Surah ke-72 daripada 114 · Juzuk 29
Surah Al-Jinn الجن
28 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-40
Surah al-Jinn diturunkan di Makkah dan mempunyai 28 ayat. Surah ini menceritakan sekumpulan jin mendengar al-Quran lalu beriman; menegaskan tauhid, perkara ghaib hanya milik Allah dan masjid hanya untuk beribadah kepada Allah.
Surah Al-Jinn dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- 1
قُلۡ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ ٱسۡتَمَعَ نَفَرٞ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَقَالُوٓاْ إِنَّا سَمِعۡنَا قُرۡءَانًا عَجَبٗا ﴿١﴾
Qul uuhiya ilayya annahus tama'a nafarum minal jinni faqaaluu innaa sami'naa qur'aanan 'ajabaa.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: ‘Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
- 2
يَهۡدِيٓ إِلَى ٱلرُّشۡدِ فَـَٔامَنَّا بِهِۦۖ وَلَن نُّشۡرِكَ بِرَبِّنَآ أَحَدٗا ﴿٢﴾
Yahdii ilar rusydi fa aamannaa bihii wa lan nusyrika birabbinaa ahadaa.
‘Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
- 3
وَأَنَّهُۥ تَعَٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَٰحِبَةٗ وَلَا وَلَدٗا ﴿٣﴾
Wa annahuu ta'aalaa jaddu rabbinaa mat takhadza shaahibataw wa laa wa ladaa.
‘Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
- 4
وَأَنَّهُۥ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى ٱللَّهِ شَطَطٗا ﴿٤﴾
Wa annahuu kaana yaquulu safiihunaa 'alallaahi syathathaa.
‘Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
- 5
وَأَنَّا ظَنَنَّآ أَن لَّن تَقُولَ ٱلۡإِنسُ وَٱلۡجِنُّ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبٗا ﴿٥﴾
Wa annaa zhanannaa al lan taquulal insu wal jinnu 'alallaahi kadzibaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
- 6
وَأَنَّهُۥ كَانَ رِجَالٞ مِّنَ ٱلۡإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٖ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَزَادُوهُمۡ رَهَقٗا ﴿٦﴾
Wa annahuu kaana rijaalum minal insi ya'uudzuuna birijaalim minal jinni fazaaduuhum rahaqaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
- 7
وَأَنَّهُمۡ ظَنُّواْ كَمَا ظَنَنتُمۡ أَن لَّن يَبۡعَثَ ٱللَّهُ أَحَدٗا ﴿٧﴾
Wa annahum zhannuu kamaa zhanantum al lay yab'atsallaahu ahadaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
- 8
وَأَنَّا لَمَسۡنَا ٱلسَّمَآءَ فَوَجَدۡنَٰهَا مُلِئَتۡ حَرَسٗا شَدِيدٗا وَشُهُبٗا ﴿٨﴾
Wa annaa lamasnas samaa'a fawajadnaahaa muli'at harasan syadiidaw wa syuhubaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
- 9
وَأَنَّا كُنَّا نَقۡعُدُ مِنۡهَا مَقَٰعِدَ لِلسَّمۡعِۖ فَمَن يَسۡتَمِعِ ٱلۡأٓنَ يَجِدۡ لَهُۥ شِهَابٗا رَّصَدٗا ﴿٩﴾
Wa annaa kunnaa naq'udu minhaa maqaa'ida lis sam'i famay yastami'il aana yajid lahuu syihaabar rashadaa.
