Surah ke-56 daripada 114 · Juzuk 27
Surah Al-Waqi'ah الواقعة
96 ayat · Makkiyyah · urutan penurunan ke-ke-46
Surah al-Waqi'ah diturunkan di Makkah dan mempunyai 96 ayat. Surah ini menerangkan bahawa kiamat pasti berlaku, manusia terbahagi kepada tiga golongan pada hari itu dan bukti-bukti kekuasaan Allah.
Surah Al-Waqi'ah dalam tulisan Arab dan rumi, dengan terjemahan Melayu
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- 1
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ﴿١﴾
Idzaa wa qa'atil waaqi'ah.
Apabila berlaku hari kiamat itu,
- 2
لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ ﴿٢﴾
Laisa liwaq'atihaa kaadzibah.
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
- 3
خَافِضَةٞ رَّافِعَةٌ ﴿٣﴾
Khaafidhatur raafi'ah.
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
- 4
إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجّٗا ﴿٤﴾
Idzaa rujjatil ardhu rajjaa.
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
- 5
وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسّٗا ﴿٥﴾
Wa bussatil jibaalu bassaa.
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
- 6
فَكَانَتۡ هَبَآءٗ مُّنۢبَثّٗا ﴿٦﴾
Fakaanat habaa'am mumbatstsaa.
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
- 7
وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجٗا ثَلَٰثَةٗ ﴿٧﴾
Wa kuntum azwaajan tsalaatsah.
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
- 8
فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ ﴿٨﴾
Fa ashhaabul maimanati maa ashhaabul maimanah.
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
- 9
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ ﴿٩﴾
Wa ashhaabul masy'amati maa ashhaabul masy'amah.
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
- 10
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ ﴿١٠﴾
Was saabiquunas saabiquun.
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
- 11
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ ﴿١١﴾
Ulaa'ikal muqarrabuun.
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
- 12
فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ﴿١٢﴾
Fii jannaatin na'iim.
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
- 13
ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿١٣﴾
Tsullatum minal awwaliin.
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
- 14
وَقَلِيلٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿١٤﴾
Wa qaliilum minal aakhiriin.
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
- 15
عَلَىٰ سُرُرٖ مَّوۡضُونَةٖ ﴿١٥﴾
'Alaa sururim maudhuunah.
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
- 16
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ ﴿١٦﴾
Muttaki'iina 'alaihaa mutaqaabiliin.
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
- 17
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٞ مُّخَلَّدُونَ ﴿١٧﴾
Yathuufu 'alaihim wildaanum mukhalladuun.
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
- 18
بِأَكۡوَابٖ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٖ مِّن مَّعِينٖ ﴿١٨﴾
Bi'akwaabiw wa abaariiqa wa ka'sim mim ma'iin.
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
- 19
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ ﴿١٩﴾
Laa yushadda'uuna 'anhaa wa laa yunzifuun.
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
- 20
وَفَٰكِهَةٖ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿٢٠﴾
Wa faakihatim mimmaa yatakhayyaruun.
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
- 21
وَلَحۡمِ طَيۡرٖ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ ﴿٢١﴾
Wa lahmi thairim mimmaa yasytahuun.
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
- 22
وَحُورٌ عِينٞ ﴿٢٢﴾
Wa huurun 'iin.
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
- 23
كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ ﴿٢٣﴾
Ka'amtsaalil lu'lu'il maknuun.
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
- 24
جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ﴿٢٤﴾
Jazaa'am bimaa kaanuu ya'maluun.
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
- 25
لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا تَأۡثِيمًا ﴿٢٥﴾
Laa yasma'uuna fiihaa laghwaw wa laa ta'tsiimaa.
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
- 26
إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا ﴿٢٦﴾
Illaa qiilan salaaman salaamaa.
Mereka hanya mendengar ucapan: “Selamat! Selamat!” (dari satu kepada yang lain).
- 27
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ ﴿٢٧﴾
Wa ashhaabul yamiini maa ashhaabul yamiin.
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
- 28
فِي سِدۡرٖ مَّخۡضُودٖ ﴿٢٨﴾
Fii sidrim makhdhuud.
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
- 29
وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ ﴿٢٩﴾
Wa thalhim mandhuud.
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
- 30
وَظِلّٖ مَّمۡدُودٖ ﴿٣٠﴾
Wa zhillim mamduud.
Dan naungan yang tetap terbentang,
- 31
وَمَآءٖ مَّسۡكُوبٖ ﴿٣١﴾
Wa maa'im maskuub.
Dan air yang sentiasa mengalir,
- 32
وَفَٰكِهَةٖ كَثِيرَةٖ ﴿٣٢﴾
Wa faakihatin katsiirah.
