Surah ke-58 daripada 114 · Juzuk 28
Surah Al-Mujadalah المجادلة
22 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-105
Surah al-Mujadalah diturunkan di Madinah dan mempunyai 22 ayat. Surah ini menjelaskan hukum amalan zihar; membimbing orang beriman tentang pertemuan rahsia, adab majlis dan hubungan dengan orang munafik.
Surah Al-Mujadalah dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- 1
قَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّتِي تُجَٰدِلُكَ فِي زَوۡجِهَا وَتَشۡتَكِيٓ إِلَى ٱللَّهِ وَٱللَّهُ يَسۡمَعُ تَحَاوُرَكُمَآۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٌ ﴿١﴾
Qad sami'allaahu qaulal latii tujaadiluka fii zaujihaa wa tasytakii ilallaahi wallaahu yasma'u tahaawurakumaa innallaaha samii'um bashiir.
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
- 2
ٱلَّذِينَ يُظَٰهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَآئِهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَٰتِهِمۡۖ إِنۡ أُمَّهَٰتُهُمۡ إِلَّا ٱلَّٰٓـِٔي وَلَدۡنَهُمۡۚ وَإِنَّهُمۡ لَيَقُولُونَ مُنكَرٗا مِّنَ ٱلۡقَوۡلِ وَزُورٗاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٞ ﴿٢﴾
Alladziina yuzhaahiruuna minkum min nisaa'ihim maa hunna ummahaatihim in ummahaatuhum illal laa'ii waladnahum wa innahum layaquuluuna munkaram minal qauli wa zuuraw wa innallaaha la'afuwwun ghafuur.
Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
- 3
وَٱلَّذِينَ يُظَٰهِرُونَ مِن نِّسَآئِهِمۡ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُواْ فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مِّن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّاۚ ذَٰلِكُمۡ تُوعَظُونَ بِهِۦۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ ﴿٣﴾
Wal ladziina yuzhaahiruuna min nisaa'ihim tsumma ya'uuduuna limaa qaaluu fatahriiru raqabatim min qabli ay yatamaassaa dzaalikum tuu'azhuuna bihii wallaahu bimaa ta'maluuna khabiir.
Dan orang-orang yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
- 4
فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ شَهۡرَيۡنِ مُتَتَابِعَيۡنِ مِن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّاۖ فَمَن لَّمۡ يَسۡتَطِعۡ فَإِطۡعَامُ سِتِّينَ مِسۡكِينٗاۚ ذَٰلِكَ لِتُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِۗ وَلِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٤﴾
Famal lam yajid fashiyaamu syahraini mutataabi'aini min qabli ay yatamaassaa famal lam yastathi' fa ith'aamu sittiina miskiinan dzaalika litu'minuu billaahi wa rasuulihii wa tilka huduudullaahi wa lil kaafiriina 'adzaabun aliim.
Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
- 5
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحَآدُّونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ كُبِتُواْ كَمَا كُبِتَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۚ وَقَدۡ أَنزَلۡنَآ ءَايَٰتِۭ بَيِّنَٰتٖۚ وَلِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٞ مُّهِينٞ ﴿٥﴾
Innal ladziina yuhaadduunallaaha wa rasuulahuu kubituu kamaa kubital ladziina min qablihim wa qad anzalnaa aayaatim bayyinaatiw wa lil kaafiriina 'adzaabum muhiin.
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,
- 6
يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓاْۚ أَحۡصَىٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ ﴿٦﴾
Yauma yab'atsuhumullaahu jamii'an fayunabbi'uhum bimaa 'amiluu ahshaahullaahu wa nasuuhu wallaahu 'alaa kulli syai'in syahiid.
Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.
- 7
أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۖ مَا يَكُونُ مِن نَّجۡوَىٰ ثَلَٰثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمۡ وَلَا خَمۡسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمۡ وَلَآ أَدۡنَىٰ مِن ذَٰلِكَ وَلَآ أَكۡثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمۡ أَيۡنَ مَا كَانُواْۖ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٌ ﴿٧﴾
Alam tara annallaaha ya'lamu maa fis samaawaati wa maa fil ardhi maa yakuunu min najwaa tsalaatsatin illaa huwa raabi'uhum wa laa khamsatin illaa huwa saadisuhum wa laa adnaa min dzaalika wa laa aktsara illaa huwa ma'ahum aina maa kaanuu tsumma yunabbi'uhum bimaa 'amiluu yaumal qiyaamati innallaaha bikulli syai'in 'aliim.