‘Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
- 10
وَأَنَّا لَا نَدۡرِيٓ أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ أَرَادَ بِهِمۡ رَبُّهُمۡ رَشَدٗا ﴿١٠﴾
Wa annaa laa nadrii asyarrun uriida biman fil ardhi am araada bihim rabbuhum rasyadaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
- 11
وَأَنَّا مِنَّا ٱلصَّٰلِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَۖ كُنَّا طَرَآئِقَ قِدَدٗا ﴿١١﴾
Wa annaa minnash shaalihuuna wa minnaa duuna dzaalika kunnaa tharaa'iqa qidadaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
- 12
وَأَنَّا ظَنَنَّآ أَن لَّن نُّعۡجِزَ ٱللَّهَ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَن نُّعۡجِزَهُۥ هَرَبٗا ﴿١٢﴾
Wa annaa zhanannaa al lan nu'jizallaaha fil ardhi wa lan nu'jizahuu harabaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
- 13
وَأَنَّا لَمَّا سَمِعۡنَا ٱلۡهُدَىٰٓ ءَامَنَّا بِهِۦۖ فَمَن يُؤۡمِنۢ بِرَبِّهِۦ فَلَا يَخَافُ بَخۡسٗا وَلَا رَهَقٗا ﴿١٣﴾
Wa annaa lammaa sami'nal hudaa aamannaa bihii famay yu'mim birabbihii falaa yakhaafu bakhsaw wa laa rahaqaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
- 14
وَأَنَّا مِنَّا ٱلۡمُسۡلِمُونَ وَمِنَّا ٱلۡقَٰسِطُونَۖ فَمَنۡ أَسۡلَمَ فَأُوْلَٰٓئِكَ تَحَرَّوۡاْ رَشَدٗا ﴿١٤﴾
Wa annaa minnal muslimuuna wa minnal qaasithuuna faman aslama fa ulaa'ika taharrau rasyadaa.
‘Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
- 15
وَأَمَّا ٱلۡقَٰسِطُونَ فَكَانُواْ لِجَهَنَّمَ حَطَبٗا ﴿١٥﴾
Wa ammal qaasithuuna fakaanuu lijahannama hathabaa.
‘Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.’
- 16
وَأَلَّوِ ٱسۡتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسۡقَيۡنَٰهُم مَّآءً غَدَقٗا ﴿١٦﴾
Wa allawis taqaamuu 'alath thariiqati la'asqainaahum maa'an ghadaqaa.
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
- 17
لِّنَفۡتِنَهُمۡ فِيهِۚ وَمَن يُعۡرِضۡ عَن ذِكۡرِ رَبِّهِۦ يَسۡلُكۡهُ عَذَابٗا صَعَدٗا ﴿١٧﴾
Linaftinahum fiihi wa may yu'ridh 'an dzikri rabbihii yaslukhu 'adzaaban sha'adaa.
“(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.
- 18
وَأَنَّ ٱلۡمَسَٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُواْ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدٗا ﴿١٨﴾
Wa annal masaajida lillaahi falaa tad'uu ma'allaahi ahadaa.
“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
- 19
وَأَنَّهُۥ لَمَّا قَامَ عَبۡدُ ٱللَّهِ يَدۡعُوهُ كَادُواْ يَكُونُونَ عَلَيۡهِ لِبَدٗا ﴿١٩﴾
Wa annahuu lammaa qaama 'abdullaahi yad'uuhu kaaduu yakuunuuna 'alaihi libadaa.
“Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya”.
- 20
قُلۡ إِنَّمَآ أَدۡعُواْ رَبِّي وَلَآ أُشۡرِكُ بِهِۦٓ أَحَدٗا ﴿٢٠﴾
Qul innamaa ad'uu rabbii wa laa usyriku bihii ahadaa.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun”.
- 21
قُلۡ إِنِّي لَآ أَمۡلِكُ لَكُمۡ ضَرّٗا وَلَا رَشَدٗا ﴿٢١﴾
Qul innii laa amliku lakum dharraw wa laa rasyadaa.
Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
- 22
قُلۡ إِنِّي لَن يُجِيرَنِي مِنَ ٱللَّهِ أَحَدٞ وَلَنۡ أَجِدَ مِن دُونِهِۦ مُلۡتَحَدًا ﴿٢٢﴾
Qul innii lay yujiiranii minallaahi ahaduw wa lan ajida min duunihii multahadaa.
Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
- 23
إِلَّا بَلَٰغٗا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِسَٰلَٰتِهِۦۚ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَإِنَّ لَهُۥ نَارَ جَهَنَّمَ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ﴿٢٣﴾
Illaa balaagham minallaahi wa risaalaatihii wa may ya'shillaaha wa rasuulahuu fa inna lahuu naara jahannama khaalidiina fiihaa abadaa.
“(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.”.
- 24
حَتَّىٰٓ إِذَا رَأَوۡاْ مَا يُوعَدُونَ فَسَيَعۡلَمُونَ مَنۡ أَضۡعَفُ نَاصِرٗا وَأَقَلُّ عَدَدٗا ﴿٢٤﴾
Hattaa idzaa ra'au maa yuu'aduuna fasaya'lamuuna man adh'afu naashiraw wa aqallu 'adadaa.
(Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
- 25
قُلۡ إِنۡ أَدۡرِيٓ أَقَرِيبٞ مَّا تُوعَدُونَ أَمۡ يَجۡعَلُ لَهُۥ رَبِّيٓ أَمَدًا ﴿٢٥﴾
Qul in adrii aqariibum maa tuu'aduuna am yaj'alu lahuu rabbii amadaa.
(Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: “Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.
- 26
عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ فَلَا يُظۡهِرُ عَلَىٰ غَيۡبِهِۦٓ أَحَدًا ﴿٢٦﴾
'Aalimul ghaibi falaa yuzhhiru 'alaa ghaibihii ahadaa.
“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
- 27
إِلَّا مَنِ ٱرۡتَضَىٰ مِن رَّسُولٖ فَإِنَّهُۥ يَسۡلُكُ مِنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ رَصَدٗا ﴿٢٧﴾
Illaa manir tadhaa mir rasuulin fa innahuu yasluku mim baini yadaihi wa min khalfihii rashadaa.
“Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
- 28
لِّيَعۡلَمَ أَن قَدۡ أَبۡلَغُواْ رِسَٰلَٰتِ رَبِّهِمۡ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيۡهِمۡ وَأَحۡصَىٰ كُلَّ شَيۡءٍ عَدَدَۢا ﴿٢٨﴾
Liya'lama an qad ablaghuu risaalaati rabbihim wa ahaatha bimaa ladaihim wa ahshaa kulla syai'in 'adadaa.
“(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu”.
Dengar bacaan Surah Al-Jinn
Fakta ringkas
- Kedudukan dalam mushaf:
- 72 daripada 114
- Maksud nama:
- Jin
- Bilangan ayat:
- 28
- Diturunkan di:
- Makkah
- Urutan penurunan:
- 40
- Juzuk:
- 29
Mengenai Surah Al-Jinn
Nama surah diambil daripada ungkapan "sekumpulan jin" dalam ayat pertama yang mendengar al-Quran. Menurut al-Quran, jin ialah makhluk tidak kelihatan yang diciptakan daripada api, mempunyai akal dan kehendak seperti manusia serta tertakluk kepada ujian.
Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 28 ayat. Surah ini yang ke-72 dalam susunan mushaf, ke-40 menurut susunan penurunan yang lazim dan terdapat dalam juz 29. Diriwayatkan bahawa surah juga disebut "Qul uhiya" berdasarkan ungkapan ayat pertama.
Separuh awal surah menyampaikan perbualan sesama jin; dengan itu, surah ini antara yang memberikan maklumat paling terperinci tentang alam jin dalam al-Quran.
Latar belakang penurunan Surah Al-Jinn
Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas, peristiwa ini dijelaskan berlaku di Nakhlah dalam perjalanan ke Ukaz; jin mendengar bacaan Nabi dalam solat Subuh bersama sahabat. Ketika itu, sekumpulan jin yang tidak lagi dapat menerima berita dari langit dan sedang menyiasat sebabnya mendengar al-Quran yang dibaca, lalu kembali kepada kaum dan menyatakan mereka beriman. Lalu surah ini diturunkan.
