Surah Yasin

Surah ke-35 daripada 114 · Juzuk 22

Surah Fatir فاطر

45 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-43

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah Fatir diturunkan di Makkah dan mempunyai 45 ayat. Surah ini menerangkan kekuasaan dan rahmat Allah yang menciptakan langit dan bumi daripada tiada, serta kebergantungan manusia kepada-Nya.

Surah Fatir dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ فَاطِرِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ جَاعِلِ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ رُسُلًا أُوْلِيٓ أَجۡنِحَةٖ مَّثۡنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَۚ يَزِيدُ فِي ٱلۡخَلۡقِ مَا يَشَآءُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ﴿١﴾

    Al hamdu lillaahi faathiris samaawaati wal ardhi jaa'ilil malaa'ikati rusulan ulii ajnihatim matsnaa wa tsulaatsa wa rubaa'a yaziidu fil khalqi maa yasyaa'u innallaaha 'alaa kulli syai'in qadiir.

    Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

  2. 2

    مَّا يَفۡتَحِ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحۡمَةٖ فَلَا مُمۡسِكَ لَهَاۖ وَمَا يُمۡسِكۡ فَلَا مُرۡسِلَ لَهُۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٢﴾

    Maa yaftahillaahu lin naasi mir rahmatin falaa mumsika lahaa wa maa yumsik falaa mursila lahuu mim ba'dihii wa huwal 'aziizul hakiim.

    Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  3. 3

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡۚ هَلۡ مِنۡ خَٰلِقٍ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُؤۡفَكُونَ ﴿٣﴾

    Yaa ayyuhan naasudz kuruu ni'matallaahi 'alaikum hal min khaaliqin ghairullaahi yarzuqukum minas samaa'i wal ardhi laa ilaaha illaa huwa fa annaa tu'fakuun.

    Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?

  4. 4

    وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدۡ كُذِّبَتۡ رُسُلٞ مِّن قَبۡلِكَۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ ﴿٤﴾

    Wa iy yukadzdzibuuka faqad kudzdzibat rusulum min qablika wa ilallaahi turja'ul umuur.

    Dan jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad), maka sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu sebelummu telah juga didustakan (oleh kaumnya masing-masing). Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

  5. 5

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ ﴿٥﴾

    Yaa ayyuhan naasu inna wa'dallaahi haqqun falaa taghurrannakumul hayaatud dunyaa wa laa yaghurrannakum billaahil gharuur.

    Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

  6. 6

    إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ لَكُمۡ عَدُوّٞ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا يَدۡعُواْ حِزۡبَهُۥ لِيَكُونُواْ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ ﴿٦﴾

    Innasy syaithaana lakum 'aduwwun fattakhidzuuhu 'aduwwan innamaa yad'uu hizbahuu liyakuunuu min ashhaabis sa'iir.

    Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

  7. 7

    ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدٞۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَأَجۡرٞ كَبِيرٌ ﴿٧﴾

    Alladziina kafaruu lahum 'adzaabun syadiiduw wal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati lahum maghfiratuw wa ajrun kabiir.

    Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.

  8. 8

    أَفَمَن زُيِّنَ لَهُۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ فَرَءَاهُ حَسَنٗاۖ فَإِنَّ ٱللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۖ فَلَا تَذۡهَبۡ نَفۡسُكَ عَلَيۡهِمۡ حَسَرَٰتٍۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ ﴿٨﴾

    Afaman zuyyina lahuu suu'u 'amalihii fara'aahu hasanan fa innallaaha yudhillu may yasyaa'u wa yahdii may yasyaa'u falaa tadzhab nafsuka 'alaihim hasaraatin innallaaha 'aliimum bimaa yashna'uun.

    Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya)? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.

