Surah Yasin

Surah ke-32 daripada 114 · Juzuk 21

Surah As-Sajdah السجدة

30 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-75

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Sajdah diturunkan di Makkah dan mempunyai 30 ayat. Surah ini membincangkan al-Quran diturunkan daripada Allah, penciptaan manusia, kebangkitan selepas mati dan ibadah malam orang beriman.

Surah As-Sajdah dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    الٓمٓ ﴿١﴾

    Alif laam miim.

    Alif, Laam Miim.

  2. 2

    تَنزِيلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَا رَيۡبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٢﴾

    Tanziilul kitaabi laa raiba fiihi mir rabbil 'aalamiin.

    Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

  3. 3

    أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَىٰهُۚ بَلۡ هُوَ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ قَوۡمٗا مَّآ أَتَىٰهُم مِّن نَّذِيرٖ مِّن قَبۡلِكَ لَعَلَّهُمۡ يَهۡتَدُونَ ﴿٣﴾

    Am yaquuluunaf taraahu bal huwal haqqu mir rabbika litundzira qaumam maa ataahum min nadziirim min qablika la'allahum yahtaduun.

    (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: “Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya”. (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.

  4. 4

    ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ مَا لَكُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِيّٖ وَلَا شَفِيعٍۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ ﴿٤﴾

    Allaahul ladzii khalaqas samaawaati wal ardha wa maa bainahumaa fii sittati ayyaamin tsummas tawaa 'alal 'arsyi maa lakum min duunihii miw wa liyyiw wa laa syafii'in afalaa tatadzakkaruun.

    Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

  5. 5

    يُدَبِّرُ ٱلۡأَمۡرَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ يَعۡرُجُ إِلَيۡهِ فِي يَوۡمٖ كَانَ مِقۡدَارُهُۥٓ أَلۡفَ سَنَةٖ مِّمَّا تَعُدُّونَ ﴿٥﴾

    Yudabbirul amra minas samaa'i ilal ardhi tsumma ya'ruju ilaihi fii yaumin kaana miqdaaruhuu alfa sanatim mimmaa ta'udduun.

    Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.

  6. 6

    ذَٰلِكَ عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٦﴾

    Dzaalika 'aalimul ghaibi wasy syahaadatil 'aziizur rahiim.

    Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;

  7. 7

    ٱلَّذِيٓ أَحۡسَنَ كُلَّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥۖ وَبَدَأَ خَلۡقَ ٱلۡإِنسَٰنِ مِن طِينٖ ﴿٧﴾

    Alladzii ahsana kulla syai'in khalaqahuu wa bada'a khalqal insaani min thiin.

    Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

  8. 8

    ثُمَّ جَعَلَ نَسۡلَهُۥ مِن سُلَٰلَةٖ مِّن مَّآءٖ مَّهِينٖ ﴿٨﴾

    Tsumma ja'ala naslahuu min sulaalatim mim maa'im mahiin.

    Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

  9. 9

    ثُمَّ سَوَّىٰهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦۖ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ ﴿٩﴾

    Tsumma sawwaahu wa nafakha fiihi mir ruuhihii wa ja'ala lakumus sam'a wal abshaara wal af'idata qaliilam maa tasykuruun.

    Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

  10. 10

    وَقَالُوٓاْ أَءِذَا ضَلَلۡنَا فِي ٱلۡأَرۡضِ أَءِنَّا لَفِي خَلۡقٖ جَدِيدِۭۚ بَلۡ هُم بِلِقَآءِ رَبِّهِمۡ كَٰفِرُونَ ﴿١٠﴾

    Wa qaaluu a'idzaa dhalalnaa fil ardhi a'innaa lafii khalqin jadiidim bal hum biliqaa'i rabbihim kaafiruun.

    Dan mereka (yang kafir) itu berkata: “Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian?” (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.

  11. 11

    ۞ قُلۡ يَتَوَفَّىٰكُم مَّلَكُ ٱلۡمَوۡتِ ٱلَّذِي وُكِّلَ بِكُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ تُرۡجَعُونَ ﴿١١﴾

    Qul yatawaffaakum malakul mautil ladzii wukkila bikum tsumma ilaa rabbikum turja'uun.

    Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”.

  12. 12

    وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ ﴿١٢﴾

    Wa lau taraa idzil mujrimuuna naakisuu ru'uusihim 'inda rabbihim rabbanaa absharnaa wa sami'naa farji'naa na'mal shaalihan innaa muuqinuun.

    Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

  13. 13

    وَلَوۡ شِئۡنَا لَأٓتَيۡنَا كُلَّ نَفۡسٍ هُدَىٰهَا وَلَٰكِنۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ مِنِّي لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ ﴿١٣﴾

    Wa lau syi'naa la'aatainaa kulla nafsin hudaahaa wa laakin haqqal qaulu minnii la'amla'anna jahannama minal jinnati wan naasi ajma'iin.

    Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ‘Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.

  14. 14

    فَذُوقُواْ بِمَا نَسِيتُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَٰذَآ إِنَّا نَسِينَٰكُمۡۖ وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡخُلۡدِ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿١٤﴾

    Fadzuuquu bimaa nasiitum liqaa'a yaumikum haadzaa innaa nasiinaakum wa dzuuquu 'adzaabal khuldi bimaa kuntum ta'maluun.

