Surah Yasin

Surah ke-45 daripada 114 · Juzuk 25

Surah Al-Jathiyah الجاثية

37 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-65

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Jathiyah diturunkan di Makkah dan mempunyai 37 ayat. Surah ini menarik perhatian kepada tanda-tanda di langit, bumi dan penciptaan manusia; memberikan peringatan tentang hari perhitungan kepada mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan dan mengingkari akhirat.

Surah Al-Jathiyah dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    حمٓ ﴿١﴾

    Haa miim.

    Haa, Miim.

  2. 2

    تَنزِيلُ ٱلۡكِتَٰبِ مِنَ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَكِيمِ ﴿٢﴾

    Tanziilul kitaabi minallaahil 'aziizil hakiim.

    Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  3. 3

    إِنَّ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿٣﴾

    Inna fis samaawaati wal ardhi la'aayaatil lil mu'miniin.

    Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

  4. 4

    وَفِي خَلۡقِكُمۡ وَمَا يَبُثُّ مِن دَآبَّةٍ ءَايَٰتٞ لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ﴿٤﴾

    Wa fii khalqikum wa maa yabutstsu min daabbatin aayaatul liqaumiy yuuqinuun.

    Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.

  5. 5

    وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن رِّزۡقٖ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَا وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ ءَايَٰتٞ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ ﴿٥﴾

    Wakhtilaafil laili wan nahaari wa maa anzalallaahu minas samaa'i mir rizqin fa ahyaa bihil ardha ba'da mautihaa wa tashriifir riyaahi aayaatul liqaumiy ya'qiluun.

    Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

  6. 6

    تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱللَّهِ نَتۡلُوهَا عَلَيۡكَ بِٱلۡحَقِّۖ فَبِأَيِّ حَدِيثِۭ بَعۡدَ ٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ يُؤۡمِنُونَ ﴿٦﴾

    Tilka aayaatullaahi natluuhaa 'alaika bil haqqi fabi'ayyi hadiitsim ba'dallaahi wa aayaatihii yu'minuun.

    Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

  7. 7

    وَيۡلٞ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٖ ﴿٧﴾

    Wailul likulli affaakin atsiim.

    Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -

  8. 8

    يَسۡمَعُ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُسۡتَكۡبِرٗا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَاۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٖ ﴿٨﴾

    Yasma'u aayaatillaahi tutlaa 'alaihi tsumma yushirru mustakbiran ka'al lam yasma'haa fabasysyirhu bi'adzaabin aliim.

    Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

  9. 9

    وَإِذَا عَلِمَ مِنۡ ءَايَٰتِنَا شَيۡـًٔا ٱتَّخَذَهَا هُزُوًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٞ مُّهِينٞ ﴿٩﴾

    Wa idzaa 'alima min aayaatinaa syai'anit takhadzahaa huzuwan ulaa'ika lahum 'adzaabum muhiin.

    Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.

  10. 10

    مِّن وَرَآئِهِمۡ جَهَنَّمُۖ وَلَا يُغۡنِي عَنۡهُم مَّا كَسَبُواْ شَيۡـٔٗا وَلَا مَا ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَوۡلِيَآءَۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١٠﴾

    Miw waraa'ihim jahannamu wa laa yughnii 'anhum maa kasabuu syai'aw wa laa mat takhadzuu min duunillaahi auliyaa'a wa lahum 'adzaabun 'azhiim.

    Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.

  11. 11

    هَٰذَا هُدٗىۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ لَهُمۡ عَذَابٞ مِّن رِّجۡزٍ أَلِيمٌ ﴿١١﴾

    Haadzaa hudaw wal ladziina kafaruu bi'aayaati rabbihim lahum 'adzaabum mir rijzin aliim.

    Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

  12. 12

    ۞ ٱللَّهُ ٱلَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ ٱلۡبَحۡرَ لِتَجۡرِيَ ٱلۡفُلۡكُ فِيهِ بِأَمۡرِهِۦ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ﴿١٢﴾

    Allaahul ladzii sakhkhara lakumul bahra litajriyal fulku fiihi bi'amrihii wa litabtaghuu min fadhlihii wa la'allakum tasykuruun.

    Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

  13. 13

    وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مِّنۡهُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٣﴾

    Wa sakhkhara lakum maa fis samaawaati wa maa fil ardhi jamii'am minhu inna fii dzaalika la'aayaatil liqaumiy yatafakkaruun.

    Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

  14. 14

    قُل لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ يَغۡفِرُواْ لِلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ أَيَّامَ ٱللَّهِ لِيَجۡزِيَ قَوۡمَۢا بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ﴿١٤﴾

    Qul lil ladziina aamanuu yaghfiruu lil ladziina laa yarjuuna ayyaamallaahi liyajziya qaumam bimaa kaanuu yaksibuun.

    Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.

  15. 15

    مَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا فَلِنَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَسَآءَ فَعَلَيۡهَاۖ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ تُرۡجَعُونَ ﴿١٥﴾

    Man 'amila shaalihan falinafsihii wa man asaa'a fa'alaihaa tsumma ilaa rabbikum turja'uun.

    (Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.

  16. 16

    وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٦﴾

    Wa laqad aatainaa banii israa'iilal kitaaba wal hukma wan nubuwwata wa razaqnaahum minath thayyibaati wa fadhdhalnaahum 'alal 'aalamiin.

    Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.

  17. 17

    وَءَاتَيۡنَٰهُم بَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِۖ فَمَا ٱخۡتَلَفُوٓاْ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ رَبَّكَ يَقۡضِي بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ ﴿١٧﴾

    Wa aatainaahum bayyinaatim minal amri famakh talafuu illaa mim ba'di maa jaa'ahumul 'ilmu baghyam bainahum inna rabbaka yaqdhii bainahum yaumal qiyaamati fiimaa kaanuu fiihi yakhtalifuun.

    Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

  18. 18

    ثُمَّ جَعَلۡنَٰكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِ فَٱتَّبِعۡهَا وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿١٨﴾

    Tsumma ja'alnaaka 'alaa syarii'atim minal amri fattabi'haa wa laa tattabi' ahwaa'al ladziina laa ya'lamuun.

    Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

  19. 19

    إِنَّهُمۡ لَن يُغۡنُواْ عَنكَ مِنَ ٱللَّهِ شَيۡـٔٗاۚ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۖ وَٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلۡمُتَّقِينَ ﴿١٩﴾

    Innahum lay yughnuu 'anka minallaahi syai'aw wa innazh zhaalimiina ba'dhuhum auliyaa'u ba'dhiw wallaahu waliyyul muttaqiin.

    Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).

  20. 20

    هَٰذَا بَصَٰٓئِرُ لِلنَّاسِ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٞ لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ﴿٢٠﴾

    Haadzaa bashaa'iru lin naasi wa hudaw wa rahmatul liqaumiy yuuqinuun.

    Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

  21. 21

    أَمۡ حَسِبَ ٱلَّذِينَ ٱجۡتَرَحُواْ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن نَّجۡعَلَهُمۡ كَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَوَآءٗ مَّحۡيَاهُمۡ وَمَمَاتُهُمۡۚ سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ ﴿٢١﴾

    Am hasibal ladziinaj tarahus sayyi'aati an naj'alahum kal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati sawaa'am mahyaahum wa mamaatuhum saa'a maa yahkumuun.

    Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.

  22. 22

    وَخَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ وَلِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ﴿٢٢﴾

    Wa khalaqallaahus samaawaati wal ardha bil haqqi wa litujzaa kullu nafsim bimaa kasabat wa hum laa yuzhlamuun.

    Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

  23. 23

    أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٢٣﴾

    Afara'aita manit takhadza ilaahahuu hawaahu wa adhallahullaahu 'alaa 'ilmiw wa khatama 'alaa sam'ihii wa qalbihii wa ja'ala 'alaa basharihii ghisyaawatan famay yahdiihi mim ba'dillaahi afalaa tadzakkaruun.

    Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

  24. 24

    وَقَالُواْ مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنۡيَا نَمُوتُ وَنَحۡيَا وَمَا يُهۡلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهۡرُۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنۡ عِلۡمٍۖ إِنۡ هُمۡ إِلَّا يَظُنُّونَ ﴿٢٤﴾

    Wa qaaluu maa hiya illaa hayaatunad dunyaa namuutu wa nahyaa wa maa yuhlikunaa illad dahru wa maa lahum bidzaalika min 'ilmin in hum illaa yazhunnuun.

    Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

  25. 25

    وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُنَا بَيِّنَٰتٖ مَّا كَانَ حُجَّتَهُمۡ إِلَّآ أَن قَالُواْ ٱئۡتُواْ بِـَٔابَآئِنَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿٢٥﴾

    Wa idzaa tutlaa 'alaihim aayaatunaa bayyinaatim maa kaana hujjatahum illaa an qaalu' tuu bi'aabaa'inaa in kuntum shaadiqiin.

    Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain daripada berkata: “Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) kalau betul kami orang-orang yang benar!”

  26. 26

    قُلِ ٱللَّهُ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يَجۡمَعُكُمۡ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ لَا رَيۡبَ فِيهِ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿٢٦﴾

    Qulillaahu yuhyiikum tsumma yumiitukum tsumma yajma'ukum ilaa yaumil qiyaamati laa raiba fiihi wa laakinna aktsaran naasi laa ya'lamuun.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)”.