  9. 9

    وَٱللَّهُ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابٗا فَسُقۡنَٰهُ إِلَىٰ بَلَدٖ مَّيِّتٖ فَأَحۡيَيۡنَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَاۚ كَذَٰلِكَ ٱلنُّشُورُ ﴿٩﴾

    Wallaahul ladzii arsalar riyaaha fatutsiiru sahaaban fasuqnaahu ilaa baladim mayyitin fa ahyainaa bihil ardha ba'da mautihaa kadzaalikan nusyuur.

    Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati).

  10. 10

    مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلۡعِزَّةَ فَلِلَّهِ ٱلۡعِزَّةُ جَمِيعًاۚ إِلَيۡهِ يَصۡعَدُ ٱلۡكَلِمُ ٱلطَّيِّبُ وَٱلۡعَمَلُ ٱلصَّٰلِحُ يَرۡفَعُهُۥۚ وَٱلَّذِينَ يَمۡكُرُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ لَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدٞۖ وَمَكۡرُ أُوْلَٰٓئِكَ هُوَ يَبُورُ ﴿١٠﴾

    Man kaana yuriidul 'izzata falillaahil 'izzatu jamii'an ilaihi yash'adul kalimuth thayyibu wal 'amalush shaalihu yarfa'uhuu wal ladziina yamkuruunas sayyi'aati lahum 'adzaabun syadiiduw wa makru ulaa'ika huwa yabuur.

    Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

  11. 11

    وَٱللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٖ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٖ ثُمَّ جَعَلَكُمۡ أَزۡوَٰجٗاۚ وَمَا تَحۡمِلُ مِنۡ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلۡمِهِۦۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٖ وَلَا يُنقَصُ مِنۡ عُمُرِهِۦٓ إِلَّا فِي كِتَٰبٍۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٞ ﴿١١﴾

    Wallaahu khalaqakum min turaabin tsumma min nuthfatin tsumma ja'alakum azwaajaw wa maa tahmilu min untsaa wa laa tadha'u illaa bi'ilmihii wa maa yu'ammaru mim mu'ammariw wa laa yunqashu min 'umurihii illaa fii kitaabin inna dzaalika 'alallaahi yasiir.

    Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

  12. 12

    وَمَا يَسۡتَوِي ٱلۡبَحۡرَانِ هَٰذَا عَذۡبٞ فُرَاتٞ سَآئِغٞ شَرَابُهُۥ وَهَٰذَا مِلۡحٌ أُجَاجٞۖ وَمِن كُلّٖ تَأۡكُلُونَ لَحۡمٗا طَرِيّٗا وَتَسۡتَخۡرِجُونَ حِلۡيَةٗ تَلۡبَسُونَهَاۖ وَتَرَى ٱلۡفُلۡكَ فِيهِ مَوَاخِرَ لِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ﴿١٢﴾

    Wa maa yastawil bahraani haadzaa 'adzbun furaatun saa'ighun syaraabuhuu wa haadzaa milhun ujaajuw wa min kullin ta'kuluuna lahman thariyyaw wa tastakhrijuuna hilyatan talbasuunahaa wa taral fulka fiihi mawaakhira litabtaghuu min fadhlihii wa la'allakum tasykuruun.

    Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur.

  13. 13

    يُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَۖ كُلّٞ يَجۡرِي لِأَجَلٖ مُّسَمّٗىۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمۡ لَهُ ٱلۡمُلۡكُۚ وَٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ مَا يَمۡلِكُونَ مِن قِطۡمِيرٍ ﴿١٣﴾

    Yuulijul laila fin nahaari wa yuulijun nahaara fil laili wa sakhkharasy syamsa wal qamara kulluy yajrii li'ajalim musamman dzaalikumullaahu rabbukum lahul mulku wal ladziina tad'uuna min duunihii maa yamlikuuna min qithmiir.

    Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah - yang lain dari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.

  14. 14

    إِن تَدۡعُوهُمۡ لَا يَسۡمَعُواْ دُعَآءَكُمۡ وَلَوۡ سَمِعُواْ مَا ٱسۡتَجَابُواْ لَكُمۡۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ يَكۡفُرُونَ بِشِرۡكِكُمۡۚ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثۡلُ خَبِيرٖ ﴿١٤﴾

    In tad'uuhum laa yasma'uu du'aa'akum wa lau sami'uu mas tajaabuu lakum wa yaumal qiyaamati yakfuruuna bisyirkikum wa laa yunabbi'uka mitslu khabiir.

    Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu): mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya.

  15. 15

    ۞ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ ﴿١٥﴾

    Yaa ayyuhan naasu antumul fuqaraa'u ilallaahi wallaahu huwal ghaniyyul hamiid.

    (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

  16. 16

    إِن يَشَأۡ يُذۡهِبۡكُمۡ وَيَأۡتِ بِخَلۡقٖ جَدِيدٖ ﴿١٦﴾

    Iy yasya' yudzhibkum wa ya'ti bikhalqin jadiid.

    Jika Ia mahu, nescaya Ia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu.

  17. 17

    وَمَا ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ بِعَزِيزٖ ﴿١٧﴾

    Wa maa dzaalika 'alallaahi bi'aziiz.

    Dan (perlaksanaan) yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.

  18. 18

    وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٞ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۚ وَإِن تَدۡعُ مُثۡقَلَةٌ إِلَىٰ حِمۡلِهَا لَا يُحۡمَلۡ مِنۡهُ شَيۡءٞ وَلَوۡ كَانَ ذَا قُرۡبَىٰٓۗ إِنَّمَا تُنذِرُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَۚ وَمَن تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفۡسِهِۦۚ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ ﴿١٨﴾

    Wa laa taziru waaziratuw wizra ukhraa wa in tad'u mutsqalatun ilaa himlihaa laa yuhmal minhu syai'uw wa lau kaana dzaa qurbaa innamaa tundzirul ladziina yakhsyauna rabbahum bil ghaibi wa aqaamush shalaata wa man tazakkaa fa innamaa yatazakkaa linafsihii wa ilallaahil mashiir.

    Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.

  19. 19

    وَمَا يَسۡتَوِي ٱلۡأَعۡمَىٰ وَٱلۡبَصِيرُ ﴿١٩﴾

    Wa maa yastawil a'maa wal bashiir.

    Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang celek.

  20. 20

    وَلَا ٱلظُّلُمَٰتُ وَلَا ٱلنُّورُ ﴿٢٠﴾

    Wa lazh zhulumaatu wa lan nuur.

    Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang,

  21. 21

    وَلَا ٱلظِّلُّ وَلَا ٱلۡحَرُورُ ﴿٢١﴾

    Wa lazh zhillu wa lal haruur.

    Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya.

  22. 22

    وَمَا يَسۡتَوِي ٱلۡأَحۡيَآءُ وَلَا ٱلۡأَمۡوَٰتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُسۡمِعُ مَن يَشَآءُۖ وَمَآ أَنتَ بِمُسۡمِعٖ مَّن فِي ٱلۡقُبُورِ ﴿٢٢﴾

    Wa maa yastawil ahyaa'u wa lal amwaatu innallaaha yusmi'u may yasyaa'u wa maa anta bimusmi'im man fil qubuur.

    Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, (menurut undang-undang peraturanNya), dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya).

  23. 23

    إِنۡ أَنتَ إِلَّا نَذِيرٌ ﴿٢٣﴾

    In anta illaa nadziir.

    Engkau tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

  24. 24

    إِنَّآ أَرۡسَلۡنَٰكَ بِٱلۡحَقِّ بَشِيرٗا وَنَذِيرٗاۚ وَإِن مِّنۡ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٞ ﴿٢٤﴾

    Innaa arsalnaaka bil haqqi basyiiraw wa nadziiraw wa im min ummatin illaa khalaa fiihaa nadziir.

    Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Ugama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

  25. 25

    وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدۡ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ جَآءَتۡهُمۡ رُسُلُهُم بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَبِٱلزُّبُرِ وَبِٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡمُنِيرِ ﴿٢٥﴾

    Wa iy yukadzdzibuuka faqad kadzdzabal ladziina min qablihim jaa'athum rusuluhum bil bayyinaati wa biz zuburi wa bil kitaabil muniir.

    Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (syariat) yang terang jelas.

  26. 26

    ثُمَّ أَخَذۡتُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْۖ فَكَيۡفَ كَانَ نَكِيرِ ﴿٢٦﴾

    Tsumma akhadztul ladziina kafaruu fakaifa kaana nakiir.

    Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).

  27. 27

    أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ ثَمَرَٰتٖ مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٰنُهَاۚ وَمِنَ ٱلۡجِبَالِ جُدَدُۢ بِيضٞ وَحُمۡرٞ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٞ ﴿٢٧﴾

    Alam tara annallaaha anzala minas samaa'i maa'an fa akhrajnaa bihii tsamaraatim mukhtalifan alwaanuhaa wa minal jibaali judadum biidhuw wa humrum mukhtalifun alwaanuhaa wa gharaabiibu suud.

    Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

  28. 28

    وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ﴿٢٨﴾

    Wa minan naasi wad dawaabbi wal an'aami mukhtalifun alwaanuhuu kadzaalika innamaa yakhsyallaaha min 'ibaadihil 'ulamaa'u innallaaha 'aziizun ghafuur.

    Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

  29. 29

    إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَ ﴿٢٩﴾

    Innal ladziina yatluuna kitaaballaahi wa aqaamush shalaata wa anfaquu mimmaa razaqnaahum sirraw wa 'alaaniyatay yarjuuna tijaaratal lan tabuur.

    Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

  30. 30

    لِيُوَفِّيَهُمۡ أُجُورَهُمۡ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ غَفُورٞ شَكُورٞ ﴿٣٠﴾

    Liyuwaffiyahum ujuurahum wa yaziidahum min fadhlihii innahuu ghafuurun syakuur.

    Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

  31. 31

    وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ هُوَ ٱلۡحَقُّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِعِبَادِهِۦ لَخَبِيرُۢ بَصِيرٞ ﴿٣١﴾

    Wal ladzii auhainaa ilaika minal kitaabi huwal haqqu mushaddiqal limaa baina yadaihi innallaaha bi'ibaadihii lakhabiirum bashiir.

    Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.

  32. 32

    ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ ﴿٣٢﴾

    Tsumma auratsnal kitaabal ladziinash thafainaa min 'ibaadinaa faminhum zhaalimul linafsihii wa minhum muqtashiduw wa minhum saabiqum bil khairaati bi'idznillaahi dzaalika huwal fadhlul kabiir.

    Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

  33. 33

    جَنَّٰتُ عَدۡنٖ يَدۡخُلُونَهَا يُحَلَّوۡنَ فِيهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٖ وَلُؤۡلُؤٗاۖ وَلِبَاسُهُمۡ فِيهَا حَرِيرٞ ﴿٣٣﴾

    Jannaatu 'adniy yadkhuluunahaa yuhallauna fiihaa min asaawira min dzahabiw wa lu'lu'aw wa libaasuhum fiihaa hariir.

    (Balasan mereka ialah) Syurga - syurga “And”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.

  34. 34

    وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَذۡهَبَ عَنَّا ٱلۡحَزَنَۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٞ شَكُورٌ ﴿٣٤﴾

    Wa qaalul hamdu lillaahil ladzii adzhaba 'annal hazana inna rabbanaa laghafuurun syakuur.

    Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: “Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);

  35. 35

    ٱلَّذِيٓ أَحَلَّنَا دَارَ ٱلۡمُقَامَةِ مِن فَضۡلِهِۦ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٞ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٞ ﴿٣٥﴾

    Alladzii ahallanaa daaral muqaamati min fadhlihii laa yamassunaa fiihaa nashabuw wa laa yamassunaa fiihaa lughuub.

    Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu”.

