Surah Yasin

Surah ke-59 daripada 114 · Juzuk 28

Surah Al-Hasyr الحشر

24 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-101

Ayat Dengar Mengenai Soalan lazim

Surah al-Hasyr diturunkan di Madinah dan mempunyai 24 ayat. Melalui penceritaan pengusiran Bani Nadir dari Madinah, surah membincangkan akibat tidak menepati janji, pembahagian harta yang diperoleh tanpa perang dan persaudaraan Muhajirin dengan Ansar; berakhir dengan ayat yang menyenaraikan nama-nama Allah yang indah.

Surah Al-Hasyr dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu

Paparkan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. 1

    سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿١﴾

    Sabbaha lillaahi maa fis samaawaati wa maa fil ardhi wa huwal 'aziizul hakiim.

    Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  2. 2

    هُوَ ٱلَّذِيٓ أَخۡرَجَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ مِن دِيَٰرِهِمۡ لِأَوَّلِ ٱلۡحَشۡرِۚ مَا ظَنَنتُمۡ أَن يَخۡرُجُواْۖ وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُهُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَيۡثُ لَمۡ يَحۡتَسِبُواْۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيۡدِيهِمۡ وَأَيۡدِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَبۡصَٰرِ ﴿٢﴾

    Huwal ladzii akhrajal ladziina kafaruu min ahlil kitaabi min diyaarihim li'awwalil hasyri maa zhanantum ay yakhrujuu wa zhannuu annahum maani'atuhum hushuunuhum minallaahi fa ataahumullaahu min haitsu lam yahtasibuu wa qadzafa fii quluubihimur ru'ba yukhribuuna buyuutahum bi'aidiihim wa aidil mu'miniina fa'tabiruu yaa ulil abshaar.

    Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

  3. 3

    وَلَوۡلَآ أَن كَتَبَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡجَلَآءَ لَعَذَّبَهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَهُمۡ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ عَذَابُ ٱلنَّارِ ﴿٣﴾

    Wa laulaa an kataballaahu 'alaihimul jalaa'a la'adzdzabahum fid dunyaa wa lahum fil aakhirati 'adzaabun naar.

    Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.

  4. 4

    ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ شَآقُّواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۖ وَمَن يُشَآقِّ ٱللَّهَ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ﴿٤﴾

    Dzaalika bi'annahum syaaqqullaaha wa rasuulahuu wa may yusyaaqqillaaha fa innallaaha syadiidul 'iqaab.

    (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.

  5. 5

    مَا قَطَعۡتُم مِّن لِّينَةٍ أَوۡ تَرَكۡتُمُوهَا قَآئِمَةً عَلَىٰٓ أُصُولِهَا فَبِإِذۡنِ ٱللَّهِ وَلِيُخۡزِيَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ﴿٥﴾

    Maa qatha'tum mil liinatin au taraktumuuhaa qaa'imatan 'alaa ushuulihaa fabi'idznillaahi wa liyukhziyal faasiqiin.

    Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.

  6. 6

    وَمَآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡهُمۡ فَمَآ أَوۡجَفۡتُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ خَيۡلٖ وَلَا رِكَابٖ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهُۥ عَلَىٰ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ﴿٦﴾

    Wa maa afaa'allaahu 'alaa rasuulihii minhum famaa aujaftum 'alaihi min khailiw wa laa rikaabiw wa laakinnallaaha yusallithu rusulahuu 'alaa may yasyaa'u wallaahu 'alaa kulli syai'in qadiir.

    Dan apajua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

  7. 7

    مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ﴿٧﴾

    Maa afaa'allaahu 'alaa rasuulihii min ahlil quraa falillaahi wa lir rasuuli wa lidzil qurbaa wal yataamaa wal masaakiini wabnis sabiili kai laa yakuuna duulatam bainal aghniyaa'i minkum wa maa aataakumur rasuulu fakhudzuuhu wa maa nahaakum 'anhu fantahuu wattaqullaaha innallaaha syadiidul 'iqaab.

    Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

  8. 8

    لِلۡفُقَرَآءِ ٱلۡمُهَٰجِرِينَ ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِمۡ وَأَمۡوَٰلِهِمۡ يَبۡتَغُونَ فَضۡلٗا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٰنٗا وَيَنصُرُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلصَّٰدِقُونَ ﴿٨﴾

    Lil fuqaraa'il muhaajiriinal ladziina ukhrijuu min diyaarihim wa amwaalihim yabtaghuuna fadhlam minallaahi wa ridhwaanaw wa yanshuruunallaaha wa rasuulahuu ulaa'ika humush shaadiquun.

    (Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).

  9. 9

    وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡهِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمۡ حَاجَةٗ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةٞۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ﴿٩﴾

    Wal ladziina tabawwa'ud daara wal iimaana min qablihim yuhibbuuna man haajara ilaihim wa laa yajiduuna fii shuduurihim haajatam mimmaa uutuu wa yu'tsiruuna 'alaa anfusihim wa lau kaana bihim khashaashatuw wa may yuuqa syuhha nafsihii fa ulaa'ika humul muflihuun.

    Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

  10. 10

    وَٱلَّذِينَ جَآءُو مِنۢ بَعۡدِهِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِي قُلُوبِنَا غِلّٗا لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٞ رَّحِيمٌ ﴿١٠﴾

    Wal ladziina jaa'uu mim ba'dihim yaquuluuna rabbanagh fir lanaa wa li'ikhwaaninal ladziina sabaquunaa bil iimaani wa laa taj'al fii quluubinaa ghillal lil ladziina aamanuu rabbanaa innaka ra'uufur rahiim.

    Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

  11. 11

    ۞ أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ نَافَقُواْ يَقُولُونَ لِإِخۡوَٰنِهِمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَئِنۡ أُخۡرِجۡتُمۡ لَنَخۡرُجَنَّ مَعَكُمۡ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمۡ أَحَدًا أَبَدٗا وَإِن قُوتِلۡتُمۡ لَنَنصُرَنَّكُمۡ وَٱللَّهُ يَشۡهَدُ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ ﴿١١﴾

    Alam tara ilal ladziina naafaquu yaquuluuna li'ikhwaanihimul ladziina kafaruu min ahlil kitaabi la'in ukhrijtum lanakhrujanna ma'akum wa laa nuthii'u fiikum ahadan abadaw wa in quutiltum lananshurannakum wallaahu yasyhadu innahum lakaadzibuun.

    Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: “Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!” Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.

  12. 12

    لَئِنۡ أُخۡرِجُواْ لَا يَخۡرُجُونَ مَعَهُمۡ وَلَئِن قُوتِلُواْ لَا يَنصُرُونَهُمۡ وَلَئِن نَّصَرُوهُمۡ لَيُوَلُّنَّ ٱلۡأَدۡبَٰرَ ثُمَّ لَا يُنصَرُونَ ﴿١٢﴾

    La'in ukhrijuu laa yakhrujuuna ma'ahum wa la'in quutiluu laa yanshuruunahum wa la'in nasharuuhum layuwallunnal adbaara tsumma laa yunsharuun.

    Demi sesungguhnya! Jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya; dan demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya; dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya - Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan, -

  13. 13

    لَأَنتُمۡ أَشَدُّ رَهۡبَةٗ فِي صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ ﴿١٣﴾

    La'antum asyaddu rahbatan fii shuduurihim minallaahi dzaalika bi'annahum qaumul laa yafqahuun.

    (Kerana) sesungguhnya kamu - dalam hati mereka, - sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).

  14. 14

    لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۭۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ ﴿١٤﴾

    Laa yuqaatiluunakum jamii'an illaa fii quram muhashshanatin au miw waraa'i judurim ba'suhum bainahum syadiidun tahsabuhum jamii'aw wa quluubuhum syattaa dzaalika bi'annahum qaumul laa ya'qiluun.

    (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

  15. 15

    كَمَثَلِ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ قَرِيبٗاۖ ذَاقُواْ وَبَالَ أَمۡرِهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ﴿١٥﴾

    Kamatsalil ladziina min qablihim qariiban dzaaquu wa baala amrihim wa lahum 'adzaabun aliim.

