Surah Yasin

Surah ke-37 daripada 114 · Juzuk 23

Surah As-Saffat الصافات

182 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-56

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Saffat diturunkan di Makkah dan mempunyai 182 ayat. Surah ini menerangkan keesaan Allah, bahawa malaikat dan jin ialah hamba-Nya serta perjuangan para nabi yang berakhir dengan keselamatan.

Surah As-Saffat dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفّٗا ﴿١﴾

    Wash shaaffaati shaffaa.

    Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -

  2. 2

    فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجۡرٗا ﴿٢﴾

    Faz zaajiraati zajraa.

    (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -

  3. 3

    فَٱلتَّٰلِيَٰتِ ذِكۡرًا ﴿٣﴾

    Fat taaliyaati dzikraa.

    (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;

  4. 4

    إِنَّ إِلَٰهَكُمۡ لَوَٰحِدٞ ﴿٤﴾

    Inna ilaahakum lawaahid.

    (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -

  5. 5

    رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَرَبُّ ٱلۡمَشَٰرِقِ ﴿٥﴾

    Rabbus samaawaati wal ardhi wa maa bainahumaa wa rabbul masyaariq.

    Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.

  6. 6

    إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ ﴿٦﴾

    Innaa zayyannas samaa'ad dunyaa biziinatinil kawaakib.

    Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.

  7. 7

    وَحِفۡظٗا مِّن كُلِّ شَيۡطَٰنٖ مَّارِدٖ ﴿٧﴾

    Wa hifzham min kulli syaithaanim maarid.

    Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;

  8. 8

    لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰ وَيُقۡذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٖ ﴿٨﴾

    Laa yassamma'uuna ilal mala'il a'laa wa yuqdzafuuna min kulli jaanib.

    (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,

  9. 9

    دُحُورٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٞ وَاصِبٌ ﴿٩﴾

    Duhuuraw wa lahum 'adzaabuw waashib.

    Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.

  10. 10

    إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُۥ شِهَابٞ ثَاقِبٞ ﴿١٠﴾

    Illaa man khathifal khathfata fa atba'ahuu syihaabun tsaaqib.

    Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.

  11. 11

    فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَهُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَم مَّنۡ خَلَقۡنَآۚ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّن طِينٖ لَّازِبِۭ ﴿١١﴾

    Fastaftihim ahum asyaddu khalqan am man khalaqnaa innaa khalaqnaahum min thiinil laazib.

    (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).

  12. 12

    بَلۡ عَجِبۡتَ وَيَسۡخَرُونَ ﴿١٢﴾

    Bal 'ajibta wa yaskharuun.

    (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).

  13. 13

    وَإِذَا ذُكِّرُواْ لَا يَذۡكُرُونَ ﴿١٣﴾

    Wa idzaa dzukkiruu laa yadzkuruun.

    Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.

  14. 14

    وَإِذَا رَأَوۡاْ ءَايَةٗ يَسۡتَسۡخِرُونَ ﴿١٤﴾

    Wa idzaa ra'au aayatay yastaskhiruun.

    Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -

  15. 15

    وَقَالُوٓاْ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٞ مُّبِينٌ ﴿١٥﴾

    Wa qaaluu in haadzaa illaa sihrum mubiin.

    Serta mereka berkata: “Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.

  16. 16

    أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ﴿١٦﴾

    A'idzaa mitnaa wa kunnaa turaabaw wa 'izhaaman a'innaa lamab'uutsuun.

    “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?

  17. 17

    أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ ﴿١٧﴾

    Awa'aabaa'unal awwaluun.

    “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?”

  18. 18

    قُلۡ نَعَمۡ وَأَنتُمۡ دَٰخِرُونَ ﴿١٨﴾

    Qul na'am wa antum daakhiruun.

    Jawablah (wahai Muhammad): “Ya, benar! (Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina”.

  19. 19

    فَإِنَّمَا هِيَ زَجۡرَةٞ وَٰحِدَةٞ فَإِذَا هُمۡ يَنظُرُونَ ﴿١٩﴾

    Fa innamaa hiya zajratuw waahidatun fa idzaa hum yanzhuruun.

    (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).

  20. 20

    وَقَالُواْ يَٰوَيۡلَنَا هَٰذَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ ﴿٢٠﴾

    Wa qaaluu yaa wailanaa haadzaa yaumud diin.

    Dan (pada saat itu) mereka berkata: “Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!”

  21. 21

    هَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ﴿٢١﴾

    Haadzaa yaumul fashlil ladzii kuntum bihii tukadzdzibuun.

    (Lalu malaikat berkata kepada mereka): “Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya”.

  22. 22

    ۞ ٱحۡشُرُواْ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ وَأَزۡوَٰجَهُمۡ وَمَا كَانُواْ يَعۡبُدُونَ ﴿٢٢﴾

    Uhsyurul ladziina zhalamuu wa azwaajahum wa maa kaanuu ya'buduun.

