Surah ke-64 daripada 114 · Juzuk 28
Surah At-Taghabun التغابن
18 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-108
Surah al-Taghabun mempunyai 18 ayat dan menurut majoriti diturunkan di Madinah. Surah ini mengingatkan keuntungan dan kerugian pilihan iman atau kufur yang akan terserlah pada hari kiamat; menasihatkan penyerahan diri menghadapi musibah dan perbelanjaan di jalan Allah.
Surah At-Taghabun dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- 1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۖ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ﴿١﴾
Yusabbihu lillaahi maa fis samaawaati wa maa fil ardhi lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qadiir.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
- 2
هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ فَمِنكُمۡ كَافِرٞ وَمِنكُم مُّؤۡمِنٞۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ ﴿٢﴾
Huwal ladzii khalaqakum faminkum kaafiruw wa minkum mu'minuw wallaahu bimaa ta'maluuna bashiir.
Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
- 3
خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ وَصَوَّرَكُمۡ فَأَحۡسَنَ صُوَرَكُمۡۖ وَإِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ ﴿٣﴾
Khalaqas samaawaati wal ardha bil haqqi wa shawwarakum fa ahsana shuwarakum wa ilaihil mashiir.
Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.
- 4
يَعۡلَمُ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَيَعۡلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعۡلِنُونَۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ﴿٤﴾
Ya'lamu maa fis samaawaati wal ardhi wa ya'lamu maa tusirruuna wa maa tu'linuuna wallaahu 'aliimum bidzaatish shuduur.
Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;
- 5
أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَبَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَبۡلُ فَذَاقُواْ وَبَالَ أَمۡرِهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ﴿٥﴾
Alam ya'tikum naba'ul ladziina kafaruu min qablu fadzaaquu wa baala amrihim wa lahum 'adzaabun aliim.
Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
- 6
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُۥ كَانَت تَّأۡتِيهِمۡ رُسُلُهُم بِٱلۡبَيِّنَٰتِ فَقَالُوٓاْ أَبَشَرٞ يَهۡدُونَنَا فَكَفَرُواْ وَتَوَلَّواْۖ وَّٱسۡتَغۡنَى ٱللَّهُۚ وَٱللَّهُ غَنِيٌّ حَمِيدٞ ﴿٦﴾
Dzaalika bi'annahuu kaanat ta'tiihim rusuluhum bil bayyinaati faqaaluu abasyaruy yahduunanaa fakafaruu wa tawallau wastaghnallaahu wallaahu ghaniyyun hamiid.
(Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata: “Patutkah manusia (yang seperti kami - menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.
- 7
زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَن لَّن يُبۡعَثُواْۚ قُلۡ بَلَىٰ وَرَبِّي لَتُبۡعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلۡتُمۡۚ وَذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٞ ﴿٧﴾
Za'amal ladziina kafaruu al lay yub'atsuu qul balaa wa rabbii latub'atsunna tsumma latunabba'unna bimaa 'amiltum wa dzaalika 'alallaahi yasiir.
(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: “Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
- 8
فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلنُّورِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلۡنَاۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ ﴿٨﴾
Fa aaminuu billaahi wa rasuulihii wan nuuril ladzii anzalnaa wallaahu bimaa ta'maluuna khabiir.
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
- 9
يَوۡمَ يَجۡمَعُكُمۡ لِيَوۡمِ ٱلۡجَمۡعِۖ ذَٰلِكَ يَوۡمُ ٱلتَّغَابُنِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَٰلِحٗا يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُدۡخِلۡهُ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ﴿٩﴾
Yauma yajma'ukum liyaumil jam'i dzaalika yaumut taghaabuni wa may yu'mim billaahi wa ya'mal shaalihay yukaffir 'anhu sayyi'aatihii wa yudkhilhu jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru khaalidiina fiihaa abadan dzaalikal fauzul 'azhiim.