    (Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

  15. 15

    إِنَّمَا يُؤۡمِنُ بِـَٔايَٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُواْ بِهَا خَرُّواْۤ سُجَّدٗاۤ وَسَبَّحُواْ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ۩ ﴿١٥﴾

    Innamaa yu'minu bi'aayaatinal ladziina idzaa dzukkiruu bihaa kharruu sujjadaw wa sabbahuu bihamdi rabbihim wa hum laa yastakbiruun.

    Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

  16. 16

    تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّهُمۡ خَوۡفٗا وَطَمَعٗا وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ﴿١٦﴾

    Tatajaafaa junuubuhum 'anil madhaaji'i yad'uuna rabbahum khaufaw wa thama'aw wa mimmaa razaqnaahum yunfiquun.

    Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

  17. 17

    فَلَا تَعۡلَمُ نَفۡسٞ مَّآ أُخۡفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعۡيُنٖ جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ﴿١٧﴾

    Falaa ta'lamu nafsum maa ukhfiya lahum min qurrati a'yunin jazaa'am bimaa kaanuu ya'maluun.

    Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

  18. 18

    أَفَمَن كَانَ مُؤۡمِنٗا كَمَن كَانَ فَاسِقٗاۚ لَّا يَسۡتَوُۥنَ ﴿١٨﴾

    Afaman kaana mu'minan kaman kaana faasiqal laa yastawuun.

    (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

  19. 19

    أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡمَأۡوَىٰ نُزُلَۢا بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ﴿١٩﴾

    Ammal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati falahum jannaatul ma'waa nuzulam bimaa kaanuu ya'maluun.

    Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

  20. 20

    وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُواْ فَمَأۡوَىٰهُمُ ٱلنَّارُۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡهَآ أُعِيدُواْ فِيهَا وَقِيلَ لَهُمۡ ذُوقُواْ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ﴿٢٠﴾

    Wa ammal ladziina fasaquu fama'waahumun naaru kullamaa araaduu ay yakhrujuu minhaa u'iiduu fiihaa wa qiila lahum dzuuquu 'adzaaban naaril ladzii kuntum bihii tukadzdzibuun.

    Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.

  21. 21

    وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَدۡنَىٰ دُونَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَكۡبَرِ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ﴿٢١﴾

    Wa lanudziiqannahum minal 'adzaabil adnaa duunal 'adzaabil akbari la'allahum yarji'uun.

    Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.

  22. 22

    وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعۡرَضَ عَنۡهَآۚ إِنَّا مِنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُنتَقِمُونَ ﴿٢٢﴾

    Wa man azhlamu mimman dzukkira bi'aayaati rabbihii tsumma a'radha 'anhaa innaa minal mujrimiina muntaqimuun.

    Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.

  23. 23

    وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ فَلَا تَكُن فِي مِرۡيَةٖ مِّن لِّقَآئِهِۦۖ وَجَعَلۡنَٰهُ هُدٗى لِّبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ﴿٢٣﴾

    Wa laqad aatainaa muusal kitaaba falaa takun fii miryatim mil liqaa'ihii wa ja'alnaahu hudal libanii israa'iil.

    Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.

  24. 24

    وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِـَٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ﴿٢٤﴾

    Wa ja'alnaa minhum a'immatay yahduuna bi'amrinaa lammaa shabaruu wa kaanuu bi'aayaatinaa yuuqinuun.

    Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

  25. 25

    إِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَفۡصِلُ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ ﴿٢٥﴾

    Inna rabbaka huwa yafshilu bainahum yaumal qiyaamati fiimaa kaanuu fiihi yakhtalifuun.

    (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

  26. 26

    أَوَلَمۡ يَهۡدِ لَهُمۡ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّنَ ٱلۡقُرُونِ يَمۡشُونَ فِي مَسَٰكِنِهِمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٍۚ أَفَلَا يَسۡمَعُونَ ﴿٢٦﴾

    Awalam yahdi lahum kam ahlaknaa min qablihim minal quruuni yamsyuuna fii masaakinihim inna fii dzaalika la'aayaatin afalaa yasma'uun.

    Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

  27. 27

    أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّا نَسُوقُ ٱلۡمَآءَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ ٱلۡجُرُزِ فَنُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعٗا تَأۡكُلُ مِنۡهُ أَنۡعَٰمُهُمۡ وَأَنفُسُهُمۡۚ أَفَلَا يُبۡصِرُونَ ﴿٢٧﴾

    Awalam yarau annaa nasuuqul maa'a ilal ardhil juruzi fanukhriju bihii zar'an ta'kulu minhu an'aamuhum wa anfusuhum afalaa yubshiruun.

    Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?

  28. 28

    وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا ٱلۡفَتۡحُ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿٢٨﴾

    Wa yaquuluuna mataa haadzal fathu in kuntum shaadiqiin.

    Dan mereka bertanya: “Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?”