    (Allah berfirman kepada malaikat): “Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -

  23. 23

    مِن دُونِ ٱللَّهِ فَٱهۡدُوهُمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿٢٣﴾

    Min duunillaahi fahduuhum ilaa shiraathil jahiim.

    “Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.

  24. 24

    وَقِفُوهُمۡۖ إِنَّهُم مَّسۡـُٔولُونَ ﴿٢٤﴾

    Waqifuuhum innahum mas'uuluun.

    “Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:

  25. 25

    مَا لَكُمۡ لَا تَنَاصَرُونَ ﴿٢٥﴾

    Maa lakum laa tanaasharuun.

    “Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?”

  26. 26

    بَلۡ هُمُ ٱلۡيَوۡمَ مُسۡتَسۡلِمُونَ ﴿٢٦﴾

    Bal humul yauma mustaslimuun.

    (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);

  27. 27

    وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ يَتَسَآءَلُونَ ﴿٢٧﴾

    Wa aqbala ba'dhuhum 'alaa ba'dhiy yatasaa'aluun.

    Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.

  28. 28

    قَالُوٓاْ إِنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَأۡتُونَنَا عَنِ ٱلۡيَمِينِ ﴿٢٨﴾

    Qaaluu innakum kuntum ta'tuunanaa 'anil yamiin.

    Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya): “Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu”.

  29. 29

    قَالُواْ بَل لَّمۡ تَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ ﴿٢٩﴾

    Qaaluu bal lam takuunuu mu'miniin.

    Ketua-ketuanya menjawab: “(Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!

  30. 30

    وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنِۭۖ بَلۡ كُنتُمۡ قَوۡمٗا طَٰغِينَ ﴿٣٠﴾

    Wa maa kaana lanaa 'alaikum min sulthaanim bal kuntum qauman thaaghiin.

    “Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.

  31. 31

    فَحَقَّ عَلَيۡنَا قَوۡلُ رَبِّنَآۖ إِنَّا لَذَآئِقُونَ ﴿٣١﴾

    Fahaqqa 'alainaa qaulu rabbinaa innaa ladzaa'iquun.

    (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).

  32. 32

    فَأَغۡوَيۡنَٰكُمۡ إِنَّا كُنَّا غَٰوِينَ ﴿٣٢﴾

    Fa aghwainaakum innaa kunnaa ghaawiin.

    “(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat”

  33. 33

    فَإِنَّهُمۡ يَوۡمَئِذٖ فِي ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ ﴿٣٣﴾

    Fa innahum yauma'idzin fil 'adzaabi musytarikuun.

    Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.

  34. 34

    إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ﴿٣٤﴾

    Innaa kadzaalika naf'alu bil mujrimiin.

    Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.

  35. 35

    إِنَّهُمۡ كَانُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسۡتَكۡبِرُونَ ﴿٣٥﴾

    Innahum kaanuu idzaa qiila lahum laa ilaaha illallaahu yastakbiruun.

    Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;” (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah” - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -

  36. 36

    وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓاْ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٖ مَّجۡنُونِۭ ﴿٣٦﴾

    Wa yaquuluuna a'innaa lataarikuu aalihatinaa lisyaa'irim majnuun.

    Serta mereka berkata: “Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?”

  37. 37

    بَلۡ جَآءَ بِٱلۡحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿٣٧﴾

    Bal jaa'a bil haqqi wa shaddaqal mursaliin.

    (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).

  38. 38

    إِنَّكُمۡ لَذَآئِقُواْ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَلِيمِ ﴿٣٨﴾

    Innakum ladzaa'iqul 'adzaabil aliim.

    Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

  39. 39

    وَمَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿٣٩﴾

    Wa maa tujzauna illaa maa kuntum ta'maluun.

    Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;

  40. 40

    إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿٤٠﴾

    Illaa 'ibaadallaahil mukhlashiin.

    Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,

  41. 41

    أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ رِزۡقٞ مَّعۡلُومٞ ﴿٤١﴾

    Ulaa'ika lahum rizqum ma'luum.

    Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,

  42. 42

    فَوَٰكِهُ وَهُم مُّكۡرَمُونَ ﴿٤٢﴾

    Fawaakihu wa hum mukramuun.

    Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,

  43. 43

    فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٤٣﴾

    Fii jannaatin na'iim.

    Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.

  44. 44

    عَلَىٰ سُرُرٖ مُّتَقَٰبِلِينَ ﴿٤٤﴾

    'Alaa sururim mutaqaabiliin.

    Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;

  45. 45

    يُطَافُ عَلَيۡهِم بِكَأۡسٖ مِّن مَّعِينِۭ ﴿٤٥﴾

    Yuthaafu 'alaihim bika'sim mim ma'iin.

    Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,

  46. 46

    بَيۡضَآءَ لَذَّةٖ لِّلشَّٰرِبِينَ ﴿٤٦﴾

    Baidhaa'a ladzdzatil lisy syaaribiin.

    Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,

  47. 47

    لَا فِيهَا غَوۡلٞ وَلَا هُمۡ عَنۡهَا يُنزَفُونَ ﴿٤٧﴾

    Laa fiihaa ghauluw wa laa hum 'anhaa yunzafuun.

    Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

  48. 48

    وَعِندَهُمۡ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ عِينٞ ﴿٤٨﴾

    Wa 'indahum qaashiraatuth tharfi 'iin.

    Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;

  49. 49

    كَأَنَّهُنَّ بَيۡضٞ مَّكۡنُونٞ ﴿٤٩﴾

    Ka'annahunna baidhum maknuun.

    (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

  50. 50

    فَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ يَتَسَآءَلُونَ ﴿٥٠﴾

    Fa aqbala ba'dhuhum 'alaa ba'dhiy yatasaa'aluun.

    (Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.

  51. 51

    قَالَ قَآئِلٞ مِّنۡهُمۡ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٞ ﴿٥١﴾

    Qaala qaa'ilum minhum innii kaana lii qariin.

    Seorang di antaranya berkata: “Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).

  52. 52

    يَقُولُ أَءِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُصَدِّقِينَ ﴿٥٢﴾

    Yaquulu a'innaka laminal mushaddiqiin.

    “katanya: ‘Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?

  53. 53

    أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَدِينُونَ ﴿٥٣﴾

    A'idzaa mitnaa wa kunnaa turaabaw wa 'izhaaman a'innaa lamadiinuun.

    “Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?”’

  54. 54

    قَالَ هَلۡ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ ﴿٥٤﴾

    Qaala hal antum muththali'uun.

    (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: “Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?”

  55. 55

    فَٱطَّلَعَ فَرَءَاهُ فِي سَوَآءِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿٥٥﴾

    Faththala'a fara'aahu fii sawaa'il jahiim.

    Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.

  56. 56

    قَالَ تَٱللَّهِ إِن كِدتَّ لَتُرۡدِينِ ﴿٥٦﴾

    Qaala tallaahi in kitta laturdiin.

    Ia pun (menempelaknya dengan) berkata: “Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.

  57. 57

    وَلَوۡلَا نِعۡمَةُ رَبِّي لَكُنتُ مِنَ ٱلۡمُحۡضَرِينَ ﴿٥٧﴾

    Wa laulaa ni'matu rabbii lakuntu minal muhdhariin.

    “Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab)”.

  58. 58

    أَفَمَا نَحۡنُ بِمَيِّتِينَ ﴿٥٨﴾

    Afamaa nahnu bimayyitiin.

    (Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): “Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -

  59. 59

    إِلَّا مَوۡتَتَنَا ٱلۡأُولَىٰ وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ ﴿٥٩﴾

    Illaa mautatanal uulaa wa maa nahnu bimu'adzdzabiin.

    “Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?”

  60. 60

    إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ﴿٦٠﴾

    Inna haadzaa lahuwal fauzul 'azhiim.

    Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.

  61. 61

    لِمِثۡلِ هَٰذَا فَلۡيَعۡمَلِ ٱلۡعَٰمِلُونَ ﴿٦١﴾

    Limitsli haadzaa falya'malil 'aamiluun.

    Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

  62. 62

    أَذَٰلِكَ خَيۡرٞ نُّزُلًا أَمۡ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ ﴿٦٢﴾

    Adzaalika khairun nuzulan am syajaratuz zaqquum.

    Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?

  63. 63

    إِنَّا جَعَلۡنَٰهَا فِتۡنَةٗ لِّلظَّٰلِمِينَ ﴿٦٣﴾

    Innaa ja'alnaahaa fitnatal lizh zhaalimiin.

    Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).

  64. 64

    إِنَّهَا شَجَرَةٞ تَخۡرُجُ فِيٓ أَصۡلِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿٦٤﴾

    Innahaa syajaratun takhruju fii ashlil jahiim.

    Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;

  65. 65

    طَلۡعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَٰطِينِ ﴿٦٥﴾

    Thal'uhaa ka'annahuu ru'uususy syayaathiin.

    Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;

  66. 66

    فَإِنَّهُمۡ لَأٓكِلُونَ مِنۡهَا فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ﴿٦٦﴾

    Fa innahum la'aakiluuna minhaa famaali'uuna minhal buthuun.

    Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.

  67. 67

    ثُمَّ إِنَّ لَهُمۡ عَلَيۡهَا لَشَوۡبٗا مِّنۡ حَمِيمٖ ﴿٦٧﴾

    Tsumma inna lahum 'alaihaa lasyaubam min hamiim.

    Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.

  68. 68

    ثُمَّ إِنَّ مَرۡجِعَهُمۡ لَإِلَى ٱلۡجَحِيمِ ﴿٦٨﴾

    Tsumma inna marji'ahum la'ilal jahiim.

    Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.

  69. 69

    إِنَّهُمۡ أَلۡفَوۡاْ ءَابَآءَهُمۡ ضَآلِّينَ ﴿٦٩﴾

    Innahum alfau aabaa'ahum dhaalliin.

    Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;

  70. 70

    فَهُمۡ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ يُهۡرَعُونَ ﴿٧٠﴾

    Fahum 'alaa aatsaarihim yuhra'uun.

    Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.

  71. 71

    وَلَقَدۡ ضَلَّ قَبۡلَهُمۡ أَكۡثَرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٧١﴾

    Wa laqad dhalla qablahum aktsarul awwaliin.

    Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.

  72. 72

    وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا فِيهِم مُّنذِرِينَ ﴿٧٢﴾

    Wa laqad arsalnaa fiihim mundziriin.

    Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.

  73. 73

    فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُنذَرِينَ ﴿٧٣﴾

    Fanzhur kaifa kaana 'aaqibatul mundzariin.

    Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -

  74. 74

    إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿٧٤﴾

    Illaa 'ibaadallaahil mukhlashiin.

    Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).

  75. 75

    وَلَقَدۡ نَادَىٰنَا نُوحٞ فَلَنِعۡمَ ٱلۡمُجِيبُونَ ﴿٧٥﴾

    Wa laqad naadaanaa nuuhun falani'mal mujiibuun.

    Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.

  76. 76

    وَنَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥ مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٧٦﴾

    Wa najjainaahu wa ahlahuu minal karbil 'azhiim.

    Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.

  77. 77

    وَجَعَلۡنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلۡبَاقِينَ ﴿٧٧﴾

    Wa ja'alnaa dzurriyyatahuu humul baaqiin.

    Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).

  78. 78

    وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿٧٨﴾

    Wa taraknaa 'alaihi fil aakhiriin.

    Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

  79. 79

    سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحٖ فِي ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٧٩﴾

    Salaamun 'alaa nuuhin fil 'aalamiin.

    “Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!”

  80. 80

    إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿٨٠﴾

    Innaa kadzaalika najzil muhsiniin.

    Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

  81. 81

    إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٨١﴾

    Innahuu min 'ibaadinal mu'miniin.

    Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

  82. 82

    ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ ﴿٨٢﴾

    Tsumma aghraqnal aakhariin.

    Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).

  83. 83

    ۞ وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبۡرَٰهِيمَ ﴿٨٣﴾

    Wa inna min syii'atihii la'ibraahiim.

    Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.

  84. 84

    إِذۡ جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلۡبٖ سَلِيمٍ ﴿٨٤﴾

    Idz jaa'a rabbahuu biqalbin saliim.

    Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.

  85. 85

    إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَاذَا تَعۡبُدُونَ ﴿٨٥﴾

    Idz qaala li'abiihi wa qaumihii maadzaa ta'buduun.

    Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apa yang kamu sembah?

  86. 86

    أَئِفۡكًا ءَالِهَةٗ دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ ﴿٨٦﴾

    A'ifkan aalihatan duunallaahi turiiduun.

    “Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?

  87. 87

    فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٨٧﴾

    Famaa zhannukum birabbil 'aalamiin.

    “Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?”

  88. 88

    فَنَظَرَ نَظۡرَةٗ فِي ٱلنُّجُومِ ﴿٨٨﴾

    Fanazhara nazhratan fin nujuum.

    Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),

  89. 89

    فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٞ ﴿٨٩﴾

    Faqaala innii saqiim.

    Lalu berkata: “Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)”.

  90. 90

    فَتَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ مُدۡبِرِينَ ﴿٩٠﴾

    Fatawallau 'anhu mudbiriin.

    Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.

  91. 91

    فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمۡ فَقَالَ أَلَا تَأۡكُلُونَ ﴿٩١﴾

    Faraagha ilaa aalihatihim faqaala alaa ta'kuluun.

    Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): “Mengapa kamu tidak makan?

  92. 92

    مَا لَكُمۡ لَا تَنطِقُونَ ﴿٩٢﴾

    Maa lakum laa tanthiquun.

    “Mengapa kamu tidak menjawab?”

  93. 93

    فَرَاغَ عَلَيۡهِمۡ ضَرۡبَۢا بِٱلۡيَمِينِ ﴿٩٣﴾

    Faraagha 'alaihim dharbam bil yamiin.

    Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).

  94. 94

    فَأَقۡبَلُوٓاْ إِلَيۡهِ يَزِفُّونَ ﴿٩٤﴾

    Fa aqbaluu ilaihi yaziffuun.

    (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.

  95. 95

    قَالَ أَتَعۡبُدُونَ مَا تَنۡحِتُونَ ﴿٩٥﴾

    Qaala ata'buduuna maa tanhituun.

    (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: “Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?

  96. 96

    وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ ﴿٩٦﴾

    Wallaahu khalaqakum wa maa ta'maluun.

    “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!”

  97. 97

    قَالُواْ ٱبۡنُواْ لَهُۥ بُنۡيَٰنٗا فَأَلۡقُوهُ فِي ٱلۡجَحِيمِ ﴿٩٧﴾

    Qaalub nuu lahuu bunyaanan fa alquuhu fil jahiim.

    (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu”.

