Surah Yasin

Surah ke-31 daripada 114 · Juzuk 21

Surah Luqman لقمان

34 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-57

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah Luqman diturunkan di Makkah dan mempunyai 34 ayat. Melalui nasihat Luqman yang berhikmah kepada anaknya, surah ini menyeru kepada tauhid, berbuat baik kepada ibu bapa dan akhlak mulia.

Surah Luqman dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    الٓمٓ ﴿١﴾

    Alif laam miim.

    Alif, Laam, Miim.

  2. 2

    تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡحَكِيمِ ﴿٢﴾

    Tilka aayaatul kitaabil hakiim.

    Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

  3. 3

    هُدٗى وَرَحۡمَةٗ لِّلۡمُحۡسِنِينَ ﴿٣﴾

    Hudaw wa rahmatal lil muhsiniin.

    Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik

  4. 4

    ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ ﴿٤﴾

    Alladziina yuqiimuunash shalaata wa yu'tuunaz zakaata wa hum bil aakhirati hum yuuqinuun.

    Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.

  5. 5

    أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ﴿٥﴾

    Ulaa'ika 'alaa hudam mir rabbihim wa ulaa'ika humul muflihuun.

    Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

  6. 6

    وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِي لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٞ مُّهِينٞ ﴿٦﴾

    Wa minan naasi may yasytarii lahwal hadiitsi liyudhilla 'an sabiilillaahi bighairi 'ilmiw wa yattakhidzahaa huzuwan ulaa'ika lahum 'adzaabum muhiin.

    Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

  7. 7

    وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَٰتُنَا وَلَّىٰ مُسۡتَكۡبِرٗا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَا كَأَنَّ فِيٓ أُذُنَيۡهِ وَقۡرٗاۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٧﴾

    Wa idzaa tutlaa 'alaihi aayaatunaa wallaa mustakbiran ka'al lam yasma'haa ka'anna fii udzunaihi waqran fabasysyirhu bi'adzaabin aliim.

    Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

  8. 8

    إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلنَّعِيمِ ﴿٨﴾

    Innal ladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati lahum jannaatun na'iim.

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,

  9. 9

    خَٰلِدِينَ فِيهَاۖ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٩﴾

    Khaalidiina fiihaa wa'dallaahi haqqaw wa huwal 'aziizul hakiim.

    kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  10. 10

    خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ بِغَيۡرِ عَمَدٖ تَرَوۡنَهَاۖ وَأَلۡقَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ رَوَٰسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٖ كَرِيمٍ ﴿١٠﴾

    Khalaqas samaawaati bighairi 'amadin taraunahaa wa alqaa fil ardhi rawaasiya an tamiida bikum wa batstsa fiihaa min kulli daabbatiw wa anzalnaa minas samaa'i maa'an fa ambatnaa fiihaa min kulli zaujin kariim.

    Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

  11. 11

    هَٰذَا خَلۡقُ ٱللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦۚ بَلِ ٱلظَّٰلِمُونَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ﴿١١﴾

    Haadzaa khalqullaahi fa aruunii maadzaa khalaqal ladziina min duunihii balizh zhaalimuuna fii dhalaalim mubiin.

    Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.

  12. 12

    وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ وَمَن يَشۡكُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٞ ﴿١٢﴾

    Wa laqad aatainaa luqmaanal hikmata anisy kur lillaahi wa may yasykur fa innamaa yasykuru linafsihii wa man kafara fa innallaaha ghaniyyun hamiid.

    Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

  13. 13

    وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ ﴿١٣﴾

    Wa idz qaala luqmaanu libnihii wa huwa ya'izhuhuu yaa bunayya laa tusyrik billaahi innasy syirka lazhulmun 'azhiim.

    Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

  14. 14

    وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ ﴿١٤﴾

    Wa washshainal insaana biwaalidaihi hamalathu ummuhuu wahnan 'alaa wahniw wa fishaaluhuu fii 'aamaini anisy kur lii wa liwaalidaika ilayyal mashiir.

    Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

  15. 15

    وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿١٥﴾

    Wa in jaahadaaka 'alaa an tusyrika bii maa laisa laka bihii 'ilmun falaa tuthi'humaa wa shaahibhumaa fid dunyaa ma'ruufaw wattabi' sabiila man anaaba ilayya tsumma ilayya marji'ukum fa unabbi'ukum bimaa kuntum ta'maluun.

    Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

  16. 16

    يَٰبُنَيَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةٖ مِّنۡ خَرۡدَلٖ فَتَكُن فِي صَخۡرَةٍ أَوۡ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَأۡتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٞ ﴿١٦﴾

    Yaa bunayya innahaa in taku mitsqaala habbatim min khardalin fatakun fii shakhratin au fis samaawaati au fil ardhi ya'ti bihallaahu innallaaha lathiifun khabiir.

    (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

  17. 17

    يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ ﴿١٧﴾

    Yaa bunayya aqimish shalaata wa'mur bil ma'ruufi wanha 'anil munkari washbir 'alaa maa ashaabaka inna dzaalika min 'azmil umuur.

    “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

  18. 18

    وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ ﴿١٨﴾

    Wa laa tusha''ir khaddaka lin naasi wa laa tamsyi fil ardhi marahan innallaaha laa yuhibbu kulla mukhtaalin fakhuur.

    “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

  19. 19

    وَٱقۡصِدۡ فِي مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٰتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ ﴿١٩﴾

    Waqshid fii masyyika waghdhudh min shautika inna ankaral ashwaati lashautul hamiir.

    “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.

  20. 20

    أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُۥ ظَٰهِرَةٗ وَبَاطِنَةٗۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَٰدِلُ فِي ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَلَا هُدٗى وَلَا كِتَٰبٖ مُّنِيرٖ ﴿٢٠﴾

    Alam tarau annallaaha sakhkhara lakum maa fis samaawaati wa maa fil ardhi wa asbagha 'alaikum ni'amahuu zhaahirataw wa baathinataw wa minan naasi may yujaadilu fillaahi bighairi 'ilmiw wa laa hudaw wa laa kitaabim muniir.

    Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

  21. 21

    وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱتَّبِعُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُواْ بَلۡ نَتَّبِعُ مَا وَجَدۡنَا عَلَيۡهِ ءَابَآءَنَآۚ أَوَلَوۡ كَانَ ٱلشَّيۡطَٰنُ يَدۡعُوهُمۡ إِلَىٰ عَذَابِ ٱلسَّعِيرِ ﴿٢١﴾

    Wa idzaa qiila lahumut tabi'uu maa anzalallaahu qaaluu bal nattabi'u maa wajadnaa 'alaihi aabaa'anaa awalau kaanasy syaithaanu yad'uuhum ilaa 'adzaabis sa'iir.

    Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: “(Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya”. Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?

  22. 22

    ۞ وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ﴿٢٢﴾

    Wa may yuslim wajhahuu ilallaahi wa huwa muhsinun faqadis tamsaka bil 'urwatil wutsqaa wa ilallaahi 'aaqibatul umuur.

    Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

  23. 23

    وَمَن كَفَرَ فَلَا يَحۡزُنكَ كُفۡرُهُۥٓۚ إِلَيۡنَا مَرۡجِعُهُمۡ فَنُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ﴿٢٣﴾

    Wa man kafara falaa yahzunka kufruhuu ilainaa marji'uhum fanunabbi'uhum bimaa 'amiluu innallaaha 'aliimum bidzaatish shuduur.

    Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

  24. 24

    نُمَتِّعُهُمۡ قَلِيلٗا ثُمَّ نَضۡطَرُّهُمۡ إِلَىٰ عَذَابٍ غَلِيظٖ ﴿٢٤﴾

    Numatti'uhum qaliilan tsumma nadhtharruhum ilaa 'adzaabin ghaliizh.

    Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.

  25. 25

    وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿٢٥﴾

    Wa la'in sa'altahum man khalaqas samaawaati wal ardha layaquulunnallaahu qulil hamdu lillaahi bal aktsaruhum laa ya'lamuun.

    Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

  26. 26

    لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ ﴿٢٦﴾

    Lillaahi maa fis samaawaati wal ardhi innallaaha huwal ghaniyyul hamiid.

    Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

  27. 27

    وَلَوۡ أَنَّمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ مِن شَجَرَةٍ أَقۡلَٰمٞ وَٱلۡبَحۡرُ يَمُدُّهُۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦ سَبۡعَةُ أَبۡحُرٖ مَّا نَفِدَتۡ كَلِمَٰتُ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ﴿٢٧﴾

    Wa lau annamaa fil ardhi min syajaratin aqlaamuw wal bahru yamudduhuu mim ba'dihii sab'atu abhurim maa nafidat kalimaatullaahi innallaaha 'aziizun hakiim.

    Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  28. 28

    مَّا خَلۡقُكُمۡ وَلَا بَعۡثُكُمۡ إِلَّا كَنَفۡسٖ وَٰحِدَةٍۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٌ ﴿٢٨﴾

    Maa khalqukum wa laa ba'tsukum illaa kanafsiw waahidatin innallaaha samii'um bashiir.

    (Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

  29. 29

    أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَۖ كُلّٞ يَجۡرِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمّٗى وَأَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ ﴿٢٩﴾

    Alam tara annallaaha yuulijul laila fin nahaari wa yuulijun nahaara fil laili wa sakhkharasy syamsa wal qamara kulluy yajrii ilaa ajalim musammaw wa annallaaha bimaa ta'maluuna khabiir.

    Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

  30. 30

    ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدۡعُونَ مِن دُونِهِ ٱلۡبَٰطِلُ وَأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡكَبِيرُ ﴿٣٠﴾

    Dzaalika bi'annallaaha huwal haqqu wa anna maa yad'uuna min duunihil baathilu wa annallaaha huwal 'aliyyul kabiir.

    Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

  31. 31

    أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱلۡفُلۡكَ تَجۡرِي فِي ٱلۡبَحۡرِ بِنِعۡمَتِ ٱللَّهِ لِيُرِيَكُم مِّنۡ ءَايَٰتِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّكُلِّ صَبَّارٖ شَكُورٖ ﴿٣١﴾

    Alam tara annal fulka tajrii fil bahri bini'matillaahi liyuriyakum min aayaatihii inna fii dzaalika la'aayaatil likulli shabbaarin syakuur.

    Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

  32. 32

    وَإِذَا غَشِيَهُم مَّوۡجٞ كَٱلظُّلَلِ دَعَوُاْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ فَلَمَّا نَجَّىٰهُمۡ إِلَى ٱلۡبَرِّ فَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞۚ وَمَا يَجۡحَدُ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَّا كُلُّ خَتَّارٖ كَفُورٖ ﴿٣٢﴾

    Wa idzaa ghasyiyahum maujun kazh zhulali da'awullaaha mukhlishiina lahud diina falammaa najjaahum ilal barri faminhum muqtashiduw wa maa yajhadu bi'aayaatinaa illaa kullu khattaarin kafuur.

    Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.

  33. 33

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمٗا لَّا يَجۡزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ ﴿٣٣﴾

    Yaa ayyuhan naasut taquu rabbakum wakhsyau yaumal laa yajzii waalidun 'aw wa ladihii wa laa mauluudun huwa jaazin 'aw waalidihii syai'an inna wa'dallaahi haqqun falaa taghurrannakumul hayaatud dunyaa wa laa yaghurrannakum billaahil gharuur.

    Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

  34. 34

    إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ ﴿٣٤﴾

    Innallaaha 'indahuu 'ilmus saa'ati wa yunazzilul ghaitsa wa ya'lamu maa fil arhaami wa maa tadrii nafsum maadzaa taksibu ghadaw wa maa tadrii nafsum bi'ayyi ardhin tamuutu innallaaha 'aliimun khabiir.

    Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

Dengar bacaan Surah Luqman

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
31 daripada 114
Maksud nama:
Luqman
Bilangan ayat:
34
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
57
Juzuk:
21

Mengenai Surah Luqman

Nama surah diambil daripada Luqman, yang hikmah dan nasihatnya kepada anaknya disebut dalam ayat 12-19. Diperselisihkan sama ada Luqman, yang namanya hanya disebut dalam surah ini dalam al-Quran, ialah nabi atau hamba soleh yang dikurniakan hikmah; kebanyakan ulama menerima pandangan bahawa beliau seorang yang berhikmah, bukan nabi.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 34 ayat. Surah ini berada pada urutan 31 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 21; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-57. Walaupun sebahagian ulama mengatakan beberapa ayat diturunkan di Madinah, surah ini umumnya dianggap Makkiyyah.