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
- 10
وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَآ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِ خَٰلِدِينَ فِيهَاۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ ﴿١٠﴾
Wal ladziina kafaruu wa kadzdzabuu bi'aayaatinaa ulaa'ika ashhaabun naari khaalidiina fiihaa wa bi'sal mashiir.
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekalah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
- 11
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَهۡدِ قَلۡبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ ﴿١١﴾
Maa ashaaba mim mushiibatin illaa bi'idznillaahi wa may yu'mim billaahi yahdi qalbahuu wallaahu bikulli syai'in 'aliim.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
- 12
وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ ﴿١٢﴾
Wa athii'ullaaha wa athii'ur rasuula fa in tawallaitum fa innamaa 'alaa rasuulinal balaaghul mubiin.
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
- 13
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ﴿١٣﴾
Allaahu laa ilaaha illaa huwa wa 'alallaahi falyatawakkalil mu'minuun.
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
- 14
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ مِنۡ أَزۡوَٰجِكُمۡ وَأَوۡلَٰدِكُمۡ عَدُوّٗا لَّكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡۚ وَإِن تَعۡفُواْ وَتَصۡفَحُواْ وَتَغۡفِرُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ ﴿١٤﴾
Yaa ayyuhal ladziina aamanuu inna min azwaajikum wa aulaadikum 'aduwwal lakum fahdzaruuhum wa in ta'fuu wa tashfahuu wa taghfiruu fa innallaaha ghafuurur rahiim.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- 15
إِنَّمَآ أَمۡوَٰلُكُمۡ وَأَوۡلَٰدُكُمۡ فِتۡنَةٞۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجۡرٌ عَظِيمٞ ﴿١٥﴾
Innamaa amwaalukum wa aulaadukum fitnatuw wallaahu 'indahuu ajrun 'azhiim.
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
- 16
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ وَٱسۡمَعُواْ وَأَطِيعُواْ وَأَنفِقُواْ خَيۡرٗا لِّأَنفُسِكُمۡۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ﴿١٦﴾
Fattaqullaaha mas tatha'tum wasma'uu wa athii'uu wa anfiquu khairal li'anfusikum wa may yuuqa syuhha nafsihii fa ulaa'ika humul muflihuun.
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
- 17
إِن تُقۡرِضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا يُضَٰعِفۡهُ لَكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ ﴿١٧﴾
In tuqridhullaaha qardhan hasanay yudhaa'ifhu lakum wa yaghfir lakum wallaahu syakuurun haliim.
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
- 18
عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿١٨﴾
'Aalimul ghaibi wasy syahaadatil 'aziizul hakiim.
Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dengar bacaan Surah At-Taghabun
Fakta ringkas
- Kedudukan dalam mushaf:
- 64 daripada 114
- Maksud nama:
- Hari Dinampakkan Kesalahan
- Bilangan ayat:
- 18
- Diturunkan di:
- Madinah
- Urutan penurunan:
- 108
- Juzuk:
- 28
Mengenai Surah At-Taghabun
Nama surah diambil daripada ungkapan "yawm al-taghabun" dalam ayat kesembilan sebagai nama kiamat. Taghabun bermaksud saling terpedaya dan terserlahnya keuntungan serta kerugian; pada hari itu jelas siapa yang benar-benar untung dan siapa yang terpedaya.
Surah ini mempunyai 18 ayat. Surah ini yang ke-64 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 28. Menurut majoriti ulama, surah ini diturunkan di Madinah dan disenaraikan pada urutan 108 dalam susunan penurunan yang lazim; namun ada yang mengatakan Makkiyyah atau sebahagian diturunkan di Makkah dan ayat terakhir di Madinah.
Bersama surah al-Hadid, al-Hasyr, al-Saff dan al-Jumu'ah, surah ini termasuk surah "Musabbihat" yang bermula dengan ungkapan bahawa Allah ditasbihkan.
Latar belakang penurunan Surah At-Taghabun
Surah ini umumnya dianggap diturunkan pada zaman Madinah, pada tahun-tahun ketika orang beriman menghadapi pilihan sukar tentang keluarga, harta dan hijrah.
Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Abbas tentang sebab penurunan ayat keempat belas. Menurutnya, sebahagian orang yang memeluk Islam di Makkah ingin berhijrah, tetapi pasangan dan anak menghalang. Kemudian apabila menemui Nabi, mereka melihat yang datang lebih awal telah mendalami agama lalu ingin menghukum keluarga mereka. Lalu diturunkan ayat yang menyatakan sebahagian pasangan dan anak boleh menjadi musuh manusia, tetapi menasihatkan memaafkan, berlapang dada dan mengampunkan.
Kandungan Surah At-Taghabun
Surah ini bermula dengan menyatakan segala yang ada di langit dan bumi bertasbih kepada Allah, kerajaan dan pujian milik-Nya. Diingatkan bahawa Allah menciptakan manusia, sebahagian beriman dan sebahagian kafir, serta Allah mengetahui segala yang tersembunyi dan nyata.
Diterangkan kaum kafir terdahulu menolak rasul dengan berkata "Adakah seorang manusia akan membimbing kami?" serta kesudahan mereka. Mereka yang mengingkari kebangkitan diberitahu pasti dibangkitkan; diseru beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan cahaya yang diturunkan. Dikhabarkan pada hari perhimpunan, hari taghabun, mereka yang beriman dan beramal soleh menuju syurga dan orang kafir menuju neraka.
Bahagian terakhir menjelaskan setiap musibah datang dengan izin Allah dan hati orang yang beriman kepada Allah diberikan petunjuk. Diingatkan pasangan dan anak ialah ujian; diminta bertakwa kepada Allah setakat kemampuan, mendengar dan taat serta berinfak. Dikhabarkan balasan berlipat ganda bagi orang yang memberikan pinjaman baik kepada Allah.
Kelebihan Surah At-Taghabun
Ayat kelima belas surah al-Taghabun dikenang melalui satu peristiwa yang menunjukkan kasih sayang Nabi kepada cucu-cucunya. Menurut yang diceritakan Buraidah, ketika Nabi sedang berkhutbah, Hasan dan Husain datang dengan memakai baju merah sambil berjalan terhuyung-hayang dan jatuh bangun; baginda turun dari mimbar, mendukung kedua-duanya, dan bersabda, "Allah benar: Harta dan anak-anak kamu hanyalah ujian." Hadis ini dinukilkan Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i; al-Tirmizi menyebutnya "hasan gharib", dan al-Albani menilainya sahih.
Riwayat Irbadh bin Sariyah, yang memberitahu bahawa Nabi membaca surah-surah yang bermula dengan tasbih (al-musabbihat), yang antaranya terdapat al-Taghabun, sebelum tidur dan bahawa baginda bersabda bahawa di dalamnya terdapat satu ayat yang lebih baik daripada seribu ayat, dinilai "hasan gharib" oleh al-Tirmizi, manakala al-Albani menilai riwayatnya dalam Abu Dawud daif. Adapun riwayat tafsir yang mengatakan bahawa pembaca al-Taghabun akan dilindungi daripada kematian mengejut dianggap palsu (maudhu') oleh para ulama hadis.
Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.
Soalan lazim tentang Surah At-Taghabun
Berapakah bilangan ayat Surah At-Taghabun?
Surah At-Taghabun mempunyai 18 ayat.
Apakah maksud At-Taghabun?
At-Taghabun bermaksud “Hari Dinampakkan Kesalahan”.
Adakah Surah At-Taghabun Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah At-Taghabun ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-108.
Surah At-Taghabun dalam juzuk berapa?
Surah At-Taghabun terdapat dalam juzuk 28.
Surah At-Taghabun ialah surah ke berapa dalam al-Quran?
Surah At-Taghabun ialah surah ke-64 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Munafiqun dan sebelum Surah At-Talaq.
Bolehkah saya mendengar Surah At-Taghabun di sini?
Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah At-Taghabun oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.