  29. 29

    قُلۡ يَوۡمَ ٱلۡفَتۡحِ لَا يَنفَعُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِيمَٰنُهُمۡ وَلَا هُمۡ يُنظَرُونَ ﴿٢٩﴾

    Qul yaumal fathi laa yanfa'ul ladziina kafaruu iimaanuhum wa laa hum yunzharuun.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)”.

  30. 30

    فَأَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ وَٱنتَظِرۡ إِنَّهُم مُّنتَظِرُونَ ﴿٣٠﴾

    Fa a'ridh 'anhum wantazhir innahum muntazhiruun.

    Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).

Dengar bacaan Surah As-Sajdah

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
32 daripada 114
Maksud nama:
Sujud
Bilangan ayat:
30
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
75
Juzuk:
21

Mengenai Surah As-Sajdah

Nama surah diambil daripada ayat 15, iaitu ayat sajdah; ayat ini menerangkan orang beriman yang tersungkur sujud dan bertasbih memuji Tuhan tanpa menyombongkan diri ketika diingatkan ayat-ayat Allah. Berdasarkan ungkapan awalnya, surah ini juga disebut "Alif Lam Mim Tanzil"; nama "Madaji'" turut diberikan berdasarkan ungkapan "mereka menjauhkan diri daripada tempat tidur" dalam ayat 16.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 30 ayat. Surah ini berada pada urutan 32 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 21; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-75. Surah ini antara yang diketahui dibaca Nabi dalam solat pada pagi Jumaat dan pada malam sebelum tidur.

Latar belakang penurunan Surah As-Sajdah

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik mengingkari bahawa al-Quran diturunkan Allah, mendakwa Nabi mereka-rekanya dan menganggap kebangkitan selepas mati tidak masuk akal. Oleh itu, surah menyatakan dengan tegas bahawa al-Quran diturunkan oleh Tuhan sekalian alam dan menunjukkan kemungkinan kebangkitan semula dengan mengingatkan peringkat penciptaan manusia.

Tiada sebab penurunan khusus surah yang diketahui dan diterima secara meluas dalam sumber-sumber. Pelbagai tafsiran diriwayatkan bahawa ayat 16 tentang ibadah malam orang beriman merujuk kepada mereka yang meninggalkan tidur untuk bersolat malam atau menunggu solat Isyak.

Kandungan Surah As-Sajdah

Surah ini bermula dengan menyatakan bahawa al-Quran tanpa keraguan diturunkan oleh Tuhan sekalian alam. Diterangkan kekuasaan Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari serta mengatur urusan dari langit hingga bumi. Diingatkan penciptaan manusia daripada tanah liat, penerusan keturunannya daripada air yang dianggap hina, peniupan roh kepadanya serta pemberian pendengaran, penglihatan dan hati.

Digambarkan jiwa mereka yang mengingkari kebangkitan diambil malaikat maut, dan mereka menyesal dengan kepala tertunduk di hadapan Tuhan pada hari kiamat. Ayat 15 menerangkan sujud dan tasbih orang beriman, manakala ayat 16 menerangkan mereka bangun daripada tempat tidur untuk berdoa kepada Tuhan dengan takut dan berharap serta berinfak. Dijelaskan bahawa tiada siapa mengetahui penyejuk mata yang disimpan untuk mereka. Ditegaskan bahawa orang beriman dan orang fasik tidak sama. Diingatkan pemberian kitab kepada Nabi Musa serta disebut pemimpin yang sabar dan yakin kepada ayat-ayat. Surah menarik perhatian kepada air yang dihantar ke tanah kering sehingga tanaman tumbuh, lalu berakhir dengan menjawab soalan orang kafir, "Bilakah kemenangan ini?".

Kelebihan Surah As-Sajdah

Terdapat riwayat sahih bahawa Nabi khususnya membaca surah ini. Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi membaca surah al-Sajdah dan al-Insan (al-Dahr) dalam solat Subuh pada hari Jumaat. Oleh itu, ramai ulama menganggap pembacaan kedua-dua surah ini dalam solat Subuh Jumaat sebagai sunat.

Menurut riwayat al-Tirmizi dan Ahmad bin Hanbal daripada Jabir bin Abdullah, Nabi tidak tidur sebelum membaca surah Alif Lam Mim Tanzil (al-Sajdah) dan Tabaraka (al-Mulk). Terdapat penilaian berbeza tentang kesahihan riwayat ini: ada yang menilainya daif kerana masalah sanad, manakala al-Albani menerimanya sebagai sahih.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah As-Sajdah

Berapakah bilangan ayat Surah As-Sajdah?

Surah As-Sajdah mempunyai 30 ayat.

Apakah maksud As-Sajdah?

As-Sajdah bermaksud “Sujud”.

Adakah Surah As-Sajdah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah As-Sajdah ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-75.

Surah As-Sajdah dalam juzuk berapa?

Surah As-Sajdah terdapat dalam juzuk 21.

Surah As-Sajdah ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah As-Sajdah ialah surah ke-32 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Luqman dan sebelum Surah Al-Ahzab.

Bolehkah saya mendengar Surah As-Sajdah di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah As-Sajdah oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.