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
- 8
أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ نُهُواْ عَنِ ٱلنَّجۡوَىٰ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا نُهُواْ عَنۡهُ وَيَتَنَٰجَوۡنَ بِٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ وَمَعۡصِيَتِ ٱلرَّسُولِۖ وَإِذَا جَآءُوكَ حَيَّوۡكَ بِمَا لَمۡ يُحَيِّكَ بِهِ ٱللَّهُ وَيَقُولُونَ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ لَوۡلَا يُعَذِّبُنَا ٱللَّهُ بِمَا نَقُولُۚ حَسۡبُهُمۡ جَهَنَّمُ يَصۡلَوۡنَهَاۖ فَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ ﴿٨﴾
Alam tara ilal ladziina nuhuu 'anin najwaa tsumma ya'uuduuna limaa nuhuu 'anhu wa yatanaajauna bil itsmi wal 'udwaani wa ma'shiyatir rasuuli wa idzaa jaa'uuka hayyauka bimaa lam yuhayyika bihillaahu wa yaquuluuna fii anfusihim laulaa yu'adzdzibunallaahu bimaa naquulu hasbuhum jahannamu yashlaunahaa fabi'sal mashiir.
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri: “(Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu?” Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.
- 9
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا تَنَٰجَيۡتُمۡ فَلَا تَتَنَٰجَوۡاْ بِٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ وَمَعۡصِيَتِ ٱلرَّسُولِ وَتَنَٰجَوۡاْ بِٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِيٓ إِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ ﴿٩﴾
Yaa ayyuhal ladziina aamanuu idzaa tanaajaitum falaa tatanaajau bil itsmi wal 'udwaani wa ma'shiyatir rasuuli wa tanaajau bil birri wat taqwaa wattaqullaahal ladzii ilaihi tuhsyaruun.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).
- 10
إِنَّمَا ٱلنَّجۡوَىٰ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ لِيَحۡزُنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَيۡسَ بِضَآرِّهِمۡ شَيۡـًٔا إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ﴿١٠﴾
Innaman najwaa minasy syaithaani liyahzunal ladziina aamanuu wa laisa bidhaarrihim syai'an illaa bi'idznillaahi wa 'alallaahi falyatawakkalil mu'minuun.
Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
- 11
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِي ٱلۡمَجَٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ ﴿١١﴾
Yaa ayyuhal ladziina aamanuu idzaa qiila lakum tafassahuu fil majaalisi fafsahuu yafsahillaahu lakum wa idzaa qiilan syuzuu fansyuzuu yarfa'illaahul ladziina aamanuu minkum wal ladziina uutul 'ilma darajaatiw wallaahu bimaa ta'maluuna khabiir.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
- 12
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نَٰجَيۡتُمُ ٱلرَّسُولَ فَقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَيۡ نَجۡوَىٰكُمۡ صَدَقَةٗۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ لَّكُمۡ وَأَطۡهَرُۚ فَإِن لَّمۡ تَجِدُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ ﴿١٢﴾
Yaa ayyuhal ladziina aamanuu idzaa naajaitumur rasuula faqaddimuu baina yadai najwaakum shadaqatan dzaalika khairul lakum wa athharu fa il lam tajiduu fa innallaaha ghafuurur rahiim.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- 13
ءَأَشۡفَقۡتُمۡ أَن تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَيۡ نَجۡوَىٰكُمۡ صَدَقَٰتٖۚ فَإِذۡ لَمۡ تَفۡعَلُواْ وَتَابَ ٱللَّهُ عَلَيۡكُمۡ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۚ وَٱللَّهُ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ﴿١٣﴾
A'asyfaqtum an tuqaddimuu baina yadai najwaakum shadaqaatin fa idz lam taf'aluu wa taaballaahu 'alaikum fa aqiimush shalaata wa aatuz zakaata wa athii'ullaaha wa rasuulahuu wallaahu khabiirum bimaa ta'maluun.
Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.
- 14
۞ أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ تَوَلَّوۡاْ قَوۡمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِم مَّا هُم مِّنكُمۡ وَلَا مِنۡهُمۡ وَيَحۡلِفُونَ عَلَى ٱلۡكَذِبِ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ﴿١٤﴾
Alam tara ilal ladziina tawallau qauman ghadhiballaahu 'alaihim maa hum minkum wa laa minhum wa yahlifuuna 'alal kadzibi wa hum ya'lamuun.
Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
- 15
أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُمۡ عَذَابٗا شَدِيدًاۖ إِنَّهُمۡ سَآءَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ﴿١٥﴾
A'addallaahu lahum 'adzaaban syadiidan innahum saa'a maa kaanuu ya'maluun.
Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
- 16
ٱتَّخَذُوٓاْ أَيۡمَٰنَهُمۡ جُنَّةٗ فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ فَلَهُمۡ عَذَابٞ مُّهِينٞ ﴿١٦﴾
Ittakhadzuu aimaanahum junnatan fashadduu 'an sabiilillaahi falahum 'adzaabum muhiin.
Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.
- 17
لَّن تُغۡنِيَ عَنۡهُمۡ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔاۚ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ﴿١٧﴾
Lan tughniya 'anhum amwaaluhum wa laa aulaaduhum minallaahi syai'an ulaa'ika ashhaabun naari hum fiihaa khaaliduun.
harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.
- 18
يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعٗا فَيَحۡلِفُونَ لَهُۥ كَمَا يَحۡلِفُونَ لَكُمۡ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ عَلَىٰ شَيۡءٍۚ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡكَٰذِبُونَ ﴿١٨﴾
Yauma yab'atsuhumullaahu jamii'an fayahlifuuna lahuu kamaa yahlifuuna lakum wa yahsabuuna annahum 'alaa syai'in alaa innahum humul kaadzibuun.
(Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.
- 19
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَأَنسَىٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُوْلَٰٓئِكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَٰنِ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ﴿١٩﴾
Istahwadza 'alaihimusy syaithaanu fa ansaahum dzikrallaahi ulaa'ika hizbusy syaithaani alaa inna hizbasy syaithaani humul khaasiruun.
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
- 20
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحَآدُّونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ٱلۡأَذَلِّينَ ﴿٢٠﴾
Innal ladziina yuhaadduunallaaha wa rasuulahuu ulaa'ika fil adzalliin.
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina.
- 21
كَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغۡلِبَنَّ أَنَا۠ وَرُسُلِيٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٞ ﴿٢١﴾
Kataballaahu la'aghlibanna ana wa rusulii innallaaha qawiyyun 'aziiz.
Allah telah menetapkan: “Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang)”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.
- 22
لَّا تَجِدُ قَوۡمٗا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوۡ كَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٰنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَهُمۡۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلۡإِيمَٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٖ مِّنۡهُۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ رَضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُۚ أُوْلَٰٓئِكَ حِزۡبُ ٱللَّهِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ﴿٢٢﴾
Laa tajidu qaumay yu'minuuna billaahi wal yaumil aakhiri yuwaadduuna man haaddallaaha wa rasuulahuu wa lau kaanuu aabaa'ahum au abnaa'ahum au ikhwaanahum au 'asyiiratahum ulaa'ika kataba fii quluubihimul iimaana wa ayyadahum biruuhim minhu wa yudkhiluhum jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru khaalidiina fiihaa radhiyallaahu 'anhum wa radhuu 'anhu ulaa'ika hizbullaahi alaa inna hizballaahi humul muflihuun.
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
Dengar bacaan Surah Al-Mujadalah
Fakta ringkas
- Kedudukan dalam mushaf:
- 58 daripada 114
- Maksud nama:
- Wanita yang Mengadu
- Bilangan ayat:
- 22
- Diturunkan di:
- Madinah
- Urutan penurunan:
- 105
- Juzuk:
- 28
Mengenai Surah Al-Mujadalah
Nama surah diambil daripada kata kerja "tujadiluka" (dia berbahas denganmu) dalam ayat pertama, yang menerangkan wanita yang berbahas dengan Nabi tentang suaminya dan mengadu kepada Allah. Oleh itu, surah disebut "Mujadalah" (perbahasan) atau "Mujadilah" (wanita yang berbahas); nama "Qad sami'a" juga diberikan berdasarkan kata-kata awalnya.
Surah ini diturunkan di Madinah dan mempunyai 22 ayat. Surah ini berada pada urutan 58 dalam mushaf dan juz 28 bermula dengannya; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-105. Ayat awal yang diturunkan berhubung aduan wanita ini, yang namanya biasanya disebut Khaulah binti Tha'labah dalam sumber-sumber, menjelaskan hukum zihar, yang dianggap kata-kata penamat perkahwinan pada zaman jahiliah.
