Surah Yasin

Surah ke-67 daripada 114 · Juzuk 29

Surah Al-Mulk الملك

30 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-77

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Mulk diturunkan di Makkah dan mempunyai 30 ayat. Surah ini mengingatkan kekuasaan seluruh kewujudan di tangan Allah, kehidupan dan kematian diciptakan untuk ujian, serta menyeru manusia merenungkan aturan alam semesta yang sempurna.

Surah Al-Mulk dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ﴿١﴾

    Tabaarakal ladzii biyadihil mulku wa huwa 'alaa kulli syai'in qadiir.

    Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

  2. 2

    ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ﴿٢﴾

    Alladzii khalaqal mauta wal hayaata liyabluwakum ayyukum ahsanu 'amalaw wa huwal 'aziizul ghafuur.

    Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

  3. 3

    ٱلَّذِي خَلَقَ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖ طِبَاقٗاۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَٰنِ مِن تَفَٰوُتٖۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٖ ﴿٣﴾

    Alladzii khalaqa sab'a samaawaatin thibaaqam maa taraa fii khalqir rahmaani min tafaawutin farji'il bashara hal taraa min futhuur.

    Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

  4. 4

    ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئٗا وَهُوَ حَسِيرٞ ﴿٤﴾

    Tsummar ji'il bashara karrataini yanqalib ilaikal basharu khaasi'aw wa huwa hasiir.

    Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

  5. 5

    وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَٰبِيحَ وَجَعَلۡنَٰهَا رُجُومٗا لِّلشَّيَٰطِينِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ ﴿٥﴾

    Wa laqad zayyannas samaa'ad dunyaa bimashaabiiha wa ja'alnaahaa rujuumal lisy syayaathiini wa a'tadnaa lahum 'adzaabas sa'iir.

    Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

  6. 6

    وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّهِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ ﴿٦﴾

    Wa lil ladziina kafaruu birabbihim 'adzaabu jahannama wa bi'sal mashiir.

    Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

  7. 7

    إِذَآ أُلۡقُواْ فِيهَا سَمِعُواْ لَهَا شَهِيقٗا وَهِيَ تَفُورُ ﴿٧﴾

    Idzaa ulquu fiihaa sami'uu lahaa syahiiqaw wa hiya tafuur.

    Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

  8. 8

    تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۖ كُلَّمَآ أُلۡقِيَ فِيهَا فَوۡجٞ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُهَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَذِيرٞ ﴿٨﴾

    Takaadu tamayyazu minal ghaizhi kullamaa ulqiya fiihaa faujun sa'alahum khazanatuhaa alam ya'tikum nadziir.

    Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”

  9. 9

    قَالُواْ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٞ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَيۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِي ضَلَٰلٖ كَبِيرٖ ﴿٩﴾

    Qaaluu balaa qad jaa'anaa nadziirun fakadzdzabnaa wa qulnaa maa nazzalallaahu min syai'in in antum illaa fii dhalaalin kabiir.

    Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!”

  10. 10

    وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ ﴿١٠﴾

    Wa qaaluu lau kunnaa nasma'u au na'qilu maa kunnaa fii ashhaabis sa'iir.

    Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.

  11. 11

    فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِهِمۡ فَسُحۡقٗا لِّأَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ ﴿١١﴾

    Fa'tarafuu bidzambihim fasuhqal li'ashhaabis sa'iir.

    Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

  12. 12

    إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَأَجۡرٞ كَبِيرٞ ﴿١٢﴾

    Innal ladziina yakhsyauna rabbahum bil ghaibi lahum maghfiratuw wa ajrun kabiir.

    Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

  13. 13

    وَأَسِرُّواْ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواْ بِهِۦٓۖ إِنَّهُۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ﴿١٣﴾

    Wa asirruu qaulakum awij haruu bihii innahuu 'aliimum bidzaatish shuduur.

    Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

  14. 14

    أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ ﴿١٤﴾

    Alaa ya'lamu man khalaqa wa huwal lathiiful khabiir.

    Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

  15. 15

    هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولٗا فَٱمۡشُواْ فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ ﴿١٥﴾

    Huwal ladzii ja'ala lakumul ardha dzaluulan famsyuu fii manaakibihaa wa kuluu mir rizqihii wa ilaihin nusyuur.

    Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

  16. 16

    ءَأَمِنتُم مَّن فِي ٱلسَّمَآءِ أَن يَخۡسِفَ بِكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ ﴿١٦﴾

    A'amintum man fis samaa'i ay yakhsifa bikumul ardha fa idzaa hiya tamuur.

    Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

  17. 17

    أَمۡ أَمِنتُم مَّن فِي ٱلسَّمَآءِ أَن يُرۡسِلَ عَلَيۡكُمۡ حَاصِبٗاۖ فَسَتَعۡلَمُونَ كَيۡفَ نَذِيرِ ﴿١٧﴾

    Am amintum man fis samaa'i ay yursila 'alaikum haashiban fasata'lamuuna kaifa nadziir.

    Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

  18. 18

    وَلَقَدۡ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَكَيۡفَ كَانَ نَكِيرِ ﴿١٨﴾

    Wa laqad kadzdzabal ladziina min qablihim fakaifa kaana nakiir.

    Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

  19. 19

    أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَٰٓفَّٰتٖ وَيَقۡبِضۡنَۚ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَٰنُۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَيۡءِۭ بَصِيرٌ ﴿١٩﴾

    Awalam yarau ilath thairi fauqahum shaaffaatiw wa yaqbidhna maa yumsikuhunna illar rahmaanu innahuu bikulli syai'im bashiir.

    Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

  20. 20

    أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي هُوَ جُندٞ لَّكُمۡ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ ٱلرَّحۡمَٰنِۚ إِنِ ٱلۡكَٰفِرُونَ إِلَّا فِي غُرُورٍ ﴿٢٠﴾

    Amman haadzal ladzii huwa jundul lakum yanshurukum min duunir rahmaani inil kaafiruuna illaa fii ghuruur.

    Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

  21. 21

    أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّواْ فِي عُتُوّٖ وَنُفُورٍ ﴿٢١﴾

    Amman haadzal ladzii yarzuqukum in amsaka rizqahuu bal lajjuu fii 'utuwwiw wa nufuur.

    Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

  22. 22

    أَفَمَن يَمۡشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجۡهِهِۦٓ أَهۡدَىٰٓ أَمَّن يَمۡشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ﴿٢٢﴾

    Afamay yamsyii mukibban 'alaa wajhihii ahdaa ammay yamsyii sawiyyan 'alaa shiraathim mustaqiim.

    Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

  23. 23

    قُلۡ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَنشَأَكُمۡ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ ﴿٢٣﴾

    Qul huwal ladzii ansya'akum wa ja'ala lakumus sam'a wal abshaara wal af'idata qaliilam maa tasykuruun.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

  24. 24

    قُلۡ هُوَ ٱلَّذِي ذَرَأَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ ﴿٢٤﴾

    Qul huwal ladzii dzara'akum fil ardhi wa ilaihi tuhsyaruun.

    Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.

  25. 25

    وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿٢٥﴾

    Wa yaquuluuna mataa haadzal wa'du in kuntum shaadiqiin.

    Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”

  26. 26

    قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡعِلۡمُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٞ مُّبِينٞ ﴿٢٦﴾

    Qul innamal 'ilmu 'indallaahi wa innamaa ana nadziirum mubiin.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.

  27. 27

    فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةٗ سِيٓـَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَقِيلَ هَٰذَا ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ ﴿٢٧﴾

    Falammaa ra'auhu zulfatan sii'at wujuuhul ladziina kafaruu wa qiila haadzal ladzii kuntum bihii tadda'uun.

    Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.

  28. 28

    قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَهۡلَكَنِيَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِيَ أَوۡ رَحِمَنَا فَمَن يُجِيرُ ٱلۡكَٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ﴿٢٨﴾

    Qul ara'aitum in ahlakaniyallaahu wa mam ma'iya au rahimanaa famay yujiirul kaafiriina min 'adzaabin aliim.

    Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.

  29. 29

    قُلۡ هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيۡهِ تَوَكَّلۡنَاۖ فَسَتَعۡلَمُونَ مَنۡ هُوَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ﴿٢٩﴾

    Qul huwar rahmaanu aamannaa bihii wa 'alaihi tawakkalnaa fasata'lamuuna man huwa fii dhalaalim mubiin.

    Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.

  30. 30

    قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَصۡبَحَ مَآؤُكُمۡ غَوۡرٗا فَمَن يَأۡتِيكُم بِمَآءٖ مَّعِينِۭ ﴿٣٠﴾

    Qul ara'aitum in ashbaha maa'ukum ghauran famay ya'tiikum bimaa'im ma'iin.

    Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Dengar bacaan Surah Al-Mulk

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
67 daripada 114
Maksud nama:
Kerajaan
Bilangan ayat:
30
Diturunkan di:
Makkah
Urutan penurunan:
77
Juzuk:
29

Mengenai Surah Al-Mulk

Nama surah diambil daripada perkataan "mulk" dalam ayat pertama. Ayat menyatakan keagungan Allah yang kekuasaan di tangan-Nya dan berkuasa atas segala sesuatu. Berdasarkan perkataan pertama, surah juga disebut "Tabaraka". Sumber hadis turut menyebut sifat "Mani'ah" (yang menghalang) dan "Munjiyah" (yang menyelamatkan), merujuk kepada perlindungan pembacanya.

Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 30 ayat. Surah ini yang ke-67 dalam susunan mushaf dan ke-77 menurut susunan penurunan yang lazim. Juz 29 al-Quran bermula dengan surah ini; juz ini dikenali dalam masyarakat sebagai "juz Tabaraka".

Surah ini antara yang disarankan dibaca sebelum tidur pada malam hari dan paling banyak dihafal umat Islam.

Latar belakang penurunan Surah Al-Mulk

Surah ini diturunkan pada zaman Makkah, pada tahun-tahun ketika orang musyrik mengingkari kebangkitan dan hari perhitungan, mempercayai berhala serta mempermainkan seruan tauhid.

Tiada peristiwa tertentu diriwayatkan dalam sumber berkaitan penurunan surah. Menjawab kelalaian orang kafir tentang makna kehidupan dan akhirat, ayat menunjukkan langit, bumi, burung, air serta deria manusia sendiri sebagai bukti. Dalam suasana orang musyrik menunggu Nabi dan orang beriman lenyap, surah memberikan keyakinan kepada orang beriman dengan mengingatkan perlindungan serta rezeki hanya daripada Allah.

Kandungan Surah Al-Mulk

Surah ini bermula dengan menyatakan keagungan Allah yang kekuasaan di tangan-Nya serta bahawa Dia menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapa yang paling baik amalannya. Diterangkan tujuh lapis langit diciptakan sempurna, manusia tidak dapat menemukan retakan walaupun melihat berulang kali dan langit terdekat dihiasi pelita.

Digambarkan neraka menyambut mereka yang dilemparkan ke dalamnya dan soalan penjaga, "Tidakkah datang pemberi peringatan kepada kamu?"; orang kafir mengakui penyesalan dengan berkata "Sekiranya kami mendengar atau menggunakan akal". Mereka yang takut kepada Tuhan tanpa melihat-Nya dikhabarkan keampunan dan ganjaran besar. Diingatkan Allah mengetahui segala yang tersembunyi dan nyata serta menundukkan bumi untuk manusia.

Dinyatakan bahawa al-Rahman menahan burung yang terbang mengepakkan sayap di udara. Ditegaskan betapa sedikit manusia bersyukur walaupun diberikan pendengaran, penglihatan dan hati. Surah berakhir dengan soalan, "Jika air kamu meresap ke dalam bumi, siapakah yang dapat mendatangkan air mengalir kepada kamu?".

Kelebihan Surah Al-Mulk

Menurut hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan al-Tirmizi, Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad bin Hanbal, Nabi menyatakan bahawa satu surah al-Quran dengan tiga puluh ayat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga dia diampunkan, iaitu surah "Tabarakalladhi biyadihil-mulk". Al-Tirmizi menerima hadis ini sebagai hasan.

Al-Tirmizi meriwayatkan Nabi membaca surah al-Sajdah dan al-Mulk sebelum tidur. Terdapat penilaian berbeza tentang kesahihan riwayat; sebahagian ulama hadis menerimanya, manakala sebahagian menarik perhatian kepada kelemahan sanad dan masalah pendengaran secara langsung. Dinyatakan juga bahawa terdapat kelemahan sanad dalam satu lagi riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas yang menyebut surah ini melindungi pembacanya daripada azab kubur.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Al-Mulk

Berapakah bilangan ayat Surah Al-Mulk?

Surah Al-Mulk mempunyai 30 ayat.

Apakah maksud Al-Mulk?

Al-Mulk bermaksud “Kerajaan”.

Adakah Surah Al-Mulk Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Mulk ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-77.

Surah Al-Mulk dalam juzuk berapa?

Surah Al-Mulk terdapat dalam juzuk 29.

Surah Al-Mulk ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Mulk ialah surah ke-67 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah At-Tahrim dan sebelum Surah Al-Qalam.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Mulk di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Mulk oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.