  27. 27

    وَلِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَيَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ يَوۡمَئِذٖ يَخۡسَرُ ٱلۡمُبۡطِلُونَ ﴿٢٧﴾

    Wa lillaahi mulkus samaawaati wal ardhi wa yauma taquumus saa'atu yauma'idziy yakhsarul mubthiluun.

    Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.

  28. 28

    وَتَرَىٰ كُلَّ أُمَّةٖ جَاثِيَةٗۚ كُلُّ أُمَّةٖ تُدۡعَىٰٓ إِلَىٰ كِتَٰبِهَا ٱلۡيَوۡمَ تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿٢٨﴾

    Wa taraa kulla ummatin jaatsiyatan kullu ummatin tud'aa ilaa kitaabihal yauma tujzauna maa kuntum ta'maluun.

    Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!

  29. 29

    هَٰذَا كِتَٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيۡكُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّا كُنَّا نَسۡتَنسِخُ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿٢٩﴾

    Haadzaa kitaabunaa yanthiqu 'alaikum bil haqqi innaa kunnaa nastansikhu maa kuntum ta'maluun.

    “Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!”

  30. 30

    فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَيُدۡخِلُهُمۡ رَبُّهُمۡ فِي رَحۡمَتِهِۦۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡمُبِينُ ﴿٣٠﴾

    Fa ammal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati fayudkhiluhum rabbuhum fii rahmatihii dzaalika huwal fauzul mubiin.

    Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

  31. 31

    وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَفَلَمۡ تَكُنۡ ءَايَٰتِي تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ وَكُنتُمۡ قَوۡمٗا مُّجۡرِمِينَ ﴿٣١﴾

    Wa ammal ladziina kafaruu afalam takun aayaatii tutlaa 'alaikum fastakbartum wa kuntum qaumam mujrimiin.

    Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?

  32. 32

    وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ وَٱلسَّاعَةُ لَا رَيۡبَ فِيهَا قُلۡتُم مَّا نَدۡرِي مَا ٱلسَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنّٗا وَمَا نَحۡنُ بِمُسۡتَيۡقِنِينَ ﴿٣٢﴾

    Wa idzaa qiila inna wa'dallaahi haqquw was saa'atu laa raiba fiihaa qultum maa nadrii mas saa'atu in nazhunnu illaa zhannaw wa maa nahnu bimustaiqiniin.

    “Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ‘Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya’, kamu berkata: ‘Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya’.”

  33. 33

    وَبَدَا لَهُمۡ سَيِّـَٔاتُ مَا عَمِلُواْ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ﴿٣٣﴾

    Wa badaa lahum sayyi'aatu maa 'amiluu wa haaqa bihim maa kaanuu bihii yastahzi'uun.

    Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu!

  34. 34

    وَقِيلَ ٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰكُمۡ كَمَا نَسِيتُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَٰذَا وَمَأۡوَىٰكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّٰصِرِينَ ﴿٣٤﴾

    Wa qiilal yauma nansaakum kamaa nasiitum liqaa'a yaumikum haadzaa wa ma'waakumun naaru wa maa lakum min naashiriin.

    Dan dikatakan (kepada mereka): “Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

  35. 35

    ذَٰلِكُم بِأَنَّكُمُ ٱتَّخَذۡتُمۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ هُزُوٗا وَغَرَّتۡكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ لَا يُخۡرَجُونَ مِنۡهَا وَلَا هُمۡ يُسۡتَعۡتَبُونَ ﴿٣٥﴾

    Dzaalikum bi'annakumut takhadztum aayaatillaahi huzuwaw wa gharratkumul hayaatud dunyaa fal yauma laa yukhrajuuna minhaa wa laa hum yusta'tabuun.

    “(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia”. Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).

  36. 36

    فَلِلَّهِ ٱلۡحَمۡدُ رَبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَرَبِّ ٱلۡأَرۡضِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٣٦﴾

    Falillaahil hamdu rabbis samaawaati wa rabbil ardhi rabbil 'aalamiin.

    (Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam.

  37. 37

    وَلَهُ ٱلۡكِبۡرِيَآءُ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٣٧﴾

    Wa lahul kibriyaa'u fis samaawaati wal ardhi wa huwal 'aziizul hakiim.

    Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dengar bacaan Surah Al-Jathiyah

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
45 daripada 114
Maksud nama:
Yang Berlutut
Bilangan ayat:
37
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
65
Juzuk:
25

Mengenai Surah Al-Jathiyah

Nama surah diambil daripada perkataan "jathiyah" dalam ayat 28 yang bermaksud "berlutut"; ayat ini menyatakan bahawa pada hari kiamat setiap umat dipanggil kepada kitabnya dalam keadaan berlutut. Surah ini juga disebut "Syari'ah" kerana perkataan "syariat" dalam ayat 18, dan "Dahr" kerana ayat 24 menyampaikan kata-kata orang kafir, "Hanya masa (dahr) membinasakan kami".

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 37 ayat. Surah ini berada pada urutan 45 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 25; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-65 dan yang keenam dalam surah Hawamim.

Latar belakang penurunan Surah Al-Jathiyah

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik mempermainkan ayat-ayat al-Quran, mengingkari kebangkitan selepas mati dan menganggap kehidupan hanya di dunia. Kata-kata dalam ayat 24, "Kehidupan hanyalah kehidupan dunia kami; kami mati dan hidup, dan hanya masa membinasakan kami", mencerminkan fahaman ini yang tersebar dalam masyarakat Arab ketika itu.

Sumber tafsir meriwayatkan pelbagai riwayat tentang sebab penurunan ayat 14 yang menyuruh orang beriman memaafkan mereka yang tidak mengharapkan hari-hari Allah. Selain itu, tiada sebab penurunan khusus surah yang diketahui dan diterima secara meluas.

Kandungan Surah Al-Jathiyah

Surah ini bermula dengan menyatakan bahawa Kitab diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Ditegaskan bahawa di langit dan bumi, penciptaan manusia serta makhluk hidup, pergantian malam dan siang, penghidupan tanah mati melalui rezeki yang diturunkan dari langit dan pengaturan angin terdapat tanda bagi kaum yang beriman dan menggunakan akal.

Pendusta berdosa yang mendengar ayat Allah lalu berpaling dengan sombong diberikan peringatan. Diingatkan bahawa laut dan segala yang ada di langit serta bumi ditundukkan untuk manusia. Diterangkan Bani Israel diberikan kitab, hukum dan kenabian, tetapi berpecah kerana kedengkian sesama mereka; dinyatakan bahawa Nabi ditempatkan pada jalan agama yang jelas (syariat) dan tidak boleh mengikuti hawa nafsu mereka yang tidak mengetahui. Digambarkan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan. Diterangkan bahawa pada hari kiamat setiap umat berlutut dan kitab yang mencatat amalan berkata benar terhadap mereka. Surah berakhir dengan pujian kepada Tuhan langit dan bumi serta pernyataan bahawa kebesaran hanya milik-Nya.

Kelebihan Surah Al-Jathiyah

Tiada hadis sahih tentang kelebihan membaca surah al-Jathiyah yang diketahui. Riwayat sahih yang paling menonjol berkaitan surah ini ialah hadis qudsi yang dinukilkan al-Bukhari dalam tafsir surah ini. Menurut riwayat Abu Hurairah, Allah berfirman, "Anak Adam menyakiti-Ku dengan mencaci masa; padahal Akulah masa, di tangan-Ku segala urusan, Akulah yang membolak-balikkan malam dan siang." Hadis ini juga terdapat dalam Muslim. Dalam tafsir ayat 24, yang menyebut kata-kata orang kafir, "Tidak ada yang membinasakan kami melainkan masa", Ibn Kathir menyebut hadis ini dan menganggap penjelasan yang dinukilkannya daripada al-Syafii dan Abu Ubaidah sebagai pendapat yang paling tepat: mencaci masa kerana apa yang menimpa seseorang pada hakikatnya bermakna mencaci Allah, yang mencipta peristiwa-peristiwa itu.

Adapun kata-kata yang dinisbahkan kepada Ubai bin Ka'ab dalam sesetengah tafsir, yang memberitahu bahawa keaiban pembaca surah ini akan ditutup dan rasa takutnya pada hari perhitungan akan ditenteramkan, dianggap palsu (maudhu') oleh para ulama seperti al-Zarkasyi.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Al-Jathiyah

Berapakah bilangan ayat Surah Al-Jathiyah?

Surah Al-Jathiyah mempunyai 37 ayat.

Apakah maksud Al-Jathiyah?

Al-Jathiyah bermaksud “Yang Berlutut”.

Adakah Surah Al-Jathiyah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Jathiyah ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-65.

Surah Al-Jathiyah dalam juzuk berapa?

Surah Al-Jathiyah terdapat dalam juzuk 25.

Surah Al-Jathiyah ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Jathiyah ialah surah ke-45 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Ad-Dukhan dan sebelum Surah Al-Ahqaf.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Jathiyah di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Jathiyah oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.