Surah ke-66 daripada 114 · Juzuk 28
Surah At-Tahrim التحريم
12 ayat · Madaniyyah · urutan penurunan ke-ke-107
Surah al-Tahrim diturunkan di Madinah dan mempunyai 12 ayat. Melalui suatu peristiwa kehidupan keluarga Nabi, surah menasihatkan agar tidak melarang diri daripada yang halal; menyeru orang beriman menjaga diri dan keluarga daripada api serta bertaubat dengan ikhlas.
Surah At-Tahrim dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- 1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكَۖ تَبۡتَغِي مَرۡضَاتَ أَزۡوَٰجِكَۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ﴿١﴾
Yaa ayyuhan nabiyyu lima tuharrimu maa ahallallaahu laka tabtaghii mardhaata azwaajika wallaahu ghafuurur rahiim.
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- 2
قَدۡ فَرَضَ ٱللَّهُ لَكُمۡ تَحِلَّةَ أَيۡمَٰنِكُمۡۚ وَٱللَّهُ مَوۡلَىٰكُمۡۖ وَهُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ ﴿٢﴾
Qad faradhallaahu lakum tahillata aimaanikum wallaahu maulaakum wa huwal 'aliimul hakiim.
Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda - kaffarah); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
- 3
وَإِذۡ أَسَرَّ ٱلنَّبِيُّ إِلَىٰ بَعۡضِ أَزۡوَٰجِهِۦ حَدِيثٗا فَلَمَّا نَبَّأَتۡ بِهِۦ وَأَظۡهَرَهُ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ عَرَّفَ بَعۡضَهُۥ وَأَعۡرَضَ عَنۢ بَعۡضٖۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِۦ قَالَتۡ مَنۡ أَنۢبَأَكَ هَٰذَاۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡخَبِيرُ ﴿٣﴾
Wa idz asarran nabiyyu ilaa ba'dhi azwaajihii hadiitsan falammaa nabba'at bihii wa azhharahullaahu 'alaihi 'arrafa ba'dhahuu wa a'radha 'am ba'dhin falammaa nabba'ahaa bihii qaalat man amba'aka haadzaa qaala nabba'aniyal 'aliimul khabiir.
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: “Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan?” Nabi menjawab: “Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi)”.
- 4
إِن تَتُوبَآ إِلَى ٱللَّهِ فَقَدۡ صَغَتۡ قُلُوبُكُمَاۖ وَإِن تَظَٰهَرَا عَلَيۡهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ مَوۡلَىٰهُ وَجِبۡرِيلُ وَصَٰلِحُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ بَعۡدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ ﴿٤﴾
In tatuubaa ilallaahi faqad shaghat quluubukumaa wa in tazhaaharaa 'alaihi fa innallaaha huwa maulaahu wa jibriilu wa shaalihul mu'miniina wal malaa'ikatu ba'da dzaalika zhahiir.
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.
- 5
عَسَىٰ رَبُّهُۥٓ إِن طَلَّقَكُنَّ أَن يُبۡدِلَهُۥٓ أَزۡوَٰجًا خَيۡرٗا مِّنكُنَّ مُسۡلِمَٰتٖ مُّؤۡمِنَٰتٖ قَٰنِتَٰتٖ تَٰٓئِبَٰتٍ عَٰبِدَٰتٖ سَٰٓئِحَٰتٖ ثَيِّبَٰتٖ وَأَبۡكَارٗا ﴿٥﴾
'Asaa rabbuhuu in thallaqakunna ay yubdilahuu azwaajan khairam minkunna muslimaatim mu'minaatin qaanitaatin taa'ibaatin 'aabidaatin saa'ihaatin tsayyibaatiw wa abkaaraa.
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
- 6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ ﴿٦﴾
Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum wa ahliikum naaraw waquuduhan naasu wal hijaaratu 'alaihaa malaa'ikatun ghilaazhun syidaadul laa ya'shuunallaaha maa amarahum wa yaf'aluuna maa yu'maruun.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
- 7
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَا تَعۡتَذِرُواْ ٱلۡيَوۡمَۖ إِنَّمَا تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿٧﴾
Yaa ayyuhal ladziina kafaruu laa ta'tadzirul yauma innamaa tujzauna maa kuntum ta'maluun.