  98. 98

    فَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدٗا فَجَعَلۡنَٰهُمُ ٱلۡأَسۡفَلِينَ ﴿٩٨﴾

    Fa araaduu bihii kaidan faja'alnaahumul asfaliin.

    Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).

  99. 99

    وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهۡدِينِ ﴿٩٩﴾

    Wa qaala innii dzaahibun ilaa rabbii sayahdiin.

    Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).

  100. 100

    رَبِّ هَبۡ لِي مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ ﴿١٠٠﴾

    Rabbi hab lii minash shaalihiin.

    “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”

  101. 101

    فَبَشَّرۡنَٰهُ بِغُلَٰمٍ حَلِيمٖ ﴿١٠١﴾

    Fabasysyarnaahu bighulaamin haliim.

    Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

  102. 102

    فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ ﴿١٠٢﴾

    Falammaa balagha ma'ahus sa'ya qaala yaa bunayya innii araa fil manaami annii adzbahuka fanzhur maadzaa taraa qaala yaa abatif 'al maa tu'maru satajidunii in syaa'allaahu minash shaabiriin.

    Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

  103. 103

    فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِينِ ﴿١٠٣﴾

    Falammaa aslamaa wa tallahuu lil jabiin.

    Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

  104. 104

    وَنَٰدَيۡنَٰهُ أَن يَٰٓإِبۡرَٰهِيمُ ﴿١٠٤﴾

    Wa naadainaahu ay yaa ibraahiim.

    Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!

  105. 105

    قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿١٠٥﴾

    Qad shaddaqtar ru'yaa innaa kadzaalika najzil muhsiniin.

    “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

  106. 106

    إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ ﴿١٠٦﴾

    Inna haadzaa lahuwal balaa'ul mubiin.

    Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;

  107. 107

    وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٖ ﴿١٠٧﴾

    Wa fadainaahu bidzibhin 'azhiim.

    Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

  108. 108

    وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿١٠٨﴾

    Wa taraknaa 'alaihi fil aakhiriin.

    Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

  109. 109

    سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ ﴿١٠٩﴾

    Salaamun 'alaa ibraahiim.

    “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.

  110. 110

    كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿١١٠﴾

    Kadzaalika najzil muhsiniin.

    Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

  111. 111

    إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿١١١﴾

    Innahuu min 'ibaadinal mu'miniin.

    Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

  112. 112

    وَبَشَّرۡنَٰهُ بِإِسۡحَٰقَ نَبِيّٗا مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ ﴿١١٢﴾

    Wa basysyarnaahu bi'ishaaqa nabiyyam minash shaalihiin.

    Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

  113. 113

    وَبَٰرَكۡنَا عَلَيۡهِ وَعَلَىٰٓ إِسۡحَٰقَۚ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحۡسِنٞ وَظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ مُبِينٞ ﴿١١٣﴾

    Wa baaraknaa 'alaihi wa 'alaa ishaaqa wa min dzurriyyatihimaa muhsinuw wa zhaalimul linafsihii mubiin.

    Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.

  114. 114

    وَلَقَدۡ مَنَنَّا عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ﴿١١٤﴾

    Wa laqad manannaa 'alaa muusaa wa haaruun.

    Dan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.

  115. 115

    وَنَجَّيۡنَٰهُمَا وَقَوۡمَهُمَا مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿١١٥﴾

    Wa najjainaahumaa wa qaumahumaa minal karbil 'azhiim.

    Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;

  116. 116

    وَنَصَرۡنَٰهُمۡ فَكَانُواْ هُمُ ٱلۡغَٰلِبِينَ ﴿١١٦﴾

    Wa nasharnaahum fakaanuu humul ghaalibiin.

    Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);

  117. 117

    وَءَاتَيۡنَٰهُمَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلۡمُسۡتَبِينَ ﴿١١٧﴾

    Wa aatainaahumal kitaabal mustabiin.

    Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;

  118. 118

    وَهَدَيۡنَٰهُمَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴿١١٨﴾

    Wa hadainaahumash shiraathal mustaqiim.

    Dan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.

  119. 119

    وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِمَا فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿١١٩﴾

    Wa taraknaa 'alaihimaa fil aakhiriin.

    Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

  120. 120

    سَلَٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ﴿١٢٠﴾

    Salaamun 'alaa muusaa wa haaruun.

    “Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!”

  121. 121

    إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿١٢١﴾

    Innaa kadzaalika najzil muhsiniin.

    Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

  122. 122

    إِنَّهُمَا مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿١٢٢﴾

    Innahumaa min 'ibaadinal mu'miniin.

    Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.

  123. 123

    وَإِنَّ إِلۡيَاسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٢٣﴾

    Wa inna ilyaasa laminal mursaliin.

    Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

  124. 124

    إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿١٢٤﴾

    Idz qaala liqaumihii alaa tattaquun.

    (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

  125. 125

    أَتَدۡعُونَ بَعۡلٗا وَتَذَرُونَ أَحۡسَنَ ٱلۡخَٰلِقِينَ ﴿١٢٥﴾

    Atad'uuna ba'law wa tadzaruuna ahsanal khaaliqiin.