  36. 36

    وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَهُمۡ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقۡضَىٰ عَلَيۡهِمۡ فَيَمُوتُواْ وَلَا يُخَفَّفُ عَنۡهُم مِّنۡ عَذَابِهَاۚ كَذَٰلِكَ نَجۡزِي كُلَّ كَفُورٖ ﴿٣٦﴾

    Wal ladziina kafaruu lahum naaru jahannama laa yuqdhaa 'alaihim fayamuutuu wa laa yukhaffafu 'anhum min 'adzaabihaa kadzaalika najzii kulla kafuur.

    Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.

  37. 37

    وَهُمۡ يَصۡطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا نَعۡمَلۡ صَٰلِحًا غَيۡرَ ٱلَّذِي كُنَّا نَعۡمَلُۚ أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ ٱلنَّذِيرُۖ فَذُوقُواْ فَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِن نَّصِيرٍ ﴿٣٧﴾

    Wa hum yashtharikhuuna fiihaa rabbanaa akhrijnaa na'mal shaalihan ghairal ladzii kunnaa na'malu awalam nu'ammirkum maa yatadzakkaru fiihi man tadzakkara wa jaa'akumun nadziiru fadzuuquu famaa lizh zhaalimiina min nashiir.

    Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan”.

  38. 38

    إِنَّ ٱللَّهَ عَٰلِمُ غَيۡبِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ إِنَّهُۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ﴿٣٨﴾

    Innallaaha 'aalimu ghaibis samaawaati wal ardhi innahuu 'aliimum bidzaatish shuduur.

    Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

  39. 39

    هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَكُمۡ خَلَٰٓئِفَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيۡهِ كُفۡرُهُۥۖ وَلَا يَزِيدُ ٱلۡكَٰفِرِينَ كُفۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ إِلَّا مَقۡتٗاۖ وَلَا يَزِيدُ ٱلۡكَٰفِرِينَ كُفۡرُهُمۡ إِلَّا خَسَارٗا ﴿٣٩﴾

    Huwal ladzii ja'alakum khalaa'ifa fil ardhi faman kafara fa'alaihi kufruhuu wa laa yaziidul kaafiriina kufruhum 'inda rabbihim illaa maqtaw wa laa yaziidul kaafiriina kufruhum illaa khasaaraa.

    Dia lah yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri; dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.

  40. 40

    قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ شُرَكَآءَكُمُ ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُواْ مِنَ ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ لَهُمۡ شِرۡكٞ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَمۡ ءَاتَيۡنَٰهُمۡ كِتَٰبٗا فَهُمۡ عَلَىٰ بَيِّنَتٖ مِّنۡهُۚ بَلۡ إِن يَعِدُ ٱلظَّٰلِمُونَ بَعۡضُهُم بَعۡضًا إِلَّا غُرُورًا ﴿٤٠﴾

    Qul ara'aitum syurakaa'akumul ladziina tad'uuna min duunillaahi aruunii maadzaa khalaquu minal ardhi am lahum syirkun fis samaawaati am aatainaahum kitaaban fahum 'alaa bayyinatim minhu bal iy ya'iduzh zhaalimuuna ba'dhuhum ba'dhan illaa ghuruuraa.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu-sekutu, yang kamu seru dan sembah selain Allah? Tunjukkanlah kepadaku apa yang mereka telah ciptakan dari bahagian bumi ini?. Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Atau pernahkah Kami memberi mereka sebuah Kitab (mengakui mereka menjadi kongsi Kami), maka (dengan itu menjadilah) perkongsian mereka berdasarkan keterangan yang terdapat dari Kitab itu? “(Tidak ada sesuatu alasan pun) bahkan orang-orang yang zalim itu, terpedaya dengan kata-kata yang disebutkan oleh setengahnya kepada yang lain, kata-kata yang hanya menjanjikan perkara yang tidak benar.