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): “Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan”.
- 8
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةٗ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِي ٱللَّهُ ٱلنَّبِيَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَبِأَيۡمَٰنِهِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ﴿٨﴾
Yaa ayyuhal ladziina aamanuu tuubuu ilallaahi taubatan nashuuhan 'asaa rabbukum ay yukaffira 'ankum sayyi'aatikum wa yudkhilakum jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru yauma laa yukhzillaahun nabiyya wal ladziina aamanuu ma'ahuu nuuruhum yas'aa baina aidiihim wa bi'aimaanihim yaquuluuna rabbanaa atmim lanaa nuuranaa waghfir lanaa innaka 'alaa kulli syai'in qadiir.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
- 9
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ جَٰهِدِ ٱلۡكُفَّارَ وَٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱغۡلُظۡ عَلَيۡهِمۡۚ وَمَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ ﴿٩﴾
Yaa ayyuhan nabiyyu jaahidil kuffaara wal munaafiqiina waghluzh 'alaihim wa ma'waahum jahannamu wa bi'sal mashiir.
Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
- 10
ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱمۡرَأَتَ نُوحٖ وَٱمۡرَأَتَ لُوطٖۖ كَانَتَا تَحۡتَ عَبۡدَيۡنِ مِنۡ عِبَادِنَا صَٰلِحَيۡنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمۡ يُغۡنِيَا عَنۡهُمَا مِنَ ٱللَّهِ شَيۡـٔٗا وَقِيلَ ٱدۡخُلَا ٱلنَّارَ مَعَ ٱلدَّٰخِلِينَ ﴿١٠﴾
Dharaballaahu matsalal lil ladziina kafarum ra'ata nuuhiw wamra'ata luuthin kaanataa tahta 'abdaini min 'ibaadinaa shaalihaini fakhaanataahumaa falam yughniyaa 'anhumaa minallaahi syai'aw wa qiilad khulan naara ma'ad daakhiliin.
Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.
- 11
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱمۡرَأَتَ فِرۡعَوۡنَ إِذۡ قَالَتۡ رَبِّ ٱبۡنِ لِي عِندَكَ بَيۡتٗا فِي ٱلۡجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرۡعَوۡنَ وَعَمَلِهِۦ وَنَجِّنِي مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ ﴿١١﴾
Wa dharaballaahu matsalal lil ladziina aamanum ra'ata fir'auna idz qaalat rabbib ni lii 'indaka baitan fil jannati wa najjinii min fir'auna wa 'amalihii wa najjinii minal qaumizh zhaalimiin.
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”;
- 12
وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٰنَ ٱلَّتِيٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَٰتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَٰنِتِينَ ﴿١٢﴾
Wa maryamab nata 'imraanal latii ahshanat farjahaa fanafakhnaa fiihi mir ruuhinaa wa shaddaqat bikalimaati rabbihaa wa kutubihii wa kaanat minal qaanitiin.
Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.
Dengar bacaan Surah At-Tahrim
Fakta ringkas
- Kedudukan dalam mushaf:
- 66 daripada 114
- Maksud nama:
- Pengharaman
- Bilangan ayat:
- 12
- Diturunkan di:
- Madinah
- Urutan penurunan:
- 107
- Juzuk:
- 28
Mengenai Surah At-Tahrim
Nama surah diambil daripada ungkapan "lima tuharrimu" (mengapa engkau mengharamkan) dalam ayat pertama. Tahrim bermaksud mengharamkan, melarang sesuatu. Ayat bertanya kepada Nabi mengapa baginda melarang diri daripada sesuatu yang Allah halalkan demi keredaan isteri-isterinya.
Surah ini diturunkan di Madinah dan mempunyai 12 ayat. Surah ini yang ke-66 dalam susunan mushaf, ke-107 menurut susunan penurunan yang lazim dan surah terakhir juz 28.
Bermula daripada peristiwa kehidupan rumah tangga Nabi, surah memberikan pengajaran kepada semua orang beriman tentang hubungan keluarga, taubat dan tanggungjawab. Pada akhirnya, contoh wanita kafir dan beriman diberikan untuk menegaskan setiap orang dinilai berdasarkan iman serta amalannya sendiri.