    “Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?

  126. 126

    ٱللَّهَ رَبَّكُمۡ وَرَبَّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٢٦﴾

    Allaaha rabbakum wa rabba aabaa'ikumul awwaliin.

    “Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!”

  127. 127

    فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمۡ لَمُحۡضَرُونَ ﴿١٢٧﴾

    Fakadzdzabuuhu fa innahum lamuhdharuun.

    Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),

  128. 128

    إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿١٢٨﴾

    Illaa 'ibaadallaahil mukhlashiin.

    Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).

  129. 129

    وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿١٢٩﴾

    Wa taraknaa 'alaihi fil aakhiriin.

    Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

  130. 130

    سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِلۡ يَاسِينَ ﴿١٣٠﴾

    Salaamun 'alaa il yaasiin.

    “Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!”

  131. 131

    إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿١٣١﴾

    Innaa kadzaalika najzil muhsiniin.

    Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

  132. 132

    إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿١٣٢﴾

    Innahuu min 'ibaadinal mu'miniin.

    Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

  133. 133

    وَإِنَّ لُوطٗا لَّمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٣٣﴾

    Wa inna luuthal laminal mursaliin.

    Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

  134. 134

    إِذۡ نَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ ﴿١٣٤﴾

    Idz najjainaahu wa ahlahuu ajma'iin.

    (ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,

  135. 135

    إِلَّا عَجُوزٗا فِي ٱلۡغَٰبِرِينَ ﴿١٣٥﴾

    Illaa 'ajuuzan fil ghaabiriin.

    Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.

  136. 136

    ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ ﴿١٣٦﴾

    Tsumma dammarnal aakhariin.

    Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).

  137. 137

    وَإِنَّكُمۡ لَتَمُرُّونَ عَلَيۡهِم مُّصۡبِحِينَ ﴿١٣٧﴾

    Wa innakum latamurruuna 'alaihim mushbihiin.

    Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.

  138. 138

    وَبِٱلَّيۡلِۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ﴿١٣٨﴾

    Wa bil laili afalaa ta'qiluun.

    Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.

  139. 139

    وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٣٩﴾

    Wa inna yuunusa laminal mursaliin.

    Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

  140. 140

    إِذۡ أَبَقَ إِلَى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ ﴿١٤٠﴾

    Idz abaqa ilal fulkil masyhuun.

    (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.

  141. 141

    فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُدۡحَضِينَ ﴿١٤١﴾

    Fasaahama fakaana minal mudhadhiin.

    (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).

  142. 142

    فَٱلۡتَقَمَهُ ٱلۡحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٞ ﴿١٤٢﴾

    Faltaqamahul huutu wa huwa muliim.

    Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

  143. 143

    فَلَوۡلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ ﴿١٤٣﴾

    Falaulaa annahuu kaana minal musabbihiin.

    Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

  144. 144

    لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ ﴿١٤٤﴾

    Lalabitsa fii bathnihii ilaa yaumi yub'atsuun.

    Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

  145. 145

    ۞ فَنَبَذۡنَٰهُ بِٱلۡعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٞ ﴿١٤٥﴾

    Fanabadznaahu bil 'araa'i wa huwa saqiim.

    Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.

  146. 146

    وَأَنۢبَتۡنَا عَلَيۡهِ شَجَرَةٗ مِّن يَقۡطِينٖ ﴿١٤٦﴾

    Wa ambatnaa 'alaihi syajaratam miy yaqthiin.

    Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.

  147. 147

    وَأَرۡسَلۡنَٰهُ إِلَىٰ مِاْئَةِ أَلۡفٍ أَوۡ يَزِيدُونَ ﴿١٤٧﴾

    Wa arsalnaahu ilaa mi'ati alfin au yaziiduun.

    Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.

  148. 148

    فَـَٔامَنُواْ فَمَتَّعۡنَٰهُمۡ إِلَىٰ حِينٖ ﴿١٤٨﴾

    Fa aamanuu famatta'naahum ilaa hiin.

    (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).

  149. 149

    فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَلِرَبِّكَ ٱلۡبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلۡبَنُونَ ﴿١٤٩﴾

    Fastaftihim alirabbikal banaatu wa lahumul banuun.

    (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?

  150. 150

    أَمۡ خَلَقۡنَا ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ إِنَٰثٗا وَهُمۡ شَٰهِدُونَ ﴿١٥٠﴾

    Am khalaqnal malaa'ikata inaatsaw wa hum syaahiduun.

    Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?

  151. 151

    أَلَآ إِنَّهُم مِّنۡ إِفۡكِهِمۡ لَيَقُولُونَ ﴿١٥١﴾

    Alaa innahum min ifkihim layaquuluun.

    Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:

  152. 152

    وَلَدَ ٱللَّهُ وَإِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ ﴿١٥٢﴾

    Waladallaahu wa innahum lakaadzibuun.

    “Allah beranak”; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!

