا كُلَّ شَيۡءٍ خَلَقۡنَٰهُ بِقَدَرٖ ﴿٤٩﴾
Innaa kulla syai'in khalaqnaahu biqadar.
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
- 50
وَمَآ أَمۡرُنَآ إِلَّا وَٰحِدَةٞ كَلَمۡحِۭ بِٱلۡبَصَرِ ﴿٥٠﴾
Wa maa amrunaa illaa waahidatun kalamhim bil bashar.
Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
- 51
وَلَقَدۡ أَهۡلَكۡنَآ أَشۡيَاعَكُمۡ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ ﴿٥١﴾
Wa laqad ahlaknaa asyyaa'akum fahal mim muddakir.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
- 52
وَكُلُّ شَيۡءٖ فَعَلُوهُ فِي ٱلزُّبُرِ ﴿٥٢﴾
Wa kullu syai'in fa'aluuhu fiz zubur.
Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
- 53
وَكُلُّ صَغِيرٖ وَكَبِيرٖ مُّسۡتَطَرٌ ﴿٥٣﴾
Wa kullu shaghiiriw wa kabiirim mustathar.
Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
- 54
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي جَنَّٰتٖ وَنَهَرٖ ﴿٥٤﴾
Innal muttaqiina fii jannaatiw wa nahar.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
- 55
فِي مَقۡعَدِ صِدۡقٍ عِندَ مَلِيكٖ مُّقۡتَدِرِۭ ﴿٥٥﴾
Fii maq'adi shidqin 'inda maliikim muqtadir.
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
Dengar bacaan Surah Al-Qamar
Fakta ringkas
- Kedudukan dalam mushaf:
- 54 daripada 114
- Maksud nama:
- Bulan
- Bilangan ayat:
- 55
- Diturunkan di:
- Makkah
- Urutan penurunan:
- 37
- Juzuk:
- 27
Mengenai Surah Al-Qamar
Nama surah diambil daripada perkataan "qamar" (bulan) dalam ungkapan ayat pertama, "Kiamat semakin dekat dan bulan terbelah". Berdasarkan kata-kata awalnya, surah ini juga disebut "Iqtarabatis-sa'ah".
Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 55 ayat. Surah ini berada pada urutan 54 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 27; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-37. Ayat "Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran untuk diambil pengajaran; adakah orang yang mengambil pengajaran?" yang diulang empat kali merangkum seruan utama surah. Ayat 49 yang menyatakan Allah menciptakan segala sesuatu dengan ukuran (qadar) juga terdapat dalam surah ini.
Latar belakang penurunan Surah Al-Qamar
Ayat awal surah menceritakan mukjizat bulan terbelah pada zaman Makkah. Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan Abdullah bin Mas'ud, penduduk Makkah meminta mukjizat daripada Nabi, bulan terbelah dua dan Nabi berkata kepada mereka, "Saksikanlah". Orang musyrik menyifatkan ini juga sebagai sihir.
Menurut riwayat al-Bukhari, pada hari Perang Badar Nabi membaca ayat 45 yang bermaksud "Kumpulan itu akan segera dikalahkan dan berpaling lari". Sumber tafsir juga meriwayatkan bahawa apa yang dikhabarkan oleh ayat yang diturunkan di Makkah ini difahami di Badar.
Kandungan Surah Al-Qamar
Surah ini bermula dengan menyatakan kiamat semakin dekat dan bulan terbelah; dijelaskan bahawa orang kafir mengetepikan setiap mukjizat sebagai "sihir yang berterusan" dan mengikuti hawa nafsu. Digambarkan hari manusia keluar dari kubur seperti belalang yang bertebaran lalu berlari menuju penyeru.
Kemudian kisah kaum yang mendustakan nabi diceritakan dalam bahagian pendek dan berkesan: kaum Nuh tenggelam dalam banjir besar, 'Ad dibinasakan angin sangat sejuk pada hari malang, Thamud menyembelih unta betina lalu dimusnahkan suara dahsyat, kaum Lut dihukum hujan batu dan keluarga Firaun ditangkap. Di antara kisah, berulang kali diingatkan bahawa al-Quran dipermudah untuk diambil pengajaran. Orang kafir Makkah ditanya sama ada mereka lebih baik daripada kaum ini dan dikhabarkan bahawa kumpulan mereka akan dikalahkan. Dinyatakan bahawa Allah menciptakan segala sesuatu dengan ukuran dan perintah-Nya berlaku dalam sekelip mata. Surah berakhir dengan khabar gembira bahawa orang bertakwa berada di taman-taman dan sungai, di tempat yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa dan menguasai segala sesuatu.
Kelebihan Surah Al-Qamar
Menurut riwayat Muslim daripada Abu Waqid al-Laithi, Nabi membaca surah Qaf dan Iqtarabatis-sa'ah (al-Qamar) dalam solat Aidilfitri dan Aidiladha. Berdasarkan riwayat ini, sebahagian ulama menganggap pembacaan kedua-dua surah dalam solat hari raya sebagai sunat.
Selain itu, tiada riwayat pahala khusus surah yang tersebar luas dalam sumber sahih yang diketahui. Ayat berulang "Kami telah memudahkan al-Quran untuk diambil pengajaran" pula antara ayat paling terkenal yang menggalakkan pembacaan dan renungan al-Quran.
Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.
Soalan lazim tentang Surah Al-Qamar
Berapakah bilangan ayat Surah Al-Qamar?
Surah Al-Qamar mempunyai 55 ayat.
Apakah maksud Al-Qamar?
Al-Qamar bermaksud “Bulan”.
Adakah Surah Al-Qamar Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Qamar ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-37.
Surah Al-Qamar dalam juzuk berapa?
Surah Al-Qamar terdapat dalam juzuk 27.
Surah Al-Qamar ialah surah ke berapa dalam al-Quran?
Surah Al-Qamar ialah surah ke-54 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah An-Najm dan sebelum Surah Ar-Rahman.
Bolehkah saya mendengar Surah Al-Qamar di sini?
Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Qamar oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.