Latar belakang penurunan Surah At-Tahrim
Peristiwa yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah menonjol sebagai sebab penurunan ayat awal surah. Menurutnya, Nabi minum madu di sisi isterinya Zainab binti Jahsy. Aisyah dan Hafsah berpakat mengatakan ada bau yang tidak menyenangkan daripada baginda apabila baginda datang kepada mereka. Lalu Nabi mengatakan tidak akan minum madu lagi dan ayat-ayat diturunkan.
Walaupun sumber mengandungi riwayat lain tentang penurunan ayat awal, inilah riwayat dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa apabila ditanya identiti dua isteri yang diseru bertaubat dalam ayat keempat, Umar mengatakan mereka Hafsah dan Aisyah.
Kandungan Surah At-Tahrim
Surah ini bermula dengan bertanya kepada Nabi mengapa baginda melarang diri daripada yang Allah halalkan demi keredaan isteri, dan menyatakan Allah mensyariatkan jalan melepaskan sumpah melalui kafarah. Diterangkan pendedahan rahsia yang Nabi ceritakan kepada seorang isteri; kedua-dua isteri berkaitan diseru bertaubat dan diingatkan bahawa Allah, Jibril, orang beriman yang soleh serta malaikat penolong Nabi.
Kemudian orang beriman diperintahkan menjaga diri dan keluarga daripada api yang bahan bakarnya manusia dan batu. Orang kafir diberitahu bahawa permohonan maaf pada hari itu tidak bermanfaat; orang beriman diseru kembali kepada Allah dengan taubat ikhlas. Nabi diperintahkan berjuang menghadapi orang kafir dan munafik serta bersikap keras terhadap mereka.
Dalam ayat terakhir, isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut yang mengkhianati iman walaupun berkahwin dengan dua hamba soleh diberikan sebagai contoh kepada orang kafir; isteri Firaun yang memohon rumah di syurga kepada Allah menghadapi kezaliman Firaun, serta Maryam yang menjaga kehormatan diri diberikan sebagai contoh kepada orang beriman.
Kelebihan Surah At-Tahrim
Surah al-Tahrim ditutup dengan menjadikan isteri Firaun dan Maryam binti Imran sebagai contoh bagi orang beriman. Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy'ari, Nabi memberitahu bahawa antara lelaki ramai yang mencapai kesempurnaan, manakala antara perempuan hanya Asiyah isteri Firaun dan Maryam binti Imran yang mencapai kesempurnaan. Al-Bukhari menukilkan hadis ini dalam bab yang tajuknya diambil daripada ayat yang menjadikan isteri Firaun sebagai contoh.
Menurut yang dinukilkan al-Hakim, Ali mentafsirkan ayat keenam, yang menyuruh orang beriman memelihara diri dan keluarga mereka daripada api neraka, dengan kata-kata "Ajarlah kebaikan kepada diri kamu dan keluarga kamu"; al-Hakim menilai riwayat ini sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim, dan al-Zahabi bersetuju dengannya. Adapun riwayat tafsir yang mengatakan bahawa pembaca surah ini akan dikurniakan taubat nasuha dianggap palsu (maudhu') oleh para ulama yang meneliti riwayat-riwayat palsu.
Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.
Soalan lazim tentang Surah At-Tahrim
Berapakah bilangan ayat Surah At-Tahrim?
Surah At-Tahrim mempunyai 12 ayat.
Apakah maksud At-Tahrim?
At-Tahrim bermaksud “Pengharaman”.
Adakah Surah At-Tahrim Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah At-Tahrim ialah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-107.
Surah At-Tahrim dalam juzuk berapa?
Surah At-Tahrim terdapat dalam juzuk 28.
Surah At-Tahrim ialah surah ke berapa dalam al-Quran?
Surah At-Tahrim ialah surah ke-66 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah At-Talaq dan sebelum Surah Al-Mulk.
Bolehkah saya mendengar Surah At-Tahrim di sini?
Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah At-Tahrim oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.