Serta buah-buahan yang banyak,
- 33
لَّا مَقۡطُوعَةٖ وَلَا مَمۡنُوعَةٖ ﴿٣٣﴾
Laa maqthuu'atiw wa laa mamnuu'ah.
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
- 34
وَفُرُشٖ مَّرۡفُوعَةٍ ﴿٣٤﴾
Wa furusyim marfuu'ah.
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
- 35
إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءٗ ﴿٣٥﴾
Innaa ansya'naahunna insyaa'aa.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
- 36
فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا ﴿٣٦﴾
Faja'alnaahunna abkaaraa.
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
- 37
عُرُبًا أَتۡرَابٗا ﴿٣٧﴾
'Uruban atraabaa.
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
- 38
لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ﴿٣٨﴾
Li'ashhaabil yamiin.
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
- 39
ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿٣٩﴾
Tsullatum minal awwaliin.
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
- 40
وَثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿٤٠﴾
Wa tsullatum minal aakhiriin.
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
- 41
وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ ﴿٤١﴾
Wa ashhaabusy syimaali maa ashhaabusy syimaal.
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
- 42
فِي سَمُومٖ وَحَمِيمٖ ﴿٤٢﴾
Fii samuumiw wa hamiim.
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
- 43
وَظِلّٖ مِّن يَحۡمُومٖ ﴿٤٣﴾
Wa zhillim miy yahmuum.
Serta naungan dari asap hitam,
- 44
لَّا بَارِدٖ وَلَا كَرِيمٍ ﴿٤٤﴾
Laa baaridiw wa laa kariim.
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
- 45
إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ ﴿٤٥﴾
Innahum kaanuu qabla dzaalika mutrafiin.
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
- 46
وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٤٦﴾
Wa kaanuu yushirruuna 'alal hintsil 'azhiim.
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
- 47
وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ﴿٤٧﴾
Wa kaanuu yaquuluuna a'idzaa mitnaa wa kunnaa turaabaw wa 'izhaaman a'innaa lamab'uutsuun.
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
- 48
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ ﴿٤٨﴾
Awa'aabaa'unal awwaluun.
“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?”
- 49
قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ ﴿٤٩﴾
Qul innal awwaliina wal aakhiriin.
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
- 50
لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ ﴿٥٠﴾
Lamajmuu'uuna ilaa miiqaati yaumim ma'luum.
“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
- 51
ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ ﴿٥١﴾
Tsumma innakum ayyuhadh dhaalluunal mukadzdzibuun.
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
- 52
لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرٖ مِّن زَقُّومٖ ﴿٥٢﴾
La'aakiluuna min syajarim min zaqquum.
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
- 53
فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ﴿٥٣﴾
Famaali'uuna minhal buthuun.
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
- 54
فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ ﴿٥٤﴾
Fasyaaribuuna 'alaihi minal hamiim.
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
- 55
فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ ﴿٥٥﴾
Fasyaaribuuna syurbal hiim.
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
- 56
هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ ﴿٥٦﴾
Haadzaa nuzuluhum yaumad diin.
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
- 57
نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ ﴿٥٧﴾
Nahnu khalaqnaakum falaulaa tushaddiquun.
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
- 58
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ ﴿٥٨﴾
Afara'aitum maa tumnuun.
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
- 59
ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ ﴿٥٩﴾
A'antum takhluquunahuu am nahnul khaaliquun.
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
- 60
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ﴿٦٠﴾
Nahnu qaddarnaa bainakumul mauta wa maa nahnu bimasbuuqiin.
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
- 61
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ ﴿٦١﴾
'Alaa an nubaddila amtsaalakum wa nunsyi'akum fii maa laa ta'lamuun.
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
- 62
وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٦٢﴾
Wa laqad 'alimtumun nasy'atal uulaa falaulaa tadzakkaruun.
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
- 63
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ ﴿٦٣﴾
Afara'aitum maa tahrutsuun.
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
- 64
ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٰرِعُونَ ﴿٦٤﴾
A'antum tazra'uunahuu am nahnuz zaari'uun.
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
- 65
لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمٗا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ﴿٦٥﴾
Lau nasyaa'u laja'alnaahu huthaaman fazhaltum tafakkahuun.
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
- 66
إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ ﴿٦٦﴾
Innaa lamughramuun.
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
- 67
بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ ﴿٦٧﴾
Bal nahnu mahruumuun.
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)”
- 68
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ ﴿٦٨﴾
Afara'aitumul maa'al ladzii tasyrabuun.
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
- 69
ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ﴿٦٩﴾
A'antum anzaltumuuhu minal muzni am nahnul munziluun.