Sebahagian sumber sirah dan tafsir mengaitkan peristiwa dengan perjalanan pulang Nabi dari Taif. Pada bila pun ia berlaku, surah memberikan seruan yang menarik dengan menyatakan makhluk yang tidak kelihatan pun mendengar al-Quran lalu beriman pada zaman orang musyrik Makkah menutup telinga terhadapnya.
Kandungan Surah Al-Jinn
Surah ini bermula dengan perintah kepada Nabi supaya menyampaikan bahawa sekumpulan jin mendengar al-Quran, menyifatkannya sebagai kitab yang menakjubkan dan beriman kepadanya kerana membimbing ke jalan yang benar. Jin menyatakan keagungan Tuhan mereka, Dia tidak mempunyai pasangan atau anak, serta yang bodoh antara mereka berkata tidak benar tentang Allah.
Diterangkan sebahagian manusia berlindung kepada jin sehingga menambah keangkuhan mereka, dan apabila jin mendekati langit, mereka menemukannya penuh penjaga kuat serta nyalaan api. Dijelaskan sebahagian jin Muslim dan sebahagian menyimpang daripada kebenaran.
Ditegaskan masjid milik Allah dan tiada siapa boleh diseru bersama-Nya. Dinyatakan Nabi hanya berdoa kepada Tuhan, tidak berkuasa memberikan manfaat atau mudarat kepada manusia dan tugasnya penyampaian. Surah berakhir dengan menjelaskan bahawa hanya Allah mengetahui perkara ghaib, tetapi memberitahu sebanyak yang dikehendaki kepada rasul yang diredai, serta rasul dijaga agar menyampaikan seruan dengan sempurna.
Kelebihan Surah Al-Jinn
Tiada hadis sahih yang menyebut pahala khusus bagi pembacaan surah al-Jinn. Kata-kata yang oleh al-Tsa'labi dan al-Wahidi dinisbahkan kepada Ubai bin Ka'ab, yang memberitahu bahawa pembaca surah ini akan diberi pahala seperti memerdekakan hamba sebanyak bilangan jin yang beriman dan tidak beriman kepada Nabi, merupakan sebahagian daripada riwayat panjang yang menyebut kelebihan setiap surah; Ibn al-Jauzi menyatakan dalam al-Maudhu'at bahawa riwayat ini palsu.
Di beberapa daerah, sebagai tradisi masih berlangsung membaca surah ini empat puluh satu kali di sisi orang sakit yang dipercayai terkena pengaruh jin, dan meniupkannya kepada si sakit pada kata-kata "ahada" dalam surah ini. Tradisi ini tidak mempunyai asas agama yang boleh dipercayai dan tidak disarankan.
Dalam bab yang sama dengan riwayat tentang sebab turunnya, Muslim juga menukilkan riwayat Abdullah bin Mas'ud berikut: Pada suatu malam para sahabat tidak menemui Nabi; pada waktu pagi apabila baginda datang dari arah Hira, baginda bersabda, "Seorang penyeru daripada kalangan jin datang kepadaku; aku pergi bersamanya dan membacakan al-Quran kepada mereka."
Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.
Soalan lazim tentang Surah Al-Jinn
Berapakah bilangan ayat Surah Al-Jinn?
Surah Al-Jinn mempunyai 28 ayat.
Apakah maksud Al-Jinn?
Al-Jinn bermaksud “Jin”.
Adakah Surah Al-Jinn Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Jinn ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-40.
Surah Al-Jinn dalam juzuk berapa?
Surah Al-Jinn terdapat dalam juzuk 29.
Surah Al-Jinn ialah surah ke berapa dalam al-Quran?
Surah Al-Jinn ialah surah ke-72 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Nuh dan sebelum Surah Al-Muzzammil.
Bolehkah saya mendengar Surah Al-Jinn di sini?
Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Jinn oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.