Surah Yasin

Surah ke-68 daripada 114 · Juzuk 29

Surah Al-Qalam القلم

52 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-2

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Qalam mempunyai 52 ayat dan antara surah pertama diturunkan di Makkah. Surah ini mengesahkan akhlak Nabi yang luhur, menjawab mereka yang menuduh baginda gila dan menerangkan akibat mengingkari nikmat melalui kisah pemilik kebun.

Surah Al-Qalam dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    نٓۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ ﴿١﴾

    Nuun, wal qalami wa maa yasthuruun.

    Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -

  2. 2

    مَآ أَنتَ بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ بِمَجۡنُونٖ ﴿٢﴾

    Maa anta bini'mati rabbika bimajnuun.

    Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).

  3. 3

    وَإِنَّ لَكَ لَأَجۡرًا غَيۡرَ مَمۡنُونٖ ﴿٣﴾

    Wa inna laka la'ajran ghaira mamnuun.

    Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

  4. 4

    وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ ﴿٤﴾

    Wa innaka la'alaa khuluqin 'azhiim.

    Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

  5. 5

    فَسَتُبۡصِرُ وَيُبۡصِرُونَ ﴿٥﴾

    Fasatubshiru wa yubshiruun.

    Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -

  6. 6

    بِأَييِّكُمُ ٱلۡمَفۡتُونُ ﴿٦﴾

    Bi'ayyikumul maftuun.

    Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.

  7. 7

    إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ ﴿٧﴾

    Inna rabbaka huwa a'lamu biman dhalla 'an sabiilihii wa huwa a'lamu bil muhtadiin.

    Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

  8. 8

    فَلَا تُطِعِ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ﴿٨﴾

    Falaa tuthi'il mukadzdzibiin.

    Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).

  9. 9

    وَدُّواْ لَوۡ تُدۡهِنُ فَيُدۡهِنُونَ ﴿٩﴾

    Wadduu lau tudhinu fayudhinuun.

    Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).

  10. 10

    وَلَا تُطِعۡ كُلَّ حَلَّافٖ مَّهِينٍ ﴿١٠﴾

    Wa laa tuthi' kulla hallaafim mahiin.

    Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -

  11. 11

    هَمَّازٖ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٖ ﴿١١﴾

    Hammaazim masysyaa'im binamiim.

    Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -

  12. 12

    مَّنَّاعٖ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ ﴿١٢﴾

    Mannaa'il lil khairi mu'tadin atsiim.

    Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -

  13. 13

    عُتُلِّۭ بَعۡدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ ﴿١٣﴾

    'Utullim ba'da dzaalika zaniim.

    Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

  14. 14

    أَن كَانَ ذَا مَالٖ وَبَنِينَ ﴿١٤﴾

    An kaana dzaa maaliw wa baniin.

    Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -

  15. 15

    إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَٰتُنَا قَالَ أَسَٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٥﴾

    Idzaa tutlaa 'alaihi aayaatunaa qaala asaathiirul awwaliin.

    Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: “(Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.

  16. 16

    سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلۡخُرۡطُومِ ﴿١٦﴾

    Sanasimuhuu 'alal khurthuum.

    (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).

  17. 17

    إِنَّا بَلَوۡنَٰهُمۡ كَمَا بَلَوۡنَآ أَصۡحَٰبَ ٱلۡجَنَّةِ إِذۡ أَقۡسَمُواْ لَيَصۡرِمُنَّهَا مُصۡبِحِينَ ﴿١٧﴾

    Innaa balaunaahum kamaa balaunaa ashhaabal jannati idz aqsamuu layashrimunnahaa mushbihiin.

    Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -

  18. 18

    وَلَا يَسۡتَثۡنُونَ ﴿١٨﴾

    Wa laa yastatsnuun.

    Serta mereka tidak menyebut pengecualian.

  19. 19

    فَطَافَ عَلَيۡهَا طَآئِفٞ مِّن رَّبِّكَ وَهُمۡ نَآئِمُونَ ﴿١٩﴾

    Fathaafa 'alaihaa thaa'ifum mir rabbika wa hum naa'imuun.

    Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.

  20. 20

    فَأَصۡبَحَتۡ كَٱلصَّرِيمِ ﴿٢٠﴾

    Fa ashbahat kash shariim.

    Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.

  21. 21

    فَتَنَادَوۡاْ مُصۡبِحِينَ ﴿٢١﴾

    Fatanaadau mushbihiin.

    Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -

  22. 22

    أَنِ ٱغۡدُواْ عَلَىٰ حَرۡثِكُمۡ إِن كُنتُمۡ صَٰرِمِينَ ﴿٢٢﴾

    Anigh duu 'alaa hartsikum in kuntum shaarimiin.

    (Setengahnya berkata): “Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya”.

  23. 23

    فَٱنطَلَقُواْ وَهُمۡ يَتَخَٰفَتُونَ ﴿٢٣﴾

    Fanthalaquu wa hum yatakhaafatuun.

    Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):

  24. 24

    أَن لَّا يَدۡخُلَنَّهَا ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكُم مِّسۡكِينٞ ﴿٢٤﴾

    Al laa yadkhulannahal yauma 'alaikum miskiin.

    “Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu”.

  25. 25

    وَغَدَوۡاْ عَلَىٰ حَرۡدٖ قَٰدِرِينَ ﴿٢٥﴾

    Wa ghadau 'alaa hardin qaadiriin.

    Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.

  26. 26

    فَلَمَّا رَأَوۡهَا قَالُوٓاْ إِنَّا لَضَآلُّونَ ﴿٢٦﴾

    Falammaa ra'auhaa qaaluu innaa ladhaalluun.

    Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: “Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)”.

  27. 27

    بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ ﴿٢٧﴾

    Bal nahnu mahruumuun.

    (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: “Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)”.

  28. 28

    قَالَ أَوۡسَطُهُمۡ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ لَوۡلَا تُسَبِّحُونَ ﴿٢٨﴾

    Qaala ausathuhum alam aqul lakum laulaa tusabbihuun.

    Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu)?”

  29. 29

    قَالُواْ سُبۡحَٰنَ رَبِّنَآ إِنَّا كُنَّا ظَٰلِمِينَ ﴿٢٩﴾

    Qaaluu subhaana rabbinaa innaa kunnaa zhaalimiin.

    Mereka berkata (dengan sesalnya): “Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!”

  30. 30

    فَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ يَتَلَٰوَمُونَ ﴿٣٠﴾

    Fa aqbala ba'dhuhum 'alaa ba'dhiy yatalaawamuun.

    Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.

  31. 31

    قَالُواْ يَٰوَيۡلَنَآ إِنَّا كُنَّا طَٰغِينَ ﴿٣١﴾

    Qaaluu yaa wailanaa innaa kunnaa thaaghiin.

    Mereka berkata: “Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.

  32. 32

    عَسَىٰ رَبُّنَآ أَن يُبۡدِلَنَا خَيۡرٗا مِّنۡهَآ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا رَٰغِبُونَ ﴿٣٢﴾

    'Asaa rabbunaa ay yubdilanaa khairam minhaa innaa ilaa rabbinaa raaghibuun.

    “Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap”.

  33. 33

    كَذَٰلِكَ ٱلۡعَذَابُۖ وَلَعَذَابُ ٱلۡأٓخِرَةِ أَكۡبَرُۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ ﴿٣٣﴾

    Kadzaalikal 'adzaabu wa la'adzaabul aakhirati akbaru lau kaanuu ya'lamuun.

    Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).

  34. 34

    إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٣٤﴾

    Inna lil muttaqiina 'inda rabbihim jannaatin na'iim.

    Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.

  35. 35

    أَفَنَجۡعَلُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ كَٱلۡمُجۡرِمِينَ ﴿٣٥﴾

    Afanaj'alul muslimiina kal mujrimiin.

    Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?

  36. 36

    مَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ ﴿٣٦﴾

    Maa lakum kaifa tahkumuun.

    Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

  37. 37

    أَمۡ لَكُمۡ كِتَٰبٞ فِيهِ تَدۡرُسُونَ ﴿٣٧﴾

    Am lakum kitaabun fiihi tadrusuun.

    Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?

  38. 38

    إِنَّ لَكُمۡ فِيهِ لَمَا تَخَيَّرُونَ ﴿٣٨﴾

    Inna lakum fiihi lamaa takhayyaruun.

    Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?

  39. 39

    أَمۡ لَكُمۡ أَيۡمَٰنٌ عَلَيۡنَا بَٰلِغَةٌ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ إِنَّ لَكُمۡ لَمَا تَحۡكُمُونَ ﴿٣٩﴾

    Am lakum aimaanun 'alainaa baalighatun ilaa yaumil qiyaamati inna lakum lamaa tahkumuun.

    Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?

  40. 40

    سَلۡهُمۡ أَيُّهُم بِذَٰلِكَ زَعِيمٌ ﴿٤٠﴾

    Salhum ayyuhum bidzaalika za'iim.

