Surah Yasin

Surah ke-70 daripada 114 · Juzuk 29

Surah Al-Ma'arij المعارج

44 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-79

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Ma'arij diturunkan di Makkah dan mempunyai 44 ayat. Surah ini menerangkan kedahsyatan hari kiamat serta sifat manusia yang tidak sabar dan tamak; menyenaraikan sifat orang beriman yang tetap bersolat, memelihara hak orang miskin dalam harta dan menjaga amanah.

Surah Al-Ma'arij dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    سَأَلَ سَآئِلُۢ بِعَذَابٖ وَاقِعٖ ﴿١﴾

    Sa'ala saa'ilum bi'adzaabiw waaqi'.

    Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

  2. 2

    لِّلۡكَٰفِرِينَ لَيۡسَ لَهُۥ دَافِعٞ ﴿٢﴾

    Llil kaafiriina laisa lahuu daafi'.

    Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -

  3. 3

    مِّنَ ٱللَّهِ ذِي ٱلۡمَعَارِجِ ﴿٣﴾

    Minallaahi dzil ma'aarij.

    Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik -

  4. 4

    تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِي يَوۡمٖ كَانَ مِقۡدَارُهُۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٖ ﴿٤﴾

    Ta'rujul malaa'ikatu war ruuhu ilaihi fii yaumin kaana miqdaaruhuu khamsiina alfa sanah.

    Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).

  5. 5

    فَٱصۡبِرۡ صَبۡرٗا جَمِيلًا ﴿٥﴾

    Fashbir shabran jamiilaa.

    Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

  6. 6

    إِنَّهُمۡ يَرَوۡنَهُۥ بَعِيدٗا ﴿٦﴾

    Innahum yaraunahuu ba'iidaa.

    Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),

  7. 7

    وَنَرَىٰهُ قَرِيبٗا ﴿٧﴾

    Wa naraahu qariibaa.

    Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),

  8. 8

    يَوۡمَ تَكُونُ ٱلسَّمَآءُ كَٱلۡمُهۡلِ ﴿٨﴾

    Yauma takuunus samaa'u kal muhl.

    (Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,

  9. 9

    وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ كَٱلۡعِهۡنِ ﴿٩﴾

    Wa takuunul jibaalu kal 'ihn.

    Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)

  10. 10

    وَلَا يَسۡـَٔلُ حَمِيمٌ حَمِيمٗا ﴿١٠﴾

    Wa laa yas'alu hamiimun hamiimaa.

    Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),

  11. 11

    يُبَصَّرُونَهُمۡۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِي مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِئِذِۭ بِبَنِيهِ ﴿١١﴾

    Yubashsharuunahum yawaddul mujrimu lau yaftadii min 'adzaabi yaumi'idzim bibaniih.

    Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,

  12. 12

    وَصَٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ ﴿١٢﴾

    Wa shaahibatihii wa akhiih.

    Dan isteri serta saudaranya,

  13. 13

    وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِي تُـٔۡوِيهِ ﴿١٣﴾

    Wa fashiilatihil latii tu'wiih.

    Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,

  14. 14

    وَمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ يُنجِيهِ ﴿١٤﴾

    Wa man fil ardhi jamii'an tsumma yunjiih.

    Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.

  15. 15

    كَلَّآۖ إِنَّهَا لَظَىٰ ﴿١٥﴾

    Kallaa innahaa lazhaa.

    Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,

  16. 16

    نَزَّاعَةٗ لِّلشَّوَىٰ ﴿١٦﴾

    Nazzaa'atal lisy syawaa.

    (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,

  17. 17

    تَدۡعُواْ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ ﴿١٧﴾

    Tad'uu man adbara wa tawallaa.

    Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),

  18. 18

    وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰٓ ﴿١٨﴾

    Wa jama'a fa au'aa.

    Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).

  19. 19

    ۞ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩﴾

    Innal insaana khuliqa haluu'aa.

    Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -

  20. 20

    إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعٗا ﴿٢٠﴾

    Idzaa massahusy syarru jazuu'aa.

    Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

  21. 21

    وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا ﴿٢١﴾

    Wa idzaa massahul khairu manuu'aa.

    Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

  22. 22

    إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ ﴿٢٢﴾

    Illal mushalliin.

    Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -

  23. 23

    ٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ دَآئِمُونَ ﴿٢٣﴾

    Alladziina hum 'alaa shalaatihim daa'imuun.

    Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

  24. 24

    وَٱلَّذِينَ فِيٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ حَقّٞ مَّعۡلُومٞ ﴿٢٤﴾

    Wal ladziina fii amwaalihim haqqum ma'luum.

    Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -

  25. 25

    لِّلسَّآئِلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ ﴿٢٥﴾

    Llis saa'ili wal mahruum.

    Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);

  26. 26

    وَٱلَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴿٢٦﴾

    Wal ladziina yushaddiquuna biyaumid diin.

    Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);

  27. 27

    وَٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ ﴿٢٧﴾

    Wal ladziina hum min 'adzaabi rabbihim musyfiquun.

    Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -

  28. 28

    إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمۡ غَيۡرُ مَأۡمُونٖ ﴿٢٨﴾

    Inna 'adzaaba rabbihim ghairu ma'muun.

    Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;

  29. 29

    وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ ﴿٢٩﴾

    Wal ladziina hum lifuruujihim haafizhuun.

    Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

  30. 30

    إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ ﴿٣٠﴾

    Illaa 'alaa azwaajihim au maa malakat aimaanuhum fa innahum ghairu maluumiin.

    Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;

  31. 31

    فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ ﴿٣١﴾

    Famanib taghaa waraa'a dzaalika fa ulaa'ika humul 'aaduun.

    Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

  32. 32

    وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ﴿٣٢﴾

    Wal ladziina hum li'amaanaatihim wa 'ahdihim raa'uun.

    Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

  33. 33

    وَٱلَّذِينَ هُم بِشَهَٰدَٰتِهِمۡ قَآئِمُونَ ﴿٣٣﴾

    Wal ladziina hum bisyahaadaatihim qaa'imuun.

    Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);

  34. 34

    وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ﴿٣٤﴾

    Wal ladziina hum 'alaa shalaatihim yuhaafizhuun.

    Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

  35. 35

    أُوْلَٰٓئِكَ فِي جَنَّٰتٖ مُّكۡرَمُونَ ﴿٣٥﴾

    Ulaa'ika fii jannaatim mukramuun.

    Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

  36. 36

    فَمَالِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ قِبَلَكَ مُهۡطِعِينَ ﴿٣٦﴾

    Famaalil ladziina kafaruu qibalaka muhthi'iin.

    Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu -

  37. 37

    عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ عِزِينَ ﴿٣٧﴾

    'Anil yamiini wa 'anisy syimaali 'iziin.

    (Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.

  38. 38

    أَيَطۡمَعُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُدۡخَلَ جَنَّةَ نَعِيمٖ ﴿٣٨﴾

    Ayathma'u kullum ri'im minhum ay yudkhala jannata na'iim.

    Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?

  39. 39

    كَلَّآۖ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّمَّا يَعۡلَمُونَ ﴿٣٩﴾

    Kallaa innaa khalaqnaahum mimmaa ya'lamuun.

    Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.

  40. 40

    فَلَآ أُقۡسِمُ بِرَبِّ ٱلۡمَشَٰرِقِ وَٱلۡمَغَٰرِبِ إِنَّا لَقَٰدِرُونَ ﴿٤٠﴾

    Falaa uqsimu birabbil masyaariqi wal maghaaribi innaa laqaadiruun.

    Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa -

  41. 41

    عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ﴿٤١﴾

    'Alaa an nubaddila khairam minhum wa maa nahnu bimasbuuqiin.

    (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.

  42. 42

    فَذَرۡهُمۡ يَخُوضُواْ وَيَلۡعَبُواْ حَتَّىٰ يُلَٰقُواْ يَوۡمَهُمُ ٱلَّذِي يُوعَدُونَ ﴿٤٢﴾

    Fadzarhum yakhuudhuu wa yal'abuu hattaa yulaaquu yaumahumul ladzii yuu'aduun.

    Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! -

  43. 43

    يَوۡمَ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ سِرَاعٗا كَأَنَّهُمۡ إِلَىٰ نُصُبٖ يُوفِضُونَ ﴿٤٣﴾

    Yauma yakhrujuuna minal ajdaatsi siraa'an ka'annahum ilaa nushubiy yuufidhuun.

    Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),

  44. 44

    خَٰشِعَةً أَبۡصَٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٞۚ ذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلَّذِي كَانُواْ يُوعَدُونَ ﴿٤٤﴾

    Khaasyi'atan abshaaruhum tarhaquhum dzillatun dzaalikal yaumul ladzii kaanuu yuu'aduun.

    Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

Dengar bacaan Surah Al-Ma'arij

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
70 daripada 114
Maksud nama:
Tempat-Tempat Naik
Bilangan ayat:
44
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
79
Juzuk:
29

Mengenai Surah Al-Ma'arij

Nama surah diambil daripada ungkapan "dhi al-ma'arij" yang disebut sebagai sifat Allah dalam ayat ketiga. Ma'arij bermaksud jalan-jalan naik dan darjat; ayat keempat menyatakan malaikat dan Roh naik kepada-Nya.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 44 ayat. Surah ini yang ke-70 dalam susunan mushaf, ke-79 menurut susunan penurunan yang lazim dan terdapat dalam juz 29. Berdasarkan ayat pertama, surah juga disebut "Sa'ala sa'ilun".

Sifat orang beriman yang disenaraikan dalam bahagian tengah sangat menyerupai ayat awal surah al-Mu'minun dan menyatakan pandangan akhlak Islam secara ringkas.

Latar belakang penurunan Surah Al-Ma'arij

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik mempermainkan azab dan kiamat yang dikhabarkan Nabi, serta mencabar dengan berkata "Jika engkau benar, datangkanlah azab".

Menurut riwayat yang dinisbahkan kepada Ibn Abbas dalam sumber tafsir, orang yang disebut dalam ayat pertama meminta kedatangan azab ialah pembesar Quraisy al-Nadr bin al-Harith. Sebahagian ahli tafsir pula mentafsirkan ungkapan sebagai merangkumi semua orang kafir yang meminta azab dengan mengejek.

Menjawab cabaran ini, surah menasihati Nabi dengan kesabaran yang baik dan mengingatkan bahawa hari yang dianggap jauh oleh orang kafir sebenarnya dekat.

Kandungan Surah Al-Ma'arij

Surah ini bermula dengan menyampaikan permintaan seorang kafir agar datang azab yang tidak dapat dihalang sesiapa. Dinyatakan malaikat dan Roh naik kepada Allah pada suatu hari yang tempohnya lima puluh ribu tahun, dan Nabi dinasihati bersabar dengan baik. Digambarkan pada hari itu langit seperti logam cair, gunung seperti bulu berwarna yang dihamburkan, tiada teman bertanya tentang teman dan orang berdosa ingin menebus diri dengan kerabat terdekat demi terselamat daripada azab.

Kemudian dijelaskan manusia diciptakan tamak dan tidak sabar, mengeluh apabila ditimpa keburukan dan kedekut apabila mendapat kebaikan. Dikecualikan mereka yang tetap dalam solat, menyediakan hak tertentu bagi orang miskin dalam harta, membenarkan hari pembalasan, takut azab Tuhan, menjaga kehormatan diri, memelihara amanah dan janji, memberikan kesaksian dengan benar serta menjaga solat; mereka dimuliakan di syurga.

Bahagian terakhir mengecam kegelisahan sia-sia orang kafir dan mengingatkan hari mereka keluar dengan cepat dari kubur.

Kelebihan Surah Al-Ma'arij

Dalam menjelaskan ungkapan "orang yang tetap mengerjakan solat mereka", salah satu sifat orang beriman yang disebut dalam surah al-Ma'arij, Ibn Kathir menyebut antara tafsiran-tafsiran itu makna bahawa seseorang terus menjalankan amal yang dilakukannya tanpa meninggalkannya. Sebagai dalil, dia mengingatkan hadis yang dinukilkan dalam al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah, "Amal yang paling dicintai di sisi Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit."

Tentang hari yang tempohnya lima puluh ribu tahun, menurut riwayat yang dinukilkan Ahmad bin Hanbal daripada Abu Sa'id al-Khudri, Nabi memberitahu bahawa hari itu akan terasa lebih ringan bagi orang beriman daripada satu solat fardu yang dikerjakannya di dunia. Ibn Kathir menyebut bahawa Darraj, salah seorang perawi riwayat ini, dan gurunya daif. Tidak diketahui juga hadis kelebihan sahih yang khusus tentang membaca surah al-Ma'arij.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Al-Ma'arij

Berapakah bilangan ayat Surah Al-Ma'arij?

Surah Al-Ma'arij mempunyai 44 ayat.

Apakah maksud Al-Ma'arij?

Al-Ma'arij bermaksud “Tempat-Tempat Naik”.

Adakah Surah Al-Ma'arij Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Ma'arij ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-79.

Surah Al-Ma'arij dalam juzuk berapa?

Surah Al-Ma'arij terdapat dalam juzuk 29.

Surah Al-Ma'arij ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Ma'arij ialah surah ke-70 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Haqqah dan sebelum Surah Nuh.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Ma'arij di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Ma'arij oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.