  153. 153

    أَصۡطَفَى ٱلۡبَنَاتِ عَلَى ٱلۡبَنِينَ ﴿١٥٣﴾

    Ashthafal banaati 'alal baniin.

    (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?

  154. 154

    مَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ ﴿١٥٤﴾

    Maa lakum kaifa tahkumuun.

    Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

  155. 155

    أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ﴿١٥٥﴾

    Afalaa tadzakkaruun.

    Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?

  156. 156

    أَمۡ لَكُمۡ سُلۡطَٰنٞ مُّبِينٞ ﴿١٥٦﴾

    Am lakum sulthaanum mubiin.

    Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?

  157. 157

    فَأۡتُواْ بِكِتَٰبِكُمۡ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿١٥٧﴾

    Fa'tuu bikitaabikum in kuntum shaadiqiin.

    (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.

  158. 158

    وَجَعَلُواْ بَيۡنَهُۥ وَبَيۡنَ ٱلۡجِنَّةِ نَسَبٗاۚ وَلَقَدۡ عَلِمَتِ ٱلۡجِنَّةُ إِنَّهُمۡ لَمُحۡضَرُونَ ﴿١٥٨﴾

    Wa ja'aluu bainahuu wa bainal jinnati nasabaw wa laqad 'alimatil jinnatu innahum lamuhdharuun.

    (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).

  159. 159

    سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴿١٥٩﴾

    Subhaanallaahi 'ammaa yashifuun.

    Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!

  160. 160

    إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿١٦٠﴾

    Illaa 'ibaadallaahil mukhlashiin.

    Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).

  161. 161

    فَإِنَّكُمۡ وَمَا تَعۡبُدُونَ ﴿١٦١﴾

    Fa innakum wa maa ta'buduun.

    Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.

  162. 162

    مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ بِفَٰتِنِينَ ﴿١٦٢﴾

    Maa antum 'alaihi bifaatiniin.

    Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,

  163. 163

    إِلَّا مَنۡ هُوَ صَالِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿١٦٣﴾

    Illaa man huwa shaalil jahiim.

    kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.

  164. 164

    وَمَا مِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامٞ مَّعۡلُومٞ ﴿١٦٤﴾

    Wa maa minnaa illaa lahuu maqaamum ma'luum.

    (Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): “Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);

  165. 165

    وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلصَّآفُّونَ ﴿١٦٥﴾

    Wa innaa lanahnush shaaffuun.

    “Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),

  166. 166

    وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡمُسَبِّحُونَ ﴿١٦٦﴾

    Wa innaa lanahnul musabbihuun.

    “Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!”

  167. 167

    وَإِن كَانُواْ لَيَقُولُونَ ﴿١٦٧﴾

    Wa in kaanuu layaquuluun.

    Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:

  168. 168

    لَوۡ أَنَّ عِندَنَا ذِكۡرٗا مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٦٨﴾

    Lau anna 'indanaa dzikram minal awwaliin.

    “Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu

  169. 169

    لَكُنَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿١٦٩﴾

    Lakunnaa 'ibaadallaahil mukhlashiin.

    “Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!”

  170. 170

    فَكَفَرُواْ بِهِۦۖ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ﴿١٧٠﴾

    Fakafaruu bihii fasaufa ya'lamuun.

    (Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).

  171. 171

    وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٧١﴾

    Wa laqad sabaqat kalimatunaa li'ibaadinal mursaliin.

    Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -

  172. 172

    إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ ﴿١٧٢﴾

    Innahum lahumul manshuuruun.

    Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan

  173. 173

    وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ ﴿١٧٣﴾

    Wa inna jundanaa lahumul ghaalibuun.

    Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).

  174. 174

    فَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينٖ ﴿١٧٤﴾

    Fatawalla 'anhum hattaa hiin.

    Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.

  175. 175

    وَأَبۡصِرۡهُمۡ فَسَوۡفَ يُبۡصِرُونَ ﴿١٧٥﴾

    Wa abshirhum fasaufa yubshiruun.

    Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).

  176. 176

    أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ ﴿١٧٦﴾

    Afabi'adzaabinaa yasta'jiluun.

    Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!

  177. 177

    فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمۡ فَسَآءَ صَبَاحُ ٱلۡمُنذَرِينَ ﴿١٧٧﴾

    Fa idzaa nazala bisaahatihim fasaa'a shabaahul mundzariin.

    Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.

  178. 178

    وَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينٖ ﴿١٧٨﴾

    Wa tawalla 'anhum hattaa hiin.

    Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.

  179. 179

    وَأَبۡصِرۡ فَسَوۡفَ يُبۡصِرُونَ ﴿١٧٩﴾

    Wa abshir fasaufa yubshiruun.

    Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.

  180. 180

    سُبۡحَٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴿١٨٠﴾

    Subhaana rabbika rabbil 'izzati 'ammaa yashifuun.

    Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!

  181. 181

    وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿١٨١﴾

    Wa salaamun 'alal mursaliin.

    Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.