    (Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).

  16. 16

    كَمَثَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ إِذۡ قَالَ لِلۡإِنسَٰنِ ٱكۡفُرۡ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيٓءٞ مِّنكَ إِنِّيٓ أَخَافُ ٱللَّهَ رَبَّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿١٦﴾

    Kamatsalisy syaithaani idz qaala lil insaanik fur falammaa kafara qaala innii barii'um minka innii akhaafullaaha rabbal 'aalamiin.

    (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Berlaku kufurlah engkau!” Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!”

  17. 17

    فَكَانَ عَٰقِبَتَهُمَآ أَنَّهُمَا فِي ٱلنَّارِ خَٰلِدَيۡنِ فِيهَاۚ وَذَٰلِكَ جَزَٰٓؤُاْ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿١٧﴾

    Fakaana 'aaqibatahumaa annahumaa fin naari khaalidaini fiihaa wa dzaalika jazaa'uzh zhaalimiin.

    Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.

  18. 18

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٖۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ﴿١٨﴾

    Yaa ayyuhal ladziina aamanut taqullaaha waltanzhur nafsum maa qaddamat lighadiw wattaqullaaha innallaaha khabiirum bimaa ta'maluun.

    Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

  19. 19

    وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ نَسُواْ ٱللَّهَ فَأَنسَىٰهُمۡ أَنفُسَهُمۡۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ﴿١٩﴾

    Wa laa takuunuu kal ladziina nasullaaha fa ansaahum anfusahum ulaa'ika humul faasiquun.

    Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

  20. 20

    لَا يَسۡتَوِيٓ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِ وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِۚ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ ﴿٢٠﴾

    Laa yastawii ashhaabun naari wa ashhaabul jannati ashhaabul jannati humul faa'izuun.

    Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).

  21. 21

    لَوۡ أَنزَلۡنَا هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٖ لَّرَأَيۡتَهُۥ خَٰشِعٗا مُّتَصَدِّعٗا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَٰلُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾

    Lau anzalnaa haadzal qur'aana 'alaa jabalil lara'aitahuu khaasyi'am mutashaddi'am min khasyyatillaahi wa tilkal amtsaalu nadhribuhaa lin naasi la'allahum yatafakkaruun.

    Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

  22. 22

    هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٢٢﴾

    Huwallaahul ladzii laa ilaaha illaa huwa 'aalimul ghaibi wasy syahaadati huwar rahmaanur rahiim.

    Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  23. 23

    هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَكَبِّرُۚ سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ﴿٢٣﴾

    Huwallaahul ladzii laa ilaaha illaa huwal malikul qudduusus salaamul mu'minul muhaiminul 'aziizul jabbaarul mutakabbiru subhaanallaahi 'ammaa yusyrikuun.

    Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

  24. 24

    هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٢٤﴾

    Huwallaahul khaaliqul baari'ul mushawwiru lahul asmaa'ul husnaa yusabbihu lahuu maa fis samaawaati wal ardhi wa huwal 'aziizul hakiim.

    Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Dengar bacaan Surah Al-Hasyr

Fakta ringkas

Kedudukan dalam mushaf:
59 daripada 114
Maksud nama:
Pengusiran
Bilangan ayat:
24
Diturunkan di:
Madinah
Urutan penurunan:
101
Juzuk:
28

Mengenai Surah Al-Hasyr

Nama surah diambil daripada perkataan "hasyr" dalam ayat kedua. Perkataan ini bermaksud mengumpulkan, menghimpunkan lalu mengusir; ungkapan "pengusiran pertama" dalam ayat merujuk kepada pengeluaran Bani Nadir dari negeri mereka secara beramai-ramai.

Surah ini diturunkan di Madinah dan mempunyai 24 ayat. Surah ini yang ke-59 dalam susunan mushaf, ke-101 menurut susunan penurunan yang lazim dan terdapat dalam juz 28 al-Quran. Menurut riwayat al-Bukhari, Ibn Abbas lebih suka menyebutnya "surah Bani Nadir".

