Surah Yasin

Surah ke-75 daripada 114 · Juzuk 29

Surah Al-Qiyamah القيامة

40 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-31

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Qiyamah diturunkan di Makkah dan mempunyai 40 ayat. Surah ini menerangkan kebenaran kiamat dan kebangkitan dengan menunjukkan penciptaan manusia sendiri sebagai bukti, serta mengingatkan manusia tidak akan dibiarkan tanpa tanggungjawab.

Surah Al-Qiyamah dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ ﴿١﴾

    Laa uqsimu biyaumil qiyaamah.

    Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

  2. 2

    وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ ﴿٢﴾

    Wa laa uqsimu bin nafsil lawwaamah.

    Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

  3. 3

    أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُۥ ﴿٣﴾

    Ayahsabul insaanu allan najma'a 'izhaamah.

    Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

  4. 4

    بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُۥ ﴿٤﴾

    Balaa qaadiriina 'alaa an nusawwiya banaanah.

    Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

  5. 5

    بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُۥ ﴿٥﴾

    Bal yuriidul insaanu liyafjura amaamah.

    (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

  6. 6

    يَسۡـَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَٰمَةِ ﴿٦﴾

    Yas'alu ayyaana yaumul qiyaamah.

    Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”

  7. 7

    فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ ﴿٧﴾

    Fa idzaa bariqal bashar.

    Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

  8. 8

    وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ ﴿٨﴾

    Wa khasafal qamar.

    Dan bulan hilang cahayanya,

  9. 9

    وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ ﴿٩﴾

    Wa jumi'asy syamsu wal qamar.

    Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

  10. 10

    يَقُولُ ٱلۡإِنسَٰنُ يَوۡمَئِذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ ﴿١٠﴾

    Yaquulul insaanu yauma'idzin ainal mafarr.

    (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”

  11. 11

    كَلَّا لَا وَزَرَ ﴿١١﴾

    Kallaa laa wazar.

    Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

  12. 12

    إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ ﴿١٢﴾

    Ilaa rabbika yauma'idzinil mustaqarr.

    Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

  13. 13

    يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَٰنُ يَوۡمَئِذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ ﴿١٣﴾

    Yunabba'ul insaanu yauma'idzim bimaa qaddama wa akhkhar.

    Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

  14. 14

    بَلِ ٱلۡإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٞ ﴿١٤﴾

    Balil insaanu 'alaa nafsihii bashiirah.

    Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

  15. 15

    وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ ﴿١٥﴾

    Wa lau alqaa ma'aadziirah.

    Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

  16. 16

    لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦٓ ﴿١٦﴾

    Laa tuharrik bihii lisaanaka lita'jala bih.

    Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

  17. 17

    إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُۥ وَقُرۡءَانَهُۥ ﴿١٧﴾

    Inna 'alainaa jam'ahuu wa qur'aanah.

    Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

  18. 18

    فَإِذَا قَرَأۡنَٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُۥ ﴿١٨﴾

    Fa idzaa qara'naahu fattabi' qur'aanah.

    Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

  19. 19

    ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُۥ ﴿١٩﴾

    Tsumma inna 'alainaa bayaanah.

    Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

  20. 20

    كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ ﴿٢٠﴾

    Kallaa bal tuhibbuunal 'aajilah.

    Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

  21. 21

    وَتَذَرُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ ﴿٢١﴾

    Wa tadzaruunal aakhirah.

    Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

  22. 22

    وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٖ نَّاضِرَةٌ ﴿٢٢﴾

    Wujuuhuy yauma'idzin naadhirah.

    Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

  23. 23

    إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٞ ﴿٢٣﴾

    Ilaa rabbihaa naazhirah.

    Melihat kepada Tuhannya.

  24. 24

    وَوُجُوهٞ يَوۡمَئِذِۭ بَاسِرَةٞ ﴿٢٤﴾

    Wa wujuuhuy yauma'idzim baasirah.

    Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

  25. 25

    تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِهَا فَاقِرَةٞ ﴿٢٥﴾

    Tazhunnu ay yuf'ala bihaa faaqirah.

    Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

  26. 26

    كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِيَ ﴿٢٦﴾

    Kallaa idzaa balaghatit taraaqiy.

    Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

  27. 27

    وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٖ ﴿٢٧﴾

    Wa qiila man, raaq.

    Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”

  28. 28

    وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ ﴿٢٨﴾

    Wa zhanna annahul firaaq.

    Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

  29. 29

    وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ ﴿٢٩﴾

    Waltaffatis saaqu bis saaq.

    Serta kedahsyatan bertindih-tindih;

  30. 30

    إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمَسَاقُ ﴿٣٠﴾

    Ilaa rabbika yauma'idzinil masaaq.

    (Maka) kepada Tuhanmulah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

  31. 31

    فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ ﴿٣١﴾

    Falaa shaddaqa wa laa shallaa.

    (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

  32. 32

    وَلَٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿٣٢﴾

    Wa laakin kadzdzaba wa tawallaa.

    Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

  33. 33

    ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ ﴿٣٣﴾

    Tsumma dzahaba ilaa ahlihii yatamaththaa.

    Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

  34. 34

    أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ ﴿٣٤﴾

    Aulaa laka fa aulaa.

    (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

  35. 35

    ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ ﴿٣٥﴾

    Tsumma aulaa laka fa aulaa.

    Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

  36. 36

    أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى ﴿٣٦﴾

    Ayahsabul insaanu ay yutraka sudaa.

    Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

  37. 37

    أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةٗ مِّن مَّنِيّٖ يُمۡنَىٰ ﴿٣٧﴾

    Alam yaku nuthfatam mim maniyyiy yumnaa.

    Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

  38. 38

    ثُمَّ كَانَ عَلَقَةٗ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴿٣٨﴾

    Tsumma kaana 'alaqatan fakhalaqa fasawwaa.

    Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

  39. 39

    فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ ﴿٣٩﴾

    Faja'ala minhuz zaujainidz dzakara wal untsaa.

    Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.

  40. 40

    أَلَيۡسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧيَ ٱلۡمَوۡتَىٰ ﴿٤٠﴾

    Alaisa dzaalika biqaadirin 'alaa ay yuhyal mautaa.

    Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Dengar bacaan Surah Al-Qiyamah

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
75 daripada 114
Maksud nama:
Hari Kiamat
Bilangan ayat:
40
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
31
Juzuk:
29

Mengenai Surah Al-Qiyamah

Nama surah diambil daripada ungkapan "yawm al-qiyamah" (hari kiamat) yang dijadikan sumpah dalam ayat pertama: "Aku bersumpah demi hari kiamat". Qiyamah bermaksud orang mati dibangkitkan lalu berdiri dan berkumpul di hadapan Allah untuk perhitungan.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 40 ayat. Surah ini yang ke-75 dalam susunan mushaf, ke-31 menurut susunan penurunan yang lazim dan terdapat dalam juz 29.

Surah dikenali dengan konsep "nafs lawwamah" yang dijadikan sumpah dalam ayat kedua dan merujuk kepada hati nurani yang mencela seseorang kerana kesalahannya. Ayat yang meminta Nabi tidak tergesa-gesa menerima wahyu dan menyatakan Allah menjamin pengumpulan serta penjelasan al-Quran juga memberikan dalil penting tentang pemeliharaan al-Quran.

Latar belakang penurunan Surah Al-Qiyamah

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik menganggap pengumpulan semula tulang yang reput menjadi tanah tidak masuk akal dan mempermainkan kiamat.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas berkaitan ayat keenam belas hingga kesembilan belas. Menurutnya, ketika wahyu turun, Nabi mengulangi bacaan Jibril dengan menggerakkan bibir dan lidah agar tidak lupa, dan ini menyusahkan baginda. Lalu diturunkan ayat yang menyatakan baginda tidak perlu menggerakkan lidah untuk membaca al-Quran dengan tergesa-gesa, kerana pengumpulan serta pembacaannya tanggungan Allah. Selepas itu, Nabi mendengar ketika Jibril membaca, dan setelah dia pergi, baginda membacanya dengan sama.

Kandungan Surah Al-Qiyamah

Surah ini bermula dengan sumpah demi hari kiamat dan jiwa yang mencela diri. Ditolak sangkaan manusia bahawa Allah tidak dapat mengumpulkan tulangnya; dinyatakan Allah berkuasa menyusun semula hujung jarinya sekalipun dengan sempurna.

Digambarkan kiamat sebagai hari mata terbelalak, bulan hilang cahaya, matahari dan bulan dihimpunkan serta manusia bertanya "Di manakah tempat lari?". Pada hari itu manusia diberitahu segala yang dihantar lebih dahulu dan ditinggalkan; walaupun mengemukakan alasan, manusia menjadi saksi terhadap dirinya sendiri. Di tengahnya, Nabi dinasihati tidak mengulangi wahyu dengan tergesa-gesa.

Dikecam mereka yang mencintai dunia yang cepat berlalu dan meninggalkan akhirat. Dinyatakan pada hari itu sebahagian wajah berseri melihat Tuhan, manakala sebahagian muram. Digambarkan perpisahan ketika nyawa sampai ke tulang selangka. Surah berakhir dengan mempersoalkan sangkaan manusia akan dibiarkan tanpa tanggungjawab serta mengingatkan Allah yang menciptakannya daripada setitis air juga berkuasa menghidupkan orang mati.

Kelebihan Surah Al-Qiyamah

Menurut riwayat Abu Dawud daripada Musa bin Abi Aisyah, seorang lelaki yang bersolat di atas bumbung rumahnya, apabila membaca ayat terakhir surah al-Qiyamah yang bermaksud "Bukankah Dzat yang berbuat demikian berkuasa menghidupkan orang mati?", menyebut "Subhanaka fa bala" (Maha Suci Engkau, tentulah berkuasa); apabila ditanya, dia berkata bahawa dia mendengarnya daripada Nabi. Al-Albani menilai riwayat ini sahih, manakala Syu'aib al-Arna'ut menunjukkan bahawa Musa tidak mempunyai riwayat daripada para sahabat. Adapun dalam sanad riwayat serupa daripada Abu Hurairah, yang terdapat dalam Abu Dawud dan al-Tirmizi, terdapat seorang Badwi yang tidak disebutkan namanya; al-Albani menilai riwayat ini daif.

Ibn Kathir mentafsirkan ayat yang menyebut bahawa pada hari itu sebahagian wajah akan memandang Tuhannya, bahawa orang beriman akan melihat Allah dengan jelas di akhirat, dan dia menukilkan hadis dalam al-Bukhari dan Muslim, "Kamu akan melihat Tuhan kamu sebagaimana kamu melihat bulan ini." Tiada hadis sahih yang menyebut pahala khusus bagi pembacaan surah ini diketahui.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Al-Qiyamah

Berapakah bilangan ayat Surah Al-Qiyamah?

Surah Al-Qiyamah mempunyai 40 ayat.

Apakah maksud Al-Qiyamah?

Al-Qiyamah bermaksud “Hari Kiamat”.

Adakah Surah Al-Qiyamah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Qiyamah ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-31.

Surah Al-Qiyamah dalam juzuk berapa?

Surah Al-Qiyamah terdapat dalam juzuk 29.

Surah Al-Qiyamah ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Qiyamah ialah surah ke-75 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Muddaththir dan sebelum Surah Al-Insan.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Qiyamah di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Qiyamah oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.