  182. 182

    وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٨٢﴾

    Wal hamdu lillaahi rabbil 'aalamiin.

    Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Dengar bacaan Surah As-Saffat

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
37 daripada 114
Maksud nama:
Yang Berbaris-Baris
Bilangan ayat:
182
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
56
Juzuk:
23

Mengenai Surah As-Saffat

Nama surah diambil daripada perkataan "al-saffat" dalam ayat pertama yang bermaksud "yang berbaris-baris". Menurut kebanyakan ahli tafsir, ini merujuk kepada malaikat yang berdiri berbaris menunggu perintah Allah.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 182 ayat. Surah ini berada pada urutan 37 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 23; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-56. Walaupun bilangan ayat banyak, ayat-ayatnya pendek dan berirama. Ayat 102-107 menceritakan Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya sebagai korban, bapa dan anak berserah kepada perintah Allah, serta anaknya ditebus dengan haiwan korban yang besar.

Latar belakang penurunan Surah As-Saffat

Surah ini diturunkan pada pertengahan zaman Makkah ketika orang musyrik menyekutukan Allah, menganggap malaikat anak perempuan Allah, mengadakan hubungan keturunan antara jin dan Allah serta mempermainkan kebangkitan selepas mati. Orang musyrik merendahkan Nabi dan seruannya dengan mengatakan baginda penyair dan orang gila.

Surah menolak dakwaan ini dan menghiburkan Nabi serta orang beriman dengan mengingatkan melalui kisah nabi-nabi terdahulu bahawa penyampai kebenaran akhirnya terselamat, manakala pendusta dibinasakan. Tiada sebab penurunan khusus surah yang diketahui dan diterima secara meluas dalam sumber-sumber.

Kandungan Surah As-Saffat

Surah ini menyatakan bahawa Tuhan itu satu dengan bersumpah demi malaikat yang berbaris-baris. Diterangkan langit terdekat dihiasi bintang dan syaitan yang cuba mencuri dengar secara tersembunyi dihalau. Digambarkan keadaan mereka yang mengingkari kebangkitan pada hari kiamat, saling menyalahkan dan pohon zaqum di neraka. Adegan penuh pengajaran menunjukkan seorang beriman di syurga melihat temannya yang di dunia mengajaknya mengingkari kebangkitan berada di tengah neraka.

Kemudian datang kisah para nabi: penyelamatan Nabi Nuh; Nabi Ibrahim memecahkan berhala, diselamatkan daripada api dan berserah dalam ujian mengorbankan anaknya; Nabi Musa dan Harun, Nabi Ilyas, Nabi Lut dan Nabi Yunus yang ditelan ikan. Pada akhir kebanyakan kisah, salam diberikan kepada nabi tersebut. Kemudian ditolak dakwaan bahawa malaikat anak perempuan Allah. Surah mengingatkan janji kemenangan kepada para nabi; berakhir dengan menyucikan Allah daripada sifat yang mereka nisbahkan, salam kepada para rasul dan pujian kepada Tuhan sekalian alam.

Kelebihan Surah As-Saffat

Tiada riwayat sahih tentang pahala membaca surah al-Saffat yang diketahui. Menurut riwayat al-Nasa'i daripada Abdullah bin Umar, Nabi menyuruh supaya solat diringankan, tetapi apabila baginda sendiri menjadi imam, baginda membaca surah al-Saffat. Al-Albani menilai sanad riwayat ini hasan.

Dalam kalangan masyarakat, tiga ayat terakhir surah ini dibaca pada akhir tasbih selepas solat, dan pada akhir doa serta majlis. Hadis-hadis yang dijadikan dasar bagi amalan ini daif: riwayat Abu Ya'la yang memberitahu bahawa Nabi membaca ayat-ayat ini pada akhir solat dinilai Ibn Kathir sanadnya daif, dan hadis yang menggalakkan pembacaannya pada akhir majlis, yang dinukilkan al-Sya'bi secara mursal, juga dinilai daif oleh al-Albani.

Riwayat Ibn Majah yang menceritakan bahawa sepuluh ayat pertama surah ini dibaca bersama ayat-ayat lain bagi seseorang yang mengalami gangguan akal dinilai munkar oleh al-Albani, manakala riwayat tafsir yang menjanjikan pembacanya pahala sebanyak bilangan jin dan syaitan dinilai tidak berasas oleh al-Tarablusi.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah As-Saffat

Berapakah bilangan ayat Surah As-Saffat?

Surah As-Saffat mempunyai 182 ayat.

Apakah maksud As-Saffat?

As-Saffat bermaksud “Yang Berbaris-Baris”.

Adakah Surah As-Saffat Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah As-Saffat ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-56.

Surah As-Saffat dalam juzuk berapa?

Surah As-Saffat terdapat dalam juzuk 23.

Surah As-Saffat ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah As-Saffat ialah surah ke-37 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Yasin dan sebelum Surah Sad.

Bolehkah saya mendengar Surah As-Saffat di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah As-Saffat oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.