    Bertanyalah kepada mereka: “Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?”

  41. 41

    أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَآءُ فَلۡيَأۡتُواْ بِشُرَكَآئِهِمۡ إِن كَانُواْ صَٰدِقِينَ ﴿٤١﴾

    Am lahum syurakaa'u falya'tuu bisyurakaa'ihim in kaanuu shaadiqiin.

    Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar.

  42. 42

    يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٖ وَيُدۡعَوۡنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ ﴿٤٢﴾

    Yauma yuksyafu 'an saaqiw wa yud'auna ilas sujuudi falaa yastathii'uun.

    (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -

  43. 43

    خَٰشِعَةً أَبۡصَٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٞۖ وَقَدۡ كَانُواْ يُدۡعَوۡنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ وَهُمۡ سَٰلِمُونَ ﴿٤٣﴾

    Khaasyi'atan abshaaruhum tarhaquhum dzillatuw wa qad kaanuu yud'auna ilas sujuudi wa hum saalimuun.

    Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

  44. 44

    فَذَرۡنِي وَمَن يُكَذِّبُ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِۖ سَنَسۡتَدۡرِجُهُم مِّنۡ حَيۡثُ لَا يَعۡلَمُونَ ﴿٤٤﴾

    Fadzarnii wa may yukadzdzibu bihaadzal hadiitsi sanastadrijuhum min haitsu laa ya'lamuun.

    Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

  45. 45

    وَأُمۡلِي لَهُمۡۚ إِنَّ كَيۡدِي مَتِينٌ ﴿٤٥﴾

    Wa umlii lahum inna kaidii matiin.

    Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.

  46. 46

    أَمۡ تَسۡـَٔلُهُمۡ أَجۡرٗا فَهُم مِّن مَّغۡرَمٖ مُّثۡقَلُونَ ﴿٤٦﴾

    Am tas'aluhum ajran fahum mim maghramim mutsqaluun.

    Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?

  47. 47

    أَمۡ عِندَهُمُ ٱلۡغَيۡبُ فَهُمۡ يَكۡتُبُونَ ﴿٤٧﴾

    Am 'indahumul ghaibu fahum yaktubuun.

    Atau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?

  48. 48

    فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُن كَصَاحِبِ ٱلۡحُوتِ إِذۡ نَادَىٰ وَهُوَ مَكۡظُومٞ ﴿٤٨﴾

    Fashbir lihukmi rabbika wa laa takun kashaahibil huuti idz naadaa wa huwa makzhuum.

    Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.

  49. 49

    لَّوۡلَآ أَن تَدَٰرَكَهُۥ نِعۡمَةٞ مِّن رَّبِّهِۦ لَنُبِذَ بِٱلۡعَرَآءِ وَهُوَ مَذۡمُومٞ ﴿٤٩﴾

    Laulaa an tadaarakahuu ni'matum mir rabbihii lanubidza bil 'araa'i wa huwa madzmuum.

    Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).

  50. 50

    فَٱجۡتَبَٰهُ رَبُّهُۥ فَجَعَلَهُۥ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ ﴿٥٠﴾

    Fajtabaahu rabbuhuu faja'alahuu minash shaalihiin.

    Selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh.

  51. 51

    وَإِن يَكَادُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَيُزۡلِقُونَكَ بِأَبۡصَٰرِهِمۡ لَمَّا سَمِعُواْ ٱلذِّكۡرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُۥ لَمَجۡنُونٞ ﴿٥١﴾

    Wa iy yakaadul ladziina kafaruu layuzliquunaka bi'abshaarihim lammaa sami'udz dzikra wa yaquuluuna innahuu lamajnuun.

    Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: “Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila”.

  52. 52

    وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكۡرٞ لِّلۡعَٰلَمِينَ ﴿٥٢﴾

    Wa maa huwa illaa dzikrul lil 'aalamiin.

    Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.

Dengar bacaan Surah Al-Qalam

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
68 daripada 114
Maksud nama:
Pena
Bilangan ayat:
52
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
2
Juzuk:
29

Mengenai Surah Al-Qalam

Nama surah diambil daripada perkataan "qalam" yang dijadikan sumpah dalam ayat pertama: "Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis". Oleh itu, surah juga disebut "surah Nun". Sumpah demi pena dan tulisan ditafsirkan sebagai isyarat nilai ilmu serta tulisan.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 52 ayat. Surah ini yang ke-68 dalam mushaf; menurut susunan penurunan yang lazim, surah kedua selepas al-'Alaq dan terdapat dalam juz 29. Walaupun sebahagian ulama mengatakan ayat kisah pemilik kebun serta ayat tentang Nabi Yunus diturunkan di Madinah, surah umumnya dianggap Makkiyyah.