Latar belakang penurunan Surah Luqman

Surah ini diturunkan pada pertengahan zaman Makkah ketika orang musyrik menentang penyampaian al-Quran dengan pelbagai cara. Sumber tafsir meriwayatkan bahawa ungkapan "perkataan sia-sia" (lahw al-hadith) dalam ayat 6, yang dibeli untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah, dikaitkan dengan sikap al-Nadr bin al-Harith daripada Quraisy. Menurut riwayat, dia berusaha menghalang manusia mendengar al-Quran dengan mempelajari dan menceritakan kisah raja-raja Parsi atau mengadakan majlis hiburan.

Dalam suasana ini, surah mengingatkan bahawa al-Quran ialah petunjuk dan rahmat, serta menonjolkan akidah tauhid dan nilai akhlak melalui nasihat Luqman yang berhikmah, yang juga dikenali orang Arab.

Kandungan Surah Luqman

Surah ini bermula dengan menyatakan bahawa al-Quran ialah petunjuk dan rahmat bagi orang yang berbuat baik; memuji orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan yakin kepada akhirat. Kemudian dikecam mereka yang mengikuti perkataan sia-sia untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah. Langit yang ditinggikan tanpa tiang, penciptaan gunung dan makhluk hidup ditunjukkan sebagai bukti kekuasaan Allah.

Nasihat Luqman kepada anaknya berada di pusat surah: tidak menyekutukan Allah, mengetahui bahawa perbuatan sebesar biji sawi pun tidak terlepas daripada pengetahuan Allah, mendirikan solat, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran, bersabar atas apa yang menimpa, tidak sombong terhadap manusia, bersederhana dalam berjalan dan merendahkan suara. Di antara nasihat ini diperintahkan berbuat baik kepada ibu bapa; dijelaskan bahawa mereka tidak ditaati jika memaksa kepada syirik, tetapi tetap perlu bergaul baik dengan mereka di dunia. Surah menerangkan bahawa kalimah Allah tidak akan habis walaupun lautan menjadi dakwat, lalu berakhir dengan menyatakan bahawa pengetahuan waktu kiamat, turunnya hujan, apa yang ada dalam rahim, apa yang akan diperoleh esok dan tempat seseorang akan mati ada di sisi Allah.

Kelebihan Surah Luqman

Tiada riwayat sahih yang khusus tentang kelebihan surah Luqman; namun dua ayat surah ini dibaca oleh Nabi dalam hadis-hadis sahih. Menurut riwayat al-Bukhari daripada Abdullah bin Mas'ud, apabila turun ayat 82 surah al-An'am yang menyebut orang yang tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman, para sahabat berasa bimbang, "Siapakah antara kita yang tidak mencampuradukkan imannya dengan kezaliman?" Nabi menjelaskan bahawa kezaliman di situ bermaksud seperti dalam ayat 13, apabila Luqman berkata kepada anaknya, "Sesungguhnya syirik itu benar-benar kezaliman yang besar." Juga dalam al-Bukhari disebut bahawa Nabi memberitahu bahawa kunci-kunci perkara ghaib ada lima, lalu membaca ayat terakhir surah ini.

Menurut riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah daripada al-Bara' bin Azib, para sahabat mendengar daripada Nabi dalam solat Zuhur ayat-ayat daripada surah Luqman dan al-Zariyat. Al-Nawawi menilai sanad riwayat ini hasan, manakala al-Albani menilainya daif.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Luqman

Berapakah bilangan ayat Surah Luqman?

Surah Luqman mempunyai 34 ayat.

Apakah maksud Luqman?

Luqman bermaksud “Luqman”.

Adakah Surah Luqman Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Luqman ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-57.

Surah Luqman dalam juzuk berapa?

Surah Luqman terdapat dalam juzuk 21.

Surah Luqman ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Luqman ialah surah ke-31 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Ar-Rum dan sebelum Surah As-Sajdah.

Bolehkah saya mendengar Surah Luqman di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Luqman oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.