  41. 41

    ۞ إِنَّ ٱللَّهَ يُمۡسِكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ أَن تَزُولَاۚ وَلَئِن زَالَتَآ إِنۡ أَمۡسَكَهُمَا مِنۡ أَحَدٖ مِّنۢ بَعۡدِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورٗا ﴿٤١﴾

    Innallaaha yumsikus samaawaati wal ardha an tazuulaa wa la'in zaalataa in amsakahumaa min ahadim mim ba'dihii innahuu kaana haliiman ghafuuraa.

    Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

  42. 42

    وَأَقۡسَمُواْ بِٱللَّهِ جَهۡدَ أَيۡمَٰنِهِمۡ لَئِن جَآءَهُمۡ نَذِيرٞ لَّيَكُونُنَّ أَهۡدَىٰ مِنۡ إِحۡدَى ٱلۡأُمَمِۖ فَلَمَّا جَآءَهُمۡ نَذِيرٞ مَّا زَادَهُمۡ إِلَّا نُفُورًا ﴿٤٢﴾

    Wa aqsamuu billaahi jahda aimaanihim la'in jaa'ahum nadziirul layakuununna ahdaa min ihdal umami falammaa jaa'ahum nadziirum maa zaadahum illaa nufuuraa.

    Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebebar-benar sumpahnya: demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan ugamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran,

  43. 43

    ٱسۡتِكۡبَارٗا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَمَكۡرَ ٱلسَّيِّيِٕۚ وَلَا يَحِيقُ ٱلۡمَكۡرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهۡلِهِۦۚ فَهَلۡ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ ٱلۡأَوَّلِينَۚ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَبۡدِيلٗاۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَحۡوِيلًا ﴿٤٣﴾

    Istikbaaran fil ardhi wa makras sayyi'i wa laa yahiiqul makrus sayyi'u illaa bi'ahlihii fahal yanzhuruuna illaa sunnatal awwaliina falan tajida lisunnatillaahi tabdiilaw wa lan tajida lisunnatillaahi tahwiilaa.

    Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu.

  44. 44

    أَوَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَكَانُوٓاْ أَشَدَّ مِنۡهُمۡ قُوَّةٗۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعۡجِزَهُۥ مِن شَيۡءٖ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَلَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَلِيمٗا قَدِيرٗا ﴿٤٤﴾

    Awalam yasiiruu fil ardhi fayanzhuruu kaifa kaana 'aaqibatul ladziina min qablihim wa kaanuu asyadda minhum quwwataw wa maa kaanallaahu liyu'jizahuu min syai'in fis samaawaati wa laa fil ardhi innahuu kaana 'aliiman qadiiraa.

    (Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

  45. 45

    وَلَوۡ يُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُواْ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهۡرِهَا مِن دَآبَّةٖ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمّٗىۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِيرَۢا ﴿٤٥﴾

    Wa lau yu'aakhidzullaahun naasa bimaa kasabuu maa taraka 'alaa zhahrihaa min daabbatiw wa laakiy yu'akhkhiruhum ilaa ajalim musamman fa idzaa jaa'a ajaluhum fa innallaaha kaana bi'ibaadihii bashiiraa.

    Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.

Dengar bacaan Surah Fatir

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
35 daripada 114
Maksud nama:
Pencipta
Bilangan ayat:
45
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
43
Juzuk:
22

Mengenai Surah Fatir

Nama surah diambil daripada perkataan "fatir" yang disebut sebagai sifat Allah dalam ayat pertama. Perkataan ini bermaksud yang menciptakan buat pertama kali tanpa contoh, yang mengadakan daripada tiada. Oleh sebab ayat yang sama menyebut malaikat dijadikan utusan dengan dua, tiga dan empat sayap, surah ini juga dinamakan "Mala'ikah" (malaikat).

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 45 ayat. Surah ini berada pada urutan 35 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 22; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-43. Seperti surah Saba' sebelumnya, surah ini bermula dengan pujian kepada Allah. Ayat 28 yang menyatakan bahawa hanya hamba yang berilmu takut kepada Allah dengan sewajarnya terdapat dalam surah ini.