Ungkapan ayat keempat yang bermaksud "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung" antara ayat paling terkenal tentang akhlak Nabi.

Latar belakang penurunan Surah Al-Qalam

Surah ini diturunkan pada tahun-tahun awal kenabian, ketika orang musyrik Makkah mula memburukkan Nabi setelah baginda memulakan penyampaian dakwah. Orang musyrik menuduh baginda gila untuk menolak wahyu; surah menjawab fitnah ini secara langsung dan menghiburkan Nabi.

Ahli tafsir menyebut pelbagai nama tentang orang yang sifatnya disenaraikan mulai ayat kesepuluh, yang banyak bersumpah, menyebarkan kata-kata dan menghalang kebaikan; sebahagian mengatakan dia pembesar musyrik al-Walid bin al-Mughirah. Ungkapan ayat ialah peringatan yang terpakai kepada semua yang mempunyai sifat ini.

Kandungan Surah Al-Qalam

Dengan sumpah demi pena dan tulisan, surah menyatakan Nabi bukan gila kerana nikmat Tuhan, baginda mendapat ganjaran tanpa putus dan mempunyai akhlak luhur. Baginda dinasihati tidak tunduk kepada pendusta atau mengikuti orang yang banyak bersumpah, mengumpat manusia, menghalang kebaikan dan merendahkan ayat sebagai "dongeng orang dahulu" kerana mempunyai harta serta anak.

Kemudian diceritakan pemilik kebun yang memutuskan memetik hasil pada awal pagi untuk tidak memberikan bahagian kepada orang miskin, tetapi menemukan kebun terbakar lalu menyesal. Dijelaskan orang yang berserah kepada Allah tidak disamakan dengan orang berdosa; dikhabarkan bahawa mereka yang tidak bersujud walaupun diseru di dunia tidak dapat bersujud pada hari itu.

Bahagian terakhir menasihati Nabi supaya bersabar terhadap keputusan Tuhan dan tidak menunjukkan ketidaksabaran seperti Nabi Yunus, pemilik ikan. Ditegaskan bahawa ketika mendengar al-Quran, orang kafir memandang baginda seolah-olah hampir menjatuhkannya dengan mata, sedangkan al-Quran ialah peringatan bagi sekalian alam.

Kelebihan Surah Al-Qalam

Kata-kata yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir dan menjanjikan kepada pembaca surah al-Qalam pahala orang yang akhlaknya diindahkan tidak dianggap sahih. Kepentingan surah ini lebih difahami daripada hadis-hadis sahih yang menerangkan ayat-ayatnya. Menurut riwayat Muslim, Aisyah menjawab Sa'd bin Hisyam yang bertanya tentang akhlak Nabi, "Akhlak baginda ialah al-Quran"; dengan jawapan ini pujian dalam ayat keempat menjadi nyata. Menurut sebuah hadis dalam al-Bukhari, pada hari yang disebut dalam ayat 42, orang yang di dunia bersujud kerana riak tidak akan dapat bersujud.

Pembacaan dua ayat terakhir untuk menangkis pengaruh mata jahat (ain) lazim dalam kalangan masyarakat, dan Hasan al-Basri juga dikhabarkan menganjurkan ayat 51 untuk tujuan ini; namun tiada hadis sahih yang memerintahkan bacaan itu. Nabi meminta agar ruqyah dilakukan bagi mengatasi pengaruh mata jahat, dan selepas al-Falaq dan al-Nas diturunkan, baginda hanya membaca kedua-dua surah ini ketika memohon perlindungan kepada Allah. Al-Tirmizi menyebut riwayat terakhir ini hasan gharib, dan al-Albani menyebutnya sahih.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Al-Qalam

Berapakah bilangan ayat Surah Al-Qalam?

Surah Al-Qalam mempunyai 52 ayat.

Apakah maksud Al-Qalam?

Al-Qalam bermaksud “Pena”.

Adakah Surah Al-Qalam Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Qalam ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-2.

Surah Al-Qalam dalam juzuk berapa?

Surah Al-Qalam terdapat dalam juzuk 29.

Surah Al-Qalam ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Qalam ialah surah ke-68 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Mulk dan sebelum Surah Al-Haqqah.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Qalam di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Qalam oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.