Surah ini bermula dengan ayat yang menyatakan segala yang ada di langit dan bumi bertasbih kepada Allah. Tiga ayat terakhir khususnya digemari untuk dibaca umat Islam kerana menyebut banyak nama Allah yang indah bersama-sama.

Latar belakang penurunan Surah Al-Hasyr

Surah ini diturunkan pada tahun keempat hijrah berhubung peristiwa Bani Nadir, salah satu kabilah Yahudi yang tinggal di Madinah. Menurut riwayat sumber-sumber, walaupun mempunyai perjanjian dengan Nabi, kabilah ini cuba membunuh baginda dan bekerjasama dengan musuh umat Islam. Lalu Bani Nadir dikepung dan, selepas bertahan beberapa waktu, bersetuju meninggalkan Madinah bersama harta yang dapat dibawa.

Persoalan seperti orang munafik menjanjikan bantuan lalu membiarkan mereka bersendirian, pemilikan harta yang diperoleh tanpa perang (fai') dan keutamaan Muhajirin dalam harta ini turut timbul dalam proses tersebut; surah menjelaskan perkara ini.

Kandungan Surah Al-Hasyr

Surah ini bermula dengan mengingatkan makhluk bertasbih kepada Allah dan menceritakan pengusiran Bani Nadir dari negeri mereka walaupun mempunyai kubu kukuh sebagai pengajaran. Kemudian dijelaskan harta fai' yang diperoleh tanpa perang milik Allah, Rasul-Nya, kerabat, anak yatim, orang miskin dan musafir yang terputus bekalan; ditegaskan bahawa harta tidak boleh menjadi kekayaan yang hanya beredar dalam kalangan orang kaya.

Dipuji Muhajirin yang meninggalkan harta dan negeri untuk berhijrah, Ansar yang menyambut mereka dan mengutamakan mereka walaupun sendiri memerlukan, serta generasi kemudian yang berdoa bagi mereka yang beriman sebelumnya. Janji kosong orang munafik kepada Bani Nadir didedahkan.

Bahagian terakhir menasihati orang beriman supaya bertakwa dan melihat apa yang disediakan untuk esok. Dijelaskan bahawa jika al-Quran diturunkan kepada gunung, ia akan terpecah kerana takut kepada Allah, dan surah berakhir dengan nama-nama Allah yang indah.

Kelebihan Surah Al-Hasyr

Menurut riwayat al-Tirmizi daripada Ma'qil bin Yasar, Nabi menyatakan bahawa orang yang pada pagi hari mengucapkan "A'udhu billahis-sami'il-'alimi minasy-syaitanir-rajim" tiga kali dan membaca tiga ayat terakhir surah al-Hasyr akan ditugaskan malaikat yang berdoa untuknya hingga petang; jika meninggal pada hari itu, dia meninggal sebagai syahid; baginda memberikan khabar gembira yang sama bagi pembacanya pada petang. Riwayat ini juga terdapat dalam Ahmad bin Hanbal dan al-Darimi.

Al-Tirmizi menyifatkan hadis ini "hasan gharib"; namun ramai ulama hadis menyatakan riwayat daif kerana seorang perawi dalam sanad. Membaca ayat ini sambil merenungkan nama dan sifat Allah sentiasa merupakan zikir yang baik.

Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.

Soalan lazim tentang Surah Al-Hasyr

Berapakah bilangan ayat Surah Al-Hasyr?

Surah Al-Hasyr mempunyai 24 ayat.

Apakah maksud Al-Hasyr?

Al-Hasyr bermaksud “Pengusiran”.

Adakah Surah Al-Hasyr Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Hasyr ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-101.

Surah Al-Hasyr dalam juzuk berapa?

Surah Al-Hasyr terdapat dalam juzuk 28.

Surah Al-Hasyr ialah surah ke berapa dalam al-Quran?

Surah Al-Hasyr ialah surah ke-59 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Mujadalah dan sebelum Surah Al-Mumtahanah.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Hasyr di sini?

Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Hasyr oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.

Aplikasi Surah Yasin

Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.