Latar belakang penurunan Surah Fatir

Surah ini diturunkan pada pertengahan zaman Makkah, ketika penyampaian Nabi ditolak dengan degil oleh orang musyrik dan baginda sangat bersedih kerana keadaan ini. Ayat-ayatnya menyatakan kepada Nabi supaya tidak menghabiskan diri dalam kesedihan kerana kekufuran manusia dan mengingatkan bahawa nabi-nabi sebelumnya juga didustakan.

Tiada sebab penurunan khusus surah yang diketahui dan diterima secara meluas dalam sumber-sumber. Sebutan dalam surah tentang mereka yang bersumpah akan lebih mendapat petunjuk daripada umat lain jika seorang pemberi peringatan datang, tetapi apabila dia datang mereka hanya semakin menjauh, mencerminkan suasana Makkah ketika itu.

Kandungan Surah Fatir

Surah ini bermula dengan pujian kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi serta menjadikan malaikat sebagai utusan, dan menyatakan bahawa tiada siapa dapat menghalang rahmat yang dibukakan-Nya kepada manusia. Diberikan peringatan agar kehidupan dunia dan syaitan tidak memperdaya manusia.

Kemudian disenaraikan bukti seperti angin menggerakkan awan, penghidupan tanah yang mati, penciptaan manusia daripada tanah, laut tawar dan masin serta malam dan siang yang saling memasuki. Ditegaskan bahawa manusia memerlukan Allah, sedangkan Allah tidak memerlukan apa-apa. Dinyatakan bahawa tiada seorang pun memikul beban dosa orang lain. Diterangkan bahawa yang melihat dan yang buta, kegelapan dan cahaya tidak sama. Selepas menyebut buah, gunung, manusia dan haiwan yang pelbagai warna, dijelaskan bahawa hanya hamba yang berilmu takut kepada Allah dengan sewajarnya. Dinyatakan bahawa mereka yang membaca Kitab, mendirikan solat dan berinfak mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. Diterangkan bahawa pewaris Kitab terbahagi kepada tiga golongan. Surah berakhir dengan menyatakan bahawa jika Allah segera menghukum manusia kerana perbuatan mereka, tiada makhluk hidup akan ditinggalkan di bumi.

Kelebihan Surah Fatir

Tiada hadis sahih tentang pahala membaca surah Fatir yang diketahui. Menurut riwayat al-Tirmizi daripada Abu Sa'id al-Khudri, tentang ayat 32, yang membahagikan hamba-hamba yang diwarisi Kitab kepada tiga golongan, iaitu yang menzalimi diri sendiri, yang pertengahan dan yang mendahului dalam kebaikan, Nabi bersabda, "Kesemuanya berada pada martabat yang sama dan kesemuanya di syurga." Al-Tirmizi menyebut "hasan gharib", Ibn Kathir menyebut bahawa dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak disebutkan namanya, manakala al-Albani menilainya sahih.

Dalam tafsir ayat 37, yang bermaksud "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu cukup lama untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir?", Ibn Kathir menyebut hadis yang diriwayatkan al-Bukhari daripada Abu Hurairah: Allah tidak menyisakan alasan bagi orang yang Dia tangguhkan ajalnya sehingga mencapai usia enam puluh tahun. Adapun riwayat yang dinisbahkan kepada Ubai bin Ka'ab, yang memberitahu bahawa semua pintu syurga akan memanggil pembaca surah ini, dimasukkan Ibn al-Jauzi dalam kalangan riwayat palsu.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Fatir

Berapakah bilangan ayat Surah Fatir?

Surah Fatir mempunyai 45 ayat.

Apakah maksud Fatir?

Fatir bermaksud “Pencipta”.

Adakah Surah Fatir Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Fatir ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-43.

Surah Fatir dalam juzuk berapa?

Surah Fatir terdapat dalam juzuk 22.

Surah Fatir ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Fatir ialah surah ke-35 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Saba' dan sebelum Surah Yasin.

Bolehkah saya mendengar Surah Fatir di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Fatir oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.