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
- 70
لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجٗا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ﴿٧٠﴾
Lau nasyaa'u ja'alnaahu ujaajan falaulaa tasykuruun.
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
- 71
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ ﴿٧١﴾
Afara'aitumun naaral latii tuuruun.
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
- 72
ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ ﴿٧٢﴾
A'antum ansya'tum syajaratahaa am nahnul munsyi'uun.
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
- 73
نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةٗ وَمَتَٰعٗا لِّلۡمُقۡوِينَ ﴿٧٣﴾
Nahnu ja'alnaahaa tadzkirataw wa mataa'al lil muqwiin.
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
- 74
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٧٤﴾
Fasabbih bismi rabbikal 'azhiim.
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
- 75
۞ فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ﴿٧٥﴾
Falaa uqsimu bimawaaqi'in nujuum.
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
- 76
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٞ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ ﴿٧٦﴾
Wa innahuu laqasamul lau ta'lamuuna 'azhiim.
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
- 77
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٞ كَرِيمٞ ﴿٧٧﴾
Innahuu laqur'aanun kariim.
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
- 78
فِي كِتَٰبٖ مَّكۡنُونٖ ﴿٧٨﴾
Fii kitaabim maknuun.
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
- 79
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ ﴿٧٩﴾
Laa yamassuhuu illal muthahharuun.
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
- 80
تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿٨٠﴾
Tanziilum mir rabbil 'aalamiin.
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
- 81
أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ ﴿٨١﴾
Afabihaadzal hadiitsi antum mudhinuun.
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
- 82
وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ ﴿٨٢﴾
Wa taj'aluuna rizqakum annakum tukadzdzibuun.
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
- 83
فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ ﴿٨٣﴾
Falaulaa idzaa balaghatil hulquum.
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
- 84
وَأَنتُمۡ حِينَئِذٖ تَنظُرُونَ ﴿٨٤﴾
Wa antum hiina'idzin tanzhuruun.
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
- 85
وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ ﴿٨٥﴾
Wa nahnu aqrabu ilaihi minkum wa laakil laa tubshiruun.
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
- 86
فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ ﴿٨٦﴾
Falaulaa in kuntum ghaira madiiniin.
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
- 87
تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿٨٧﴾
Tarji'uunahaa in kuntum shaadiqiin.
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
- 88
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ﴿٨٨﴾
Fa ammaa in kaana minal muqarrabiin.
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang “Muqarrabiin”,
- 89
فَرَوۡحٞ وَرَيۡحَانٞ وَجَنَّتُ نَعِيمٖ ﴿٨٩﴾
Farauhuw wa raihaanuw wa jannatu na'iim.
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
- 90
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ﴿٩٠﴾
Wa ammaa in kaana min ashhaabil yamiin.
Dan jika ia dari puak kanan,
- 91
فَسَلَٰمٞ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ﴿٩١﴾
Fasalaamul laka min ashhaabil yamiin.
Maka (akan dikatakan kepadanya): “Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
- 92
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٩٢﴾
Wa ammaa in kaana minal mukadzdzibiinadh dhaalliin.
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
- 93
فَنُزُلٞ مِّنۡ حَمِيمٖ ﴿٩٣﴾
Fanuzulum min hamiim.
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
- 94
وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ ﴿٩٤﴾
Wa tashliyatu jahiim.
Serta bakaran api neraka.
- 95
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ ﴿٩٥﴾
Inna haadzaa lahuwa haqqul yaqiin.
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
- 96
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ﴿٩٦﴾
Fasabbih bismi rabbikal 'azhiim.
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Dengar bacaan Surah Al-Waqi'ah
Fakta ringkas
- Kedudukan dalam mushaf:
- 56 daripada 114
- Maksud nama:
- Peristiwa yang Pasti Berlaku
- Bilangan ayat:
- 96
- Diturunkan di:
- Makkah
- Urutan penurunan:
- 46
- Juzuk:
- 27
Mengenai Surah Al-Waqi'ah
Nama surah diambil daripada perkataan "al-waqi'ah" dalam ayat pertama yang bermaksud "peristiwa yang pasti berlaku"; perkataan ini ialah salah satu nama kiamat.
Surah ini diturunkan di Makkah dan mempunyai 96 ayat. Surah ini berada pada urutan 56 dalam mushaf dan terdapat dalam juz 27; menurut susunan penurunan, surah ini yang ke-46. Ayat 79 yang menyatakan hanya mereka yang disucikan boleh menyentuh al-Quran terdapat dalam surah ini. Ramai ahli tafsir memahami "mereka yang disucikan" sebagai malaikat; kebanyakan ulama fiqh pula, bersama hadis berkaitan, memasukkan ayat ini antara dalil pandangan bahawa mushaf tidak boleh disentuh tanpa wuduk.