Latar belakang penurunan Surah Al-Mujadalah
Surah ini diturunkan pada zaman Madinah. Menurut riwayat sumber-sumber, Aus bin al-Samit dengan marah berkata kepada isterinya Khaulah, "Engkau bagiku seperti belakang ibuku", melakukan amalan zihar zaman jahiliah. Kata-kata ini ketika itu dianggap kata-kata berat yang menamatkan perkahwinan. Khaulah datang kepada Nabi menjelaskan keadaannya, meminta penyelesaian dengan memikirkan anak-anak dan keluarga serta mengadu kepada Allah. Lalu ayat awal surah diturunkan.
Dalam riwayat al-Bukhari tanpa menyebut sanad, serta al-Nasa'i dan Ibn Majah dengan sanad, Aisyah berkata, "Segala puji bagi Allah yang pendengaran-Nya meliputi segala suara. Wanita itu datang berbicara dengan Nabi; walaupun aku di sudut rumah, aku tidak dapat mendengar kata-katanya".
Kandungan Surah Al-Mujadalah
Surah ini bermula dengan menyatakan Allah mendengar kata-kata wanita yang berbahas dengan Nabi tentang suaminya dan merayu kepada Allah. Dijelaskan bahawa kata-kata mereka yang menzihar isteri adalah keji dan tidak benar, serta isteri bukan ibu mereka. Ditetapkan kafarah zihar ialah membebaskan seorang hamba, yang tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut, dan yang tidak mampu melakukannya memberi makan enam puluh orang miskin.
Kemudian diingatkan Allah mengetahui segala yang ada di langit dan bumi, dan di setiap tempat tiga orang berbicara secara rahsia, Allah yang keempat. Dilarang perbualan rahsia untuk dosa, permusuhan dan penderhakaan terhadap Rasul; dinasihatkan berbicara tentang kebaikan dan takwa. Diperintahkan memberikan ruang dalam majlis dan dinyatakan Allah meninggikan darjat orang beriman serta yang diberikan ilmu. Diterangkan perintah bersedekah sebelum pertemuan peribadi dengan Nabi dan kemudahan selepasnya. Didedahkan orang munafik menjadikan sumpah sebagai perisai. Surah berakhir dengan menyatakan bahawa mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak menjalin kasih dengan musuh Allah serta Rasul-Nya walaupun kerabat, Allah reda terhadap mereka dan mereka reda terhadap-Nya.
Kelebihan Surah Al-Mujadalah
Tiada hadis sahih yang menyebut kelebihan surah al-Mujadalah dikenal pasti. Ungkapan dalam sesetengah tafsir yang mengatakan bahawa pembaca surah ini akan dicatat pada hari kiamat termasuk golongan Allah (hizbullah) diambil daripada riwayat yang dinisbahkan kepada Ubai bin Ka'ab, yang menyebut pahala bagi setiap surah secara berasingan. Ibn Hajar dan al-Munawi menilai kata-kata ini palsu (maudhu').
Adapun al-Bukhari menjadikan ayat 11, yang menyuruh memberi kelapangan dalam majlis, sebagai tajuk sebuah bab, dan di bawahnya menukilkan daripada Ibn Umar hadis yang melarang seseorang menyuruh orang lain bangun dari tempat duduknya lalu duduk di situ, dan menggalakkan supaya mereka saling melapangkan tempat.
Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.
Soalan lazim tentang Surah Al-Mujadalah
Berapakah bilangan ayat Surah Al-Mujadalah?
Surah Al-Mujadalah mempunyai 22 ayat.
Apakah maksud Al-Mujadalah?
Al-Mujadalah bermaksud “Wanita yang Mengadu”.
Adakah Surah Al-Mujadalah Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Mujadalah ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-105.
Surah Al-Mujadalah dalam juzuk berapa?
Surah Al-Mujadalah terdapat dalam juzuk 28.
Surah Al-Mujadalah ialah surah ke berapa dalam al-Quran?
Surah Al-Mujadalah ialah surah ke-58 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Al-Hadid dan sebelum Surah Al-Hasyr.
Bolehkah saya mendengar Surah Al-Mujadalah di sini?
Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Mujadalah oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.