Latar belakang penurunan Surah Al-Waqi'ah
Surah ini diturunkan pada zaman Makkah ketika orang musyrik mengingkari kiamat dan kebangkitan selepas mati. Ayat-ayat menyampaikan kata-kata orang kafir, "Adakah setelah kami mati dan menjadi tanah serta tulang, kami akan dibangkitkan? Juga nenek moyang kami dahulu?", lalu menjawab bantahan ini.
Menurut riwayat Muslim daripada Ibn Abbas, ketika hujan turun pada zaman Nabi, sebahagian menganggapnya kurnia Allah, manakala sebahagian berkata, "Terbitnya bintang tertentu terbukti benar"; lalu diturunkan bahagian dari ayat 75 yang bersumpah demi tempat jatuhnya bintang hingga ayat 82 yang bermaksud "Daripada bersyukur atas rezeki yang diberikan, adakah kamu mendustakan Pemberinya?".
Kandungan Surah Al-Waqi'ah
Surah ini bermula dengan berita bahawa kiamat akan berlaku dan tiada siapa boleh mendustakan kejadiannya; dinyatakan hari itu merendahkan sebahagian dan meninggikan yang lain, bumi bergoncang serta gunung menjadi debu. Diterangkan manusia terbahagi kepada tiga golongan pada hari itu: orang terdahulu yang didekatkan kepada Allah (sabiqun), golongan kanan dan golongan kiri. Keadaan akhirat setiap golongan digambarkan secara terperinci.
Kemudian mereka yang mengingkari kebangkitan selepas mati diajukan soalan agar merenungkan bukti kekuasaan Allah: penciptaan diri, benih yang ditanam, air yang diminum dan api yang dinyalakan. Dengan sumpah demi tempat jatuhnya bintang, dinyatakan bahawa al-Quran ialah kitab mulia dalam kitab yang terpelihara dan hanya mereka yang disucikan boleh menyentuhnya. Diingatkan bahawa apabila nyawa sampai ke kerongkong, tiada siapa dapat mengembalikannya. Diterangkan kesudahan orang mati mengikut golongannya. Surah berakhir dengan menyatakan ini kebenaran yang pasti dan memerintahkan tasbih dengan nama Tuhan Yang Maha Agung.
Kelebihan Surah Al-Waqi'ah
Riwayat tentang kelebihan surah al-Waqi'ah yang paling tersebar dalam masyarakat ialah kata-kata yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud, "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, kemiskinan tidak akan menimpanya sama sekali". Ahli hadis seperti al-Baihaqi meriwayatkannya; namun ramai ulama hadis menganggapnya daif kerana terdapat perawi yang identitinya tidak diketahui sepenuhnya dalam sanad.
Dalam riwayat al-Tirmizi, ketika Abu Bakar mengatakan rambut Nabi telah beruban, baginda bersabda, "Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, 'Amma yatasa'alun dan Idhasy-syamsu kuwwirat telah membuatku tua"; al-Tirmizi menilai riwayat ini hasan gharib. Riwayat menunjukkan kesan mendalam surah-surah yang menggambarkan kiamat ini terhadap Nabi.
Nota tentang surah ini ditulis untuk aplikasi Yasin Suresi.
Soalan lazim tentang Surah Al-Waqi'ah
Berapakah bilangan ayat Surah Al-Waqi'ah?
Surah Al-Waqi'ah mempunyai 96 ayat.
Apakah maksud Al-Waqi'ah?
Al-Waqi'ah bermaksud “Peristiwa yang Pasti Berlaku”.
Adakah Surah Al-Waqi'ah Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Waqi'ah ialah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Mengikut urutan penurunan, surah ini ialah surah ke-46.
Surah Al-Waqi'ah dalam juzuk berapa?
Surah Al-Waqi'ah terdapat dalam juzuk 27.
Surah Al-Waqi'ah ialah surah ke berapa dalam al-Quran?
Surah Al-Waqi'ah ialah surah ke-56 dalam al-Quran. Surah ini terletak selepas Surah Ar-Rahman dan sebelum Surah Al-Hadid.
Bolehkah saya mendengar Surah Al-Waqi'ah di sini?
Boleh. Pemain audio di bawah ayat-ayat menyediakan bacaan Surah Al-Waqi'ah oleh 9 qari terkenal; semasa audio dimainkan, ayat yang sedang dibaca ditandakan dalam senarai.
Aplikasi Surah Yasin
Baca Yasin dan seluruh al-Quran dengan terjemahan dalam 11 bahasa, dengar ayat demi ayat daripada sembilan qari dan simpan penanda bacaan di telefon anda.